isi kandung an - umcced student portalstudent.umcced.edu.my/download/notes/ubsc1102 falsafah...

81
FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ISI KANDUNGAN PERANCANGAN KERJA Hasil Pembelajaran Kursus Sinopsis Kandungan Kursus Kaedah Penyampaian Kaedah Penilaian Rujukan Halaman iv iv iv iv iv BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1.1 Istilah Masa Kanak-kanak” yang Digunakan dalam Pendidikan Awal Kanak- kanak 1 1.2 Kepentingan Pendidikan Kanak-kanak 2 Perbincangan Kumpulan 3 BAB 2: FALSAFAH PENDIDIKAN 2.1 Pengenalan kepada Falsafah 4 2.2 Falsafah Pendidikan 5 2.3 Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak 5 2.4 Bagaimana untuk Membina Falsafah Pengajaran Sendiri 6 2.5 Bagaimana untuk Menyediakan Diri bagi Menjadi Pendidik Awal Kanak- kanak yang Profesional 6 Refleksi 7 BAB 3: TOKOH PENDIDIKAN DAN PENGARUH MEREKA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3.1 Martin Luther (1483 1546) 8 3.2 Johann Heinrich Pestalozzi (1746 1827) 8 Perbincangan Kumpulan 11 BAB 4: TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 4.1 Jean-Jacques Rousseau (1712 1778) 12 4.2 John Amos Comenius (1592 1670) 14 4.3 John Locke (1632 1704) 16 Aktiviti 16 i Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Upload: lamdiep

Post on 03-Feb-2018

486 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ISI KANDUNGAN

PERANCANGAN KERJA

Hasil Pembelajaran Kursus

Sinopsis Kandungan Kursus

Kaedah Penyampaian

Kaedah Penilaian

Rujukan

Halaman

iv

iv

iv

iv

iv

BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.1 Istilah “Masa Kanak-kanak” yang Digunakan dalam Pendidikan Awal Kanak-

kanak 1

1.2 Kepentingan Pendidikan Kanak-kanak 2

Perbincangan Kumpulan 3

BAB 2: FALSAFAH PENDIDIKAN

2.1 Pengenalan kepada Falsafah 4

2.2 Falsafah Pendidikan 5

2.3 Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak 5

2.4 Bagaimana untuk Membina Falsafah Pengajaran Sendiri 6

2.5 Bagaimana untuk Menyediakan Diri bagi Menjadi Pendidik Awal Kanak-

kanak yang Profesional 6

Refleksi 7

BAB 3: TOKOH PENDIDIKAN DAN PENGARUH MEREKA DALAM

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3.1 Martin Luther (1483 – 1546) 8

3.2 Johann Heinrich Pestalozzi (1746 – 1827) 8

Perbincangan Kumpulan 11

BAB 4: TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

4.1 Jean-Jacques Rousseau (1712 – 1778)

12

4.2 John Amos Comenius (1592 – 1670) 14

4.3 John Locke (1632 – 1704) 16

Aktiviti 16

i

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 2: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 5: TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DARI TIMUR

TENGAH

5.1 Imam Al-Ghazali (1058 – 1111) 17

5.2 Ibnu Khaldun (1332 – 1406) 21

Aktiviti 23

BAB 6: PERINTIS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DARI BARAT

6.1 Robert Owen (1771 – 1858) 24

6.2 Friedrich Wilhelm Froebel (1782 – 1852) 25

6.3 Maria Montessori (1870 – 1952) 29

6.4 John Dewey (1859 – 1952) 32

BAB 7: MODEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

7.1 Pendekatan “Developmental Interaction” oleh Bank Street 35

7.2 Program Berorientasi Kognitif: Program Prasekolah Perry High/Scope 36

7.3 Bereiter-Engelmann atau Model Direct Instruction (Preschool Academic atau

DISTAR) 39

Perbincangan Kelas

BAB 8: MODEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

42

8.1 Model Montessori 43

8.2 Pendekatan Reggio Emilia 50

Perbincangan Kumpulan 52

BAB 9: MODEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

9.1 Model Sure Start

53

9.2 Model Head Start 54

9.3 Apakah Perbezaan antara „Head Start‟ dengan „Sure Start‟? 55

Perbincangan Kumpulan 58

BAB 10: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

10.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

59

10.2 Objektif Pendidikan Prasekolah 61

10.3 Tunjang Kurikulum Prasekolah 62

Aktiviti Kumpulan 62

ii

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 3: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 11: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

DI

11.1 Sejarah Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Luar Negara 63

11.2 Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia 64

Aktiviti 66

BAB 12: ISU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEMASA

12.1 Perubahan Keluarga

67

12.2 Kehidupan Sihat dan Cergas 67

12.3 Kemiskinan 68

12.4 Perumahan 68

12.5 Penyakit Kanak-kanak 68

Kerja Kumpulan 68

BAB 13: AKTA PENDIDIKAN PRASEKOLAH

13.1 Akta Pendidikan Prasekolah

69

13.2 Pengisytiharan Hak Kanak-kanak 70

13.3 Hak Asasi Kanak-kanak 70

Perbincangan Kumpulan 73

BAB 14: MENUBUHKAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

14.1 Pengenalan

74

14.2 Merancang Penubuhan Pusat Jagaan Kanak-kanak 74

Kerja Kumpulan 77

iii

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 4: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

RANCANGAN KERJA

Program : Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kod Kursus : UBSC 1102

Tajuk Kursus: Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak

Jam Kredit : 4

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pada akhir kursus ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Membezakan pandangan tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak.

2. Membincangkan model-model dan kurikulum awal kanak-kanak di luar negara.

3. Menghuraikan isu-isu dan trend terkini tentang pendidikan awal kanak-kanak.

SINOPSIS KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pengasas-pengasas awal kanak-kanak yang

membangunkan falsafah pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar juga boleh membandingkan

pandangan-pandangan yang berbeza dan membincangkan model-model pendidikan awal kanak-

kanak di dalam dan luar negara. Sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak akan turut

diperkenalkan, di samping isu-isu semasa, Akta Pendidikan, dan hak kanak-kanak.

KAEDAH PENYAMPAIAN

Kuliah, perbincangan, rundingan, dan pembentangan

KAEDAH PENILAIAN

Penilaian Berterusan 50%

Peperiksaan Akhir 50%

Jumlah 100%

RUJUKAN

1. Nor Hashimah Hashim, Panduan Pendidikan Prasekolah ( Publications 7 Distributers Sdn

Bhd., 2003)

2. Eva L. Essa, Chapter 5: Introduction to Early Childhood Education (Delmar Publisher, 6th

Edition., 2010)

3. Morrison. G., Early Children Education Today (Merill Prentice Hall., 2001)

4. Azizah Lebai Nordin, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Teori dan Amali (Universiti

Malaya., 2002)

iv

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

KANAK-KANAK

Page 5: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan istilah-istilah yang digunakan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

menjelaskan mengapa Pendidikan Kanak-kanak itu penting

1.1 Istilah ‘Masa Kanak-kanak’ yang Digunakan dalam Pendidikan Awal Kanak-

kanak

Penting bagi semua orang yang terlibat dalam pendidikan kanak-kanak tahu dan

menggunakan istilah-istilah dalam profesion awal kanak-kanak. Istilah berikut

digunakan oleh NAEYC (National Association for the Education of Young Children).

Masa kanak-kanak merujuk kepada tempoh dari lahir sehingga lapan tahun.

Program Awal Kanak-kanak ialah program berkumpulan di pusat jagaan, rumah dan

institusi, tadika dan sekolah rendah, atau kemudahan lain yang menyediakan program

separuh hari dan seharian untuk kanak-kanak sejak lahir sehingga berusia lapan tahun.

Selain itu, program untuk kanak-kanak juga boleh dikategorikan mengikut umur

kanak-kanak, iaitu, bayi, kanak-kanak tatih, kanak-kanak prasekolah atau tadika, dan

sekolah rendah. Secara umumnya istilah-istilah ini digunakan untuk program dan

tujuan serta umur kanak-kanak yang terlibat. Antara contoh Program Awal Kanak-

kanak ialah (Morrison 2001):

Penjagaan kanak-kanak (childcare): bermain/sosialisasi; menjaga kanak-

kanak

Penjagaan di rumah (Family day care): menyediakan jagaan kumpulan

kanak-kanak dalam suasana rumah

1

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 6: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Penjagaan kanak-kanak korporat/majikan (Employer/Corporate

Childcare): Suasana yang memenuhi keperluan penjagaan

Sekolah bimbingan (awam atau swasta): bermain/sosialisasi, perkembangan

kognitif

Prasekolah (Pre-primary): Persediaan untuk memasuki tahun 1

Sekolah rendah: Mengajar kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan

Tahun 1, 2, 3

Pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan perkhidmatan yang disediakan

oleh profesion awal kanak-kanak. Profesional Awal Kanak-kanak ialah:

Pendidik awal kanak-kanak: bekerja dengan kanak-kanak dan komited

untuk pembangunan diri dengan menyertai program dan latihan khusus

bagi meluaskan kecekapan dan pengetahuan profesional

Guru awal kanak-kanak: bertanggungjawab untuk merancang dan

menjalankan aktiviti

Pembantu guru awal kanak-kanak: merancang dan melaksanakan aktiviti

Penjaga: menjaga dan menyediakan pendidikan dan perlindungan kepada

anak-anak di dalam dan di luar rumah. Terdiri daripada ibu bapa, saudara

mara, pekerja pusat jagaan, dan guru awal kanak-kanak.

