isi kandungan - umcced student portalstudent.umcced.edu.my/download/notes/uesm1201... ·...

124
METODOLOGI PENYELIDIKAN i Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) ISI KANDUNGAN Halaman RANCANGAN KERJA Hasil Pembelajaran Kursus Sinopsis Kandungan Kursus Kaedah Penyampaian Kaedah Penilaian Rujukan iii iii iii iii iv BAHAGIAN 1 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 SEKSYEN 1: PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN 2 1.1 Pendekatan Penyelidikan 2 1.2 Tujuan Penyelidikan 5 1.3 Matlamat Penyelidikan 7 1.4 Aplikasi Penyelidikan 10 1.5 Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif 12 1.6 Sumber Data 13 1.7 Kredibiliti Penemuan Kajian 14 1.8 Pengenalan kepada Kaedah Membuat Rujukan 17 SEKSYEN 2: ULASAN TEORI 23 2.1 Matlamat Ulasan Teori 23 2.2 Maklumat Diperlukan dalam Ulasan Teori 24 2.3 Melapor Ulasan Teori 26 SEKSYEN 3: PEMBENTUKAN INSTRUMEN KAJIAN 28 3.1 Mengumpul Data Primer menggunakan Borang Soal Selidik 28 3.2 Mentadbir Borang Soal Selidik 41 SEKSYEN 4: KAEDAH SURVEI 44 4.1 Survei 44 4.2 Proses terlibat dalam SRM 45 4.3 Penyediaan Instrumen BSS dan Temu Bual 46 4.4 Temu bual 47 4.5 Langkah-langkah yang Perlu Diambil 47 4.6 Jenis-jenis Kaedah Temu Bual 49 SEKSYEN 5: STRATEGI PENYELIDIKAN KUALITATIF 53 5.1 Kajian Lapangan 53 5.2 Kajian Kes 58 SEKSYEN 6: PEMILIHAN SAMPEL 61 6.1 Pemilihan Sampel 63 6.2 Kegunaan Sampel 64 6.3 Teknik Pensampelan 65

Upload: danghanh

Post on 30-Jan-2018

277 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

i

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

ISI KANDUNGAN

Halaman

RANCANGAN KERJA

Hasil Pembelajaran Kursus

Sinopsis Kandungan Kursus

Kaedah Penyampaian

Kaedah Penilaian

Rujukan

iii

iii

iii

iii

iv

BAHAGIAN 1 – KAEDAH PENYELIDIKAN 1

SEKSYEN 1: PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN 2

1.1 Pendekatan Penyelidikan 2

1.2 Tujuan Penyelidikan 5

1.3 Matlamat Penyelidikan 7

1.4 Aplikasi Penyelidikan 10

1.5 Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif 12

1.6 Sumber Data 13

1.7 Kredibiliti Penemuan Kajian 14

1.8 Pengenalan kepada Kaedah Membuat Rujukan 17

SEKSYEN 2: ULASAN TEORI 23

2.1 Matlamat Ulasan Teori 23

2.2 Maklumat Diperlukan dalam Ulasan Teori 24

2.3 Melapor Ulasan Teori

26

SEKSYEN 3: PEMBENTUKAN INSTRUMEN KAJIAN 28

3.1 Mengumpul Data Primer menggunakan Borang Soal Selidik 28

3.2 Mentadbir Borang Soal Selidik

41

SEKSYEN 4: KAEDAH SURVEI 44

4.1 Survei 44

4.2 Proses terlibat dalam SRM 45

4.3 Penyediaan Instrumen – BSS dan Temu Bual 46

4.4 Temu bual 47

4.5 Langkah-langkah yang Perlu Diambil 47

4.6 Jenis-jenis Kaedah Temu Bual

49

SEKSYEN 5: STRATEGI PENYELIDIKAN KUALITATIF 53

5.1 Kajian Lapangan 53

5.2 Kajian Kes 58

SEKSYEN 6: PEMILIHAN SAMPEL 61

6.1 Pemilihan Sampel 63

6.2 Kegunaan Sampel 64

6.3 Teknik Pensampelan 65

Page 2: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

ii

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 7: ETIKA DALAM PENYELIDIKAN 75

7.1 Kepentingan Pertimbangan Etika 75

7.2 Kontroversi Ketidakpatuhan Etika 82

BAHAGIAN 2 - STATISTIK 84

SEKSYEN 8: PENGENALAN KEPADA STATISTIK 85

8.1 Statistik 85

8.2 Pemboleh ubah 87

8.3 Tahap Pengukuran Data

88

SEKSYEN 9: UKURAN KECENDERUNGAN BERPUSAT 94

9.1 Ukuran Kecenderungan Berpusat (CTM) 94

9.2 Ringkasan Statistik Deskriptif

103

SEKSYEN 10: PEMIAWAIAN DATA 106

10.1 Proporsi 107

10.2 Peratus 107

10.3 Perubahan dalam Peratus 108

10.4 Kadar 109

10.5 Nisbah

109

SEKSYEN 11: MENGKOMUNIKASIKAN HASIL KAJIAN 112

11.1 Keperluan Menyampaikan Maklumat dengan Berkesan 112

11.2 Istilah Digunakan 112

11.3 Jenis-jenis Penyampaian Maklumat

113

LATIHAN 117

RUJUKAN

Page 3: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

iii

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

RANCANGAN KERJA

Program : Diploma Eksekutif Pengurusan

Kod Kursus : UESM 1201 / UESB 1201 / UESH 1101

Tajuk Kursus : Metodologi Penyelidikan

Jam Kredit : 4

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat:

1. Mengenal pasti kaedah membuat rujukan dan membuat ulasan berkaitan petikan yang

diambil.

2. Menggunakan pengetahuan tentang kaedah-kaedah asas dalam menjalankan penyelidikan

3. Mengenal pasti kaedah mana yang paling sesuai secara kendiri untuk situasi tertentu yang

memerlukan sesuatu kajian dibuat.

4. Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas deskriptif khusus untuk digunakan dalam

mempersembahkan mesej daripada data mentah.

SINOPSIS KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini akan memperkenalkan kaedah-kaedah menjalankan penyelidikan yang baik serta

mengambil langkah-langkah yang jitu dalam perancangan dalam menjadikan sesebuah

penyelidikan saintifik.

KAEDAH PENYAMPAIAN

Kuliah, tutorial, perbincangan dalam kumpulan

KAEDAH PENILAIAN

Penilaian Berterusan 40%

Peperiksaan Akhir 60%

Jumlah 100%

Page 4: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

iv

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

RUJUKAN

1. Babbie, E. (2001). The practice of social research 9th

ed. Belmont, CA: Wadsworth.

2. Chua Yan Piaw (2006a). Kaedah penyelidikan (buku 1), Kuala Lumpur: McGraw Hill

Education.

3. Chua Yan Piaw (2006b). Asas statistik penyelidikan (buku 2), Kuala Lumpur: McGraw

Hill Education.

4. Dane, F. (1990). Research methods. Belmont: Brooks/Coleman Publishing Company.

5. Saunders, M., Lewis, P. & Thornhill, A. (2007). Research methods for business students,

4th

ed., Harlow: Prentice Hall.

6. Sekaran, U. (2003). Research methods for business: a skills building approach. NJ: John

Wiley & Sons.

Page 5: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

1

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAHAGIAN 1

KAEDAH PENYELIDIKAN

Page 6: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

2

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 1

PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN

1.1 Pendekatan Penyelidikan

Terdapat dua pendekatan dalam penyelidikan: deduksi dan induksi. Melalui deduksi, satu

teori dan hipotesis dibentuk sementara satu strategi dibentuk untuk menguji hipotesis

berkenaan. Melalui pendekatan induksi, data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil daripada

analisis yang dibuat ke atas data tersebut.

1.1.1 Pendekatan Deduktif

Deduksi adalah berkait dengan menguji teori atau hipotesis. Dalam pendekatan

deduksi, data dinyatakan dalam erti kata operasional, umpamanya bilangan kematian

akibat H1N1, bilangan ketibaan pelancong, bilangan rompakan lori pengangkutan. Dalam

kes-kes yang ekstrem, kuantiti perkara-perkara yang nampak sebagai sukar untuk diukur

pun dapat dikendalikan pengoperasiannya – alat mengesan pembohongan adalah satu

contoh yang merekodkan sama ada seseorang itu berbohong atau menyatakan kebenaran

terhadap sesuatu isu.

Dalam pendekatan deduksi, kebiasaannya penyelidikan mencari kawalan untuk

menjelaskan kesan satu pemboleh ubah ke atas keputusan akhir. Contohnya, pekerja

penyelamat yang menyertai operasi penyelamat 911 dikenal pasti dengan satu bentuk

barah tertentu. Penyelidik akan mencari bukti daripada kumpulan kawalan dalam

kalangan penyelamat yang tidak pernah terlibat dalam operasi menyelamat 911 untuk

Hasil Pembelajaran

Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:

1. Membezakan istilah-istilah utama dalam kaedah penyelidikan

2. Menilai pertimbangan reliabiliti dan validiti dalam menjalankan penyelidikan

3. Mengenal pasti kaedah membuat rujukan dan membuat petikan daripada sesuatu

sumber dengan betul

Page 7: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

melihat sama ada faktor-faktor terkhusus telah membawa kepada barah tersebut.

Dalam deduksi, penyelidik juga mengamalkan struktur metodologi seperti mentadbir

borang soal selidik atau survei yang boleh diulangi (replicated). Umpamanya,

kebanyakan ujian psikometrik boleh ditadbir dengan mudah merentasi satu tempoh masa

dan masih mengizinkan perbandingan dibuat antara tempoh masa.

Reduksionisme adalah satu lagi ciri deduksi. Umpamanya, kejayaan pengajaran subjek

sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris adalah amnya bergantung kepada markah

peperiksaan oleh kerana ianya mudah diperoleh dan dianalisis. Keputusan lain (seperti

ciri-ciri peribadi pelajar seperti perkara kesukaan atau yang tidak disukainya dalam erti

kata kualitatif) tidak akan diambil kira.

Generalisasi adalah satu lagi matlamat dalam pendekatan deduktif. Umpamanya

kejayaan subjek matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris boleh digeneralisasikan

kepada kejayaan pengajaran subjek lain dalam Bahasa Inggeris; atau penemuan

penyalahgunaan dalam agensi kerajaan tertentu boleh digeneralisasikan ke agensi

kerajaan yang lain.

1.1.2 Penyelidikan Induksi

Pendekatan induksi dalam penyelidikan bermaksud penyelidik tidak bermula dengan satu

hipotesis untuk diuji. Sebaliknya, penyelidik dipandu oleh prinsip-prinsip untuk

mengumpul data melalui temu bual mendalam (bukan melalui borang soal selidik). Data

temu bual seterusnya dianalisis dengan mengkategorikan kumpulan-kumpulan data

mengikut tema-tema dan seterusnya daripada tema-tema tersebut menjadi teori induktif.

Silverman (2001) merumuskan penyelidikan induktif sebagai proses tiga langkah:

(1) usaha awal untuk membangunkan kategori-kategori yang terkandung dalam data

(2) memuatkan sebanyak mungkin input dalam kategori-kategori tersebut untuk

menunjukkan kerelevanannya

(3) membangunkan kategori-kategori ini menjadi rangka kerja analitikal yang lebih

umum yang menjangkaui teori tersebut (hlm. 71)

Page 8: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

4

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Daripada penyelidikan induktif ini, teori grounded atau substantif dimajukan seterusnya

untuk membantu pemahaman tentang pengurusan atau perniagaan. Teori grounded

dibentuk apabila seseorang penyelidik mengambil pendekatan untuk mengabaikan

pengetahuan sedia ada dan juga kaedah yang digunakan untuk memperoleh pengetahuan

tersebut. Ini diasaskan kepada kefahaman bahawa setiap penyelidik tidak dapat

mengelakkan kesilapan (error) sebagai manusia. Hasil daripadanya, penemuan daripada

kajian-kajian oleh penyelidik sebelum ini berupaya juga mempunyai kelemahan. Ini

membawa kepada minat dalam pendekatan teori grounded yang cuba mengetepikan

pengetahuan sedia ada dan berusaha membina semula pengetahuan baru daripada unsur-

unsur asas. Penemuan baru daripada pendekatan ini akan membantu bagi membentuk

teori baru.

Belenky, Clinchy, Goldberge & Tarule (1986) memajukan teori substantif mengenai

bagaimana wanita mendapat pengetahuan (mengetahui) atau belajar. Mereka

mengklasifikasikan pengetahuan yang diperoleh oleh wanita yang dikaji ini sebagai

silenced knower, received knower, subjective knower, procedural knower, dan

constructive knower. Constructive knower adalah orang yang mempersoalkan tentang

fakta atau fakta yang diberitahu kepada mereka, dan menilai alternatif dengan aktif, atau

memberi penjelasan atau interpretasi alternatif.

Satu perbandingan tentang penyelidikan deduktif dan induktif dipersembahkan dalam

Jadual 1.1.

Page 9: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

5

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Jadual 1.1: Perbandingan Pendekatan Deduktif dan Induktif dalam Penyelidikan

Deduktif Induktif

Kekayaan literatur untuk membekalkan

rangka kerja teoretikal dan hipotesis:

keanjalan harga, peningkatan pulangan

ekonomi (Arthur, 1990), globalisasi

Prinsip umum adalah diamalkan tetapi

tiada teori a priori (Charmaz, Lofland &

Lofland, 1995).

Cepat dilengkapkan. Data boleh dikendalikan

dalam bentuk korelasi atau ANOVA.

Penemuan boleh sama ada bersetuju atau

bercanggah dengan teori atau rangka kerja

sedia ada.

Ia memakan masa yang lama; data muncul

secara beransur-ansur. (biasanya dirujuk

sebagai tema hasil)

Risiko rendah, kerana data boleh digunakan

untuk mendapatkan korelasi (atau tanpa

korelasi)

Risiko kesukaran dalam mendapatkan data

Kebanyakan pengurus atau badan penaja

mengetahui tentang ini

Hanya perkadaran yang kecil daripada

pengurus jelas tentang data kualitatif.

Sumber: Saunders et al. (2007).

1.2 Tujuan Penyelidikan

Mengikut Chua (2006a), penyelidikan dijalankan untuk membekalkan jawapan kepada

ketidaktentuan dalam beberapa hal atau fenomena yang telah berlaku, sedang berlaku, atau

dijangka akan berlaku di masa depan. Dalam kebanyakan kes, pengetahuan yang ada pada

seseorang tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah penyelidikan. Ini kerana

pengetahuan yang telah dibentuk pada diri individu tersebut telah diuli oleh pelbagai keadaan

yang berkemungkinan bias atau subjektif.

Penyelidikan adalah kaedah untuk memastikan maklumat yang dikumpulkan adalah reliabel

dan valid yang bermaksud ia disokong oleh data kuantitatif dan/atau kualitatif. Penyelidikan

adalah proses sistematik yang melibatkan perancangan kaedah untuk menjalankan

penyelidikan, mengumpul data, dan seterusnya memerihalkan data dan melaporkan maklumat

tersebut. Proses yang terlibat ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Page 10: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

6

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Rajah 1.1: Proses Penyelidikan yang Sistematik

Sumber: Chua (2006a, p.4).

Terdapat tiga kaedah inkuiri dalam penyelidikan (dalam menyelesaikan sesuatu masalah),

iaitu positivis, interpretif dan kritikal. Ketiga kaedah inkuiri ini membentuk asas kepada

kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah inkuiri positivis menekankan kepada

ketepatan berpandukan kepada analisis numerikal. Contoh termasuklah penyelidikan

berbentuk eksperimental dan tinjauan. Adalah satu kebiasaan bahawa pengkaji akan berusaha

untuk mengaitkan pemboleh ubah (variables) dalam fenomena kepada pemerhatian / kiraan

yang diperhatikan.

Kaedah interpretif memerihalkan fenomena tertentu menggunakan kaedah deskripsi,

biasanya melalui kajian lapangan yang menggunakan kaedah pemerhatian atau temu bual

sebagai sumber data. Apabila pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian yang mendalam,

kepentingan diberikan kepada kualiti maklumat, walaupun pemerhatian dibuat ke atas

bilangan kes yang tidak banyak. Malah, kaedah interpretif lebih cenderung kepada

penyelidikan kualitatif.

Masalah Pengurusan

Penentuan Objektif Kajian

Rujukan Bahan Literatur

Instrumentasi

Reka Bentuk Kajian

Pengumpulan Data

Analisis Data

Melaporkan Hasil Kajian

Page 11: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

7

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kaedah inkuiri kritikal digunakan untuk memahami hubungan antara komuniti dan cara

mereka berinteraksi dalam membentuk perubahan sosial. Aplikasi penemuan baru daripada

penyelidikan jenis ini dilihat sebagai penting untuk memperkenalkan perubahan kepada

struktur sosial. Kaedah ini lebih cenderung kepada penyelidikan kuantitatif.

1.3 Matlamat Penyelidikan

Seseorang penyelidik perlu jelas tentang tujuan kajian yang ingin dibuatnya. Dalam sains

sosial, sesuatu kajian boleh memberi fokus kepada sekurang-kurangnya satu matlamat:

deskriptif, meramal, penjelasan, pencarian dan penilaian.

1.3.1 Penyelidikan Deskriptif

Kajian deskriptif bertujuan untuk menunjukkan dengan terperinci dan tepat profil

penduduk, peristiwa atau situasi (Robson, 2002, p. 59, dipetik oleh Saunders et al., 2007).

Penyelidikan deskriptif, sepertimana mengikut maksudnya, berusaha untuk memerihalkan

realiti. Contoh persoalan kajian dalam kajian deskriptif adalah” Apakah pandangan

pemuda-pemudi tentang datang lewat ke mesyuarat? Berapa seriuskah taruhan (betting)

haram?

Untuk memerihalkan dengan tepat kesengsaraan penduduk di Aceh selepas malapetaka

tsunami pada 2006, satu kajian deskriptif mungkin lebih sesuai daripada kajian

penjelasan dengan memberi maklumat lebih berguna untuk menjelaskan impak tsunami

dan kesan buruk yang dibawanya. Mengendalikan kajian penjelasan untuk menjelaskan

mengapa bangunan-bangunan musnah dalam tsunami tersebut adalah tidak berguna

kerana bangunan-bangunan yang telah didirikan sebelum ini tidak dibina untuk mengatasi

kuasa pemusnah sedemikian. Sebaliknya, bangunan-bangunan di Jepun dibina untuk

menahan kuasa seismik dan dapat menahan kesan gempa bumi. Sekiranya bangunan

musnah dalam sesebuah gempa bumi, persoalan-persoalan akan timbul dan kajian

penjelasan akan menjadi paling sesuai untuk mencari sebab-sebab mengapa bangunan

tersebut runtuh.

Page 12: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

8

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Dalam konteks yang sama untuk kes di Tanjung Karang, satu deskripsi yang tepat tentang

kematian-kematian seperti warna kulit, sama ada terdapat apa-apa discaj bendalir dari

badan (air liur, peluh, darah) akan menjadi berguna untuk memberi perbandingan tentang

kes-kes keracunan oleh makanan dari laut atau alat pendingin beku (dari pendingin beku

yang digunakan untuk menyimpan ikan). Pihak berkuasa akan dapat menyemak daripada

pakar-pakar dari Pusat Kawalan Penyakit di Atlanta, USA.

1.3.2 Penyelidikan Ramalan

Kajian bentuk ini berusaha untuk mencari jalan untuk meramalkan kejadian dan peristiwa

masa depan. Contoh termasuklah: Apakah impak pertumbuhan perindustrian dalam

bandar raya ini? Apakah akan berlaku sekiranya sebilangan pekerja tidak diganti?

1.3.3 Penyelidikan Penjelasan

Kajian penjelasan berusaha untuk mencari punca-punca (biasa disebut faktor-faktor)

berlakunya sesuatu fenomena. Selain menjelaskan kadar fenomena tersebut, kajian

sedemikian akan perlu juga menjelaskan mengapa fenomena tersebut berlaku. Contoh

termasuk: Mengapakah kadar jenayah meningkat pada bulan tertentu dalam setahun?

Mengapakah pekerja mengambil cuti kecemasan pada hari Isnin atau Jumaat?

Kajian penjelasan bertujuan untuk mencari hubungan sebab-penyebab antara pemboleh

ubah penyebab (disebut pemboleh ubah independen) dan pemboleh ubah yang diberi

kesan (pemboleh ubah dependen). Ia melibatkan menjalankan penyelidikan untuk

mencari perhubungan penyebab antara pemboleh ubah. Contoh-contoh berkenaan adalah

ditunjukkan dalam Jadual 1.2.

1.3.4 Penyelidikan Pencarian (Exploratory)

Kajian jenis ini berusaha untuk memberitahu tahap kefahaman pengkaji tentang masalah

yang dikaji dan berfungsi sebagai peringkat awal kepada peringkat lanjut dalam kajiannya

(penjelasan dan deskriptif). Saunders et al. (2007) menyatakan terdapat tiga kaedah

menjalankan kajian pencarian:

Page 13: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

9

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

(1) pencarian literatur

(2) menemu bual ‘pakar-pakar’ bagi bidang tersebut (seperti kebocoran ammonia

yang mengakibatkan kematian nelayan di Tanjung Karang)(New Straits Times, 11

Ogos 2009)

(3) mengendalikan perbincangan kumpulan tertumpu (FGD) (Contoh: Pejabat

Kesihatan menemu bual Pengetua-pengetua sekolah untuk mencari jalan bagi

membendung merebaknya epidemik H1N1).

Jadual 1.2: Contoh Kajian Pencarian (Exploratory) dan Pemboleh ubah Peramal

Kajian Pencarian Pemboleh ubah Peramal (Pemboleh ubah

Independen)

Highland Tower tumbang Keadaan tanah, hujan, kecuaian, kejuruteraan yang

lemah

Jualan dana 1Malaysia yang

lemah

Keinginan untuk berbelanja berkurang akibat krisis

kewangan, publisiti yang lemah, dan konsepsi yang

salah tentangnya

Penurunan hasil TM dari talian

tetap

Pengguna tidak inginkan talian tetap, pengguna

beralih kepada WiFi di outlet komersial (Coffee

Bean, Starbucks, McDonalds)

Peningkatan dalam bilangan

kenderaan yang menggunakan

LPG di stesen-stesen petrol milik

Petronas

Peningkatan dalam harga petrol, kapasiti (keluasan)

kenderaan seperti SUV, MPV, banyak stesen lain

menyediakan perkhidmatan tersebut

Kurangnya bilangan cuti sakit di

organisasi

Takut dibuang kerja, kurangnya komplasensi di

kalangan staf.

1.3.5 Penyelidikan Penilaian

Kajian penilaian biasanya dijalankan untuk menilai sama ada sesetengah sasaran tertentu

telah dicapai atau sesuatu kesudahan yang disasarkan daripada sesuatu program tercapai.

Contoh: Apakah akibat kenaikan gaji yang diberi kepada semua pekerja baru-baru ini?

Page 14: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

10

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Apakah kesan peraturan baru ke atas tahap keselamatan dan kesihatan di dalam

organisasi?

1.4 Aplikasi Penyelidikan

Matlamat kajian membawa kita kepada soalan seterusnya: Bagaimana kita dapat

mengaplikasikan kajian? Amnya, hasil kajian digunakan sama ada untuk meningkatkan

pemahaman kita tentang fenomena yang dikaji atau mencari jalan-jalan untuk menyelesaikan

suatu masalah. Dengan itu, hasil kajian dapat dikategorikan sebagai kajian asas atau kajian

gunaan. Semua penyelidikan dalam bidang perniagaan dan pengurusan boleh diletak dalam

garis kesinambungan (continuum) mengikut tujuan dan konteks seperti ditunjukkan dalam

Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Penyelidikan Asas dan Gunaan

Tujuan

Mengembangkan pengetahuan

Menghasilkan prinsip sejagat

Penemuan adalah signifikan dan

bernilai kepada masyarakat (sbg cth.

kawalan ke atas mata wang dan

halangan terhadap penukaran mata

wang)

Memperbaiki masalah khusus dalam

pengurusan perniagaan.

Contoh:

1. Kawasan terkawal dalam bandar:

kenakan levi untuk mengurangkan

kesesakan semasa waktu kemuncak)

2. Viabiliti memanjangkan laluan LRT

daripada Kelana Jaya ke Subang

Jaya/USJ/Kota Kemuning.

Menghasilkan penyelesaian

Ilmu baru diperoleh bagi menangani

isu/masalah ini

Kebolegunaan praktikal kepada

pengurusan organisasi

Penyelidikan Asas Penyelidikan Gunaan

Page 15: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

11

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Konteks

Universiti

Topik ditentukan oleh penyelidik

Biasanya memakan masa yang panjang

(menghasilkan PhD atau ijazah Sarjana)

Universiti atau organisasi

Objektif topik ditentukan oleh sumber

penaja. (Contoh: Tony Fernandez telah

memulakan feasibiliti untuk melaksanakan

terminal LCC dekat Nilai)

Jangka masa pendek dan keputusan dibuat

cepat.

Sumber: Saunders et al. (2007).

