isi tugasan.docx

Upload: mutiara-hatie

Post on 04-Jun-2018

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    1/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    1

    BAHAGIAN A (TUGASAN BERKUMPULAN)

    1.0 PENGENALAN

    Linguistik merupakan sebuah bidang ilmu yang masih belum difahami sepenuhnya oleh

    ramai pelajar bahasa dan orang kebanyakkan. Mereka berpendapat bahawa ilmu

    linguistik itu ialah ilmu mempelajari bahasa. Oleh sebab itu sarjana linguistik ialah

    seorang yang pandai bertutur banyak bahasa. Bidang ilmu linguistik mengkaji banyak

    perkara mengenai bahasa, dan mengajar dan belajar bahasa adalah sebahagian

    daripadanya. Matapelajaran penghantar linguistik adalah matapelajaran wajib yang

    harus diambil oleh semua guru pelatih yang mengambil subjek major Bahasa Melayu

    semester empat di Insititut Pendidikan Guru seluruh Malaysia.

    Tugasan ini telah diperjelaskan oleh pensyarah pembimbing mengenai apa yang

    perlu dilakukan. Perkara yang perlu diberi perhatian terhadap Kerja kursus ini ialah

    pelajar haruslah menghuraikan tentang pemikiran dalam linguistik, bidang-bidang

    linguistik, cabang-cabang linguistik kontekstual dan sifat-sifat bahasa. Selain itu, pelajar

    juga dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang penggunaan

    variasi bahasa dalam mana-mana cerpen yang dipilih secara individu.

    Selain itu, hard copy juga haruslah dihantar bersama dengan CD. Tugasan ini

    sedikit sebanyak membolehkan guru pelatih memahami dengan lebih mendalam

    tentang ilmu linguistik bahasa Melayu.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    2/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    2

    2.0 ISI TUGASAN

    Linguistik merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji pelbagai aspek bahasa

    berdasarkan penggunaan tatabahasanya, sejarah, rumus bahasa, perubahan psikologi,

    kaitan dengan masyarakat dan sebagainya ketika seseorang individu menggunakan

    bahasa. Bidang ilmu linguistik terbahagi kepada dua iaitu linguistik sinkronik dan

    linguistik diakronik. Menurut Robins, R.H. (1990), linguistik sinkronik merujuk kepada

    kajian terhadap sesuatu bahasa tertentu dalam jangka masa tertentu manakala

    linguistik diakronik pula merupakan kajian yang dijalankan berdasarkan perkembangan

    yang dilalui oleh sesuatu bahasa. Linguistik ditakrifkan sebagai ilmu bahas atau kajian

    ilmiah tentang bahasa, (Matthews, 1997).

    Konsep pemikiran dalam linguistik pula merujuk kepada bagaimana ilmu bahasa

    dan tatabahasa dihuraikan oleh ahli- ahli linguistik (Hornby, A.S. 1995). Menurut kata

    lain, pemikiran dalam linguistik merupakan perbincangan tentang pemikiran linguistik

    dalam kalangan ahli linguistik yang sejajar dengan perkembangan ilmu bahasa itu

    sendiri.

    Pemikiran Linguistik Zaman Tatabahasa Tradisional

    Pemikiran linguistik pada zaman ini berfokus kepada pemikiran ahli falsafah

    zaman Yunani dan memberi penekanan terhadap apa yang dimaksudkan dengan

    bahasa dan hakikat bahasa. Ahli falsafah berpendapat bahawa bahasa merupakan

    sistem simbol dan simbol tersebut terdiri daripada seni bina,geografi, perubatan dan

    sebagainya (Matthews, Peter, 1997).

    Pada zaman ini melibatkan dua pemikiran ahli falsafah iaitu Plato dan

    Aristoteles. Jadual dibawah menunjukkan perbezaan bagi pemikiran Plato dan

    Aristoteles.

    Plato Aristoteles

    1. Bahasa menyerupai realiti atau physei 1. Bahasa tidak menyerupai realiti atau

    thesei kecuali lambang bunyi.

    2. Menjadi pegangan golongan naturalis 2. Menjadi pegangan golongan

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    3/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    3

    konvensionalis

    Jadu al 1:Menunjukkan perbezaan antara pemikiran Plato dan Aristoteles

    Pemikiran Linguistik Abad Ke- 19

    Pada masa ini, pemikiran linguistik memfokuskan terhadap kesamaan fonologi

    dan morfologi dalam bahasa yang dikelompokkan dalam keluarga yang sama. Ahli

    linguistik pada abad ini telah melakukan kajian dan meneliti kesamaan dalam bahasa

    Roman dengan membandingkan struktur fonologi dan morfologi bahasa Perancis,

    Sepanyol dan Itali.

    Sekitar tahun 1820 sehingga1870 ahli- ahli linguistik berjaya menunjukkan kaitan

    sistematis antara bahasabahasa Roman berdasarkan struktur fonologi dan morfologi.

    Antara rumpun bahasa yang mengalami penstrukturan daripada segi fonologi dan

    morfologi ialah:

    Rumpun Indo- Eropah: Bahasa Jerman, Indo- Iran, Armenia, Baltik, Slavis,

    Roman, Keltik dan Gaulis.

    Rumpun Semito- Hamit: bahasa Arab, Ibrani dan Etiopia

    Rumpun Austronesia atau Melayu Polinesia: Bahasa Melayu, Melanesia dan

    Polinesia.

    Pemikiran Linguistik Abad Ke- 20

    Pada abad ini, ahli linguistik tidak hanya menumpukan terhadap bahasa-

    bahasa di Eropah sahaja malah turut memberi perhatian kepada bahasa lain di dunia

    seperti bahasa- bahasa Indian di Amerika, bahasabahasa di Afrika dan di Papua.

    Pemikiran linguistik pada abad ini mempunyai ciri- ciri (Robins, R.H. 1990)

    berikut:

    Penelitian meluas terhadap bahasa di Amerika, Afrika dan Asia.

    Pendekatan penelitian bahasa bersifat strukturalistis dan pada akhir abad ke- 20

    penelitian bersifat fungsionalis turut digunakan.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    4/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    4

    Tatabahasa turut diberi keutamaan dan bidang mikrolinguistik, makrolinguistik,

    serta sejarah linguistik turut dibandingkan.

    Penelitian teoretis sangat berkembang.

    Kajian ilmiah semakin menonjol yang meliputi penelitian linguistik antara bahasa

    yang berbeza.

    Prinsip penelitian linguistic adalah deskripsi dan sinkronis.

    Pemikiran Linguistik Ferdinand de Saussure

    Ferdinand de Saussure (1857 1913) ialah orang pertama yang

    mengasaskan i lmu linguist ik mod en.Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui

    penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara

    moden.Dalam sejarah i lmu l inguist ik m oden, bel iau m erupakan orang p ertama

    yang m engemukakan p ent ingnya kaj ian bahasa dar i sudut yang berbeza.

    Perbezaan tersebut adalah secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji

    bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi

    sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu

    bahasa tersebut.

    De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep

    languedanparoleLangue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang

    dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.

    Ketokoh an bel iau adalah hasi l penel i t iannya s ehingga m enerbi tkan s ebuah

    buku iaitu Cou se de Lingu istiqu e Generale (1915)

    Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah

    mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku

    tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    5/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    5

    Pemikiran Linguistik Edward Sapir

    Edward Sapir (18841939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi

    dari Amerika pada awal abad ke-20.

    Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek

    psikologi.Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains.

    Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur

    yang menentukan struktur pemikiran manusia.Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat

    arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran.

    Buku beliau bertajuk Languageberbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan

    pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam

    masyarakat.Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna dan bahasa akan

    sentiasa berubah.Pemikiran Linguistik Leonard Bloomfield

    Bloomfield (1887 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori

    behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam

    menghuraikan bahasa.

    Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh

    mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di

    dalam otak dan dikeluarkan apabila terdapat rangsangan.Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya

    rangsangan atau stimulus, maka bahasa pun dapat dilahirkan sebagai gerakbalas atau responsterhadap rangsangan itu.Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia.Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan

    yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan

    dan dianalisis secara empirikal.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    6/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    6

    Buku beliau yang popular ialah Language(1933).Bahasa sebagai objek linguistik merupakan fenomenon yang tidak terlepas

    daripada kegiatan bermasyarakat. Oleh sebab kegiatan ini sangat luas, maka bidang

    linguistik itu juga menjadi sangat banyak. Antara bidang-bidang linguistik ialah linguistik

    linguistik umum atau am, linguistik gunaan atau terapan, linguistik perbandingan,

    linguistik sejarah dan linguistik kontekstual.

