isi-isi (pengenalan n kertas kerja)

31
1.0 PENGENALAN Pendidikan adalah proses kehidupan sepanjang hayat. Hakikat ini banyak digunakan oleh golongan intelek dan kebanyakan masyarakat di negara-negara maju. Abad ke 21 ini pendidikan diiktiraf bermula sejak lahir dan berhenti apabila manusia meninggal dunia. Pendidikan formal dimulakan di peringkat kanak-kanak berusia empat tahun kerana proses pembelajaran sudah bermula sejak lahir. Masyarakat berpelajaran merupakan modal untuk memajukan negara ke arah menjadi negara maju yang dinamik. Maka itu Falsafah Pendidikan Negara menjadi tema perjuangan yang bermula dari peringkat prasekolah. Pendidikan harus bermula dari peringkat kanak-kanak kerana ianya dapat menghasilkan generasi yang mempunyai personaliti yang cemerlang. Maka dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan kelas-kelas prasekolah di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Selain itu, telah banyak penubuhan prasekolah swasta yang disediakan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan. Tugasan Pengurusan Prasekolah (PRA 3110) pada semester ini mendedahkan kami kepada proses penubuhan sebuah prasekolah. Tugasan mempunyai merangkumi tiga bahagian utama iaitu menghasilkan kertas kerja, melukis pelan dalam luar prasekolah dan melaksanakan penulisan kreatif yang berkaitan justifikasi pelan dalam prasekolah yang dapat membantu dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Upload: azie-zah

Post on 13-Dec-2014

104 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

1.0 PENGENALAN

Pendidikan adalah proses kehidupan sepanjang hayat. Hakikat ini banyak digunakan

oleh golongan intelek dan kebanyakan masyarakat di negara-negara maju. Abad ke 21

ini pendidikan diiktiraf bermula sejak lahir dan berhenti apabila manusia meninggal

dunia. Pendidikan formal dimulakan di peringkat kanak-kanak berusia empat tahun

kerana proses pembelajaran sudah bermula sejak lahir. Masyarakat berpelajaran

merupakan modal untuk memajukan negara ke arah menjadi negara maju yang

dinamik. Maka itu Falsafah Pendidikan Negara menjadi tema perjuangan yang bermula

dari peringkat prasekolah.

Pendidikan harus bermula dari peringkat kanak-kanak kerana ianya dapat

menghasilkan generasi yang mempunyai personaliti yang cemerlang. Maka dengan itu

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan kelas-kelas prasekolah di sekolah-

sekolah rendah di seluruh negara. Selain itu, telah banyak penubuhan prasekolah

swasta yang disediakan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

mendapatkan pendidikan. Tugasan Pengurusan Prasekolah (PRA 3110) pada semester

ini mendedahkan kami kepada proses penubuhan sebuah prasekolah. Tugasan

mempunyai merangkumi tiga bahagian utama iaitu menghasilkan kertas kerja, melukis

pelan dalam luar prasekolah dan melaksanakan penulisan kreatif yang berkaitan

justifikasi pelan dalam prasekolah yang dapat membantu dalam menghasilkan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Penubuhan sebuah prasekolah memerlukan satu pengurusan yang sistematik.

Selain itu, bagi melancarkan pengendalian dan pengurusan prasekolah yang baru

dibuka guru yang bakal mengajar kelas prasekolah telah dihantar untuk menghadiri

kursus yang berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian kelas prasekolah untuk

meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang psikologi dan pedagogi kanak-kanak.

Page 2: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

2.0 KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH

LITTLE

FINGERS

KERTAS KERJA PRASEKOLAH LITTLE FINGERS

1.0 LATAR BELAKANG / PENGENALAN

Sejarah Islam telah menunjukkan betapa pentingnya pendidikan disampaikan

kepada seseorang individu diawal usia. Ulama- ulama dan ahli-ahli fikir Islam

seperti Iman Shafie r.a telah dapat menghafal al-Quran ketika berusia 7 tahun,

menghafal kitab al- Mirwatta’ ketika berusia 11 tahun dan telah diminta untuk

memberi fatwa ketika berusia 15 tahun. Ini menunjukkan betapa pentingnya

pendidikan formal disampaikan kepada kanak-kanak. Pendedahan awal mengenai

pendidikan kepada kanak-kanak boleh bermula di institusi- institusi dan pusat-pusat

prasekolah.

Kanak-kanak boleh didedahkan dengan pendidikan formal melalui institusi

pendidikan awal kanak-kanak yang ditubuhkan di negara ini selaras dengan prinsip

yang telah dinyatakan dalam Dasar Pendidikan Prasekolah Kebangsaan yang

menyatakan bahawa kerajaan akan menyediakan pendidikan prasekolah kepada

kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan

1996: dibawah seksyen 2. Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan diwujudkan

haruslah bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak tersebut. Pendidikan

prasekolah ini diharap dapat membantu kanak-kanak mendapat pendidikan awal

sebelum melangkah ke alam persekolah yang sebenar.