1.2 Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pendidikan awal kanak-kanak penting dan mestilah disediakan dengan sebaiknya

kerana:

Perkembangan maksimum otak yang berkaitan dengan deria dan bahasa

berlaku sewaktu kanak-kanak menjangkaui tahun pertama usianya, dan

perkembangan kognitif berlaku dengan pesat pada usia dua hingga tiga tahun.

Oleh itu tahun awal genting kerana otak paling mudah dibentuk; kapasiti otak

untuk berubah juga semakin menurun seiring dengan usia, terutamanya

selepas tiga tahun. (Perry, 2000; Shonkoff & Phillips, 2000).

Pandangan ini selaras dengan teori Piaget di mana perkembangan kognitif

berlaku dengan pesat semasa peringkat deria motor, iaitu sejak lahir sehingga

dua tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan banyak deria motor

seperti menghisap, menangis, dan memegang. Tambahan pula, pada peringkat

ini kanak-kanak membina kemahiran dan pengetahuan asasnya yang

2

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 7: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

melibatkan empat ciri berikut: (1) pengetahuan mengenai objek, (2) sebab

berlakunya sesuatu, (3) ruang, dan (4) masa. Pengetahuan tersebut menjadi

asas kepada perkembangan yang lebih sofistikated. Peringkat kedua

perkembangan kognitif menurut Piaget ialah Peringkat Praoperasi (2-6 tahun).

Pada peringkat ini kanak-kanak menggunakan simbol/nama bagi objek di

sekeliling mereka. Selepas mahir berbahasa, kanak-kanak akan belajar untuk

menghubungkan nama dengan objek. Pemikiran mereka kini lebih konkrit,

egosentrik tetapi masih belum memahami konsep pengekalan (retention).

Fokus pemerhatian pada ketika ini hanyalah kepada satu aspek sahaja, aspek-

aspek lain diabaikan. Pada akhir peringkat ini, sikap egosentrik kanak-kanak

berkurangan dan mereka mula membina skema yang lebih umum dan abstrak,

serta semakin berupaya untuk menyelesaikan masalah.

Bermain adalah antara perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak. Bermain

ialah keperluan yang bertindak sebagai cara kanak-kanak belajar mengenai,

dan memahami dunia sekelilingnya. Ia menggalakkan penguasaan kanak-

kanak dalam melatih kemahiran tertentu. Sejak Imam Al-Ghazali, ramai ahli

falsafah Islam yang terkenal menekankan aspek bermain (rujuk bab lima).

Froebel turut menyatakan bahawa bermain ialah kehidupan dan merupakan

peringkat tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak (rujuk bab enam). Ini

membuktikan lagi bahawa ibu bapa dan pihak-pihak berkaitan seperti kerajaan

dan guru perlu memberi tumpuan dan penekanan dalam pendidikan awal

kanak-kanak.

Kanak-kanak kecil mula membentuk konsep kendiri, perkembangan persepsi

dan perasaan mengenai diri sendiri. Konsep kendiri yang sihat sangat penting

dalam semua bidang perkembangan kanak-kanak (rujuk bab lima).

Perbincangan Kumpulan

Apakah istilah-istilah lazim yang digunakan dalam Program Awal Kanak-kanak di Malaysia?

Sediakan pembentangan kumpulan.

3

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 8: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 2

FALSAFAH PENDIDIKAN

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan konsep falsafah dan falsafah pendidikan

membincangkan mengapa guru perlu tahu mengenai Falsafah Pendidikan Awal Kanak-

kanak

2.1 Pengenalan kepada Falsafah

Philosophy (Falsafah) berasal daripada perkataan Greek, philosophia yang bermaksud

cintakan kebijaksanaan atau “love of wisdom”. Pada mulanya, istilah ini digunakan

oleh Pythagoras yang membahagikan manusia kepada tiga jenis: mereka yang

sukakan keseronokan, mereka yang sukakan aktiviti, dan mereka yang sukakan

kebijaksanaan.

Menurut Socrates, fungsi falsafah adalah untuk menimba ilmu kendiri.

Menurut Plato, matlamat falsafah adalah untuk mendapatkan kebenaran

mutlak.

Menurut Aristotle, bidang ini berkaitan dengan kajian mengenai sebab dan

prinsip sesuatu perkara.

Omar Al-Syaibani (1991) menterjemahkan ‘kebijaksanaan’ sebagai rahmat.

Beliau mengatakan falsafah bukanlah bermaksud rahmat tetapi cinta terhadap

rahmat and kerja keras untuk mendapatkan rahmat. Oleh sebab itulah ahli

falsafah ialah seseorang yang cintakan rahmat and bekerja keras untuk

mendapatkan rahmat tersebut, dan menumpukan perhatiannya terhadap rahmat

itu and membentuk sikap positif terhadapnya. Selain daripada melihat sudut

alamiah sesuatu perkara, ahli falsafah juga cuba menghubungkan sebab dan

akibat serta menginterpretasikan pengalaman manusia.

Selain daripada mentafsir falsafah sebagai cinta terhadap kebijaksanaan,

Shofield (1977:3) turut mentakrifkan falsafah sebagai ‘suatu proses

bertanyakan soalan’. Beliau merujuk kepada Socrates yang menggunakan

4

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 9: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

kaedah bertanya bagi membina pengetahuan sebenar. Beliau menggunakan

pertanyaan bagi menjelaskan idea untuk menghapuskan kesalahan dalam

minda seseorang.

Socrates percaya bahawa kebanyakan orang menerima pandangan orang lain

sebagai tidak berapa penting. Tanpa sebarang kajian, mereka menggunakan

pengetahuan tanpa betul-betul memahaminya. Socrates merasakan beliau

adalah orang yang paling bijak kerana tidak pernah berpura-pura tahu tentang

sesuatu yang beliau tidak tahu.

Takrifan yang digunakan oleh Shofield sesuai dengan pendidikan awal kanak-

kanak kerana mereka sering bertanya kepada ibu bapa, guru, adik-beradik, dan

penjaga mengenai perkara yang mereka ingin tahu. Ibu bapa, penjaga, dan

guru berperanan untuk menjelaskan persoalan-persoalan tersebut.

Dalam kehidupan seharian, falsafah secara umumnya digambarkan sebagai

sudut pandang, cara hidup, atau prinsip yang dipegang seseorang dalam

hidupnya, yang digunakan sebagai garis panduan dalam setiap tindakan,

pilihan, dan keputusannya (Omar Al-Syaibani 1992).

2.2 Falsafah Pendidikan

Falsafah pendidikan ialah kepercayaan mengenai bagaimana kanak-kanak

berkembang dan belajar serta bagaimana mereka seharusnya diajar. Falsafah hidup

seseorang menentukan apa yang perlu diajar pada kanak-kanak. Falsafah pendidikan

yang dihayati guru akan membantunya menentukan arah tuju dan matlamat

pengajarannya. Keyakinan seseorang guru tentang sebaik mana kanak-kanak belajar

menentukan pilihan strategi pengajarannya, sama ada untuk menggunakan kaedah

berpandukan individu atau menggunakan kaedah yang sama ke atas semua pelajar.

Falsafah guru itu turut menentukan sama ada guru membantu kanak-kanak dalam

melaksanakan aktiviti untuk dirinya sendiri atau guru membantu kanak-kanak untuk

kanak-kanak tersebut.

2.3 Mengapa Guru Perlu Tahu Mengenai Falsafah Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Penting bagi guru mengetahui tentang falsafah pendidikan kerana guru

mempunyai matlamat dalam setiap tindakan yang diambil.

5

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 10: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pengetahuan mengenai idea-idea ahli falsafah membantu guru memilih program

yang sesuai untuk kanak-kanak jagaannya. Ini memberikan keyakinan kepada

guru dalam melaksanakan tugasnya sebagai guru.

Idea-idea ahli falsafah boleh membantu guru memahami cara-cara melaksanakan

strategi pengajaran.

Dengan meneroka, menganalisis, dan menyedari idea-idea ahli falsafah, pendidik

awal kanak-kanak akan mendapat inspirasi bagi menilai semula pandangan

mereka dan memotivasikan mereka supaya sentiasa melakukan yang terbaik.

White dan Coleman (2000) menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dihayati

guru bukan sahaja membantunya dalam interaksi dengan kanak-kanak, malahan

turut membantunya memahami dengan lebih mendalam mengenai amalan-amalan

pengajaran.

Walau bagaimanapun, falsafah yang dihayati guru akan berubah apabila dia

belajar lebih banyak teori pendidikan awal kanak-kanak, memperoleh ilmu

berkaitan perkembangan kanak-kanak dan amalan pengajaran, serta mendapat

pengalaman mengajar dalam kelas.

2.4 Bagaimana untuk Membina Falsafah Pendidikan Sendiri

Berbincang dengan rakan sekerja.

Melawat pusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak lain.

Membaca artikel berkaitan dalam jurnal atau buku.

Menyertai masyarakat berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.

Menghadiri bengkel-bengkel berkaitan.

