isu bulan ini: komuniti (pibk) kejayaan dan harapansahc.edu.my/a_portal/penerbitan/anjakan/anjakan2...

4
Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) Kejayaan dan Harapan Anjakan ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta perlu diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan semasa menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti malah pihak swasta yang lebih aktif. Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa. kajian yang dijalankan oleh Centre for Social Organisation of Schools di Amerika Syarikat mendapati sekolah yang melibatkan kumpulan komuniti menikmati manfaat termasuk penurunan kadar ponteng sekolah, kadar menyiapkan kerja sekolah yang lebih tinggi, dan pencapaian gred yang lebih baik dalam kalangan murid.” KPM berusaha untuk melaksanakan peluasan agar pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti bergerak lebih menyeluruh. Pada awal pelaksanaan PPPM, pihak sekolah dan ibu bapa telah dibekalkan dengan sarana sekolah dan sarana ibu bapa. KPM kini mempunyai 96 jurulatih utama PIBK untuk membantu dan membimbing pemimpin dan guru sekolah untuk menarik lebih ramai ibu bapa untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Selain itu, peratus kehadiran ibu bapa dalam 6 aktiviti iaitu Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, Hari Pelaporan, Hari Sukan dan Hari Anugerah utama sekolah telah dijadikan KPI setiap sekolah. ISU BULAN INI: Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) I-Stesen Komuniti, SK Muzaffar Syah, Kota Tinggi, Johor Ibu-Ibu Sarana, SMK Tmn Tuanku Jaafar, Senawang, N. Sembilan Sukarelawan Ibu Bapa: SK Beseri, Kangar, Perlis SMK Tmn Fajar, Sandakan, Sabah Contoh Amalan Terbaik Anjakan 9 Disana-sini

Upload: lykhanh

Post on 18-Feb-2018

275 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) Kejayaan dan Harapan

Anjakan ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta perlu diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan semasa menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti malah pihak swasta yang lebih aktif. Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa.

“kajian yang dijalankan oleh Centre for Social Organisation of Schools di Amerika Syarikat mendapati sekolah yang melibatkan kumpulan komuniti menikmati manfaat termasuk penurunan kadar ponteng sekolah, kadar menyiapkan kerja sekolah yang lebih tinggi, dan pencapaian gred yang lebih baik dalam kalangan murid.”

KPM berusaha untuk melaksanakan peluasan agar pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti bergerak lebih menyeluruh. Pada awal pelaksanaan PPPM, pihak sekolah dan ibu bapa telah dibekalkan dengan sarana sekolah dan sarana ibu bapa. KPM kini mempunyai 96 jurulatih utama PIBK untuk membantu dan membimbing pemimpin dan guru sekolah untuk menarik lebih ramai ibu bapa untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Selain itu, peratus kehadiran ibu bapa dalam 6 aktiviti iaitu Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, Hari Pelaporan, Hari Sukan dan Hari Anugerah utama sekolah telah dijadikan KPI setiap sekolah.

ISU BULAN INI:

Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK)

I-Stesen Komuniti, SK Muzaffar Syah, Kota Tinggi, Johor

Ibu-Ibu Sarana, SMK Tmn Tuanku Jaafar, Senawang, N. Sembilan

Sukarelawan Ibu Bapa: SK Beseri, Kangar, Perlis

SMK Tmn Fajar, Sandakan, Sabah

Contoh Amalan Terbaik

Anjakan 9 Disana-sini

“Melihat kegigihan mereka ini, saya sentiasa bersyukur dan terasa

sayu. Pemandangan seperti ini memang sesuatu yang ganjil dan

tidak pernah saya alami sepanjang hampir 30 tahun berkhidmat

sebagai guru di beberapa buah sekolah. Saya syukur kerana

segala yang disampaikan, segala hasrat dan luahan rasa saya

untuk mendapatkan kefahaman ibubapa di sekolah ini diserap dan

benar-benar dihayati dan dipraktikkan oleh mereka semua.

Memang sesuatu yang sukar sebelum ini. Saya juga bersyukur

kerana dengan penglibatan mereka ini, dapat menghapuskan

tanggapan negatif setengah-setengah pihak bahawa ibubapa di sini

tidak mahu menyokong dan membantu sekolah. Memang diakui

sebelum ini, begitulah sikap sebilangan mereka. Namun dengan

program Sarana dan pelibatan hebat mereka ini, terbukti, jika kena

caranya dan ada pula komitmen dan usaha gigih daripada semua

pihak di sekolah dan sokongan PIBG, segalanya dapat di atasi”

Tuan Omar b Ahmad, Pengetua, SMK Taman Tuanku Jaafar.