Oleh itu, Penubuhan Prasekolah ‘Little Fingers’ ini adalah bertujuan untuk

menyumbang bakti kepada masyarakat dan membantu ibu bapa untuk memberikan

pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai pendidikan dengan baik serta

dapat melahirkan golongan cendikiawan yang berilmu dan mempunyai sahsiah

yang cemerlang.

Page 3: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

Di samping itu juga, ia dapat menyediakan ruang atau suasana

pembelajaran yang kondusif bagi merangsang intelek dan fizikal kanak-kanak.

Prasekolah ini juga menitikberatkan enam tunjang dalam Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian,

Sikap dan Nilai, Tunjang kemanusiaan, Tunjang Keterampilan, Tunjang

Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Tunjang Sains dan Teknologi. Penubuhan

prasekolah ‘Little Fingers’ ini juga adalah bertujuan untuk mendedahkan murid

dengan semangat satu Malaysia. Pendidikan yang disediakan adalah untuk kanak-

kanak yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza agar mereka dapat

diterapkan dengan nilai perpaduan dari awal bagi menjayakan gagasan satu

Malaysia. Semua ini diharap dapat dilaksanakan secara teratur dan sistematik

dengan wujudnya guru-guru yang inovatif, penyayang dan tenang dalam melayan

karenah kanak-kanak tersebut.

Motto prasekolah ini ialah prasekolah ‘Little Fingers’ mencipta Juara dan

bertemakan ‘Fun In Learning’.

2.0 RASIONAL

Rasional penubuhan prasekolah ‘Little Fingers’ ini ialah untuk memenuhi keperluan

masyarakat setempat yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India terhadap

kehendak pendidikan awal kanak-kanak. Prasekolah ini juga berhasrat melahirkan

kanak-kanak yang mampu mempunyai semangat perpaduan yang tinggi seiring

dengan gagasan satu Malaysia.

Penubuhan Prasekolah ‘Little Fingers’ juga adalah bertujuan untuk

memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu bagi melahirkan individu

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Di

prasekolah ini juga kanak-kanak akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang

menyeronokkan. Sudut-sudut pembelajaran berdasarkan enam tunjang yang

terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) juga akan

disediakan bagi merealisasikan falsafah pendidikan negara.

Selain itu, prasekolah ini juga ditubuhkan bagi memberi persediaan kepada

kanak-kanak ke alam persekolah rendah / tahun satu. Kanak-kanak perlu

Page 4: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

didedahkan dengan pendidikan formal di awal usia 4- 5 tahun kerana pada tahap

ini mereka mula mengadaptasi sesuatu yang baru di persekitaran mereka malah

suasana stimulatif dapat membantu membekalkan anak-anak dari aspek akademik,

sosial dan akhlak. Persediaan awal dapat membantu mereka untuk melangkah ke

alam persekolah yang sebenar dengan lebih baik.

3.0 NAMA, VISI, MISI DAN MOTTO PRASEKOLAH

3.1 Nama Prasekolah

Nama prasekolah yang dicadangkan adalah prasekolah ‘Little Fingers’.

Perkataan ‘Little Fingers’ dipilih bersempenakan kanak-kanak kecil yang riang

dan aktif yang mempunyai saiz tubuh badan yang berbeza. Kanak-kanak

merupakan suatu anugerah yang sangat bernilai yang perlu dididik dengan baik

dan guru merupakan ibu bapa kedua kepada kanak-kanak yang

bertanggungjawab untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak agar menjadi

insan yang berguna pada masa akan datang. Dengan tertubuhnya prasekolah ini

diharap dapat menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan dapat

merealisasikan hasrat kerajaan.

3.2 Visi Prasekolah

Visi prasekolah ‘Little Fingers’ ialah mewujudkan prasekolah yang menyemai

budaya berilmu dan kritis.

3.3 Misi Prasekolah

Menjadikan enam tunjang sebagai teras pembelajaran dalam mendidik murid

prasekolah ‘Little Fingers’ supaya dapat menguasai bahasa, pelbagai disiplin

ilmu dan kemahiran.

3.4 Motto Prasekolah

Prasekolah ‘Little Fingers’ mencipta JUARA.

Page 5: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN

Penubuhan Prasekolah ‘Little Fingers’ ini dilihat sebagai bertepatan dengan hala

tuju 1 Malaysia atau Gagasan satu Malaysia yang telah diuar-uarkan oleh Perdana

Menteri Malaysia. Pendidikan prasekolah ini juga memberi peluang kepada kanak-

kanak untuk mengembangkan potensi dan bakat yang ada di dalam diri mereka

berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara iaitu dalam mengembangkan aspek

pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS). Objektif-

objektif yang hendak dicapai adalah :

4.1 Memperkembangkan potensi kanak-kanak berdasarkan tunjang- tunjang

yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

(KSPK).

4.2 Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak yang terdiri

daripada masyarakat Melayu, Cina dan India.

4.3 Melahirkan murid yang mempunyai intelektual yang tinggi dan berakhlak

mulia.

4.4 Membantu murid menguasai kemahiran 4M iaitu membaca, menulis,

mengira dan menaakul.

4.5 Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan

sesuatu masalah.

