buletin bulanan transformasi kementerian pendidikan...

4
1 Anjakan Bil. 9 31 Disember 2013 HASRAT DAN HARAPAN 2014 Patah tumbuh hilang berganti. Jawatan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kini digantikan oleh Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusoff. Pelantikan beliau bakal meneruskan iltizam Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan sistem pendidikan Malaysia setaraf negara-negara di kelompok sepertiga teratas dunia selaras dengan aspirasi PPPM. “Sebagai peneraju PPPM bagi Gelombang 1 khususnya sehingga 2015 nanti, apa yang penting bagi saya adalah kesemua tenaga pengurusan di peringkat Kementerian, Jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah digerakkan untuk melaksanakan 14 inisiatif utama 2014”, jelas Datuk Khair semasa disoal mengenai hasratnya. “Mengenai misi dan visi, harapan utama yang saya inginkan adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara supaya lebih dihormati di peringkat global”, tambah beliau lagi. Misi: Strong implementation – close monitoring of all things decided. Think ahead, think across, and think again. Beliau positif bahawa untuk merealisasikan misi ini, tindakan berikut perlu diberi tumpuan: Peringkat sistem: Tiga perkara utama yang perlu diberi tumpuan untuk pemantauan rapi ialah; Pelaksanaan pelbagai peringkat sehingga ke bilik darjah Fungsi pengawalan dipastikan -pengurus dan pelaksana KPI Kementerian dan Menteri – pemegang inisiatif perlu memberi laporan Peringkat individu: Tindakan pantas dan cepat berhubung dengan lima perkara penting iaitu: Semua warga pendidikan dapat menghayati hasrat dan pelan yang dilaksanakan – jiwa warga pendidikan perlu dimenangi Pentaksiran – menilai kemampuan Membina apa yang perlu dilaksanakan Bertindak berdasarkan setiap perancangan – keutamaan kepada tugas yang segera dan mempunyai keberhasilan tinggi Berupaya untuk membuat anjakan dan lonjakan. Mengakhiri sesi temubual beliau berpesan, “Menyedari sesuatu transformasi bukan mudah untuk dilaksanakan, saya menyeru warga KPM menghayati kata-kata ini, The heart of transformation is the transformation of the heart”. ISU #9, 31 DISEMBER 2013 Dalam isu ini: 1. Hasrat dan Harapan 2014 : YBhg. Datuk Dr. Khair Mohamad Yusoff 2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Pembelajaran Murid 3. Sekitar Penataran PPPM 2013 Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Upload: ngokhuong

Post on 16-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1 Anjakan Bil. 9 31 Disember 2013

HASRAT DAN HARAPAN 2014

Patah tumbuh hilang berganti. Jawatan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kini digantikan oleh Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusoff. Pelantikan beliau bakal meneruskan iltizam Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan sistem pendidikan Malaysia setaraf negara-negara di kelompok sepertiga teratas dunia selaras dengan aspirasi PPPM.

“Sebagai peneraju PPPM bagi Gelombang 1 khususnya sehingga 2015 nanti, apa yang penting bagi saya adalah kesemua tenaga pengurusan di peringkat Kementerian, Jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah digerakkan untuk melaksanakan 14 inisiatif utama 2014”, jelas Datuk Khair semasa disoal mengenai hasratnya. “Mengenai misi dan visi, harapan utama yang saya inginkan adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara supaya lebih dihormati di peringkat global”, tambah beliau lagi.

Misi: Strong implementation – close

monitoring of all things decided. Think ahead, think across, and think again.

Beliau positif bahawa untuk merealisasikan misi ini, tindakan berikut perlu diberi tumpuan: Peringkat sistem: Tiga perkara utama yang perlu diberi tumpuan untuk pemantauan rapi ialah;

Pelaksanaan pelbagai peringkat sehingga ke bilik darjah

Fungsi pengawalan dipastikan -pengurus dan pelaksana

KPI Kementerian dan Menteri – pemegang inisiatif perlu memberi laporan

Peringkat individu: Tindakan pantas dan cepat berhubung dengan lima perkara penting iaitu:

Semua warga pendidikan dapat menghayati hasrat dan pelan yang dilaksanakan – jiwa warga pendidikan perlu dimenangi

Pentaksiran – menilai kemampuan

Membina apa yang perlu dilaksanakan

Bertindak berdasarkan setiap perancangan – keutamaan kepada tugas yang segera dan mempunyai keberhasilan tinggi

Berupaya untuk membuat anjakan dan lonjakan.

