kuliah m9 (2)

79
M9 Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia • Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermula pada 1950-55, 1956-63, 1964-kini Disediakan oleh: Ho Sii Sii Ngu Tien Tien

Upload: chichiro-ngu

Post on 29-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah M9 (2)

M9

Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

•Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermula pada 1950-55,

1956-63, 1964-kini

Disediakan oleh: Ho Sii Sii Ngu Tien Tien

Page 2: Kuliah M9 (2)

Kuliah / ISL M9

Kuliah : Menjelaskan tentang Rancangan Lima Tahun. Membincangkan tentang Rancangan Lima Tahun pada tahun 1964-kini.

ISL : Mengumpul bahan-bahan tentang Rancangan Lima Tahun bermula pada 1964-kini dalam konteks hubungan etnik.

Page 3: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Lima Tahun

• merujuk kepada Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaan, menetapkan sasaran perkembangan makro-ekonomi dan juga saiz serta peruntukan yang disediakan untuk program pembangunan sektor awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan. Ianya juga menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor swasta.

Page 4: Kuliah M9 (2)

Tahap Pertama Tahap Kedua

Rancangan Malaya Pertama: 1956 - 1960

Rancangan Malaysia Kedua: 1971-1975; Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan sehingga 1990

Rancangan Malaya Kedua: 1961 - 1965

Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 - 1980

Rancangan Malaysia Pertama: 1966 - 1970

Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985

Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990

Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995

Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 - 2000

Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005

Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010

Rancangan Malaysia Kesepuluh: 2011 - 2015

Page 5: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaya Pertama: 1956 - 1960

Matlamat utama:• Memajukan sektor luar bandar• Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu

bergantung pada sektor ekonomi.

Agensi Kerajaan yang Ditubuhkan:• Rural & Industrial Development Authority (RIDA) - 1953• Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)• Pengurusan RIDA (kemudiannya Majlis Amanah Rakyat

(MARA)) dan FELDA diletakkan di bawah kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Page 6: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaya Kedua(RMK): 1961 - 1965

Matlamat RMK adalah:• meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar• menggalakkan kepelbagaian tanaman pertanian dan

kegiatan perusahaan di luar bandar• menyediakan lebih banyak kemudahan sosial untuk

kawasan luar bandar• menambah peluang pekerjaan.• mengurangkan pergantungan kepada makanan

import.

Page 7: Kuliah M9 (2)

Strategi pelaksanaan• merancang pembangunan ekonomi dengan menyediakan

kemudahan asas.• membuka lebih banyak tanah untuk pertanian dan

penempatan semula.• menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan.• meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dengan

menyediakan peluang pekerjaan.• menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan

menjalankan projek Johor Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang.

• menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Page 8: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) 1966 - 1970

Objektif:• memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan

rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.• meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.• membangunkan ekonomi luar bandar.• mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan

ekonomi negara.• mengurangkan pengangguran.• memajukan sektor perindustrian.

Page 9: Kuliah M9 (2)

Tumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan luar bandar

• FELDA-membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara.

• berjaya meningkatkan taraf hidup para petani serta menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.

• kelapa sawit, koko dan tebu telah ditanam dengan lebih luas lagi.

Page 10: Kuliah M9 (2)

Antara agensi yang ditubuhkan:

• Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA)(1966) - untuk memulih dan memajukan projek tanah kerajaan.

• Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)(1969) - untuk membuat penyelidikan tentang pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.

• MARA - pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah.

• MIDA – untuk memajukan bidang perindustrian.

Page 11: Kuliah M9 (2)

 Peristiwa 13 Mei 1969

• Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk meningkatkan pendapatan keluarga luar bandar.

• Di Semenanjung Malaysia, 90% isi rumah hanya mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya berada di luar bandar dan berbangsa Melayu.

• Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puas hati orang Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Page 12: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975)

• diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

• Matlamat DEB:• Membasmi kemiskinan• Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat

Malaysia• Mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan

perindustrian dalam kalangan Bumiputera.

Page 13: Kuliah M9 (2)

• Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

• Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan.

• Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan.

• Memperbaiki taraf dankualiti hidup.

• Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.