5.0 LOKASI TAPAK DAN BANGUNAN

Lokasi yang dipilih untuk dijadikan bangunan prasekolah ialah bertempat di

kawasan perumahan iaitu di Taman Batu Permai, Kuala Lumpur yang berhampiran

dengan Bukit Kiara (Mont Kiara). Perumahan ini terletak di kawasan pinggir bandar

Kuala Lumpur yang kepunyaan Tuan Haji Azhar bin Idrus. Perumahan yang akan

dijadikan tapak prasekolah ‘Little Fingers’ ini mempunyai keluasan tanah yang

berukuran 800 meter persegi. Lokasi prasekolah ini adalah strategik kerana ianya

merupakan kawasan perumahan yang jauh daripada bunyi bising dan kesesakan

jalan raya. Tapak prasekolah ini terletak di lot tepi (corner lot) taman perumahan

Taman Batu Kiara yang mengikut piawaian penubuhan prasekolah yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 6: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

Kami juga telah mendapatkan kebenaran bertulis daripada jiran-jiran yang

berdekatan dengan tapak prasekolah tersebut. Tertubuhnya prasekolah ini juga

dapat memberi keringanan kepada warga taman perumahan untuk menghantar

anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan kerana tidak perlu bersesak-

sesak untuk menghantar anak mereka ke prasekolah lain yang agak jauh daripada

kawasan taman perumahan tersebut.

6.0 PELAN LANTAI

Pelan lantai merupakan asas dalam menubuhkan kelas prasekolah dan ianya amat

penting bagi memudahkan proses selanjutnya. Penyediaan pelan lantai yang baik

harus mempunyai beberapa bahagian yang merangkumi ruang pembelajaran,

ruang dapur, ruang makan, bilik air, bilik rehat dan stor. Pelan lantai bahagian luar

prasekolah pula perlu disediakan bagi menempatkan tempat main pasir, main air,

taman permainan, padang, ‘mini garden’ dan sebagainya. Oleh itu, guru harus

menggunakan kreativiti tersendiri dalam menghasilkan pelan lantai dan dekorasi

yang dapat memberi keselesaan kepada murid dan menepati komponen

pembelajaran. Pelan lantai Prasekolah Little Fingers merangkumi bahagian dalam

dan luar iaitu;

6.1 Pelan Lantai Bahagian Dalam Prasekolah Little Fingers

Ruang pembelajaran

Sudut bacaan

Sudut 6 tunjang utama

Dapur

Tandas

Stor

(Rujuk Lampiran 1)

Ruang pembelajaran

Ruang pembelajaran bagi prasekolah Little Fingers adalah berukuran 20x10

berasaskan konsep terbuka di mana aktiviti pembelajaran kanak-kanak akan

Page 7: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

dijalankan secara aliran bebas. Keperluan ruang untuk tujuan aktiviti adalah

melibatkan ruang aktiviti pembelajaran mengikut enam tunjang utama iaitu

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang Perkembangan Fizikal dan

Estetika, Tunjang Bahasa dan Komunikasi, Tunjang Sains dan Teknologi,

Tunjang Keterampilan diri dan Tunjang Kemanusiaan.

Dalam ruang pembelajaran juga, terdapat peralatan-peralatan seperti

dua buah komputer, televisyen, papan putih, sebuah meja dan kerusi guru,

rak fail maklumat murid dan lima buah meja bulat serta 25 buah kerusi untuk

kanak-kanak prasekolah. Selain itu, terdapat sudut bacaan yang

menempatkan buku cerita, buku bergambar, buku besar atau ‘big book’, buku

bersiri dan ensiklopedia. Dalam ruangan ini juga, kami menyediakan pentas

bakat bagi memberi peluang kepada kanak-kanak prasekolah untuk bercerita,

lakonan dan sebagainya. Kami juga menyediakan permaidani bagi memberi

keselesaan kepada kanak-kanak prasekolah untuk duduk semasa membaca.

Prasekolah Little Fingers juga menyediakan sudut bermain alat-alat muzik

yang asas iaitu alat perkusi seperti tamborin, kastenet, loceng, drum, kayu tik

tok, kerincing dan sebagainya. Sudut ini juga disediakan dalam keadaan yang

lapang tanpa dilengkapi dengan kerusi dan meja, hanya karpet sahaja

disediakan di sudut ini bagi memudahkan kanak-kanak menjalankan aktiviti

tersebut dengan bebas. Sebuah keyboard juga disediakan berhampiran

dengan rak alat muzik untuk memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Selain itu, kami menyediakan kelas iqra’ pada pukul 1.00 hingga 2.00

petang. Oleh itu, kami menyediakan sebuah rak yang menempatkan iqra,

muqqaddam atau al-Quran dan akan membaca di sudut bacaan.

