pmr cemerlang k - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/feb_11.pdf · pendaftaran...

4
Januari / Februari 2011 KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID K eputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 telah diumumkan pada 23 Disember yang lalu. Seperti yang diduga, pelajar-pelajar kolej sekali lagi berjaya membuktikan yang mereka adalah antara yang terbaik. Selain mendapat 100% lulus, seramai 72 pelajar (34.95%) berjaya memperoleh semua „A‟ dalam mata pelajaran yang diambil. Satu peningkatan yang mem- banggakan berbanding 2009 di mana jumlahnya hanya 56 orang (29.32%). Nilai GPS ialah 1.31, manakala GPA pula pada 3.69. PMR CEMERLANG Diharapkan keputusan cemerlang PMR 2010 akan menjadi pemangkin kepada pelajar kolej 3 tahun ini untuk terus mengharumkan nama kolej. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar PMR 2010. PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 M ajlis pendaftaran tingkatan satu te- lah berlangsung di kafeteria kolej pada 1 Januari yang lalu. Sebanyak lima kaunter pendaftaran telah dibuka. Para waris dan pelajar mula berkumpul sejak awal pagi lagi. Selain mendaftar dan menjelaskan bayaran-bayaran yang berkaitan, para waris dan pela- jar juga mengambil kesempatan untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah di kperasi kolej. Para waris telah diberikan taklimat oleh Tuan Pengetua di Dewan Iskandar. Wajah-wajah ceria para waris dan pelajar dapat dili- hat di pagi tersebut, menggambarkan betapa gembi- ranya kerana dapat menjadi warga kolej. Pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokuri- kulum menjadi asas utama para pelajar ini ditawar- kan belajar di sini. Kolej menjadi tumpuan keban- yakan ibu bapa kerana keputusan peperiksaannya yang tidak pernah menghampakan. Tidak hairanlah pelajar-pelajar yang terpilih memasuki kolej datangnya dari seluruh negeri Kedah. Se- lamat datang kepada semua pelajar tingkatan satu dan selamat menjadi warga kolej.

Upload: hatu

Post on 03-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PMR CEMERLANG K - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/feb_11.pdf · PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 ajlis pendaftaran tingkatan satu te-lah berlangsung di kafeteria

Januari / Februari 2011 KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

K eputusan Penilaian Menengah Rendah

(PMR) 2010 telah diumumkan pada 23

Disember yang lalu. Seperti yang

diduga, pelajar-pelajar kolej sekali lagi

berjaya membuktikan yang mereka adalah antara yang

terbaik.

Selain mendapat 100% lulus, seramai 72 pelajar

(34.95%) berjaya memperoleh semua „A‟ dalam mata

pelajaran yang diambil. Satu peningkatan yang mem-

banggakan berbanding 2009 di mana jumlahnya hanya

56 orang (29.32%). Nilai GPS ialah 1.31, manakala

GPA pula pada 3.69.

PMR CEMERLANG

Diharapkan keputusan cemerlang PMR 2010 akan

menjadi pemangkin kepada pelajar kolej 3 tahun ini

untuk terus mengharumkan nama kolej. Syabas dan

tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar PMR

2010.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1

M ajlis pendaftaran tingkatan satu te-

lah berlangsung di kafeteria kolej

pada 1 Januari yang lalu. Sebanyak

lima kaunter pendaftaran telah

dibuka. Para waris dan pelajar mula berkumpul sejak

awal pagi lagi. Selain mendaftar dan menjelaskan

bayaran-bayaran yang berkaitan, para waris dan pela-

jar juga mengambil kesempatan untuk membeli

pakaian dan peralatan sekolah di kperasi kolej. Para

waris telah diberikan taklimat oleh Tuan Pengetua di

Dewan Iskandar.

Wajah-wajah ceria para waris dan pelajar dapat dili-

hat di pagi tersebut, menggambarkan betapa gembi-

ranya kerana dapat menjadi warga kolej. Pencapaian

yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokuri-

kulum menjadi asas utama para pelajar ini ditawar-

kan belajar di sini. Kolej menjadi tumpuan keban-

yakan ibu bapa kerana keputusan peperiksaannya

yang tidak pernah menghampakan. Tidak

hairanlah pelajar-pelajar yang terpilih memasuki

kolej datangnya dari seluruh negeri Kedah. Se-

lamat datang kepada semua pelajar tingkatan

satu dan selamat menjadi warga kolej.