Usaha Membasmi Kemiskinan

Page 14: Kuliah M9 (2)

Pertubuhan Agensi-agensi

Tujuan Contoh agensi

Untuk memodenkan kehidupan di luar bandar

•Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)•Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)

Untuk mempercepat pencapaian matlamat DEB

•Perbadanan Nasional Berhad(PERNAS)•Perbadanan Pembangunan Bandar(UDA)•Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil Perusahaan Getah(RISDA)•Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP)

Page 15: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) 1976-1980 

• Tumpuan Kepada Bidang Pertanian:i. menyaksikan pembukaan bandar baru dan

pembangunan tanah dipergiatkan antaranya Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

ii. Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.

Page 16: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) (1981 – 1985)

• Program pembangunan masih diteruskan dengan memberi keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian.

• Memberi penekanan kepada:i. perusahaan berat berasaskan pelaburan modal ii. penggunaan teknologi tinggiiii. keperluan tenaga pekerja yang mahir.

• Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) telah ditubuhkan.

Page 17: Kuliah M9 (2)

• Kawasan perusahaan baharu dibuka:i. Senawang (N9)ii. Bintulu (Sarawak)iii. Likas (Sabah)

• Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan (1979):

i. Menguruskan pelaburan dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN).

Page 18: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) 

• Pembangunan sektor pertanian diteruskan melalui:i. Penggunaan tanah dengan lebih cekapii. Memaksimumkan sumber tenaga manusiaiii. Menambahkan peluang latihan kemahiran dalam

sektor awam dan swasta.

• Usaha untuk mempercepat perkembangan sektor perusahaan:

i. Meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan.

ii. Mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON).

Page 19: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) : 1991 - 1995

Tujuan Untuk mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara

Strategi untuk mencapai matlamat

Meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan penglibatan sektor swasta.

Mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dengan meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta

Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan serta undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan dalam negara

Menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih

Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal

Page 20: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7): 1996 - 2000

• Untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran.

• Memesatkan peralihan struktur dan pembangunan yang seimbang.

Teras

• Untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, terutama melalui pemberian insentif kepada sektor swasta.

Tumpuan

Page 21: Kuliah M9 (2)

• Mengekalkan kestabilan ekonomi makro dengan mengamalkan dasar fiskal dan kewangan yang berhemah dan pragmatik.

• Menekankan dasar meningkatkan produktiviti yang meliputi semua kegiatan ekonomi.

• Menggembleng tabungan dalam negara yang tinggi.

• Menekankan pengeluaran perindustrian berskala besar untuk tujuan eksport ke pasaran global.

• Mengurangkan defisit akaun semasa imbangan pembayaran

Strategi

Page 22: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8): 2001 - 2005

RMK8 strategi program projek

Bagi mencapai objek Dasar Wawasan Negara: menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan masyarakat

yang bersatu dan saksama.

Page 23: Kuliah M9 (2)

• Dasar Wawasan Negara (DWN) menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional.

• Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut:-• Membina bangsa yang berdaya tahan.• Mewujudkan masyarakat yang saksama.• Mengekalkan pertumbuhan ekonomi.• Mempertingkatkan daya saing.• Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.• Mengukuhkan pembangunan sumber manusia.

Page 24: Kuliah M9 (2)

• Strategi utama yang diambil: Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap

serta dasar kewangan dan fiskal yang berhemah. Meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui

pemantapan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran pekerja serta penyelidikan dan pembangunan, sains dan teknologi.

Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan mempercepat peralihan sektor ekonomi utama kepada sektor perindustrian.

Meluaskan penggunaan ICT. Memupuk dan menyemai nilai positif dan nilai murni

dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Page 25: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9): 2006 - 2010

• Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia

• Mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara serta meningkatkan kegiatan inovasi.

• Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan.

• Membangunkan sumber manusia.• Memperhebat langkah

pembasmian kemiskinan.• Menyediakan kemudahan dan

perkhidmatan berkualiti tinggi.

Cabaran yang perlu dihadapi

Page 26: Kuliah M9 (2)

•Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.•Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.•Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif•Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.•Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

teras

Page 27: Kuliah M9 (2)

• Mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.

• Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan.

• Meningkatkan prestasi agenda pengagihan.

• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

• Menggalakkan penyertaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

• Mengimbangkan belanjawan.• Meningkatkan keberkesanan

program-program penswastaan.• Menguruskan sumber semula jadi

secara berhemat.