Dapur

Terdapat satu bilik penyediaan makanan di prasekolah Little Fingers di mana

makanan akan disediakan oleh Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bagi

memastikan kanak-kanak mendapatkan makanan yang seimbang mengikut piramid

Page 8: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

makanan dan kebersihan sentiasa terjamin. Bilik ini dilengkapi dengan satu set

kabinet dapur, sebuah peti sejuk, dapur, rak untuk menempatkan pinggan mangkuk

serta dua buah sinki bagi kegunaan PPM untuk membasuh bahan memasak,

pinggan mangkuk dan gelas serta peralatan elektrik yang telah digunakan. Terdapat

satu pintu bertutup supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran kanak-kanak

dan demi menjaga keselamatan mereka. Sebuah pintu belakang dapur juga

disediakan bagi memudahkan PPM membuang sisa-sisa makanan ke dalam tong

sampah yang berada di luar kelas. Kami juga menampal menu makanan dan

piramid makanan pada dinding dapur prasekolah.

Di bahagian hadapan bilik dapur, kami menyusun dan menyediakan ruangan

makan yang dilengkapi dengan peralatan utama iaitu kerusi dan meja yang

mencukupi untuk kanak-kanak menjamu selera.

Tandas

Prasekolah Little Fingers juga menyediakan kemudahan bilik air untuk kanak-kanak

prasekolah. Kami menyediakan dua buah tandas bersaiz kanak-kanak di mana satu

untuk kanak-kanak perempuan dan satu untuk kanak-kanak lelaki. Tandas ini

diasingkan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan di mana guru dapat melatih

kanak-kanak untuk membezakan jantina mereka. Selain itu, kami menyediakan 2

buah sinki dan cermin di dalam bilik air. Lantai tandas juga dipasang dengan jubin

anti lumut dan anti licin bagi mengelakkan kemalangan.

Stor

Setiap prasekolah perlu mempunyai sebuah bilik stor untuk menyimpan barang-

barang dan juga peralatan pembelajaran. Terdapat 1 bilik stor disediakan di

Prasekolah Little Fingers yang menempatkan bahan-bahan bertoksik seperti

pencuci tandas, sabun, peluntur dan sebagainya. Selain itu, terdapat sebuah para

atau rak yang menempatkan bahan bantu mengajar.

6.2 Pelan lantai bahagian luar Prasekolah Little Fingers

Taman permainan

Page 9: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

Pusat main air dan pasir

‘Mini garden’

‘Mini gym’

Surau mini

Sangkar burung

Padang

Pondok-pondok

Tempat meletakkan kenderaan

Pondok menunggu

(Rujuk lampiran 2)

Pelan lantai bahagian luar Prasekolah Little Fingers mempunya sebuah taman

permainan yang dilengkapi dengan alat permainan seperti jongkang-jongkit,

gelongsor, buaian, papan imbangan dan ‘monkey bar’. Taman permainan ini

akan dialas dengan karpet yang diperbuat daripada bahan fiber bagi

mengelakkan kanak-kanak daripada tercedera sekiranya terjatuh daripada alat

permainan. Alat permainan ini membolehkan kanak-kanak untuk meningkatkan

kemahiran motor kasar di mana mereka akan melompat, mengelungsur, berlari,

berhayun, bergayut dan sebagainya.

Selain itu, Prasekolah Little Fingers akan menyediakan satu pusat main

air dan pasir. Aktiviti ini amat penting kepada kanak-kanak bagi merangsang

kemahiran motor halus kanak-kanak dan membina daya kreativiti mereka.

Kawasan aktiviti main pasir disediakan pada tempat yang terbuka dan di

sebelahnya adalah kawasan bermain air di mana prasekolah kami hanya

menyediakan kawasan lapang dan apabila ingin menjalankan aktiviti bermain

pasir, kami akan menyediakan tiga buah kolam yang perlu ditiup dahulu sebelum

membentuk sebuah kolam. Kemudian, kami akan mengisi air dan setelah aktiviti

ini kami boleh menyimpan kolam ini di dalam stor.

Prasekolah Little Fingers juga akan menyediakan tempat berkebun yang

dipanggil ‘mini garden’. Dalam mini garden ini, kanak-kanak akan menanam

Page 10: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

pokok herba, taman kaktus dan sayur-sayuran seperti kobis, sawi, cili dan

sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan mereka apabila guru

menampal nama-nama tumbuhan ini pada setiap jenis tumbuh-tumbuhan.

Di samping itu, Prasekolah Little Fingers menyediakan sebuah ‘mini

gymnasium’ di mana tempat ini akan digunakan sekiranya hari hujan untuk

menjalankan aktiviti luar. Guru akan menggunakan mini gym ini sebagai

perancangan lain sekiranya cuaca tidak mengizinkan. Di dalam mini gym ini,

sebuah stor akan disediakan di mana kami menempatkan alat-alat untuk main

pasir dan air, alat-alat berkebun, baja dan sebagainya.

Surau mini juga akan disediakan di Prasekolah Little Fingers bagi

menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kami telah

melantik seorang ustazah sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan

Islam. Di surau ini, kami boleh mengadakan bacaan Iqra’, muqqaddam dan Al-

Quran. Selain itu, ustazah juga akan bencerita sirah Rasulullah S.A.W. Dengan

adanya surau ini, maka wujudlah kanak-kanak yang mencintai agama dan

menghayati ajaran Islam dalam diri kanak-kanak.