2.5 Bagaimana untuk Menyediakan Diri bagi Menjadi Pendidik Awal Kanak-kanak

yang Profesional

Bina falsafah pendidikan dan pengajaran

Nilai keperluan anda untuk menjadi guru yang berdedikasi dalam profesion

Biasakan diri dengan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran

Terokai pelbagai program berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak

Berbual dengan ahli profesional dalam bidang ini bagi lebih mengetahui

tentang pengajaran

Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup bekerja keras

6

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 11: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Adakah anda cukup bertenaga untuk mengajar?

Adakah anda benar-benar berminat untuk menjadi guru yang baik?

Nilai sikap dan perasaan anda terhadap kanak-kanak dan keluarga mereka

Adakah anda boleh bersabar dan bertolak ansur dengan pelbagai gelagat ibu

bapa?

Adakah anda sukakan kanak-kanak dan boleh bersabar dengan gelagatnya

yang bermacam-macam?

Anda perlu yakin bahawa semua kanak-kanak berupaya untuk belajar

Tahukah anda kanak-kanak mempunyai pelbagai kecerdasan yang perlu

dipupuk?

Tambah baik kemahiran anda dan tingkatkan pengetahuan anda dengan:

Mendaftar dalam kelas pendidikan

Menghadiri perjumpaan dan persidangan

Membaca buku dan jurnal

Mengemas kini pengetahuan anda mengenai isu semasa, kanak-kanak, dan

pengetahuan asas yang lain yang sering berubah

Cuba perkara baru

Kaedah terbaru

Strategi terbaru

Ambil peluang untuk mengalami atau bergaul dengan kanak-kanak dari pelbagai

latar belakang

Pergi ke pelbagai tempat yang menyediakan peluang untuk anda

Refleksi

Senaraikan kualiti yang ada pada anda sebagai pendidik kanak-kanak.

7

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 12: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 3

TOKOH PENDIDIKAN DAN PENGARUH MEREKA

DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan konsep pendidikan awal kanak-kanak oleh Martin Luther

membincangkan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak oleh Johann Henrich

Pestalozzi

3.1 Martin Luther (1483-1546)

Martin Luther ialah rahib, paderi, dan profesor dalam Teologi dan merupakan

seorang yang sangat patuh dalam beragama

Beliau percaya bahawa apabila setiap individu boleh membaca, lebih mudah

baginya memahami kata-kata Tuhan dalam Bible; oleh itu dia tidak memerlukan

bantuan orang lain bagi penginterpretasian.

Beliau mencadangkan agar pendidikan sekolah rendah perlu diberikan kepada

semua kanak-kanak, termasuklah kanak-kanak perempuan bagi perkembangan

keseluruhan mereka—intelek, agama, fizikal, emosi, dan sosial.

Beliau menganggap sesiapa yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak

sebagai seseorang yang paling berdosa.

Antara pandangan Luther yang sentiasa mempengaruhi pendidikan awal kanak-

kanak ialah:

kepentingan rumah dan keluarga sebagai asas pembinaan peraturan sosial dan

pemerintahan yang kukuh

ibu bapa mestilah menghantar anak-anak mereka ke sekolah

kepentingan muzik dalam pendidikan

hak sama rata semua rakyat

3.2 Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

8

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 13: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Lahir di Zurich, Switzerland. Sangat dipengaruhi pemikiran Rousseau dan

bukunya Emile yang berkaitan dengan konsep alam semula jadi

Beliau membeli sebuah ladang bagi menguji kaedah pertanian. Minat yang

mendalam terhadap pendidikan muncul secara tiba-tiba dalam dirinya sewaktu

bekerja di ladangnya. Pada 1774, beliau membuka sebuah sekolah untuk kanak-

kanak miskin di ladangnya yang dinamakan Neuhof.

Pestalozzi membentuk pemikirannya yang menyepadukan kehidupan di rumah,

pendidikan vokasional, dan pendidikan bagi membaca dan menulis.

Di sekolahnya, beliau menggunakan pandangan Rousseau yang menjadikan

keupayaan semula jadi kanak-kanak sebagai asas pengajaran.

Disebabkan pengaruh konsep semula jadi Rousseau yang kuat, beliau mengajar

anaknya Jean-Jacques berpandukan Emile. Beliau gagal dalam mendidik anaknya

menggunakan pemikiran Rousseau kerana anaknya masih belum dapat membaca

dan menulis pada usia 12 tahun. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah

fizikal anaknya (anaknya menghidap epilepsi) atau juga mungkin disebabkan oleh

kegagalan beliau menginterpretasikan pemikiran Rousseau yang abstrak dan

seterusnya kegagalan beliau mengamalkan pemikiran tersebut.

Apa yang boleh dipelajari di sini ialah pendidik kanak-kanak tidak seharusnya

bergantung sepenuhnya kepada inisiatif kanak-kanak and menganggap mereka

belajar semua perkara secara sendiri (Morrison 2001).

Hasil kerja beliau dibina di atas asas falsafah kanak-kanak yang dijelaskan oleh

Plato di mana zaman kanak-kanak dilihat sebagai zaman keplastikan dan

pengungkapan kebaikan azali.

Falsafah Pestalozzi: kanak-kanak belajar melalui pemerhatian deria dan persepsi.

Ia dipengaruhi oleh fokus Rousseau ke atas alam semula jadi sebagai alat untuk

kebebasan jiwa kanak-kanak.

Beliau mencipta kurikulum berpusatkan kanak-kanak

Persekitaran sangat penting. Penyediaan persekitaran yang menyerupai rumah

adalah perkara terpenting dalam menyiapkan ruang bagi pembelajaran kanak-kanak

berasaskan pengalaman. Beliau percaya bahawa persekitaran yang menyerupai rumah

membentuk ketenteraman emosi, prinsip pertama pendidikan.

9

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 14: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Berdasarkan pandangannya mengenai perkembangan semula jadi, beliau

mereka kurikulum berturutan di mana bahan dan arahan selaras dengan tahap

perkembangan kanak-kanak

Aktiviti dijalankan secara berturutan

Prinsip lain

Peranan guru

Hubungan antara guru dan pelajar merupakan hubungan antara ibu dengan

anak

Kesediaan kanak-kanak

Kanak-kanak menyenangkan guru, bukannya takutkan guru

Tiada ganjaran—motivasi intrinsik

Rumah dan sekolah sebagai berterusan

Sikap guru yang memupuk

Peranan ibu bapa

Ibu adalah guru terbaik dalam mendidik kanak-kanak

3.2.1 Buah Fikirannya tentang Pendidikan

Pestalozzi percaya yang teknik pengajaran mengingat dan menghafal tidak

berkesan. Beliau menekankan penggunaan bahan maujud dan penerokaan kendiri

dalam mengajar kanak-kanak.

Salah satu daripada sumbangan berharga Pestalozzi ialah pembentukan kaedah

pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan individu. Beliau percaya kanak-

kanak perlu terlibat dalam aktiviti yang bermakna bagi mereka, iaitu yang

berasaskan minat dan pengalaman mereka.

Beliau turut mencadangkan agar kanak-kanak diajar berdasarkan tahap keupayaan

dan usaha mereka.

Pestalozzi percaya bahawa pendidikan berasaskan pengalaman deria. Kanak-

kanak mampu mencapai potensi semula jadi mereka melalui pengalaman deria

yang bersesuaian. Beliau membangunkan teknik pengajaran berasaskan objek,

yang berasal daripada kepercayaan ini.

Pestalozzi juga percaya bahawa cara terbaik dalam konsep pembelajaran ialah

menerusi manipulatif seperti mengira, mengukur, merasa, dan menyentuh.

10

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 15: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Beliau turut percaya dengan pengelompokan berbilang usia. Dalam kelompok

sebegitu, kanak-kanak yang lebih tua boleh membantu yang lebih muda.

Beliau percaya ibu adalah guru terbaik dalam mendidik anak-anak.

Perbincangan Kumpulan

Bincangkan sumbangan Martin dan Pestalozzi terhadap pengajaran dan pembelajaran.

11

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 16: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 4

TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan pandangan Jean Jaques Rousseau terhadap pendidikan yang

mempengaruhi pendidikan awal kanak-kanak

membincangkan prinsip pengajaran oleh Amos Comenius

4.1 Jean-Jacques Rousseau (1712-1778)

Jean-Jacques Rousseau ialah philosophé Perancis.

Beliau dikenali dengan bukunya Emile yang membincangkan hal penjagaan dan

pendidikan kanak-kanak. Emile, seperti yang digambarkan Rousseau dalam

novelnya, dibesarkan di kepulauan yang bebas daripada pengaruh persekitaran

yang dipenuhi niat jahat. Emile belajar daripada alam semula jadi menggunakan

derianya seperti yang diajar oleh ibu bapanya dalam suasana yang menyenangkan.

Rousseau menggambarkan Emile sebagai seorang kanak-kanak yang

berkebolehan, dilahirkan dan membesar dalam persekitaran yang tidak dicemari

anasir-anasir luar.

Beliau percaya yang pendidikan sepatutnya bermula sewaktu lahir sehingga

seseorang individu itu mencapai usia 25 tahun. Beliau menekankan keperluan

untuk menyokong perkembangan semula jadi kanak-kanak, di sebalik

menggunakan arahan untuk mensosialisasikan kanak-kanak dan menyediakan

mereka untuk kehidupan. “Kebebasan, bukannya kuasa, adalah yang paling baik.