Dasar dan

strategi

yang digunakan

Page 28: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10): 2011 - 2015

• 10 Premis Utama:1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan

persekitaran luar negara. 2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian

etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

4. Menjayakan pertumbuhan dipacu oleh produktiviti dan inovasi.

Page 29: Kuliah M9 (2)

5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

7. Pertumbuhan bertumpu dan pembangunan inklusif.

8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif. 9. Menghargai khazanah alam sekitar. 10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

Page 30: Kuliah M9 (2)

• Lima Teras Strategik:1. Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arah

mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA;

2. Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi;

3. Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif;

4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia; dan

5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup;

Page 31: Kuliah M9 (2)

• Untuk memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera, Lima Inisiatif Strategik telah dikenalpasti untuk dilaksanakan seperti berikut:

1. Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.

2. Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera. 3. Menambahbaik program pembangunan kemahiran dan

keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.

4. Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.

5. Menubuhkan satu Majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

Page 32: Kuliah M9 (2)

Tutorial M9:

1. Menilai kepentingan Rancangan Lima

Tahun terhadap perkembangan

sosio-ekonomi masyarakat majmuk.

2. Menganalisis kesan rancangan lima

tahun terhadap hubungan etnik di

Malaysia.

Page 33: Kuliah M9 (2)

1. Menilai kepentingan

Rancangan Lima Tahun terhadap

perkembangan sosio-

ekonomi masyarakat majmuk.

Page 34: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

Dalam sektor ekonomi:

Pembukaan tanah baru untuk pertanian digiatkan.

Penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakkan.

Hasil keluaran pertanian dipelbagaikan Perusahaan melombong bijih timah

diperluaskan.

Page 35: Kuliah M9 (2)

Dalam sektor sosial: - pelbagai perkhidmatan diberi perhatian

seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan.

Dalam sektor awam: Infrakstuktur seperti balai polis, kem tentera,

pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan diberikan tumpuan.

Page 36: Kuliah M9 (2)

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar bandar

- Menyelaraskan projek pembangunan di kawasan luar bandar.

MARA + FELDA

Page 37: Kuliah M9 (2)

Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar (RIDA)

Membangun dan memajukan masyarakat di luar bandar melalui pembangunan ekonomi, perkhidmatan sosial dan awam.

RIDA MARA

Peranan: memberikan pinjaman kepada pengusahaan pertanian

kecil. membantu pemasaran hasil pertanian. Menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor

perniagaan.

Page 38: Kuliah M9 (2)

FELDAPeranan:

Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar di samping meningkatkan hasil pertanian negara.

Tanah dibuka secara besar-besaran untuk pertanian dan sebagai petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas.

Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke sini menjadi petani moden.

Jenis tanaman penting ialah getah dan kelapa sawit.

Page 39: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

o Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

- Membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

Page 40: Kuliah M9 (2)

Penekanan Rancangan Malaya Kedua:

Penyediaan infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan.

Usaha menyediakan peluang pekerjaan juga diberi perhatian.

Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan kampung.

Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian diperkenalkan.

Page 41: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

• Bersifat bersepadu dan merangkumi semua bidang ekonomi dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian.

• Muncul projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara.

• Bantuan kredit luar bandar – mengatasi masalah kekurangan model petani daripada ditindas oleh orang tengah.

Page 42: Kuliah M9 (2)

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)

• membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

• menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah.

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)• Pembangunan sektor perindustrian.

Page 43: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia kedua (1971-1990)

Dasar Ekonomi Baru (DEB)- Membasmi kemiskinan dan menyusun semula

masyarakat tanpa mengira kaum.

Strategi- Memperbaiki kehidupan rakyat di luar bandar.- Menambah peluang pekerjaan.- Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara

kaum.- Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan

dengan menambahkan kemudahan.- Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan

komposisi kaum.

Page 44: Kuliah M9 (2)

Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) 1971- Menstabilkan harga padi.

Lembaga kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971- Membangun dan memodenkan industri

perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan.

Perbandaan Pembangunan Bandar (UDA) 1971- Membangunkan bandar.

Page 45: Kuliah M9 (2)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 1973

- Membantu pekebun kecil getah cari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973- Membantu golongan petani melibatkan diri dalam

kegiatan koperasi.

Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974- Memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang

berkaitan dengan petroleum.