Prasekolah Little Fingers juga akan menyediakan sangkar burung di

kawasan prasekolah. Sangkar burung ini dibina bagi memupuk kasih sayang

kanak-kanak prasekolah terhadap haiwan. Guru akan memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk menjaga burung di mana mereka kan memberi makanan

kepada haiwan tersebut pada setiap hari. Secara tidak langsung juga, kanak-

kanak dapat mengetahui habitat burung.

Padang juga akan turut disediakan di Prasekolah Little Fingers. Padang

disediakan bagi memudahkan kanak-kanak melakukan aktiviti luar. Kanak-kanak

dapat meningkatkan kemahiran motor kasar mereka melalui aktiviti seperti aktiviti

sukaneka, membaling dan menyambut bola, berlari, melompat, berjengket dan

sebagainya. Melalui aktiviti ini juga, kanak-kanak dapat memupuk perkembangan

bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal.

Selain itu, pondok-pondok akan disediakan berhampiran dengan taman

permainan. Main pondok-pondok membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti

sendiri dan membolehkan mereka berinteraksi sesama sendiri. Selain itu, kanak-

Page 11: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

kanak dapat mengalami suasana yang sebenar seperti berada dalam rumah,

kedai dan klinik.

Di samping itu, Prasekolah Little Fingers akan menyediakan tempat

meletakkan kenderaan untuk guru-guru dan staf sokongan. Garaj ini dapat

menempatkan lima buah kereta. Pondok menunggu juga turut disediakan untuk

ibu bapa. Ibu bapa akan menunggu anak-anak mereka di pondok selepas tamat

waktu persekolahan.

7.0 KURIKULUM DAN PROGRAM PEMBELAJARAN

7.1 Kurikulum Utama

Berasaskan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang merangkumi enam

tunjang utama iaitu Tunjang Bahasa Komunikasi, Tunjang Kerohanian, Sikap

dan Nilai. Tunjang Keterampilan, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika,

Tunjang Kemanusiaan dan Tunjang Sains dan Teknologi.

Tunjang Bahasa dan Komunikasi

Terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris yang wajib dipelajari oleh

semua murid prasekolah fokus utama ialah kemahiran bahasa dan seni

bahasa. kemahiran bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran

bertutur, kemhiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran menaakul.

Manakala seni bahasa merujuk kepada keindahan bahasa melalui

kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa.

Tunjang Kerohanian, Nilai dan Sikap

Merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam

dipelajari oleh murid yang beragama Islam selama 2 jam seminggu manakala

Pendidikan Moral dipelajari oleh murid agama lain selama dua jam

seminggu.

- Pendidikan Islam

Aqidah

Page 12: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

Ibadah

Sirah

Akhlak

Asas Bahasa Al-Quran dan Jawi

- Pendidikan Moral

Penerapan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak yang bukan beragama

Islam.

Tunjang Keterampilan Diri

Memberi penekanan kepada perkembangan sosioekonomi kanak-kanak

prasekolah.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Merangkumi perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta

perkembangan kreativiti.

Tunjang Sains dan Teknologi

Merangkumi awal sains, awal metematik, awal pembinaan menggunakan

objek seperti blok dan penggunaan ICT.

Tunjang Kemanusiaan

Memberi peluang kepada kanak-kanak supaya memahami diri sendiri, lebih

memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan

alam sekitar.

7.2 Kurikulum Eksklusif (Tambahan)

Kelas Iqra

Kelas Muzik

7.3 Program Pembelajaran Yang Lain

Program kemahiran membaca

Page 13: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

I Can Tell Story

Taman Sains

Taman Herba

Cactus corner

Majlis khatam al-Quran

Sambutan Hari Lahir

Sukaneka

Perkhemahan

Lawatan sambil belajar

Majlis Graduasi

7.4 Jadual Pembelajaran

Sesi pembelajaran adalah bermula dari jam 7.40 pagi hingga 11.40 tengah hari.

terdapat sesi pembelajaran sebelah petang selama dua hari untuk kelas

kurikulum eksklusif kami iaitu kelas iqra’ dan satu hari untuk kelas muzik yang

bermula jam 12.00 hingga 1.00 petang.

(Rujuk Lampiran 3)

8.0 ASPEK PEMAKANAN

Pemakanan bagi kanak-kanak perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka

mendapat nutrisi yang sesuai dalam membina pertumbuhan dan perkembangan

fizikal serta minda mereka. Dalam proses pembesaran, kanak-kanak

memerlukan makanan yang seimbang bagi membolehkan badan mereka

menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan seimbang ialah makanan yang

terdiri daripada semua kelas makanan dalam kadar nisbah makanan yang sesuai

mengikut peringkat umur kanak-kanak. Antara aspek pemakanan yang

dititikberatkan di Prasekolah Little Fingers ialah:

a. Berikan pelbagai jenis makanan yang baik dan berkhasiat melalui kombinasi

yang bersesuaian berdasarkan piramid makanan.

b. Jadikan nasi dan lain-lain bijirin sebagai sumber tenaga yang utama

Page 14: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

c. Menggalakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

untuk membekalkan vitamin dan mineral.

d. Berikan ikan, daging tanpa lemak, ayam, telur dan kekacang

e. Berikan susu, produk tenusu dan lain-lain makanan yang kaya dengan

kalsium setiap hari.

f. Lemak adalah penting tetapi pemberian secara berlebihan patut dielakkan

g. Hadkan gula-gula, makanan manis dan minuman bergula dan kurangkan

pengambilan garam

h. Jika snek diperlukan, berikan dengan jumlah yang kecil dan berikan pada

masa yang sesuai

i. Sediakan makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan

j. Menyediakan rutin makanan yang berkhasiat dan seimbang berpandukan

piramid.

Oleh itu, terdapat beberapa menu pemakanan yang dijadikan rutin bagi

Prasekolah Little Fingers antaranya ialah:

i. Kanak-kanak akan diberikan 7 biji kismis sebelum bermulanya sesi

pembelajaran.

ii. Kanak-kanak akan menikmati sarapan pagi terlebih dahulu setelah tiba di

prasekolah.

iii. Menu sarapan pagi akan bertukar dua kali sebulan.

iv. Makan untuk waktu rehat dan makan tengah hari juga disediakan.

(Rujuk Lampiran 4)

9.0 ASPEK KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

9.1 Aspek Kesihatan

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah. Ia

Page 15: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan kanak-kanak prasekolah berada

dalam keadaan baik dan optima dimana, keutamaan diberikan kepada murid-

murid sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan Kesihatan di

negara ini bermula pada tahun 1967 dan pada tahun 1975, pasukan kesihatan

sekolah mula ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat di prasekolah,

sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Prasekolah Little Fingers amat mementingkan kesihatan murid-murid kerana

kesihatan mereka sentiasa terjamin dan mereka dapat belajar dengan sempurna.

Dibawah perkhidmatan kesihatan sekolah, kanak-kanak prasekolah Anugerah

akan menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan,

rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau swasta.

9.2 Aspek Keselamatan

9.2.1 Bahagian Dalam Bangunan Prasekolah

Keselamatan yang diamalkan dalam bangunan prasekolah “Little Fingers”

antaranya seperti pemilihan saiz kerusi, meja dan perabot yang bersesuaian

dengan peringkat umur kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. Meja yang

digunakan berbentuk bulat dan tidak mempunyai bucu untuk mengelakkan

kemalangan yang tidak diingini. Selain itu, bilangan kerusi meja yang

disediakan adalah mencukupi dan disusun dalam bentuk berkumpulan.

Susun aturnya juga kemas dan kondusif untuk pengajaran secara

berkumpulan. Kotak-kotak suis yang terdapat dalam prasekolah ini juga

ditempatkan di kawasan yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. Setiap

pintu juga dipasang geriji mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh

pihak Jabatan Bomba.

Bahagian Luar bangunan Prasekolah

Aspek keselamatan di luar bangun prasekolah juga dititikberatkan oleh guru

prasekolah bagi melindungi kanak-kanak daripada keadaan yang merbahaya.

Longkang yang terdapat dipersekitaran prasekolah perlu ditutup dengan

Page 16: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

penutup khas longkang bagi mengelakkan kanak-kanak prasekolah terjatuh.

Pintu masuk utama juga dipasang dengan pagar agar kanak-kanak tidak

berkeliaran di luar kawasan prasekolah. Pagar ini juga dipasang bagi

mengelakkan orang luar daripada memasuki prasekolah secara bebas

kerana ini akan mendedah kanak-kanak kepada kes penculikan. Pintu pagar

ini akan sentiasa dikunci ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan.

Selain itu, alat permainan yang disediakan di prasekolah juga akan

sentiasa diselenggara oleh guru prasekolah bagi meneliti jika berlaku

kerosakan kepada peralatan tersebut. Tindakan ini diambil bagi

mengelakkan kanak-kanak daripada menggunakan peralatan yang rosak

yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Antara peralatan

permainan yang disediakan di prasekolah kami ialah gelongsor, buaian,

jongkang-jongkit dan lain-lain. Keceriaan kawasan luar bangunan prasekolah

juga akan dijaga dengan rapi. Rumput-rumput akan yang panjang akan

dimesin oleh tukang kebun yang diupah. Kebersihan pula akan disapu oleh

‘cleaner’ yang digaji.

9.2.3 Ruang dapur

Setiap peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat. Suis

peralatan elektrik yang digunakan hendaklah sentiasa dimatikan stelah

selesai menggunakannya. Keadaan peralatan elektrik berada dalam

kedudukan yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak seperti

cerek dan kuali. Bagi bekas yang mengandungi air panas hendaklah sentiasa

ditutup dan diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat. Bahan-bahan yang

berbahaya seperti bahan peluntur dan pembasmi kuman dijauhkan daripada

kanak-kanak.  Keadaan tabung gas pula berada dalam keadaan baik dan

ditutup selepas digunakan. Sekiranya tabung gas diletakkan ditempat yang

tertutup, pastikan ianya mempunyai ruang untuk peredaran udara yang baik

dan selamat.

Page 17: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

Alat pemadam api yang terdapat di bangunan prasekolah ini hendaklah

berfungsi dan diletakkan di tempat yang selamat serta tidak luput tarikhnya.

Pihak pengurusan prasekolah iaitu pembantu pengurusan murid dan guru

prasekolah akan sentiasa menyemak tarikh luput bagi setiap stok bahan

makanan dan minuman. PPM juga akan memastikan lantai sentiasa dalam

keadaan yang kering dan bersih. Pinggan dan gelas yang digunakan untuk

kanak-kanak prasekolah menjamu selera diperbuat daripada plastik kerana

ianya lebih selamat jika dibandingkan dengan peralatan kaca yang mudah

pecah. Setiap peralatan yang telah digunakan akan dibasuh dengan bersih

oleh PPM dan disusun dengan kemas di tempat-tempat yang telah ditetapkan

supaya tidak berselerak. Kebersihan di ruang dapur ini sangat penting bagi

mengelakkan kehadiran serangga perosak yang boleh membawa wabak

penyakit.

9.2.4 Tandas

Terdapat dua buah tandas yang disediakan di dalam prasekolah “Little

Fingers” iaitu untuk satu untuk kanak-kanak perempuan dan satu untuk

kanak-kanak lelak. Tandas ini diasingkan bagi membantu kanak-kanak untuk

membezakan jantina mereka. Tandas ini akan dibersihkan oleh PPM. Kanak-

kanak dipupuk untuk menjaga kebersihan semasa menggunakan tandas

untuk mengelakkan bau yang tidak diingini yang akan mengganggu

pengajaran dan pembelajaran.

9.2.5 Bahan Bantu Mengajar

Bahan bantu mengajar yang akan disediakan di prasekolah ini adalah dipilih

berdasarkan kesesuiaan dengan tahap perkembangan kanak-kanak yang

berumur 4-6 tahun. Bahan-bahan ini disimpan di ruang khas yang disediakan

di dalam prasekolah. setelah selesai menggunakan peralatan bahan bantu

mengajar guru perlu memastikan peralatan tersebut dikemaskan dengan rapi

bagi mengelakkan kanak-kanak bermain-main dengan menggunakan

peralatan tersebut.

Page 18: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

9.2.6 Pelan Keselamatan

Pelan keselamatan ini akan dilekatkan pada papan maklumat di prasekolah.

pelan ini adalah untuk memudahkan guru dan murid ketika berlakunya

kecemasan. Semasa kecemasan seperti kebakaran berlaku semua yang

berada yang berada di dalam prasekolah perlu keluar melalui mana-mana

pintu yang berhampiran dan berkumpul di kawasan utama yang telah

ditetapkan. Latihan kebakaran (Fire Drill) juga akan diadakan selama 6 bulan

sekali.

9.2.7 Lain-lain

Aspek keselamatan lain yang diamalkan di prasekolah ini ialah :

Memastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan

di tempat yang selamat

Memastikan jeriji besi sentiasa ditutup

Memastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap

9.3 Aspek Kebersihan

Prasekolah Little Fingers amat mementingkan aspek kebersihan kanak-kanak di

mana kebersihan selalu dikaitkan dengan kesihatan. Kebersihan amat penting untuk

semua kanak-kanak kerana kesihatan yang sempurna akan menghindarkan mereka

daripada jangkitan penyakit. Di samping itu, mereka dapat melalui perkembangan

yang sempurna dari segi rohani dan jasmani. Kebersihan merujuk kepada bebas

dari sebarang kotoran, kuman, atau serangga perosak yang boleh menggangu

kesihatan, juga melibatkan keadaan kemas, ceria dan selesa apabila dipandang

serta tiada bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu beberapa aspek seperti yang

dinyatakan dibawah akan menjadi rujukan buat Prasekolah Little Fingers agar aspek

kebersihan akan sentiasa terjaga. Antaranya ialah:

Aspek kebersihan yang dititik beratkan dalam bangunan Prasekolah Little

Fingers

Page 19: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

a. Kawasan di dalam dan di luar bangunan mestilah bebas dari serangga,

makhluk perosak dan haiwan peliharaan, serta bersih dari sampah sarap.

b. Kawasan di luar bangunan mestilah bersih dan bebas dari lalang,

tumbuhan berduri atau beracun.

b. Memastikan longkang sentiasa bersih dan tiada air bertakung. Longkang

sentiasa bertutup bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

c. Menyediakan bekas untuk membuang sampah yang bertutup di dalam dan di

luar bangunan.

Amalan Kebersihan Di Prasekolah Little Fingers

Kanak-kanak mungkin akan dapat penyakit atau terdedah dengan kemalangan

atau bahaya jika sesebuah prasekolah itu tidak bersih. Amalan kebersihan

tersebut perlu sentiasa dititik beratkan iaitu :

a. Mengamalkan tabiat membasuh tangan sebelum dan selepas makan, dan

selepas menggunakan tandas.

b. Membersihkan semua pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan lain-lain sebelum

dan selepas makan.

c. Membersihkan dapur untuk menghindar dari lipas, tikus dan lain-lain

serangga.

d. Sentiasa membersihkan bilik air dan tandas. Elakkan air bertakung untuk

mengelakkan pembiakan nyamuk.

e. Memastikan kawasan bersih dan bebas dari sampah sarap. Ini adalah untuk

menghindarkan dari lalat dan serangga perosak.

f. Memastikan rumput sentiasa dipotong untuk mengelakkan haiwan atau

serangga berbahaya seperti ular, lipan dan sebagainya.

g. Mop lantai dengan segera setiap kali ada tumpahan atau lantai basah. Lap

habuk pada tingkap supaya tidak kotor dan selamat untuk murid-murid

menjalankan aktiviti.

h. Bersihkan longkang dan pastikan air tidak bertakung. Pastikan longkang

bertutup.

i. Bersihkan semua alat kelengkapan selepas setiap kali digunakan.

Page 20: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

j. Cuci peti sejuk dan almari dapur sekurang-kurangnya seminggu sekali.

10.0 KOS PENUBUHAN

Modal permulaan sebanyak RM 60,000.00 Penubuhan prasekolah ini adalah

hasil perkongsian 2 orang pemilik prasekolah iaitu:

Irasuzura binti Ibrahim (RM 30,000.00)

Nor Rosmazieha binti Mat Nawi @ Nik Sin (RM 30,000.00)

Namun kos tersebut bergantung kepada keperluan dan kehendak semasa. Kos

utama yang diperlukan ialah kos untuk menyewa bangunan dan membina

pelbagai bangunan. Kos sampingan pula adalah untuk penyediaan sudut-sudut

pembelajaran serta kos taman permainan di Prasekolah Little Fingers.

(Rujuk Lampiran 5)

11.0 STAF

Seramai 5 orang staf yang terdapat di Prasekolah Little Fingers iaitu :

Terdapat tiga orang guru prasekolah yang telah dipilih berdasarkan kriteria

berikut iaitu seorang yang mempunyai minat mendalam dan berpengalaman

dalam menguruskan kanak-kanak. Mereka juga perlu mempunyai kelayakan

pendidikan yang baik terutama dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

dan Sains diperingkat Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan/

Pendidikan.

Seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) akan dilantik untuk menyediakan

makanan dan menguruskan hal ehwal murid serta membantu guru dalam

menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan dan mengawal kelas

sekiranya guru tiada.

Seorang tukang kebun atau cuci ditugaskan untuk menguruskan keceriaan dan

menjaga kebersihan kawasan prasekolah.

Berikut merupakan senarai nama guru dan PPM Prasekolah Little Fingers

Page 21: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

Bil Nama / jawatan Kelayakan Pengalaman

1 Puan Azizah binti

Azizan

(781093-03-6346)

Ijazah Sarjana Muda

Perguruan, Institut

Pendidikan Guru Kampus

Pendidikan Teknik,

Bandar Enstek, Nilai.

Menjadi guru

tadika di Bachok,

Kelantan selama 4

tahun.

2 Pn. Hazirah binti

Shamsul

(830316- 01- 5596)

Ijazah Sarjana Muda

Perguruan, Institut

Pendidikan Guru Kampus

Ilmu Khas

Menjadi guru

muzik selama 3

tahun di Johor.

3 Pn. Zaleha binti

Muhammad

(740830- 11- 6180)

Ijazah Sarjana Muda

Perguruan, Institut

Pendidikan Guru Kampus

Pendidikan Islam

Menjadi ustazah di

Kuala Lumpur

selama 10 tahun.

4 Puan Noor Afifah

Ariana binti Azman

(751203-04- 8781)

Diploma Pendidikan awal

kanak-kanak, Universiti

Pendidikan Sultan Idris

(UPSI).

Mengasuh kanak-

kanak prasekolah

selama 2 tahun di

prasekolah

permata, Kuala

Lumpur.

5 En. Mohd Yusoff bin

Daud

(620405-11-5525)

Sijil Pelajaran Malaysia Pernah bekerja

selama 13 tahun

sebagai tukang

kebun di Selangor

Selain itu, seorang tukang kebun yang dilantik untuk menguruskan keceriaan

dan menjaga kebersihan kawasan prasekolah Litle Fingers.

12.0 Penutup

Diharapkan penubuhan prasekolah Little Fingers akan mendapat sambutan

daripada penduduk taman kawasan perumahan iaitu di Taman Batu Permai,

Page 22: ISI-IsI (Pengenalan n Kertas Kerja)

Kuala Lumpur mahupun penduduk selain taman kawasan perumahan tersebut.

Prasekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-

kanak prasekolah agar mendapat pendidikan formal di awal usia 4-6 tahun.

Selain itu, penubuhan prasekolah ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak

yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk sama-sama bergaul dan menghormati

satu sama lain agar impian negara untuk memupuk perpaduan yang berterusan

dapat direalisasikan. Ibu bapa juga dapat diberikan pendedahan betapa

pentingnya pendidikan awal kanak-kanak kerana perkembangan fizikal dan

kognitif dapat dibentuk melalui pendidikan di prasekolah.

Diharapkan dengan penghasilan kertas kerja penubuhan Prasekolah Little

Fingers akan dipertimbangkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Saya juga

berharap kertas kerja ini akan mendapat kelulusan daripada pihak yang

berkuasa. Sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan diharapkan dapat

melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama yang selaras

dengan kehendak kerajaan.