I-Stesen Komuniti, SK Muzaffar Syah, Kota Tinggi, Johor

Sejarah telah berjaya diukir. ketika SK Muzaffar Syah melonjak daripada kedudukan 4568 (2012) ke 1511 (2013) dalam kalangan sekolah rendah di Malaysia, sementara GPS meningkat dari 2.26 kepada 2.08. Seterusnya, SK Muzaffar Syah berjaya memperoleh Anugerah Sekolah Cemerlang NKRA (New Deals) dan Anugerah PIBG Terbaik Keseluruhan Sekolah Rendah pada tahun 2014.

SK Muzaffar Syah berjaya menjulang trofi anugerah

PIBG Terbaik pada tahun 2014

Hasil daripada permuafakatan ini maka tercetuslah idea i-Stesen Komuniti. PIBG / KSIB berpeluang membuat suatu inovasi yang sangat berkesan untuk menjana sumber kewangan. Ia merupakan pusat jualan sehenti yang dibuka ketika aktiviti kokurikulum dijalankan dan program-program yang diadakan di sekolah. Sebanyak 5% daripada hasil yang terjual akan disumbangkan ke dalam tabung KSIB. Melalui Program i-Jariah pula, individu-individu tertentu sanggup berkorban masa, tenaga, ilmu dan wang ringgit serta kepakaran yang ada agar ianya memberi manfaat kepada semua. Bersedia membantu bila diperlukan.

Anjakan Februari 2015

Ibu-ibu Sarana, SMK Taman Tuanku Jaafar, Senawang, N.Sembilan

Ibu-ibu Sarana (Sarana Moms) SMK Tmn Tuanku Jaafar dengan

identiti korporat dengan baju berwarna turquoise dan merah

jambu

SMK Tmn Tuanku Jaafar menerima lawatan dari delegasi asing

dari Bhutan, dikendalikan oleh anggota dari Sarana Mum

Anjakan 9 : Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBK) merupakan hasrat murni Kementerian Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk mewujudkan ekosistem pembelajaran dalam komuniti. Menyedari hakikat bahawa pembelajaran berlaku dimana-mana, masa pembelajaran perlu dioptimumkan tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah. Dilancarkan secara rasmi pada 23 Februari 2013, Anjakan 9 inidisambut hangat oleh pentadbir sekolah. Empat sekolah yang menjadi pilihan Buletin Anjakan bulan ini merupakan antara sekolah yang begitu bersemangat melaksanakan inisiatif ini - Pengarang

Sejurus selepas majlis pelancaran Sarana Ibu Bapa, Pn Hjh Bibi Sakinah Bt Harun Khan, Guru Besar SK Muzaffar Syah yang lebih mesra dengan panggilan ‘Bonda’ memulakan langkah untuk menggerakkan ibu bapa dan komuniti Felda Air Tawae 3 untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan holistik anak-anak mereka. Pengerusi PIBG, En Talib Samat serta barisan AJK dan kumpulan sokongan Ibu Bapa (KSIB) dengan kemahiran dan kepakaran yang ada telah menyumbang kepada peningkatan pencapaian jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial warga SK Muzaffar Syah.

SMK Taman Tuanku Jaafar begitu sinonim dengan Anjakan 9 sejak Sarana Ibu Bapa dilancarkan. Sekolah ini telah memenangi anugerah PIBG cemerlang kategori sekolah menengah tahun 2014. Kerjasama rapat sekolah dengan ibu bapa, komuniti agensi kerajaan, swasta, IPTA dan IPTS telah terjalin melalui inisiatif Pengetua, Tuan Omar Bin Ahmad. Ibu bapa begitu aktif dalam pembelajaran anak-anak sehingga mereka tidak kekok berada di sekolah membantu guru menjalankan pelbagai program dan latihan. Unik mengenai Anjakan 9 di sekolah ini ialah kewujudan kumpulan ibu-ibu sarana atau ‘sarana moms’ yang aktif mengendalikan lawatan penanda aras dari dalam dan luar negara.

Anjakan Februari 2015

Sukarelawan Ibu Bapa: SK Beseri, Kangar, Perlis

SK Beseri, Kangar, Perlis adalah salah sebuah sekolah yang telah memanfaatkan sepenuhnya Anjakan 9 ini. Ibu bapa

menawarkan diri sebagai sukarelawan jurulatih bola tampar dalam penyediaan pasukan sekolah untuk menghadapi

pertandingan di peringkat Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) dan peringkat negeri. Hasilnya pasukan sekolah

telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan untuk kategori lelaki dan perempuan dalam pertandingan Bola Tampar

MSSPs peringkat PKP Paya tahun 2014.

Kehadiran sukarelawan ibu bapa dalam membantu aktiviti Nilam di sekolah

merupakan satu lagi usaha ibu bapa membantu peningkatan prestasi anak-

anak mereka. Pada waktu rehat, murid – murid akan hadir ke Pusat Sumber

Sekolah untuk mengikuti kisah penceritaan oleh sukarelawan ibu bapa ini. Di

samping itu murid – murid ini juga dibimbing untuk membaca cerita yang

telah diperdengarkan tadi. Hasilnya, sekolah ini telah berjaya mencatatkan

peningkatan peratusan Nilam di peringkat Negeri Perlis pada tahun

2014. Murid – murid juga menerima suntikan motivasi darapada

sukarelawan ibu bapa ini.

