isl m9

Upload: wei-yi

Post on 14-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

WAJ 3062

TRANSCRIPT

ISL 9:a) Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang kerjasama politik dan hubungan etnik pada tempoh 1946-1955,1956-1963,1964-kini.Tempoh kerjasama politik dan hubungan etnik

1946-1955 Penubuhan Parti Politik Melayu, Cina Dan IndiaUnited Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari pelbagai bahagian Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor, Kuala Lumpur, untuk membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Melihat kepada perkembangan politik di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada peringkat awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu. Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946. MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-1947). Penubuhannya bertujuan untuk membantu dan memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang India di Tanah Melayu. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu. Kerjasama itu kemudian diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954 dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah berjaya dalam pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

1956-1963 Parti terawal di Sarawak ialah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) 1959. SUPP bersifat multi-etnik tetapi pucuk pimpinan dimonopoli etnik Cina iaitu Ong Kee Hui dan Stephen Yong. Cadangan penubuhan Malaysia telah mendorong etnik peribumi menubuhkan parti masing-masing kerana beranggapan parti sedia ada tidak mewakili kepentingan mereka.Etnik Dayak khasnya dari kawasan Skrang-Saribas yang dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan telah tubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak @ Sarawak National Party (SNAP) pd 1961. Parti Negara Sarawak (PANAS) ditubuhkan pada tahun 1960 dan dipimpin oleh Abang Haji Mustapha. Melayu dan Melanau dari Lembah Bujang menubuhkan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) 1961. Ini ekoran dakwaan mereka tidak diwakili dlm PANAS. BERJASA dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang (Melayu), Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud (Melanau Islam). Sarawak Chinese Association (SCA) ditubuhkan pada 1962. SCA dilihat oleh pihak kolonial sebagai parti yang berpandangan sederhana telah diterima masuk ke dalam kerajaan pertama yang dibentuk berdasarkan pilihan raya 1963. Sebelum Malaysia ditubuhkan, semua parti di atas kecuali SUPP bergabung membentuk parti Perikatan untuk tubuhkan kerajaan pertama di bwh seliaan kolonial British. Wujud persaingan dlm Perikatan. Etnik Dayak berpecah antara Snap dan PESAKA. Melayu dan Melanau berpecah antara BERJASA dan PANAS. SUPP medapat sokongan majoriti etnik Cina manakala SCA mendapat sokongan segelintir orang Cina. Etnik Bumiputera Sabah seperti Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan lain-lain terpisah berasaskan etnik dan agama (Islam dan bukan Islam). Sejak pembentukan Malaysia, wujud kerjasama antara kelompok etnik di Sabah. Donald Stephens menubuhkan parti untuk menyatupadukan Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam. Beliau mengetuai United Kadazan National Organization (UNKO) yang ditubuhkan pada Ogos 1961. Bagi etnik Bajau, Suluk dan etnik lain, Tun Dato Mustapha Dato Harun menubuhkan United Sabah National Organisation (USNO) pada Disember 1961. Orang Cina bernaung di bawah Sabah Chinese Association (SCA).UNKO, USNO dan SCA bergabung membentuk parti Perikatan Sabah.G.S. Sundang menubuhkan Pasok Momogun pd 1962.Etnik Cina juga menubuhkan United Party (UP) dan Democratic Party tetapi tidak bertahan lama. Kemudian bergabung menjadi Parti Kebangsaan Borneu Utara. Kabinet Sabah yg pertama diketuai oleh Donald Stephens (UNKO) dan Gabenor ialah Mustapha Harun. Masalah pergelutan kuasa antara Stephen dan Mustpha menyebabkan perancangan peralihan kuasa yg melibatkan Lo Su Yin dilantik sbg Ketua Menteri bagi suatu tempoh.

1964-kini 1972- Perikatan bertukar nama kpd Barisan Nasional.