    Linguistik umum juga dikenali sebagai linguistik am. Ia merupakan linguistik yang

    teorinya mengkaji kaedah bahasa dan pernyataan secara umum atau secara

    ringkasnya linguistik umum ialah bidang yang mengkaji aspek-aspek teori ilmu lingustik

    secara umum. Berbanding dengan linguistik khusus, linguistik ini lebih menekankan

    kajian tentang kaedah bahasa yang berlaku pada bahasa atau rumpun bahasa tertentu

    seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia. Kedua-dua pendekatan linguistik ini

    dapat digunakan terhadap keseluruhan sistem bahasa atau satu bahagian daripada

    sistem tersebut. Setiap disiplin ilmu biasanya dibahagikan kepada bidang-bidang

    bawahan (subdisiplin) atau cabang-cabang tertentu yang mempunyai hubungan disiplin

    dengan disiplin tersebut.

    Linguistik gunaan pula dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan

    timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.

    Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,

    kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku

    teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna

    mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga

    bahasa asing. Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan

    bahan-bahan mengajarkan bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta

    itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasaasli pelajarnya. Terdapat aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik

    gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan tetapi ia lebih menekankan mengenai

    penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. Perkara yang dikendalikan

    dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan

    kajian secara umum. Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    7/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    7

    universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu

    secara deskriptif.

    Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu

    bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Pengenalan linguistik gunaan

    sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan

    bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. Dalam

    meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah

    mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan

    bahasa dengan baik.

    Selain itu, linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu

    cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat

    menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Perhubungan"

    membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan

    bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-

    perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Teknik

    asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk

    membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan

    leksikon. Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus

    dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik,

    umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap Jika

    bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya,

    kaedah perbandingan tidak begitu berguna.

    Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu

    formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah,

    berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200)yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. Kaedah glotokronologi

    mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-

    dua bahasa itu berpisah. Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan

    pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan. Tipologi

    bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    8/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    8

    Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan

    antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti

    dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk

    memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui

    masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Bidang

    ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul (etimologi) sesuatu bahasa.

    Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik

    iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.

    Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi

    menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.

    Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk

    memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.

    Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atau etimologi

    sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan

    bahasa dari masa lampau hingga kini. Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai

    bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah

    untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni

    bahasa seketurunan daripada bahasa induk. Perbandingan dilakukan antara beberapa

    aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini

    memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan

    huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu.

    Akhir sekali ialah linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi

    dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji

    bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin

    mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Sosiolinguistik, linguistik

    antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi

    interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis

    ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. Psikolinguistik dan

    neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    9/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    9

    linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik

    pengiraan, serta sains kognitif.

    Rajah 1 Bidang-bidang linguistik

    Linguistik merupakan bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik

    sebagaimana yang ditakrifkan oleh tokoh linguistik barat iaitu J.Lyons (1968). Manakala

    Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan linguistik sebagai kajian saintifik tentang

    bahasa. Manakala perkataan kontekstual pula bermaksud suatu perkara yangberasaskan konteks seperti yang ditakrifkan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat(2005).

    Secara kesimpulannya, linguistik kontekstual boleh dihuraikan sebagai kajian bahasa

    menurut konteks menurut Dr. Faridah Binti Nazir dan Dr. Tuan Jah Tuan Yusof dalam

    buku yang bertajuk Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. Konteks yang dinyatakan

    tersebut merujuk kepada masyarakat atau komuniti yang menuturkan bahasa yang

    Bidang

    Linguistik

    Umum

    Gunaan

    SejarahPerbandingan

    Kontekstual

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    10/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    10

    menjadi tumpuan kajian. Linguistik ini juga disebut sebagai linguistik terapan atau

    makrolinguistik di mana ianya mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

    Berikut merupakan cabang-cabang dalam bidang linguistik kontekstual :

    Rajah 2 Cabang-cabang linguistik kontekstual

    CABANG-CABANG

    LINGUISTIKKONTEKSTUAL

    PSIKOLINGUISTIK

    NEUROLINGUISTIK

    PETALOGI

    FILOLOGI

    SOSIOLINGUISTIK

    LINGUISTIKANTROPOLOGI

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    11/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    11

    Cabang linguistik kontekstual yang pertama ialah sosiolinguistik. Perkataan

    sosiolinguistik terbit melalui dua patah perkataan iaitu sosio singkatan daripada

    perkataan sosiologi yang membawa maksud disiplin yang meneliti masyarakat dan,

    perkataan linguistik yang merujuk kepada bidang yang mengkaji bahasa. Secara Haver

    C. Curie (1952) telah membincangkan istilah sosiolinguistik sebagai satu ragam bahasa

    dan kaitannya dengan status sosial dalam masyarakat dalam sebuah artikel yang

    bertajuk A Projection of Socialinguistics : The Relationship of Speech To Social Status.

    Sosialinguistik juga merupakan salah satu cabang utama dalam ilmu linguistik. Secara

    kesimpulannya, sosiolinguistik merupakan satu bidang yang mengkaji perhubungan

    antara bahasa dan penggunaannya dalam kalangan masyarakat.

    Seterusnya adalah cabang psikolinguistik yang lahir daripada dua istilah iaitu

    psikologi dan linguistik. Cabang psikolinguistik mula diperkenalkan setelah Noam

    Chomsky memperkenalkan Teori Transformasi Generatif. Cabang ini menumpukan

    kepada proses psikologi yang berlaku semasa seseorang menggunakan bahasa. Ianya

    turut mengkaji kaitan antara bahasa dengan akal manusia. Menurut Dr. Faridah Binti

    Nazir dan Dr. Tuan Jah Tuan Yusof dalam buku yang bertajuk Pengantar Linguistik

    Bahasa Melayu, psikolinguistik cuba menghuraikan empat perkara utama antaranya

    cara manusia mempelajari bahasa ibundanya; bagaimana kemahiran berbahasa di

    kuasai dan kaitannya dengan kognitif, persepsi dan fisiologi manusia; kaedah manusia

    mempelajari bahasa ibunda; dan kerelevenan teori transformasi generative dengan

    keupayaan berbahasa manusia. Psikolinguistik merangkumi enam bidang utama iaitu

    psikolinguistik teori, psikolinguistik sosial, psikolinguistik pendidikan, psikolinguistik

    terapan, psikolinguistik eksperimen dan psikolinguistik perkembangan.

    Cabang yang ketiga adalah neurolinguistik yang mengkaji kaitan antara bahasa

    dan otak serta sistem saraf manusia. Terdapat tiga bidang utama yang menjadi

    tumpuan dalam cabang ini iaitu bahagian otak yang berkaitan dengan bahasa, cara

    sistem saraf manusia berfungsi untuk merakam bahasa dan kesan daripada perbezaan

    antara fonologi dan sintaksis. Cabang yang keempat adalah filologi. Istilah filologi ini

    mula digunakan sekitar tahun 1716 yang merujuk kepada ilmu bahasa yang meliputi

    tatabahasa, sejarah dan tradisi sastera terutama di Amerika Syarikat. Kajian filologi

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    12/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    12

    mempunyai perkaitan dengan penelitian hasil kebudayaan masyarakat lama yang

    berupa tulisan dalam naskhah. Dalam erti kata lain ianya memfokuskan teks-teks

    sastera dengan kebudayaan masyarakat.

    Seterusnya adalah cabang petalogi iaitu kajian tentang kecacatan dan gangguan

    dalam komunikasi lisan manusia. Gangguan bahasa ini berlaku akibat daripada

    masalah perbuatan dalam kalangan masyarakat yang menjejaskan kemampuan

    berkomunikasi dari segi fonologi, sintaksis dan semantik. Dalam buku yang berjudul

    Pengantar Lingusitik Bahasa Melayu karya Dr. Faridah Bt Nazir dan Dr. Tuan Jah Tuan

    Yusof memperincikan punca-punca berlakunya gangguan bahasa antaranya :

    i) Gangguan perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak misalnya

    gangguan semantik pragmatik.

    ii) Autisme, iaitu gangguan bahasa yang berkaitan dengan perkembangan

    bahasa yang mengalami kerencatan.

    iii) Ketidakmampuan belajar atau kesulitan belajar atu syndrome down.

    iv) Kerosakan otak belahan kiri iaitu afasia yang disebabkan oleh penyakit strok,

    tumor otak, onfeksi, luka dalam otak dan Alzhemer.

    v) Kerosakan otak belahan kanan, iaitu gangguan bahasa pada otak kiri yang

    menyebabkan kesukaran menyerap pengetahuan di otak kanan hingga

    menjejaskan perhatian, memori, organisasi dan sebagainya.

    vi) Kecederaan dalam otak yang disebabkan oleh hentakan hingga menjejaskan

    komunikasi.

    vii) Penyakit Alzheimer yang besar kemungkinan berpunca daripada faktor

    genetik hingga seseorang tidak dapat memberi respons terhadap sesuatu

    perkara dengan logik.

    viii) Penyakit Schizofrenia yang menyebabkan gangguan bahasa akibat

    gangguan kepada otak sebelah kiri.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    13/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    13

    Cabang lingusitik kontekstual yang terakhir adalah linguistik antropologi. Ianya bidang

    linguistik yang membincangakan hubungan antara bahasa dan kebudayaan. Foley

    (1997) menggunakan istilah anthropological linguistic atau lingusitik antropologi ini

    untuk mengkaji bahasa daripada perspektif antropologi. Hymes mengutarakan

    pendapatnya bahawa Duranti (1997) menyatakan bahawa linguistik antropologi

    mengkaji ujaran dan bahasa dalam konteks antropolgi. Ianya dihuraikan sebagai kajian

    tentang penggunaan bahasa sebagai sumber dan perlakuan budaya. Selain itu, ia turut

    dinyatakan sebagai bidang kajian yang tidak mempunyai persamaan dengan kajian

    bahasa secara umum tetapi merupakan sebahagian daripada kajian antropologi.