1.4.1 Penyelidikan Asas

Penyelidikan asas bertujuan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan kerap kali

melibatkan penemuan yang bersifat prinsip-prinsip sejagat. Oleh itu, undang-undang

ekonomi atau prinsip-prinsip seperti keanjalan harga dan meningkatkan pulangan

ekonomi adalah hasil daripada penyelidikan asas. Penemuan daripada penyelidikan asas

membawa nilai signifikan kepada masyarakat umum. Penyelidikan asas biasanya

dijalankan di universiti dan institusi penyelidikan tinggi yang lain dan tajuk penyelidikan

tersebut biasanya ditentukan oleh penyelidik, dan dibiayai oleh kerajaan dan universiti

melalui geran penyelidikan. Penyelidikan asas juga berkesudahan dengan

penganugerahan ijazah pasca siswazah (seperti PhD dan ijazah sarjana).

1.4.2 Penyelidikan Gunaan

Penyelidikan gunaan dijalankan bagi menyelesaikan masalah khusus dalam perniagaan

atau pengurusan termasuk meningkatkan prestasi sesuatu perniagaan. Oleh yang demikian

kerajaan mungkin ingin meneliti bagaimana mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat

bandar raya melalui penyelidikan sama ada dengan mengenakan tol mengikut kawasan

(area pricing), levi, meningkatkan aliran trafik atau pengangkutan awam. Ia biasanya

berkesudahan dengan satu-satu penyelesaian kepada masalah khusus yang berupaya atau

tidak berupaya diguna pakai dalam situasi tertentu atau tempat lain. Penyelidikan gunaan

mempunyai kerelevanan daripada segi praktikal. Ia biasanya dijalankan dalam organisasi

atau universiti. Objektif topik biasanya ditentukan oleh penaja atau badan yang

Page 16: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

12

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

meluluskan geran. Masalah kesesakan mungkin ditentukan oleh Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur dan skopnya ditakrifkan terlebih dahulu.

Penyelidikan gunaan dijalankan dalam jangka waktu yang pendek untuk membolehkan

keputusan dibuat cepat dalam melaksanakan cadangan atau memulakan kajian lanjutan.

1.5 Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif

Dalam topik kaedah penyelidikan, seseorang pelajar mesti mengetahui perbezaan antara

kaedah kuantitatif dan kualitatif kerana ia akan mempengaruhi pemilihan kaedah untuk

memperoleh data yang diperlukan dalam kajiannya.

1.5.1 Penyelidikan Kuantitatif

Penyelidikan kuantitatif membawa kita kepada nombor, pengiraan dan pengukuran.

Penyelidikan kuantitatif adalah feasible apabila ilmu tentang subjek tersebut diketahui

dengan baik untuk membantu dalam membangunkan instrumen khusus tentang konstruk

yang ingin diukur. Penyelidikan kuantitatif biasanya berkait dengan data daripada

eksperimen dan data dianalisis, dan sesetengah masanya ujian statistik turut diambil. Ini

hanya dapat dibuat sekiranya pemboleh ubah yang dikaji dioperasionalisasikan sebelum

data dikumpulkan. Oleh itu, ini menimbulkan isu reliabiliti dan validiti. Contoh

metodologi yang menggunakan kuantitatif adalah: kaedah eksperimental, quasi-

eksperimental, temu bual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan eksplorasi.

1.5.2 Penyelidikan Kualitatif

Apabila tahap pengetahuan tentang sesuatu perkara adalah rendah atau samar-samar,

kebanyakan penyelidik akan memilih kaedah kualitatif yang merujuk kepada

pemerolehan data dalam bentuk perkataan, deskripsi, gambar atau

pemerihalan/penceritaan (narrations). Terdapat situasi di mana penyelidikan kualitatif

adalah lebih baik daripada penyelidikan kuantitatif. Contohnya, adalah lebih baik

menggunakan kaedah kualitatif dalam isu pelajar ponteng sekolah, kurangnya tumpuan

pelajar terhadap pelajaran dan lain-lain di mana pemahaman yang mendalam berupaya

Page 17: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

13

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

diperoleh melalui kaedah ini daripada menggunakan kaedah kuantitatif walaupun ia boleh

juga digunakan bagi mengkaji isu-isu ini. Contoh lain yang memerlukan penyelidikan

kualitatif adalah isu yang melibatkan emosi, motivasi dan empati. Contoh kaedah

kualitatif adalah: pemerhatian, pemerhatian peserta, temu bual tidak berstruktur, kajian

kes, dan kajian penelaahan dokumen (seperti di arkib).

1.6 Sumber Data

Semua pengkaji yang ingin menjalankan sebarang penyelidikan mesti sedar bahawa mereka

memerlukan data untuk menyokong hujah-hujah dalam kajian mereka. Untuk itu, adalah

penting penyelidik mengenal pasti sumber-sumber maklumat untuk kajiannya. Usaha

menjalankan kajian tanpa data adalah sia-sia sahaja dan tidak berasas sama sekali. Begitu

juga, mengetahui data ada di lokasi tertentu tetapi pengkaji tidak dapat mengaksesnya

(biasanya keizinan untuk menggunakan data diperlukan daripada pihak berwajib) akan juga

menjadi tidak berbaloi dalam menjalankan kajian. Oleh itu, pengkaji mestilah boleh menilai

situasi dalam tangan sebelum memulakan kajiannya. Biar kita meneliti sumber-sumber data.

Pada dasarnya, data boleh diperoleh daripada sumber primer dan/atau sumber sekunder.

Perhatikan bahawa ‘dan/atau’ digunakan di sini kerana kebanyakan kajian cuba

menggunakan kedua-dua sumber data dalam kajian mereka. Hanya segelintir menggunakan

sama ada sumber primer atau sumber sekunder.

1.6.1 Data Primer

Data primer (bukannya “primier”) adalah maklumat yang diperoleh terus daripada sumber

data dibentuk, oleh pengkaji atau wakilnya. Ini termasuk mendapatkan maklumat

mengenali persepsi dan sikap kumpulan tertentu, memerhati perangai dan tabiat orang,

mengumpulkan data melalui temu bual (daripada kumpulan atau individu). Ini bermakna

pengkaji memperoleh maklumat “pertama” daripada sumber di mana peristiwa berkenaan

berlangsung.

Sumber maklumat tersebut adalah:

temu bual (dengan soalan berstruktur, atau tidak berstruktur),

Page 18: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

14

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

pemerhatian,

borang soal selidik,

perbincangan kumpulan tertumpu.

1.6.2 Data Sekunder

Bertentangan dengan data daripada sumber primer, data sekunder merujuk kepada

maklumat yang diperoleh daripada sumber sedia ada, seperti rekod organisasi, maklumat

daripada laporan tahunan, minit-minit mesyuarat, laporan yang telah diterbitkan dan juga

yang tidak diterbitkan (Contoh: laporan prestasi yang disediakan oleh ketua-ketua jabatan

untuk kegunaan dalaman), tesis, data statistik online, laman web. Kata kunci utama di sini

adalah “data sedia ada”.

Sebagai contoh, hampir semua organisasi mengendalikan exit surveys terhadap pekerja

yang ingin berhenti kerja dari organisasi tersebut. Maklum balas yang diterima itu

biasanya disimpan dalam fail di Jabatan Sumber Manusia. Seseorang pengkaji yang ingin

menggunakan maklumat ini harus mendapatkan izin daripada Pegawai Sumber Manusia

untuk melihat dan mengkaji maklumat dalam fail tersebut. Data tersebut sudah tersedia

ada – maka “Data Sekunder”.

1.7 Kredibiliti Penemuan Kajian

Anda perlu memastikan keputusan kajian anda adalah sah (valid), boleh dipercayai (reliable)

dan berupaya digeneralisasi. Validiti menyukat pemboleh ubah yang ingin dikaji dengan

betul dan reliabiliti menyukat konsep yang ingin dikaji dengan betul. Ia adalah berkait dengan

isu sama ada penemuan-penemuan adalah sebenarnya sepertimana yang diperhatikan atau

sedia ada.

1.7.1 Validiti

Dalam peristiwa (kajian kes) keracunan gas di Tanjung Karang, penemuan awal dalam

media adalah disebabkan sistem penyejukan yang tidak berfungsi yang telah dibaiki oleh

pemilik, dan terdapat bau ammonia di tempat kejadian. Kajian lanjut menunjukkan

Page 19: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

15

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

bahawa ammonia bukanlah sebab kematian (validiti tidak dipastikan). Validiti (melalui

autopsi, dan ujian toksik) diperlukan untuk menentukan sebab utama bagi kematian

tersebut. Adalah juga dikenal pasti bahawa ikan yang reput telah mengeluarkan gas

tersebut sehingga menyebabkan kematian para nelayan.

Cabaran ke atas validiti adalah:

Kredibiliti sejarah: menjalankan survei ke atas kepuasan terhadap pesawat

selepas pesawat Airbus terbang daripada Brazil dan meletup sudah pasti tidak

akan memberi gambaran yang tepat mengenai kepuasan terhadap pesawat

sedemikian pada waktu-waktu biasa.

Ujian: Kajian kualiti perkhidmatan (ServQual) tanpa disedari yang “dibocorkan”

kepada pekerja restoran (responden kajian) akan menjadi bias kerana pekerja

restoran akan mengubah sikap mereka dalam memberi perkhidmatan mereka.

Mortaliti: pemberhentian secara sukarela (VSS) diamalkan sejurus selepas satu

kajian longitudinal dimulakan di organisasi yang dikaji.

Kesamaran tentang arah penyebab (causal direction) – gas ammonia ‘menguasai’

nelayan, dan seterusnya melumpuhkan mereka. Gas ammonia yang keluar

daripada ikan yang reput telah meracuni nelayan.

Menilai Validiti

Dalam menilai validiti borang soal selidik, validiti dalaman merujuk kepada content

validity, criterion-related validity dan construct validity.

− content validity atau face validity ditakrifkan sebagai persetujuan bahawa satu soalan,

skala atau ukuran nampak logikal untuk mewakili apa yang ingin dikaji.

− criterion-related validity atau predictive validity – keupayaan satu statistik untuk

meramal dengan tepat.

− validiti konstruk – tahap di mana soalan ukuran anda sebenarnya mengukur

kewujudan konstruk yang ingin anda ukur. Konstruk seperti skala sikap, aptitud dan

ujian personaliti dan konstruk validiti boleh difikirkan sebagai menjawab soalan:

“Sejauh manakah anda akan dapat membuat generalisasi daripada soalan ukuran anda

kepada konstruk berkaitan?”

Page 20: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

16

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

1.7.2 Reliabiliti

Reliabiliti merujuk kepada tahap konsistensi di mana peristiwa-peristiwa yang berbeza

dikaitkan kepada pemerhati yang berbeza atau oleh pemerhati yang sama pada masa yang

berbeza (Silverman, 2005, p. 227). Soalan-soalan panduan seperti di bawah akan

membantu pengkaji membuat semakan sendiri untuk memastikan reliabiliti dalam

kajiannya:

(1) Adakah ukuran-ukuran tersebut memberi keputusan yang sama setiap kali?

Contohnya: adakah ukuran langkah-langkah yang diambil untuk menangani

spekulasi mata wang dalam krisis kewangan efektif sepertimana bagi Krisis

Kewangan Asia 1997?

(2) Adakah pemerhatian yang sama diperhatikan juga oleh pemerhati lain?

(3) Adakah terdapat ketelusan dalam menentukan bagaimana idea terbentuk daripada

data mentah? (Saunders, 2007, hlm. 149).

Sumber: www.highered.mcgraw-hill.com/sites/dl/.../fraenkel4_ppt_ch08.ppt, dicapai pada

28.08.09

Menguji reliabiliti

Dalam nota sebelum ini, reliabiliti merujuk kepada tahap di mana teknik pengumpulan

maklumat memberikan penemuan, pemerhatian dan kesimpulan yang konsisten boleh

dicapai melalui pelbagai penyelidik. Reliabiliti dalam borang soal selidik (BSS) pula

boleh ditentukan melalui kaedah test-retest, konsistensi dalaman, dan alternative form.

− test re-test: BSS yang sama diberikan kepada responden di bawah keadaan yang sama

Page 21: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

17

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

dan keputusan kajian adalah saling berkait (correlated). Ianya adalah sukar untuk

mentadbir kajian yang sama dua kali.

− konsistensi dalaman melibatkan menghubung kait soalan dalam BSS dengan soalan

lain untuk menguji tabiat atau pendapat yang sama. Contohnya, bantahan terhadap

‘merokok’ sekunder boleh disamakan dengan menyokong larangan merokok dalam

BSS sebagai “Wajarkah merokok dilarang di restoran dan bar?” Ukuran konsistensi

dalaman yang popular digunakan ialah Cronbach's Alpha.

− alternative form: soalan-soalan yang sama ditulis semula menggunakan perkataan

berbeza mungkin dapat digunakan untuk menguji ketetapan jawapan dari responden

kepada BSS tersebut. Soalan-soalan sebegini dipanggil checked questions.

1.8 Pengenalan kepada Kaedah Membuat Rujukan

Tujuan seksyen ini adalah untuk memperkenalkan anda kepada teknik-teknik merujuk

sumber maklumat dalam kajian. Untuk tujuan penyeragaman, anda perlu mengikuti panduan

yang diberi oleh:

Publication Manual of the American Psychological Association (2010). (edisi ke enam) (atau

versi terkini). Washington, D.C.: American Psychological Association (APA).

UJIAN KENDIRI

1. Apakah matlamat penyelidikan?

2. Bezakan antara penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.

3. Namakan sumber-sumber data primer dan sekunder.

4. Apakah perbezaan antara validiti dan reliabiliti dalam penyelidikan?

Page 22: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

18

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Format Spesimen untuk Merujuk kepada Pelbagai Jenis Bahan Rujukan

DALAM RUJUKAN (Perhatikan langkau satu baris digunakan)

Buku oleh Seorang Pengarang

Leshin, C.B. (1997). Management on the World Wide Web. Engelwood Cliffs, NJ:

Prentice-Hall.

Buku oleh Lebih daripada Seorang Pengarang

Cornett, M., Wiley, B.J., & Sankar, S. (1998). The pleasures of nurturing. London:

McMunster Publishing.

Banyak Buku oleh Seorang Pengarang dalam tahun yang sama

Roy, A. (1998a). Chaos Theory. New York: McMilan Publishing Enterprises.

______ (1998b). Classic Chaos. San Francisco, CA: Jossy Bamar.

Buku yang disunting

Pennathur, A., Leong, F.T., & Schuster, K. (Eds.).(1998). Style and substances of

thinking. New York: Publisher Paradise.

Bab dalam Buku yang disunting

Riley, T., & Brecht, M.L. (1998).The success of the monitoring process. dalam R.

Williams (ed.), Mentoring and career success. New York: Wilson Press.

Ulasan Buku

Nichols, P. (1998). A new look at Home Services [Review of the book Providing Home

Services to the Elderly by Girch, S.]. Family Review Bulletin, 45, 12-13.

Artikel dalam Jurnal

Jeanquart, S. & Peluchette, J. (1997). Diversity in the workforce and management

models. Journal of Social Work Studies, 43(3), 72-85.

Prosiding Persidangan yang diterbitkan

Yeshwant, M. (1998). Revised thinking on Indian Philosophy and Religion. dalam S.

Pennarthur (ed.). Proceedings of the Ninth International Conference on Religion,

(pp.100-107). Madras, India.

Page 23: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

19

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Disertasi Kedoktoran (PhD)

Kiren, R.S. Medical advances and quality of life. Disertasi kedoktoran yang tidak

diterbitkan, Omaha State University, 1997.

Kertas kerja Dibentangkan dalam Persidangan

Bajaj, L.S. (1996). Practical tips for efficient work management. Kertaskerja dibentang

dalam Annual Meet of Entrepreneurs, San Jose, CA.

Manuskrip yang tidak diterbitkan

Pringle, P.S. (1991). Training and Development in the ‘90s. Manuskrip yang tidak

diterbitkan, Southern Illinois University, Diamondale, II.

Artikel dalam Surat khabar

The new GM pact. (1998, 28 July). Concord Tribune, hlm.1.

KAEDAH MERUJUK DAN MENYERTAKAN PETIKAN DALAM BAHAGIAN

ULASAN TEORI (DAN BAHAGIAN LAIN)

Buat rujukan kepada sumber yang dirujuk dengan menggunakan kaedah nama pengarang

– tahun; menggunakan nama keluarga pengarang dan tahun penerbitan. Contoh:

Todd (1998) telah menunjukkan bahawa …

Dalam kajian terbaru tentang keluarga dengan dwi-pekerjaan (Hunt, 1998;

Osborn, 1998) telah dinyatakan …

Dalam 1997, Kyle membandingkan keluarga dengan dwi-pekerjaan dan mendapati

bahawa …

Perhatikan juga:

Dalam perenggan yang sama, anda tidak perlu menyertakan lagi tahun setelah tahun

tersebut telah dirujuk asalkan ia merujuk kepada sumber yang sama. Contoh:

Gutek (1985) telah menerbitkan penemuan kajiannya dalam buku berjudul Sex

and the Workplace. Sehubungan dengan itu, Gutek menyatakan bahawa …

Page 24: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

20

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Apabila suatu kerja dikarang oleh enam atau lebih individu six or more, sebut hanya

nama keluarga pengarang pertama diikuti dengan “et al.” dan tahun penerbitan bagi

semua sebutan rujukan. Cantumkan semua nama dalam turutan diikuti dengan tahun

sekiranya bilangan pengarang adalah kurang daripada lima. Jika dalam kurungan, jadual,

dan dalam senarai rujukan, gunakan “&”. Contoh.

Sekaran, Martin, Trafton, dan Osborn (1980) mendapati…

Sepertimana ditunjukkan oleh Tucker dan Snell (1989) …

Sepertimana ditunjukkan (Tucker & Snell, 1989) sesuatu itu …

Apabila sesuatu kerja itu tidak mempunyai pengarang, sebut dalam teks dua atau tiga

perkataan pertama sahaja. Gunakan simbol pembuka kata dan penutup kata bagi tajuk

artikel tersebut. Contoh bagi surat khabar:

Sambil meneliti tentang kesatuan sekerja (“With GM pact,” 1990).

Apabila kerja seseorang dinyatakan sebagai “Anonymous”, sebut dalam teks perkataan

Anonymous diikuti oleh koma dan tarikh, contoh: Anonymous, (1979). Dalam senarai

rujukan, sebut sebagai Anonymous, diikuti dengan butir-butir penerbitan.

Apabila seseorang pengarang yang sama mempunyai beberapa kerja yang diterbitkan

dalam tahun yang sama, sebutnya dalam turutan terlama kepada terbaru, dan yang dalam

percetakan disebut terakhir sekali. Contoh:

Penyelidikan tentang keadaan mental bagi ahli-ahli dalam keluarga dwi-pekerjaan

(Sekaran, 1985a, 1985b, 1985c, 1999, dalam cetakan) mendapati bahawa …

Apabila lebih satu pengarang perlu dirujuk dalam teks, ini perlu disusun mengikut turutan

abjad nama pengarang, dan setiap sumber perlu diasingkan oleh semicolon seperti

berikut:

Dalam literatur mengenali corak kerja (Aldag & Breif, 1976; Alderfer, 1972;

Beatty, 1982; Jeanquart, 1998)…

Page 25: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

21

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Komunikasi peribadi melalui surat, memo, perbualan melalui telefon, dan sebagainya,

perlu disebut dalam teks sahaja dan tidak disenaraikan dalam RUJUKAN kerana ia tidak

merupakan data yang boleh diperoleh semula (not retrievable data). Dalam teks, berikan

singkatan nama bersama tarikh seperti berikut:

Peters (komunikasi peribadi, Jun 15, 1998) merasakan …

Petikan dalam Teks

Petikan mestilah sama seperti dalam sumber asal, dengan susun kata, noktah, koma, ejaan

dan italik (jika ada) perlu dikekalkan sama walaupun ada kesilapan. Petikan daripada

sumber tertentu perlu juga menyatakan sumber dan nombor halaman dari mana petikan

tersebut diperoleh.

Gunakan tanda pembuka dan penutup kata berganda untuk menandakan petikan dalam

teks anda. Jika anda perlu memetik petikan dalam sumber yang dirujuk, gunakan tanda

pembuka dan penutup kata tunggal. Jika anda ingin menekankan perkataan tertentu,

masukkan perkataan dalam kurungan dan italik. Gunakan tiga noktah (…) untuk

menandakan anda telah mengabaikan sebahagian petikan daripada sumber asal. Lihat

contoh seterusnya.

Jika petikan melebihi 40 perkataan, setkannya dalam baris baru sebagai perenggan baru

yang diindenkan kedua-dua belah. Taip seluruh petikan dalam langkau satu baris pada

margin baru, seperti di bawah.

Dalam membezakan individu yang memperoleh dua pendapatan dan keluarga dwi-kerja,

Sekaran (1986) menyatakan:

“Various terms are used to refer to dual earner families: dual-worker

families, two-paycheck families, dual income families, two-job families, and

so on, Spouses in dual-earner families may hold jobs, or one of the partners

may hold a job while the other pursues a career…”

Page 26: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

22

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Perbezaan antara individu dengan dua pendapatan dan keluarga dwi-kerja menjadi kabur

apabila pasangan yang memegang jawatan sedang bersedia secara akademik dan teknikal

untuk menaiki dalam tangga kerjaya di organisasi (hlm.4).

Page 27: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

23

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 2

ULASAN TEORI

2.1 Matlamat Ulasan Teori

Ulasan teori, ulasan literatur, sorotan karya semuanya bermaksud sama. Mengikut Chua

(2006a, hlm. 35), ulasan teori ditakrifkan sebagai “membuat rujukan secara kritikal dan

sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah

memperoleh maklumat, yang berkaitan dengan tajuk kajian ...”. Ulasan teori berusaha untuk

menyertakan maklumat mengenali apa yang telah diketahui tentang topik kajian di serata

dunia. Oleh itu, ulasan teori (LR) tidak perlu memberi fokus kepada sama ada kajian

sedemikian pernah dibuat dalam organisasi yang akan dikaji dan ini adalah mustahil kajian

sedemikian pernah dibuat dalam organisasi tersebut sebelum ini. Maka, penyelidik mestilah

membuat ulasan secara umum dan jangan dikaitkan dengan mana-mana organisasi yang

dikaji, negeri atau sesuatu negara.

Dalam sesuatu ulasan teori, maklumat seperti teori, reka bentuk kajian, instrumen digunakan,

prosedur kajian, kaedah mengumpul data dan penemuan diberi perhatikan (Chua, 2006a).

Dengan menyediakan sebuah LR, seorang penyelidik berusaha untuk meletakkan kajiannya

dalam perspektif saintifik. Tambahan pula, pengkaji mencuba untuk mencari apa yang telah

diketahui dalam bidang yang berkaitan dengan topik tersebut.

LR juga membantu pengkaji daripada mengulangi kajian lain yang biasa berlaku apabila

pengkaji tidak memberi perhatian dalam mencari ulasan literatur yang lebih meluas. Pada

masa yang sama, mengulangi kajian yang lain boleh diizinkan Sekiranya kajian dibuat untuk

memperbaiki kelemahan kajian sebelum ini dengan harapan kajian baru akan memberikan

Hasil Pembelajaran

Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:

1. Mengkaji kaedah membuat ulasan teori dan penemuan daripada kajian lepas

Page 28: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

24

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

keputusan yang lebih baik. Sekiranya semua kajian sebelum ini menunjukkan keputusan yang

sama, maka tidak ada sebab lagi untuk mengulangi kajian tersebut sekali lagi kerana kita

dapat jangkakan keputusannya masih akan sama melalui kajian baru. Mengulangi kajian

lepas sekadar untuk menjalankan kajian adalah membazir dan tidak bermakna.

2.2 Maklumat Diperlukan dalam Ulasan Teori

2.2.1 Teori

Dalam mana-mana bidang pengurusan, adalah penting penyelidik berusaha untuk

mengaitkan topik kajiannya kepada teori-teori sedia ada. Teori berupaya memberi analisis

konsep tentang perhubungan antara pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar

(dependen and independent variables) yang terlibat. Berpandukan kepada teori yang

diulas, seseorang pengkaji akan disedarkan tentang semua pemboleh ubah yang perlu dia

pertimbangkan untuk digunakan dalam kajiannya.

2.2.2 Reka bentuk Kajian

Dengan merujuk kepada kajian-kajian lepas, penyelidik didedahkan kepada pelbagai

kaedah dan prosedur yang digunakan oleh pengkaji lepas dan dengan itu beliau terpandu

tentang kejayaan, kelemahan atau kegagalan kajian-kajian lepas. Kerap kali pengkaji

lepas akan juga menyatakan masalah yang telah mereka hadapi dalam kajian masing-

masing dan bagi setiap satunya mereka biasanya turut menyatakan kaedah mengatasi

untuk tatapan pengkaji masa depan. Ini bermanfaat kepada pengkaji pada masa ini

khasnya dengan mengambil panduan untuk mengelakkan kelemahan tersebut daripada

awal lagi dalam kajiannya.

Namun begitu, penyelidik tidak perlu mengulangi sama (replicate exactly) reka bentuk

kajian sebelum ini asalkan metod yang digunakan dapat memastikan validiti dan

reliabiliti dalam data yang akan dikumpulkan.