Seseorang manusia itu benar-benar bebas apabila dia menginginkan apa yang

mampu dia kecapi, dan melakukan apa yang diingini. Inilah moto asas saya.

Terapkannya pada zaman kanak-kanak dan semua peraturan pendidikan akan

terbit daripadanya” (Rousseau, 1762 ms. 48).

Pandangannya dalam pendidikan kanak-kanak dikenali sebagai naturalisme. Bagi

Rousseau, naturalisme bermaksud meninggalkan pengaruh masyarakat yang palsu

dan tidak benar. Pendidikan naturalisme membenarkan perkembangan individu

tanpa sebarang halangan atau gangguan.

12

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 17: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Rousseau menganggap pendidikan semula jadi boleh menambah baik kualiti

seperti kegembiraan, kespontanan, dan sikap ingin tahu.

Falsafah Rousseau ialah, manusia secara asanya mulia, oleh itu pendidikan

mestilah digalakkan supaya kemuliaan boleh dibina dengan baik. Dalam sudut

pandangnya, manusia perlu hidup dalam alam semula jadi tanpa pengaruh tidak

sihat daripada masyarakat. Dalam bukunya, beliau melihat dunia sebagai ‘Tuhan

menjadikan semua perkara sempurna; namun campur tangan manusia

menjadikannya jahat’ (Barbara 1933:5) dalam (Morrison 2001:3).

Dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak, Rousseau merasakan kanak-kanak

baik sewaktu lahir. Mereka perlu diberi peluang untuk mengungkapkan kebolehan

dan perasaan mereka dengan bebas. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi uni

yang perlu dibina sepenuhnya. Beliau percaya keseimbangan sosial dan emosi

perlu diutamakan berbanding pengumpulan maklumat dan kemahiran.

Empat perkara yang ditekankan dalam falsafahnya ialah kebebasan,

perkembangan, minat, dan aktiviti. Pada pandangannya, oleh sebab proses

pendidikan tertumpukan kanak-kanak, maka keperluan kanak-kanak dan proses

perkembangan kespontanan mereka adalah asas pendidikan (White & Coleman

2001).

Sumbangan terbesarnya ialah huraian ciri-ciri semula jadi kanak-kanak

berdasarkan umur yang berbeza. Pandangan Rousseau terhadap pendidikan

tersebut telah membentuk kurikulum yang disusun mengikut umur, serta minat

dan aktiviti kanak-kanak yang berbeza.

Oleh sebab pendidikan mestilah berdasarkan pengalaman kanak-kanak semasa

menggunakan objek sebelum mengenali simbol, buku teks tidak penting bagi

kanak-kanak sehinggalah mereka berusia 12 tahun.

Peranan guru ialah sebagai pembimbing yang membenarkan kanak-kanak

meneroka dengan sendiri bagi memperoleh pengetahuan, dan tidak bergantung

pada guru yang menggunakan buku teks semasa mengajar.

Beliau turut mencadangkan teori pendidikan yang menyatakan pembelajaran

berlaku menerusi pemerhatian langsung ke atas bahan maujud (Boyd 1914) dalam

(White & Coleman 2000).

Oleh sebab Rousseau menenkankan perkembangan semula jadi kanak-kanak,

kurikulumnya mengandungi aktiviti yang berdasarkan pengalaman semula jadi

13

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 18: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

kanak-kanak menerusi deria. Contohnya, geometri dan matematik tidak diajar

secara formal tetapi diperkenalkan sebagai aktiviti berasaskan pengalaman.

Rousseau percaya yang kanak-kanak perlu didedahkan kepada penggunaan

pelbagai objek yang boleh digunakan untuk mengira, mengukur, menyukat, dan

membanding. Dengan membenarkan kanak-kanak menggunakan kebolehan

semua jadi mereka semasa meneroka objek-objek, mereka akan memahami ciri-

ciri objek tersebut seperti panas, sejuk, keras, saiz, dan bentuk.

Rousseau juga percaya pendidikan kanak-kanak perlu bermula sejak lahir.

Dari segi pengajaran, Rousseau meminta ibu bapa dan guru untuk menggalakkan

kanak-kanak membesar mengikut kebolehan semula jadi mereka.

Ibu bapa dan guru perlu memerhatikan perkembangan kanak-kanak dan bersedia

untuk memberi pengalaman yang bersesuaian dengan waktu pada ketika itu.

Menurut pandangan Rousseau, pendidikan berlaku menerusi tiga sumber: keadaan

semula jadi, manusia, dan bahan.

4.2 John Amos Comenius (1592-1670)

Comenius dilahirkan di Moravia, Czechoslovakia dan juga merupakan bekas

menteri di Moravia. Beliau memenuhi masanya sebagai paderi, mengajar di

sekolah, dan menulis buku. Antara buku-bukunya ialah The Great Didactic dan

The Orbis Pictus (The World in Picture) yang merupakan buku bergambar kanak-

kanak yang pertama. Pada 1628, John Amos Comenius menulis School of Infancy

yang mengandungi ideanya ‘school of the mother lap’ di mana kanak-kanak sejak

lahir hingga berusia enam tahun belajar mengenai asas ilmu pengetahuan.

Terdapat pelajaran mudah mengenai objek, tumbuh-tumbuhan, dan binatang;

nama dan kegunaan anggota badan; membezakan terang, gelap, dan warna;

geografi tempat asal, serta bilik, kebun, jalan; dan juga doa.

Pandangan Comenius terhadap pendidikan awal kanak-kanak ialah:

Percaya yang pendidikan perlu bersandarkan alam semula jadi, minat, dan

pengalaman kanak-kanak. Pendidik awal kanak-kanak perlu memerhatikan

kebolehan kanak-kanak bagi mengelakkan mereka dipaksa untuk mempelajari

sesuatu ketika mereka masih belum bersedia.

14

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 19: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Latihan yang dirancang dengan baik amat diperlukan dalam pembangunan

pemikiran semula jadi oleh kanak-kanak dan mereka belajar melalui interaksi

dengan pelbagai bahan.

Matlamat pembelajaran boleh dicapai apabila ia melibatkan pancaindera, dan

pendidikan yang menggunakan pancaindera ini lazim dilihat sebagai asas

kepada semua jenis pembelajaran.

Pengajaran seharusnya mengandungi bahan-bahan semula jadi dan maujud.

Bahan-bahan ini perlu didekatkan dengan kanak-kanak.

Pendidikan itu penting. Oleh itu peluang pendidikan seharusnya diberikan

kepada semua orang.

Sekolah adalah ejen terbaik dalam mendidik masyarakat dan individu.

Pendidikan seseorang perlu bermula sejak kecil kerana pada waktu ini mereka

masih lagi lemah dan mudah untuk dididik. Beliau menyamakan kanak-kanak

dengan lilin dan pokok. Sewaktu lembut, lilin mudah dibentuk tetapi apabila

sudah keras, lilin mudah pecah. Begitu juga dengan pokok. Ketika masih

kecil, pokok lebih mudah ditanam, diubah, dan dipotong; namun apabila sudah

matang, pokok menjadi besar dan prosesnya tidak mudah.

Beliau juga percaya yang secara asasnya, manusia berhati mulia. Oleh itu

pendidikan mestilah diberi dalam bentuk pengalaman positif dengan elemen

bebas dan menyeronokkan.

Dalam mengajar kanak-kanak, Comenius percaya yang kanak-kanak tidak

seharusnya diajar dengan nama yang berbeza dengan bahan atau gambar

bahan tersebut.

4.2.1 Prinsip Pengajaran

Comenius berkata yang pendidikan akan jadi lebih mudah jika:

Bermula pada peringkat paling awal ketika otak masih segar dan bersih

Otak bersedia untuk menerima pendidikan

Bermula daripada umum kepada terarah

Bermula dengan senang kepada susah

Tidak disukarkan dengan terlalu banyak subjek

Proses tidak terlalu laju

Berdasarkan umur dan kaedah yang betul

15

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 20: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Diajar menggunakan pancaindera

Alat bantu pengajaran digunakan

Semua perkara diajar menggunakan kaedah sama (Morrison 1995:58)

4.3 John Locke (1632-1704)

Ahli falsafah ini memainkan peranan dalam menyediakan asas kepada pemikiran

Pestalozzi. Locke dikatakan sebagai pengasas aliran environmentalisme yang

menganggap manusia tidak wujud daripada kelahiran tetapi dihasilkan dengan

pengaruh persekitaran. Individu menerima pengetahuan daripada pengalamannya

yang berkaitan dengan istilah tabula rasa atau suci. Locke melayan kanak-kanak

sebagai kain putih. Hasil persekitaran yang dialami seseorang akan

mempengaruhinya. Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan yang sama

dari segi perkembangan mental dan pembelajaran. Perkara yang membezakan

pencapaian pelajaran dan tingkah laku individu ialah faktor persekitaran seperti

keadaan keluarga dan rumah, status sosioekonomi keluarga, pendidikan awal, dan

juga pengalaman.