    Rajah : Sifat-sifat bahasa

    SIFAT-SIFATBAHASA

    Variasi

    Simbol

    KomunikasiDinamik

    Unik

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    14/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    14

    Setiap bahasa di dunia mempunyai keunikan masing-masing. Terdapat pelbagai

    jenis sifat-sifat bahasa bersesuaian dengan fungsi-fungsinya. Pertama, bahasa adalah

    sebagai satu simbol bermaksud pertalian objek dengan sesuatu peristiwa. Selain itu, ia

    dapat melambangkan sesuatu peraturan yang harus diikuti.

    Simbolmerupakan satu daripada tanda lain seperti isyarat, kod,index dan ikon.

    Tanda dapat mewakili idea, fikiran, perasaan, benda dan tindakan secara langsung.

    Simbol juga boleh berlaku secara tidak almiah. Contohnya ialah pada logo dan

    bendera.

    Gambar : Contoh logo atau simbol yang tidak ilmiah.

    Kedua, bahasa bersifat variasi. Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-

    bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.

    Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :

    Penggunaorang yang menggunakan sesuatu bahasa dan

    Penggunaan kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau

    situasi bahasa itu digunakan.

    Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik. Variasi daerah ialah

    satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu

    masyarakat bahasa. Manakala stilistik pula bermaksud satu bentuk variasi bersistem

    yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur dan ia

    bergantung kepada keadaan dan persekitaran sekeliling.

    Pengertian Warna Logo

    Merah Samar Melambangkan keharmonian dan kelembutan

    Hijau Agama. Taqwa sebagai TERAS

    Putih Kesucian

    Kuning Kesetiaan dan ketaatan

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    15/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    15

    Ketiga, bahasa bersifat komunikasi. Manusia menggunakan bahasa sebagai alat

    komunikasi yang penting di dalam kehidupan seharian mereka. Halliday, di dalam

    bukunya bertajuk "Explorations in the Functions of Language" (1973), yang telah

    mengemukakan tujuh fungsi bahasa. Antaranya adalah instrumental, regulasi,

    pemerian, interaksi, personal, heuristik dan khayalan.

    Keempat, bahasa bersifat dinamik. Dinamik bahasa adalah berubah dan

    berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain.

    Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain

    menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa

    itu. Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya masih tidak berubah.

    Kelima , bahasa bersifat unik. Unik bermaksud satu ciri khusus yang spesifik

    yang tiada pada yang lain. Antaranya ialah, ciri khusus yang yang terdapat pada sistem

    bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat dan sistem yang lain. Antara ciri keunikan

    Bahasa Melayu ialah tekanan kata yang tidak bersifat morfemis tetapi bersifat sintaksis.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    16/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    16

    BAHAGIAN B (TUGASAN INDIVIDU)

    INDIVIDU 1 JUNAIDA BINTI SHUKOR

    1.0 ANALISIS CERPEN

    Bahasa pertuturan manusia mempunyai kepelbagaian yang dikenali sebagai

    variasi bahasa. Begitu juga Bahasa Melayu. Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn,

    Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2003), variasi bahasa wujud disebabkan

    beberapa faktor sosial seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan dan

    kedudukan sosioekonomi penutur. Variasi bahasa secara umumnya bermaksud

    kepelbagaian ragam yang terdapat dalam bahasa disebabkan faktor tertentu. Menurut

    Dittmar (1976) terdapat empat jenis variasi bahasa iaitu variasi standard (baku), variasi

    kawasan (dialek), variasi sosial (sosiolek) atau dialek sosial dan variasi fungsional.

    Dalam cerpen yang bertajuk Harimau Pak Tam karya tulisan Razali Endun

    penggunaan variasi bahasa standard Bahasa Melayu secara meluas. Hal ini kerana

    struktur penulisannya yang lengkap dan sempurna daripada segi sistem ejaan,

    tatabahasa dan kosa kata. Ianya juga turut mempunyai keseragaman dalam empat

    sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebagai contoh,

    petikan ayat daripada cerpen tersebut yang berbunyi seperti berikut :

    Perilaku Pak Tam bukan saja membuatkan penduduk Kampung Kaki Gunung hairan

    tetapi menakutkan seluruh kampung itu. Harimaunya dibiarkan merayau-rayau di

    kampung itu membuatkan seluruh kampung jadi takut dan gerun.

    Bahasa standard yang digunakan ini juga mampu menyampaikan maksud

    sebanar jalan cerita yang telah disampaikan dalam cerpen tersebut kerana pembaca

    mampu memahaminya. Penggunaan laras bahasa formal seperti perkataan Pak Tam,

    Dato Sagap dan Datin Sally menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan adalah

    bahasa standard bukan bahasa basahan. Penulisan cerpen Harimau Pak Tam ini tidak

    begitu banyak menggunakan dialek basahan atau dialek kawasan. Ini membuktikan

    bahawa penulis tersebut ingin memantapkan bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    17/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    17

    Walaubagaimanapun, penggunaan variasi bahasa dialek juga turut digunakan dalam

    cerpen ini contohnya perkataan lapun yang berasal dari perkataan Siam yang

    membawa maksud jerat.

    Laras sesuatu bahasa juga salah satu daripada variasi bahasa yang banyak

    terdapat dalam mana-mana karya tulisan khususnya. Berdasarkan cerpen Harimau

    Pak Tamantara laras bahasa yang digunakan adalah laras bahasa agama contohnya

    terdapat perkataan warak di dalam cerpen tersebut. Selain itu laras bahasa seperti

    laras bahasa sopan juga turut diguna pakai antaranya kita boleh lihat penggunaan kata

    ganti nama diri seperti Encik Kecut dan perkataan dia.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    18/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    18

    2.0 REFLEKSI

    Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya

    dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Tuan Haji Hamdan Bin

    Yaakub ini dalam masa yang ditetapkan. Tugasan ini merupakan salah satu kerja

    kursus yang diberikan kepada guru pelatih major Bahasa Melayu bagi Kursus

    Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah). Tugasan ini

    merangkumi tugasan berkumpulan dan tugasan individu. Tugasan berkumpulan telah

    memberi ruang dan peluang kepada saya dan juga ahli kumpulan meneroka sebanyak

    mungkin maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan ilmu-ilmu linguistik manakala

    tugasan secara individu pula memerlukan saya untuk berfikir dan membuat analisis

    berkenaan cerpen yang telah dipilih bagi melihat aspek-aspek variasi bahasa dalam

    penulisan cerpen tersebut.

    Secara lahiriah lagi, kepelbagaian atau variasi sesuatu bahasa dalam sesebuah

    rantau itu memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa sesebuah

    masyarakat. Begitu juga fungsinya dalam Bahasa Melayu. Kepelbagaian bahasa ini

    mampu memantapkan sesuatu bahasa kerana ianya mampu menarik minat masyarakat

    asing untuk mempelajari bahasa kita. Sebagai contoh, penulisan sesebuah karya yang

    menggunakan pelbagai variasi bahasa mampu meransang minat masyarakat untuk

    membaca hasil karya tersebut.

    Variasi bahasa ini juga mampu mengeratkan lagi perpaduan dalam sesebuah

    kelompok masyarakat sebagai contoh masyarakat di Malaysia sendiri yang terdiri

    daripada pelbagai kaum. Walaupun bahasa ibunda masing-masing menjadi bahasa

    utama tetapi bahasa Melayu standard merupakan bahasa penghubung antara

    kepelbagaian kaum tersebut. Di sini dapat dilihat wujudnya perpaduan antara kaum.