Page 2: PMR CEMERLANG K - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/feb_11.pdf · PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 ajlis pendaftaran tingkatan satu te-lah berlangsung di kafeteria

SAMBUTAN 100 TAHUN KOLEJ 1908 –2008 MUKA 2

MAJLIS ORIENTASI PELAJAR 2011

Majlis orientasi pelajar tingkatan satu telah diada-

kan selama empat hari di Dewan Iskandar, dari 3

hingga 6 Januari. Majlis ini telah dikelolakan oleh

kaunselor sekolah. Sepanjang majlis orientasi ini,

pelajar-pelajar telah diperkenalkan kepada pelbagai

aspek yang terdapat di kolej seperti pakej mata pela-

jaran, pengurusan disiplin, aktiviti kokurikulum

dan lokasi tempat dan bilik utama. Mereka juga

mula berlatih menyanyikan lagu kolej dengan irin-

gan pasukan pancaragam sekolah.

Majlis penutupan orientasi pelajar telah disempur-

nakan oleh Tuan Pengetua. Bacaan Yaasin pula

menjadi aktiviti terakhir pada hari tersebut. Di-

harap majlis orientasi ini telah berjaya memantapkan

minda pelajar tingkatan satu untuk menempuh segala

cabaran yang mendatang di kolej ini.

MAJLIS ANUGERAH PENGETUA DAN INTERAKSI

M ajlis Anugerah Pengetua (MAP)

kali pertama bagi tahun 2011 te-

lah dijalankan pada 17, 19, 20

dan 23 Januari; masing-masing

untuk Kolej 2, 3, 5 dan Pra-U2. Majlis bermula jam

8.30 pagi di Dewan Iskandar. Penyampaian sijil

adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir

Tahun 2010. MAP dimulakan dengan nyanyian

lagu Kolej oleh para pelajar, ucapan pengetua dan

seterusnya penyampaian sijil kepada para pelajar.

Januari / Februari 2011

Pada hari yang sama untuk setiap kolej, Program

Interaksi Waris telah dijalankan di Dewan Iskandar

bermula jam 12.10 tengahari. Kehadiran para waris

amat menggalakkan. Selain mengambil slip kepu-

tusan peperiksaan, mereka hadir untuk mendapat

maklumat telus dan terkini tentang anak-anak

mereka daripada guru tingkatan dan mata pelajaran

masing-masing. Diharap program ini dapat mewujud-

kan hubungan dua hala yang lebih baik dalam kalan-

gan guru dan para waris demi meningkatkan kece-

merlangan pelajar kolej.

Page 3: PMR CEMERLANG K - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/feb_11.pdf · PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 ajlis pendaftaran tingkatan satu te-lah berlangsung di kafeteria

MUKA 3

PELANTIKAN PENGAWAS 2011

S eramai 61 orang pengawas telah dilantik

untuk memikul tugas dan tanggung-

jawab pada tahun ini. Kesemua penga-

was yang dilantik terdiri daripada pela-

jar kolej 3, 4, 5 dan Pra-U2. Pelantikan pengawas

baru telah melalui beberapa tapisan atau peringkat

sejak dari tahun 2010 lagi. Pelajar yang dipilih akan

menghadapi sesi temuduga dan bertugas sebagai

pengawas percubaan sebelum layak ditauliahkan

sebagai pengawas kolej.

Tuan Pengetua telah menyampaikan watikah pelan-

tikan di Dewan Iskandar baru-baru ini. Saudara

Timothy Choy Xia Wei telah dilantik sebagai Ketua

Pengawas, manakala jawatan Senior Girl pula

disandang oleh Nur Tiara binti Mohammed Rush-

dan. Mohd Saiful Asmadi bin Mansor dan Maviivar-

man a/l Nadeson masing-masing diberikan tugas

sebagai Timbalan Pengawas Bahagian Operasi dan

Timbalan Pengawas Bahagian Pengurusan.

Pastinya para pengawas yang baru dilantik ini akan

memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi

dalam menjayakan misi dan visi kolej serta berkhid-

mat dengan penuh ikhlas dan dedikasi ke arah me-

martabatkan disiplin pelajar kolej. Kepada warga

kolej, marilah kita memberikan kerjasama yang se-

baik mungkin kepada para pengawas dalam men-

jalankan tugas murni mereka. Setinggi-tinggi

tahniah dan syabas kepada ketua pengawas dan se-

mua pengawas kolej 2011.

