asas-asas operasi transmitter

15
ASAS-ASAS OPERASI ASAS-ASAS OPERASI TRANSMITTER TRANSMITTER Pneumatik Pressure Transmitter “Pneumatic Pressure Transmitter” adalah suatu peralatan mekanikal yang mana boleh mengubah sesuatu keadaan ‘static’ atau perbezaan tekanan kepada isyarat pneumatic yang berkadaran (Propotional Pneumatic Signal) . Sesetengah jenis alat pengesan tekanan contoh ‘bourdon tube’ , ‘bellow’ , atau diaphragm arrangement senses’ akan menukar tekanan kepada pergerakan hasil daripada propotional output’. Isyarat ini akan dihantar ke ‘recorders’, ‘indicators’atau controllers’ pada kawasan yang jauh

Upload: azliana-binti-mohd-taib

Post on 08-Aug-2015

148 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas-Asas Operasi Transmitter

ASAS-ASAS OPERASI ASAS-ASAS OPERASI TRANSMITTERTRANSMITTER

Pneumatik Pressure Transmitter

“Pneumatic Pressure Transmitter” adalah suatu peralatan mekanikal yang mana boleh mengubah sesuatu keadaan ‘static’ atau perbezaan tekanan kepada isyarat pneumatic yang berkadaran (Propotional Pneumatic Signal) .Sesetengah jenis alat pengesan tekanan contoh ‘bourdon tube’ , ‘bellow’ , atau ‘diaphragm arrangement senses’ akan menukar tekanan kepada pergerakan hasil daripada ‘propotional output’. Isyarat ini akan dihantar ke ‘recorders’, ‘indicators’atau ‘controllers’ pada kawasan yang jauh

Page 2: Asas-Asas Operasi Transmitter

Secara amnya ‘span’ dilaraskan untuk disesuaikan dengan sebarang ‘pressure sensor’ dan bagi sesetengah keadaan disesuaikan dengan julat operasi ‘pneumatic valve actuators’.

Tekanan yang tinggi akan menyebabkan saluran paip dan bekalan angin ditambah. ‘Span’ yang terlalu kecil boleh mengakibatkan bacaan tidak tepat.

Nilai minima tekanan mestilah di atas 0 psi. Fungsi ‘detecting nozzle’ di dalam Transmitter akan mengembalikan tekanan ,oleh itu tekanan tidak akan keluar ke atmosfera .

Sebenarnya semakin ‘nozzle’ menghampiri ‘zero’ keadaannya adalah kritikal dan membuatkan jarak ‘baffle’ akan berubah dengan ketara.

Ini mengakibatkan banyak ‘error’ disebabkan oleh ‘hyteresis dan nonlinearity .Standard signal yang digunakan adalah 3-15 psi untuk pneumatic dan 4-20 mA untuk elektronik .

Signal Ranges

Page 3: Asas-Asas Operasi Transmitter

Differential Pressure Transmitter boleh digunakan untuk mengukur aliran , paras , vacuum dan lain-lain kegunaan .

Alat pengesan yang utama mungkin ‘capsule’,‘bellows’atau jenis-jenis lama yang menggunakan loceng. Differential Pressure Transmitter yang dibekalkan oleh pembekal hendaklah diberi perhatian terutamanya pada pemasangan yang sukar , penyelenggaraan dan tentukur .

Seseorang juruteknik mestilah seorang yang mahir atau biasa dengan operasi dan baik pulih pada alatan DP Cell . Kemahiran baik pulih hanya boleh diperolehi daripada latihan yang sebenar .

Oleh itu mereka perlu melakukan latihan sekerap yang mungkin melalui kaedah yang betul .

Differential Pressure Transmitter (DP Cell)

Page 4: Asas-Asas Operasi Transmitter

Digunakan untuk mengukur nilai tekanan rendah atau tinggi.

Mengukur perbezaan tekanan (pengaliran).

Mengukur paras (tekanan yang dikenakan pada tangki).

Kejatuhan tekanan (pressure drop).