    Variasi bahasa juga mampu memantapkan bahasa Melayu kerana dalam variasibahasa sendiri terdapat laras-laras bahasa yang dikelompokkan mengikut kategori

    masing-masing. Jelas di sini bahawa bahasa Melayu mempunyai satu sistem bahasa

    yang sistematik di mana susun letak perbendaharaan katanya di ambil kira, unsur-unsur

    sintaksis diberi penekanan dan seumpamanya.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    19/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    19

    Kesimpulannya, kepelbagaian bahasa ini memberi banyak impak positif dalam

    memantapkan bahasa Melayu. Tugasan pada semester ini begitu memberi banyak

    input baru dalam pengetahuan am saya.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    20/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    20

    INDIVIDU 2 NOOR FARAHANA BINTI MOHD. BAKRI

    1.0 ANALISIS CERPEN

    Tajuk cerpen yang dianalisis ialah SEPERTI DAHULU JUGA yang ditulis oleh

    Hajah Sairah Haji Antin. Terdapat beberapa penggunaan variasi bahasa yang telah

    dianalisis. Antaranya adalah seperti berikut :

    1) Ragam bahasa bebas

    Ragam bahasa bebas merupakan penggunaan ayat yang tidak gramatis serta

    tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat,

    dan tatabahasa.

    Contoh yang terdapat dalam cerpen ialah :

    a) Datangilah aku! Datangilah aku! - penggunaan ayat tidak gramatis

    - ayat yang betul : Datanglah kepadaku!

    b) Dik sendirian? Tiba-tiba suara

    seorang lelaki menyapaku.

    - kesalahan menggunakan singkatan

    perkataan Dik.

    c) Merinding bulu tengokku. - struktur ayat tidak jelas

    - pilihan perkataan juga tidak jelas dan

    tidak memberi makna

    - ayat yang betul : merinding bulu

    romaku

    2) Bahasa slanga

    Bahasa tidak rasmi, tidak baku.

    Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    21/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    21

    Contoh penggunaan bahasa slanga yang terdapat dalam cerpen ialah :

    a) Biasanya malam-malam begini ketika

    cecanang dibunyikan...

    - bermaksud binatang yang berbunyi

    pada waktu malam seperti cengkerik.

    b) Tidak bisa! Jiwaku memberontak,

    menolak sesuatu yang syirik!

    - merupakan dialek Indonesia

    - ayat yang sesuai ialah : Tidak mungkin!

    Jiwaku memberontak, menolak sesuatu

    yang syirik.

    3) Dialek kawasan

    Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam

    sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang

    Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16

    golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

    Contoh penggunaan dialek kawasan dalam cerpen ialah :

    bebadil

    Gualan kulintangan

    sangkubang

    - merupakan dialek kawasan

    Labuan.

    - penulis memahami dialek ini

    dengan baik.

    - merupakan upacara memangil

    semangat roh

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    22/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    22

    4) Bahasa basahan

    Juga disebut sebagai bahasa kolokial.

    Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.

    Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis perbezaan bahasa basahan yang terdapat dalam cerpen iaitu

    :

    4.1) Perkataan berbeza untuk makna yang serupa

    - Kami berbincang sesuatu, padahal

    waktu itu aku benar-benar hendak

    membuang air kecil tapidemi melayan

    seseorang...

    - tetapi

    - Ya, itu peristiwa kecil yang kualami

    tadi petang cukup menghantui

    fikiranku.

    - petang tadi

    - menggunakan prinsip diterangkan dan

    menerangkan.

    4.2 ) Bentuk kependekan

    - Ini manisan, manisan untuk hati yang

    gelisah seperti aku,perlukah kumakan?

    - Perlukah aku makan?

    - Janganlah fikir yang tak baik mak,.. - tidak

    - .... saya tak mau menyusahkan mak- tidak mahu

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    23/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    23

    5) Bahasa halus

    Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur.

    Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur

    mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama.

    Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila

    menggunakan kata-kata yang bersopan.

    Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan

    anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.

    Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan

    sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.

    Contoh penggunaan bahasa halus dalam cerpen ialah :

    dan bapa di kampung.

    Lewat belakang pintu

    Hidup bagaikan ombak

    ada turun dan naiknya

    Bagaikan air laut,

    adakala pasang dan ada

    surutn a

    - kata kawan saya, dia sudah

    dapat seorang pembantu rumah

    seminggu yang lalu lewat pintubelakang.

    - penulis ingin menyatakan

    bahawa gejala rasuah amat

    berleluasa di negara ini.

    - penulis ingin

    menyatakan rintangan

    hidup yang dihadapi

    oleh watak utama.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    24/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    24

    Penghasilan cerpen seperti ini mampu untuk memantapkan bahasa melayu.

    Pertama, penulis telah menulis bahasa halus seperti bahasa kiasan untuk

    menerangkan kepayahan yang dihadapi oleh watak utama. Penerapan bahasa kiasan

    dapat membantu pembaca berfikir dengan lebih luas untuk mencari makna sesuatu

    bahasa kiasan. Contoh ayat ialah Berdiri memandang jauh ke lautan luas suatu

    perenungan tentang kehidupan ; hidup bagaikan ombak, ada turun dan naiknya ;

    bagaikan air laut, ada kalanya pasang dan ada kalanya surut. Ayat ini bermaksud

    bahawa kehidupan kita sebagai manusia tidak akan selalunya senang dan bahagia.

    Apabila pembaca membaca ayat ini, ia mudah difahami kerana pembaca dapat

    membayangkan situasi tersebut.

    Selain itu, penulis tidak banyak menggunakan bahasa basahan dalam bentuk

    kependekkan seperti tak, mau dan sebagainya. Dalam hal ini, penulis banyak

    menggunakan bahasa baku dalam dialog dan dalam ayat. Contoh ayat ialah Aku

    terpaku memandang mata emak. Emak adalah segala-galanya. Selain itu, dialek

    kawasan atau loghat daerah juga tidak terdapat dalam cerpen ini. Cuma terdapat

    beberapa perkataan seperti bebadil, sangkubang dan gualan kulintangan yang

    menunjukkan watak utama berasal dari Labuan. Pengurangan dari aspek-aspek ini

    menunjukkan bahawa penulis masih mementingkan ayat yang gramatis dan betul dari

    segi tatabahasa dan kosa kata.

    Tambahan pula, pembaca mudah memahami mesej yang hendak disampaikan

    kerana penggunaan kata dan ayat adalah mudah dan tidak kompleks. Mesej pertama

    yang hendak disampaikan ialah elakkan diri dari rasuah. Rasuah adalah menyalahi

    undang-undang dan hukum agama islam.

    Dari segi latar tempat iaitu suasana kampung orang melayu yang masih

    mengamalkan kepercayaan animisme dan ada juga yang mengamalkan cara hidupagama islam. Penggunaan latar tempat seperti kampung dan penduduk orang melayu

    dapat memberi kesan kepada pembaca tentang budaya orang melayu.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    25/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    25

    Konklusinya, penulisan cerpen ini mampu untuk memantapkan bahasa melayu

    dari segi penulisan ayat yang gramatis serta penggunaan bahasa kiasan dan struktur

    ayat yang tidak kompleks.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    26/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    26

    2.0 REFLEKSI

    Bahasa adalah lambang identiti sesebuah masyarakat. Terdapat pelbagai jenis bahasa

    yang dituturkan atau diujarkan oleh masyarakat dunia. Kepelbagaian bahasa ini

    ditentukan oleh variasi-variasi bahasa. Di Malaysia contohnya, terdapat banyak bahasa

    yang dituturkan oleh kepelbagaian kaum yang wujud di negara ini. Dialek atau bahasa

    yang dituturkan melambangkan ciri-ciri budaya kaum tersebut.

    Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis

    variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat dan dialek sosial. Perhubungan antara

    ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut.

    Rajah 1 : Skema rajah variasi bahasa

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    27/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    27

    Variasi bahasa ini mempunyai fungsi-fungsi yang sendiri sekaligus dapat

    memantapkan penggunaan bahasa Melayu secara universal. Pertama, bahasa untuk

    berkomunikasi. Setiap individu akan menggunakan bahasa untuk menyampaikan

    sesuatu maklumat kepada pendengar. Penggunaan variasi bahasa itu adalah

    bergantung kepada pengujar sama ada dia menggunakan dialek kawasan atau dialek

    sosial dalam pengucapannya.

