isl minggu 3

3
Jenis Media Cetak Buku teks Majal ah Akhba r Risal ah Surat Buku Rujuk an Buku Fiksy en

Upload: zaty-roselan

Post on 26-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Bahan bercetak merupakan sumber pelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar. Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya.Dengan penggunaan media cetak, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Sumber maklumat daripada media cetak adalah lebih terjamin kesahihannya berbanding sumber daripada internet hal ini akan memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan sesuatu ilmu.

Disediakan oleh:Nor Izzati RoselanNur Khuzaimah Bt MohammadWan Noor Syafiqah Bt Wan Mohd SabreeWan Sufian Bin Wan MohamadMohamad Irwan Bin Zakaria