Page 29: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

25

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

2.2.3 Kaedah Digunakan dalam Kajian

Melalui LR, penyelidik akan berupaya mencari dan menilai kaedah yang digunakan oleh

pengkaji terdahulu dalam kajian mereka. Dengan cara ini, pengkaji berupaya merancang

strategi yang sesuai untuk mengumpulkan data menggunakan kaedah yang terbaik bagi

kajiannya. Ini termasuk dalam mengumpulkan data, menguruskan data, dan membuat

interpretasi terbaik daripada data tersebut.

LR juga membantu penyelidik mengenal pasti dan membentuk satu set objektif yang

tepat, mengoperasi konsep teoretikal, berpegang kepada validiti dan reliabiliti data

daripada instrumen yang digunakan untuk mengumpul data, pengukuran konsep, menilai

reka bentuk kajian yang sesuai, memilih analisis yang betul dan menerangkan rasional

bagi menjalankan kajian (Chua, 2006a).

Matlamat lain bagi LR adalah:

Mengelakkan daripada “membina semula roda” (“reinventing the wheel”).

Mengenal pasti tahap persetujuan antara pengkaji lepas dengan topik yang ingin

dikendalikan.

Menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam keputusan antara pelbagai kajian

lepas.

Membantu dalam pembentukan “pernyataan masalah”.

Mengenal pasti pemboleh ubah dan faktor-faktor yang mempengaruhi isu yang

ingin dikaji.

Mengenal pasti bidang-bidang kajian yang harus dikaji untuk membentuk

kefahaman dan pengetahuan tentang masalah yang ingin dikaji.

Menilai bagaimana kajian-kajian sebelum ini telah menghubung kait toeir

berkenaan dengan reka bentuk kajian masing-masing.

Mengenal pasti bagaimana pengkaji sebelum ini mengukur pemboleh ubah

mereka, yang membenarkan penyelidik membentuk instrumen untuk kajiannya,

dan membentuk skala yang tepat untuk mengukurnya.

Mencari cadangan-cadangan daripada kajian lepas. Ini berupaya mempengaruhi

perancangan reka bentuk bagi kajian baru.

Page 30: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

26

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Maklumat lanjut mengenai sumber-sumber bagi LR diberikan dalam Rajah 2.1. Anda

akan perhatikan bahawa LR boleh didatangkan daripada pelbagai sumber daripada hanya

bergantung kepada bahan perpustakaan dan laporan sahaja.

Rajah 2.1: Sumber-sumber Ulasan

Sumber: Chua (2006a, hlm. 38).

2.3 Melapor Ulasan Teori

Proses dokumentasi kajian-kajian yang relevan dengan merujuk dan menyebut nama

pengarang dan tahun penerbitan disebut ulasan teori (Sekaran, 2003). Ia melibatkan

pembentangan maklumat yang jelas dan logikal tentang mengenal pasti dan menyerlahkan

pemboleh ubah serta mendokumentasi penemuan-penemuan terpenting daripada kajian lepas

(Sekaran, 2003). Sekaran (2003, hlm. 67) juga menyatakan bahawa ini akan menjadi asas

kepada pembentukan rangka kerja teoretikal bagi kajian yang dirancang (the foundation on

which the theoretical framework for the current investigation can be built). Penulisan LR

perlu juga mengait kepada pernyataan masalah dengan baik.

Bahan LR diperoleh

daripada:

Media elektronik

Media bukan elektronik:

buku, surat khabar, jurnal,

buletin dan lain-lain

Bahan LR boleh

diperoleh dari:

Abstrak

Bibliografi

Katalog

Ensiklopedia

Indeks

Jurnal

LR dijalankan oleh:

Organisasi

Individu

Kerajaan

Pelajar

Kumpulan profesional

LR dikomunikasikan

melalui:

Persidangan, seminar,

prosiding seminar

Laporan, buletin, surat

khabar

Buku akademik, buku teks

Tesis dan disertasi

Kuliah

Antologi

LR dihasilkan daripada:

Kajian dengan data

empirikal

Penilaian kritikal

Penulisan sistematik dan

logikal

Maklumat utama dalam

Bahan LR:

Teori

Reka bentuk Kajian

Kaedah mengumpul data

dan analisis data

Literatur

Page 31: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

27

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Rujuk halaman 42 dalam Chua (2006a). Jadual 3.2 menunjukkan kaedah-kaedah mudah

dalam mengumpulkan maklumat berkaitan pemboleh ubah yang mempengaruhi atau tidak

mempengaruhi pemboleh ubah bersandar dalam kajian yang dirancang. Jadual juga

menunjukkan rujukan dibuat kepada lima kajian lepas (Dunn, 2002; Kim, 2001; Torrina,

2001; Hofmann, 2000; dan Betty, 1999). Kaedah menyediakan rangka nota seperti ini disebut

meta-literature. Latihan sedemikian boleh membentuk teori sekiranya dibuat dengan rapi dan

merujuk kepada lebih banyak kajian.

Dengan menganalisis jadual tersebut, seseorang pengkaji boleh mula melapor bahawa

pemikiran kritis (pemboleh ubah bersandar) dipengaruhi oleh pemboleh ubah bukan

bersandar seperti gender (Dunn, 2002, Kim, 2001, Torrina, 2001; Hofmann, 2000), kumpulan

etnik (Dunn, 2002; Hofmann, 2000), taraf pendidikan (Kim, 2001; Torrina, 2001), stail

belajar (Dunn, 2002; Kim, 2001; Betty, 1999), pengkhususan pelajaran (Dunn, 2002; Torrina,

2001), kemahiran bahasa (Torrina, 2001), kemahiran melukis (Kim, 2001), kebudayaan

(Dunn, 2002; Hofmann, 2000) dan gaya menulis (Torrina, 2001). Sudah pasti lebih banyak

kajian dirujuk, lebih banyak yang boleh dilaporkan. Ini menunjukkan lebih banyak bahan

dalam senarai rujukan akan menandakan kualiti pengetahuan dan kualiti penulisan LR.

Tambahan pula, perbincangan boleh diadakan secara mendalam dengan meneliti sama ada

terdapat perkaitan (association) antara penemuan di atas dengan jenis responden (pelajar

kolej/universiti, sekolah menengah, sekolah rendah). Anda mungkin juga melihat sekiranya

terdapat perbezaan akibat reka bentuk kajian yang berbeza. Oleh itu, ia bergantung kepada

sedalam mana analisis ingin dibuat oleh pengkaji dalam penulisan LR. Namun begitu, usaha

untuk menyediakan meta-literature digeruni oleh sesetengah pelajar tetapi beliau akan

mendapati penulisan LR paling menyeronokkan apabila meta-literature telah dikumpulkan

dengan jayanya.

UJIAN KENDIRI

1. Apakah tujuan ulasan teori?

Page 32: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

28

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 3

PEMBENTUKAN INSTRUMEN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang pembentukan borang soal selidik yang digunakan

dalam survei, yang dijalankan selepas sampel probabiliti dijalankan.

3.1 Mengumpul Data Primer Menggunakan Borang Soal Selidik

Anda telah mempelajari sumber data primer dan sekunder dalam Seksyen 1. Seksyen ini

membincangkan salah satu teknik mengumpul data primer menggunakan borang soal selidik

(BSS) iaitu bila perlu menggunakan BSS, dan jenis-jenis BSS.

Rajah 3.1: Jenis-jenis Borang Soal Selidik

Sumber: Saunders et al. (2007, hlm. 356).

Hasil Pembelajaran

Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:

1. Menilai kegunaan borang soal selidik untuk pengumpulan data

2. Mengambil langkah-langkah bagi membentuk suatu borang soal selidik untuk

mengumpul maklumat bagi sesuatu kajian spesifik

Borang soal selidik (BSS)

Ditadbir sendiri Ditadbir oleh Penemu bual

BSS melalui

Internet

BSS melalui

Pos BSS

Serah & Kutip

BSS telefon Temu bual

berstruktur

Page 33: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

29

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

3.1.1 Menentukan Data yang Perlu Dikumpulkan

(a) Sepertimana Keperluan Reka bentuk Kajian

Tidak seperti temu bual mendalam dalam kajian kes atau pemerhatian dalam

etnografi, soalan yang ditanya dalam BSS perlu ditakrifkan dengan tepat sebelum data

dikumpulkan. Adalah tidak mungkin bahawa anda akan mengsampel semua

responden untuk mengutip maklumat selanjutnya. BSS biasanya ditadbir sekali gus

atau melalui satu siri masa untuk membuat perbandingan (contoh: “indeks

ketidaksopanan” merentasi beberapa bandar Raya) dan keputusan dibandingkan

dengan kajian sebelum ini. Oleh itu, sebagai seorang penyelidik, anda perlu:

1. meneliti ulasan teori dengan cermat sama ada untuk menerima pakai atau

menyesuaikan BSS atau membangunkan BSS anda sendiri, dan

2. bincangkan idea anda dengan rakan-rakan, pemilik projek (contohnya:

organisasi anda) dan penyelia anda di universiti.

Tambahan pula, sekiranya kajian anda berkait dengan organisasi, maka adalah wajar

anda memahami organisasi yang dikaji – jenis industri, budaya organisasi, saiz, sama

ada satu sahaja tapak kilang atau pelbagai lokasi berbeza sebelum mereka bentuk BSS

anda.

Jika penyelidikan adalah jenis penjelasan (explanatory), adalah penting anda

mengenal pasti pemboleh ubah dependen dan independen. Perincian ini mesti dibuat

sebelum mereka bentuk BSS.

(b) Jenis Pemboleh ubah (PBU)

− PBU pendapat merekod bagaimana responden merasa tentang sesuatu atau apa

mereka berfikir atau percaya sama ada ia benar atau salah. Contoh adalah

hukuman keras ke atas pengedar dadah, merotan kerana melanggar prinsip agama,

dan hak perlindungan daripada merokok sekunder.

− PBU tabiat merekod apa yang dibuat oleh responden. Contoh adalah 'Adakah

anda akan berhenti untuk mengangkut mangsa kemalangan jalan raya ke

Page 34: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

30

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

hospital?’ atau membeli barangan secara pukal untuk mendapat diskaun yang

besar dalam harga.

− PBU atribut merekod responden seperti sedia ada – tahap pendidikan universiti,

adaptif atau inovatif, kualiti kepimpinan dll. Ia digunakan untuk menentukan

bagaimana pendapat dan tabiat berbeza antara responden serta juga menyemak

bahawa data yang dikumpulkan adalah mewakili populasi am.

(c) Memastikan Hanya PBU Penting Sahaja Dikumpulkan

Adalah penting seorang pengkaji meneliti ‘PBU yang diperlukan’ dan mengenal pasti

soalan atau pernyataan yang diperlukan untuk mewakili PBU ini (lihat Rajah 3.5).

Jadual 3.1: Jadual Keperluan Data

Objektif kajian: Untuk mengenal pasti sikap pelanggan terhadap larangan merokok di dalam

restoran dan bar

Page 35: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

31

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Jenis penyelidikan: Amnya deskriptif, walaupun ingin membezakan antara bar dan restoran

dan antara kumpulan pelanggan yang berbeza.

Soalan yang

disiasat

PBU diperlukan Maklumat mengenai ukuran

data

Semak

soalan

ukuran

disertakan

dalam BSS

Adakah pelanggan

merasakan mereka

perlu dibenarkan

merokok di

restoran/bar

sebagai hak

mereka?

(pendapat)

Pendapat pelanggan

tentang merokok di

restoran dan bar

sebagai satu hak

Merasa.......

perlu diizinkan,

tidak patut diizinkan,

tiada sebarang pandangan yang

kuat

(Nota: anda akan perlukan

soalan berasingan untuk

restoran dan bar)

Adakah pelanggan

merasakan restoran

dan bar perlu

menyediakan bilik

merokok khas?

(pendapat)

Pendapat pelanggan

mengenai

penyediaan bilik

merokok khas untuk

perokok

Merasa....

amat kuat bahawa ia perlu,

kuat bahawa ia perlu,

agak kuat ia perlu,

tiada sebarang pendapat,

agak kuat ia tidak patut,

amat kuat bahawa ia tidak

patut (Nota: anda akan

perlukan soalan berbeza untuk

restoran dan bar)

Adakah pendapat

pelanggan berbeza

mengikut situasi

(pendapat)

(pendapat pekerja

dinyatakan di atas)

(diberikan di atas)

Umur? (atribut) - umur pekerja kepada selang 5-tahun (paling

muda 15, paling tua 65).

Sama ada perokok

(tabiat)

- perokok Perokok,

Perokok tetapi tidak merokok

Page 36: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

32

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

di rumah sendiri

Merokok di rumah

Sejauh manakah

maklum balas

daripada

pelanggan

mewakili

populasi? (atribut)

Umur pelanggan

Jantina

Pekerjaan (mestilah

berupaya

dibandingkan

dengan klasifikasi

Statistik

Sosioekonomi

Nasional (Rose dan

Pevalin, 2003)

(dinyatakan di atas)

lelaki, perempuan

pekerjaan pengurusan dan

profesional tertinggi.

Pekerjaan pengurusan dan

profesional rendah.

Profesional pertengahan

Majikan kecil dan pekerja

sendiri.

Pekerjaan penyeliaan dan

teknikal.

Pekerjaan separa-rutin.

Pekerjaan rutin.

Tidak pernah bekerja atau

menganggur lama.

Sumber: Saunders et al., 2007.

(d) Mereka bentuk BSS

Ini dibincangkan dalam Seksyen 3.1.2 di bawah.

3.1.2 Mereka bentuk Soalan

Kaedah yang dapat digunakan adalah:

− mengambil dan guna pakai soalan daripada BSS lain

− mengubahsuai soalan daripada BSS lain.

− membangunkan soalan sendiri.

Mengguna pakai (keseluruhan, tanpa sebarang modifikasi) atau mengubah suai (dengan

modifikasi) mungkin perlu jika pengkaji ingin membandingkan dengan penemuan

sebelum ini, dan dalam kes itu, tahap reliabiliti telah ditentukan sebelum ini. Anda perlu

Page 37: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

33

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

memberi kredit kepada kerja yang tidak memerlukan izin kepada bahan “hakcipta

terpelihara” atau perlu mendapat izin terdahulu sebelum mengguna pakai atau

mengubahsuai BSS tersebut. Sesetengah BSS yang terkenal adalah untuk kualiti

perkhidmatan (SERVQUAL), Myers-Brigg Type Indicators (MBTI), self-director

learning (SDL) dan Kirton Adaption-Innovation (KAI) (Kirton, 2003) dalam sains

sosial dan sains pengurusan.

Seseorang penyelidik boleh juga mereka bentuk soalan/pernyataan sendiri untuk

BSSnya. Soalan/pernyataan dalam BSS tersebut mestilah berupaya mencapai objektif

kajiannya. Untuk tujuan ini, penyelidik perlu mengenal pasti PBU yang perlu dikaji.

Semua PBU berkenaan dikenal pasti daripada perbincangan tentang Ulasan Teori (rujuk

Seksyen 2) sekiranya ia telah diteliti dengan meluas. Namun begitu, mereka bentuk BSS

sendiri tidak diiktiraf sebagai langkah terbaik kerana pengkaji tidak boleh yakin bahawa

dia sedang mengukur apa yang sepatutnya dengan betul, dan bahawa BSS yang dibentuk

menepati konsep yang dikaji. Oleh itu, pelajar harus mengelakkan daripada mereka

bentuk BSS sendiri. Kaedah ini boleh diterima hanya sekiranya tidak terdapat mana-mana

kajian yang mempunyai BSS yang boleh digunakan dalam kajian ini.

Sesebuah BSS perlu menyertakan soalan terbuka dan soalan tertutup. Soalan terbuka

mengizinkan responden memberi jawapan sendiri dan biasanya dikendalikan untuk temu

bual berstruktur dan separa-struktur; sementara soalan tertutup mengizinkan responden

memilih daripada senarai jawapan yang ada.

(a) Jenis-jenis Soalan Tertutup

Amnya terdapat enam jenis soalan tertutup:

senarai, di mana responden diminta pilih daripada satu senarai jawapan yang

ada seperti agama (Buddha, Muslim, Kristian, Taoisme.....)

kategori, jenis soalan ini meminta responden memilih daripada kategori atau

atribut seperti bilangan kali responden pergi ke gim atau hypermarket

(kategori: Tidak pernah, sekali seminggu, 2 kali seminggu, 3-5 kali seminggu,

6 kali atau lebih seminggu)

ranking, responden diminta membuat rank ke atas senarai perkara mengikut

objektif yang ditetapkan. Contohnya, di dalam memilih kereta baru, rank

Page 38: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

34

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

faktor-faktor mengikut 1 bagi sangat penting, 2 untuk rank kedua terpenting

dan seterusnya (Saunders et al., 2007). Pengkaji perlu meletakkan limit

perkara kepada tujuh untuk BSS dan empat untuk temu bual.

Faktor Kepentingan

Pecutan [ ]

Saiz but [ ]

Depresiasi (susut nilai) [ ]

Ciri-ciri keselamatan [ ]

Ekonomi bahan mentah [ ]

Harga [ ]

Keseronokan memandu [ ]

Lain-lain (nyatakan): ______________________ [ ]

Nota: Soalan ranking tidak akan dijawab oleh responden dengan baik sekiranya

BSS diedarkan sahaja kepada mereka dan dikumpulkan semula tanpa membuat

semakan terhadap jawapan mereka)

Soalan Rating biasa digunakan untuk mengumpulkan data pendapat. Ia tidak

harus dikelirukan dengan skala yang mana adalah set soalan atau perkara yang

menjadi penunjuk kepada konstruk atau konsep (seperti MBTI, KAI).

Umpamanya anda mungkin menanya responden untuk memberi jawapan

berpandukan skala Likert (1, 2, 3, 4, 5) pendapat responden tentang hukuman

keras ke atas pesalah (contoh: merotan di khalayak awam) yang melakukan

dosa dari segi prinsip agama.

Kuantiti atau soalan kod sendiri memerlukan angka (umur peserta, bilangan

tahun di universiti, bilangan tahun bekerja di peringkat pengurusan) sebagai

respons.

Grid atau soalan matrik memerlukan respons kepada perkara yang

disenaraikan di bawah. Contohnya, anda mungkin menanya responden untuk

menjawab tahap pencapaian pendidikan oleh setiap ahli isi rumah.

Page 39: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

35

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Ahli Sek. Rendah Sek. Menengah Tertiari

Bapa [ ] [ ] [ ]

Ibu [ ] [ ] [ ]

Anak 1 [ ] [ ] [ ]

Anak 2 [ ] [ ] [ ]

Anak 3 [ ] [ ] [ ]

…..... [ ] [ ] [ ]

…..... [ ] [ ] [ ]

Panduan Menanya Soalan

Terdapat beberapa panduan mengikut Babbie (2001) berkaitan kaedah menggunakan

perkataan dalam membentuk soalan dalam BSS. Ini adalah:

Jadi setiap item jelas – Perkara dalam BSS perlulah jelas dan tidak samar-

samar. Takrifkan dengan jelas ungkapan “minggu” yang boleh

diinterpretasikan sebagai Sabtu hingga Jumaat di sesetengah negeri di

Malaysia dan Ahad hingga Sabtu di negeri yang lain.

Elakkan soalan serampang dua bahagian – Sesetengah soalan sebenarnya

mengandungi dua soalan di dalamnya. Ini akan menimbulkan dilema kepada

responden untuk memilih jawapannya. Mereka mungkin bersetuju untuk

bahagian pertama dan tidak bersetuju dengan bahagian kedua atau sebaliknya.

Ianya tidak akan menjadi masalah sekiranya jawapan kepada kedua-dua

bahagian adalah setuju atau tidak bersetuju. Contohnya, dalam menjalankan

penyelidikan tentang kekurangan gula, responden mungkin ditanya “Perlukah

kerajaan menetapkan harga siling bagi gula dan membanteras komplot sorok”.

Responden mungkin bersetuju dengan menetapkan harga siling tetapi mungkin

berpendapat lain tentang “komplot sorok” walaupun kedua-dua bahagian

dicorak untuk meneliti keberkesanan usaha membanteras spekulasi ke atas

harga gula. Panduan: Pecahkan soalan/pernyataan tersebut kepada dua perkara

berbeza.

Page 40: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

36

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Responden mesti berkebolehan untuk menjawab – Responden mungkin

tidak memiliki pengalaman atau pengetahuan untuk menjawab soalan.

Contohnya, pemuda-pemudi mungkin tidak dapat menjawab soalan yang

menanya perbelanjaan mereka ke atas pakaian mereka sekiranya ia sentiasa

dibeli oleh ibu bapa mereka.

Responden mesti sudi menjawab – Pekerja supermarket mungkin tidak

memberi jawapan ikhlas apabila ditanya sama ada mereka telah mencuri

barangan daripada syarikat, dalam survei untuk menentukan kecurian di

supermarket. Sama sepertinya, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan

mungkin menghindari responden untuk menjawab kerana khuatir dikenakan

tindakan kemudian.

Soalan yang ditanya perlulah relevan – Dalam menyoal sampel pemuda-

pemudi yang dipilih dari kalangan mereka yang menghadiri kem Khidmat

Negara (NS), penyelidik harus menanya soalan yang berkaitan dengan

pengalaman mereka di kem Khidmat Negara dan bukannya menanya soalan-

soalan yang berkaitan dengan khidmat negara yang diamalkan oleh negara-

negara lain seperti Singapura dan Switzerland oleh kerana ini mungkin tiada

kaitan dengan pengalaman belia di kem Khidmat Negara.

Soalan pendek paling baik kerana bidang tumpuan bagi responden

mungkin pendek dan beliau tidak akan perlu meluangkan lebih banyak masa

untuk cuba memahami soalan panjang yang sukar dibaca atau difahami.

Akhirnya beliau akan cuba menjawab secara spontan tanpa ikhlas.

Elakkan istilah negatif – Perkataan negatif yang timbul dalam BSS mungkin

disalah tafsir. Responden mungkin ditanya pendapat mereka tentang Jambatan

Serong (Crooked Bridge) untuk menggantikan jejambat sedia ada yang

menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. Pernyataan “Malaysia tidak

harus membina jejambat serong” mungkin menyebabkan jawapan yang kurang

tepat apabila sesetengah responden tidak mengesan “tidak” menyebabkan

mesej sebaliknya diberi kepada pengkaji. Babbie (2001) memberi contoh bagi

pernyataan yang negatif seperti dalam “Amerika Syarikat tidak harus

mengiktiraf Cuba” dan “Kumpulan orang berikut harus dihalang daripada

mengajar di sekolah awam” (daripada senarai yang turut mengandungi

komunis, ahli kumpulan Ku Klux Klan).

Page 41: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

37

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Elakkan perkara dan istilah yang bias – Sains pengurusan mengandungi

banyak istilah yang kurang tepat dalam menerangkan maksud dengan jelas.

Tafsiran kita tentang konstruk sosial bergantung kepada titik rujukan kita (iaitu

perspektif). Oleh itu, maklum balas yang diberi oleh seseorang responden

bergantung kepada pemahaman mereka tentang istilah yang digunakan. Bias

merujuk kepada mana-mana bahagian soalan yang memandu responden untuk

menjawab dalam pola tertentu. Oleh itu, Babbie (2001, hlm. 244)

membandingkan 62.8% daripada responden yang berpendapat terlalu sedikit

wang telah dibelanjakan untuk “membantu orang miskin” manakala hanya

23.1% merasakan terlalu sedikit dibelanjakan ke atas “kebajikan”. Satu senarai

perkara sedemikian yang cuba mendapatkan tahap sokongan yang berbeza

adalah seperti di bawah:

Banyak sokongan Kurang sokongan

‘bantuan kepada orang miskin' 'Kebajikan’

'membanteras kadar peningkatan

jenayah'

'Penguatkuasaan undang-undang’

'Menangani penyalahgunaan dadah’ 'Rehabilitasi dadah’

'Mengatasi masalah bandar raya besar' 'Bantuan kepada bandar raya besar'

'Meningkatkan taraf hidup orang kulit

hitam’

'Bantuan kepada orang kulit hitam’

'Mengawal keselamatan sosial' 'Keselamatan sosial’

Terma-terma yang mencemar dan nama samaran turut jatuh ke dalam kategori

ini (contoh, Mat Salleh, Mat Rempit).

Bias lain yang perlu dipertimbangkan juga adalah harapan sosial (social

desirability). Istilah ini merujuk kepada kecenderungan kita untuk

mencerminkan kita sebagai lebih disenangi daripada tabiat sebenar, khasnya

dalam temubual bersemuka. Kita mungkin tidak mahu dilihat sebagai

chauvinist atau lebih bersifat homoseksual maka memberi jawapan salah

kepada soalan yang diberi tentang sikap kita terhadap hubungan dan orientasi

seksual lelaki-perempuan.

Page 42: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

38

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

(b) Soalan Terbuka

Soalan-soalan terbuka adalah soalan yang memberikan sedikit ruang untuk responden

mengisi jawapannya tanpa diberi sebarang pilihan jawapan. Jawapan yang diberi

adalah mengikut gaya pemikiran responden sendiri. Ia biasanya disertakan di

penghujung sesebuah BSS kuantitatif untuk mengizinkan penelitian isu yang dikaji

daripada segi kualitatif. Ia juga paling penting dalam kajian yang melibatkan temu

bual mendalam, dan berbentuk soalan berstruktur. Prinsip dan panduan yang

digunakan ke atas soalan tertutup perlu juga diaplikasikan dalam bentuk ini.