    Menurut, John C. Concon Jr, bahasa berfungsi untuk membuka perbicaraan,

    menghindarkan komunikasi, komunikasi instrumental, komunikasi afektif, melepaskan

    tekanan perasaan, menceritakan perkara tahayul dan berfungsi dalam bidang ritual

    (Sumarsono, 2004: 154). Penggunaan bahasa Melayu dalam aktiviti seharian amatlah

    digalakkan, terutamanya penggunaan bahasa baku. Selain itu, penggunaan bahasa

    melayu ini juga digunakan secara meluas. Sebagai contoh, pelancong asing

    kebiasaannya akan belajar untuk bercakap dan memahami bahasa melayu. Hal ini

    jelas, bahawa fungsi variasi bahasa sebagai alat komunikasi mampu untuk

    memantapkan bahasa Melayu dari masa ke semasa.

    Fungsi yang kedua ialah penggunaan variasi bahasa dalam penyampaian ilmiah

    dan perbincangan. Ceramah agama atau dakwah merupakan salah satu contoh

    penggunaan bahasa yang berfungsi sebagai alat kawalan sosial. Begitu juga

    penyampaian ilmiah atau politik. Kita juga sering mengikuti diskusi atau perbincangan

    (talk show) di televisyen dan radio. Iklan layanan masyarakat atau layanan sosial

    merupakan salah satu kewujudan penerapan bahasa sebagai alat kawalan sosial.

    Semua itu merupakan kegiatan berbahasa yang memberikan kepada kita cara untuk

    memperoleh pandangan baru, sikap baru, perilaku dan tindakan yang baik dengan

    menggunakan bahasa.

    Di samping itu, kita juga dapat belajar untuk menyemak dan mendengarkanpandangan orang lain mengenai suatu hal. Penggunaan bahasa melayu melalui

    rancangan di televisyen seperti berita dapat membantu masyarakat dalam memperbaiki

    kelemahan dalam menuturkan bahasa melayu supaya menjadi lebih baik. Ibu bapa

    perlulah membimbing anak-anak mereka untuk menonton rancangan berita supaya

    mereka belajar mempelajari bahasa baru dan penggunaannya dengan betul.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    28/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    28

    Fungsi variasi bahasa yang seterusnya ialah sebagai alat untuk menyatakan

    ekspresi diri. Melalui bahasa, kita dapat menyatakan secara terbuka segala sesuatu

    yang tersirat di dalam dada kita. Unsur-unsur yang mendorong ekspresi diri adalah

    untuk menarik perhatian orang lain terhadap kita dan keinginan untuk membebaskan

    diri kita daripada semua tekanan emosi (Gorys Keraf, 1997: 4). Segala yang tersirat

    atau yang tersurat dapat diterjemahkan melalui tulisan.

    Sasterawan yang terkenal di negara kita seperti Usman Awang kebiasaannya

    menulis tentang kritikan dalam karya beliau mengenai keadaaan sekeliling melalui

    sajak, novel dan sebagainya. Karya-karya yang telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh

    bahasa perlulah disimpan dan dikaji agar tidak ditelan dek zaman. Waris-waris

    pemangku negara zaman moden ini haruslah didedahkan dengan ilmu-ilmu bahasa

    melayu seperti menguasai syair, pantun dan sebagainya. Institusi yang perlu terlibat

    ialah sekolah dan institut pengajian tinggi.

    Variasi bahasa juga berfungsi sebagai alat perakam (Mokhtar Mansor, 1991:

    24). Apabila seseorang itu melihat gambar atau simbol, dia merakam apa yang

    dilihatnya itu dalam fikirannya. Namun, ia tidak dapat dipancarkan kepada orang lain

    melainkan menggunakan medium seperti kamera. Tetapi sekiranya medium tersebut

    tidak ada, manusia terpaksa menceritakannya. Di dalam hal ini, aspek bahasa adalah

    penting sebagai medium di dalam memindahkan segala apa yang ingin

    diperkatakannya. Oleh itu, bahasa mengetengahkan fungsinya sebagai sebuah alat

    yang mampu merakam segala kejadian.

    Kejadian yang terakam sememangnya tidak terbukti seperti apa yang mampu

    untuk dirakamkan melalui kamera tetapi ia diungkapkan kembali melalui penceritaan

    semula dengan menggunakan bahasa. Dalam usaha memantapkan bahasa melayu,

    rakaman sejarah seperti gambar pejuang-pejuang tanah air seperti di tugu negaraKuala Lumpur dapat membantu menyemai semangat patriotism dalam diri kita supaya

    kita sentiasa menjaga bahasa, agama dan negara daripada diceroboh oleh kuasa

    asing.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    29/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    29

    Kesimpulannya, melalui bahasa, kita dapat menunjukkan sudut pandangan kita

    tentang pemahaman kita atas sesuatu hal, asal usul bangsa dan negara kita,

    pendidikan kita, bahkan sifat kita sendiri. Bahasa menjadi cermin diri kita, baik sebagai

    bangsa mahupun sebagai diri sendiri. Bahasa adalah suatu yang utuh dan bersistem,

    tidak menumpang kepada bahasa lain, wujud secara tersendiri dan mempunyai banyak

    bentuk.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    30/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    30

    INDIVIDU 3 SITI AISYAH BINTI ROSLAN

    1.0 ANALISIS CERPEN

    Bahasa yang digunakan setiap penutur sehari-hari tidak sama seratus peratus.

    Terdapat kelainan yang kadang-kadang tidak disedari dan digunakan secara spontan.

    Kelainan atau variasi bahasa bermaksud bentuk bahasa yang berbeza bagi maksud

    yang sama. Variasi bahasa juga merupakan keadaan kepelbagaian cara sesuatu

    bahasa itu digunakan berikutan perbezaan yang disebabkan beberapa faktor seperti

    kedudukan geografi, kumpulan sosial, perwatakan peribadi dan konteks semasa.

    Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood

    (2003), variasi bahasa wujud disebabkan beberapa faktor sosial seperti latar belakang

    pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomi penutur.

    Terdapat pelbagai variasi bahasa yang terdapat dalam cerpen Wangian Ramadan

    yang dipilih. Antaranya ialah bahasa formal iaitu bahasa standard atau baku, jenis

    bahasa iaitu laras bahasa, bahasa tidak formal iaitu bahasa kolokial atau basahan,

    bahasa halus dan bahasa sopan iaitu kata ganti nama. Sinopsis daripada cerpen ini

    ialah ia mengisahkan seorang guru agama yang bernama Mustaqim merantau untuk

    menyampaikan dakwah kepada penduduk di Miyayato Ken di Indonesia, dia terpaksa

    berjauhan dengan isteri dan anaknya kerana mempunyai tanggungjawab sebagai guru

    agama Islam. Dia menghadapi dilema untuk tinggalkan jemaahnya yang selalu

    mengikuti dakwahnya di Masjid Dobe untuk balik ke kampung halamannya pada bulan

    ramadan. Ahli jemaah cuba memujuknya untuk meneruskan dakwah disitu terutamanya

    Omar Marimoto dan akhirnya Mustaqim tetap tinggal disitu untuk menyambut bulan

    Ramadan yang bakal menjelma.

    Berdasarkan analisis, bahasa formal iaitu bahasa standard banyak digunakan dalam

    penulisan cerpen tersebut. Bahasa formal merupakan variasi bahasa yang sewaktu

    digunakan untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan, sama ada dari segi

    sebutan, sistem imbuhan, binaan dan susunan ayat serta pilihan perkataannya. Dengan

    kata lain, bahasa formal ialah bahasa yang betul iaitu tidak mengandungi kesalahan

    serta bahasa yang kemas dan berkesan iaitu bahasa yang berjaya menjadi alat atau

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    31/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    31

    saluran bagi menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Bahasa formal boleh wujud

    dalam bentuk bertulis dan lisan.

    Bahasa standard merupakan satu variasi yang telah bersistem dan digunakan dalam

    situasi-situasi formal, lebih lengkap, teratur dan memerlukan strategi pertuturan.

    Bahasa standard yang terdapat dalam cerpen ini adalah dalam bentuk bertulis.

    Terdapat banyak bahasa standard yang digunakan dalam penulisan cerpen tersebut.

    Dengan adanya banyak bahasa standard dalam penulisan cerpen Wangian Ramadan

    ini menggalakkkan lagi pemantapan bahasa Melayu. Contoh ayat bahasa standard

    yang digunakan dalam penulisan cerpen ini ialah Omar kena faham. Abang hanyalah

    seorang pendatang. Bila disebut pendatang, Omar kena akur bahasa abang ada

    kewajipan pada kampung dan negara abang. Contoh kedua, Mustaqim mengangguk.

    Itulah niatnya selepas selepas berada di kampung sendiri. Kalau boleh, bermula

    Ramadan ini, dia akan jadikan kampungnya pusat melatih qari dan qariah, tempat

    tawanan ilmu agama. Ilmu yang pernah diajari kepada penganut Islam diluar negara

    akan dimanfaatkan semula di kampungnya.