MERENTAS DESA

A ktiviti merentas desa merupakan acara tahu-

nan kolej yang menjadi pembuka aktiviti koku-

rikulum sebelum Kejohanan Olahraga Tahu-

nan berlangsung. Acara tersebut telah diada-

kan pada 22 Januari yang lalu. Setelah kedatangan diambil

oleh guru kelas masing-masing, aktiviti senam robik di-

jalankan di padang kolej sebagai „warm-up‟. Para pelajar

kemudian dilepaskan mengikut kategori. Setiap peserta te-

lah melalui 12 stesyen sepanjang laluan merentas desa

tersebut. Penyampaian sijil dan hadiah telah berlangsung di

dewan terbuka Pra-U.

Rumah Sultan telah menjadi johan Kelas 1, manakala Kelas

2 dijuarai oleh rumah Kedah. Bagi Kelas 3 pula, rumah Gur-

ney dan Kedah berkongsi tempat pertama. Juara untuk Ke-

las 4 dan 5 milik rumah Gurney dan untuk kategori Perem-

puan, rumah Kedah adalah pemenangnya. Juara keseluru-

han Acara Merentas Desa KSAH 2011 menjadi milik rumah

Kedah. Naib johan adalah rumah Gurney dan tempat ketiga

pula rumah Sultan. Tahniah dan syabas kepada semua

warga kolej yang telah menjayakan acara merentas desa

2011.

Januari / Februari 2011

Page 4: PMR CEMERLANG K - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/feb_11.pdf · PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 ajlis pendaftaran tingkatan satu te-lah berlangsung di kafeteria

LAWATAN PENGAWAS V.I.

P ada 23 Januari yang lalu, kolej telah

menerima satu kunjungan penanda aras

pemimpin pelajar (pengawas) dari SMK

Victoria, Kuala Lumpur. Tujuan kunjun-

gan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pen-

getahuan tentang kepimpinan pengawas. Rombongan

tersebut disertai oleh 17 orang pengawas SMK Victo-

ria; yang terdiri daripada 14 pengawas lelaki tingka-

tan lima dan 3 pengawas perempuan tingkatan enam;

dan 3 orang guru pengiring.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 jam

mereka berada di kolej; antaranya ialah ucapan dari-

pada Tuan Pengetua kolej, pembentangan mengenai

badan pengawas daripada Ketua Pengawas kolej, la-

watan ke sekitar kawasan kolej, jamuan serta sesi

fotografi.

Fakta yang boleh kita kongsi bersama ialah keistime-

waan pengawas-pengawas V.I. itu sendiri. Mereka

hanya terdiri daripada 20 orang pengawas. Walaupun

bilangan mereka sangat kecil, namun mereka mampu

mengurus dan mengawal jumlah pelajar yang sangat

MUKA 4

ramai. Dari segi pemakaian pula, mereka mempunyai

dua imej yang berbeza. Ketika sedang menjalankan

tugas (on duty), lengan baju diturunkan. Berbeza

ketika tidak bertugas (social time), lengan baju dili-

pat sehingga ke atas siku. Di bilik pengawas, hanya

pengawas-pengawas sahaja dibenarkan masuk. Guru

-guru juga tidak dibenarkan.

Ketika bertugas di kantin, pengawas bertugas akan

mula meronda 5 minit sebelum tamat waktu rehat

untuk menandakan waktu rehat hampir tamat. Apa-

bila waktu rehat tamat, pengawas bertugas hanya

perlu menggunakan satu perkataan sahaja iaitu

“boys”; dan semua pelajar akan bergerak masuk ke

kelas. Tiada loceng digunakan.

Badan pengawas kolej juga mampu untuk berdiri se-

tanding dengan pengawas-pengawas dari mana-mana

sekolah di Malaysia. Diharapkan pada masa akan

datang, lebih banyak lawatan dapat dijalankan bagi

tujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan demi

kebaikan bersama.

Januari / Februari 2011

Sidang Buletin

Penyelaras:

Guru Kanan Bahasa

AJK GURU: Encik Fakarrudy Othman

Puan Roszilawati Yayah

Encik Azhar Md Arshad

AJK PELAJAR: Editor :

Ashraff Azhar

Penolong Editor :

Fudzil Akmal

Mutiara Kata :

Apabila anda membuat kesilapan, jangan meman-

dangnya terlalu lama. Ambil pengajarannya ke

dalam minda anda dan terus lihat ke hadapan.

Perkara yang berlalu tidak dapat diubah. Anda

masih ada masa depan dalam genggaman.

~Hugh White~

www.sahc.kedah.edu.my

Scholar, sportsman, gentleman