3.1.3 Mereka bentuk Borang Soal Selidik

(a) Turutan dan Aliran Soalan

Soalan-soalan perlulah logikal kepada responden dan penemubual daripada keperluan

untuk penyelidik dalam keperluan jadual datanya. Untuk membantu dalam aliran

survei, ia mungkin perlu untuk menyertakan soalan penapis. Soalan penapis adalah

soalan yang membantu responden mengenal pasti soalan-soalan yang perlu dijawab

dan soalan mana tidak perlu dijawabnya.

56 Adakah anda berkahwin? Ya

Jika ‘tidak’, sila ke soalan 61 Tidak

57 Berapa lamakah anda telah berkahwin?

tahun bulan

(contohnya, untuk 6 bulan sahaja, tulis:)

tahun bulan

Sekiranya anda ingin memperkenalkan tajuk baru, ianya lebih baik disebut sebagai:

“Saya akan menanya anda tentang ….”

Anda perlu juga mempertimbangkan penggunaan warna berbanding dengan tulisan

hitam sahaja dalam mencetak BSS dan anda tidak harus menjarakkan dengan besar

soalan-soalan atau memadatkan soalan-soalan untuk menjimatkan kos percetakan.

Panjang BSS adalah juga penting. BSS yang terlalu panjang (sebagai contohnya sejam

0 0 0 6

Page 43: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

39

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

untuk menjawab) mungkin akan dibuang sahaja oleh responden manakala BSS yang

pendek sangat akan dianggap kurang penting. Amnya BSS bersaiz A4 empat hingga

lapan halaman dianggap sesuai untuk ditadbir dalam organisasi.

Untuk membantu memudahkan membaca anda mungkin ingin menulis soalan dalam

baris dan mengharapkan jawapan dalam lajur (column), dengan arahan diberi di atas

setiap halaman sama seperti dalam survei kendalian sendiri. Lihat contoh berikut:

Untuk setiap penyataan di bawah, tandakan petak yang paling baik menerangkan

pengalaman anda

Setiap

bulan

Setiap 3

bulan

Setiap 6

bulan

Jarang Tidak

pernah

23 Saya menerima risalah syarikat ....

24 Saya menerima penerbitan lain daripada

syarikat....

Sumber: Saunders et al. (2007, hlm. 382).

3.1.4 Menerangkan Tujuan Borang Soal selidik

(a) Surat

Satu surat pengenalan perlu disertakan bersama di muka depan BSS untuk meningkatkan

kadar maklum balas. Selain itu, ia mungkin juga diperlukan bagi memperkenalkan kajian

tersebut di dalam surat tersebut. Struktur surat berkenaan boleh berupa seperti di bawah:

Page 44: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

40

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Memasang papan tanda yang jelas sepanjang lebuh

raya

Pandangan anda tentang penambahbaikan dalam

papan tanda

Pusat Pendidikan Berterusan

Universiti Malaya

31 Ogos 2012

Tuan/Puan/Cik,

Borang soal selidik ini adalah sebahagian daripada projek penyelidikan untuk memahami

keberkesanan papan tanda sepanjang lebuh raya. Pandangan anda adalah amat penting dan

membantu dalam mengenal pasti isu-isu berkaitan penanda arah jalan yang lemah dan

bagaimana ia boleh diperbaiki.

Borang soal selidik ini akan mengambil masa sepuluh minit untuk dilengkapkan. Sila jawab

soalan dalam ruang yang disediakan. Anda boleh memberi maklumat lanjut sekiranya anda

ingin berbuat demikian. Jawapan anda akan dirahsiakan. Jangan menulis nama atau alamat

anda di mana-mana bahagian dalam borang soal selidik ini.

Keputusan kajian ini akan digunakan untuk kertas kajian saya dalam program Diploma

Pengurusan di Universiti Malaya.

Saya berharap anda akan mendapati borang soal selidik ini seronok diisi. Sila pulangkan

borang yang telah lengkap diisi dalam sampul bersetem dan beralamat sendiri yang terlampir

kepada Ali bin Ahmad. Sila hubungi saya di talian 012-1234567 sekiranya memerlukan

sebarang maklumat lanjut.

Terima kasih atas kerjasama dan bantuan anda.

Ali bin Ahmad

No. Matrik:

Page 45: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

41

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

3.1.5 Ujian Rintis dan Validiti

Sebelum menghantar BSS, anda harus menjalankan ujian rintis (pilot test) terdahulu.

Ujian rintis paling baik dikendalikan oleh pengkaji sendiri. Tujuan ujian pilot ialah untuk:

(a) mengenal pasti soalan-soalan yang mana responden menghadapi kesukaran untuk

menjawab. Ini termasuk soalan-soalan yang tidak dijawab oleh responden

(b) menghalusi lagi soalan-soalan yang ditanya dalam BSS

(c) mendapat tahu penemuan awal, iaitu mengenal pasti sama ada penemuan awal ini

bercanggah daripada penemuan daripada pengkaji-pengkaji lepas. Sekiranya

bercanggah dengan banyak, pengkaji perlu menyemak semua instrumen yang

digunakan untuk meneliti sama ada pernyataan atau soalan yang ditanya itu

mengandungi sebarang ralat.

Anda perlu menunjukkan BSS anda kepada penyelia anda atau pakar yang lain (seperti

pengkaji pemasaran) untuk menyemak kandungan (content validity) dan membuat

modifikasi atau tambahan yang perlu. Anda perlu seterusnya menunjukkan BSS anda

kepada orang yang memiliki ciri-ciri kumpulan sasaran kajian anda.

Responden ujian rintis boleh diminta untuk memberi pandangan mengenai kesesuaian

soalan, perkataan (termasuk kesamaran, dua soalan dalam satu, kesukaran dan ungkapan-

ungkapan yang jarang digunakan), dan juga masa yang diambil oleh responden untuk

menjawab.

3.2 Mentadbir Borang Soal Selidik

Peringkat akhir dalam kajian yang melibatkan BSS dipanggil mentadbir BSS. Terdapat

beberapa kaedah untuk mentadbir BSS – soal selidik melalui media Internet/intranet, BSS

pos, mengedar dan mengumpul BSS, serta BSS melalui telefon.

3.2.1 Melalui Internet dan Intranet

BSS melalui media Internet-intranet boleh ditadbir melalui dua cara: iaitu melalui e-mel

Page 46: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

42

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

atau melalui laman web. Satu contoh BSS melalui media Internet ialah anugerah FIFA

Player of the Century yang diberi kepada Maradona. Namun begitu, kelemahan yang

dikaitkan dengan BSS melalui Internet ialah bahawa respons boleh ditipu dan

keputusannya dapat dipersoalkan (The Great FIFA Swindle, 2000).

Salah satu masalah BSS melalui internet ialah bahawa banyak organisasi menghalang mel

masuk yang mencurigakan sebagai junk, menyebabkan perlunya langkah-langkah susulan

untuk memastikan emel sampai kepada peserta yang disasarkan.

BSS melalui Intranet ialah keadaan di mana BSS ditadbir melalui intranet dalam

organisasi korporat atau universiti. Contoh BSS melalui Intranet ialah survei sikap

pekerja terhadap kod pakaian atau pilihan makanan di kantin yang dibiayai oleh

organisasi. Satu contoh yang baik bagi menunjukkan bagaimana survei melalui Intranet

berfungsi ialah Moodle – satu perisian terbuka yang memberi kaedah membentuk dan

mentadbir BSS (Survey module, 2009).

3.2.2 Melalui Pos

Satu surat pengenalan perlu disertakan pada BSS apabila BSS dihantar kepada peserta

dalam survei melalui pos, termasuk dengan menyertakan satu sampul bersetem dan

beralamat penyelidik untuk memudahkan kerja responden. Surat-surat susulan perlu

dihantar untuk meningkatkan kadar pulangan jawapan yang lebih tinggi. Namun begitu,

adalah penting diketahui bahawa kadar pulangan biasa bagi BSS melalui pos adalah di

sekitar 15 peratus sahaja. Oleh itu, sekiranya seseorang perlu menyasarkan satu bilangan

pulangan BSS tertentu, maka beliau perlu mengambil kira kadar pulangan tersebut. Untuk

tujuan itu, dia perlu mengepos kepada lebih banyak peserta.

3.2.3 Melalui Telefon

Di mana yang mungkin, hubungi responden melalui telefon untuk memaklumkan tentang

BSS yang bakal diterima oleh responden. Setiap responden dihubungi dan butir-butir

perhubungan seperti tarikh, masa setiap panggilan perlu dicatatkan, dan tinggalkan voice

mail atas telefon bimbit untuk mencadangkan tarikh dan masa panggilan seterusnya oleh

Page 47: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

43

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

penyelidik. Untuk panggilan yang tidak berjaya, ulangi sekurang-kurangnya tiga kali lagi

pada waktu-waktu dan hari yang berbeza, kerana responden mungkin sibuk pada waktu

atau hari tertentu.

UJIAN KENDIRI

1. Nyatakan langkah-langkah yang akan anda ambil untuk memastikan anda

membangunkan satu set soalan yang reliabel dalam BSS anda.

2. Terdapat beberapa peraturan mengenali “penggunaan perkataan” (wording) dalam

BSS. Apakah ia?

3. Apakah kegunaan ujian rintis?

Page 48: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

44

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 4

KAEDAH SURVEI

4.1 Survei

Mengikut Chua (2006a), kajian tinjauan (survey research) adalah satu contoh kaedah

penyelidikan bukan eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang,

khususnya dalam sains sosial. Maka adalah tidak menghairankan jika diperhatikan ianya

digunakan oleh media, majalah dan televisyen untuk memperoleh maklum balas yang cepat

daripada orang awam tentang sesuatu isu. Chua (2006a) seterusnya menyatakan perkara-

perkara berikut sebagai mempengaruhi populariti kaedah kajian tinjauan (survey research

methods, SRM):

a) Penggunaan yang meluas – ia boleh digunakan untuk memerihalkan pelbagai jenis

soalan seperti isu dan masalah daripada pelbagai perspektif yang menghuraikan sikap,

tabiat, pandangan, kepercayaan, perasaan, dan lain-lain.

b) Mesra pengguna – ia ditadbir melalui pengedaran sesuatu BSS atau mengendali temu

bual, atau kedua-duanya.

c) Merupakan kaedah mengumpul data dengan cepat – kaedah ini membentuk data

primer yang boleh dikumpulkan daripada ramai responden dan membolehkan analisis

dibuat cepat, kedua-duanya dalam waktu yang singkat.

d) Saiz sampel yang besar – untuk kajian yang memerlukan sampel yang besar, SRM

adalah kaedah yang lebih baik. Ia juga adalah cepat untuk mengumpulkan maklumat

daripada sampel yang besar, tidak seperti kajian eksperimen yang akan menelan kos

tinggi untuk sampel sebesar itu.

e) Maklumat langsung – data boleh diperoleh terus daripada responden dalam tempoh

yang singkat.

Hasil Pembelajaran

Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:

1. Menilai kaedah survei sebagai salah satu daripada kaedah penyelidikan yang

popular dalam sains sosial

Page 49: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

45

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

f) Keupayaan untuk keputusan digeneralisasi – sekiranya sampel dipilih dengan betul,

keputusan yang diperoleh boleh dipanjangkan untuk mewakili populasi yang lebih

besar.

Rujuk “Jadual 7.1” dalam Chua (2006a) untuk melihat contoh survei politik yang berusaha

untuk meramalkan Presiden yang mungkin bagi Amerika Syarikat daripada satu senarai

calon.

Kaedah biasa dalam SRM adalah sama ada mengedarkan BSS (dan seterusnya mengumpul

kembali kemudian) dan temu bual. Temu bual biasanya mengambil masa yang panjang

ditadbir kerana seseorang pengkaji perlu mendapatkan temu janji dengan responden dan

setiap responden akan mengambil masa pengkaji dan ini akan perlu diulangi untuk sebilangan

responden yang akan ditemu bual. Pada masa ini, BSS boleh dimuatkan secara online supaya

ia boleh disasar kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menjawabnya secara manual

selepas dia menerima data. BSS online juga mempunyai kelemahannya: calon responden

mungkin mengambil pendirian untuk tidak menjawab BSS; dan ia tidak ada ‘sentuh peribadi’

(dengan perkataan lain, adalah lebih baik jika pengkaji berada di hadapan responden supaya

lebih interaktif). Juga, seperti mana kaedah BSS lain, ia tidak boleh meminta jawapan yang

terperinci daripada responden kerana mereka akan kehilangan tumpuan selepas beberapa

ketika dan ini akan memberi kesan negatif kepada reliabiliti data yang diperoleh.

4.2 Proses Terlibat dalam SRM

Responden perlu dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak untuk memastikan

keputusan yang diperoleh dapat digeneralisasi kepada populasi yang lebih luas. Namun

begitu, adalah penting latar belakang sampel responden dilaporkan kerana pembaca ingin

tahu ciri-ciri responden yang turut serta dalam kajian tersebut. Contohnya, pemilihan

responden daripada latar yang lemah berkemungkinan mempengaruhi keputusan kajian

tentang kesan kenaikan harga minyak ke atas gaya hidup mereka berbanding dengan sampel

yang diambil daripada pelbagai latar responden. Maklumat latar sepertinya boleh diperoleh

dalam kebanyakan BSS, meliputi latar demografi seperti gender, kumpulan etnik, umur,

tahap pendidikan, taraf perkahwinan, pekerjaan, pendapatan keluarga dan lain-lain. Jadual 4.1

menunjukkan proses-proses yang terlibat dalam SRM.

Page 50: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

46

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Jadual 4.1: Proses dalam Kajian Tinjauan SRM

Proses Langkah

Menyatakan tujuan kajian Menyenaraikan tujuan kajian dan seterusnya membina

soalan kajian yang berkaitan dengan tujuan kajian.

Mengenal pasti sumber

yang diperlukan

Sumber-sumber untuk pembinaan instrumen,

pengumpulan data dan analisis data dikenal pasti.

Sumber kewangan juga perlu dikenal pasti jika kajian

melibatkan perbelanjaan yang besar.

Mengenal pasti populasi

sasaran

Mengenal pasti ciri-ciri populasi dan seterusnya

merancang proses kajian tinjauan yang seterusnya.

Menentukan saiz sampel Menentukan bilangan subjek sampel kajian dan

seterusnya memilih sampel daripada populasi kajian

Menentukan kaedah kajian

tinjauan

Memilih kaedah kajian tinjauan yang sesuai dengan

kemampuan diri sebelum menyediakan instrumen kajian.

Kaedah kajian tinjauan termasuk penggunaan soal

selidik (menggunakan kertas-pensil atau melalui media

elektronik) dan temu bual (melalui telefon, bersemuka,

berkumpulan dan sebagainya). Kaedah yang dipilih juga

bergantung kepada jenis dan bilangan subjek kajian. Jika

saiz sampel kajian besar, pengendalian soal selidik

adalah lebih sesuai daripada menggunakan temu bual.

Menyediakan instrumen

kajian Instrumen kajian dibina berdasarkan soalan kajian

Menganalisis data kajian Data kajian yang dipungut dianalisis dengan

menggunakan ujian statistik yang sesuai

Generalisasikan hasil

kajian

Membuat generalisasi keputusan kajian ke atas populasi

kajian

Sumber: Petikan daripada Chua (2006a, hlm. 111).

4.3 Penyediaan Instrumen – BSS dan Temu bual

Instrumen yang akan digunakan dalam kajian mesti mempunyai ciri-ciri berikut (Chua,

2006a):

Page 51: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

47

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

a) sesuai dengan latar responden

b) format adalah sistematik

c) arahan yang jelas

d) satu surat pengenalan mungkin disertakan untuk menyokong niat kajian

e) kajian rintis perlu dikendalikan sekiranya kajian dijalankan atas satu sampel.

Lihat juga “Jadual 7.2” (Chua, 2006a, hlm. 112-113).

4.4 Temu bual

Dalam sesetengah kes, temu bual dikendalikan dengan bantuan sebuah BSS untuk

mendapatkan maklum balas yang lebih reliabel daripada responden dan ia juga berupaya

membantu responden menjawab soalan yang susah dengan bantuan pengkaji. Temu bual

seperti ini dipanggil temu bual berstruktur. Sebaliknya, terdapat temu bual yang dikendalikan

tanpa ada senarai soalan yang khusus. Temu bual sedemikian juga mengizinkan soalan-soalan

susulan ditanya mengikut perbincangan yang berlangsung dan bergantung kepada jawapan

yang diberi oleh responden. Bentuk temu bual ini dipanggil temu bual tidak berstruktur.

Namun begitu, terdapat instrumen yang menggabung kedua-dua kaedah ini, dipanggil kaedah

temu bual separa berstruktur.

Kebaikan kaedah temu bual adalah bahawa maklumat daripada responden boleh disiasat

lanjut melalui soalan-soalan tambahan yang sesuai untuk memastikan responden memahami

isu tersebut dengan mendalam.

Jadual 4.2 menunjukkan perbezaan antara ketiga bentuk kaedah temu bual.

4.5 Langkah-langkah yang Perlu Diambil

Yang berikut merupakan langkah-langkah yang mungkin wajar diambil untuk menjalankan

kajian tinjauan menggunakan BSS atau temu bual:

(1) Mulakan dengan pendirian bahawa bilangan soalan mesti diminimumkan untuk

kebaikan kedua-dua pihak.

(2) Ulasan teori memberi panduan tentang pemboleh ubah yang perlu dimasukkan

dalam metod yang digunakan.

Page 52: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

48

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

(3) Mulakan dengan soalan utama dan soalan-soalan kecil di bawah soalan utama.

(4) Jangan bercanggah dengan pertimbangan etika dalam mana-mana kaedah yang

dipilih, khasnya sesuatu yang berupaya menjadikan responden kurang senang

menjawab soalan yang sensitif.

(5) Cuba motivasikan responden untuk menjawab dengan ikhlas dan tepat.

(6) Soalan-soalan tidak harus bercanggah antara satu sama lain dan elakkan soalan yang

akan mengelirukan responden.

(7) Gunakan tahap bahasa yang sesuai kepada kumpulan sasaran (ini lebih sesuai dalam

kaedah temu bual)

(8) Gunakan kaedah komunikasi yang positif khususnya semasa temu bual

(9) Elakkan soalan serampang dua mata

(10) Dapatkan persetujuan untuk merekod perbualan. Sebaliknya anda perlu mencatat

nota perbualan tetapi ini berupaya mengalihkan tumpuan penemu ramah dalam

perbualan tersebut.

(11) Pastikan sesi temu bual dijadikan sesingkat yang boleh.

Jadual 4.2: Ciri-ciri Kaedah Temu Bual

Jenis Temu Bual Ciri-ciri

1. Berstruktur Adalah terancang rapi di mana soalan disusun

secara teratur

Peranan pengkaji adalah penting untuk

meningkatkan minat untuk menjawab soalan dalam

sesi temu bual

Bilangan soalan mesti dihadkan tetapi mencukupi

untuk mencapai objektif kajian

Semua responden diberi soalan yang sama untuk

dijawab

Setiap soalan membawa maksud yang sama kepada

semua responden

2. Tidak Berstruktur Tidak seperti temu bual berstruktur, temu bual tidak

berstruktur berfungsi bertentangan.

Responden diberi soalan-soalan spontan

Page 53: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

49

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

berpandukan kepada maklum balas yang diberi

olehnya

Pengkaji mungkin tidak dapat meramalkan soalan

yang akan ditanya kepada responden.

Setiap responden mungkin memahami soalan (jika

soalan sama dikemukakan) secara berbeza.

Penemu bual mempunyai peluang untuk

menerangkan maksud soalan yang ditanya kepada

responden dengan lebih lanjut. Begitu juga,

responden berupaya menanya soalan jika dia tidak

memahami soalan yang ditanya.

3. Separa Berstruktur Dalam format ini, sesetengah soalan dibentuk secara

berstruktur sementara yang lain adalah tidak

berstruktur.

Pengkaji mempunyai peluang untuk menanya

soalan-soalan lain.

Ini akan berupaya menilai keupayaan responden

daripada pelbagai kategori untuk menjawab soalan.

Ini boleh dibantu oleh pengkaji melalui usahanya

membantu responden menggunakan perkataan-

perkataan atau istilah secara tidak formal.

Senarai soalan adalah fleksibel untuk dinyatakan

dalam sebarang turutan.

4.6 Jenis-jenis Kaedah Temu Bual

Kaedah temu bual boleh berupa temu bual bersemuka (face-to-face) dan bukan bersemuka.

Sebahagian besar perbincangan di atas telah memberi fokus kepada kaedah bersemuka.

Kaedah bukan bersemuka termasuklah temu bual melalui telefon dan temu bual

menggunakan bantuan komputer (computer assisted interview). Kedua-dua kaedah

mempunyai kebaikan dan kelemahan seperti mana tersenarai dalam Jadual 4.3. Temu bual

dengan bantuan komputer pula terdiri daripada temu bual berkomputer melalui telefon

(computer assisted telephone interviews, CATI) dan temu bual langsung dengan bantuan

Page 54: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

50

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

komputer (computer assisted personal interview, CAPI). Ini berupaya menggunakan

kebaikan teknologi maklumat moden di mana soalan disampaikan ke skrin komputer

responden menggunakan perisian spesifik. Sistem ini akan membolehkan responden

membetulkan jawapan-jawapan yang luar daripada skop. Sistem ini juga mengelakkan

pengkaji daripada menanya soalan-soalan lain dan soalan perlu dikemukakan dalam susunan

yang telah ditetapkan.

Jadual 4.3: Ciri-ciri Kaedah Temu Bual Bukan Bersemuka

Kaedah Bukan

Bersemuka

Kekuatan Kelemahan

Kaedah temu bual

melalui telefon

Kadar respons adalah

tinggi

Pengumpulan data yang

cepat

Soalan yang samar-samar

boleh dijelaskan oleh

penemu bual

Responden tenang semasa

menjawab

Ia boleh dijalankan

merentasi kawasan

geografi (jarak bukanlah

satu penghalang)

Berupaya membuat

responden rasa

bagus/dihargai kerana

diminta memberi temu

janji untuk ditemu bual

Nombor telefon

individu berkenaan

diperlukan

Memerlukan penemu

bual memujuk

responden untuk turut

serta

Soalan mestilah

pendek dan mudah

difahami

Komunikasi tidak

bersemuka

Responden mungkin

tidak ingin

menyambung

perbualan dengan

meletak gagang

telefon.

Tidak boleh temu bual

ramai kerana ia adalah

mahal dan memakan

masa yang lama

Page 55: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

51

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Temu bual dengan

bantuan komputer

Ia boleh dijalankan

merentasi kawasan

geografi (jarak bukanlah

satu penghalang)

Responden boleh

menggunakan komputer

sendiri untuk menjawab

soalan

Maklum balas boleh

didengari semula dengan

sistem digital

Pengumpulan data yang

cepat dan terus dimuat

naik automatik untuk

analisis

Kurang mahal daripada

turun ke tapak kajian – kos

pengangkutan dan

penginapan boleh

dielakkan

Lebih ekonomik sekiranya

bilangan temu bual yang

besar adakan (kos perisian

tinggi – takkan beli

perisian mahal untuk temu

bual hanya beberapa

responden)

Memerlukan

pelaburan yang besar

untuk membeli

perisian

Perisian perlu

disampaikan

(transmitted) kepada

komputer responden

Page 56: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

52

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

UJIAN KENDIRI

1. Jelaskan mengapa kaedah survei tinjauan popular digunakan dalam sains sosial.

2. Perihalkan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum seseorang menjalankan sesi

temu bual bersemuka.

Page 57: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

53

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 5

STRATEGI PENYELIDIKAN KUALITATIF

Antara strategi utama dalam penyelidikan kualitatif adalah kajian lapangan dan kajian kes.

5.1 Kajian Lapangan

Kajian lapangan (field research) biasa digunakan dalam bidang sains sosial, khasnya dalam

teknik-teknik yang memerlukan pemerhatian terhadap fenomena semula jadi. Kajian

lapangan adalah berbeza daripada SRM kerana kajian lapangan melibatkan pemerhatian

dibuat semasa sesuatu peristiwa sedang berlangsung. Di bawah teknik ini, pengkaji

memerhati dan mengambil nota semasa peristiwa tersebut sedang berlangsung. Mengikut

Chua (2006a), kaedah pemerhatian membenarkan pengkaji mengumpul maklumat tentang:

a) Persekitaran fizikal – tabiat dan ciri-ciri yang membentuk tabiat manusia, seperti

jantina, kumpulan etnik, status sosioekonomi dan lain-lain

b) Persekitaran interaktif – interaksi yang berlangsung secara verbal, bukan verbal,

formal, bukan formal, dan aspek-aspek terancang dan bukan terancang

c) Persekitaran di mana suatu program dilaksanakan – berkait dengan sumber,

organisasi, kaedah, kurikulum dan peserta sesuatu program

5.1.1 Jenis-jenis Kajian Lapangan

Terdapat dua jenis kajian lapangan, iaitu pemerhatian sistematik dan pemerhatian

penyertaan. Pemerhatian sistematik adalah kaedah di mana kejadian-kejadian semula jadi

diperhatikan, dicatat, dikodkan kepada unit-unit yang bermakna dan diperihalkan oleh

pengkaji yang bukan peserta dalam kejadian tersebut (Chua, 2006a). Pemerhatian

Hasil Pembelajaran

Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:

1. Mengkaji kaedah-kaedah dalam penyelidikan lapangan serta kajian kes sebagai

strategi penyelidikan kualitatif utama.