    Contoh ketiga, Omar Marimoto tunduk. Matanya berkaca. Seketika, pandangannya

    nampak berbalam dan makin kelabu ketika merenung ukiran di atas palang pintu Masjid

    Dobe. Contoh yang keempat pula, Mustaqim mengangguk. Ketika dia memerhatikan

    buah-buah kelapa sawit yang gugur dari pohon tunggal di hadapan masjid, sebuah

    kereta berhenti di situ. Mustaqim dan Muqarrabin berpaling serentak. Pintu kereta sewa

    itu dibuka. Mustaqim dengan bilal muda itu terus memaku pandangan ke arah kereta

    tersebut. Akhirnya keluar seorang lelaki di dalam perut kereta itu. Contoh yang kelima

    atau terakhir bahasa standard, ialah Mereka saling berpelukan di antara satu sama lain

    lagi, penuh pertemuan dan salju air mata. Perlahan-lahan bunga Ramadan

    megeluarkan bau harumnya buat kali kedua dan berhimpun di dalam kudus keikhlasan

    makna muslimin.

    Sebaliknya sewaktu perbualan antara rakan dan sahabat handai iaitu perbualan antara

    Mustaqim dan Omar Marimoto, bahasa yang digunakan tidak terlalu tersusun dan

    teratur kerana yang ditekankan dalam cerpen tersebut ialah keakraban dan kemesraan.

    Situasinya ialah tidak formal. Bentuk perkataan juga disingkatkan. Contohnya, apabila

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    32/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    32

    kepada bila, sudah kepada dah, ini kepada ni, tidak kepada tak, walau bagaimanapun

    kepada apa pun dan hendak kepada nak, bagaimana kepada macam mana,

    semahunya kepada semaunya disamping bentuk sapaan juga lebih berupa yang tidak

    formal, misalnya gelaran kekeluargaan jika dalam kalangan kekeluargaan dan

    panggilan intim untuk sabahat handai. Contohnya, abang kepada bang. Ini merupakan

    contoh yang terdapat dalam cerpen tersebut. Ia juga merupakan bahasa formal dalam

    situasi tidak formal. Namun bahasa formal tetapi situasi tidak formal ini masih dapat

    memantapkan bahasa Melayu kerana penutur dan pembaca cerpen ini masih boleh

    memahami mesej yang ingin disampaikan secara ringkas. Selain itu, bahasa formal

    dalam cerpen ini juga mempunyai keseragaman dari segi nahu, sebutan, ejaan dan

    makna. Ia juga mantap dan mudah disesuaikan dalam pelbagai keadaan.

    Selain itu, laras bahasa turut digunakan dalam penulisan cerpen ini. Laras bahasa

    merupakan subtajuk jenis bahasa dalam variasi bahasa. Laras bahasa merupakan satu

    daripada kelainan sosial secara umum kerana penghasilannya berkait rapat dengan

    satu faktor sosial. Laras bahasa yang digunakan dalam cerpen Wangian Ramadan

    ialah laras agama. Contoh ayat laras agama ialah pertama Khat khufi, nasah dan

    rakaah yang pernah ditulis, kemudian difremkan, dijatuhkan dari dinding masjid, diikat

    juga, diletakkan setempat, berdekatan dengan kitab lama. Contoh yang kedua ialah

    Ukiran ayat-ayat suci di atas palang pintu utama masjid serta di atas palang jendela

    masih utuh dan kukuh biarpun sudah berusia puluhan tahun. Contoh ketiga, Dia

    merenung tongkat, khutbah yang pernah dipegang oleh Mustaqim ketika membaca

    khutbah Jumaat. Contoh keempat ialah Mustaqim berada di tanah airnya. Ketika itu,

    tidak ramai yang hadir berjemaah pada setiap lima waktu, apa lagi hendak bangun

    qialmulail di bulan Ramadan. Namun sejak Mustaqim menjadi imam di Masjid Dobe,

    setiap waktu jemaah bertambah. Contoh kelima, Perlahan-lahan Mustaqim

    memmbuka al-Quran. Dia membelek Surah Ibrahim. Lama dia tidak membaca surahitu. Sewaktu di Masjid Dobe, dia seringkali membaca surah tersebut. Setiap kali dia

    membacanya, dia teringatkan kemerduan suara Syeikh Masyari Al Afasi. Sejenak,

    lenggok bacaan Saad Said Al-Ghamidi, tiba-tiba tertusuk di dalam ingatannya, apa lagi

    dengan bacaan Syeikh Surin. Ternyata dia tidak mampu menahan air matanya ketika

    mendengar suara Syeikh Abdul Basit dan akhirnya dia menangis semaunya. Hari ini, di

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    33/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    33

    dalam sebuah masjid yang sederhana besarnya, dia kembali mengarai kepandaiannya

    dan dia mula mengalunkan berlagunya seiras bacaan qari tersohor dunia itu.

    Contoh perkataan yang dikatakan laras agama dalam cerpen tersebut pula seperti

    kitab-kitab, khat khufi, nasah, rakaah, Masjid Dobe, khutbah, fardu ain, fardu kifayah,

    tadarus quran, assalamualaikum, waalaikumussalam, Ramadan dan sebagainya. Laras

    bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut dapat memudahkan pembaca untuk

    memahami dan mengetahui situasi iaitu di masjid yang menggunakan laras agama.

    Laras bahasa merupakan variasi bahasa yang juga dapat memantapkan bahasa

    Melayu.

    Tambahan pula, bahasa tidak formal iaitu bahasa basahan atau kolokial juga terdapat

    dalam cerpen tersebut. Bahasa tidak formal mempunyai bahasa yang bebas digunakan.

    Bahasa basahan atau kolokial merupakan salah satu bahasa tidak formal yang terdapat

    dalam cerpen. Bahasa basahan ialah bahasa pertuturan harian yang digunakan dalam

    situasi tidak rasmi. Zaba (2002) menggelarkan bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.

    Ia juga merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga

    jenis bahasa basahan iaitu dari segi perkataan berbeza untuk makna yang serupa,

    bentuk kependekan dan perubahan bunyi. Contohnya ialah perkataan apabila kepada

    bila, sudah kepada dah, ini kepada ni, tidak kepada tak, walau bagaimanapun kepada

    apa pun dan hendak kepada nak, bagaimana kepada macam mana, semahunya

    kepada semaunya. Bahasa bahasa dapat melatih penutur untuk bercakap dengan

    lancar dan cuba untuk memahami maksud apa yang diperkatakan serta dapat

    mengetahui ejaan baku bahasa basahan tersebut sedikit demi sedikit. Jadi, bahasa ini

    juga boleh memantapkan lagi bahasa Melayu.

    Di samping itu, cerpen ini juga mengandungi bahasa sopan iaitu kata ganti nama. Kata

    ganti nama dalam sapaan dititikberatkan untuk ganti nama diri pertama dan kedua.Menurut Nik Safiah Karim (1981) mengatakan bahawa terdapat tiga faktor yang

    menentukan penggunaan pola penggunaan kata ganti iaitu umur, jauh dekat

    perhubungan dan status. Contoh kata ganti nama yang terdapat dalam cerpen ini ialah

    dia dan contoh ayatnya ialah Ketika dia memerhatikan buah-buah kelapa sawit yang

    gugur dari pohon tunggal di hadapan masjid, sebuah kereta berhenti di situ. Dia

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    34/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    34

    dalam cerpen tersebut merujuk kepada Mustaqim. Variasi bahasa ini dapat digunakan

    juga dalam situasi harian. Ia juga merupakan variasi dalam bahasa.

    Akhir sekali, bahasa halus juga terdapat dalam cerpen Wangian Ramadan. Kamus

    dewan mendefinisikan bahasa halus sebagai bahasa yang terdiri daripada perkataan

    yang lebih lembut dan digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar

    atau menyentuh perasaan orang lain. Zaba mengaitkan konsep halus dan kasar ini

    dengan bahasa kiasan. Mengikut Zaba, bahasa kiasan ialah bahasa yang

    memperkatakan sesuatu perkaran yang mengiaskannya kepada orang lain sama ada

    menyebutkan bandingan atau tanpa menyebut bandingannya. Contoh bahasa halus

    dalam cerpen ialah gugurkan buah-buah pahala, hampar impian, ayat-ayat suci, tanah

    kelahiran di dalam dunia, matanya berkaca dan melontarkan buah fikiran. Contoh ayat

    yang menggunakan bahasa halus dalam cerpen tersebut ialah Dia kena tunaikan fardu

    ain dan fardu kifayah terhadap keluarganya terlebih dahulu sebelum dia tunaikan fardu

    ain dan fardu kifayah terhadap orang lain. Bahasa halus ini dapat memberi maksud

    yang lebih jelas dengan apa yang ingin disampaikan. Ia akan dapat memantapkan

    bahasa Melayu dengan adanya bahasa halus tersebut.