Locke percaya bahawa pengalaman mempengaruhi keadaan individu. Beliau

menekankan penggunaan penglihatan, rasa, bau, dan pendengaran sebagai kaedah

pendidikan kanak-kanak yang berkesan. Idea beliau digunakan oleh pendidik

kemudiannya seperti Maria Montessori yang mereka bentuk sistem pendidikan

yang berasaskan penggunaan pancaindera ini.

Locke juga mengakui kepentingan bermain kerana kaedah pengajaran melalui

bermain membuatkan kanak-kanak belajar dengan cepat dan menyeronokkan.

Selain daripada itu, Locke juga percaya yang perkembangan intelek dari segi

ingatan dan taakulan boleh dibangunkan menerusi pengajaran subjek tertentu

seperti bahasa klasik dan matematik

Locke lebih tertumpu pada pembangunan karakter, moral, fizikal, dan mental.

Dari segi pembelajaran, beliau percaya proses pembelajaran lebih penting

daripada hasil pembelajaran sebagai matlamat utama pendidikan

Aktiviti

Bandingkan ketiga-tiga pandangan oleh tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak ini.

16

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 21: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 5

TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DARI

TIMUR TENGAH

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:

membincangkan adab makan dan nasihat untuk guru oleh Imam Al-Ghazali

membincangkan pendidikan awal kanak-kanak oleh Ibnu Khaldun

5.1 Imam Al-Ghazali (1058-1111)

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali dilahirkan pada 450 H/1058

M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan), Iran yang kini

dikenali sebagai Meshed. Beliau merupakan anak murid Imam al-Haramyn, Abu

al-ma’ali al-Juwaini. Beliau adalah pakar dalam bidang fikah al-Syafii’ dan kalam

al-Asy’ari.

Beliau ialah guru di Universiti Nidzamiyah, Baghdad.

Beliau merupakan ahli falsafah Islam yang terkenal. Beliau menghasilkan hampir

100 buah buku.

Salah satu daripada bukunya yang terkenal ialah Ihya’ Ulumuddin. Buku ini

ditulis selepas beliau menyedari bahawa orang Islam mula melupakan agama.

Al-Ghazali menekankan pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau pernah berkata bahawa ibu bapa perlu memerhatikan pendidikan anak-anak

mereka sejak kecil. Mereka tidak seharusnya meminta orang lain menjaga dan

menyusukan anak mereka kecuali oleh perempuan yang taat beragama, yang

berilmu dan hanya memakan makanan halal (Syaikh Muhammad

Jamaluddin:443).

Pandangan Kitab Ihya’ Ulummiddin mengenai pendidikan kanak-kanak

Anak-anak ialah tanggungjawab ibu bapa. Jiwa mereka adalah suci seperti

mutiara, sangat bernilai, murni, dan bebas daripada sebarang kerosakan dan

17

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 22: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

bentuk. Mereka akan menerima dan mengikut apa sahaja yang diberikan

kepada mereka.

Jika kanak-kanak dibesarkan dalam tingkah laku yang baik, mereka akan

membesar dalam persekitaran yang baik dan menjadi manusia yang baik. Ibu

bapa, guru, penjaga, dan orang lain yang terlibat dalam mendidik kanak-kanak

ini akan mendapat ganjaran daripada Tuhan.

Sebaliknya, jika kanak-kanak didedahkan kepada tingkah laku buruk dan

pendidikan mereka diketepikan, mereka akan membesar menjadi orang yang

tidak baik dan dosa-dosa mereka akan ditanggung oleh ibu bapa dan orang

yang bertanggungjawab menjaga mereka.

Al-Ghazali menekankan adab-adab makan. Ini termasuklah:

Ambil makanan dengan tangan kanan sahaja.

Baca Bismillah sebelum makan.

Ambil makanan yang paling dekat dengan anda.

Jangan berebut mengambil makanan sebelum orang lain.

Jaga mata agar tidak melilau melihat makanan atau wajah orang lain yang

sedang makan.

Jangan gopoh ketika makan.

Kunyah makanan dengan perlahan dan hati-hati sebelum menelan.

Jangan memasukkan makanan ke dalam mulut dengan gopoh.

Jangan kotorkan tangan dan pakaian dengan makanan.

Biasakan diri makan tanpa lauk pada waktu-waktu tertentu agar anda tidak

terlalu mengharap mendapat lauk setiap kali anda makan.

Ibu bapa mestilah sentiasa mengingatkan anak-anak bahawa makan terlalu

banyak merupakan kelakuan buruk. Al-Ghazali memanggil orang yang makan

terlalu banyak sebagai haiwan.

Al-Ghazali menasihatkan ibu bapa agar menghantar anak-anak mereka ke

sekolah bagi mempelajari cara bacaan al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW,

mendengar kisah-kisah hidup para sahabat agar kanak-kanak boleh

mencontohinya.

Kanak-kanak perlu dihalang daripada mendengar cerita-cerita lucah kerana ia

boleh merosakkan akhlak mereka.

18

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 23: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Ganjaran

Al-Ghazali menekankan pemberian ganjaran kepada kanak-kanak. Beliau

menyatakan bahawa apabila kanak-kanak memperlihatkan tingkah laku baik,

mereka perlu diberi ganjaran dan dipuji untuk menggembirakan hati mereka.

Bagaimanapun, jika mereka secara tidak sengaja telah melakukan kesalahan,

ibu bapa perlu berpura-pura tidak perasan kesalahan tersebut dilakukan dan

tidak memalukan mereka dengan menceritakan kesalahan tersebut kepada

orang lain.

Bagaimanapun jika kanak-kanak mengulangi kesalah tersebut buat kali kedua,

ibu bapa perlu bercakap dengan mereka secara bijaksana bahawa kelakuan

seperti itu tidak boleh diterima. Ibu bapa perlu mengingatkan kanak-kanak

agar tidak mengulanginya kerana mereka akan berasa malu jika orang lain

tahu mengenainya.

Dalam menasihati anak-anak, ibu bapa tidak seharusnya terlebih mengkritik

mereka kerana mereka akan terbiasa dengannya dan akhirnya tidak takut untuk

mengulangi kesalahan tersebut. Nasihat tidak akan berkesan lagi. Oleh itu ibu

bapa mestilah mengawal diri supaya tidak cepat marah kecuali dalam keadaan

tertentu. Kanak-kanak juga perlu diingatkan supaya sentiasa menghormati ibu

bapa dan menjauhi sikap buruk.

Kanak-kanak tidak sepatutnya digalakkan untuk tidur siang kerana mereka

akan membentuk sifat malas dalam diri. Walau bagaimanapun, jangan halang

mereka daripada tidur pada waktu malam.

Al-Ghazali mahukan kanak-kanak untuk tidur di atas tilam yang keras agar

tubuh mereka menjadi kental, kuat, dan langsir.

Kanak-kanak perlu dilatih mengenai tingkah laku dalam majlis tertentu.

Mereka tidak boleh melakukan yang berikut:

Meludah atau menghembus hingus di hadapan orang lain dalam sesuatu

majlis

Menguap di hadapan orang lain

Duduk membelakangi orang lain

Duduk menyilangkan kaki

Memanggung dagu dengan tangan

Meletakkan kepala pada tangan mereka kerana ia menunjukkan sifat malas

19

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 24: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Al-Ghazali juga menasihatkan agar:

Penuhkan masa lapang kanak-kanak.

Mendidik kanak-kanak dengan amalan agama yang bersesuaian seperti amalan

khusus dan amalan umum seperti sembahyang. Kaedah pengajaran ialah

berperingkat dari segi tingkah laku dan bacaan.

Jelaskan kepada mereka tentang agama, bukan sahaja secara teori malahan

amalan.

Kanak-kanak perlu dijelaskan tentang keburukan mencuri dan larang mereka

daripada memakan makanan haram.

Kanak-kanak perlu diajar untuk merendah diri.

Jangan ajar kanak-kanak menipu.

Kanak-kanak perlu diajar untuk sentiasa sederhana dalam perlakuan.

Kanak-kanak perlu dinasihati agar tidak bercampur dengan orang tidak baik.

Jangan biarkan kanak-kanak terlalu selesa.

Ajar kanak-kanak memberi dan bukan menerima. Memberi itu mulia namun

jika kita menerima daripada orang lain, ia memalukan.

Mesti tegas dengan kanak-kanak.

Bermain

Imam Al-Ghazali menekankan aspek bermain kerana:

Bermain itu tabiat kanak-kanak.

Bermain boleh membina tubuh yang kecil dan menguatkan otot.

Bermain membuatkan kanak-kanak gembira.

Bermain membolehkan kanak-kanak bersantai setelah penat belajar.

Al-Ghazali menegah ibu bapa daripada mengenakan hukuman yang melampau

terhadap kanak-kanak.

Beliau mencadangkan agar ibu bapa mengelak daripada terlalu merendah-

rendahkan anak-anak mereka dan terlalu menumpukan pada kelemahan anak-

anak; sebaliknya ibu bapa perlu membentuk tabiat dan naluri kanak-kanak

dengan sebaiknya.

Kanak-kanak tidak seharusnya terlalu membangga diri di hadapan rakan-rakan

mereka.

20

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 25: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kanak-kanak tidak boleh digalakkan untuk meminta simpati orang lain dan

orang tersebut mestilah tidak menyebelahi kanak-kanak tersebut.

Guru atau penjaga perlu menunjukkan kasih sayang mereka terhadap kanak-

kanak sebagaimana mereka menyayangi anak mereka sendiri.

