isi esymen

51
1.0 PENGENALAN Kemahiran bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran lisan merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, keempat-empat kemahiran ini perlu dikuasai oleh semua murid-murid sekolah rendah. Ini kerana kemahiran bahasa merupakan asas kepada penguasaan bahasa baku. Namun begitu, masih terdapat sebilangan murid sekolah rendah yang gagal menguasai kemahiran-kemahiran ini. Jika dilihat pada situasi hari ini, masih ada murid yang berada pada tahap 2 tidak mampu menulis dan membaca dengan betul. Hampir semua sekolah rendah di Malaysia juga mempunyai kelas pemulihan. Kesannya, kebanyakkan guru-guru sekolah rendah menghadapi masalah di dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa. Dalam menangani masalah lemah dalam kemahiran berbahasa, guru-guru perlu mengenal pasti apa yang dikatakan aspek-aspek penting dalam keempat-empat kemahiran bahasa ini. Setelah mengenal pasti masalah yang menjadi penghalang dalam merancang aktiviti melibatkan kemahiran berbahasa ini, guru bahasa bolehlah merancang aktiviti yang sesuai dan dapat menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran berbahasa. 1

Upload: loveilmu

Post on 24-Jun-2015

407 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: isi esymen

1.0 PENGENALAN

Kemahiran bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu kemahiran lisan, kemahiran

membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran lisan merangkumi kemahiran

mendengar dan bertutur. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, keempat-empat

kemahiran ini perlu dikuasai oleh semua murid-murid sekolah rendah. Ini kerana

kemahiran bahasa merupakan asas kepada penguasaan bahasa baku. Namun begitu,

masih terdapat sebilangan murid sekolah rendah yang gagal menguasai kemahiran-

kemahiran ini. Jika dilihat pada situasi hari ini, masih ada murid yang berada pada

tahap 2 tidak mampu menulis dan membaca dengan betul. Hampir semua sekolah

rendah di Malaysia juga mempunyai kelas pemulihan. Kesannya, kebanyakkan guru-

guru sekolah rendah menghadapi masalah di dalam merancang dan melaksanakan

aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa.

Dalam menangani masalah lemah dalam kemahiran berbahasa, guru-guru perlu

mengenal pasti apa yang dikatakan aspek-aspek penting dalam keempat-empat

kemahiran bahasa ini. Setelah mengenal pasti masalah yang menjadi penghalang

dalam merancang aktiviti melibatkan kemahiran berbahasa ini, guru bahasa bolehlah

merancang aktiviti yang sesuai dan dapat menarik minat pelajar untuk menguasai

kemahiran berbahasa.

Sebelum sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung, guru

seharusnya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RPH ini bertujuan

untuk mencapai suatu objektif yang diharapkan. Dalam RPH yang disediakan juga

perlu menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur,

membaca dan menulis. Kesimpulannya, penguasaan kemahiran berbahasa dalam

kalangan murid perlu diberi perhatian. RPH yang disediakan juga perlu mengandungi

aktiviti berbahasa yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu.

1

Page 2: isi esymen

2.0 DEFINISI DAN KONSEP BAGI KEMAHIRAN BERBAHASA

2.1 Kemahiran mendengar

2.1.1 Definisi kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku

pada peringkat penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran

mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja

yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat

tafsiran daripada apa yang didengar.

Mendengar melibatkan tiga perkara asas iaitu mendengar, memahami dan

menilai. Mendengar bermaksud memberikan perhatian pada perkara yang

disampaikan oleh penutur. Memahami pula bermaksud mengambil perkara yang telah

kita dengari dan memahaminya dengan cara kita sendiri. Menilai pula berlaku setelah

kita memahami perkara yang disampaikan oleh penutur, kita mula memikirkan sama

ada kenyataan itu memberikan makna tertentu dan kita hanya dapat menerimanya

tanpa berfikir.

2.1.2 Konsep kemahiran mendengar

Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat

pendengaran manusia, iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa

penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses.

Sesetengah berpendapat bahawa mendengar merupakan aktiviti seni yang merujuk

kepada seni mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan oleh penutur.

Konsep mendengar juga merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu

yang sampai ke telinga, memberikan tindak balas secara teratur dan memberikan gerak

balas terhadap bunyi.

Konsep penting tentang pendengaran:

merupakan gabungan daripada segala yang didengar, difaham dan diingat.

berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-

peringkat.

2

Page 3: isi esymen

individu banyak mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya

proses pendengaran dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi

pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logic dan berkesan

pendengaran berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan

pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk

dan isi

2.2 Kemahiran bertutur

2.2.1 Definisi kemahiran bertutur

Bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat

sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran bertutur berlaku semasa di peringkat

produksi lagi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Model-model yang

diperdengarkan seharusnya merupakan model-model yang baik bagi membolehkan

pelajar-pelajar bertutur secara berkesan. Kemahiran bertutur mempunyai hubungan

dengan operasi mental kerana ia merupakan pengintepretasian ujaran, iaitu proses

yang membolehkan individu memahami dan menelah ujaran yang didengar.

2.2.2 Konsep kemahiran bertutur

gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan

berlaku di peringkat produksi iaitu berlaku setelah si penutur itu dapat

mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya

individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan

otaknya

dipengaruhi oleh aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina

pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan member tumpuan kepada aspek

fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan system bunyi yang lain

keupayaan manusia mengujarkan kata-kata

melibatkan individu berkata-kata atau bercakap

penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang

bermakna

3

Page 4: isi esymen

aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi

2.3 Kemahiran membaca

2.3.1 Definisi kemahiran membaca

Membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara. Selain itu, membaca juga

didefinisikan sebagai bukan memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan

menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh

memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak

memahami perkara yang disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai

membaca. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan ,

mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.

2.3.2 Konsep kemahiran membaca

Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat dengan

bahasa, iaitu membaca sebagai a language related process. Menurut Cohen (1990),

membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk

memahami makna daripada teks yang bercetak. Membaca juga merupakan proses

kemahiran yang aktif bagi mengintepretasikan makna dan mendapatkan pengetahuan

daripada bahasa tulisan dan visual. Tiga konsep asas membaca yang pernah

digunakan ialah:

membunyikan perkataan demi perkataan

pengenalpastian perkataan demi perkataan dan memperoleh maknanya

memberikan makna kepada teks yang dibaca serta memahami teks tersebut

Menurut buku The American Heritage Dictionary of The English Language (2003),

definisi membaca ialah:

4

Page 5: isi esymen

intepretasi terhadap sesuatu situasi atau perkara yang diperkatakan

proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan (melibatkan penghasilan dan

pemahaman komunikasi linguistik)

keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang melibatkan

simbol-simbol tulisan

gambaran mental tentang makna daripada perkara yang diperkatakan, idea atau

visual yang dilihat.

2.4 Kemahiran menulis

2.4.1 Definisi kemahiran menulis

Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga

merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang

tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan

mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan

atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud

memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks

yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain.

2.4.2 Konsep kemahiran menulis

Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat

serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis,

tanda bacaan dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Secara

umumnya, terdapat beberapa konsep menulis iaitu :

menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis

5

Page 6: isi esymen

menulis merupakan hasil kerja penulis iaitu sebarang perkara yang diluahkan

dalam bentuk huruf dan alfabet

menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau

perkataan sesuatu bahasa

menulis merupakan penggunaan huruf atau symbol bagi menggambarkan

sesuatu makna

menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi

mempersembahkan idea dan pendapat

3.0 ASPEK-ASPEK PENTING KEMAHIRAN BERBAHASA

6

Page 7: isi esymen

3.1 Aspek-aspek penting kemahiran mendengar

3.1.1 Proses mendengar

Mendengar merupakan satu proses yang aktif. Oleh itu, sebagai seorang pendengar,

seharusnya mempunyai mendiskriminasikan bunyi ujaran yang didengar, mendengar

dengan tajam dan sekali gus memahami maklumat tersebut. Pendengar juga harus

bijak menapis dan menilai serta menerima input yang benar-benar mustahak dan

relevan. Proses mendengar biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu:

a) Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa

b) Memahami bunyi-bunyi bahasa

c) Menilai bunyi-bunyi bahasa yang diperdengarkan

d) Bertindak terhadap bunyi-bunyi bahasa

3.1.2 Peringkat kemahiran mendengar

Peringkat Huraian

AWAL - Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi

- Mengecam makna perkataan, frasa dan ayat

- Melakukan suruhan atau arahan yang diberikan

- Bertindak terhadap soalan-soalan mudah

- Mengingat perkataan mudah dengan tepat

- Memadankan perkataan dan ayat

PERTENGAHAN - Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara

terperinci

- Mengenal maklumat khusus

- Mengesan urutan

- Mengenal pasti sebab dan akibat

- Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi

- Mengesan sikap dan perasaan orang yang bercakap

7

Page 8: isi esymen

MAJU - Mengenal isi-isi penting

- Mengenal peranan dan hubungan dengan orang yang

bercakap

- Mengetahui fungsi intonasi dan tekanan

- Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar

- Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan

- Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai bentuk

struktur nahu

3.1.3 Jenis kemahiran mendengar

Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan mendengar

secara pasif.

a) Mendengar secara aktif

Kemahiran mendengar aktif merujuk kepada mendengar bagi mendapatkan makna

iaitu perkara yang didengar itu benar-benar difahami seperti yang dimaksudkan oleh

penutur. Kemahiran ini digunakan secara meluas dalam pelbagai situasi seperti

mendengar kuliah, perbualan harian, sesi kaunseling, dan pihak pengurusan

memberikan arahan kepada pekerja. Mendengar secara aktif merupakan satu

kemahiran yang dapat digunakan untuk mempertingkat keupayaan memahami dan

menelah maklumat verbal. Tujuan kemahiran mendengar aktif adalah untuk

memberi kefahaman antara pendengar dengan penutur dan sebagai satu latihan

untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada ujaran penutur.

8

Page 9: isi esymen

i. Mendengar secara bertelau-telau

Biasanya pelajar bahasa kedua. Kurang mampu mendengar dan memahami bahagian-

bahagian tertentu ujaran. Tidak berjaya untuk membentuk konsep makna. Biasanya

amat jarang menggunakan bahasa tersebut.

i. Mendengar tanpa tindak balas

Keadaan ini terjadi apabila pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan antara

kata dalam ayat yang diucapkan. Kesannya, pendengar tidak bertindak balas terhadap

apa yang didengar.

ii. Mendengar secara menebuk-nebuk

Pendengar memilih apa yang mahu didengar kerana daya kefahaman yang masih

rendah serta dipengaruhi minat dan sikap.

iii. Mendengar secara beremosi

Pada peringkat ini, pendengar telah mula memahami bahasa. Reaksi berbeza antara

pendengar berdasarkan kefahaman.

iv. Mendengar secara berhati-hati

Peringkat ini, pendengar mendengar secara teliti dan bersungguh-sungguh dan

menumpukan pendengaran terhadap kata, rangkai kata, ayat satu demi satu. Biasanya

dilakukan untuk belajar bertutur secara intensif.

v. Mendengar secara kritikal

Ini adalah peringkat penguasaan bahasa yang baik. Pendengar berupaya memilih dan

menentukan perkara yang benar atau palsu, kekuatan dan kelemahan, kekurangan

atau kelebihan dan sebagainya. Pendengar juga berupaya berfikir secara kritis dan

analitis.

vi. Mendengar dengan pengamatan

9

Page 10: isi esymen

Pendengar yang mampu memikir secara kritikal apa yang didengar dan mampu

memahami ujaran terutama berkaitan dengan pengalaman.

vii. Mendengar secara kreatif

Peringkat pendengaran yang paling tinggi kerana dapat mentafsir, mengkritik,

menganalisis dan membuat ulasan yang bernas. Pendengar boleh menggubah

sesuatu apabila mendengar sesuatu percakapan yang baik.

b) Mendengar secara pasif

Kemahiran mendengar pasif merupakan kemahiran mendengar pada peringkat paling

rendah. Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran mendengar tanpa bertindak balas,

iaitu pendengar hanya mendengar tanpa memberikan sebarang respons yang

menunjukkan sama ada dia faham perkara yang diperkatakan ataupun tidak.

Pendengar tidak berupaya menyerap keseluruhan ujaran yang didengarinya.

Pendengar juga kerap kehilangan fakta penting dan memberikan tanggapan

yang tidak menepati maksud penutur. Akibatnya, pendengar jarang-jarang dapat

mengingati dan menyatakan semula perkara yang didengar itu. Kemahiran mendengar

ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan pendengar bahasa kedua. Keadaan ini

berlaku kerana kelemahan mereka dalam bahasa tersebut menyebabkan mereka tidak

mampu mendengar dengan baik, membina konsep, memparafrasa dan memahami

ujaran yang diperdengarkan.

3.2 Aspek-aspek penting kemahiran bertutur

3.2.1 Tujuan bertutur

Pertuturan akan berlaku atas tujuan-tujuan tertentu. Ujaran akan dapat disusun dengan

baik dan laras bahasa yang sesuai dapat digunakan jika mengetahui tujuan kita

bertutur. Secara umumnya, tujuan bertutur dapat dikategorikan kepada lima iaitu:

10

Page 11: isi esymen

a) bertutur untuk tujuan memaklumkan

b) bertutur untuk tujuan mempengaruhi

c) bertutur untuk tujuan keseronokan

d) bertutur untuk tujuan penyelesaian masalah

e) bertutur untuk tujuan menzahirkan emosi dan idea

3.2.2 Aspek-aspek pertuturan

Terdapat beberapa aspek pertuturan yang harus diberi perhatian dalam kemahiran bertutur iaitu

i. Sebutan : murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf,

suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih

mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus boleh

menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna.

ii. Tekanan : merupakan cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat

dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Dilakukan pada

suku kata dan ia bertujuan menandakan keras atau lembut sesuatu

pengucapan.

iii. Intonasi : adalah keadaan bunyi menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat

itu dilafazkan. Ia kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat

dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis

ayat yang dituturkan. Contohnya, ayat tanya mempunyai intonasi menaik di

akhir ayat.

iv. Nada : nada adalah keadaan bunyi menaik atau menurun sewaktu sesuatu

perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bahasa Melayu, nada

bersifat fonemik.

11

Page 12: isi esymen

v. Mora (panjang-pendek) : merupakan kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan.

Konsepnya sama dengan ‘harakat’ dalam bahasa Arab. Penggunaan unsur

ini ketara dalam bahasa Inggeris dan Arab.

vi. Jeda (persendian) : ia digunakan untuk memisahkan elemen-elemen

linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat. Dalam sesebuah

ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini

boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan.

vii. Tatabahasa : tatabahasa ialah satu system yang menggabungkan kata untuk

membentuk ayat. Peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. Ia

terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Untuk memperoleh

pertuturan yang baik, aspek ini harus ditekankan.

viii. Kelancaran : bermaksud murid-murid boleh bertutur dengan baik, kemas dan

teratur. Semasa bercakap, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan

tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung.

ix. Kefasihan : murid-murid boleh bercakap dalam bentuk yang kemas, licin,

teratur dan lancar. Selain itu, penutur juga boleh membunyikan suku kata

atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan secara jelas dan

tepat.

x. Laras bahasa : hal ini bermaksud murid boleh menggunakan bahasa dalam

pelbagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai.

3.2.3 Peringkat-peringkat kemahiran bertutur

Terdapat tiga peringkat kemahiran bertutur iaitu peringkat awal, pertengahan dan maju.

12

Page 13: isi esymen

Peringkat Huraian

AWAL - Melafazkan pengucapan bertatasusila

- Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar

- Menyoal untuk mendapatkan maklumat

- Membuat teguran atau kenyataan mengenai situasi

- Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi

tertentu

- Bertindak terhadap soalan mudah

- Memberi arahan

- Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu

bapa dan sebagainya

- Membuat ayat-ayat daripada gambar yang diberi

PERTENGAHAN - Membuat deskripsi tentang objek atau gambar

- Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar

bersiri

- Mendeskripsi pengalaman atau peristiwa

- Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu

- Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung

dengan peribadi seseorang, masa bersekolah,

persekitaran, di rumah dan sebagainya

- Membaca iklan dan peraturan

- Memberi ucapan pendek dan mudah

- Mengambil bahagian dalam perbualan mudah

- Memberi komen secara mudah

- Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan

secara mudah

MAJU - Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman,

objek, permainan, proses dan sebagainya

- Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau

13

Page 14: isi esymen

tanpa menggunakannya

- Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan

atau dialog

- Bertanya untuk mendapatkan maklumat

- Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan

- Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat

- Memberi ceramah atau syarahan (teks disediakan)

- Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum,

perbincangan dan lain-lain

- Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan

- Mendeklamasi puisi

- Menyampaikan komen, laporan atau ulasan

- Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan

sebagainya

3.2.4 Jenis aktiviti bertutur

Di dalam bilik darjah , murid melakukan perbuatan bertutur lebih banyak daripada

mendengar dan menulis. Penglibatan aktif murid dalam aktiviti bertutur termasuklah

menjawab soalan daripada guru dan rakan, bertanyakan soalan kepada guru,

memberikan pendapat dan merumuskan hasil perbincangan kumpulan. Aktiviti bertutur

seperti bercerita, berlakon, menyanyi, berbual dan berbincang dapat melatih murid

bertutur bagi melahirkan idea, pendapat dan pandangan sesuai dengan tahap umur

mereka. Antara aktiviti bertutur ialah

Aktiviti bercerita

Aktiviti ini dapat memikat hati kanak-kanak kerana ia berunsur hiburan dan

menyeronokkan. Oleh itu, murid akan dapat menumpukan perhatian kepada

pengajaran guru apabila aktiviti bercerita dijalankan. Walau bagaimanapun,

aktiviti ini seharusnya berfokus kepada murid iaitu murid sendiri diberi peluang

untuk menyampaikan cerita. Bercerita dapat menggalakkan penguasaan

14

Page 15: isi esymen

kemahiran lisan dan perkembangan bahasa,meningkatkan kefahaman serta

menyuburkan akal dan daya imaginasi murid. Murid juga diberi peluang untuk

memilih cerita yang ingin mereka sampaikan seperti cerita dongeng, cerita

binatang, pengembaraan dan sebagainya. Murid perlu menyatakan pengajaran

daripada cerita yang telah disampaikan. Selepas selesai bercerita, guru boleh

menjalankan aktiviti bersoal jawab tentang cerita, berbincang mengenai watak

yang terlibat dan peristiwa yang diceritakan dan sebagainya.

Aktiviti berlakon

Berlakon melibatkan aktiviti pergerakan tubuh badan dan perlakuan yang

dilakukan oleh watak-watak bagi menggambarkan keadaan sebenar. Murid

menggemari aktiviti ini kerana mereka diberi peluang untuk bertutur secara

bebas, beraksi sesama sendiri dan berhibur dengan rakan sebaya. Terdapat

beberapa jenis lakonan seperti lakonan spontan, lakonan tanpa suara dan

lakonan patung. Murid juga digalakkan melakukan aksi atau melakonkan watak

tertentu sambil bertutur.

Aktiviti menyanyi

Aktiviti ini dapat membantu guru mencapai matlamat bagi mendorong kanak-

kanak bersuara atau berkata-kata. Menyanyi juga dapat menjadikan pengajaran

guru lebih menarik, memudahkan pemahaman, membantu murid mengingat

kembali perkara yang telah dipelajari dan murid dapat menguasai

perbendaharaan kata dan sebutan dengan lebih mudah. Sebagai seorang guru,

haruslah tahu menyesuaikan lirik lagu dengan peringkat umur murid agar objektif

pengajaran dapat dicapai.

15

Page 16: isi esymen

Aktiviti berbual

Perbualan boleh dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara langsung dan tidak

langsung. Perbualan secara tidak langsung tidak banyak memerlukan

persediaan oleh guru. Guru boleh berbincang dengan murid mengenai isu

persekitaran dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Guru boleh memulakan

perbualan dengan bertanyakan soalan tentang beberapa perkara dan kemudian

berfokus kepada satu topik yang dapat menarik minat murid bagi meneruskan

perbualan selanjutnya. Semasa perbualan berlangsung, murid seharusnya

dapat memberikan komen, pendapat, menerangkan sesuatu tanpa perasaan

segan. Perbualan secara langsung pula dilakukan secara terancang oleh guru.

Guru perlu memilih satu tajuk yang dapat memotivasikan murid untuk berbual.

Selepas aktiviti tersebut, guru boleh meminta beberapa murid menceritakan

semula isi atau sebarang perkara yang telah dibualkan oleh mereka.

Aktiviti berbincang

Berbincang merupakan aktiviti mengeluarkan, menghujahkan dan mengulas

pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk melatih

murid mengeluarkan buah fikiran dan pendapat dengan bernas. Dalam aktiviti

ini, setiap murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif. Kesannya, murid

dapat mempertajamkan minda malah melatih kepetahan murid untuk bertutur

dan mengeluarkan pendapat . Pemilihan tajuk perbincangan perlulah mengikut

tahap umur murid.

3.3 Aspek-aspek penting kemahiran membaca

3.3.1 Tujuan membaca

a) Tujuan serta merta

Tujuan ini berhasrat untuk membolehkan murid-murid membaca dan memaham. ‘Boleh

membaca’ bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak, boleh

membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang panjang. Selain

16

Page 17: isi esymen

itu, boleh membaca juga bermaksud murid-murid boleh membaca bersendirian tanpa

bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru.

‘Boleh memahami’ pula ialah menangkap dengan pantas makna atau maksud

yang dibaca. Ia juga bererti murid-murid boleh memberi fikirannya sendiri dan

menggunakan perkataan sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya.

Tujuan serta-merta yang lain :

Kanak-kanak boleh membaca dengan bunyi sebutan dan rentak irama (intonasi)

yang betul.

Kanak-kanak boleh membaca senyap tanpa sebarang gangguan.

Mewujudkan sikap suka dan mahu membaca berterusan dan mencari pengertian

apa yang dibaca.

Menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan dan pengisi masa

lapang untuk menambah pengetahuan.

b)Tujuan lanjut

Tujuan lanjut membaca bermatlamatkan sebagai alat penambah pengetahuan setelah

keluar dari sekolah. Selain itu, ianya bertujuan untuk mendapatkan bahan fikiran untuk

dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang

dilakukan orang lain. Ianya juga bertujuan meluaskan fahaman serta membetulkan

idea-idea yang salah. Bukan itu sahaja, tujuan lanjut bermatlamat sebagai latihan untuk

melahirkan fikiran dengan baik dan teratur. Hal ini juga adalah untuk merapatkan lagi

diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti perkembangan alam dan

manusia.

17

Page 18: isi esymen

3.3.2 Peringkat kemahiran membaca

Peringkat kemahiran membaca bermula daripada tahap paling asas hingga ke

peringkat lebih tinggi. Peringkat ini dapat dibahagikan kepada enam tahap iaitu:

i. Persediaan membaca (kanak-kanak berumur 4-5 tahun) : pembaca

telah terdedah dan biasa mendengar bunyi bahasa tersebut. Pada peringkat

ini, dia mengetahui persamaan bunyi antara perkataan, belajar meramal

bahagian seterusnya bagi cerita yang didengarnya dan mula mengenal

beberapa perkataan bertulis yang biasa.

ii. Mengenal huruf (kanak-kanak berumur 6-7 tahun) : pembaca mengetahui

hubungan antara bunyi dengan huruf tertentu dan mula mengaplikasikan

pengetahuan ini kepada teks bacaan. Hal ini menunjukkan pembaca telah

memperoleh pengetahuan tentang ciri sesuatu huruf dan mempelajari

persamaan simbol bunyi huruf.

iii. Pengesahan ( kanak-kanak berumur 8-9 tahun) : melibatkan pengesahan

tentang pengetahuan yang telah diperoleh pada dua peringkat yang terdahulu

dan mengukuhkan kelancaran dan kemahiran tersebut iaitu kemahiran

mengenal ciri dan bunyi huruf semakin meningkat, di samping mula

menambahkan kepantasan dan ketepatan mengenal huruf. Pada tahap ini,

pembaca mula memberikan perhatian pada makna dan maklumat bercetak,

di samping menggunakannya secara interaktif bagi meningkatkan kemahiran

dan kecekapan membaca.

iv. Bacaan pengetahuan (kanak- kanak berumur 10-13 tahun) : pembaca telah

memiliki kemahiran membaca yang diperlukan bagi membolehkannya

membaca teks untuk menambahkan pengetahuan dan mendapatkan

maklumat. Perbendaharaan kata mereka mula bertambah secara mendadak

18

Page 19: isi esymen

hasil daripada pendedahan terhadap perkataan-perkataan dalam teks yang

dibaca.

v. Pandangan berganda (14-19 tahun) : pembaca berupaya menganalisis teks

yang dibaca, memahamkan teks mengikut sudut pandangan yang berbeza

dan bertindak balas secara kritikal terhadap teks.

vi. Membina dan menilai (tahap umur pelajar kolej atau universiti) : pembaca

mula membaca secara berpilih-pilih dan membina pendapat sendiri terhadap

teks yang dibaca. Mereka membentuk pengetahuan sendiri berdasarkan teks

tersebut serta mengaitkan, menilai dan membezakannya dengan teks lain

yang pernah dibaca.

3.3.3 Jenis kemahiran membaca

a) Bacaan bersuara (bacaan mekanis)

Bacaan jenis ini ialah menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,

dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan

menggerakkan alat-alat pertuturan. Tujuan bacaan bersuara ialah supaya kanak-

19

jenis kemahiran membaca

bacaan bersuara (bacaan mekanis)

bacaan senyap (bacaan akaliah/mentalis)

Page 20: isi esymen

kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya dan rentak

irama yang sempurna. Biasanya, bacaan bersuara dilaksanakan di kelas-kelas

rendah atau pada peringkat kelas permulaan.

Tujuan bacaan bersuara

murid-murid dapat membaca dengan cekap

dan pantas dengan sebutan dan intonasi

yang betul dan jelas.

murid-murid dapat membeca dengan irama

membaca yang betul.

murid-murid tahu menggunakan tanda baca

serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat

berhenti yang betul.

dapat menggunakan kemahiran membaca

dalam mata pelajaran yang lain.

murid-murid dapat mencapai kemahiran dan

kecekapan membaca bersuara.

Cara melaksanakan bacaan

bersuara

guru memberikan satu petikan dalam satu

masa khas untuk bacaan, sesuai dengan

kebolehan dan umur murid-murid.

guru dan murid bersoal jawab dan membantu

murid-murid dengan perkataan dan rangkai

kata yang susah sama ada dari segi sebutan

atau makna perkataan-perkataan itu.

guru membaca sebagai contoh dan murid

menyemak bacaan guru.

guru membaca dan murid-murid mengikut.

guru memandu murid-murid membaca

secara individu bergilir-gilir.

20

Page 21: isi esymen

guru berbincang dan bersoal jawab dengan

murid-murid mengenai isi bacaan untuk

menguji kefahaman mereka.

b) Bacaan senyap (bacaan akaliah/mentalis)

Bacaan ini ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan

kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap adalah

lebih pantas berbanding bacaan bersuara kerana aspek seperti nada suara, sebutan

dan sebagainya tidak diperlukan. Bacaan ini dijalankan setelah murid-murid mahir

dan cekap dalam bacaan bersuara.

Tujuan bacaan senyap

sebagai latihan kepada murid-murid supaya

boleh membaca dengan sendiri.

untuk melatih murid-murid supaya boleh

membaca dengan sendiri.

untuk melatih murid-murid membaca senyap

dengan pantas.

dapat menggunakan kemahiran membaca

senyap untuk mendapatkan pengetahuan.

dapat menggunakan kemahiran membaca

senyap untuk hiburan.

Cara melaksanakan bacaan

senyap

bahan yang diajarkan mestilah berperingkat-

peringkat daripada bahan yang sedikit dan

senang kepada bahan yang banyak dan

susah.

21

Page 22: isi esymen

guru memberi dan menentukan bahan

bacaan serta membantu dan memandu

murid yang lemah.

guru bersoal jawab dan membincangkan

perkataan dan rangkai kata yang susah.

tentukan bahan bacaan yang hendak dibaca

dan murid memahamkannya sendiri. Guru

perlu juga menghadkan masa membaca

tersebut.

guru menjalankan latihan kefahaman dengan

mengemukakan soalan atau dengan cara

menceritakan semula apa yang telah dibaca

dalam bentuk ujian objektif dan subjektif.

guru hendaklah membetulkan kesalahan-

kesalahan yang terdapat semasa murid-

murid mengemukakan isi bacaan.

3.4 Aspek-aspek penting kemahiran menulis

3.4.1 Tujuan menulis

Terdapat dua tujuan menulis iaitu tujuan serta-merta dan tujuan lanjut.

a) Tujuan serta-merta

Tujuan ini adalah untuk mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan

kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Selain itu, ianya juga bagi

membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat

dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. Kanak-kanak mengulangi

pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca

22

Page 23: isi esymen

buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya. Bukan itu sahaja, tujuan serta-

merta menulis ialah untuk membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan

perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. Ianya juga adalah untuk

menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Tambahan lagi, dengan

menulis juga murid dapat menambah dan meluaskan pengetahuan dalam

perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan. Murid-murid juga dapat

disediakan untuk menghadapi peperiksaan.

b) Tujuan lanjut

Tujuan lanjut menulis ialah untuk memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran,

pengalaman dan perasaan. Contohnya, seorang penulis dapat menggambarkan

sesuatu melalui penulisannya. Selain itu, tujuan lanjut menulis ialah untuk

meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi

penulisan. Ianya juga bagi menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya

dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi

kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

3.4.2 Peringkat kemahiran menulis

Dalam kemahiran menulis terdapat 3 peringkat iaitu pramenulis (persediaan),

mendirikan asas ( peringkat mekanis) dan menulis untuk pelahiran.

a. Peringkat pramenulis

Peringkat ini ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis

sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam

tempoh masa ini, latihan otot-otot tangan dan jari serta koordinasi mata dan tangan

diberi kepada murid sejak awal lagi. Pelbagai latihan pramenulis boleh

dilaksanakan dengan menitikberatkan latihan pergerakan tangan. Murid juga perlu

menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan

23

Page 24: isi esymen

sempurna. Latihan pergerakan mata dan latihan kordinasi mata dan tangan juga

perlu dilakukan.

Contoh aktiviti latihan pramenulis

- Latihan mengikut garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan

menulis dari kiri ke kanan.

- Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

- Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai di atas pasir, di rumput

tanpa menggunakan alat tulis (bulatan besar - bulatan kecil)

- Latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekankan jari,

menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.

- Latihan membentuk garisan lurus.

- Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan

secara bebas.

- Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan lurus dan bulat.

b. Peringkat mendirikan asas

Peringkat ini dijalankan setelah murid-murid boleh memegang pensel dengan betul

dan duduk dengan cara yang betul. Pada peringkat ini juga, murid dilatih

membentuk lambing-lambang tulisan. Murid membentuk huruf di kertas kosong

yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah memuaskan, barulah mereka

dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Pada masa ini juga, kawalan

tulisan amatlah diperlukan.

Contoh latihan

- Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.

- Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.

- Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

- Latihan mebentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat

keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam.

24

Page 25: isi esymen

Contoh aktiviti

Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.

Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.

Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang

bermakna.

Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.

Menyalin perkataan yang mudah.

Menyalin ayat-ayat mudah.

c. Peringkat menulis untuk pelahiran

Peringkat ini adalah selepas peringkat penulisan mekanis. Setelah mereka

menguasai menulis mekanis, murid digalakkan melahirkan fikiran mereka secara

bertulis. Cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu

berpandukan gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat

dan perenggan sehingga murid boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.

Contoh aktiviti

Mengisi silang kata.

Mengisi tempat kosong dalam ayat.

Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.

Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita.

Menulis ayat berdasarkan gambar yang diberi.

Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya.

25

Page 26: isi esymen

3.4.3 Jenis kemahiran menulis

Penulisan merupakan pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik.

Bentuk-bentuk grafik itu disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat

dibaca dan difahami maksudnya. Terdapat dua jenis kemahiran menulis yang perlu

dikuasai pada peringkat rendah iaitu :

i. Kemahiran menulis mekanis

Kemahiran ini penting kerana bertujuan untuk memberikan latihan dan pengalaman

asas yang diperlukan. Hal ini dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis

yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan dan frasa. Kemahiran

menulis mekanis merupakan kemahiran untuk membolehkan murid membentuk

lambang huruf dan seterusnya menulis perkataan dengan jelas, tepat dan kemas.

Kemahiran ini termasuklah menulis huruf mengikut cara yang betul, menjaga jarak

yang sekata antara huruf dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

Ianya melibatkan pergerakan anggota fizikal, iaitu jari-jemari dan saraf tangan yang

diselaraskan dengan penglihatan.

Antara aktiviti kemahiran menulis mekanis ialah menulis bentuk yang mirip

kepada huruf tertentu dan menulis huruf daripada gambar. Selain itu, aktiviti seperti

menulis huruf mengikut bentuk daripada kad yang dilubangkan dan menulis huruf

atau perkataan yang ditulis mengikut titik-titik. Bukan itu sahaja, aktiviti menulis

26

jenis kemahiran menulis

kemahiran menulis mekanis

kemahiran menulis mentalis

Page 27: isi esymen

mekanis yang lain ialah menyalin perkataan atau frasa serta menyalin ayat daripada

buku.

ii. Kemahiran menulis mentalis

Kemahiran menulis mentalis merupakan kemahiran menulis untuk tujuan pelahiran.

Kemahiran ini dikuasai setelah murid menguasai kemahiran menulis mekanis.

Kemahiran menulis ini melibatkan operasi mental atau minda bagi menghasilkan

sesuatu yang dapat dibaca oleh orang lain. Ianya merangkumi latihan pernyataan

fikiran atau pendapat, pernyataan perasaan, pernyataan kehendak dan pendapat

individu. Antara aktiviti kemahiran menulis mentalis ialah menulis perkataan atau

frasa yang disebut oleh guru dan menulis frasa atau ayat yang bermakna

menggunakan perkataan yang diberikan. Selain itu, menulis dan menyusun

perkataan bagi membina ayat serta menulis ayat-ayat mudah. Bukan itu sahaja,

aktiviti kemahiran menulis mentalis termasuklah membuat latihan transformasi ayat

menggunakan senarai perkataan yang diberikan.

27

Page 28: isi esymen

4.0 FAKTOR- FAKTOR MENYEBABKAN MASALAH DALAM MERANCANG DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI KEMAHIRAN BERBAHASA

Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang wajar dikuasai oleh semua

pelajar di Malaysia. Hal ini kerana bahasa ini merupakan bahasa yang merentasi

kurikulum. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi kebanyakan mata pelajaran

dalam kurikulum di Malaysia contohnya dalam mata pelajaran Sejarah, Kemahiran

Hidup, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan sebagainya. Seharusnya, penguasaan

Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar perlu diberi perhatian. Dalam membantu murid

menguasai Bahasa Melayu, terdapat beberapa faktor yang dihadapi oleh guru dalam

merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa.

Antaranya ialah:

i. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang kurang menarik

Bahan Bantu Mengajar merupakan satu alat yang sangat berguna dalam melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) bahasa. Ini kerana dengan adanya BBM,

ianya akan dapat menarik minat murid untuk mengikuti P&P pada hari tersebut.

Walaupun begitu, pembelajaran yang bermakna akan terjadi jika BBM yang digunakan

juga menarik. Jika tidak, berkemungkinan guru tidak akan dapat mencapai objektif

pengajarannya. BBM yang menarik dapat merangsang minat pelajar untuk belajar.

Antara contoh BBM yang menarik ialah kad-kad bahasa yang berwarna-warni, kad-kad

bergambar, penggunaan LCD dan komputer riba untuk menayangkan slaid yang telah

dibuat dan boneka. Penggunaan bahan ini boleh menimbulkan perasaan seronok

kepada murid dalam aktiviti kemahiran berbahasa. Sebagai contohnya, dalam aktiviti

permainan bahasa yang melibatkan kemahiran membaca dan bertutur, guru boleh

menggunakan kad gambar bersiri yang menarik. Ini dapat menarik minat pelajar untuk

menyampaikan apa yang dilihat pada kad gambar tersebut. Justeru itu, seorang guru

seharusnya kreatif dalam menyediakan BBM.

28

Page 29: isi esymen

ii. Kaedah dan teknik yang tidak pelbagai

Dalam melaksanakan aktiviti berbahasa, kaedah dan teknik memainkan peranan

penting. Kaedah ialah peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba

dipraktikkan. Teknik pula ialah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik

darjah. Teknik yang sesuai memudahkan pencapaian sesuatu objektif

pengajaran. Oleh itu, sebagai seorang guru seharusnya mempelbagaikan kaedah dan

teknik pengajaran. Kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai akan dapat

mengelakkan murid berasa bosan. Ianya juga akan dapat meningkatkan penerimaan

pelajar tehadap pembelajaran yang diajar. Dalam pengajaran bahasa terdapat pelbagai

kaedah dan teknik yang boleh digunakan seperti kaedah semula jadi, kaedah oral-aural,

teknik bercerita, teknik main peranan, teknik sumbangsaran dan sebagainya. Sebagai

contohnya, dalam melatih murid bertutur, guru boleh memilih teknik bercerita. Ini

kerana murid-murid sekolah rendah kebanyakannya gemar bercerita. Selain itu, kanak-

kanak juga gemar bermain. Maka, guru boleh melaksanakan aktiviti permainan

bahasa. Walaupun pengajaran disampaikan dalam bentuk permainan, tetapi objektif

pengajaran dapat dicapai.

iii. Perbezaan individu

Perbezaan individu juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan

masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kemahiran berbahasa.

Dalam sebuah kelas, tidak semua murid mempunyai keupayaan yang sama.

Perbezaan ini juga mungkin disebabkan perbezaan gaya kognitif dan gaya

belajar serta perbezaan personaliti pelajar. Ada sesetengah murid yang

kurang fasih bertutur, sukar mengecam bunyi, masih tidak pandai menulis

dengan cara yang betul, tidak lancar membaca dan sebagainya. Masalah

inilah yang menjadi faktor bagi guru untuk merancang pengajaran harian

mereka. Kesannya, guru-guru tidak dapat menyediakan latihan yang

berbeza iaitu latihan untuk murid yang lemah dan latihan untuk murid yang

maju.

29

Page 30: isi esymen

iv. Keadaan persekitaran pembelajaran

Persekitaran pembelajaran juga menjadi punca aktiviti bahasa tidak dapat dilaksanakan

dengan jayanya. Antara masalah yang dihadapi ialah bilangan murid yang terlalu

ramai. Bilangan yang terlalu ramai inilah yang menyebabkan kelas menjadi terlalu

padat. Akibatnya, aktiviti yang melibatkan kemahiran lisan, kemahiran menulis dan

kemahiran membaca sukar dilaksanakan. Hal ini kerana jika terlalu ramai, aktiviti

bahasa sukar berjalan dengan lancar. Selain itu, keadaan bising juga mengganggu

proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sebagai contohnya, jika keadaan kelas

terganggu oleh bunyi bising, maka proses mendengar akan terjejas. Murid pasti tidak

akan dapat memahami apa yang didengarnya serta tidak dapat memproses maklumat

yang disampaikan.

v. Tugas guru

Jika dibandingkan tugas guru pada hari ini dengan guru pada masa dahulu, guru pada

hari ini lebih berat tugasnya. Guru hari ini perlu menghadiri banyak mesyuarat, kursus,

kegiatan kokurikulum di luar sekolah dan sebagainya. Kesibukan inilah menghalang

guru untuk merancang aktiviti yang boleh merangsang kemahiran berbahasa dalam

kalangan murid. Kesannya, kemahiran berbahasa murid tidak dapat ditingkatkan. Hal

ini kerana aktiviti dan bahan yang dirangka perlu dinilai kesesuaiannya sebelum

digunakan. Sebagai contohnya, jika seorang guru ingin mengadakan aktiviti menulis,

maka bahan yang ingin disediakan perlu sesuai dengan tahap umur murid kelas

tersebut. Oleh kerana guru terlalu sibuk dengan tugas yang lain, prestasi berbahasa

dalam kalangan pelajar juga tidak dapat dipantau dengan teliti. Keadaan inilah yang

menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran lisan , kemahiran membaca dan

kemahiran menulis dengan sebaiknya.

30

Page 31: isi esymen

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Tarikh : 23 Mac 2010

Masa : 60 minit

Kelas : Tahap 1 (Tahun 2 Bestari)

Bilangan murid : 36 orang

Mata pelajaran: Bahasa Melayu

Tajuk : Peristiwa Bercuti ke Kuala Lumpur

Model pengajaran : Lisan, Bacaan, dan Tulisan

Fokus utama:

8.2 (Aras 3)

i. Menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat

majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan

Fokus sampingan:

1.2 (Aras 1)

ii. Memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan.

5.2 (Aras 1)

i. Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan lancar.

31

Page 32: isi esymen

Ilmu : Bahasa Melayu, Kajian Tempatan

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat :

1. menyusun enam ayat berdasarkan susunan gambar yang diberi;

2. memberi tiga jawapan daripada lima soalan yang ditanyakan oleh guru tanpa

merujuk bahan bacaan;

3. membaca keseluruhan ayat dengan lancar dan sebutan yang betul;

4.membina perenggan pendek dalam lingkungan enam ayat berdasarkan gambar

yang diberi.

Pengisian kurikulum :

1. Ilmu

2. Nilai

3. Kemahiran Bernilai Tambah

4. Strategi

Sistem bahasa : Kosa kata, Peribahasa

Pengetahuan sedia ada :

1. Murid-murid pernah pergi melawat sesuatu tempat yang mempunyai

daya tarikan,

2. murid-murid boleh membaca dan menulis petikan mudah.

Alat bantu mengajar :

1. LCD

2. 6 keping gambar bersiri

3. Kad-kad ayat

32

Page 33: isi esymen

4. Gambar untuk tugasan

5. Roda Bahasa

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah Isi pelajaran Aktiviti CatatanGuru Murid

Set induksi(5 minit)

PercutianGuru menayangkan

video tentang

percutian.

Guru meminta murid

melihat video yang

ditayangkan dan

memberi respon

terhadap video

tersebut.

Murid-murid melihat

video yang

ditayangkan

dengan teliti.

Murid-murid

memberikan respon

terhadap video

tersebut.

Nilai :

Keberanian,

Kejujuran

Kemahiran

bahasa:

kemahiran

bertutur

KBKK

BBM: LCD

Langkah 1(10 minit)

Lawatan ke Kuala Lumpur

Guru mengedarkan

gambar bersiri dan

bahan bacaan serta

meminta murid

membacanya

secara senyap.

Murid-murid

menerima bahan

bacaan dan

membacanya

dengan senyap.

BBM: Kad

gambar

bersiri

BCB:

kemahiran

membaca

33

Page 34: isi esymen

Guru menyuruh

beberapa orang

murid membaca

bahan bacaan

secara lantang dan

meminta murid-

murid lain

mendengar bacaan

itu sambil

menyemak bahan

bacaan tersebut.

Beberapa orang

murid membaca

petikan itu secara

lantang.

skimming

Langkah 2(15 minit)

Latihan

menyusun

ayat

berdasarkan

susunan

gambar

Guru meminta

murid-murid

menyusun ayat

yang betul mengikut

susunan gambar.

Guru meminta

murid-murid

menampalkan

gambar bersiri di

dalam buku dan

menulis semula ayat

mengikut susunan

yang betul.

Murid menyusun

ayat yang betul

mengikut susunan

gambar yang diberi.

Murid

menampalkan

gambar di dalam

buku dan menulis

semula ayat

mengikut susunan

yang betul.

KBT:

Kemahiran

Berfikir

Nilai:

Berdikari

KP: verbal-

linguistik

Kemahiran

bahasa :

menulis

Langkah 3(15 minit)

Pengayaan/pemulihan

Guru meminta

murid-murid yang

sudah menyiapkan

Murid-murid yang

sudah menyiapkan

latihan pergi ke

34

Page 35: isi esymen

latihan tersebut ke

sudut pengayaan.

Guru meminta

mereka menyusun

perkataan-

perkataan supaya

menjadi ayat dan

murid yang dapat

membina banyak

ayat dalam masa

yang ditetapkan

dikira sebagai

pemenang.

Guru membantu

murid-murid dalam

kumpulan lemah

menyiapkan latihan.

sudut pengayaan.

Murid-murid

bermain dengan

kad-kad yang

disediakan.

Murid-murid yang

dalam kumpulan

lemah menyiapkan

latihan dengan

bantuan guru.

Langkah 4(10 minit)

TugasanPada akhir

pembelajaran, guru

memberi sekeping

gambar kepada

murid-murid dan

menerangkan cara

untuk menulis

karangan satu

Menerima gambar

yang diberi dan

mendengar arahan

serta penerangan

yang disampaikan

oleh guru.

35

Page 36: isi esymen

perenggan.

Guru meminta murid

menulis satu

perenggan pendek

berdasarkan

gambar yang diberi.

Murid menerima

arahan yang

diberikan guru dan

melaksanakan

tugasan yang

diterima.

Penutup(5 minit)

Guru menerangkan

bahawa perkataan-

perkataan perlu

disusun mengikut

urutan yang betul

untuk menjadikan

ayat yang tepat

Murid-murid

mendengar

penerangan guru

36

Page 37: isi esymen

6.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus

Berasaskan Ilmu(KKBI) Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104) ini dengan

jayanya. Tugasan ini telah diterima pada 9 Ogos 2010 dan perlu dihantar pada 23

September 2010. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu. Tugasan ini adalah

berpaksikan kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,

kemahiran membaca dan menulis. Melalui tugasan ini, saya dikehendaki memberikan

definisi dan konsep bagi kemahiran berbahasa, aspek-aspek penting berkaitan

kemahiran berbahasa dan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah dalam

merancang aktiviti kemahiran berbahasa. Selain itu, saya juga dikehendaki

menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang menggabungjalinkan

kemahiran tersebut.

Melalui tugasan ini, saya mendapat banyak maklumat yang berguna untuk

digunakan sebagai guru Bahasa Melayu pada masa akan datang. Saya juga dapat

memahami apa yang dimaksudkan dengan kemahiran berbahasa. Selain itu, saya

dapat belajar cara untuk menyediakan RPH yang menggabungjalinkan pelbagai

kemahiran berbahasa. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya tidak mengalami

sebarang masalah kerana buku-buku rujukan yang digunakan mempunyai banyak

maklumat yang berkaitan. Bahan-bahan yang diperoleh dari internet juga banyak

membantu. Saya juga turut mengadakan perbincangan dengan rakan sekuliah

mengenai tajuk tugasan ini.

Kesimpulannya, tugasan ini sangat bermakna kepada saya sebagai seorang

bakal guru Bahasa Melayu. Hal ini kerana, melalui tugasan ini dapat memberi

pengalaman dan ilmu pengetahuan baru kepada saya. Terima kasih yang tidak

37

Page 38: isi esymen

terhingga juga diucapkan kepada pensyarah BMM 3104 kami, En. Hegratul Al-Amin b.

Shahbudin kerana banyak mencurahkan ilmu dan membimbing saya melaksanakan

tugasan ini.

38