    Oleh itu, pembaca dan penutur cerpen ini dapat meningkatkan pengetahuan dengan

    adanya variasi bahasa Melayu yang terdapat dalam cerpen Wangian Ramadan untuk

    memudahkan pembaca untuk memmahami teks yang ingin disampaikan dan sekaligus

    bahasa Melayu dapat dimantapkan dengan adanya bahasa yang mudah difahami,

    maksud yang jelas dan sebagainya.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    35/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    35

    VariasiBahasa

    BahasaStandard

    BahasaBasahan

    BahasaSopan

    BahasaHalus

    LarasBahasa

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    36/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    36

    2.0 REFLEKSI

    Bahasa itu indah dengan adanya variasi bahasa Melayu bagi memudahkan penutur

    untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan juga penulisan. Terdapat pelbagai variasi

    bahasa seperti bahasa formal iaitu bahasa standard atau baku, bahasa tidak formal

    seperti bahasa basahan, laras bahasa, bahasa halus dan sebagainya. Halliday (1968)

    menjeniskan bahasa berdasarkan dua aspek iaitu pengguna dan penggunaan.

    Pengguna dimaksudkan ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa manakala

    penggunaan pula ialah kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dalam keadaan atau

    sewaktu bahasa itu digunakan.

    Variasi bahasa mempunyai pelbagai fungsi dalam memantapkan lagi bahasa Melayu.

    Variasi bahasa dapat memudahkan seseorang memahami maklumat yang ingin

    disampaikan dalam bahasa tertentu. Misalnya, apabila orang Kelantan berjumpa

    dengan orang Kedah, mereka cuba untuk bercakap bahasa standard atau bahasa baku

    bagi memudahkan kedua-dua pihak untuk memahami pertuturan dan ia dapat

    memantapkan bahasa Melayu dengan menggalakkan penggunaan bahasa baku. Oleh

    itu, variasi bahasa cukup luas untuk digunakan oleh penutur. Selain itu, ia juga

    berfungsi sebagai interaksi dalam masyarakat yang beraneka ragam disamping dapat

    mengeratkan lagi perpaduan. Setiap kawasan mempunyai dialek tertentu. Pengguna

    yang menggunakan dialek kawasan akan mudah memahami apa yang dituturkan dan

    maklumat akan diperolehi dengan mudah dan jelas. Penutur dari kawasan yang lain

    akan sukar memahami apa yang dipertutur oleh masyarakat kawasan tertentu.

    Contohnya, orang Kedah sukar memahami dialek penutur Kelantan dan ia mungkin

    akan mempelajari dan mencari pengalaman dengan bertanya dan cuba bertutur dalam

    dialek Kelantan.

    Tambahan pula, variasi bahasa juga berfungsi sebagai keseragaman sosial penuturdan keseragaman fungsi bahasa. Keseragaman dapat menyatupadukan kaum yang

    pelbagai etnik dalam masyarakat di negara ini. Hubungan antara masyarakat

    bertambah erat dan mesra dengan adanya variasi bahasa terutamanya bahasa etnik di

    Sabah dan Sarawak. Setiap penutur boleh menggunakan bahasa tertentu yang boleh

    difahami dan mudah untuk bertutur. Masyarakat akan berusaha untuk mempelajari

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    37/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    37

    juga bahasa standard yang merupakan bahasa yang diterima dalam pendidikan di

    sekolah, urusan rasmi dan sebagainya. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa

    kebangsaan. Di samping itu, variasi bahasa juga menjadi alat atau saluran bagi

    menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Dengan bahasa, seseorang dapat

    menyampaikan sesuatu yang baharu dalam variasi bahasa mengikut kesesuaian,

    Contohnya, perbualan di radio mengikut dialek tempat tertentu, seperti Perlis fm dan

    Terengganu fm. Variasi bahasa juga dapat meningkatkan pengetahuan dan

    pengalaman melalui pengkajian oleh seseorang mengenai variasi bahasa seterusnya

    dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

    Akhir sekali ialah variasi bahasa juga dapat meningkatkan pengetahuan seseorang

    terhadap ilmu yang dipelajari dengan mudah. Contohnya, dengan adanya laras bahasa,

    murid dapat pengalaman dan pengetahuan baharu mengenai laras Matematik, Sejarah,

    Agama dan sebagainya. Ia juga dapat memahami mesej dengan jelas dan mudah

    sekiranya seseorang itu berusaha untuk memahami bahasa dengan lancar dan berjaya.

    Oleh itu, variasi bahasa ini mempunyai pelbagai fungsi untuk disesuaikan mengikut

    masyarakat setempat dan kegunaannya sangat meluas dan berkesan.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    38/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    38

    INDIVIDU 4 ZUZIATIE ANISHA BINTI ZAIN

    1.0 ANALISIS CERPEN

    Variasi bahasa secara umumnya merujuk kepada kepelbagaian ragam yang terdapat

    dalam bahasa disebabkan faktor tertentu. Tokoh sosiolinguistik berpendapat bahawa

    variasi bahasa wujud disebabkan pengguna dan penggunaannya (Halliday, 1968).

    Variasi bahasa berdasarkan pengguna adalah dialek dan variasi bahasa berdasarkan

    penggunaannya adalah laras bahasa atau dialek sosial yang dituturkan berdasarkan

    faktor- faktor sosial.

    Rajah 1:Jenis Variasi Bahasa menurut Halliday (1968)

    Berdasarkan teks cerpen yang telah saya kaji iaitu cerpen yang bertajuk

    Perahu terdapat beberapa penggunaan variasi bahasa seperti variasi standard dan

    variasi fungsional yang memfokuskan terhadap laras bahasa dan bahasa slanga.

    Penggunaan variasi standard di dalam teks cerpen Perahu

    Variasi standard merujuk kepada bahasa baku yang digunakan sebagai bahasa

    komunikasi dan mempunyai sistem tulisan yang tersendiri serta digunakan dalam

    situasi rasmi. Dalam konteks Malaysia pula, variasi standard atau bahasa bakunya

    merujuk kepada Bahasa Melayu. Bahasa baku merupakan bahasa standard yang

    mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna daripada segi sistem ejaan,

    tatabahasa dan kosa kata.

    Pengguna Penggunaan

    Laras/Dialek Sosial

    (berdasarkan faktor sosial)

    Dialek Daerah

    (berdasarkan faktor geografi)

    Variasi Bahasa

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    39/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    39

    Variasi standard yang terdapat di dalam teks yang telah dikaji ialah terdapat

    pada dialog antara watak utama cerpen iaitu Pak Mat dengan penulis. Misalnya pada

    ayat ...pohon itu terlalu berat, daya apungannya tidak cukup, ia tidak sesuai

    untuk dijadikan perahu.... Berdasarkan ayat tersebut, penulis telah menggunakan

    bahasa standard atau bahasa baku yang mempunyai ejaan, tatabahasa dan kosa kata

    yang lengkap dan betul. Hal ini boleh dikatakan bahawa di dalam teks cerpen yang

    bertajuk Perahu, penulis telah menggunakan variasi standard berdasarkan ayatnya di

    dalam cerpen tersebut.

    Penggunaan variasi fungsional (laras bahasa) di dalam teks cerpen Perahu

    Selain penggunaan variasi standard, penulis juga telah menggunakan variasi

    fungsional dalam karyanya. Variasi fungsional merujuk kepada penggunaan yang

    merangkumi semua variasi bahasa, iaitu variasi standard, kawasan dan variasi sosial.

    Variasi ini juga berkait rapat dengan situasi formal atau tidak formal. Contoh variasi

    bahasa adalah seperti laras bahasa, bahasa slanga, bahasa kolokial/basahan dan

    bahasa pidgin/pasar.

    Bukti penggunaan variasi fungsional yang diketengahkan oleh penulis iaitu Lee

    Keok Chih ialah melalui ayat dia past inya bersedih kerana seni pertukangan yang

    dic intainya telah semakin si lam dan pu pusdan semua itu telah silam kini serta

    Aku tak larat lagi. Berikut merupakan variasi fungsional yang difokuskan pada ayat

    tersebut.

    Dia pastinya bersedih kerana seni pertukangan yang dicintainya telah semakin

    silam dan pupus.

    Contoh ayat 1: Cerpen Perahu

    Merujuk kepada variasi fungsional jenis laras bahasa iaitu

    dibawah ciri bahan yang diperkatakan iaitu perkara yang

    dibincang secara khusus atau biasa. Contoh kemahiran tertentu

    seperti pertukangan

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    40/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    40

    Selain itu, variasi fungsional juga terdapat di dalam ayat- ayat penulis yang lain.