Nasihat Al-Ghazali kepada guru

Kanak-kanak perlu diajar oleh perempuan yang warak kerana ia boleh

mempengaruhi kanak-kanak.

Perangai buruk kanak-kanak perlu diuruskan dengan baik, bukan dengan

menghina.

Ajar kanak-kanak mengikut kebolehan mereka. Jangan mengajar mereka

sesuatu yang berperingkat lebih tinggi kerana ia akan menakutkan kanak-

kanak.

Guru perlu amalkan apa yang diajar, bukan hanya menyuruh tanpa

melakukannya sendiri.

Guru perlu mencontohi Rasulullah SAW dalam mengajar di mana baginda

tidak meminta bayaran atau ucapan terima kasih sebagai balasan, tetapi

baginda mengajar kerana Allah dan berusaha untuk mendekatkan diri

kepadaNya. Bagaimanapun, kanak-kanak perlu ingat segala kebaikan orang

lain terhadap mereka.

Al-Ghazali berasakan guru perlu berasa yang ia telah melakukan sesuatu yang

baik dengan mengajar kanak-kanak mendekatkan diri kepada Allah dengan

menyampaikan ilmu.

Menurut pandangan Al-Ghazali, boleh disimpulkan bahawa pendekatan beliau

adalah lebih kepada mendidik kanak-kanak secara spiritual dan moral.

Walau bagaimanapun, beliau turut menekankan perkembangan fizikal kanak-

kanak dengan menggalakkan mereka bermain.

5.2 Ibnu Khaldun (1332-1406)

Ahli falsafah Islam yang terkenal. Dalam sejarah Islam, beliau merupakan tokoh

Sejarawan dan Sosiologi yang terkenal.

21

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 26: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadan 732H (27 Mei, 1332M).

Beliau menerima pendidikan asasnya daripada ayahnya, seorang cendekiawan

terkenal.

Ibnu Khaldun boleh menghafaz al-Quran dan merupakan seorang pakar Nahu,

Fiqah, Hadis, retorik, falsafah, dan puisi.

Hasil kerjanya telah banyak memberi sumbangan dalam memahami

permeradaban.

Pandangannya mengenai pendidikan

Kanak-kanak tidak seharusnya diajar perkara yang rumit.

Belajar daripada yang paling senang kepada yang paling susah secara

berperingkat menggunakan kaedah latih tubi dan bahan konkrit sebagai alat

bantu mengajar.

Jangan bebankan kanak-kanak dengan perkara yang melampaui kebolehannya

kerana ia boleh menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan bencikan apa

yang diajar.

Sejak berzaman lamanya, Ibnu Khaldun telah membincangkan konsep-konsep

berikut:

Kemahuan belajar

motivasi

pengukuhan

latihan

pemerhatian

perbezaan individu

Dalam mengajar al-Quran kepada anak-anak kecil, Ibnu Khaldun menegah

guru daripada mengajar Tafsir, peraturan, dan lain-lain kecuali bacaan

sehinggalah kanak-kanak sudah cukup matang.

Cara mengajar kanak-kanak

Beliau menegah guru dan ibu bapa daripada mengajar dengan cara kekejaman

kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi malas, penipu, dan

berpura-pura demi menyorokkan kebenaran. Sikap begitu akan menjadi

kebiasaan dan kanak-kanak boleh hilang sifat kemanusiaan.

22

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 27: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dalam bukunya “Muqaddimah Ibnu Khaldun”, beliau menyatakan bahawa:

“Kekejaman akan membuat mereka menjadi pemalas dan mereka akan menipu

serta menjadi licik. Iaitu, tindakan mereka berbeza dengan apa yang mereka

fikirkan, kerana mereka takut dipukul sekiranya berkata benar” (Ibnu Khaldun

1993:776).

Cara belajar

Dari segi tempoh belajar, ia tidak sepatutnya terlalu lama kerana kanak-kanak

mungkin akan lupa. Mengajar dalam tempoh yang singkat menggunakan

kaedah yang betul akan menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna.

Dari segi bahasa, beliau menyatakan bahawa bahasa ialah asas kepada ilmu

pengetahuan. Pengajaran bahasa bermula dengan menulis dan membaca,

diikuti dengan kata dikaitkan dengan makna.

Aktiviti

Bincangkan bagaimana pusat jagaan anda menguruskan masa makan kanak-kanak.

23

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 28: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 6

PERINTIS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DARI BARAT

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan pemikiran perintis konsep pendidikan awal kanak-kanak

a) Robert Owen

b) Friedrich Wilhelm Froebel

c) Montessori

d) John Dewey

6.1 Robert Owen (1771-1858)

Owen ialah ahli kaji persekitaran. Beliau percaya persekitaran di mana kanak-

kanak belajar dan dididik merupakan faktor penyumbang kepada kepercayaan,

sikap, dan pencapaian kanak-kanak tersebut. Beliau juga percaya yang masyarakat

membentuk kelakuan peribadi kanak-kanak.

Owen percaya bahawa tingkah laku yang baik perlu dipupuk ketika kanak-kanak

masih kecil dan tingkah laku mereka secara asanya dipengaruhi oleh persekitaran.

Owen telah membuka ‘sekolah bayi’ pada tahun 1816 di New Lanark, Scotland,

sebuah model pekan perindustrian di mana beliau telah mendidik 100 kanak-

kanak yang berusia 18 bulan sehingga 10 tahun ketika ibu bapa mereka bekerja di

kilang kapasnya. Usahanya itu telah membawa kepada pembukaan ‘sekolah bayi’

lain di London sekitar tahun 1818.

Antara objektif pembukaan sekolah sebegitu adalah untuk mendidik kanak-kanak

daripada ibu bapa yang tidak berpendidikan dan pada masa yang sama

menyediakan pendidikan kepada pekerja bagi menjadikan mereka manusia yang

rasional. Owen membuka sekolah malam untuk mereka.

Sumbangan Owen

24

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 29: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Sekolah kanak-kanak pertama, mendahului tadika Froebel selama hampir suku

abad.

Pemikiran dan amalannya telah mempengaruhi pendidik dari segi kepentingan

pendidikan awal dan hubungan antara pendidikan dengan kemajuan sosial.

6.2 Friedrich Wilhelm Froebel (1782-1852)

Pakar pendidikan berbangsa Jerman. Menghabiskan banyak masanya membentuk

sistem pendidikan awal kanak-kanak.

Froebel belajar daripada Pestalozzi dan bekerja dengannya. Berbanding Pestalozzi

yang tertumpu pada pengajaran, Froebel mencipta kurikulum dan kaedah

pengajaran awal kanak-kanak. Beliau juga dikenali sebagai ‘bapa tadika’ atau

‘father of the kindergarten’.

Hasil daripada hubungan rapatnya dengan Pestalozzi dan bacaannya tentang hasil

kerja Rousseau, Froebel membuka sebuah sekolah bagi mengamalkan ideanya.

Beliau mengasaskan sekolah kanak-kanak pada tahun 1837. Sekolah ini

dinamakan kindergarten atau tadika. ‘Kinder’ bermaksud kanak-kanak manakala

‘garten’ bermaksud taman. Oleh itu taman kanak-kanak perlu cantik bagi menarik

perhatian kanak-kanak.

Froebel sangat warak. Beliau menganggap manusia sebagai orang yang baik

secara umumnya dan dunia ini ialah tempat untuk bekerja dan menunjukkan

kekuasaan Tuhan. Beliau percaya bahawa manusia bertanggungjawab untuk

memahami dunia ini dan tinggal di dalamnya dengan jujur.

Sumbangan Froebel dalam pendidikan melibatkan bidang pembelajaran,

kurikulum, kaedah pengajaran, dan latihan perguruan. Konsepnya mengenai

kanak-kanak dan bagaimana mereka belajar diistilahkan sebagai unfolding atau

pengorakan (proses perkembangan seperti bunga yang berkembang) yang mana

dahulunya diasaskan oleh Comenius dan Pestalozzi. Peranan pendidik, sama ada

guru atau ibu bapa, ialah memerhatikan pengorakan semula jadi dan sediakan

aktiviti yang membenarkan kanak-kanak belajar apabila mereka sudah bersedia.

Peranan guru ialah membangunkan kualiti untuk belajar. Guru dianggap sebagai

pereka bagi pengalaman dan aktiviti kanak-kanak.

Froebel melayan kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam, mula bercambah

dan bertunas; ia bertumbuh daripada lembut kepada keras dan akhirnya

25

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 30: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

menghasilkan buah. Beliau menganggap guru sebagai pekebun. Dalam kebun

yang dipenuhi kanak-kanak, mereka dididik dalam suasana yang rapat dan

harmoni secara semula jadi.

Pandangan Froebel mengenai tadika

Tadika perlu dihias bagi menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya

dinding perlu dicat dengan warna terang, bilik yang cerah dan penuh dengan

tumbuh-tumbuhan, haiwan dan gambar, serta bunyi-bunyian dan alat mainan

berbentuk objek dalam bentuk, saiz, dan warna tertentu.

Bagi menyediakan keselesaan kepada kanak-kanak, ia perlu dilengkapkan

dengan meja dan kerusi yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Elakkan

daripada menggunakan kelengkapan orang dewasa yang boleh membantutkan

aliran aktiviti. Dalam kata lainnya, ia perlulah menggambarkan bilik yang

selesa yang memudahkan perjalanan sesuatu aktiviti.