Ibu bapa dan komuniti turut sama memeriahkan pelbagai program,

antaranya menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Fitri yang telah

dijalankan secara konsep gotong royong. Penyediaan makanan

dan minuman disediakan mengikut jawatankuasa Kemajuan Dan

Keselamatan Kampung (JKKK) yang ada di sekitar sekolah dengan

sokongan daripada ADUN Beseri. Semangat kerjasama yang luar

biasa telah ditunjukkan oleh masyarakat setempat dan program ini

sekarang dijadikan acara tahunan. Semasa Kem Gerak

Gempur UPSR diadakan selama dua hari pada minggu terakhir

sebelum UPSR 2014, ibu bapa membawa juadah makan

tengahari makanan dan minuman, bukan sahaja untuk anak

mereka tetapi untuk rakan-rakan anak mereka. Berkat kerjasama

ini SK Beseri telah berjaya mengekalkan jumlah murid 5A (7 orang)

manakala peratus lulus keseluruhan adalah 70.23 %.

Pelibatan ibu bapa sebagai sukarelawan jurulatih bola

tampar dalam penyediaan pasukan sekolah untuk

menghadapi pertandingan

Ibu bapa dan komuniti bersama-sama bergotong-royong

membawa makanan untuk anak-anak sedang menghadapi

Kem Gerak-Gempur UPSR

Kehadiran sukarelawan ibu bapa dalam membantu aktiviti

nilam di sekolah

SMK Taman Fajar Sandakan, Sabah

Kehebatan dan kecemerlangan SMK Taman Fajar Sandakan,

Sabah khususnya dalam bidang sukan merupakan salah satu

contoh terbaik bagaimana Pelibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK)

membantu dan menyokong sekolah dengan kepakaran masing-

masing.

Pasukan Ragbi bawah 18 Tahun SMK Taman Fajar Sandakan

Sabah bukan sahaja dikenali diperingkat Daerah Sandakan

sebagai sebuah pasukan yang hebat tetapi juga telah menempa

nama peringkat Negeri (MSSS), Kebangsaan (MSSM) malah lebih

membanggakan terdapat beberapa orang pemain yang

berpeluang mengikuti latihan dan pertandingan diperingkat

antarabangsa seperti di New Zealand.

Kehebatan pasukan ragbi bawah 18 tahun SMK Taman Fajar

Sandakan adalah hasil sentuhan seorang jurulatih ragbi IJM

berasal dari Negara Fiji yang merupakan komuniti setempat dan

dibantu secara aktif oleh pemain-pemain Sabah Eagle yang

berasal dari sekitar Sandakan. Malah alumni SMK Taman Fajar

yang pernah aktif dalam permainan Ragbi masih terus membantu

menggilap bakat-bakat pemain pelapis bagi memastikan SMK

Taman Fajar meneruskan tradisi kehebatannya dalam sukan

ragbi.

Penyampaian sijil pernghargaan

sekolah kepada ibu yang menjadi

sukarelawan jurulatih pasukan

Pasukan ragbi sekolah dapat menimba pengalaman bermain di

luar negara hasil dari inisiatif komuniti luar

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.

Alamat Pejabat Sementara (sehingga 1 Julai 2015) Tingkat 14 & 15 D’Pulze Cyberjaya, Linkaran Cyber Point Timur, Cyber 12 63000 Cyberjaya, Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. [email protected] +03 8872 1605

Contoh Amalan Terbaik Hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat

SK Labuan Haji, Pulau Bumbum, Semporna

• Ibu bapa miskin/miskin tegar, hidup dengan tangkapan hasil laut, 90% tidak boleh membaca dan menulis; LINUS 40%

“Setelah dikaji latarbelakang keluarga, sekolah mengambil inisiatif mewujudkan PIBG supaya dana dapat disalurkan daripada pihak yang ingin membantu. Kelas LINUS diadakan bersama-sama ibu bapa semasa cuti sekolah – hasilnya berjaya mencapai LINUS 100% pada 2012 dan ibu bapa yang sudah boleh membaca membantu rakan yang lain”.

Pn Hamidah Muhammad, PK HEM sejak 2011

SMK Rantau Panjang, Kuala Selangor

• Masalah kehadiran murid daripada kawasan ladang dapat diatasi

“Sektor swasta membantu menyediakan bas untuk membawa murid-murid yang tinggal di ladang-ladang yang

agak jauh supaya pengangkutan dapat disediakan secara percuma. Kami di sekolah pergi ke ladang-ladang

ini untuk bertemu ibu bapa, memberikan motivasi untuk mereka menggalakkan anak-anak ke sekolah

Puan Saraswathy, Pengetua

Anjakan Februari 2015

Anjakan 9 Disana-sini