Mengakhiri sesi temubual beliau berpesan, “Menyedari sesuatu transformasi bukan mudah untuk dilaksanakan, saya menyeru warga KPM menghayati kata-kata ini, The heart of transformation is the transformation of the heart”.

ISU #9, 31 DISEMBER 2013

Dalam isu ini:

1. Hasrat dan Harapan 2014 : YBhg. Datuk Dr. Khair Mohamad Yusoff

2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Pembelajaran Murid

3. Sekitar Penataran PPPM 2013

Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia

2 Anjakan Bil. 9 31 Disember 2013

Memahami Kandungan PPPM :

Pembelajaran Murid

Pro-ELT

Professional up-skilling of English Language Teacher programme (Pro-ELT) telah diperkenalkan selepas 61,000 guru Bahasa Inggeris selesai menduduki Cambridge Placement Test (CPT). Pro-ELT dilaksanakan bagi meningkatkan profisiensi berbahasa Inggeris bagi memastikan murid diajar oleh guru Bahasa Inggeris yang mahir.

Pada masa ini seramai 5,010 guru sedang mengikuti Pro-ELT dan 9,000 lagi akan mengikuti program yang sama pada Januari ini.

Satu petunjuk kepada kejayaan sistem pendidikan ialah dengan melihat kepada pencapaian atau keberhasilan murid. Bab 4 dalam PPPM telah memberi tumpukan dan perancangan meningkatkan pembelajaran murid

Usaha membangunkan modal insan melalui pendidikan dilaksanakan secara holistik selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan dari segi intelek, rohani, emosi dan rohani tetap menjadi teras dalam merancang pelan pendidikan ini. Seperkara lagi yang menjadi elemen penting dalam perancangan pembelajaran murid ialah pengisian modal insan untuk abad ke-21. Meskipun pelbagai tafsiran kebanyakan negara tentang kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dalam kalangan murid, rata-rata menyatakan kemahiran yang diperlukan oleh murid ialah kemahiran ke arah perkembangan diri dan pembelajaran kendiri serta menjadi warganegara yang patriotisme. Oleh itu, KSSR dan KSSM yang diwujudkan mencerminkan kemahiran dan kompetensi abad ke-21 dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelan tindakan yang telah dirangka untuk pembelajaran murid adalah merentas dari membangunkan kurikulum hinggalah kepada pelaksanaan kurikulum di semua jenis dan peringkat persekolahan. Berikut adalah pelan tindakan bagi pembelajaran murid.

1. Membentuk dan mengaplikasi kurikulum dan pentaksiran abad ke-21

2. Mengukuhkan penyampaian STEM merentas sistem pendidikan 3. Mewujudkan penguasaan kemahiran berbahasa secara meluas 4. Menganjak kepada pendidikan inklusif

Bekerjasama dengan komuniti bagi mengutamakan keperluan murid

Meningkatkan akses dan keberhasilan

Membangunkan strategi kebangsaan untuk murid pintar cerdas 5. Mempercepatkan peningkatan sekolah melalui negeri & daerah

Kurikulum kebangsaan digubal untuk melahirkan murid

Malaysia yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin

tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, patriotik, serta

mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja

dalam pasukan dengan berkesan.

Guru Besar SK

Tanjung Papat II,

Sabah

“Dengan apa yang ada, sekolah ini akan tetap memastikan hasrat yang terkandung dalam PPPM Berjaya.” Begitulah antara pandangan En Azmi Musa, Guru Besar SK Tanjung Papat II ketika membicarakan tentang PPPM. “Pihak sekolah telah menyediakan pelbagai bentuk maklumat berkaitan PPPM untuk disampaikan kepada semua guru di sekolah tersebut.”