    Antaranya:

    Semua i tu telah si lam kini

    Ayat di atas menunjukkan penggunaan variasi fungsional yang diketengahkan oleh

    penulis di dalam cerpennya yang bertajuk Perahu. Variasi rasional ini adalah dibawah

    aspek laras bahasa yang merupakan salah satu ciri keperihalan laras bahasa. Ciri

    keperihalan ini pula memfokuskan terhadap tatabahasa dan perbendaharaan kata yang

    menunjukkan penekanan berbeza yang ditimbulkan oleh susunan struktur ayat yang

    berlainan. Hal ini dicapai dengan menggunakan susunan ayat sonsang seperti ayat di

    atas.

    Penggunaan variasi fungsional (bahasa slanga) di dalam teks cerpen Perahu

    Seterusnya, penulis juga telah menggunakan variasi fungsional iaitu bahasa slanga

    di dalam cerpen tersebut. Bahasa slanga merupakan bahasa tidak formal yang

    digunakan dalam pertuturan seharian. Menurut Kamus Dewan (2007), slanga ialah

    kata- kata ungkapan yang biasa digunakan dalam pertuturan dan tidak sesuaidigunakan dalam penulisan.

    Namun begitu, menurut Nik Safiah Karim (1991) pula, slanga merupakan satu

    perbendaharaan kata atau cara menggunakan bahasa yang khusus bagi golongan

    manusia yang sama pekerjaannya. Selain itu, bahasa ini juga didefinisikan sebagai

    penggunaan bahasa satu komuniti bahasa yang dianggap lebih rendah daripada

    pertuturan standard.

    Contoh bahasa slanga yang digunakan oleh penulis di dalam cerpen yang telah

    dikaji adalah seperti ringkasan rajah 2 di bawah. Rajah di bawah menunjukkan penulis

    menggunakan perkataan takdi dalam ayat yang berbunyi Aku taklarat lagi.

    Perkataan tak tersebut merupakan slanga daripada perkataan dasar iaitu tidak.

    Contoh ayat 2: Cerpen Perahu

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    41/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    41

    Rajah 2:Menunjukkan ringkasan penggunaan variasi fungsional (bahasa slanga) di

    dalam teks cerpen.

    Jenis Laras BahasaLaras Bahasa

    Bahasa Slanga Bahasa Kolokial Bahasa Pidgin

    Contoh ayat dalam teks cerpen Perahu:

    Aku taklarat lagi.

    Variasi Fungsional

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    42/46

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    43/46

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    44/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    44

    kebanyakkan penutur jatinya sukar menggunakan bahasa Melayu baku semasa

    berkomunikasi walaupun di dalam situasi rasmi. Tetapi, hal sedemikian tidak boleh

    dielak kerana bahasa mempunyai pelbagai variasi sama seperti masyakarat yang

    mempunyai pelbagai jenis budaya dan adat resam, (Brook, 1973). Sebagai langkah

    untuk mengurangkan halangan tersebut, pihak yang bertanggunjawab haruslah bijak

    memainkan peranan masing- masing dan didikan serta penerangan haruslah diberikan

    kepada generasi muda masa kini agar mereka menguasai kemahiran bertutur dengan

    menggunakan bahasa yang standard.

    Konklusinya, variasi bahasa sesuatu perkara yang tidak mungkin dapat

    dielakkan. Namun begitu, kita perlu mengutamakan bahasa Melayu standard atau lebih

    dikenali sebagai sebagai bahasa Melayu baku. Hal ini merupakan tujuan untuk

    memantapkan dan memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke akhir zaman. Oleh itu,

    para pendidik, ibu bapa dan sebagainya perlu cakna dengan perkara sebegini agar

    bahasa Melayu baku tidak dipinggirkan.

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    45/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    45

    2.0 REFLEKSI

    Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tugasan ini dapat disiapkan

    dengan jayanya dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik

    Hamdan bin Yaakub yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar bagi memastikan

    tugasan ini berjalan lancar. Tugasan mata pelajaran Pengantar Linguistik amatlah

    mencabar dan memberikan saya pelbagai pengetahuan dan ilmu baharu berkaitan

    bahasa.

    Sebelum ini saya tidak begitu mahir dan tidak memahami tentang variasi bahasa

    yang terdapat di negara kita kerana variasi bahasa mempunyai kepelbagaian jenis dan

    laras bahasa yang digunakannya. Namun begitu, setelah melakukan analisis dan kajian

    terhadap sebuah cerpen yang bertajuk Perahusaya telah dapat mengenalpasti jenis-

    jenis penggunaan variasi bahasa di dalam bidang penulisan. Misalnya variasi standard

    dan variasi fungsional. Selain itu, terdapat juga variasi kawasan, sosial dan sebagainya.

    Setelah membuat kajian dan perbandingan, saya telah dapat mengetahui bahawa

    variasi bahasa mampu memantapkan bahasa Melayu.

    Hal ini telah dapat dibuktikan oleh pengalaman saya sendiri apabila telah

    membaca novel, majalah, dan cerpen yang menggunakan pelbagai jenis variasi bahasa

    membuatkan kosa kata dan kemahiran tatabahasa saya bertambah dan dapat

    dikembangkan. Jika sebelum ini saya kurang arif dengan perkataan- perkataan seperti

    antologi dan sebagainya, namun kini tahap penguasaan kosa kata saya telah mula

    berkembang dan bertambah melalui pembacaan saya terhadap sumber bahan bacaan.

    Hal ini terbukti bahawa variasi bahasa sedikit sebanyak mampu memartabatkan bahasa

    Melayu.

    Selain itu, variasi bahasa atau dikenali sebagai ragam bahasa merupakan jenis

    bahasa yang digunakan secara berbeza- beza mengikut kawasan, keturunan dan laras

    bahasa. Variasi bahasa juga merupakan kepelbagaian jenis bahasa yang digunakan

    bertujuan untuk berkomunikasi sesama penutur di dalam kawasan yang sama.

    Contohnya variasi kawasan iaitu dialek daerah Kelantan yang menggunakan perkataan

    amboyang bermaksud saya. Perkataan ini digunakan oleh masyarakat yang berada

  • 8/14/2019 ISI TUGASAN.docx

    46/46

    2013 BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYUatau berasal daripada daerah tersebut dan dijadikan sebagai bahasa komunikasi

    mereka sehari- hari.

    Disamping itu, saya juga telah dapat mengetahui bahawa penggunaan variasi

    standard di dalam penulisan juga mampu memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini

    kerana, melalui pembacaan saya sendiri, saya telah dapat mengetahui cara

    penggunaan bahasa Melayu baku secara betul dan tepat dari segi struktur ayat,

    predikat dan subjeknya. Penggunaan variasi standard adalah penggunaan variasi yang

    paling tepat bagi mantapkan bahasa. Hal ini kerana, pembaca mempelajari bahasa

    melalui sumber bacaannya. Oleh itu, penulis yang mengutamakan variasi standard di

    dalam penulisannya dapat menguatkan penggunaan bahasa Melayu baku seterusnya

    memartabatkan bahasa Melayu selaras dengan bahasa- bahasa yang lain.

    Seterusnya, penggunaan bahasa- bahasa slanga juga merupakan salah satu

    variasi bahasa yang digunakan di dalam bidang penulisan. Bahasa slanga yang

    menjadi kelaziman masyarakat di dalam pertuturan akan diserap menjadi bahasa

    Melayu standard. Hal ini mampu menambahkan bilangan kosa kata dan meluaskan

    ilmu bahasa terhadap pembaca- pembaca. Secara tidak langsung, perkara ini juga

    mampu memantapkan tahap penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Salah satu

    daripada jenis variasi fungsional ialah laras bahasa. Sebelum ini saya tidak memahami

    tentang jenis laras bahasa dan cara penggunaannya. Namun begitu, selepas

    melakukan pembacaan dan kajian saya mendapati bahawa laras sesuatu bahasa juga

    berfungsi untuk memantapkan tahap penguasaan kosa kata bahasa Melayu.

    Tuntasnya, kepelbagaian variasi bahasa sedikit sebanyak telah menyumbang

    kepada pemantapan bahasa Melayu. Namun begitu, variasi standard amatlah

    diutamakan bagi mengelakkan pembaca terpengaruh dengan penggunaan dialek

    daerah yang digunakan di dalam bidang penulisan. Generasi muda kini perlu dipupuksupaya mengutamakan bahasa baku kerana bahasa Melayu perlu dimartabat dan

    dimantapkan penggunaannya dalam pertuturan mahupun penulisan.