Page 46: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980)

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

- Pembukaan tanah secara besar-besaran.- Penanaman getah dan kelapa sawit untuk

keperluan eksport.

Page 47: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)

memberi keutamaan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang mahir.

kawasan perusahaan baharu seperti Senawang(Negeri Sembilan), Skudai(Johor), Bintulu(Sarawak), Menggatal dan Likas(Sabah).

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menguruskan pelaburan dalam Skim Amanah Saham

Nasional (ASN)>

Page 48: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Mempercepatkan perkembangan sektor perusahaan.

Strategi :1) meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan

pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan.

2) Mempergiatkan perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON); iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara.

Page 49: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Keenam ( 1991-1995)Mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan

ekonomi negara.

Strategi:

• Meningkatkan kecekapan dan daya saing serta menggalakkan penglibatan swasta

• Mengurangkan penyertaan langsung sektor awam• Mengekalkan dasar liberisasi serta pelonggaran peraturan• Menggalakkan perindustrian menggunakan teknologi

canggih• Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal• Pengenalan Dasar Pembangunan Nasional lanjutan kepada

DEB

Page 50: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)

Dasar Pembangunan Nasional

memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

mencapai pembangunan yang seimbang dalam semua sektor.

Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam usaha penyusunan semula masyarakat.

Menekankan pembangunan sumber manusia.

Page 51: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

- Menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif Dasar Wawasan Negara.

- menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi negara.

- mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama.

Page 52: Kuliah M9 (2)

Wawasan 2020• Dilancar oleh Perdana Menteri Malaysia

Keempat, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991.

• Objektif : menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam semua bidang mengikut acuannya sendiri.

Page 53: Kuliah M9 (2)

Cabaran Wawasan 2020

• Negara yang bersatu pada• Masyarakat yang berjiwa bebas• Masyarakat demokratik• Masyarakat bermoral dan beretika• Masyarakat liberal• Masyarakat saintifik dan progresif• Masyarakat penyayang• Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi• Masyarakat makmur

Page 54: Kuliah M9 (2)

• Stategi utama:

– Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap serta dasar kewangan dan fiskal yang berhemah.

– Meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran pekerja serta penyelidikan dan pembangunan, dan sains dan teknologi.

Page 55: Kuliah M9 (2)

– Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi

– Meluaskan penggunaan ICT

– Memupuk dan menyemai nilai positif dan nilai murni

– Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan

Page 56: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)Tumpuan : mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahap yang

lebih tinggi dan menguruskan pertumbuhan ekonomi negara dengan berkesan.

menekankan konsep pembangunan berpusatkan manusia.

mengenalpasti dan mengusahakan hasil sumber pertumbuhan baharu dalam sektor pertanian dan industri asas tani, pembuatan dan perkhidmatan.

Memberi tumpuan secara khusus pada pembangunan sumber manusia untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta meningkatkan daya pengeluaran dan daya saing.

Page 57: Kuliah M9 (2)

Rancangan Malaysia kesepuluh (2011-2015)

10 Premis utama1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan

persekitaran luar negara.2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian

etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

4. Menjayakan pertumbuhan dipacu oleh produktiviti dan inovasi.

Page 58: Kuliah M9 (2)

6. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

7. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

8. Pertumbuhan bertumpu dan pembangunan inklusif.

9. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

10.Menghargai khazanah alam sekitar.

Page 59: Kuliah M9 (2)

Lima Teras Strategik :

1. Menggubal falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodolodi NKRA.

2. Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Page 60: Kuliah M9 (2)

3. Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

Page 61: Kuliah M9 (2)

2. Menganalisis kesan rancangan lima tahun

terhadap hubungan etnik di Malaysia.

Page 62: Kuliah M9 (2)

1. Penghapusan Perasaan Cemburu Antara Kaum

• Dasar British yang mengutamakan pembangunan di bandar menimbulkan perasaan ketidakpuasan hati kepada sesetengah kaum.

• Kemuncaknya dapat dilihat semasa peristiwa 13 Mei 1969 yang mengorbankan banyak nyawa.

• Rancangan pembangunan membawa perubahan dalam konteks hubungan etnik masyarakat kerana tiada diskriminasi yang berlaku dan semua kaum berhak melibatkan diri dalam bidang yang mereka mahu.