Kegunaan DP Cell

Page 5: Asas-Asas Operasi Transmitter

1. Differential Pressure Transmitter

1. Bailey Type BJ Transmitter

1. Model 44 BP Gage Pressure Transmitter

4. Foxboro Model 12A Temperature Transmitter

5. Taylor Tran scope Transmitter

6. Pressure Transmitter

7. Model 11 DP Cell

8. Model 13 DP Cell

Jenis-jenis Transmitter

Page 6: Asas-Asas Operasi Transmitter

FOXBORO Model 13 DP Transmitter

Page 7: Asas-Asas Operasi Transmitter

Alat pengesan utama adalah ia mempunyai 2 diaphragm kapsul yang ada tekanan tinggi (H) dan tekanan rendah (L) dan disambung secara bertentangan.

Prinsip operasi ,peningkatan pada DP Cell akan menyebabkan kenaikan daya pada bahagian kiri kapsul dan menyebabkan ia bergerak ke kanan .

Pergerakan ini akan dihantar ke ‘force bar’ melalui ‘flexure’ yang menyebabkan bar terus bergerak mengikut lawan jam dan ‘flapper’ akan menutup ‘nozzle’.’

Diaphragm seal’ bertindak sebagai ‘pivot’ untuk ‘force bar’ dan sementara ‘flexure connectors’ sambung pada ‘force bar’ dengan ‘flapper’ dan ‘range bar’.

OPERASI DP CELL

Page 8: Asas-Asas Operasi Transmitter

Pengurangan jarak ‘flapper-nozzle’ disebabkan oleh perbezaan tekanan antara tekanan nozzle dan keluaran relay.

Disebabkan output tekanan sentiasa disambung ke ‘feedback bellow’ ia akan menyebabkan ‘range rod’ mengembang yang mana ‘pivot’ dan ‘fulcrum’ pada ‘range wheel’ bergerak ikut arah jam menaikkan jarak ‘flapper-nozzle’ dan hasilkan daya yang seimbang .

Pengurangan dalam perbezaan tekanan akan menyebabkan pergerakan yang berlawanan dan penurunan output.

Isyarat yang stabil oleh daya yang seimbang iaitu berubah-ubah atau berkadaran pada perbezaan tekanan yang dihantar ke kapsul.

Isyarat dari Transmitter akan dihantar ke ‘recorder’,’indicator’ dan atau ‘controller’.

Page 9: Asas-Asas Operasi Transmitter

Model 44 BP Gage Pressure Transmitter

Page 10: Asas-Asas Operasi Transmitter

Model 44 BP Gage Pressure Transmitter

Kenaikan penunjuk tekanan menyebabkan ‘spiral bordon tube’ mengembang dan menggerakkan ‘flapper’ dan menghampiri ‘nozzle’.

Tekanan tinggi di ‘nozzle’ menyebabkan peningkatan tekanan dari ‘relay’ dan akan bergerak ke ‘output’dan seterusnya ke ‘feedback bellows’.

Ini akan menyebabkan ‘bellow’ akan mengembang perlahan-lahan dan menaikkan ‘flapper’ dan akan menghasilkan jarak antara ‘flapper’ dan ‘nozzle’ sehinggalah keseimbangan daya akan dihasilkan.

Jika tekanan masukan pada tekanan element menurun ,keadaan disebaliknya pula yang akan terjadi. .

Page 11: Asas-Asas Operasi Transmitter
Page 12: Asas-Asas Operasi Transmitter

Taylor 300 Series Differential Pressure Transmitter

Rajah diatas menunjukkan bahagian komponen bagi Taylor 300 Series Differential Pressure Transmitter. Terdapat 4 julat yang boleh digunakan iaitu 0-2.5 kPa (0-10inH2O) , 1.0-12kPa (5-50 inH2O) 5-62 kPa (20-250 inH2O) dan 50-200 kPa (200-800 inH2O) . Transmitter jenis ini boleh digunakan untuk ‘full vacuum service’.

Page 13: Asas-Asas Operasi Transmitter

Taylor Trans cope Transmitter

Page 14: Asas-Asas Operasi Transmitter
Page 15: Asas-Asas Operasi Transmitter

SOALAN

Apakah maksud Pneumatik Pressure Transmitter?

Apakah kegunaan bagi DP CELL ?

Berikan 5 jenis transmitter?

RAHAYATI HANAFI

IP ILP KANGAR