Page 58: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

54

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

penyertaan adalah keadaan di mana pengkaji menyertai secara langsung dalam peristiwa

yang sedang dikaji untuk membenarkan pengkaji memahami dan merasakan sendiri

situasi tersebut sepertimana yang dialami oleh peserta-peserta yang dikaji.

a) Pemerhatian Sistematik

Lanjutan daripada perkataan “sistematik”, pengkaji merancang langkah-langkah yang

perlu diambil sebelum “turun” ke tapak kajian. Langkah-langkah ini termasuk:

i) Menentukan peristiwa yang perlu diperhatikan

Ini akan dibimbing oleh minat pengkaji atau objektif kajian. Di bawah ini,

kebanyakan kejadian boleh dikategorikan kepada (Chua, 2006a, hlm. 142):

Peristiwa bukan verbal

Melibatkan pemerhatian terhadap pergerakan badan (body language) –

untuk membantu pengkaji mengumpul maklumat tentang tabiat manusia

dan perkaitannya dengan kepuasan, perasaan, sikap, tahap motivasi dll.

Peristiwa ruang

Ini adalah berkait dengan interaksi antara manusia dengan objek, yang

berusaha untuk mengkaji perbezaan dan perhubungan antara manusia dan

interaksi antara mereka.

Peristiwa ekstra-linguistik

Ini meliputi perkara yang berkait dengan kadar, nada, kekuatan dan tabiat

lain ke atas percakapan, yang membekalkan maklumat tentang komunikasi

verbal manusia.

Peristiwa linguistik

Melibatkan kandungan mesej verbal dan bahan-bahan bertulis yang

mengizinkan pengkaji merisik tentang pemikiran dan cara-cara

komunikasi manusia.

ii) Menentukan teknik pensampelan bagi Pemerhatian Sistematik

Sepertimana dapat dilihat dalam Rajah 5.1, pensampelan lapangan boleh

dibentuk berasaskan unsur masa khusus atau memilih sampel peristiwa yang

Page 59: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

55

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

ingin diperhatikan. Rajah yang berikut menerangkan tentang pensampelan

berasaskan unsur masa:

Rajah 5.1: Skema Pensampelan dalam Kaedah Pemerhatian Sistematik

Sumber: Chua (2006a, hlm. 143).

Pensampelan Masa Berterusan

Kaedah ini memerhati sesuatu peristiwa sepanjang satu tempoh tertentu.

Semua peristiwa yang berlaku dalam tempoh ini dicatat dan diperhatikan

sama ada wujud sebarang trend tertentu. Tempoh masa ini boleh jadi

beberapa jam dalam satu hari, beberapa hari, minggu atau bulan.

Pemerhatian tahunan biasanya jarang kerana terlalu lama. Contoh

termasuklah trend aktiviti manusia di tempat kerja, umpamanya dalam

menghadiri mesyuarat, menjalankan tugas sendiri, memanggil dan

menerima panggilan telefon setiap hari selama dua minggu. Contoh lain

termasuk memerhati kehilangan masa pekerja akibat aktiviti yang tidak

produktif di tempat kerja (tip: seseorang boleh menggunakan kaedah ini

untuk memerhati berapa banyak masa kerugian akibat datang lewat ke

kerja, masa untuk berbual dengan pekerja lain, masa dibelanjakan berbual

melalui telefon dan penggunaan jaringan sosial (social networks), serta

Pemerhatian Sistematik

Observation

Sampel Kajian

Pensampelan Peristiwa Pensampelan Masa

Pensampelan

Masa Berterusan

Pensampelan

Tanda Masa

Pensampelan

Selang Masa

Page 60: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

56

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

bentuk-bentuk absenteeisme lain. Ini dapat dijumlahkan di penghujung

kajian sebagai trend dan mengira jumlah masa dihilangkan setiap pekerja.

Pensampelan Tanda Masa

Dalam statistik ‘masa’ diambil sebagai diskrit. Dengan itu, pemerhatian

dibuat pada titik-titik masa yang berbeza. Contoh: memerhatikan tindak-

tanduk yang diambil oleh setiap pekerja sebelum menghadiri mesyuarat

dalaman.

Pensampelan Selang Masa

Melalui kaedah ini, seseorang pengkaji memerhatikan peristiwa atau

bilangan peristiwa pada masa-masa tertentu. Contohnya, seseorang

mungkin ingin memerhatikan bilangan pelanggan yang menunggu di

depan kaunter tepat selang setiap 30 minit atau setiap jam. Misalnya,

pemerhatian dibuat tentang bilangan pelanggan menunggu perkhidmatan

sama ada pada 9.30 am, 10.30 am, 11.30 am, dan seterusnya; atau 9.30 am,

10.00 am, 10.30 am, 11.00 am dan seterusnya. Dengan berbuat demikian,

pengkaji berupaya meneliti trend and dapat memberi cadangan untuk

mengurangkan masa menunggu bagi pelanggan.

b) Pemerhatian Penyertaan

Sepertimana disebut sebelum ini, pengkaji menyertai sebagai salah seorang individu

yang terlibat dalam suasana sosial berkait dengan peristiwa yang dikaji untuk

memahami dan mengalami sendiri aktiviti dan langkah-langkah yang membangkitkan

peristiwa tersebut. Namun begitu, sama ada individu lain yang terlibat dalam situasi

tersebut menyedari bahawa mereka sedang dikaji, diperhatikan dan bahawa pengkaji

turut berada bersama mereka adalah satu isu yang lain. Walaupun begitu, anda akan

mempelajari dalam topik etika penyelidikan bahawa terdapat keadaan di mana

individu yang diperhatikan berupaya menukar perwatakannya apabila diketahui dia

sedang diperhatikan sehingga menggugat kesahihan maklumat yang dikumpulkan.

Dalam situasi sedemikian, terdapat empat kombinasi berbeza yang melibatkan

peranan penyelidik sebagai pemerhati yang turut serta dan sama ada penyertaannya

diketahui oleh individu lain dalam persekitaran yang dikaji. Ini adalah:

Page 61: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

57

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

i) Pengkaji adalah pemerhati sahaja, tetapi diketahui oleh semua tentang

peranannya sebagai pemerhati

ii) Pengkaji adalah pemerhati sahaja, tetapi tidak diketahui oleh semua tentang

peranannya sebagai pemerhati

iii) Pengkaji adalah pemerhati dan peserta, tetapi diketahui oleh semua tentang

peranannya sebagai pemerhati

iv) Pengkaji adalah pemerhati dan peserta, tetapi tidak diketahui oleh semua

tentang peranannya sebagai pemerhati

Apabila penyertaannya tidak dimaklumkan kepada individu lain yang sedang

diperhati, ini berupaya bercanggah dengan pertimbangan etika. Walau pun begitu,

tidak ada gunanya memberitahu semua yang lalu-lalang dalam peristiwa tersebut dan

biasanya mereka tidak ingin mengetahui bahawa mereka sedang diperhatikan. Maka,

penyelidik perlu memutuskan sendiri opsyen yang ada padanya.

5.1.2 Reliabiliti Kaedah Pemerhatian

Reliabiliti (kebolehpercayaan data) boleh diperkukuhkan melalui triangulasi, seperti

berikut (Chua, 2006a):

a) Nota pemerhatian dibuat oleh lebih dari seorang pemerhati

b) Pemerhatian dibuat di sebilangan tempat dan lokasi

c) Pemerhatian dibuat pada masa berbeza.

“Triangulasi” bermaksud Penggunaan lebih daripada satu kaedah atau pendekatan untuk

mengesahkan dan memperkuatkan validiti penemuan dalam kajian. Istilah lain yang biasa

digunakan untuk “triangulasi” ialah semak-silang (cross-examination). Jika kaedah-

kaedah berbeza memberi jawapan berbeza kepada konsep yang dikaji, maka terdapat

masalah kredibiliti dalam salah satu kaedah yang telah digunakan. Jika kaedah-kaedah

tersebut memberi jawapan yang sama, ia menyokong kepada kredibiliti kepada penemuan

kajian.

Page 62: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

58

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

5.2 Kajian Kes

Istilah yang lain bagi Kajian Kes ialah Kajian Kes Khusus (Case-Specific Studies). Terdapat

banyak keadaan di mana usaha untuk mengkaji tabiat manusia menjadi terlalu rumit kerana

individu adalah berbeza dan tersendiri, cara mereka berfikir dan juga cara mereka membawa

diri. Oleh itu, ada masanya kajian kes dikendalikan dalam usaha untuk memahami kelakuan

seseorang individu atau sekumpulan individu. Ini biasa disebut kajian mendalam (in-depth

studies). Kajian kes boleh dijalankan ke atas individu, kumpulan atau komuniti menggunakan

pelbagai instrumen pengumpulan data seperti meneliti dokumen, data sejarah, temu bual

mendalam serta pemerhatian penyertaan (Chua, 2006a). Etnografi adalah satu kaedah di

mana sedemikian yang memerhati individu atau kumpulan individu.

Dalam satu kajian, suri rumah tangga daripada pelbagai komuniti telah diperhatikan untuk

meneliti bagaimana mereka menyumbang kepada ekonomi keluarga walaupun mereka tidak

bekerja. Mereka diperhatikan sebagai sampel daripada komuniti berbeza (estet, kampung

nelayan, petani, dll.) dan pemerhatian termasuklah sama ada mereka membela ayam, itik,

atau bercucuk tanam di halaman rumah, menjaga anak-anak dan lain-lain. Ini boleh

diperkukuhkan dengan kaedah temu bual untuk memahami aktiviti mereka selama seminggu

oleh kerana ada aktiviti-aktiviti spesifik pada hari tertentu sahaja.

5.2.1 Bilangan Kes yang Perlu Dikaji

Ini adalah soalan yang sentiasa timbul dalam kaedah kajian kes. Tambahan pula, terdapat

persoalan lain seperti saiz kajian kes yang perlu dibuat. Ini bergantung sepenuhnya

kepada objektif kajian yang berkaitan. Namun begitu, kes-kes yang perlu dikaji perlu

dipilih dengan teliti dan boleh dijustifikasi.

5.2.2 Kategori Kajian Kes

Mengikut Chua (2006a), terdapat tiga kategori kajian kes iaitu intrinsik, instrumental dan

kajian kes kolektif. Kategori kajian kes yang digunakan dalam kajian bergantung kepada

objektif kajian.

Page 63: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

59

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

a) Kajian Kes Intrinsik

Kategori ini merujuk kepada topik-topik khusus dan unik yang menarik perhatian

umum (seperti trauma pesakit alami sebelum dan selepas pembedahan di hospital;

atau selepas suatu kejadian ragut). Di bawah keadaan ini, matlamat pengkaji adalah

untuk memahami dan menyelami perasaan dan reaksi pesakit atau mangsa kejadian.

Dalam kes sedemikian, tidak ada sebab untuk mengedarkan BSS untuk mengumpul

maklumat yang diperlukan, kerana kaedah ini adalah tidak sesuai untuk pengumpulan

data sedemikian.

b) Kajian Kes Instrumental

Di bawah kategori ini, matlamat kajian ini adalah untuk menguji teori atau

mengaitkan sesuatu isu kepada suatu teori. Pengumpulan data akan menentukan sama

ada teori berkenaan dalam menerangkan maklumat yang dikumpulkan.

c) Kajian Kes Kolektif

Kajian kes kolektif melibatkan sebilangan set instrumen kajian kes yang biasa

dikendalikan pada skala besar dan mendalam. Ini biasa dijalankan untuk menguji teori

atau untuk membina dan membuat generalisasi ke atas populasi yang dikaji. Satu

contoh adalah untuk menjalankan kajian kes ke atas kumpulan pelajar universiti

berdasarkan tabiat mereka seperti mereka yang memencil diri, terlalu aktif dan

proaktif. Setiap kumpulan boleh melibatkan sebilangan kajian kes dan keputusan

boleh digeneralisasi untuk mewakili jenis-jenis pelajar, dan akhirnya satu kesimpulan

am boleh dibuat apabila penemuan berkaitan setiap kumpulan pelajar dibandingkan

dan digabungkan untuk membentuk rumusan umum tentang populasi pelajar di

universiti.

5.2.3 Fungsi Kajian Kes

Fungsi kajian kes boleh jadi untuk mencari apa yang belum diketahui, untuk

menerangkan peristiwa tertentu atau memerihalkan finomena berkaitan. Ini dapat

Page 64: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

60

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

dikaitkan kembali kepada matlamat penyelidikan (rujuk Seksyen 1.3). Jenis-jenis kajian

kes adalah (Chua, 2006a):

a) Kajian Kes Jenis Eksploratori

Kebanyakan masanya, bentuk ini digunakan sebagai ujian rintis to menentukan

sama ada kajian yang lebih besar adalah feasible dikendalikan dan mencari isu-isu

awal yang perlu diatasi sebelum kajian sebenar boleh dijalankan.

b) Kajian Kes Jenis Penjelasan

Ini dijalankan untuk menerangkan mengapa sesetengah peristiwa berlangsung dan

bagaimana ia boleh diterangkan oleh teori-teori tertentu.

c) Kajian Kes Jenis Diskriptif

Dalam kajian kes jenis ini, teori membentuk tunjang kepada kajian dan dengan itu

dipandu oleh teori. Maka, penyelidik akan perlu menentukan analisis yang perlu

dipertimbangkan.

Page 65: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

61

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 6

PEMILIHAN SAMPEL

Masalah yang berkait dengan akses dapat diringkaskan seperti berikut:

– akses fizikal atau untuk masuk

– meneruskan akses

– akses kognitif

Banyak organisasi menerima permohonan daripada penyelidik, pelajar dan pihak-pihak

berkuasa untuk data. Membenarkan akses kepada data tersebut berupaya menjadi tekanan

kepada sumber manusia organisasi (masa untuk temu bual, mengisi borang soal selidik).

Temu bual susulan (meneruskan akses) mungkin menjadi masalah apabila kakitangan yang

ditemu bual sebelum ini telah berhenti bekerja atau telah berpindah ke tempat lain.

Walaupun akses fizikal mungkin diluluskan, tetapi ia mungkin dihadkan ke jabatan-jabatan

atau peringkat pengurusan tertentu sahaja (contohnya, pengurus-pengurus sering tidak dapat

dicapai kerana mereka bertugas di luar). Maksud akses yang luas ini biasanya disebut sebagai

akses kognitif.

Contohnya, Ng (2008) telah mendapat akses kepada satu organisasi untuk menjalankan

penyelidikan ke atas latihan sebagai langkah intervensi bagi meningkatkan kemahiran

pengurusan khusus dalam kalangan kakitangannya. Jabatan Sumber Manusia telah mengatur

hari Sabtu sebagai hari untuk latihan. Malangnya, hanya segelintir daripada kakitangan yang

diwajibkan hadir dapat menyertai latihan kerana terikat dengan komitmen kerja mereka, dan

ada juga yang bertugas di luar negara. Beliau terpaksa mengubahsuai persoalan kajian yang

Hasil Pembelajaran

Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:

1. Mengkaji kaedah-kaedah pensampelan

2. Menentukan teknik pensampelan yang terbaik untuk penyelidikan spesifik

Page 66: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

62

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

telah dirangkanya di peringkat awal untuk mengambil kira kepincangan tersebut dalam

menyiapkan penyelidikannya.

Kebenaran akses untuk penyelidik yang juga adalah pengamal (practitioner) adalah agak

mudah tetapi ia mungkin sukar bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan apabila pihak

organisasi sangsi terhadap motif penyelidik-pengamal tersebut.

Strategi untuk mendapat akses adalah:

– Menyediakan masa yang mencukupi untuk anda; banyak panggilan telefon mungkin

diperlukan untuk mengenal pasti individu yang berkaitan untuk memberi akses atau

maklumat (borang soal selidik atau temu bual); banyak lagi masa diperlukan untuk

memerhati di tapak pengeluaran (production site).

Menggunakan kenalan dan mengenal pasti kenalan baru; kadang-kadang sekiranya anda

menjalankan latihan di organisasi tertentu, ia mungkin lebih mudah untuk mencapai akses

melalui kenalan sedia ada. Dalam pensampelan snowball atau bertujuan, kenalan anda

akan dapat memberi nama-nama lain untuk anda meneruskan pengumpulan data anda.

Menyediakan tujuan yang jelas dan jenis akses yang diperlukan; satu surat pengenalan

yang menyatakan dengan jelas tujuan penyelidikan, bagaimana orang yang dihubungi

dapat membantu, dan apa yang diperlukan (temu bual, pemerhatian di tapak pengeluaran,

data arkib).

Mengatasi keresahan organisasi termasuk kekangan sumber, kerahsiaan (data pasaran,

kos pengeluaran), dan sensitiviti (contoh: kadar pemulangan barangan yang tinggi di

paras kedai)

Potensi kebaikan kepada organisasi; sama ada penemuan kajian bernilai kepada

organisasi dan sama ada laporan lengkap akan diserahkan kepada organisasi di mana satu

surat yang menyatakan format terperinci laporan yang boleh disediakan kepada organisasi

tersebut.

Menggunakan bahasa yang sesuai seperti 'belajar daripada pengalaman anda’ daripada

‘menyelidik’, 'berbual’ menggantikan ‘temu bual’, dan 'memperincikan penulisan’

berbanding dengan penerbitan (Buchanan et al., 1988, hlm. 57).

Menyelaras jawapan dengan memasukkan satu proforma untuk penerima-penerima

permohonan anda.

Page 67: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

63

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Membangunkan akses secara gradual; akses permulaan mungkin untuk survei borang

selidik dan akses seterusnya dipohon kemudian untuk temu bual dengan peserta tertentu.

6.1 Pemilihan Sampel

Terdapat perbezaan yang nyata antara banci dan sampel. Banci adalah pengumpulan dan

analisis data yang berkait dengan keseluruhan populasi seperti banci perumahan dan

penduduk yang dilaksanakan setiap 10 tahun oleh kerajaan Malaysia. Ia memberi gambaran

terperinci tentang seluruh populasi tersebut dan mengizinkan kerajaan untuk membuat

perancangan tentang kesihatan, kebajikan, kemudahan awam dan pendidikan. Banci adalah

mahal dikendalikan dan oleh yang demikian sampel biasa digunakan dalam penyelidikan

sains sosial, perniagaan dan pengurusan.

Satu sampel adalah subset bagi suatu populasi. Pensampelan membenarkan data

dikumpulkan dan dianalisis dan keputusan yang diperoleh secara statistik inferens dapat

dianggap sebagai mewakili ciri-ciri suatu populasi. Ini dapat diperhatikan dalam Rajah 6.1.

Namun begitu, anda perlu berwaspada apabila menggunakan perkataan “populasi” sebelum

anda menggunakan teknik pensampelan. Populasi (biasanya digunakan untuk mempamerkan

penduduk sesebuah Negara atau wilayah) digunakan dalam skop yang lebih luas untuk

mengira semua elemen atau kes, sebagai contohnya, rangkaian pusat makanan segera di

Malaysia atau sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK), dan syarikat-syarikat yang

mengamalkan sistem pengurusan kualiti ISO9000.

Page 68: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

64

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Rajah 6.1: Sampel dan Populasi

6.2 Kegunaan Sampel

Sebab-sebab terperinci untuk memilih penyelidikan yang menggunakan teknik pensampelan

berbanding dengan banci adalah:

– Ia adalah tidak praktikal kepada pengkaji untuk menjalankan survei ke atas

seluruh populasi.

– Ia tidak mungkin, dari segi kewangan, untuk membuat survei ke atas seluruh

populasi; contohnya, penyebaran H1N1 di SJKC dan SJKT kerana jururawat,

jangka suhu, topeng muka (mask) dan stetoskop serta van perubatan melibatkan

kos.

Sampel

Populasi

Kes atau

elemen

Page 69: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

65

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

– Ia memakan masa yang lama untuk perjalanan jauh bagi tujuan survei, dan dalam

konteks ini pandangan kasar (kajian merentas) mungkin menjadi tidak sah.

Semua data perlu dikumpulkan tetapi keputusan daripada satu sampel adalah memadai untuk

analisis yang cepat – contohnya: satu kajian kekurangan gula di kampung-kampung daripada

data yang dikumpulkan oleh pejabat daerah akan membantu kerajaan untuk merancang

mobilisasi gula ke wilayah tertentu atau mengenakan kuota.

6.3 Teknik Pensampelan

Teknik pensampelan boleh dibahagikan secara amnya kepada pensampelan kebarangkalian

dan pensampelan bukan kebarangkalian. Dalam pensampelan probabiliti, setiap elemen

atau kes mempunyai peluang yang saksama untuk terpilih manakala dalam kes pensampelan

bukan probabiliti, probabiliti setiap kes untuk terpilih tidak diketahui. Rajah 6.2

memerihalkan perkara ini.

Page 70: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

66

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Rajah 6.2: Teknik-teknik Pensampelan

Sumber: Saunders (2007, hlm. 207).

6.3.1 Pensampelan Probabiliti

Pensampelan probabiliti atau pensampelan perwakilan amnya dikaitkan dengan

strategi penyelidikan berasaskan survei. Langkah-langkah yang terlibat dalam

pensampelan probabiliti adalah (Saunders et al., 2007):

a) Kenal pasti rangka pensampelan (sampling frame) yang sesuai

b) Tentukan saiz sampel yang sesuai

c) Pilih teknik pensampelan yang paling sesuai

d) Pastikan bahawa sampel adalah mewakili populasi.

Pensampelan

Probabiliti Bukan-probabiliti

Rawak mudah

Sistematik

Rawak berstrata

Kluster

Kuota Snowball Convenience

Purposif Pilihan

sendiri

Ekstrim

Heterogeneous

Homogeneous Kes tipikal

Kes kritikal

Page 71: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

67

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

a) Mengenal pasti Rangka Pensampelan yang Sesuai

Pensampelan probabiliti bermula dengan mengenal pasti rangka pensampelan. Rangka

pensampelan ialah senarai lengkap semua elemen di dalam populasi daripada mana

sampel anda akan diperoleh. Satu rangka pensampelan boleh jadi semudah senarai

lengkap semua murid-murid di sebuah sekolah tempatan, atau senarai institusi kewangan

yang mematuhi sistem syariah di dalam negara, atau semua anggota penyelamat dalam

operasi penyelamat 9-11 yang berdaftar dengan pihak berkaitan dalam kerajaan Amerika

Syarikat. Apabila satu rangka pensampelan yang sesuai tidak dapat diperoleh, adalah

wajar diteliti jika ada cara lain seperti direktori telefon bagi operator talian tetap atau

senarai pemilik kad kredit Visa atau Mastercard. Adalah tidak menghairankan jika

diketahui syarikat pengeluar kad kredit anda mungkin telah membekalkan senarai pemilik

kad kredit kepada satu syarikat swasta yang ingin mengkaji tabiat berbelanja atau lebihan

pendapatan dalam kalangan pemilik kad kredit tersebut.

Penemuan daripada sampel perwakilan boleh digunakan untuk membuat generalisasi ke

atas keseluruhan populasi dari mana sampel tersebut telah dipilih. Tabiat berbelanja bagi

satu sampel pemilik kad kredit boleh digeneralisasi kepada semua pemegang kad kredit,

dan bukannya kepada kelompok tertentu sahaja.

b) Menentukan Saiz Sampel yang Sesuai

Saiz sampel bergantung kepada tiga parameter:

– Tahap keyakinan yang anda ingin tetapkan bagi data anda – iaitu, tahap kepastian

bahawa ciri-ciri data yang dikumpulkan akan mewakili sifat-sifat populasi umum.

Tahap keyakinan biasanya ditetapkan kepada 95% yang bermaksud bahawa

sekiranya sampel diambil 100 kali, sekurang-kurangnya 95 kali daripada sampel

tersebut akan memiliki ciri-ciri populasi tersebut.

– Margin ralat yang boleh dibenarkan – iaitu, tahap ketepatan yang diperlukan oleh

anda untuk membuat apa-apa anggaran. Margin ralat biasanya ditetapkan pada 5%

yang bermaksud bahawa 5% daripada sampel dijangka mempunyai ralat. Jadual 6.1

memberi saiz sampel bagi setiap saiz populasi pada tahap keyakinan 95%.

Page 72: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

68

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Perhubungan antara tahap keyakinan (had keyakinan), margin ralat dan saiz

sampel dapat dilihat dalam Rajah 6.3.

– Jenis-jenis analisis yang anda akan buat – khususnya bilangan kategori dalam mana

anda bercadang untuk membahagi-bahagikan data, kerana kebanyakan teknik statistik

mempunyai tahap threshold minimum bagi kes-kes data bagi setiap sel (contoh: ujian

Chi square, ).

Jadual 6.1: Saiz Sampel

Populasi Saiz Sampel pada margin

ralat 5%

Saiz Sampel pada margin ralat 3%

50 44 48

100 79 91

150 108 132

200 132 168

250 151 203

300 168 234

400 196 291

500 217 340

750 254 440

1000 278 516

2000 352 696

5000 357 879

10000 370 964

100000 383 1056

Sumber: Saunders (2007, hlm. 212).

Page 73: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

69

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Rajah 6.3: Tahap Keyakinan, Margin Ralat dan Saiz Sampel

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Marginoferror95.PNG, diakses pada 29 Ogos

2009.

Bagaimanapun, analisis statistik bagi data bergantung kepada data supaya tertabur secara

normal. Teorem limit tengah (central limit theorem) menyatakan bahawa dengan

bertambahnya saiz sampel, taburan berkenaan akan menghampiri taburan normal. Untuk

kebanyakan tujuan praktik, taburan normal akan dicapai jika saiz sampel melebihi 30

orang. Jadi, jika saiz sampel adalah kurang daripada 30 orang (contohnya: bilangan

pengurus organisasi) anda perlu melibatkan seberapa banyak elemen yang terdapat dalam

populasi.

c) Menentukan Kaedah Pensampelan yang Sesuai

Kaedah pensampelan dapat terbahagi kepada dua jenis iaitu pensampelan probabiliti dan

bukan probabiliti. Dalam pensampelan probabiliti, ahli-ahli dalam kumpulan dari mana

teknik pensampelan akan dilaksanakan akan mempunyai peluang yang sama untuk

terpilih sebagai responden. Sebaliknya, ahli-ahli dalam kumpulan tidak akan mempunyai

Page 74: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

70

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

peluang yang sama untuk terpilih dalam pensampelan bukan probabiliti kerana seseorang

yang mengendalikan pensampelan tersebut menggunakan suatu bentuk pengaruh atau

bias dalam pemilihan sampel.

6.3.2 Pensampelan Probabiliti

Pensampelan probabiliti boleh dibahagikan kepada:

a) Pensampelan rawak mudah

b) Pensampelan rawak sistematik

c) Pensampelan rawak berstrata

d) Pensampelan kluster

e) Pensampelan pelbagai peringkat.

a) Pensampelan rawak Mudah

Dalam pensampelan rawak mudah apabila rangka pensampelan dikenal pasti

(contohnya: melalui daftar nama pelajar di SMJK) setiap pelajar diberi satu nombor

bermula daripada 1 tanpa sebarang lompatan pada nombor. Satu jadual rawak

digunakan untuk memilih elemen-elemen untuk sampel tersebut. Temu bual atau

borang soal selidik ditadbir mengikut elemen (pelajar) bagi kajian tersebut.

Satu contoh lain bagi pensampelan rawak mudah adalah di mana nama pelajar ditulis

atas secebis kertas yang kemudiannya digulung dan dimasukkan dalam kotak

mengandungi cebis kertas bagi pelajar-pelajar lain. Sebilangan cebis kertas

sedemikian dipilih secara rawak (seperti dalam cabutan bertuah) untuk menjadi

responden kajian tersebut.

b) Pensampelan rawak sistematik

Dalam pensampelan sistematik, elemen yang ke-k dalam senarai lengkap (sampling

frame) dipilih untuk terlibat dalam sampel. Pensampelan sistematik tidak memerlukan

penggunaan jadual nombor rawak dan dengan itu adalah kurang menyukarkan

daripada pensampelan rawak mudah. Selang pensampelan ditakrifkan sebagai:

Page 75: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

71

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Selang pensampelan = saiz penduduk/saiz sampel, atau songsangan nisbah

pensampelan

Nisbah pensampelan = saiz sampel/saiz populasi.

Sekiranya populasi pelajar di sebuah sekolah SMJK ialah 2,980 murid, dan daripada

Jadual 6.1 di atas 357 ialah saiz sampel yang diharapkan di bawah paras 95%

keyakinan, nisbah berkenaan adalah = 357/2980 = 0.1198 atau 0.125 kepada nisbah

pensampelan terdekat atau setiap elemen ke-8. Pelajar yang terpilih akan berkait

dengan daftar senarai (pilihan rawak) bermula dengan 4 dan diikuti dengan 12, 20,

28....

c) Pensampelan rawak berstrata

Pensampelan Berstrata bertujuan untuk menghindari ralat dalam pensampelan hasil

daripada populasi yang heterogeneous. Daripada memilih satu sampel daripada

keseluruhan populasi, penyelidik akan memastikan bilangan elemen yang munasabah

dipilih daripada setiap subset homogeneous dalam populasi tersebut. Contohnya,

sekiranya penyelidik ingin mengkaji pengambilan gula oleh populasi pelajar di sebuah

universiti, dia akan menentukan dahulu subset berdasarkan fakulti, tahun pengajian di

universiti, dan penginapan (sama ada menginap di kolej kediaman atau tinggal di

luar). Melalui cara ini, keputusan pengambilan gula tidak dikesani oleh ralat

pensampelan yang timbul daripada pemilihan satu subset secara tidak saksama.

Misalnya, pelajar yang tinggal di luar kampus mempunyai kekerapan yang lebih

untuk menonton perlawanan bola sepak dan dengan itu menggunakan lebih gula

dalam minumannya.

Pensampelan berstrata digunakan sebagai lanjutan daripada pensampelan rawak

mudah atau pensampelan sistematik. Ini bermaksud, setelah strata ditetapkan, satu

pensampelan mudah atau sistematik digunapakai untuk mendapatkan elemen sampel.

d) Pensampelan Kluster

Pensampelan kluster hampir serupa dengan pensampelan berstrata di mana pengkaji

membahagikan populasi kepada beberapa kumpulan yang terasing sebelum

pensampelan dibuat. Kumpulan yang terbentuk adalah kluster dan jumlah semua

Page 76: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

72

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

kluster ini akan membentuk rangka pensampelan. Satu pensampelan rawak atau

sistematik bagi kluster dilaksanakan untuk memilih setiap ahli dalam kluster yang

terpilih.

Pensampelan kluster yang lebih kompleks ialah apabila teknik pensampelan ini

diulangi di dalam setiap kluster yang terpilih untuk memberikan kumpulan-kumpulan

kecil.

6.3.3 Pensampelan Bukan Probabiliti

Teknik pensampelan bukan probabiliti terdiri daripada:

a) Convenience

b) Purposif

c) Snowball

d) Kuota

e) Pilihan sendiri

a) Pensampelan Convenience

Sepertimana maksudnya, pensampelan convenience bergantung kepada jenis

responden. Seorang penyelidik mungkin berdiri di depan gedung beli belah yang

besar menunggu pelanggan keluar dari gedung tersebut untuk mengkaji niat

pembelian dalam kalangan pembeli perkhidmatan broadband Internet. Dengan cara

yang sama, pensyarah universiti biasanya mengendalikan survei ke atas pelajar dalam

kelas yang mereka mengajar untuk pelbagai jenis perkara. Kaedah ini bermaksud

kaedah paling mudah untuk mendapat data daripada kelompok tertentu tidak kira

sama ada responden yang terpilih dapat mewakili populasi berkenaan atau tidak.

b) Purposif atau Pensampelan Judgmental

Pensampelan ini ialah pemilihan sampel berdasarkan tujuan kajian dan pengetahuan

yang dimiliki oleh populasi tersebut. Di dalam mengkaji tabiat scavengers di tapak

pelupusan sampah, adalah paling baik sekali untuk pergi ke tapak tersebut untuk

menemu bual mereka.

Page 77: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

73

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

c) Pensampelan Snowball

Dalam pensampelan ini, penyelidik menyasarkan ahli-ahli populasi (seperti populasi

pelumba haram, Mat Rempit) yang boleh dia cari, seterusnya mendapatkan nama

penama lain daripada mereka yang telah ditemu bual seolah-olah salji bergolek

akhirnya akan menjadi lebih besar. Pensampelan snowball paling sesuai apabila

dikaitkan dengan isu sensitif (pekerja seks) atau aktiviti-aktiviti haram (menemu bual

lanun Somalia, kasino haram atau perjudian bola sepak). Dalam pensampelan ini,

adalah sukar untuk meramalkan siapa akan menjadi responden dalam kajian tersebut

kerana ia akan bergantung kepada bekalan nama yang diberi oleh responden sedia

ada.

d) Pensampelan Kuota

Pensampelan Kuota adalah bukan rawak sama sekali dan tekniknya lebih kurang

serupa dengan pensampelan berstrata. Langkah yang terlibat adalah (Saunders et al.,

2007):

i) Bahagikan populasi kepada kumpulan-kumpulan spesifik berdasarkan

parameter tertentu seperti saiz sekolah (<500 pelajar, 501-1000, >1000

pelajar), lokasi sekolah (bandar, separa bandar), jenis sekolah (SMJK, SMK,

swasta)

ii) Kira kuota bagi setiap kumpulan berdasarkan data yang ada.

iii) Berikan setiap penemubual satu tugasan, iaitu menyatakan bilangan kes seperti

dalam kuota mereka mesti temu bual untuk mewakili kumpulan tersebut.

iv) Gabungkan data yang dikumpulkan oleh penemubual (atau pembanci) untuk

memberi sampel yang lebih besar.

Page 78: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

74

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

UJIAN KENDIRI

ABC Bank percaya bahawa kejayaan organisasi bergantung kepada pencapaian kepuasan

pelanggan penambahbaikan berterusan, bank tersebut sentiasa memantau prestasinya dan

mencari jalan meningkatkan prestasi melalui penanda aras (benchmarking) menggunakan

ukuran prestasi masa lepas dan prestasi pesaingnya. Bank mempunyai lebih 3,000,000

pemegang akaun daripada pelbagai latar belakang dan umur. Satu sampel perlu

dicadangkan kepada pengurusan bank untuk memantau tahap kepuasan mereka. Anda

diminta mencadangkan kaedah berkaitan kepada pihak pengurusan. Nyatakan kaedah yang

digunakan, saiz sampel, dan instrumen yang akan digunakan.

Page 79: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

75

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 7

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

7.1 Kepentingan Pertimbangan Etika

Selain daripada memberi tumpuan kepada metodologi dalam penyelidikan, pertimbangan

etika adalah juga satu aspek yang terpenting yang menarik perhatian para cendekiawan dalam

sebarang seminar penyelidikan. Sementara isu etika dapat diatasi dengan mudah dalam sains

tulen, ianya tidak begitu dalam sains sosial. Kaedah terbaik untuk mempelajari etika ialah

melalui penelaahan terhadap kontroversi yang pernah timbul khasnya daripada kaedah

sesuatu kajian telah dijalankan.

Mengikut Sullivan (2001, hlm.58), terdapat lima ekspresi nilai sejagat yang dilafazkan di

Amerika Syarikat yang pasti dipersetujui ramai:

(1) the sanctity and worth of each human being should be respected

(2) people have a right to privacy

(3) people have a right to self-determination

(4) fairness and equity in social relations should be maintained

(5) one should not do anything to intentionally harm another person.

Sullivan (2001, hlm.58) memetik Reese & Fremouw (1984) yang mentakrif etika sebagai

“the study of what is proper and improper behaviour, of moral duty and obligation”.

Saunders et al. (2001, hlm. 178) pula mentakrif etika sebagai “relating to questions about

how we formulate and clarify our research topic, design our research and gain access,

collect data, process and store our data, analyse data and write up our research findings in a

Hasil Pembelajaran

Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:

1. Mengenal pasti pertimbangan etika dalam menjalankan penyelidikan.

2. Menentukan langkah-langkah yang perlu diambil dalam mereka bentuk kajian

yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai etika am.

Page 80: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

76

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

moral and responsible way”. Oleh itu, dua definisi di atas dan lima ekspresi nilai Sullivan

(2001) di atas adalah memadai digunakan oleh para penyelidik untuk mengelakkan sebarang

pelanggaran (misconducts) dalam proses mereka menjalankan penyelidikan dan mematuhi

satu set peraturan yang diterima pakai oleh penyelidik-penyelidik lain.

Pada masa yang sama, menjalankan penyelidikan sosial kadangkalanya menimbulkan konflik

antara keperluan untuk mencari ilmu dan obligasi diri untuk bersikap adil (Dane, 1990). Oleh

kerana penyelidikan sosial memfokus kepada manusia dan tingkah laku mereka, maka adalah

penting mereka ditangani dengan adil daripada setiap sudut penyelidikan. Ini biasanya

dipandu oleh garis panduan atau terma-terma yang diterima pakai yang biasanya disebut

sebagai etika. Keperluan untuk mematuhi etika kadangkalanya menimbulkan halangan

kepada cara suatu penyelidikan ingin dijalankan dalam cara yang paling mudah. Ini dapat

diatasi melalui keseimbangan etika yang berusaha untuk mengizinkan pengkaji memberi

justifikasi dalam konflik dalam kajian mereka dan dalam menanganinya. Mengikut Dane

(1990, hlm. 38), pematuhan kepada keseimbangan etika akan memerlukan penyelidik untuk

menyeimbangkan obligasi mereka untuk meningkatkan kebebasan intelektual dan

menyumbang kepada ilmu pengetahuan melalui tindakan yang adil kepada setiap individu

yang telah menyumbang maklumat dan kepada mereka yang akan menerima ilmu tersebut

(“balance their obligations to promote intellectual freedom and contribute to knowledge with

fair treatment of the very people to whom these obligations are owed and to whom the

knowledge is to be distributed”).

Pada minggu ini anda akan didedahkan dengan beberapa situasi yang dialami oleh beberapa

pengkaji lepas yang didapati telah melakukan kesalahan mengikut garis panduan etika tetapi

menuntut bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain untuk memperoleh data berkenaan

tanpa sebarang bias dan ikhlas.

Terdapat beberapa set kriteria etika yang perlu dipatuhi dan disedari oleh setiap penyelidik,

seperti tersenarai berikut:

a) Penyertaan sukarela

b) Penentuan sendiri

c) Kecederaan fizikal dan psikologikal

d) Identiti pengkaji

Page 81: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

77

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

e) Kerahsiaan maklumat peribadi

f) Ketanpanamaan

g) Perjanjian sulit

h) Pembelotan

i) Penipuan

j) Hak cipta

7.1.1 Penyertaan Sukarela

Pengkaji perlu sedar bahawa subjek (atau responden) mempunyai keupayaan untuk

menyertai penyelidikan tersebut secara sukarela. Responden dengan itu perlu mempunyai

maklumat berkaitan dengan penyelidikan yang akan melibatkan dirinya. Sebarang niat

untuk mengelakkan daripada memberitahu apa-apa maklumat berkaitan, dan juga

memaksa responden untuk menyertai penyelidikan adalah tindak-tanduk yang dinyatakan

sebagai tidak beretika.

Paksaan mungkin timbul dalam bentuk pemberian insentif kepada responden untuk

menyertai kajian tersebut dengan “sukarela”. Ini adalah juga tidak beretika atas pelbagai

sebab seperti berikut:

a) responden diperdaya oleh perolehan kewangan, barangan atau niat lain untuk

mendapatkan penyertaan responden

b) responden tersebut akan mengharapkan habuan sepertinya daripada pengkaji lain

yang menemuinya di masa lain. Kegagalan untuk memberi habuan oleh pengkaji

kedua ini mungkin akan menghampakan responden dan mempengaruhi responden

supaya tidak menyertai kajiannya. Tabiat ini bukannya disebabkan oleh ketiadaan

maklumat dalaman dan isi kandungan kajian tersebut tetapi sebaliknya disebabkan

oleh pengalaman menerima “habuan” daripada penyelidik sebelum ini.

c) Penyertaan responden sedemikian mungkin memberi maklumat yang kurang ikhlas.

Mengikut Dane (1990, hlm.39), pemaksaan termasuk juga “using threats or force, as well

as offering more incentive that what would reasonably be considered fair compensation”

untuk masa mereka. Namun begitu, pemberian insentif yang kecil boleh dibenarkan

asalkan ianya tidak tinggi sehingga pemberian yang tinggi menyebabkan responden

Page 82: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

78

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

mengubah pendiriannya kepada jawapannya dalam kajian atau menyebabkan masalah

kepada pengkaji lain seterusnya. Contohnya, adalah sesuai sekiranya suatu barangan

bernilai kira-kira RM5-RM10 setiap responden diberi sebagai sagu hati daripada pengkaji

atas masa dan sumbangan responden. Sagu hati yang pernah digunakan oleh pengkaji

lepas boleh berupa pen yang bertanda tajuk kajian, payung kecil, vanity kit dan lain-lain.

Bagaimana pun, pemberian barangan seperti ini boleh memberi kesan negatif kepada

pengkaji seterusnya yang mungkin tidak mempunyai geran atau dana untuk menaja sagu

hati tersebut dalam kajiannya.

Dalam sesetengah kajian, pengkaji perlu mendapatkan Persetujuan Menjadi Responden

(Informed Consent) daripada responden dengan cara responden menandatangani borang,

sepertimana yang terdapat dalam halaman 25 Chua (2006a). Kontroversi: rujuk kajian

Laud Humphreys (1975).

7.1.2 Penentuan Sendiri

Pengkaji perlu juga sedar bahawa pematuhan kepada ekspresi nilai, responden

mempunyai hak untuk menilai semua maklumat berkaitan kajian tersebut sebelum

memutuskan sama ada ingin terlibat dalam kajian atau sebaliknya. Ini juga berkait dengan

penyertaan sukarela yang dibincangkan dalam 7.1.1 di atas. Namun begitu, proses

penentuan diri tidak semestinya terhad kepada peringkat awal/pengenalan kajian tersebut

tetapi responden berhak untuk meminta maklumat lanjut sepanjang perjalanan kajian

tersebut. Ini mungkin berlaku apabila responden meragukan tentang isi kandungan kajian

yang mana beliau merasakan tidak selari dengan maklumat yang diterangkan kepadanya

oleh pengkaji. Responden mempunyai hak untuk tarik diri daripada menyertai survei atau

temu bual sekiranya dia tidak berpuas hati atau rimas untuk meneruskan penyertaan

dirinya dalam kajian.

Namun begitu, terdapat keadaan di mana penyelidik tidak boleh memberitahu maklumat

dengan terlalu banyak kerana maklumat yang mendalam mungkin akan menjadikan

responden tidak senang hati untuk terlibat, atau pun maklumat tersebut akan

menyebabkan responden mengubah atau “melakonkan” tabiat lain supaya dia dapat

menutup tabiat negatifnya, menyebabkan jawapan yang dirakamkan oleh pengkaji

Page 83: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

79

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

menjadi tidak tepat. Kontroversi: rujuk kajian Laud Humphreys (1975) dan Stanley

Milgram (1963).

7.1.3 Kecederaan Fizikal dan Psikologikal

Adalah menjadi tanggungjawab pengkaji untuk memastikan responden kekal seperti sedia

kala selepas penyertaan dalam kajian. Sebarang penyelidikan yang menyebabkan

gangguan fizikal atau psikologikal kepada responden atau subjek sudah pasti tidak

dibenarkan. Pengkaji mesti memastikan gaya hidup responden atau tabiat tertentu kekal

tidak berubah selepas kajian. Penyelidikan yang dibuat tidak boleh mengubah gaya hidup

atau tabiat responden. Sekiranya sasaran ini dapat dicapai, maka pengkaji telah mematuhi

pertimbangan etika dalam kategori ini. Dalam erti kata lain, responden tidak boleh

didedahkan kepada gangguan fizikal (seperti kecederaan, dan kematian) atau gangguan

psikologikal (seperti bersifat “tidak normal” selepas kajian, muntah, atau jatuh sakit,

menyebabkan stres mental, jatuhnya maruah diri, kegagalan, kebimbangan, dan rasa

malu). Kontroversi: rujuk kajian Laud Humphreys (1975) dan Stanley Milgram (1963).

7.1.4 Identiti Pengkaji

Tidak ada sebab mengapa identiti pengkaji tidak boleh didedahkan kepada responden.

Identiti tersebut perlu didedahkan secara terbuka kepada (bakal) responden sebelum

mendapatkan persetujuan menjadi responden daripada responden. Kegagalan untuk

membekalkan maklumat ini boleh menyebabkan bakal responden memutuskan untuk

tidak terlibat dalam kajian, khasnya atas sebab kesangsian terhadap pengkaji.

7.1.5 Kerahsiaan Maklumat Peribadi

Lanjutan daripada ekspresi nilai, maklumat yang diberi oleh responden berupaya

mencermin pendirian peribadinya. Menyatakan identiti peribadi responden dalam hal

sedemikian akan menyebabkan responden kurang senang, contohnya di tempat kerja

apabila penyelia telah dapat tahu tentang pendirian peribadi responden (yang merupakan

subordinat di bawahnya). Maklumat yang diberikan olehnya mungkin atau mungkin tidak

bercanggah dengan nilai-nilai dalam organisasi menyebabkan dia dihukum atas pendirian

Page 84: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

80

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

tersebut. Oleh itu, pengkaji wajib mematuhi peraturan ini. Namun begitu, sekiranya

pengkaji ingin menyatakan identiti responden, dia perlu mendapatkan persetujuan secara

bertulis untuk membenarkan maklumat tentang dirinya dilaporkan.

7.1.6 Anonimiti

Anonimiti berfungsi selari dengan perkara yang dibincangkan dalam 7.1.5. Contohnya,

adalah paling baik bahawa pengkaji tidak meminta nama responden dinyatakan dalam

borang soal selidik. Responden mempunyai hak untuk tidak menyertakan namanya dalam

mana-mana kajian. Dengan cara ini, pengkaji tidak akan berupaya mengenal pasti

individu sebenar yang telah menjawab instrumen kajian tersebut. Begitu juga, responden

mempunyai hak untuk membantah rakaman suara atau video tentang perbualannya

dengan pengkaji, atau gambar foto diambil.

Ini mungkin menyebabkan masalah serius kepada pengkaji kerana pengkaji yang ingin

menjalankan kajian pengesanan jangka panjang (longitudinal tracer study) akan perlu

menghubungi semula responden pada masa yang lain. Ini dapat diatasi dengan

menyatakan niat sebenar pengkaji merakam perbualan dan memberi opsyen kepada

responden untuk memberi maklumat peribadi seperti nama, alamat pos dan alamat e-mel,

dan nombor telefon. Memperoleh maklumat peribadi adalah dibenarkan selagi ianya

dibekalkan secara sukarela oleh responden.

7.1.7 Perjanjian Sulit

Pengkaji mesti melafazkan sama ada secara verbal atau bertulis kepada responden,

bahawa semua maklumat individu daripada responden akan disimpan secara rahsia dan

akan menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan ini dilaksanakan. Lafaz ini boleh

dibuat melalui surat yang memperkenalkan kajian kepada responden, sepertimana yang

biasa dilihat dalam BSS. Nachmias dan Nachmias (2000) menyenaraikan yang berikut

untuk menjadikan identiti responden dijadikan sulit:

a) Memadamkan nama responden

b) Melaporkan tahun lahir daripada tarikh lahir, atau meminta jawatan khusus

Page 85: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

81

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

c) Agregat data – melaporkan maklumat secara keseluruhan daripada semua responden,

bukannya daripada data responden individu

d) Melaporkan hanya perbezaan antara individu tentang maklum balas mereka.

7.1.8 Pembelotan

Adalah tidak beretika sekiranya pengkaji mendedahkan maklumat yang dianggap “sulit”

seperti mana dinyatakan kepada pengkaji semasa dalam interaksi responden dengan

pengkaji. Tindakan ini mungkin menyebabkan reaksi negatif atau kesan negatif kepada

responden. Chua (2006a) memberi contoh mendedahkan identiti responden yang didapati

mengidap HIV kepada media sehingga menyebabkan orang ramai mengelak diri daripada

responden.

7.1.9 Penipuan

Terdapat keadaan di mana maklumat mengenai penyelidikan tidak dapat didedahkan

dengan penuh kepada responden. Ini hanya boleh dijustifikasikan melalui keseimbangan

etika. Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk mengelakkan penipuan:

a) Tentukan sama ada penipuan akan memberi kesan negatif kepada responden.

b) Tingkatkan kesedaran pengkaji tentang keperluan mengelakkan penipuan. Pengkaji

perlu memastikan keadaan mental dan fizikal responden kekal seperti sedia kala

selepas penyertaan responden dalam kajian.

c) Cari kaedah alternatif lain.

7.1.10 Hak Cipta

Hak cipta intelektual suatu instrumen yang digunakan untuk mengumpul data bagi

sesuatu kajian perlu adalah hak milik pengkaji berkenaan daripada mana instrumen

tersebut telah diperoleh, melainkan pengkaji tersebut menggunakan sumber lain dalam

kajiannya. Dalam kes sedemikian, adalah penting bahawa pengkaji sekarang (anda)

mendapatkan izin bertulis untuk kebenaran menggunakan instrumen pengkaji sebelum

ini. Di Malaysia, Akta Hak Cipta 1987 menyatakan bahawa sebarang kerja original

Page 86: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

82

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

adalah dilindungi oleh Akta ini. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini mungkin

menyebabkan anda diheret ke mahkamah.

7.2 Kontroversi Ketidakpatuhan Etika

Dua kajian yang sering dipetik oleh ahli sains sosial adalah yang berkait dengan Laud

Humphreys (1975) dan Stanley Milgram (1963). Kajian Laud Humphreys (1975) bertajuk

The Tearoom Trade menunjukkan bagaimana dia menjalankan pengumpulan data tentang

homoseksual di tandas awam dalam kalangan orang ramai yang juga memiliki kehidupan

berkeluarga yang biasa. Humphreys telah tertarik dengan fenomena ini apabila beliau sebagai

pastor didampingi di gereja oleh individu berkenaan yang “confess” kepadanya untuk

mendapat pandangan dan keampunan. Sambil dia menjalankan kajian ini, sepertimana

dilaporkannya, dia tidak dapat mencapai peraturan penyertaan sukarela (voluntary

participation) dan penyertaan menyertai penyelidikan (informed consent) daripada responden

dalam kajiannya dan dia juga menyamar kemudian di peringkat seterusnya apabila melawat

rumah individu berkenaan sebagai pegawai kesihatan untuk mendapatkan maklumat latar

tentang mereka. Baca dengan mendalam lagi tentang kajian ini untuk memahami isu ini dan

kontroversi berkaitan yang telah timbul.

Uji kaji Milgram (1963) tentang kepatuhan telah mewujudkan perbincangan serius dalam

bidang penyelidikan sosial apabila dia “menipu” responden dengan menyatakan bahawa

penyelidikan tersebut adalah tentang tahap mana guru akan mendenda murid-muridnya, di

mana peranan guru dimainkan oleh responden. Kajian sebenar pula adalah untuk mensimulasi

tindakan dalam era Hitler – Perang Dunia II, untuk meneliti tahap penerimaan askar-askarnya

terhadap arahan yang berkemungkinan mempengaruhi psikologi diri, iaitu diarahkan

menembak orang awam yang diminta berbaris (parade) untuk ditembak sebagai prisoners of

war – sesetengah mereka berkemungkinan adalah ahli keluarga atau sanak saudara mereka.

Sepertimana kajian Humphreys, baca lebih mendalam tentang kajian Milgram untuk

memahami isu etika berkaitan dengan lebih mendalam dan kontroversi yang terlibat.

Mengikut Saunders et al. (2007, hlm. 181), terdapat sebilangan isu etika utama merentasi fasa

dan tempoh projek penyelidikan. Ini merujuk kepada:

a) privacy of possible and actual participants;

Page 87: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

83

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

b) voluntary nature of participation and the right to withdraw partially or completely

from the process;

c) consent and possible deception of participants;

d) maintenance of the confidentiality of data provided by individuals or identifiable

participants and their anonymity;

e) reactions of participants to the way in which you seek to collect data, including

embarrassment, stress, discomfort, pain and harm;

f) effects on participants of the way in which you use, analyse and report your data, in

particular the avoidance of embarrassment, stress, discomfort, pain and harm;

g) behaviour and objectivity of you as researcher.

UJIAN KENDIRI

1. Tanpa melihat pendekatan agama, adakah pengguguran dapat dilihat sebagai salah

walaupun diketahui bayi dalam kandungan akan lahir dengan kecacatan yang serius?

Apakah situasi dalam hal ini yang akan menjadikan jawapan anda bertukar menjadi

“pengguguran adalah sah”?

2. Bagaimanakah anda akan menjalankan kajian untuk mengkaji soalan (1) di atas?

Page 88: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

84

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

BAHAGIAN 2

STATISTIK

Page 89: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

85

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 8

PENGENALAN KEPADA STATISTIK

8.1 Statistik

Seksyen ini bermula dengan menekankan bahawa seseorang penyelidik yang ingin

menjalankan penyelidikan mesti berupaya memahami maksud sesetengah statistik asas.

Statistik ialah sains mengumpul, menganalisis, menginterpretasi, dan mempersembahkan

data. Statistik boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama – statistik deskriptif dan

statistik inferensi. Statistik deskriptif merujuk kepada data yang berkaitan dengan kumpulan,

badan atau populasi tertentu tetapi tidak membuat kesimpulan menjangkaui kumpulan, badan

atau populasi yang dikaji. Statistik inferensi pula merujuk kepada satu sampel yang diambil

daripada populasi dan keputusan diintepretasikan kepada populasi tersebut.

Chua (2006b) menyediakan maklumat yang membezakan antara statistik deskriptif dan

statistik inferensi, seperti ditunjukkan dalam Jadual 8.1

8.1.1 Parameter

Pengukuran cici-ciri sesuatu populasi (seperti saiz populasi, pendapatan, taburan gender)

disebut sebagai parameter. Contohnya, sekiranya pengkaji ingin mengkaji pendapatan

populasi, dia akan mengkaji dahulu tentang taburan pendapatan dan seterusnya

mendapatkan purata pendapatan untuk mewakili pendapatan populasi. Dalam keadaan

tersebut, pendapatan adalah parameter bagi populasi tersebut. Oleh itu, purata pendapatan

akan memerihalkan ukuran pendapatan bagi populasi.

Hasil Pembelajaran

Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:

1. Mentakrif maksud statistik, dan kata kunci lain yang berkaitan.

2. Bezakan antara pemboleh ubah mengikut jenis dan skala pengukuran

Page 90: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

86

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

8.1.2 Populasi

Ini mewakili semua unit atau jumlah bilangan individu di dalam kumpulan pertubuhan

atau orang.

8.1.3 Sampel

Ini pula mewakili pemilihan unit atau individu tertentu menggunakan kaedah tertentu

untuk mewakili populasi yang disebut dalam 8.1.2 di atas. Sekiranya pengkaji ingin

mendapatkan satu sampel dan berusaha untuk mengukur purata pendapatan bagi sampel,

purata (atau min) akan berfungsi sebagai satu statistik, yang merupakan ukuran deskriptif

bagi sampel tersebut.

Jadual 8.1: Perbezaan antara Statistik Deskriptif dan Inferensi

Jenis

Statistik

Fungsi Metod Statistik

Statistik

Deskriptif

Memerihalkan ciri-ciri suatu

pemboleh ubah

Digunakan untuk membuat

kesimpulan tentang data

berangka

Tidak membuat generalisasi

daripada sampel untuk

mewakili sesuatu populasi

Kekerapan

Min

Mod

Median

Sela kelas

Sisihan piawai

Variasi

Proporsi

Peratusan

Perubahan dan Peratus

Kadar

Nisbah

Taburan Normal

Skor-Z

Statistik

Inferensi

Memerihalkan perhubungan

antara pemboleh ubah

Menghuraikan ciri-ciri

Ujian-t

Analysis of Variance (ANOVA)

Ujian Chi-square (2)

Page 91: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

87

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

sampel yang dipilih

daripada suatu populasi

Membuat generalisasi

tentang populasi

berpandukan ciri-ciri sampel

Pekali korelasi Pearson

8.2 Pemboleh ubah

Mengikut Sekaran (2003, hlm.87), satu pemboleh ubah (biasa disebut sebagai variabel) boleh

ditakrifkan sebagai “anything that can take on differing or varying values. The values can

differ at various times for the same object or person, or at the same time for different objects

or persons”. Contoh-contoh termasuk gender sebagai pemboleh ubah, dengan nilai-nilai

(values) bersamaan lelaki dan perempuan; pendapatan sendiri sebagai pemboleh ubah,

dengan nilai berubah bersamaan RM1407 pada Mac dan RM1550 pada April; tahap motivasi

pekerja sebagai pemboleh ubah, dengan nilai bersamaan tinggi, sederhana dan rendah sebagai

nilai-nilainya.

8.2.1 Jenis-jenis Pemboleh ubah

Terdapat empat jenis pemboleh ubah, iaitu pemboleh ubah bersandar (dependent

variable), tidak bersandar (independent variable), moderating dan intervening. Hanya dua

pemboleh ubah pertama ini dibincangkan di sini. Pemboleh ubah bersandar merupakan

perkara yang menjadi fokus sebarang kajian. Adalah biasa bagi seseorang pengkaji untuk

memahami punca-punca yang menyebabkan perbezaan dalam pemboleh ubah bersandar.

Pemboleh ubah yang menyebabkan perubahan kepada pemboleh ubah bersandar

dipanggil pemboleh ubah tidak bersandar. Contohnya, satu petunjuk ekonomi tentang

keluarga ialah jumlah pendapatan isi rumah dan pemboleh ubah ini dapat meramalkan

ciri-ciri lain seperti jenis rumah, bilangan kenderaan, peralatan dalam rumah, bilangan

anak, kualiti makanan dan lain-lain. Oleh itu, jumlah pendapatan isi rumah adalah

pemboleh ubah bersandar. Namun begitu, pemboleh ubah ini dibentuk oleh pemboleh

ubah lain seperti pekerjaan (atau aktiviti ekonomi) bagi bapa dan ibu serta ahli lain dalam

keluarga (yang mana dikesani oleh tahap pencapaian pendidikan mereka), bilangan ahli

bekerja dalam keluarga, dan lain-lain. Oleh itu, pekerjaan dan bilangan ahli dalam

Page 92: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

88

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

keluarga yang bekerja adalah contoh pemboleh ubah tidak bersandar yang mempengaruhi

kesudahan dalam jumlah pendapatan isi rumah yang merupakan pemboleh ubah

bersandar (bermaksud pendapatan keluarga disumbangkan oleh pekerjaan dan bilangan

ahli yang bekerja). Satu pemboleh ubah tidak bersandar berupaya mempengaruhi

pemboleh ubah bersandar secara positif atau negatif. Pemboleh ubah tidak bersandar cuba

menjelaskan variasi dalam nilai-nilai pada pemboleh ubah bersandar.

8.3 Tahap Pengukuran Data

Untuk memahami statistik, adalah penting terlebih dahulu seseorang itu memahami tahap

pengukuran data, biasa disebut sebagai skala pengukuran. Pemboleh ubah boleh memiliki

nilai-nilai sama ada diskrit atau berkesinambungan (continuous).

Pemboleh ubah yang memiliki nilai-nilai yang “terputus-putus”, katakan dengan nilai separti

1,2,3,4,5,6 dan seterusnya disebut pemboleh ubah diskrit kerana nilai-nilai di antara nombor-

nombor bulat ini tidak diambil kira langsung. Pemboleh ubah berkesinambungan memberi

pertimbangan kepada sebarang nilai di antara nombor-nombor bulat (seperti dalam pemboleh

ubah diskrit) dan dengan demikian adalah bentuk pengukuran yang lebih tepat. Contoh

pemboleh ubah kesinambungan adalah nilai pendapatan sebenar (RM798.95, RM4,019.25,

RM4,000.00) dan suhu (36.9°C, 37.1°C, 38.7°C).

Rajah 8.1 di bawah adalah ringkasan semua jenis tahap data yang dapat diaplikasikan kepada

sains statistik dan matematik.

Page 93: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

89

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Rajah 8.1: Klasifikasi Data

8.3.1 Data Nominal

Data nominal adalah peringkat pengukuran data yang paling rendah. Ia digunakan hanya

untuk mengelas atau mengkategori. Contoh tahap nominal adalah seseorang menulis

dengan tangan kiri atau tangan kanan, lelaki atau perempuan, on atau off, berjaya atau

gagal. Jika data tersebut dikategorikan kepada dua peringkat sahaja, maka ia disebut

dichotomous. Data nominal yang mempunyai lebih daripada dua kategori adalah seperti

keadaan jasad (wap, cecair atau pepejal), klasifikasi profesional (peguam, pendidik,

pekerja pembinaan, doktor) dan cuaca (panas, sederhana panas, sederhana, sejuk, amat

sejuk) (Black, 2001). Walaupun sesetengah data nominal boleh dikaitkan dengan suatu

nombor, nombor tersebut tidak membawa nilai yang dikaitkan dengan nombor tersebut

(nombor keselamatan sosial, poskod). Nombor-nombor berkenaan hanya diambil sebagai

kod. Ianya salah jika pengiraan dikendalikan ke atas data nominal.

8.3.2 Data Ordinal

Data ordinal adalah data peringkat lebih tinggi daripada data nominal. Ia boleh

digunakan untuk menyusun atau membuat ranking perkara-perkara, objek atau individu

yang dikaji (Jadual 8.2).

Data

Data Kualitatif/

Data Bukan

Metrik

Data

Kuantitatif /

Data Metrik

Data Interval Data Nisbah Data Ordinal

Data Nominal

Page 94: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

90

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Jadual 8.2: Data Ordinal

Perkara Skala Likert

Objek Skala kekerasan mineral MOH (1-10

dengan intan merupakan objek paling keras

pada skala 10)

Kekuatan angin (taufan, ribut, ribut

tropika)

Individu Senarai orang terkaya dunia oleh Forbes

Skala Likert dalam borang soal selidik dianggap sebagai ordinal oleh ramai penyelidik. Satu

contoh lagi ialah ranking syarikat-syarikat di USA (Fortune 500) atau ranking syarikat yang

disenaraikan dalam Bursa Malaysia mengikut pembentukan modal pasaran. Data nominal

atau ordinal adalah biasanya diperoleh daripada pengukuran tanpa jitu seperti soalan

demografi, atau soalan-soalan perasaan (sederhana panas, panas, sejuk) dan perlu

diperlakukan sedemikian. Untuk tujuan itu, data nominal dan ordinal biasanya dirujuk

sebagai data bukan metrik atau data kualitatif.

8.3.3 Data Interval

Data interval ialah data peringkat lebih tinggi daripada data ordinal. Data jenis ini

mempunyai ciri-ciri data ordinal tetapi sebagai tambahan, selang (interval) antara

nombor-nombor yang berturut mempunyai maksud dan data adalah sentiasa numerical.

Contoh adalah skala suhu Fahrenheit atau Celsius. Data interval biasanya adalah

pemboleh ubah diskrit.

Tambahan pula, dengan data interval, titik sifar adalah satu konvensi sahaja tetapi tidak

mempunyai maksud. Pada masa yang sama, sifar pada data interval juga tidak bermaksud

ketiadaan sesuatu fenomena. Oleh itu, pada skala Celsius, 0ºC merujuk kepada titik

beku air dan titik didih air diambil pula sebagai 100ºC.

Page 95: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

91

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

8.3.4 Data Nisbah

Data nisbah ialah pengukuran data peringkat tertinggi. Sifar pada peringkat data nisbah

mempunyai maksud dan mewakili ketiadaan perkara yang diukur. Oleh itu, pada skala

Kelvin, 0 Kelvin bermaksud ianya merujuk kepada sifar mutlak. Nilai sifar tidak boleh

diambil secara sambil-sambil kerana ia mewakili satu titik yang tetap. Definisi ini

mengizinkan ahli statistik untuk mewujudkan nisbah menggunakan data.

Pembacaan tambahan:

Kelvin (K) adalah skala suhu yang direka supaya kosong darjah K ditakrifkan sebagai sifar

mutlak (pada sifar mutlak, suatu suhu hipotetikal, semua pergerakan molekul akan

berhenti – semua suhu yang benar adalah lebih daripada suhu sifar mutlak) dan saiz satu

unit K adalah sama dengan saiz satu unit bagi satu darjah Celsius.

Air membeku pada 273.16K; air mendidik pada 373.16K. [ K = C + 273.16°, F = (9/5)C +

32°].

Skala suhu ini ditemui oleh Lord Kelvin (William Thomson, 1824-1907).

Kelvin Celsius Fahrenheit

Water boils 373.16K 100°C2 12°F

Water freezes 273.16K 0°C 32°F

Absolute zero 0K -273.16°C -459.7°F

Sumber: http://www.enchantedlearning.com/chemistry/glossary/Kelvin.shtml, dicapai

pada 26 Ogos 2012.

Page 96: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

92

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Ringkasan mengenai tiga daripada empat tahap data adalah seperti dalam Jadual 8.3.

Jadual 8.3: Contoh Tahap-tahap Pengukuran Data

Tahap pengukuran Contoh Catatan

Nominal Lelaki, perempuan Tiada perbezaan nilai khusus. Tiada

hierarki antara nilai-nilai.

Ordinal Mendidih, panas, suam,

sejuk, sangat, membeku

Data yang disusun (ranked data).

Tiada maksud khusus; data mewakili

sensasi

Interval Skala Celsius atau

Fahrenheit

Pengukuran khusus, selang

mempunyai maksud. Tiada sifar

mutlak.

Ratio Skala suhu Kelvin Pengukuran khusus, ada nilai mutlak

sifar.

Dalam penyelidikan perniagaan dan pengurusan data nominal dan ordinal adalah ditafsirkan

sebagai statistik bukan parametrik manakala data interval (atau selang) pula ditafsirkan

sebagai statistik parametrik. Tahap nominal, ordinal dan interval adalah ukuran pemboleh

ubah diskrit manakala ukuran nisbah adalah pemboleh ubah berkesinambungan.

Sebanyak mana yang boleh, sesebuah penyelidik perlu menyasarkan untuk menggunakan

pemboleh ubah nisbah daripada tahap pengukuran yang lain. Namun begitu, ini bukan selalu

dilakukan kerana sesetengah maklumat yang diminta sebagai pemboleh ubah skala nisbah

mungkin menyebabkan hanya segelintir yang menjawab atas sebab maklumat ditanya adalah

sensitif kepada responden. Contohnya, adalah lebih mudah ditanya tentang jumlah

pendapatan sebulan mengikut kategori (data ordinal), contohnya dengan nilai-nilai: <

RM1000, RM1000-1999, RM2000-2999, RM 3000 dan ke atas, yang menjadikannya tidak

sensitif lagi kepada responden yang akan memilih untuk menandakan sahaja jawapan

daripada menyatakan nilai sebenar pendapatannya. Masalah yang sama mungkin wujud

apabila pengkaji ingin menanya tentang umur.

Page 97: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

93

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

UJIAN KENDIRI

1. Apakah ia pemboleh ubah, nilai-nilai bagi pemboleh ubah, dan parameter?

2. Bagaimanakah anda dapat membezakan antara tahap-tahap pengukuran data?

3. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pemboleh ubah bersandar dan tidak

bersandar. Berikan contoh-contoh.

Page 98: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

94

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 9

UKURAN KECENDERUNGAN BERPUSAT

9.1 Ukuran Kecenderungan Berpusat (CTM)

CTM islah salah satu daripada tiga ciri sesebuah pemboleh ubah. Dua yang lain adalah

ukuran serakan (dispersion), dan memiawaikan data. Pengukuran dalam kecenderungan

berpusat berguna dalam menyampaikan maklumat tentang bahagian tengah sesuatu data. Ini

adalah melalui min, median, mod, persentil, dan kuartil.

Tiga bentuk yang paling popular digunakan untuk CTM adalah min, median, dan mod. Anda

mungkin dapat memahami maksud CTM apabila anda mengkaji min, median dan mod suatu

pemboleh ubah dan mendapati ketiga-tiga aspek ini berkerumun di sekitar pusat taburan

tersebut. Untuk berbuat demikian, CTM dibincangkan seperti dalam bahagian-bahagian

berikut.

9.1.1 Min

Min aritmetik (atau purata) sebagaimana dimaksudkan oleh namanya, adalah jumlah

semua data numerical yang dibahagikan oleh bilangan pemerhatian. Min dikesani oleh

nilai-nilai ekstrim kerana semua data mempunyai pemberat/wajaran yang sama. Formula

untuk mengira min diberi oleh:

Hasil Pembelajaran

Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:

1. Memperoleh kemahiran mengaplikasikan statistik asas khasnya dalam

mempersembahkan maklumat daripada data mentah dengan memfokus kepada

ukuran kecenderungan berpusat.

Page 99: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

95

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

di mana adalah nilai purata, adalah jumlah setiap perkara yang diperhatikan,

dan adalah bilangan pemerhatian.

Cerapan terhadap skor bagi mata pelajaran matematik dalam peperiksaan akhir

dipersembahkan dalam Jadual 9.1. Cari nilai min bagi setiap kelas dan juga min

keseluruhan bagi kesemua kelas.

Jadual 9.1: Skor Peperiksaan Akhir dalam Matematik

Kelas 3A Kelas 3B Kelas 3C

54 94 62

62 58 65

86 75 57

74 98 50

65 29 67

82 97 60

84 95 63

76 56 67

80 87 66

66 46 60

67 43 62

72 70 61

56 48 55

Sumber: Chua (2006b).

Untuk Kelas 3A, = (54 + 62 + 86 + 74+ 65 + 82 + 84 + 76 + 80 + 66 + 67 + 72 +

56)/13

= 924 / 13

= 71.08

Page 100: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

96

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Begitu juga, min skor peperiksaan bagi mata pelajaran matematik bagi Kelas 3B dan

Kelas 3C adalah = 68.92, = 61.15

9.1.2 Median

Median ialah kedudukan tengah-tengah dalam turutan tersusun sesuatu taburan dan ia

tidak dikesani oleh nilai-nilai ekstrim. Oleh yang demikian, masalah kewujudan angka-

angka ekstrim dalam taburan dapat diatasi dengan mudah menggunakan median

berbanding dengan menggunakan min dalam situasi tersebut.

Median boleh digunakan bagi skala ordinal, interval dan nisbah. Median boleh diperoleh

sama ada dengan menyusun semula dalm turutan menaik atau menurun. Dengan cara ini,

median diperoleh dengan menentukan cerapan yang berada di kedudukan tengah-tengah

dalm turutan tersebut.

Contoh 9.1:

Cari nilai median untuk taburan berikut (yang sudah disusun dalam turutan menaik).

12 17 21 24 26 35 35 37 40

Sumber: Chua (2006b).

Sepertimana dalam contoh di atas di mana bilangan cerapan adalah nombor ganjil,

median adalah kedudukan tengah-tengah, iaitu 26.

Contoh 9.2:

Namun begitu, apabila bilangan cerapan adalah nombor genap, maka nilai median adalah

purata dua cerapan di tengah-tengah. Dalam contoh di bawah, nilai median ialah (26 +

35) / 2 = 30.5.

12 17 21 24 26 35 35 37 40 68

Sumber: Chua (2006b).

Page 101: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

97

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

9.1.3 Mod

Mod ialah kekerapan sesuatu cerapan yang berulang paling banyak sekali dalam taburan

data. Mod biasa digunakan untuk memerihalkan data skala nominal dan ordinal. Data

ditunjukkan dalam Jadual 9.2 menunjukkan bahawa mod kekal sama, nilai min berubah

apabila sekurang-kurangnya satu cerapan dipinda (lihat baris No. 9). Begitu juga,

sekiranya cerapan pada baris pertama ditukar daripada 90 kepada 95, maka Kes 2 akan

mempunyai dua mod, iaitu 95 dan 118.

Jadual 9.2: Keputusan Ujian IQ untuk Dua Kumpulan Pelajar

Cerapan Skor IQ

Kes 1 Kes 2

1 90 90

2 95 95

3 98 98

4 100 100

5 110 110

6 115 115

7 118 118

8 118 118

9 120 320

Min 107.11 129.33

Median 110 110

Mod 118 118

9.1.4 Persentil

Persentil membahagikan set data kepada 100 kumpulan. Dengan itu, terdapat 99

persentil.

Page 102: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

98

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

9.1.5 Kuartil

Kuartil pula membahagikan data kepada empat kumpulan. Maka akan ada tiga kuartil:

Q1 – kuartil paling rendah; Q2 – kuartil tengah; dan Q3 adalah kuartil teratas.

Persentil dan kuartil adalah sama daripada segi konsep tetapi berbeza dalam cara nilai

ianya dikira. Percentil banyak digunakan dalam ujian psikometrik seperti Graduate

Management Aptitude Test (GMAT), dan Scholastic Aptitude Test (SAT).

Katakan siri data berikut menunjukkan bilangan pertanyaan melalui telefon setiap jam

bagi hari 8-jam kerja (telah disusun semula mengikut urutan menaik (Black, 2001, hlm.

43).

106 109 114 116 121 122 125 129

Nilai-nilai bagi Q1, Q2 dan Q3 dapat dilihat dalam Jadual 9.3.

Jadual 9.3: Kuartil

Kuartil Nilai

Q1 111.5

Q2 118.5

Q3 123.5

Satu plot kotak menunjukkan nilai kuartil seperti dalam Rajah 9.3.

Page 103: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

99

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Rajah 9.1: Plot Kotak Bilangan Pertanyaan setiap Jam

9.1.6 Ukuran Lain

Tambahan kepada CTM, ukuran dispersi (variability) memberi maklumat tentang

bagaimana nilai-nilai data tersebut tertabur. Pengukuran sedemikian termasuk julat, min

sisihan mutlak, variasi, sisihan piawai, julat antara kuartil, dan pekali variasi (coefficient

of variation) bagi data yang tidak terkumpul (ungrouped).

Peraturan epirikal dan Teorem Chebyshev adalah mengenai proporsi nilai yang berada

dalam sebilangan sisihan piawai daripada nilai min. Peraturan empirikal dapat diaplikasi

hanya apabila data tertabur secara normal (berbentuk loceng) atau boleh dianggarkan

sebagai hampir bertaburan normal. Min bagi sampel yang diperoleh daripada populasi

yang besar (tidak kira rupa bentuk taburan) adalah tertabur secara normal.

Jadual 9.4: Piawaian Taburan

Sigma (atau bilangan

sisihan piawai)

Peratus nilai terkandung dalam

julat

1 68.27

2 95.45

3 99.73

110

115

120

125

Inquiries per hour in a 8-hour workday

num

ber o

f pho

ne in

quiri

es

Page 104: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

100

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Taburan skor-Z mewakili bilangan sisihan piawai bagi suatu nilai daripada min data yang

bertaburan normal.

9.1.7 Mengukur Serakan

Tambahan kepada CTM, pengkaji boleh juga menggunakan ukuran serakan yang lain

untuk memerihalkan ciri-ciri taburan data. Ukuran ini termasuk julat, sisihan piawai dan

variasi.

a) Julat

Julat adalah perbezaan numerical antara cerapan terendah dan yang tertinggi. Kita

akan menggunakan contoh yang diberi oleh Chua (2006b, hlm. 9) untuk menerangkan

ini. Anda akan perhatikan dalam Jadual 9.5 bahawa julat bagi skor adalah berbeza

walaupun min skor adalah sama bagi ketiga-tiga pelajar. Julat yang kecil, dalam kes

ini, menunjukkan bahawa skor bagi Pelajar 3 adalah lebih stabil dan konsisten dalam

semua mata pelajaran sementara Pelajar 2 adalah paling lemah antara mereka.

Jadual 9.5: Julat – Keputusan Peperiksaan

Mata pelajaran Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar3

Kemahiran Hidup 54 64 70

Bahasa Malaysia 62 25 71

Bahasa Inggeris 86 88 74

Sains 74 72 74

Matematik 65 95 72

Sejarah 82 65 78

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 84 98 68

Jumlah 507 507 507

Min skor 72.42 72.42 72.42

Skor minimum 54 25 68

Skor maksimum 86 98 78

Julat 32 73 10

Page 105: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

101

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

b) Sisihan Piawai

Sisihan piawai adalah petunjuk yang menunjukkan “jarak” sesuatu cerapan daripada

nilai min bagi taburan tersebut. Formula yang digunakan untuk mengira sisihan

piawai adalah seperti berikut:

Sisihan piawai,

Di mana adalah skor yang diperhatikan, adalah nilai min bagi taburan dan

adalah bilangan cerapan.

Jadual 9.6 menunjukkan bahawa, sepertimana keputusan bagi “julat”, Pelajar 3

mempunyai sisihan piawai yang terkecil sementara Pelajar 2 mempunyai sisihan

piawai yang terbesar. Ini bermaksud taburan skor bagi Pelajar 3 adalah lebih rapat

kepada nilai min sementara bagi Pelajar 2 ia nampak kurang sekata dan berada lebih

jauh daripada nilai min.

Page 106: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

102

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Jadual 9.6: Sisihan Piawai Skor Peperiksaan bagi Tiga Pelajar

Pelajar 1

X

X -

Pelajar

2 X

X -

Pelajar

3

X -

54 -

18.42

339.30 64 -8.42 70.89 70 -

2.42

5.86

62 -

10.42

108.58 25 -

47.42

2248.66 71 -

1.42

2.02

86 13.58 184.41 88 15.58 242.74 74 1.58 2.50

74 1.58 2.50 72 -0.42 0.18 74 1.58 2.50

65 -7.42 55.06 95 22.58 509.86 72 -

0.42

0.18

82 9.58 91.78 65 -7.42 55.06 78 5.58 31.14

84 11.58 134.10 98 25.58 654.34 68 -

4.42

19.54

72.42 72.42 72.42 915.73 5966.34 63.71 152.62 994.39 10.62

Sisihan

piawai =

12.35 31.53 3.26

c) Varians

Varians hanya persegi sisihan piawai. Formula ialah:

Oleh itu, bagi contoh di atas seperti dalam Jadual 9.6, varians disediakan dalam baris

terakhir kedua, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.7 di bawah. Analisis

berkaitan menunjukkan sama seperti sisihan piawai. Varians bagi Pelajar 3 adalah

yang terkecil manakala untuk Pelajar 2 adalah yang terbesar. Ini menunjukkan

Page 107: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

103

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

bahawa skor daripada Pelajar 3 adalah hampir antara satu sama lain dan sebaliknya

bagi Pelajar 2.

Jadual 9.7: Varians Skor Peperiksaan bagi Tiga Pelajar

Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar 3

Varians = 152.62 994.39 10.62

9.2 Ringkasan Statistik Deskriptif

Chua (2006b, hlm. 11) membekalkan ringkasan statistik yang dapat digunakan untuk

memerihalkan sesebuah pemboleh ubah seperti ditunjukkan dalam Jadual 9.8. Jadual ini

berfungsi sebagai panduan kepada pelajar untuk menggunakan statistik yang betul kepada

pemboleh ubah tertentu yang tertakluk kepada skala pengukuran yang berkaitan.

Jadual 9.8: Hubungan antara Skala Pengukuran, CTM dan Ukuran Serakan

Tahap Pengukuran Central Tendency Measure Measure of Dispersion

Skala Nominal Mod

Skala Ordinal Mod

Median

Julat

Skala Interval

Skala Nisbah

Mod

Median

Min

Julat

Sisihan piawai

Variasi

Jadual 9.9 memaparkan senarai formula yang biasa digunakan dalam CTM.

Page 108: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

104

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Jadual 9.9: Formula bagi Statistik Min & Sisihan Piawai

Parameter Formula untuk populasi

(tidak terkumpul)

Parameter Formula untuk

sampel (tidak

terkumpul)

Min populasi Min sampel

Variasi populasi

atau

Variasi sampel

atau

Pekali variasi (CV) Pekali variasi

Skor-Z Skor-Z

Page 109: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

105

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

UJIAN KENDIRI

1. Satu sampel 12 firma perakaunan kecil mempunyai bilangan pegawai setiap firma

seperti berikut:

7 10 9 14 11 8 5 12 8 3 13 6

Bagi taburan ini, tentukan:

a) min.

b) median.

c) mod

d) sisihan piawai

e) variasi

Page 110: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

106

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 10

PEMIAWAIAN DATA

Data mentah yang dikumpulkan daripada sampel yang sedang dikaji boleh dipiawaikan untuk

membolehkan satu perbandingan dibuat, khususnya antara kumpulan. Ini benar khususnya

apabila seseorang itu membandingkan satu kumpulan dengan yang lain atau kedua-dua

kumpulan mengandungi bilangan ahli yang berbeza. Umpamanya, jumlah skor bagi pelajar

dalam satu mata pelajaran adalah hanya satu pengukuran tetapi adalah paling baik sekiranya

ia dibandingkan terhadap skor maksimum dalam mata pelajaran tersebut. Dalam hal tersebut,

mendapat markah 88 tidak bermaksud 88% sekiranya markah maksimum bagi mata pelajaran

tersebut ialah 120. Di China, sesetengah institusi pengajian menawarkan gred bagi suatu mata

pelajaran dengan merujuk kepada 20. Oleh itu, kita perlu menukarnya kepada 100 untuk

menjadikan angka tersebut piawai kepada pemahaman umum. Dalam kes tersebut 14 / 20

adalah bersamaan dengan 70 / 100 atau 70%. Untuk menukarnya kepada suatu yang setimpal

dengan PNGK (CGPA) pada skala 4, kita hanya perlu mendarab angka 70% dengan 4 untuk

menghasilkan 2.8.

Berikut adalah beberapa kaedah untuk memiawaikan data:

a) Proporsi

b) Peratus

c) Perubahan dalam peratus

d) Kadar

e) Nisbah

Hasil Pembelajaran

Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:

1. Mempunyai kemahiran mengaplikasikan statistik asas dalam mempersembahkan

maklumat daripada data mentah dengan memfokus kepada pemiawaian data.

Page 111: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

107

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

10.1 Proporsi

Dalam satu sampel tertentu, proporsi adalah pengiraan yang mudah, iaitu diambil sebagai

ukuran sumbangan unit tersebut kepada jumlah keseluruhan. Ini boleh dilaksanakan dengan

membahagikan bilangan cerapan unit tersebut kepada jumlah semua cerapan.

Contoh: Dalam satu kajian terkini di Universiti Malaya di mana pasukan kajian telah dapat

menghubungi 2,061 pelajar di seluruh negara untuk mengenal pasti aktiviti mereka selepas

Tingkatan Lima, dan keputusan taburan tersebut mengikut kumpulan etnik diberikan dalam

Jadual 10.1.

Proporsi ditunjukkan dalam kolum ketiga pada Jadual 10.1. Proporsi akan muncul sebagai

perpuluhan, sepertimana ditunjukkan. Jumlah tempat perpuluhan perlu ditentukan oleh

pengkaji dan juga sebagai norma dalam bidang masing-masing.

Table 10.1: Proporsi Responden mengikut Kumpulan Etnik

Kumpulan Etnik Bilangan Proporsi

Melayu 1386 0.6725

Cina 277 0.1344

India 37 0.0180

Sabah 254 0.1232

Sarawak 65 0.0315

Lain-lain 42 0.0204

Total 2061 1.0000

10.2 Peratus

Menukarkan data mentah kepada peratus adalah sama dengan membandingkan semua data

dengan 100.

Page 112: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

108

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Berdasarkan Jadual 10.2, seseorang dapat memerhatikan bahawa proporsi ditukarkan kepada

peratus dengan mendarab 100.

Jadual 10.2: Proporsi Responden mengikut Kumpulan Etnik

Kumpulan Etnik Bilangan Proporsi Peratus

Melayu 1386 0.6725 67.25

Cina 277 0.1344 13.44

India 37 0.0180 1.80

Sabah 254 0.1232 12.32

Sarawak 65 0.0315 3.15

Lain-lain 42 0.0204 2.04

Jumlah 2061 1.0000 100.00

10.3 Perubahan dalam Peratus

Perubahan dalam peratus biasanya dikira untuk membandingkan satu bentuk prestasi sesuatu

isu merentasi dua atau lebih tempoh tertentu. Jadual 10.3 menunjukkan bahawa, sambil

jumlah jenayah kekerasan telah menurun, penurunan dapat dilihat, khasnya dalam kes-kes

rogol dan rompakan tetapi yang lain pula telah bertambah apabila seseorang menggunakan

‘% perubahan’. Jadual ini adalah analisis oleh pihak polis bahawa jumlah jenayah telah

menurun dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Page 113: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

109

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Jadual 10.3: Perubahan dalam Peratus dengan Membandingkan Jenayah Kekerasan,

2009-2011

Jenayah kekerasan 2009 % 2011 % Perubahan

dalam %

Bunuh 2 0.27 5 0.98 + 0.71

Mencabul kehormatan 24 3.21 21 4.10 + 0.89

Menyebabkan

kecederaan

81 10.84 79 15.43 + 4.59

Rogol 153 20.48 91 17.77 - 2.71

Rompak 271 36.28 138 26.95 - 9.33

Lain-lain 216 28.92 178 34.76 + 5.84

Jumlah 747 512

10.4 Kadar

Kadar biasanya digunakan sebagai petunjuk untuk satu-satu kumpulan tertentu atau kerajaan

tentang aspek tertentu. Pada 2012, Kementerian Kesihatan telah menyatakan kekesalannya

bahawa kadar bilangan kematian bayi ialah 6 setiap 1000 dan bahawa angka ini tidak berubah

dalam tiga tahun lepas, pada hal negara seperti Turki telah memintas Malaysia untuk

mencatat satu kadar yang lebih rendah daripada Malaysia. Dalam kes ini, kematian bayi ialah

kadar kematian bayi semasa kelahiran untuk setiap 1000 kelahiran.

Jumlah item dalam subpopulasiJumlah item dalam populasi 1000

Namun begitu, sama ada ia sepatutnya dibandingkan dengan 1000, 10000 atau 100000

semuanya ditetapkan sebagai piawaian antarabangsa. Oleh itu, seseorang pengkaji perlulah

sedar tentang angka piawai ini supaya ia memberi perbandingan yang bermakna boleh dibuat.

10.5 Nisbah

Nisbah biasanya adalah indeks yang digunakan untuk membandingkan satu item dengan yang

lain. Umpamanya, dalam banci penduduk, kerajaan membandingkan bilangan lelaki dalam

Page 114: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

110

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

populasi terhadap 100 perempuan. Ukuran ini disebut sebagai ‘nisbah jantina. Ia merupakan

satu data sosial yang penting untuk membantu kerajaan membuat keputusan tentang tindakan

dan perancangan bandar yang perlu disediakan kepada mereka. Contohnya, pada 2012,

nisbah berkaitan ialah 106 lelaki kepada 100 perempuan. Ini bermaksud bahawa negara akan

mempunayi lebih ramai lelaki yang tidak berkahwin sekiranya setiap perempuan dalam

populasi berkahwin. Namun demikian, sesetengah perempuan (dan lelaki) yang tidak

berkahwin dapat mengatasi masalah ini. Ini biasanya ditimbulkan sebagai isu semasa oleh

media dan kerajaan. Nisbah berkenaan dapat ditulis sebagai:

106 : 100

Page 115: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

111

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

UJIAN KENDIRI

1. Dalam Jadual 10.2, anggarkan nisbah antara bilangan responden Melayu kepada 100

responden bukan Melayu.

2. Dalam jadual di bawah, isikan semua ruang kosong - jumlah bilangan orang, proporsi dan

peratus.

Wilayah Bilangan Orang Proporsi Peratus

Utara 2,500

Tengah 3,500

Selatan 3,000

Timur 2,750

Jumlah

3. Berpandukan kepada maklumat dalam jadual di bawah, isikan maklumat dalam ruang

telah ditinggalkan kosong.

Jenayah kekerasan 2010 % 2011 % Perubahan

dalam %

Bunuh 4 5

Mencabul kehormatan 20 21

Menyebabkan

kecederaan

92 79

Rogol 140 91

Rompak 200 138

Lain-lain 195 178

Jumlah

Page 116: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

112

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

SEKSYEN 11

MENGKOMUNIKASIKAN HASIL KAJIAN

11.1 Keperluan Menyampaikan Maklumat dengan Berkesan

Adalah biasa kedengaran bahawa satu kajian yang baik mesti juga mempunyai satu lagi

komponen kepadanya, iaitu mengkomunikasikan keputusan kajian dengan cara yang paling

berkesan supaya penerima maklumat tersebut akan dapat memahami keputusan tersebut

dengan baik. Menyampaikan maklumat, sekiranya tidak dijalankan dengan baik, akan hanya

menjadikan usaha penyelidikan tersebut tidak berhasil kerana penerima mungkin tidak

memahami maklumat yang dibekalkan kepada mereka. Ramai orang cenderung untuk

menulis dengan banyak untuk menghuraikan maklumat yang ingin mereka sampaikan. Ini

biasanya adalah merugikan. Oleh itu, adalah penting maklumat disampaikan dalam kaedah

yang paling berkesan – biasanya melalui jadual dan grafik (kerap dirujuk sebagai rajah, yang

meliputi carta, peta, graf, gambar foto, dan lain-lain bentuk grafik). Apa yang diperlukan

ialah penghuraian yang sedikit (tidak bermaksud tidak menghuraikan apa-apa langsung)

tetapi penghuraian tersebut disokong oleh Jadual dan Rajah.

11.2 Istilah Digunakan

Anda perlu menggunakan hanya “Jadual” dan “Rajah” untuk mempersembahkan maklumat.

Tidak ada istilah lain yang perlu digunakan supaya konsisten dengan keperluan modul

KERTAS KAJIAN nanti. Pastikan bahawa tajuk Jadual dan Rajah diletak di atas untuk

membolehkan sumber maklumat tersebut dinyatakan di bawah (sekiranya maklumat tersebut

bukan milik anda).

Hasil Pembelajaran

Di akhir seksyen ini, pelajar akan dapat:

1. Mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang sistematik dan sesuai.

2. Menginterpretasikan maklumat dengan baik.

Page 117: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

113

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

11.3 Jenis-jenis Penyampaian Maklumat

Ini adalah dalam bentuk jadual dan rajah sepertimana dibincangkan di bawah. Dalam Rajah,

terdapat pelbagai jenis, dan hanya beberapa yang paling popular dipersembahkan di bawah.

11.3.1 Jadual

Biar kita lihat kembali tiga jadual yang terdapat dalam Seksyen 10. Informasi di sini telah

dipersembahkan dengan baik kerana pembaca akan mendapati mesej yang ingin

disampaikan mudah difahami. Dalam jadual, anda akan perhatikan bahawa maklumat

boleh dipersembahkan dalam nilai mutlak (kekerapan), dan peratus atau proporsi. Seperti

mana dibincangkan dalam Seksyen 10, peratusan dalam jadual menyampaikan maklumat

dengan lebih baik kerana ia dibandingkan dengan 100 – satu angka yang piawai daripada

melihat kepada kekerapan. Kekerapan akan bergantung kepada saiz sampel dalam kajian.

Tiada apa pun yang piawai dalam menggunakan “kekerapan”.

Jangan lupa bahawa perbincangan mengenai mesej daripada jadual mesti diadakan

sebelum memaparkan jadual. Tambahan pula, satu rujukan perlu dibuat kepada jadual

dengan menyatakan nombor jadual tersebut (contoh: Jadual 10.1, Jadual 10.2 dan Jadual

10.3) dalam perbincangan tersebut. Elakkan daripada menyatakan “jadual di atas” atau

“jadual di bawah”. Ini adalah peraturan am.

11.3.2 Rajah

Sepertimana dibincangkan sebelum ini, kita akan meneliti grafik dalam bentuk graf, carta

bar, dan carta pai. Ini dibincangkan dalam topik berikut.

(a) Satu Graf Garis

Satu graf garis biasanya digunakan untuk mempersembahkan satu trend peristiwa

tertentu.

Berikut adalah contoh analisis yang boleh diperolehi daripada rajah di bawah.

Page 118: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

114

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

“Data dalam Rajah 11.1 menunjukkan jumlah jualan semakin meningkat sejak 2000

sehingga 2012 kecuali pada 2002 dan 2010 apabila terdapat penurunan. Namun begitu,

dapat disimpulkan bahawa jumlah jualan telah berganda dalam tempoh 12 tahun daripada

RM2.1 juta pada 2000 kepada RM4.2 juta menjelang 2012.

Sumber: Rekod Jabatan Kewangan.

(b) Carta Bar

Sebuah carta bar cenderung untuk menunjukkan variasi dalam sesuatu item. Contohnya,

ia cenderung untuk menunjukkan perwakilan grafik tentang saiz setiap item. Bar yang

terpanjang menunjukkan sumbangan terbesar.

Biar kita anggap bahawa data berikut tentang trend perbelanjaan bagi tahun 2012

diperoleh dari Jabatan Kewangan. Data boleh dipersembahkan sama ada dalam bentuk

jadual (Jadual 11.1) atau Rajah 11.2. Perhatikan bahawa “atau” dinyatakan dalam ayat

tersebut. Alasan: anda tidak memerlukan dua bentuk grafik yang berbeza untuk

menyampaikan maklumat yang sama. Malah, Rajah 11.2 nampak memaparkan maklumat

yang lebih banyak daripadanya di Jadual 11.1, dan perhatikan bahawa Rajah 11.2

meletakkan maklumat dalam sebutan peratus (rujuk kembali Seksyen 10 – Memiawaikan

Data).

2.1

1.7

2.6

2.9

3.4

3.3

4.2

0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

4

4.5

2000 2002 2004 2006 2008 2010 2012

Rajah 11.1: Prestasi Jualan, 2000-2012 (RM juta)

Page 119: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

115

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Juga pastikan anda tidak memuatkan kedua-dua jadual dan rajah bersama kerana kedua-

duanya memaparkan maklumat yang sama. Anda perlu membuat keputusan tentang mana

satu perlu digunakan bagi setiap satu maklumat.

Jadual 11.1: Kategori Perbelanjaan, 2012 (RM juta)

Kategori perbelanjaan RM (mil) Peratus

Emolumen 1.8 23.7

Perjalanan 1.3 17.1

Bekalan 2.4 31.6

Perkhidmatan Iktisas 0.8 10.5

Latihan 0.4 5.3

Utiliti 0.7 9.2

Lain-lain 0.2 2.6

Jumlah 7.5 100.0

Sumber: Rekod Jabatan Kewangan.

Sumber: rekod Jabatan Kewangan.

0.1

1.8

0.4

1.3

2.4

0.8

0 0.5 1 1.5 2 2.5 3

Lain-lain

Emolumen

Latihan

Perjalanan

Bekalan

Perkhidmatan Iktisas

RM juta

Ka

teg

ori

Pe

rbe

lan

jaa

n

Rajah 11.2: Kategori Perbelanjaan, 2012 (RM juta)

Page 120: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

116

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

(c) Carta Pai

Carta pai paling baik untuk mempersembahkan maklumat dalam sebutan peratus. Rajah

11.3 mempersembahkan maklumat mengenai jenis-jenis perbelanjaan dan ini

dipersembahkan dalam carta, dan perhatikan bahawa tidak perlu ada legenda sekiranya

maklumat sudah dilabelkan di dalam carta.

Terdapat banyak bentuk grafik lain untuk mempersembahkan maklumat. Gunakan ia

mengikut kesesuaian tetapi ia mesti diaplikasikan kepada kumpulan sasaran yang betul (to the

right audience).

Sekali lagi, jangan bentangkan kedua-dua jadual dan rajah bersama bagi mempersembahkan

maklumat yang sama. Ini dapat diinterpretasikan sebagai satu usaha hanya sekadar untuk

menambah bilangan halaman dalam laporan anda. Tambahan pula, pembaca akan mentafsir

anda sebagai tidak profesional.

Lain-lain

1%

Emolumen

27%

Latihan

6%

Perjalanan

19%

Bekalan

35%

Perkhidmatan

Iktisas

12%

Rajah 11.3: Kategori Perbelanjaan, 2012 (RM

juta)

Page 121: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

117

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

LATIHAN

1. Satu set data mengandungi tujuh nilai berikut

6 2 4 9 1 3 5

Cari:

a) min.

b) median.

c) sisihan piawai

d) variasi.

e) Julat interkuartil.

2. Gunakan kalkulator anda untuk menentukan variasi sampel dan sisihan piawai sampel

untuk data berikut:

57 88 68 43 93 63 51 37 77 83

66 60 38 52 28 34 52 60 57 29

92 37 38 17 67

3. Gunakan kalkulator anda untuk menentukan variasi populasi dan sisihan piawai populasi

untuk data berikut:

44 18 39 40 59 46 59 37 15 73

23 19 90 58 35 82 14 38 27 24

71 25 39 84 70

4. Senarai berikut dibekalkan oleh Marketing Intelligence Service, Ltd., tentang firma yang

mempunyai bilangan terbanyak dalam produk terbaru dalam satu tahun yang lepas.

Avon Products, Inc 768

L'Oreal 429

Unilever US, Inc. 323

Revlon, Inc. 306

Garden Botanika 286

Philips Morris, Inc. 262

Proctor & Gamble 215

Page 122: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

118

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Nestle 172

Paradiso Ltd. 162

Tsumura International Inc. 148

Grand Metropolitan 145

Cari:

a) min.

b) median.

c) sisihan piawai

d) variasi.

e) Julat interkuartil.

Page 123: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

119

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

RUJUKAN

Babbie, E. (2001). The Practice of Social Research 9th

ed. Belmont, CA: Wadsworth.

Belenky, M.F. Clinchy, B.M., Goldberge. M.R. & Tarule, J.M. (1986).Women's ways of

knowing (2nd

ed.), New York: Basic Books.

Black, K. (2001), Business Statistics: Contemporary Decision Making, Ohio: South Western

College Publishing.

Buchanan, D. Boddy, D. & McAlman, J. (1988). ‘Getting in, getting on, getting out and

getting back' in A. Bryman (ed.) Doing Research in Organisations. London:

Routledge, pp. 53-67.

Charmaz, K. (2006). Constructing Grounded Theory: A Practical Guide through Qualitative

Analysis (Introducing Qualitative Methods series), Sage Publications Ltd.

Chua Yan Piaw (2006a). Kaedah Penyelidikan (Buku 1), Kuala Lumpur: McGraw Hill

Education.

Chua Yan Piaw (2006b). Asas Statistik Penyelidikan (Buku 2), Kuala Lumpur: McGraw Hill

Education.

Creswell (2002). Qualitative, Quantitative, and Mixed Approaches (2nd

ed.) Thousand Oaks,

CA: Sage.

Dane, F. (1990). Research Methods. Belmont: Brooks/Coleman Publishing Company.

Hammersley, M. (1992). What's wrong with ethnography? Methodological exploration.

London: Routledge.

Humphreys, L. (ed.) (1975). Tearoom Trade: Impersonal sex in public places. Chicago:

Aldine.

Page 124: ISI KANDUNGAN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UESM1201... · Mengaplikasikan kemahiran kiraan statistik asas ... data dikumpulkan dan teori dibentuk hasil

METODOLOGI PENYELIDIKAN

120

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Kirton, M. J. (2003). Adaption Innovation in the context of diversity and change, New York,

NY: Routledge.

Margin of error (http://en.wikipedia.org/wiki/File:Marginoferror95.PNG), accessed on 29th

August 2009.

Milgram, S. (1963). Behavioral study of obedience. Journal of Abnormal and Social

Psychology. vol. 67: 371-378.

Ng, C.S (2008). A Case Study of Transformative Learning Experience amongst Middle

Managers, unpublished doctoral dissertation, Graduate School of Management,

Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

Philip E.M., & Pugh, D. S. (2005). How to get a PhD (4th

ed.). Maidenhead: Open University

Press.

Robson, C. (2002)., Real World Research, 2nd

ed., Oxford: Blackwell.

Saunders, M., Lewis, P. & Thornhill, A. (2007). Research Methods for Business Students, 4th

ed., Harlow: Prentice Hall.

Sekaran, U. (2003). Research methods for Business: A Skills Building Approach. NJ: Jon

Wiley & Sons.

Silverman, (2001).Interpreting qualitative research. 2nd

ed. London: Sage Publications.

Sullivan, T.J. (2001). Methods of Social Research.Orlando: Harcourt College Publishers.

Survey module (http://docs.moodle.org/en/Survey_module)

The Great FIFA Swindle

http://sportsillustrated.cnn.com/inside_game/gabriele_marcotti/news/2000/12/12/mar

cotti_insider/, dicapai pada 1 September 2009.