Page 63: Kuliah M9 (2)

2. Perpaduan dan integrasi nasional tercapai

• Ketidaksamerataan ekonomi menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.

• Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.

Page 64: Kuliah M9 (2)

• Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

• Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,

– mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik.

– menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Page 65: Kuliah M9 (2)

• Antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun 1990.

Page 66: Kuliah M9 (2)

Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan :

• Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

• Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

• Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

• Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

Page 67: Kuliah M9 (2)

• Memodenkan kehidupan di luar bandar.

• Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.

• Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik di Malaysia.

• Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain

Page 68: Kuliah M9 (2)

Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru:

• Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.

• Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga.

• Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

Page 69: Kuliah M9 (2)

3. Dapat Membentuk Perpaduan

• Dasar British menimbulkan jurang yang besar di antara pelbagai kaum.

• Petempatan yang berbeza antara kaum menyebabkan perpaduan sukar diwujudkan.

• Namun begitu, sejak rancangan diperkenalkan, banyak perubahan yang berlaku dimana semua kaum boleh berkerjasama dalam menjalankan sesuatu dan membentuk perpaduan.

Page 70: Kuliah M9 (2)

• Sebelum merdeka

– Dasar pecah dan perintah.

–  Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani.

– orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah

Page 71: Kuliah M9 (2)

– orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh.

– Ketidakseimbangan dari sudut ekonomi bagi setiap kaum.

– mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

Page 72: Kuliah M9 (2)

• Selepas merdeka

– DEB dilancarkan bagi menyusun semula ekonomi masyarakat setiap kaum bagi mengelakkan peristiwa 13 mei.

– Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.

– Menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

– Menyusun semula pemilikan harta dengan peningkatan pemilikan saham bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 1990.

Page 73: Kuliah M9 (2)

4. Kurangkan Jurang Perbezaan Antara Kaum

• Perbezaan taraf hidup semasa pemerintahan British menyukarkan kaum untuk bersatu padu dalam membentuk keharmonian negara.

• Rancangan pembangunan yang memberi pemodenan yang sama rata antara kaum dapat menghilangkan jurang besar antara semua kaum.

• Secara rasionalnya, semua kaum kini tidak lagi tergak-agak untuk bekerjasama antara satu sama lain.

Page 74: Kuliah M9 (2)

5. Dapat Menyemarakan Rasa Cinta Kepada Negara

• Pembangunan yang adil dan demokrasi di dalam negara kita telah dapat mewujudkan masyarakat majmuk yang harmoni kerana semua kaum mempunyai hak masing-masing dan menerima rasional hak istimewa kaum Melayu di dalam negara.

• Layanan sama rata kepada semua kaum telah menimbulkan rasa puas hati kepada kaum Cina dan India.

Page 75: Kuliah M9 (2)

6. Membentuk Kerjasama Antara Satu Sama Lain.

• Dalam usaha untuk membentuk perpaduan, semua kaum boleh bekerjasama dalam bidang-bidang tertentu.

• Contohnya : Dalam bidang perniagaan antarabangsa sekarang, tokoh perniagaan Melayu mengadakan kerjasama dengan India dan Cina

Page 76: Kuliah M9 (2)

7. Dapat Menyediakan Prasarana Yang Lengkap

• Perpaduan antara 3 kaum merupakan batu loncatan dalam menyumbangkan ekonomi negara kita.

• Ekonomi yang pesat secara tidak langsung menyediakan prasarana yang lengkap untuk semua kaum secara adil.

Page 77: Kuliah M9 (2)

Bibliografi

http://www.epu.gov.my/helpdeskpp_a;jsessionid=345812263B845EB1314F9ECAEE9AF6BA

Dr. Zaid Ahmad, Dr.Ho Hui Ling, Dr. Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku Arifin, Lee Yok Fee, Nazri Muslim, Ruslan Zainuddin. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Page 78: Kuliah M9 (2)

R. Kuberan, Foo Kok Man dan Mohd. Azami Ahmad. Teks Efektif STPM Pengajian Am Kertas 1 Edisi Baharu. Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd., 1971, p. 292.

http://www.pemudah.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=178717&folderId=62344&name=DLFE-4308.pdf

Page 79: Kuliah M9 (2)

Sekian, terima kasih !