Proses saringan guru Bahasa Inggeris

3 Anjakan Bil. 9 31 Disember 2013

Sekitar Penataran PPPM Sepanjang 2013

Tahun 2013 telah berlalu dengan meninggalkan agenda penting bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memulakan pelaksanaan PPPM mulai 2013. Pelbagai usaha penataran PPPM telah dilakukan sepanjang 2013. Antaranya ialah mengadakan Jerayawara bersama Timbalan Menteri Pendidikan, menyertai Hari Bertemu Pelanggan KPM, menyertai pameran seperti UNSECO, Paris, Perhimpunan Agong UMNO, dan ASEAN Teacher Conference. Penataran maklumat mengenai PPPM juga dilakukan menerusi media cetak, media sosial dan media elektronik apabila Pengurusan Tertinggi Kementerian muncul dalam pelbagai rancangan TV dan radio.

Delegasi Indonesia di Pameran PPPM sempena ASEAN Teachers Conference

Jerayawara bersama Menteri Pendidikan II Program Jerayawara Menteri Pendidikan II telah diadakan di enam lokasi di seluruh negara bermula bulan Oktober 2013. Program yang melibatkan warga pendidikan, wakil PIBG dan masyarakat setempat merupakan platform yang efektif untuk YB Menteri dan Pengurusan Tertinggi Kementerian mendekati pelaksana PPPM dan menyelami luahan dan perasaan hati pihak yang terlibat secara langsung dengan transformasi pendidikan. YB Menteri Pendidikan II dengan tegas menyatakan sokongan kepada semua pihak yang terlibat demi menjayakan aspirasi PPPM. 90% responden kaji selidik yang diedarkan semasa sesi interaksi ini setuju program interaksi seperti ini perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan PPPM dapat difahami dan dihayati oleh semua pihak.

Hari Bertemu Pelanggan PADU turut bersama Bahagian-Bahagian lain di KPM dalam mempromosikan PPPM kepada masyarakat awam melalui Hari Bertemu Pelanggan KPM. Antara tempat yang dikunjungi termasuklah di Miri, Kuching dan Tawau. Selain daripada mengedarkan brosur berkaitan PPPM, penerangan yang lebih terperinci juga disampaikan oleh pegawai PADU. Perhimpunan UMNO PPPM dan PSPTN (Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara) adalah antara maklumat yang disebarkan semasa Perhimpunan UMNO pada 2 Disember 2013 baru-baru ini. Isu-isu berkaitan dengan pendidikan Islam adalah antara isu hangat yang dibahaskan semasa perhimpunan UMNO. Rata-rata perwakilan berharap PPPM dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Jerayawara di Johor Bharu

Petugas di

Perhimpunan

UMNO

4 Anjakan Bil. 9 31 Disember 2013

PELAKSANAAN LIMA INISIATIF DI PERINGKAT JPN DAN PPD Januari 2014, sebanyak lima inisiatif utama akan dilaksanakan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Derah (PPD). Lima inisiatif tersebut ialah

TIMSS dan PISA

Infrastruktur Asas

Program Transformasi Daerah

Enrolmen prasekolah

LINUS BI

Penerangan dan bengkel bersama pegawai daripada JPN dan PPD mengikut zon akan diadakan untuk membantu mereka dalam pelaksanaan PPPM.

TIMSS dan PISA

Infrastruktur Asas

PISA

LINUS 2.0

Transformasi Daerah

Enrolmen Prasekolah

8 & 9 Jan – Zon Tengah (KL, Putrajaya, Selangor dan N.Sembilan)

15 & 16 Jan - Zon Utara (Perlis, Kedah, Penang dan Perak)

20 & 21 Jan – Zon Timur dan Selatan (Pahang, Terengganu,

Kelantan, Johor dan Melaka

22 & 23 Jan –Zon Sabah/Sarawak (Sabah, Sarawak dan Labuan)

BPK. Sokongan : LP, BPG, JNJK, BPSH, BPPDP, BPKhas, IAB, BTP, BPSM, BKew, BPPA, IPGM,BBT, ELTC

BPP dan BPPA. Sokongan BPPDP dan BKew

BPP dan BPPA. Sokongan BPPDP dan BKew

Bahagian Pelaksana: BPSH. Sokongan : BPSwasta, BKew, BPSM, BPPDP, BPKhas, JNJK, BPM, BPG, BPK, IPGM, KEMAS, JPNIN,

ECCE Council