Di Sabah & Sarawak, pelbagai parti plitik ditubuhkan dan sebahagian besarnya menjadi anggota BN. Selepas thn 1970, berlaku perubahan dalam pola proses politik Sarawak. Populariti SUPP meningkat. menjadi jentera utama kepada etnik Cina dan menjadi pilihan bagi etnik Melayu dan Melanau untuk tubuhkan kerajaan campuran selepas pilihan raya umum 1969/71. Akhir 1970-an, Democratic Action Party (DAP) muncul di Sarawak sebagai pesaing SUPP untuk dapatkan sokongan orang Cina. Kejayaan DAP di Sarawak hanya terhad di kawasan majoriti Cina dan tidak sampai menjejaskan kedudukan SUPP dan pakatan BN. Perpaduan politik antara etnik Melayu dan Melanau semakin kukuh sejak penubuhan BERJASA dan PANAS dalam Parti Bumiputera yang dipimpin oleh Abdul Rahman Yakub dan Abdul Taib Mahmud pd 1966. Parti Bumiputera berjaya menyatukan Melayu dan Melanau serta mendominasi politik dan kerajaan sejak tahun 1970. Kekuatan politik Melayu dan Melanau meningkat apabila Temenggung Jugah membawa PESAKA bergabung dengan Parti Bumiputera untuk membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 1973. Kepimpinan PBB di bawah Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud sering menghadapi cabaran khasnya gol Melayu yang mendakwa kepentingan mereka di ketepikan dalam parti. Ini melahirkan Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS) pada 1987. Dipimpin tokoh-tokoh Melayu dan Melanau seperti Abdul Rahman Yakub, Salleh Jafarudin, Sharifah Habsah dan Bujang Ulis. Dalam pilihan raya umum 1987, pakatan PERMAS dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) hampir berjaya tumbangkan kerajaan pimpinan Abdul Taib Mahmud. Bagi etnik Dayak, SNAP dan PESAKA berpecah sebelum penubuhan Malaysia. SNAP dibubarkan dengan penajaan PBDS pada 1983 yang ditubuhkan oleh Leo Moggie (bekas pemimpin SNAP). Sejak itu etnik Dayak berpecah antara PBB, SNAP dan PBDS termasuk segelintir yang menyokong SUPP. SNAP yang mengalami masalah dlmn melahirkan parti serpihan, Sarawak Peoples Democratic Party (SPDP) yg dipimpin Wiliam Mawan (bekas pemimpin SNAP). Walaupun kelihatan masyarakat Sarawak terpisah-pisah kepada beberapa parti politik yg berbeza-beza, namun semangat menjalin dan memupuk kerjasama antara kelompok etnik tetap berlangsung. Barisan Nasional menjadi wadah bagi menampung perbezaan pendapat dan pemangkin kerjasama yang erat. Perkembangan politik di Sabah menunjukkan pola yg hampir sama seperti negeri-negeri lain Mustapha Harun dan USNO mengetuai pemerintahan Parti Perikatan lebih kurang 10 tahun yg berakhir pertengahan 1970-an. Kemudian diambil alih oleh Tun Fuad Stephens dan kemudian Harris Salleh selepas parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) menang pilihan raya 1976. BERJAYA ditubuhkan pada Julai 1975 ialah parti berbilang etnik yang dianggotai Bumiputera Islam dan bukan Islam. Harris Salleh hilang sokongan kerana beliau dianggap keras. Tentangan terhdp beliau melahirkan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan. PBS ialah parti multietnik w/pun pemimpinnya dimonopoli Bumiputera bukan Islam. PBS memerintah lebih kurang 10 tahun sebelum BN ambil alih yang diketuai oleh UMNO. Pilihan raya 1994, PBS menang tipis iaitu mendapat 25 daripada 48 kerusi dan BN 23 kerusi. Beberapa hari selepas pilihan raya, 12 ADUN PBS telah keluar parti dan menubuhkan parti baru dan diterima menyertai BN. 17 Mac 1994, Datuk Joseph Pairin Kitingan terpaksa membubarkan kerajaan dan memberi laluan kepada BN menerajui Kerajaan Negeri Sabah. kejatuhannPBS membawa perubahan besar kepada proses politik di Sabah. Pertama, UMNO berjanji jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran antara Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina. Kedua, telah lahir parti-parti baru spt Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pimpinan Joseph Kurup dan Parti Demokratik Sabah (PDS) pimpinan Bernard Dompok.. Etnik Bajau, Suluk, Melayu Brunei dan Bumiputera lain yang beragama Islam disatukan di bawah UMNO yang mula bertapak di Sabah awal tahun 1990-an. Pada tahun 2003, PBS masuk ke dlm BN.

a) Mengenalpasti fasal- fasal dalam Perlembagaan berkaitan dengan unsur-unsur tradisi. Unsur-unsur tradisi adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) serta pemerintahan beraja. Unsur-unsur tradisi adalah penting kerana ia telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Ia juga berperanan menstabilkan system politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia ialah: I.Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain bebas diamalkan II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya. III.Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. IV.Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam. V. Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. VI. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. VII. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang mengandungi tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia. Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh ialah mengenai imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III serta yang berkaitan dengan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak. Unsur-unsur tradisi difokuskan kepada tiga:(i) Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. (ii) Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan. Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat, dan memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang. (iii) Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain. Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya. Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu termasuklah peruntukkan Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Perjanjian sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin