isi kandungan

38
PERSPEKTIF EUTHANASIA AGAMA ISLAM Dalam Islam euthanasia atau membunuh diri tidak dibenarkan sama sekali. Ini kerana manusia tidak mencipta dirinya sendiri, maka tubuh kita bukanlah hak milik mutlak kita sendiri. Didapati pandangan agama Islam ini sama seperti pandangan agama Kristian. Allah adalah pemilik dan pemberi kehidupan kepada manusia, maka dialah yang berhak memberi atau mengambil nyawa manusia. Membunuh diri dianggap sebagai satu jenayah dalam Islam dan ia adalah satu dosa besar. Beberapa bukti yang menyokong kenyataan diatas yang dipetik dari Al-Quran dan telah diterjemahkan: “Janganlah membunuh (atau merosakkan) diri kamu sendiri,seseungguhnya Allah telahpun maha belas kasihan keatas kamu”.Sabda Rasullullah SAW pula yang bermaksud:”Barangsiapa yang membunuh diri menggunakan alatan logam, akan hiduplah dia di dalam neraka selama-lamanya.Barangsiapa yang meminum racun untuk membunuh diri, akan meneguk racun neraka selama- lamanya di dalam neraka. Barangsiapa yang membunuh diri dengan terjun dari gunung, nescaya dia akan sentiasa terjun ke dalam neraka buat selama-lamanya”. Seseorang yang telah membuat ikrar sedang ia dalam keadaan waras bahawa dia tidak mahu di pasangkan alat ‘life supporting system’ kalau dia berada dalam keadaan

Upload: caleb-torres

Post on 31-Jul-2015

106 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isi Kandungan

PERSPEKTIF EUTHANASIA

AGAMA

ISLAM

Dalam Islam euthanasia atau membunuh diri tidak dibenarkan sama sekali.

Ini kerana manusia tidak mencipta dirinya sendiri, maka tubuh kita bukanlah hak milik

mutlak kita sendiri. Didapati pandangan agama Islam ini sama seperti pandangan agama

Kristian. Allah adalah pemilik dan pemberi kehidupan kepada manusia, maka dialah yang

berhak memberi atau mengambil nyawa manusia. Membunuh diri dianggap sebagai satu

jenayah dalam Islam dan ia adalah satu dosa besar. Beberapa bukti yang menyokong

kenyataan diatas yang dipetik dari Al-Quran dan telah diterjemahkan: “Janganlah

membunuh (atau merosakkan) diri kamu sendiri,seseungguhnya Allah telahpun maha

belas kasihan keatas kamu”.Sabda Rasullullah SAW pula yang bermaksud:”Barangsiapa

yang membunuh diri menggunakan alatan logam, akan hiduplah dia di dalam neraka

selama-lamanya.Barangsiapa yang meminum racun untuk membunuh diri, akan meneguk

racun neraka selama-lamanya di dalam neraka. Barangsiapa yang membunuh diri dengan

terjun dari gunung, nescaya dia akan sentiasa terjun ke dalam neraka buat selama-

lamanya”.

Seseorang yang telah membuat ikrar sedang ia dalam keadaan waras bahawa

dia tidak mahu di pasangkan alat ‘life supporting system’ kalau dia berada dalam keadaan

nazak (terminal ill) hukumnya adalah harus. Ini adalah kerana dia sanggup bersabar dan

lebih rela mati dlam keadaan tabie kerana berkeyakinan bahawa apabila sampai ajal

seseorang itu maka dia pasti mati.

Perkara ini dibenarkan kerana menurut pandangan majoriti ulamak Islam

hukum berubat itu tidaklah wajib walaupun Islam sangat menggalakkannya. Ini berpandukan

sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang menceritakan tentang seorang

hamba perempuan yang sakit dan meminta nabi SAW supaya mendoakannya.

Page 2: Isi Kandungan

Lalu Nabi SAW bersabda: “ Jika engkau mahu bersabar, maka ganjaran

untukmu adalah syurga ataupun engkau mahu aku doakan kepada Allah supaya kamu

disembuhkan” Maka jawab perempuan tersebut, “kalau begitu aku lebih suka bersabar”.

Tambahan pula alat ‘life supporting system’ yang dipasangkan itu adalah satu

ikhtiar rawatan digunakan untuk meneruskan fungsi organ di tubuh tetapi tidak memberi

kesan apa-apa pada keadaan sakit yang dideritai.

Kajian menurut Ahmad Tirmizi Taha ,Pensyarah FPIK UDM perspektif

Ethanasia ialah Pembunuhan Rahmah telah dikaji oleh para ulama’ dan jawatankuasa yang

bertanggungjawab berkenaan isu-isu terkini di beberapa buah negara Islam di Timur Tengah.

Secara rasminya, semua pihak bersetuju bahawa Islam mengharamkan Pembunuhan Rahmah.

Majlis Fatwa Kuwait ( fatwa bertarikh 13 Ogos 2001 ) telah mengeluarkan fatwa berikut

berkenaan hukum Pembunuhan Rahmah. Iaitu mematikan pesakit dengan apa cara sekalipun

adalah diharamkan oleh syara’. Orang yang melakukan perbuatan itu adalah dihukum

pembunuh secara sengaja. Nas-nas yang bersumberkan Al-Quran dan hadis nabi S.A.W

secara jelas mengharamkan membunuh jiwa dengan cara yang tidak sebenar.

Adapun pendapat yang menyebut Pembunuhan Rahmah adalah sama dengan

membunuh kuda yang mengalami penyakit yang tidak boleh dirawat lagi adalah pendapat

yang salah dan menjatuhkan kedudukan manusia sebagai makhluk yang mulia.

Berkenaan dengan pesakit yang enggan menerima rawatan penyakit yang boleh

membawa maut pula, dia tidaklah dihukum membunuh diri sendiri. Ini kerana kuasa

menyembuh itu adalah milik mutlak Allah Taala. Rawatan hanya sebagai ikhtiar yang

diizinkan sahaja bukannya penyembuh hakiki kepada sebarang penyakit.

Sehubungan itu, Dr Yusof Al Qardawi berpendapat euthanasia pasif adalah

dibolehkan. Keharusan itu adalah dengan syarat pakar-pakar perubatan bersepakat bahawa si

pesakit tersebut sudah tidak ada harapan lagi untuk sembuh.

Page 3: Isi Kandungan

KRISTIAN

Agama Kristian menyatakan bahawa nyawa adalah pemberian tuhan dan setiap

individu adalah khalifah di muka bumi-Nya. Tuhan meminjamkan sesuatu jasad itu kepada

manusia dan kemudiannya ditiupkan roh ke dalam jasadnya itu, lalu bermulalah

penghidupannya, maka hanya tuhan yang berhak menamatkan atau mengambilnya semula

nyawa. Pada pandangan agama Kristian euthanasia adalah seperti membunuh diri, sesiapa

yang membunuh diri itu dianggap telah melakukan dosa.

Pendapat lain mengatakan bawaha agama Kristian pada keseluruhannya, menentang

euthanasia dan sebarang perbuatan mengambil nyawa diri atau orang lain. Penganut Kristian

percaya bahawa semua manusia adalah pemberian Tuhan, dan adalah maha suci.

“In the image of God” – Genesis 1:26 (“Dalam imej Tuhan"). Euthanasia dan perbuatan

bunuh diri dikatakan ia menentang perintah Tuhan kerana bagi mereka, hanya Tuhan

mempunyai kuasa menentukan hidup-mati. "No man has power over the wind to contain it;

so no one has power over the day of his death." - Ecclesiastes 8:8 30("Tiada manusia

mempunyai kuasa lebih daripada angin; tiada sesiapa mempunyai kuasa terhadap hari

kematiannya.") Kitab-kitab ajaran Kristian tidak membincang tentang euthanasia. Walau

bagaimanapun, kebanyakan ajaran kitab-kitab Kristian mempunyai unsur-unsur yang

bertentangan dengan Euthanasia dan perbuatan bunuh diri. Kebanyakan petikan-petikan yang

dipetik daripada kitab Kristian memberi ajaran yang bertentangan dengan ideologi

euthanasia.

Walaupun kitab-kitab Kristian tidak membincangkan tentang Euthanasia, tetapi

sesetengah kitab mempunyai fakta-fakta yang berkaitan dengan perbuatan mengambil nyawa

sendiri. Contohnya dalam King Saul - 1 Samuel 31:3-5 31yang menceritakan tentang Raja

Saul. Dalam kitab, Raja Saul kalah dalam peperangan dan takut ditawan, beliau menyuruh

pembawa perisainya supaya membunuhnya tetapi pembawa perisainya enggan. Akhirnya,

Saul dan pembawa perisainya sama-sama membunuh diri. Satu lagi contoh adalah dalam

kitab “old testament”, terdapat satu kejadian bagi pembunuh diri, iaitu Judas Iscariot -

Matthew 27:3-5; Acts 1:1832. Judas Iscariot berasa amat kesal selepas mengkhianati Jesus

dan menggantung dirinya. Kitab-kitab mencatatkan kejadian-kejadian ini sebagai fakta untuk

memberi pengajaran. Dalam setiap kes ini, orang yang mengambil nyawa sendiri atau orang

lain biasanya didorong oleh watak kejam. Ini menunjukkan bahawa agama Kristian

menentang perbuatan mengambil nyawa sendiri atau orang lain seperti euthanasia.

Page 4: Isi Kandungan

Pada pandangan Kristian, euthanasia merupakan perbuatan mengambil nyawa

sendiri atau orang lain yang bertentangan dengan ajaran kitab- kitab Kristian. Satu petikan

dari kitab, “Thou shalt not kill” – Exodus 20:13 33 yang bermaksud jangan membunuh,

mengatakan jelas bahawa agama Kristian menentang sebarang perbuatan mengambil nyawa,

sama-ada membunuh diri atau orang lain. Pada pandangan Kristian, Euthanasia merupakan

perbuatan membunuh diri yang dianggap berdosa. Penganut-penganut Kristian percaya

bahawa nyawa adalah pemberian Tuhan dan setiap insan adalah bagai khalifahNYA, seperti

petikan “You yourselves are God's temple” - 1 Corinthians 3:16 ("Anda adalah kuil

Tuhan").Petikan-petikan seperti “The LORD gave and the LORD has taken away” - Job 1:21

("TUHAN memberi dan membawa pergi") dan “My times are in thy hand...” - Psalms 31:15

("Masa-masa saya adalah dalam kawalanNYA”)34 mengatakan bahawa hanya Tuhan yang

berhak menentukan kematian seseorang.“To every thing there is a season, and a time to

every purpose under the heaven: A time to be born, and a time to die; a time to plant, and a

time to pluck up that which isplanted” - Ecclesiastes 3:1-2 35 (“Setiap benda terdapat satu

musim, dan satu masa untuk setiap tujuannya di bawah syurga: Satu masa untuk dilahirkan,

dan satu masa mati; satu masa untuk tanam, dan satu masa untuk mencabut apa yang

ditanamkan")

Petikan di atas mengatakan bahawa kematian seseorang adalah takdir dan

ditentukan oleh Tuhan. Perbuatan yang mengubah hakikat hidup-mati dianggap sebagai

perbuatan berdosa. Agama Kristian menumpu kepada kepercayaan sepenuhnya kepada

Tuhan.Kebanyakan kes-kes euthanasia disebabkan oleh penderitaan melawan penyakit

kritikal atau koma. Kebanyakan orang yang menjalankan euthanasia adalah kerana ingin

melepaskan diri daripada kesengsaraan dan penderitaan yang alaminya, khususnya penyakit

kritical. Ajaran Kristian tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut, Sebaliknya, ajaran

Kristian mengatakan bahawa kita seharusnya mengatasi apa-apa yang terjadi. “Be not over

much wicked, neither be thou foolish: why shouldest thou die before thy time?” - Ecclesiastes

7:17 36(“Jangan menjadi kejam, mahupun menjadi bodoh: adakah patut kamu mati sebelum

masaNYA?") Walaupun dalam kitab Kristian tidak membincangkan Euthanasia secara

langsung, tetapi terdapat juga sesetengah petikan yang berhujah untuk Euthanasia secara

tidak langsung.

Page 5: Isi Kandungan

Walau Bagaimanapun, kebanyakan petikan lebih memihak kepada pembangkangan

Euthanasia. Salah satu petikan dari kitab yang dikatakan menyokong Euthanasia seperti di

bawah. "Love your neighbour as you love yourself" – Jesus.37("Cinta jiran anda seperti anda

mencintai sendiri" – Jesus). Seperti agama-agama lain, agama Kristian juga mementingkan

kasih sayang. Sesetengah orang berpendapat Euthanasia sebagai perbuatan daripada belas

kasihan dan kasih sayang. Secara keseluruhannya, dalam perspektif agama Kristian,

euthanasia adalah dilarangkan kerana sebarang tindakan yang mengambil nyawa

dianggapkan berdosa.

BUDDHA

Isu euthanasia merupakan isu serius yang sering dibicarakan oleh kalangan

masyarakat, sama ada para doktor, para ahli hukum, ataupun para ulama. Walaupun terdapat

sekelompok yang bersetuju, namun kebanyakan tidak setuju. Masalah euthanasia ini tidak

luput pula dari perhatian umat Buddha. Mereka berusaha menyelesaikan masalah ini, tetapi

setentunya dengan berpedoman kepada pengajaran Sang Buddha. Euthanasia, iaitu perbuatan

mempercepat kematian seseorang secara tidak alamiah, sama ada dengan menggunakan ubat

penenang atau menghentikan terapi yang boleh memanjangkan tempoh hidup pesakit,

merupakan pelanggaran terhadap sila ajaran Buddha. “Kami harus menjauhi pembunuhan,

tidak mencuri, tidak berzina, tidak berbohong, tidak minum arak, dan bersifat tidak ingin

melakukan semua perbuatan tersebut. Lima sila ini merupakan perintah yang patut dipatuhi

semasa berada di dalam rumah.” (Samyuktagama Sutra, topik 33)

Dalam ajaran Buddha, terdapat lima dasar kemoralan (sila) yang diutamakan oleh

Sang Buddha dan setiap orang didorong untuk mematuhinya, bagi kesejahteraan mereka

sendiri dan melahirkan keperibadian yang sempurna. Lima sila termasuklah menghindari

pembunuhan, menghindari pengambilan sesuatu yang tidak diberikan, menghindari perbuatan

berzina, menghindari perkataan bohong dan menghindari minuman keras. Dalam sila

“Menghindari pembunuhan” bermaksud tidak menganiayai atau meragut nyawa makhluk

hidupan, termasuk nyawa sendiri (bunuh diri) secara sengaja. Nyawa merupakan hal yang

paling berharga bagi setiap makhluk hidup, terutamanya nyawa manusia. Seseorang akan

Page 6: Isi Kandungan

berasa ketakutan yang terbesar apabila hidupnya dalam bahaya atau ancaman. Sang Buddha

menekankan ajaran ini supaya melahirkan sifat belas kasihan di kalangan penganut.

Walaupun kebanyakan kes euthanasia dilakukan dengan alasan kasih sayang, atau tidak

senang melihat keadaan orang yang sedang menderita atas kesakitannya, tetapi perlaksanaan

euthanasia merupakan suatu cara yang tidak tepat.

Seseorang yang memang memiliki kasih sayang tidak mungkin akan melakukan

perbuatan mengakhiri hidup seseorang kerana dia menyedari bahawa hidup merupakan

milikan yang paling berharga bagi setiap makhluk. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh

dan tanpa berputus asa untuk menghilangkan penderitaan orang lain dengan cara yang lebih

tepat dan benar. “Jika kamu sengaja melakukan sesuatu perbuatan, kamu tentu mendapat

balasan, sama ada yang baik atau yang buruk; jika kamu tidak sengaja melakukan sesuatu

perbuatan, kamu tidak akan mendapat balasan.” (Madhyamagama Sutra, topik 5)

" Sesuai dengan benih yang ditanam, itulah buah yang akan anda peroleh. Pelaku kebaikan

akan mengumpulkan kebaikan Pelaku keburukan, memperoleh keburukan. Jika anda

menanamkan benih yang baik, maka anda menikmati buah yang baik." (Samyutta Nikaya I,

227) Sang Buddha amat mementingkan konsep karma. Beliau mempercayai bahawa semua

perbuatan yang dilakukan oleh setiap makhluk tentu meninggalkan kesan. Perbuatan yang

baik meninggalkan kesan baik dan perbuatan yang jahat meninggalkan kesan buruk. Sang

Buddha pernah mengatakan bahawa dalam kelahiran yang baru, setiap makhluk akan

menerima akibat-akibat karma yang belum berbuah dalam kehidupan dahulu dan pusingan

kelahiran akan berterusan sehingga hasil perbuatannya, sama ada yang baik atau buruk, habis

diselesaikan. Dengan demikian, jika akibat karma itu belum diterimanya dalam kehidupan

sekarang ini, maka dia akan menerimanya pada kelahiran yang berikutnya.

“Kehidupan sekarang menunjukkan perbuatan yang dibuat sebelum kelahiran semasa;

perbuatan sekarang menentukan kehidupan pada kelahiran yang akan datang.” (Karma

Sutra) Dalam kepercayaan Buddha, euthanasia merupakan tindakan jahat dan perbuatan ini

akan mendatangkan karma yang negatif kepada sesiapa yang terlibat dalam tindakan

euthanasia tersebut, termasuk pesakit sendiri dan orang yang melaksanakannya. Oleh itu,

perbuatan euthanasia bukan sesuatu perbuatan yang boleh menghilangkan penderitaan

pesakit, malah ia akan membawa karma yang negatif kepada pesakit and juga orang yang

melaksanakannya. Walaupun pesakit bebas daripada penderitaan selepas meninggal dunia,

Page 7: Isi Kandungan

tetapi karma yang negatif akibat membunuh diri akan dibawa ke kelahiran yang seterusnya.

Ini merupakan penderitaan yang baru dan tidak kehabisan. Oleh sebab itu, kita hendaklah

membiarkan pesakit itu melunasi karma buruknya pada kehidupan sekarang, sehingga akibat

karma buruk yang berupa penderitaan itu tidak akan diterimanya lagi pada kehidupan yang

akan datang. Bagi orang yang melaksanakan euthanasia atau bersetuju dengan perlaksanaan

euthanasia, perbuatan atau fikiran mereka yang mendorong pembunuhan dan menyebabkan

kehilangan nyawa orang lain juga melanggar sila yang pertama, akan menyebabkan

seseorang itu menerima karma yang negatif tidak kira dalam kehidupan sekarang ataupun

kelahiran pada masa depan. “Ketika fikiranku yang terkondensasi telah demikian

termurnikan, terang, bebas dari ketidaksempurnaan, mantap dan mencapai keadaan yang

tidak terganggu, aku mengarahkannya pada pengetahuan tentang hancurnya noda-noda

(tiga akar kejahatan iaitu: ketamatan, kebencian, dan ketidaktahuan atau kebodohan).

Secara langsung aku mengetahui sebagaimana adanya: ‘Inilah penderitaan’, ‘Inilah asal

mula penderitaan’, ‘Inilah berhentinya penderitaan’, ‘Inilah jalan menuju berhentinya

penderitaan’.” (Majjhima Nikaya, 4.31)

Sang Buddha mengemukakan konsep Empat Kebenaran Mulia apabila dia mendapat

jawapan terhadap penderitaan yang ditemui oleh orang ramai. Dalam konsep Empat

Kebenaran Mulia ini menyatakan bahawa ada penderitaan, ada sebab dari penderitaan, ada

akhir dari penderitaan, dan ada jalan untuk mengakhiri penderitaan iaitu Jalan Mulia

Berunsur Delapan. Konsep ini mengajar penganutnya supaya berfikiran secara logik.

Seseorang harus memahami suatu masalah dan menganalisis masalah tersebut, menyedari

dan menemukan penyebab masalah tersebut, mengetahui bahawa masalah dapat diatasi dan

mencari cara penyelesaiannya, dan menemukan cara mengatasi masalah tersebut serta

menjalankan caranya. Sang Buddha juga menyatakan bahawa seseorang akan mencapai

kebahagiaan sejati jika berkelakuan berdasarkan konsep Jalan Mulia Berunsur Delapan. Jalan

Mulia Berunsur Delapan menyatakan bahawa seseorang harus mempunyai pandangan benar,

fikiran atau niat benar, ucapan benar, perbuatan benar, penghidupan benar, upaya benar,

perhatian benar, dan kesedaran benar. Apabila sesuatu perbuatan yang dilakukan adalah baik,

inibermakna fikirannya baik. Fikirannya benar (positif) disebabkan pandangannya benar.

Page 8: Isi Kandungan

Oleh yang demikian, pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara merupakan asas

yang paling penting dalam cara pengurusannya. Oleh itu, pandangan orang ramai terhadap

euthanasia adalah amat penting apabila mereka berdepan dengannya. Sebagai kesimpulan,

boleh dikatakan bahawa agama Buddha tidak bersetuju dengan perlaksanaan euthanasia tidak

kira perlaksanaan ini telah disetujui oleh pesakit atau tidak.Agama Buddha amat

mementingkan karma dan melarang penganutnya terlibat dalam pembunuhan segala hidupan.

HINDU

Pandangan agama Hindu terhadap euthanasia adalah berdasarkan ajaran karma,

moksha dan ahimsa. Karma: Hindus meyakini penjelmaan bagi jiwa (atau Atman) melalui

banyak nyawa, bukan semestinya semua manusia. Matlamat akhir hidup adalah bagi

mencapai moksha, iaitu pembebasan daripada kitaran kematian dan kelahiran semula.Bunuh

diri adalah suatu perbuatan yang dilarang di dalam ajaran Hindu dengan fikiran bahawa

perbuatan tersebut dapat dijadikan suatu faktor yang mengganggu sistem semula jadi

reinkarnasi seterusnya menghasilkan “karma” buruk. Kehidupan manusia merupakan suatu

kesempatan yang sangat berharga untuk meraihkan tingkat yang lebih baik dalam kehidupan

kembali. Berdasarkan kepercayaan umat Hindu, apabila seseorang membunuh diri, maka

rohnya tidak akan masuk neraka ataupun syurga melainkan berada di dunia manusia sebagai

roh jahat dan berkeliaran tanpa tujuan sehingga ia mencapai masa di mana ia seharusnya

menjalani kehidupan yang baru. (Catatan: Misalnya seseorang membunuh diri semasa

berumur 17 tahun dan seharusnya diaditakdirkan hidup hingga 60 tahun maka selama 43

tahun rohnya berkeliaran tanpa arah tujuan, setelah tamat tempoh itu maka rohnya masuk ke

neraka menerima hukuman lebih berat dan akhirnya ia akan kembali ke dunia dalam

kehidupan kembali (reinkarnasi. Dalam agama Hindu ada menyatakan bahawa melarang

mengambil nyawa orang lain atas dasar alasan apapun dalam konsep Hidup, ada beberapa

nilai ajaran yang relevan diantaranya adalah ajaran Ahimsa, Tat Twan Asi dan Karmaphala.

Ahimsa

Ahimsa merupakan kepercayaan bahawa terdapat jiwa dalam setiap makhluk hidup.

Dalam ajaran Hinduisme, jiwa yang terdapat dalam makhluk hidup merupakan insan yang

Page 9: Isi Kandungan

berasal dari Tuhan dan disebut Atman. Jiwatma bersifat abadi, namun ia akan dipengaruhi

oleh badan manusia yang bersifat maya, maka Jiwatma tidak mengetahui asalnya yang

sesungguhnya. Perbuatan yang melawan Ahimsa disebut “Himsa karma” seperti membunuh,

meyakiti, dan menyeksa tanpa alasan yang dibenarkan di dalam kitab-kitab suci. Apabila

perbuatan itu semata-mata demi kepuasan peribadi dan tampa perasaan, apa lagi itu

dilakukan secara berencana dan penuh dengan kesedaran dalam ertian lebih dalam untuk

mengakhiri penderitaan seseorang tetap merupakan perbuatan "Himsa Karma".

Tattwam Asi

Tattwam Asi adalah merupakan ajaran sosial tanpa batas.

“Saya adalah kamu dan kamu adalah saya, dan segala makhluk adalah sama seperti

menolong orang lain bererti menolong diri sendiri dan menyakiti orang lain bererti juga

menyakiti diri sendiri”

“Antara saya dan kamu sesungguhnya bersaudara, hakikat atman yang menjadiknya hidup

diantara saya dan kamu berasal dari satu sumber iaitu Tuhan, Atman yang menghidupkan

tubuh makhluk hidup yang merupakan percikan terkecil dari Tuhan. ”

Jadi sesungguhnya filsafah tatwam asi ini mengandung makna yang sangat dalam.

Tattwam Asi mengajar agar kita bahawa sentiasa mengasihi orang lain atau menyayangi

makhluk lain dan janganlah sekali-kala menyakiti hati orang lain. Apabila dihayati dan

diamalkan dengan baik, maka akan terwujud suatu keharmonian hidup (kerukunan hidup).

Karmaphala

Agama Hindu mengenalkan hukum sebab-akibat yang disebut dan menjadikan salah

satu keyakinan dasar. Dalam ajaran Karmaphala, setiap perbuatan manusia pasti

membuahkan hasil, baik atau buruk. Ajaran Karmaphala adalah berkaitan dengan keyakinan

tentang reinkarnasi, karena dalam ajaran Karmaphala, keadaan manusia (baik suka mahupun

duka) disebabkan oleh hasil perbuatan manusia itu sendiri. Dalam ajaran tersebut, biasanya

dikatakan bahawa manusia menentukan nasib pada masa yang akan datang, sementara Tuhan

yang menentukan berapa hasil yang akan diberi.Perbuatan bunuh diri umumnya dilarang

dalam agama Hindu, di atas dasar menganggu masa kitaran kematian dan kelahiran semula

dan menghasilkan karma yang teruk.Perbuatan bunuh diri adalah tidak diluluskan dalam

Page 10: Isi Kandungan

Hinduisme kerana kehidupan manusia adalah satu peluang yang berharga untuk membantu

negara mencapai tahap yang lebih tinggi. Menurut kitab Yajnavalkya bahagian 1:116,

Satu lelaki menguasai, menghormati dan boleh meneruskan kehidupannya melalui

pendidikan dia, tindakan keagamaan, umur, sahabat handai dan kekayaan. Tiada

sesiapa yang berhak untuk merampas hak dia. Menurut kitab “Brihadaranyaka Upanishad”,

“Rakyat mesti dijaga sehingga mereka mati. Walaupun Hindus tidak mempunyai

bantahan tentang meneruskan hidup dengan sokongan mesin-mesin, kematian

merupakan satu pintu kepada kelahiran semula yang akan datang.”. Hindus mempercayai

bahawa semua hidup adalah suci dan mereka tidak bersetuju dengan euthanasia. Prinsip-

prinsip bagi Ahimsa (penghormatan untuk hidup) memberitahu bahawa ia adalah sentiasa

dipertimbangkan kesilapan untuk menerima hidup walaupun seseorang mengalami sakit atau

dalam kesakitan. Penderitaan dianggap sebagai hasil Karma yang kurang baik (tindakan-

tindakan, dan akibat-akibat bagi tindakan-tindakan). Penderitaan perlu ditanggung bagi

menghalang kewujudan karma buruk yang akan dibawa ke hidupan lain. Seterusnya adalah

sedikit pandangan daripada ketua-ketua agama hindu dari seluruh dunia. Swami

Omkarananda dari Bandarikashrama, Fremont, California“Eutanasia adalah satu persoalan

yang sukar. saya tidak akan meminta untuk ia. Tuhan telah memberi, membiarkan Tuhan

mengambil, sama ada ia adalah betul untuk seorang doktor melakukan ia, saya tidak

mempunyai sebarang ulasan. Hidup sokongan mesin-mesin adalah satu isu moral yang

besar. Ia adalah satu kekesalan kepada kehidupan manusia. Jika kita tercipta jentera untuk

menyimpan orang hidup, kemudian kita terpaksa mengguna mereka."Unplugging" mereka

adalah satu soalan yang sukar. Setiap satu hidup adalah tanggungjawab sendirinya, beliau

perlu membuat keputusan. ”

Swami Bhasyananda dari Vivekananda Vedanta Society, Chicago, Illinois

“Hidup telah disedarkan dunia oleh Tuhan, dan kehidupan ini sepatutnya pergi,

tetapi bukan secara buatan manusia. Kita harus cuba meminimumkan penderitaan. Selain

ini, tidak perlu majalankan kaedah ini. Hidup tidak berakhir selepas kematian badan.

penjelmaan yang akan datang.penjelasan lebih dalam adalah dalam perkataan Sanskrit

mumia.”

Swami Saraswati Rajarajeshwari Peedam, dari Pennsylvania

Page 11: Isi Kandungan

“Di India, jika seorang wali hendak keluar dari badan, beliau harus memilih satu

masa untuk meninggalkan badannya. Saya tidak mempercayai buatan cara [eutanasia]

kerana kaedah ini menyebabkan tiada peluang untuk perkembangan rohaniah. Para doktor

Hindu perlu mendidik diri mereka dalam hukum spiritual dan panduan. Mereka harus

menasihat pesakit supaya tidak menerima suntikan maut. Terdapat satu pengecualian dalam

larangan Hindu. Perbuatan bunuh diri adalah amalan prayopavesa, atau puasa untuk

kematian. Prayopavesa dianggap sebagai berlainan dengan kaedah bunuh diri kerana ia

adalah semula jadi dan tanpa sebarang kekerasan. ia hanya digunakan apabila ia adalah

masa sesuai untuk menamatkan hidup, iaitu apabila badan telah sajikan tujuannya dan

menjadi satu beban; Prayopavesa adalah satu proses berperingkat, memberi cukup masa

untuk pesakit menyediakan dirinya dan saudara di sekelilingnya untuk kematiannya;

manakala euthanasia selalu dikaitkan dengan perasaan bagi kekecewaan, kemelesetan, atau

kemarahan, prayopavesa dikaitkan dengan perasaan bagi ketenangan.”

Terdapat Undang-undang Hindu yang menetapkan syarat-syarat prayopavesa:

1) keputusan adalah diisytiharkan secara terbuka

2) tindakan mesti dilakukan di bawah pengaturan komuniti

Satguru Sivaya Subramuniyaswami, seorang pemimpin Hindu yang lahir di California,

mangakhiri kehidupan sendirinya sebelum prayopavesa pada bulan November 2001. Setelah

mendapati bahawa beliau telah tidak dapat dirawat daripada kanser usus .Satguru tercenung

untuk berhari-hari dan kemudiannya mengumumkan bahawa beliau hanya akan menerima

rawatan penahan sakit dan akan menjalankan prayopavesa – iaitu hanya meminum air tanpa

sebarang makanan. Beliau telah mati pada hari yang ke-32.57

Melalui ajaran dan amalan ini, secara keseluruhannya agama hindu tidak semestinya

bantah atau melarang kaedah bunuh diri, manakala ia juga setuju untuk mejalani

prayopavesabagi mengakhiri nyawa dengan syarat tertentu yang dianggap secara semula jadi.

Page 12: Isi Kandungan

KESIMPULAN

Isu euthanasia diutarakan sejak zaman purba dan isu ini telah dibalahkan sehingga

masa kini. Sebahagian menyokong perlaksanaan euthanasia melalui karya-karya sendiri dan

penubuhan persatuan seperti Voluntary Euthanasia Society (VES) tetapi sebahagian juga

membantah perlaksanaan euthanasia melalui penggubalan undang-undang seperti English

Common Law dan Death with Dignity Act di negeri Oregon, Amerika Syarikat. Selain itu,

pihak agama seperti gereja Katolik juga menyuarakan suara bantahan terhadap idea

euthanasia. Ini membuktikan bahawa isu euthanasia tidak dapat diterima oleh semua lapisan

masyarakat dan tindakan ini dianggap sebagai pembunuhan, walaupun tujuannya adalah

untuk menamatkan hidup pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan yang kritikal.

Pelbagai kaedah dilaksanakan bagi tujuan euthanasia dan kaedah-kaedah ini

dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Kaedah secara langsung, iaitu euthanasia aktif

melibatkan penyuntikan dadah dan penggunaan “pil aman”. Kaedah secara tidak langsung,

iaitu euthanasia pasif yang melibatkan proses seperti penyekatan bekalan makanan dan

minuman, perubatan dan alat penyokongan hidup dilaksanakan supaya pesakit meninggal

dunia secara semula jadi. Kes-kes euthanasia yang berlaku di seluruh dunia telah

menggunakan kedua-dua kaedah untuk melaksanakan euthanasia ke atas pesakit. Kes-kes

yang hangat seperti Kes Dr. Nigel Cox di United Kingdom dan Kes Karen Ann Quinlan di

Amerika Syarikat telah membangkitkan suara sebahagian lapisan masyarakat yang

menunjukkan kewajaran untuk melaksanakan euthanasia.

Secara keseluruhannya, dalam ketiga-tiga agama yang dibincangkan, iaitu agama

Kristian, agama Islam dan agama Buddha tidak menyokong idea euthanasia, manakala agama

Hindu mempunyai satu pengecualian yang digelar Prayopavesa yang dianggap kematian

tenang yang berlaku secara semula jadi. Agama Kristian tidak membantah idea euthanasia

secara langsung tetapi ajaran agama Kristian melarang perbuatan pembunuhan untuk diri

sendiri atau orang lain. Tambahan pula, kitab Bible menyatakan bahawa kehidupan seseorang

adalah diberi Tuhan dan hanya Tuhan yang boleh menentukan hidup mati seseorang. Seperti

agama Kristian, agama Islam juga tidak menyokong idea euthanasia kerana tindakan ini

dianggap sebagai dosa besar. Ajaran agama Islam percaya bahawa kehidupan seseorang

Page 13: Isi Kandungan

adalah ditentukan oleh Allah dan manusia dilarang membunuh diri walaupun seseorang

berada dalam keadaan yang seksa dan tenat. Dari pandangan Islam, manusia seharusnya

bersabar semasa menghadapi penderitaan dan keseksaan.

Manakala dari sudut pandangan agama Buddha, tindakan euthanasia adalah

bertentangan dengan salah satu tujuan lima sila, iaitu menghidari pembunuhan. Dalam agama

Buddha, tindakan euthanasia merupakan tindakan yang jahat dan membawa kesan buruk.

Berdasarkan konsep karma, perlaksanaan euthanasia membawa karma yang negatif ke

kelahiran seterusnya. Seseorang yang mengalami penderitaan dan keseksaan seharusnya

mengamalkan konsep Jalan Mulia Berunsur Delapan dan konsep Empat Kebenaran Mulia

untuk menghadapi cabaran hidup agar masalah dapat diselesaikan. Oleh itu, agama Buddha

juga membantah idea euthanasia. Melalui ajaran karma, moksha, ahimsa dan Karmaphala

dalam agama Hindu, penganut agama Hindu dilarang untuk melakukan euthanasia kerana

mereka percaya bahawa nyawa adalah suci dan tindakan euthanasia akan membawa karma

yang buruk kepada kelahiran seterusnya. Dalam pandangan agama Hindu, tindakan

euthanasia juga akan mengganggu keseimbangan sistem semula jadi dengan kewujudan roh

jahat. Pengecualian Prayopavesa dalam agama Hindu menunjukkan bahawa agama Hindu

tidak semestinya akan membantah idea euthanasia tetapi idea ini akan digunakan dengan

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dalam kes euthanasia yang dibincangkan, kumpulan kami menekankan bahawa

perlaksanaan euthanasia ke atas isteri yang sakit tenat dengan persetujuan suami adalah

tindakan yang tidak wajar. Walaupun mengalami pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian,

suaminya seharusnya menghadapi situasi dengan pemikiran positif melalui ajaran agama.

Dengan pemikiran yang sihat, masalah seperti kos perubatan dan kos kehidupan untuk suami

dapat diselesaikan tanpa melaksanakan euthanasia ke atas isterinya.

Page 14: Isi Kandungan

JENIS-JENIS EUTHANASIA

Terdapat beberapa jenis Ethunasia. Antaranya ialah Euthanasia aktif. Ia

merupakan satu cara mempercepatkan kematian seseorang dengan tindakan secara langsung

seperti menyuntik ubatan tertentu yang boleh membawa maut dengan segera. Suntikan di

berikan kepada pesakit apabila pesakit sudah kelihatan parah ataupun sudah sampai ke

peringkat akhir yang mungkin dalam pengiraan konteks perubatan tidak mungkin sembuh

atau bertahan lama. Alasan yang sering diberikan doktor adalah rawatan yang diberikan

hanya akan memanjangkan lagi penderitaan pesakit serta tidak akan mengurangkan sakit

yang memang sudah parah.

Selain itu, Euthanasia pasif iaitu mempercepatkan kematian seseorang secara

tidak langsung seperti dengan cara menghentikan bekalan makanan, air, ubatan atau

prosedur-prosedur yang perlu bagi meneruskan hidup pesakit. Pesakit dibiarkan tanpa

sebarang rawatan sehingga mati disebabkan penyakit yang dialaminya. Ada pendapat

mengatakan Ethunasia pasif adalah tindakan doktor menghentikan rawatan pesakit yang

menderita sakit kuat, yang secara perubatan sudah tidak mungkin lagi dapat disembuhkan.

Penghentian rawatan ini bererti mempercepat kematian pesakit. Alasan yang lazim

dikemukakan doktor adalah kerana keadaan pesakit yang terbatas, sementara dana yang

dibutuhkan untuk rawatan sangat tinggi, sedangkan fungsi rawatan menurut perhitungan

doktor sudah tidak efektif lagi. Terdapat tindakan lain yang bisa digolongkan euthanasia

pasif, iaitu tindakan doktor menghentikan rawatan terhadap pesakit yang menurut penelitian

masih mungkin sembuh. Alasan yang dikemukakan doktor umumnya adalah

ketidakmampuan pesakit dari segi ekonomi, yang tidak mampu lagi membiayai kos rawatan

yang sangat tinggi.

Page 15: Isi Kandungan

Kemudian, Euthanasia secara sukarela(voluntary) ianya dilakukan apabila

seseorang yang dipercepatkan kematiannya berdasarkan permintaannya sama ada secara lisan

atau bertulis. Pendapat lain mengatakan Voluntary Euthanasia (Euthanasia Sukarela) terjadi

atas permintaansendiri pesakit meminta kepada doktor untuk menghentikan rawatan yang

memanjangkan hidupnya tanpa adanya kemungkinan sembuh. Pada keadaan itu pesakit

hanya boleh hidup dengan pertolongan alat-alat kehidupan muktahkir. Jadi kebergantungan

pesakit pada alat tersebut, dengan kata lain jika alat tersebut dilepaskan pesakit akan

meninggal.

Seterusnya Non-voluntary euthanasia yang apabila seseorang yang dipercepatkan

kematiannya tidak membuat sebarang permintaan atau wasiat supaya dipercepatkan

kematiannya. Juga merujuk kepada proses mempercepatkan kematian pesakit yang berada

dalam keadaan tidak sedar, koma atau tidak mampu memberikan reaksi yang dapat difahami.

Dalam kes ini, biasanya ahli keluarga si pesakit yang membuat permohonan supaya

dipercepatkan kematian. Juga ada pendapat mengatakan, orang yang tidak boleh membuat

keputusan atau tidak boleh membuat kehendak mereka yang diketahui ini termasuk kes-kes di

mana orang yang berada dalam keadaan koma, orang yang terlalu muda (contohnya bayi

yang sangat muda), orang itu adalah nyanyuk, orang yang terencat akal sehingga ke tahap

yang sangat teruk, orang yang teruk otak rosak, orang yang mental terganggu dalam apa-apa

cara yang mereka perlu dilindungi daripada diri mereka sendiri.

Akhir sekali, Involuntary euthanasia di mana apabila seseorang yang dibunuh telah

meminta supaya dia tidak dipercepatkan kematiannya. Ada pendapat mengatakan istilah ini

digunakan untuk menerangkan pembunuhan seseorang yang tidak meminta bantuan dengan

jelas dan nyata dalam kematiannya. Kes ini selalu berlaku kepada pesakit yang berada dalam

keadaan koma (Persistent Vegetative State) yang mungkin tidak akan pulih

Page 16: Isi Kandungan

PENGHARGAANAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pertama sekali, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat

kami menyiapkan tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami.

Alhamdulillah segala penat usaha kami selama beberapa bulan untuk mencari maklumat dan

fakta bekaitan dengan tajuk “Ethunasia Dalam Perubatan” membuahkan hasil yang terbaik

dapat kami persembahkan. Gabungan idea-idea menarik serta bantuan rujukan daripada

buku-buku banyak memudahkan kerja kami.

Seharusnya limpahan pujian dan kalungan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami

ingin lontarkan kepada pensyarah subjek ETIKA PROFESIONAL ini iaitu Encik Yazid bin

Jaafar atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah Encik Yazid berikan kepada kami

dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar dan garis panduan daripada tuan

semestinya tidak akan terbitnya senaskhah tugasan ini daripada kami. Terima kasih juga atas

toleransi dan tempoh masa yang agak lama yang Encik Yazid berikan untuk kami

mencurahkan segala idea-idea kami dan memberikan yang terbaik untuk tugasan ini. Terima

kasih yang tidak terhingga daripada kami.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing menjadi prinsip asas ahli kumpulan kami bagi

menjayakan tugasan ini. Hal ini sejajar dengan usaha padu dan kredibiliti yang ditonjolkan

oleh ahli kumpulan sepanjang perbincangan dan proses menyiapkan tugasan ini. Komitmen

dominan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan menjadi peranti semangat ahli yang lain

dalam menyiapkan dan memberikan sedaya kami yang total dalam mempersembahkan hasil

keringat selama tempoh masa yang diberikan. Gugusan ucapan terima kasih kepada semua

ahli kumpulan atas kerjasama yang anda berikan dalam tugasan ini.

Sebagai akhirul kalam, sungguh tidak manis dipandang mata, tidak sedap didengar

telinga andai tiada layangan ucapan terima kasih kepada budiman-budiman yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan idea untuk menyiapkan tugasan

ini. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, jelas sekali menggambarkan

betapa orang Melayu ini penuh dengan tatasusila, adab yang terpuji dan budi bahasa yang

tinggi sejak berzaman dan perlulah sering dipraktikkan agar laungan Hang Jebat ‘Takkan

Melayu hilang di dunia’ menjadi pegangan belia generasi turun temurun. Sekian.

Page 17: Isi Kandungan

SEJARAH EUTHANASIA

Sejarah Euthanasia bermula kira-kira 400 B.C melalui Sumpah Hippokratik oleh ahli

perubatan Greek,Hippocrates (bapa perubatan) “Saya tidak akan memberi ubat yang

menyebabkan kematian kepada ssiapa pun jika diminta mahupun dicadangan”.Engish

Common Law Abad ke-14-20 (Petikan ini adalah daripada Mahkamah Agong Amerika

berkuatkuasa dalam tahun 1997 di Washington V. Glucksberg dan pendapat ini ditulis oleh

ketua Haim Rehnaquist) .

“Lebih spesifik, melebihi 700 tahun, undang-undang Umum Anglo Amerika tidak

membenarkan kedua-dua bunuh diri dan pembunuhan diri dengan bantuan”.

182-Badan Berkuasa Undang-undang Amerika dengan nyata dan jelas

mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan. (Petikan adalah daripada Mahkamah

Agung Amerika berkuatkuasa pada tahun 1997, Washington V. Gluckberg-Pendapat ini

ditulis oleh Ketua Hakim Rehnquuist).

Badan berkuasa undang-undang Amerika awal-awal dengan nyata dan jelas

mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan dilakukan. Ia digubal di New York pada 10

Disember 1828. Banyak Negara yang menjadikan New York sebagai contoh. Di antara tahun

1857 dan 1865 satu Suruhanjaya New York yang diketuai oleh Dudley Field telah merangka

satu kod jenayah yang mencegah pembunuhan diri dengan bantuan terutamanya

membekalkan kepada individu tertentu dengan sebarang peralatan yang boleh menyebabkan

kematian atau dadah yang beracun, sedangkan mengetahui individu itu berniat untuk

membunuh diri dengan menggunakan peralatan atau dadah tersebut.

Amerika abad ke-20(Petikan ini adalah daripada Mahkamah Agung Amerika

berkuatkuasa dalam tahun 1997 di Washington V. Glucksberg dan pendapat ini ditulis oleh

Ketua Hakim Rehnquist).

Bagaimanapun dengan asas yang mendalam, Amerika menghalang pembunuhan

diri dengan bantuan seseorang doktor setelah beberapa tahun menyelidik dan

mengesahkannya.Kerana kemajuan dalam bidang perubatan dan teknologi, Amerika pada

hari ini mula membenarkan kematian di sebarang istitusi perubatan berbanding dengan di

rumah yang diakiakan oleh penyakit kronik.

1920-Buku” Permitting the Destructin of life not worthy of life” telah

diterbitkan.Pengarang buku ini adalah Alfred Hoche, M.D, seorang professor psikiatrik di

Page 18: Isi Kandungan

Universiti of Freiburg dan Karl Binding, juga merupakan seorang professor udang-undang

daripada Universiti of Lepzig, membantah pesakit yang menerima bantuan kematian dengan

alasan mereka sepatutnya diletakkan dibawah keadaan pengawalan yang sangat cermat lebih

daripada seorang psikiatrik. Buku ini membantu memberi sokongan euthanasia. Buku ini

membant memberi sokongan euthanasia Involuntary kepada Nazi German.

Pada tahun 1935-Persatuan Euthanasia England dibentuk untuk memperkenalkan

euthanasia. Manakala pada tahun 1939-Laman web Nazi German “The History place”

diperkenalkan. Pada Oktober 1939 huru hara dari letusan Perang Hitler telah tersebar luaa

berikutan arahan melakukan pembunuhan rahmat (mercy killing) kepada mereka yang sakit

dan tidak berkeupayaan. Kod “Aktion T4” ialah program Euthanasia Nazi untuk

menghapuskan “kehidupan yang tidak sepatutnya” yang pada mulanya penumpuan diberikan

kepada bayi baru dilahirkan dan kanak-kanak.

Bidan dan doktor perlu untuk mendaftar kaak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas

yang menunjukkan simpton. Kaedah ini termasuklah pengedaran satu borang soal selidik

daripada Kementerian Kesihatan Reich.

Program Euthanasia Nazi berkembang dengan cepat termasuk program untuk kanak-

kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Pada Oktober 1939, Hitler telah memerintahkan

supaya mereka yang didapati menghidap sesuatu penyakit yang tidak boleh diubati setelah

menjalani diagnosis terhadap tahap penyakit tersebut haruslah diberikan mercy killing. Pada

tahun 1995-Kawasan utara Australia meluluskan, satu draf undang-undang euthanasia. Ini

memberian kesan dalam tahun 1996 dan pada tahun 1997 yang mana Parlimen Australia telah

menolak draf ini.pada tahun 1998-Oregon, Amerika meluluskan pembunuhan diri dengan

bantuan doktor. Seterusnya pada tahun 2000-The Netherlands meluluskan euthanasia. Dan

pada tahun 2002-Belgium meluluskan euthanasia.

Di antara negara-negara yang meluluskan dan melaksanakan euthanasia ialah

dalam tahun 1935, The Euthanasia Society of England telah ditubuhkan untuk menyokong

euthanasia. Dalam bulan Oktober 1939, Hitler mengarahkan mercy killing secara besar-

besaran untuk mereka yang sakit dan kurang upaya. Kood itu dinamakan “Aktion T 4”. Ia

bertujuan untuk melenyapkan life unworthy of life dan ia difokuskan terhadap golongan bayi

yang baru lahir dan kanak-kanak. Bidan-bidan dan para doktor ketika itu diarahkan agar

mendaftarkan kanak-kanak sehingga yang berumur 3 tahun yang menunjukkan simptom-

simpton terencat akal, ketidaksempurnaan fizikal dan lain-lain simpton yang terdapat dalam

soal selidik dari kementerian Kesihatan Reich.Program euthanasia Nazi itu berkembang

Page 19: Isi Kandungan

dengan cepat terhadap golongan kanak-kanak yang lebih tua dan golongan yang dewasa yang

kurang upaya. Dekri Hitler menyatakan: “The authority of certain physicians to be designated

by name in such manner that persons who, according to human judgment, are incurable can,

upon a most careful diagnosis of their condition of sickness, be accorded a mercy death”.

Di Oregon (U.S state of Oregon), Netherlands dan Belgium sahajalah di mana

euthanasia dilaksanakan secara sah disisi undang-undang. Bagaimanapun, hanya di

Netherlands euthanasia dipraktikkan secara terbuka. Oregon membenarkan ‘assisted suicide’

bermula tahun 1998. Manakala, Netherlands dan Belgium membenarkan kedua-dua ‘assisted

suicide’ dan euthanasia. Walaupun euthanasia telah lama dilaksanakan di Netherlands,

semuanya adalah tidak sah dari segi teknikal sehinggalah bil Review of cases of termination

of life on request and assistance with suicide diluluskan pada bulan April 2001. Undang-

undang Belgium pula diluluskan pada 16 Mei 2002.

Di Holland pula, mereka agak kritikal dengan sistem mereka sendiri. Mereka masih

memperbaiki dan mencuba walaupun secara umumnya mereka berpendapat bahawa

euthanasia menghormati hak seseorang manusi dan ia adalah sebahagian daripada kaedah

perubatan yang baik.

Dalam bulan Jun 1995 pula, Australia’s Northern Territory telah meluluskan satu bil

euthanasia iaitu Rights of the Terminally III Act. Ia dipraktikkan bermula tahun 1996 tetapi

bil berkenaan dibatalkan oleh Parlimen Australia dalam tahun 1997.

Dalam tahun 1997 juga ,Colombia’s supreme Court mengarahkan agar penalti untuk

euthanasia dikeluarkan. Bagaimanapun, arahan berkenaan tidak dilaksanakan sehinggalah

panduan-panduan, masih dalam bentuk draf, diluluskan oleh Colombian Congress.

Manakala ada pendapat meluahkan hujah mereka mengenai sejarah Euthnasia.

Contohnya dalam blog ‘Muslim Nurse’. Penulis mengutarakan Euthanasia dalam dunia

moden. Sejak abad ke-19, Euthanasia telah memicu timbulnya perdebatan dan pergerakan di

wilayah Amerika Utara dan di Eropah pada tahun 1828 undang-undang anti Euthanasia mulai

disebarkan di negara bahagian New York yang pada beberapa tahun kemudian tersebar pula

oleh beberapa negara bahagian. Semasa Perang Saudara, beberapa advokat dan beberapa

doktor menyokong dilakukannya Euthanasia secara sukarela.

Kelompok-kelompok pendukung Euthanasia mulanya terbentuk di Inggris pada tahun

1935 dan di Amerika ada tahun 1938 yang memberikan sokongan pada pelaksanaan

Euthanasia agresif, walaupun demikian perjuangan untuk mengesahkan Euthanasia tidak

berhasil dijalankan di Amerika mahupun Inggris.

Page 20: Isi Kandungan

Pada era yang sama, pengadilan Amerika menolak beberapa permohonan dari pesakit

yang sakit parah dan beberapa orang tua yang memiliki anak cacat yang mengajukan

permohonan euthanasia kepada doktor sebagai bentuk “pembunuhan berdasarkan belas

kasihan”.

Pada tahun 1939, pasukan Nazi Jerman melakukan suatu tindakan kontroversi dalam

suatu “program” Eutanasia terhadap anak-anak di bawah umur 3 tahun yang menderita sakit

mental, cacat tubuh, ataupun gangguan lainnya yang menjadikan hidup mereka tak berguna.

Program ini dikenal dengan nama Aksi T4 (“Action T4″) yang kelak di lakukan juga terhadap

anak-anak usia di atas 3 tahun.

Eutanasia pada masa setelah perang dunia.Setelah dunia menyaksikan kekejaman

Nazi dalam melakukan kejahatan euthanasia pada era tahun 1940 dan 1950 maka

berkuranglah sokongan terhadap euthanasia, terlebih-lebih lagi terhadap tindakan euthanasia

yang dilakukan secara tidak sukarela ataupun kerana disebabkan oleh kecacatan genetik.

Terdapat beberapa negara yang meluluskan euthanasia di dunia. Antara negara yang

mengamalkan eutanasia yang pernah dilaporkan dalam berbagai tindakan masyarakat adalah

di India pernah dipraktikkan suatu kebiasaan untuk melemparkan orang-orang tua ke dalam

sungai Gangga. Manakala, di Sardinia, orang tua dipukul hingga mati oleh anak laki-laki

tertuanya. Selain itu, Uruguay mencantumkan kebebasan amalana eutanasia dalam undang-

undang yang telah berlaku sejak tahun 1933.

Di beberapa negara Eropah, pengamal euthanasia bukan lagi kejahatan kecuali di

Norwegia yang sejak 1902 memperlakukannya sebagai kejahatan khusus. Di Amerika

Syarikat, khususnya di semua negara bahagian, euthanasia dikategorikan sebagai kejahatan.

bunuh diri atau membiarkan dirinya dibunuh adalah melanggar hukum di Amerika Syarikat.

Satu-satunya negara yang dapat melakukan tindakan eutanasia bagi para anggotanya

adalah Belanda. Anggota yang telah diterima dengan persyaratan tertentu dapat meminta

tindakan euthanasia atas dirinya. Ada beberapa warga Amerika Syarikat yang menjadi

anggotanya.

Page 21: Isi Kandungan

LAMPIRAN

Euthanasia boleh dijalankan melalui suntikan dalam dos yang berlebihan.

Salah satu laman web yang menyediakan maklumat mengenai Euthanasia, bunuh diri dengan bantuan doktor dan sebagainya. Laman web ini menentang pembunuhan atau lebih tepat Euthanasia.

Kes yang terjadi di France pada tahun 2008 di mana wanita ini menghidap penyakit tumor di wajah dan meminta untuk Euthanasia. Tetapi beliau mati sebelum sempat mahkamah membuat keputusan.

Page 22: Isi Kandungan

Masyarakat kebanyakan tidak menyokong Ethunasia yang di anggap sebagai mengambil nyawa kerana setiap manusia mempunyai hak untuk hidup.

Buku ini memberikan perspektif yang jelas mengenai subjek di Malaysia. Ia meliputi undang-undang dan persepsi awam euthanasia, melalui temu bual dengan orang ramai, saudara-mara pesakit yang sakit, jururawat, pakar perubatan dan pegawai-pegawai organisasi keagamaan.

Page 23: Isi Kandungan