Tadika ialah institusi yang membolehkan kanak-kanak bergaul dengan rakan

sebaya tanpa kawalan ketat guru dan ibu bapa. Suasana dalam tadika

sebaiknya dapat membendung kanak-kanak daripada pengaruh buruk

masyarakat dan juga bencana alam.

Di tadika, perkembangan mental, fizikal, dan sosial kanak-kanak perlu

dipupuk. Ia merupakan pendekatan ke arah latihan kanak-kanak.

Beliau melihat pendidikan sebagai pembangun karakter kanak-kanak.

Pendidikan seharusnya berdasarkan keperluan dan kebolehan kanak-kanak.

Mereka belajar sesuatu apabila melakukannya. Mereka perlu dilayan sebagai

kanak-kanak dan diberikan kebebasan. Pendidikan awal kanak-kanak penting

sebagai asas pendidikan yang akan datang. Beliau menyatakan bahawa

kehidupan ialah proses evolusi yang menggerakkan individu dan juga

masyarakat. Kedua-duanya saling mempengaruhi. Tadika bertindak sebagai

asas amalan sosial seperti kerjasama, usaha sendiri, sikap memotivasi,

menghormati, kebersihan, dan menggalakkan kesihatan yang baik dan

sistematik.

Strategi pengajaran

26

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 31: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dari segi strategi pengajaran dan pendidikan kanak-kanak, beliau menekankan

kaedah learning by doing. Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan

dan merupakan peringkat tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh

itu, semua tugas yang dilakukan kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri

bermain. Kanak-kanak boleh menjana keunikan melalui bermain. Froebel

menganggap strategi bermain dalam pendidikan sebagai penyumbang terbesar

pendidikan awal kanak-kanak.

Selain daripada bermain, Froebel turut menekankan latihan kerja ke atas

kanak-kanak.

Beliau mengakui prinsip Pestalozzi mengenai penggunaan alat/objek untuk

menarik minat belajar ketika mengajar, dan juga prinsip yang menyatakan

semua pendidikan bermula dengan pengamatan deria.

Froebel menkategorikan proses awal kanak-kanak antara sejak lahir hingga

enam tahun kepada peringkat perkembangan berdasarkan mental dan fizikal

iaitu: masa bayi, masa awal kanak-kanak, dan masa kanak-kanak.

Dari segi jadual, beliau menganggap jadual waktu pengajaran kanak-kanak

tidak perlu terlalu ketat.

Latihan untuk kanak-kanak

Froebel mencipta pelbagai aktiviti bagi setiap peringkat perkembangan kanak-

kanak. Contohnya, sebelum kanak-kanak meninggalkan buaian, dia perlu

diajar memegang dan menggenggam.

Untuk melatih kanak-kanak melakukan aktiviti tersebut, Froebel mencipta alat

geometri sebagai mainan kanak-kanak. Bahan ini dipanggil ‘gift’. Selain

daripada itu, beliau mewujudkan kurikulum bagi melatih kanak-kanak bekerja

seperti, pekerjaan, menyanyi, bermain, belajar, bahasa, dan matematik bagi

membolehkan kanak-kanak memahami prinsip universal.

Antara pekerjaan kanak-kanak yang dicadangkan Froebel termasuklah

menggunting kertas, menganyam kertas, mencorakkan manik, melukis,

menyulam, dan menenun fabrik. Kanak-kanak diajar untuk membentuk apa

sahaja yang mereka mahu. Matlamat Froebel ialah membangunkan aspek

fizikal, kognitif, dan sosial kanak-kanak.

27

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 32: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Gift seperti yang dicadangkan Froebel bertujuan untuk melatih kebolehan

fizikal, mental, sosioemosi, dan kreatif kanak-kanak. Alat ini mempunyai

tahap daripada senang kepada sukar berdasarkan umur kanak-kanak. Ia juga

bermula dengan unit yang lebih besar kepada lebih kecil. Gift yang pertama

mengandungi enam biji bola kayu dalam warna berlainan.

Gift 1 mempunyai enam biji bola kayu lembut berdiameter 2”. Ia mempunyai

warna yang berbeza iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, dan ungu. Setiap

biji bola mempunyai seutas tali sepanjang 6” dan lubang pada hujung tali itu

agar ia berayun. Alat permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga

bulan sehingga tiga tahun. Froebel mengakui bahawa bola ialah permainan

kesukaan bayi kerana ia ringan dan mudah untuk dipegang dan digenggam.

Bagi Froebel, bola ialah simbol kesamaan kerana bentuk sebenar

keseluruhannya. Keseluruhan ialah konsep asal memahami sesuatu kerana

setiap sesuatu harus difahami daripada konsep menyeluruhnya.

Gift 2 mempunyai dua biji kiub 2”, satu biji silinder 2” dan satu biji sfera 2”.

Froebel menamakan gift ini sebagai “keseronokan kanak-kanak” atau “the

children’s delight” yang mempunyai bentuk dan rekaan yang berbeza.

Gift 3 ialah sebiji kiub 2” yang terdapat dalam Gift 2 yang dibahagikan kepada

lapan biji kiub berukuran 1” setiap satu.

Gift 4 ialah kiub 2” yang dibahagikan kepada lapan blok segi empat tepat

berukuran 2” x 1” x ½”. Kanak-kanak mungkin melihatnya sebagai jubin,

bata, dan sebagainya.

Gift 5 ialah kiub 3” yang dibahagikan kepada 21 biji kiub 1”, enam biji kiub

separuh, dan 12 biji kiub ¼. Gift 5 mempunyai bentuk yang lebih besar, kiub

3” dan jumlah yang lebih banyak dan bentuk yang pelbagai. Terdapat kiub

separuh dan ¼ serta segi tiga. Gift ini sesuai untuk kanak-kanak berusia lima

tahun ke atas.

Gift 6 ialah kiub 3” yang dibahagikan kepada 18 blok segi empat tepat, 12

blok serata dalam bentuk segi empat sama, dan enam batang kecil. Gift ini

sesuai untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke atas.

Gift 7 mempunyai 172 keping papan kecil dengan berbagai-bagai bentuk.

Antaranya ialah segi empat, segi tiga dua sama, segi tiga sama sisi, dan segi

tiga sudut tegak. Oleh sebab gift ini mempunyai pelbagai bentuk, warna, dan

28

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 33: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

saiz, kanak-kanak boleh mengasingkan setiap keping berdasarkan bentuk,

warna, dan saiz mereka, atau berdasarkan dua ciri seperti bentuk dan warna,

warna dan saiz, atau warna, saiz, dan bentuk.

Gift 8 mempunyai gelang yang diperbuat daripada besi. Juga terdapat gelang

separuh dan yang diperbuat daripada kayu. Kanak-kanak boleh mengasingkan

objek ini mengikut bentuk, dan juga membentuk huruf, corak, dan banyak lagi

mengikut kreativiti mereka.

Kanak-kanak boleh bermain Gift 9 seperti gift lain di mana mereka boleh

mengasingkan objek tersebut mengikut warna, corak, dan sebagainya

mengikut kreativiti mereka.

Gift 10 berubah daripada bentuk tetap kepada bentuk lebih abstrak. Gift ini

dibina dengan menyesuaikan titik dan garis bagi membina sesuatu bentuk.

6.3 Maria Montessori (1870-1952)

Pendidik terkenal di Rome, berpengalaman dalam mendidik kanak-kanak spastik.

Pada 1899, beliau terlibat dalam membina sekolah untuk kanak-kanak spastik di

Rome. Beliau menghabiskan dua tahun dengan rakannya melatih guru dalam

kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak spastik.

Beliau banyak menghabiskan masanya dengan kanak-kanak bagi memerhatikan

dan menjalankan eksperimen menggunakan pelbagai bahan dan kaedah. Beliau

menggunakan semua pemikiran yang diperoleh daripada kajiannya.

Sesetengah kanak-kanak yang pernah dilabel “tidak berpelajaran” telah pandai

belajar sehingga mereka dapat membaca dan menulis. Sesetengahnya pula lulus

sekolah rendah dengan gred yang lebih baik daripada kanak-kanak normal.

Kaedah pengajaran

Montessori menekankan:

Kaedah bersesuaian dalam masalah pembelajaran kanak-kanak.

Alat bantu mengajar perlu mempunyai ciri-ciri tertentu supaya kanak-kanak

boleh menggunakan deria mereka. Kaedah Montessori dan pengajarannya

menekankan pengajaran dan pembelajaran deria. Kaedah pengajaran di

sekolah Montessori memfokuskan kepada latihan melihat, mendengar, dan

29

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 34: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

menyentuh. Tujuannya adalah supaya kanak-kanak mendapat pengalaman dan

boleh menggunakan deria mereka dengan berkesan.

Dalam komennya mengenai keberkesanan pengajaran kanak-kanak

berkeperluan khas, beliau berkata, “Saya berjaya mengajar ramai kanak-kanak

kurang bijak daripada rumah sakit menulis dan membaca sehingga mereka

boleh menduduki peperiksaan di sekolah awam bersama dengan kanak-kanak

normal. Dan mereka lulus dengan cemerlang” (Morrison 1995:69).

Sumbangannya terhadap kanak-kanak dan juga sesi ceramah bersama orang

ramai di Itali dan negara Eropah lain membuatkan Mari Montessori terkenal

kerana beliau juga seorang guru dan doktor.

Pada 1904, beliau diminta membina sebuah sekolah untuk kanak-kanak di

kawasan sesak yang juga program perumahan semula. Sekolah pertama dan

terbesar di San Lornso adalah untuk kanak-kanak berumur tiga hingga enam

tahun. Beliau menamakan sekolah tersebut Casa dei Bambini, bahasa Itali

untuk Rumah Kanak-kanak (Lesley Britton, 1992).

Dua tahun kemudian, beberapa sekolah lagi telah diasaskan. Di sekolah ini,

Montessori melaksanakan kaedahnya ke atas kanak-kanak normal. Beliau

percaya kaedah yang digunakannya itu memberi banyak faedah kepada kanak-

kanak berkeperluan khas dan boleh menambah baik pencapaian kanak-kanak

normal.

Prinsip Kaedah Montessori

1. Menghormati kanak-kanak

Menurut Montessori, orang dewasa perlu melayan kanak-kanak sebaiknya.

Mereka perlu dilayan sebagai kanak-kanak dan bukannya orang dewasa.

Orang dewasa tidak seharusnya memaksa kanak-kanak menerima

pemikiran mereka.

Guru dan ibu bapa perlu menghormati kanak-kanak dalam pelbagai cara,

contohnya membantu mereka melakukan aktiviti pilihan mereka sendiri

Apabila kanak-kanak boleh memilih, mereka membina kemahiran dan

kebolehan mereka yang merupakan asas kepada pembelajaran berkesan,

autonomi, dan pengiktirafan kendiri.

30

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 35: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

2. Minda penyerap

Cara kanak-kanak memperoleh ilmu berbeza dengan orang dewasa. Jika

orang dewasa menggunakan pemikiran, kanak-kanak menggunakan sifat

fizikal dan deria.

Semenjak berusia tiga hingga enam tahun, menggunakan minda penyerap

sedar, kanak-kanak boleh memilih maklumat yang diterima daripada

persekitaran dan seterusnya menambah baik deria mereka.

Pada peringkat ini, kanak-kanak telah pun menguasai beberapa kemahiran

seperti membeza, menyesuai, dan menggredkan warna.

Sejak lahir sehingga tiga tahun, pemikiran kanak-kanak diistilahkan

sebagai minda penyerap tak sedar yang berkembang menerusi aktiviti

melihat, mendengar, merasa, menghidu, dan menyentuh.

Apa yang kanak-kanak belajar bergantung pada orang di sekeliling

mereka; cara mereka bercakap, bertindak, dan tindak balas mereka

terhadap respons kanak-kanak.

Pengalaman sedia ada dan bahan yang disediakan untuk kanak-kanak turut

menentukan jenis dan kualiti pembelajaran.

3. Tempoh sensitif

Montessori percaya bahawa terdapat tempoh sensitif di mana pada waktu

ini kanak-kanak belajar tingkah laku tertentu dengan lebih berkesan.

(Ramai pendidik kanak-kanak menyamankan tempoh sensitif dengan

kesediaan)

Semua kanak-kanak akan melalui peringkat ini tetapi tempohnya berbeza

bagi setiap kanak-kanak.

Ibu bapa dan guru perlu mengesan tempoh sensitif ini dan menyediakan

pengalaman untuk kanak-kanak membina kemahiran.

Ibu bapa dan guru perlu memerhatikan kanak-kanak. Ramai pendidik

melihat pemerhatian ke atas kanak-kanak lebih penting daripada ujian.

Tempoh sensitif dalam pembelajaran berlaku pada peringkat awal hidup di

mana terdapat perkembangan fizikal dan bahasa yang pesat.

Guru mempunyai tiga peranan:

i) Mengakui kewujudan tempoh sensitif

ii) Belajar cara untuk mengesan mereka

31

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 36: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

iii) Menyediakan pengalaman bagi membangunkan potensi kanak-

kanak

4. Persekitaran bersedia

Kanak-kanak belajar lebih baik dalam persekitaran yang bersedia. Ini

termasuklah bilik darjah, rumah, pusat jagaan, atau taman permainan.

Matlamat persekitaran bersedia adalah untuk membolehkan kanak-kanak

berdikari dan tidak bergantung pada orang dewasa. Sebaiknya, mereka

melakukan sesuatu sendiri.

5. Pendidikan automatik

Maksud pendidikan automatik ialah apabila kanak-kanak boleh mendidik

diri sendiri sewaktu menjalankan aktiviti dalam persekitaran bersedia.

Menerusi aktiviti ini kanak-kanak boleh:

Belajar sesuatu

Berfikir

Mendapat kepuasan kendiri

Menurut kajian oleh Montessori, semua kanak-kanak mempunyai ciri-ciri

universal, iaitu:

Semua kanak-kanak mempunyai minda penyerap

Semua kanak-kanak melalui tempoh sensitif

Semua kanak-kanak mahu belajar

Semua kanak-kanak belajar melalui bermain/bekerja

Semua kanak-kanak melalui pelbagai peringkat perkembangan

Semua kanak-kanak mahu berdikari

6.4 John Dewey (1859-1952)

Ahli falsafah Amerika yang terkenal.

Teori Dewey mengenai persekolahan dikenali sebagai progresivisme yang

menekankan kanak-kanak dan minat mereka, bukan subjek. Istilah kurikulum

berpusat kanak-kanak dan sekolah berpusat kanak-kanak diambil daripadanya.

Falsafah progresif turut menekankan persediaan kanak-kanak dalam menghadapi

realiti semasa berbanding persediaan mereka menghadapi masa depan yang tidak

32

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 37: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

diketahui. Dewey pernah menyebut “Pendidikan, oleh itu, ialah proses kehidupan

dan bukan persediaan untuk masa depan.” (Morrison 2001).

Dalam bilik darjah yang berdasarkan pemikiran Dewey, kanak-kanak terlibat

dalam aktiviti fizikal, menggunakan bahan, perkembangan intelek, dan kewujudan

pergaulan sosial.

Aktiviti fizikal termasuklah berlari, melompat, dan menggunakan peralatan.

Kanak-kanak juga belajar cara menggunakan bahan dan peralatan untuk membina

sesuatu Dewey turut mencadangkan aktiviti seharian kanak-kanak perlu

melibatkan memasak dan pertukangan kayu.

Untuk menggalakkan perkembangan intelek kanak-kanak, mereka perlu

didedahkan kepada aktiviti seperti menyelesaikan masalah, meneroka perkara

baru, mencari jawapan mengenai bagaimana sesuatu berlaku, dan sebagainya.

Kanak-kanak juga perlu dilatih cara bergaul dengan orang lain dalam persekitaran

kelas demokrasi. Untuk menggalakkan perkembangan mental dan emosi kanak-

kanak, Dewey mahukan mereka belajar dalam kelas tidak formal kerana baginya,

“pemformalan itu musuh kepada aktiviti mental sebenar dan kepada pertumbuhan

dan pengungkapan emosi yang ikhlas” (Morrison 2001:80).

Dewey menggalakkan pengajaran yang menggabungkan kandungan daripada

pelbagai subjek menggunakan kaedah bertema, di samping menggalakkan

penyelesaian masalah dan pemikiran kritis.

Antara pandangannya ialah falsafah bukanlah mengenai mengenal dunia tetapi

mengenai cara mengawal dan membangunkan dunia. Fungsi utama falsafah ialah

untuk mencari semua perubahan yang berkaitan dengan pengalaman manusia.

Dewey melihat pendidikan sebagai kehidupan dan bukan persediaan untuk hidup

semata-mata.

Pendidikan ialah proses sosial yang mempersembahkan ilmu, teori, pemikiran,

dan fakta kepada masyarakat muda (kanak-kanak). Sekolah Dewey menggalakkan

pengajaran praktikal dan kemahiran seperti pertukangan kayu, memasak, dsb.

Beliau ialah perintis kaedah projek. Kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti

kanak-kanak. Menerusi kaedah ini, kanak-kanak bekerja keras untuk mencapai

kejayaan. Dalam pengajaran, guru perlu bermula dengan kumpulan kecil, dan

kemudian secara individu. Beliau juga melihat pendidikan sebenar ialah proses

aktif berdasarkan alamiah kanak-kanak.

33

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 38: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dewey turut menggalakkan kanak-kanak untuk belajar melalui perbuatan kerana

kanak-kanak secara semula jadinya aktif dan pembelajaran melalui perbuatan

menyediakan mereka untuk menghadapi masa depan.

34

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 39: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 7

MODEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:

membincangkan tiga model berikut dan membandingkannya dari segi kelebihan dan

kekurangan dalam pembelajaran kanak-kanak:

a) Pendekatan “Developmental Interaction” Bank Street

b) Program Berorientasikan Kognitif: Program Prasekolah High/Scope Perry

c) Bereiter-Engelmann atau Direct Instruction (Preschool Academic atau DISTAR)

7.1 Pendekatan “Developmental Interaction” Bank Street

Diasaskan untuk program Head Start dan “Follow Through” oleh Elizabeth

Gilkeson & Associates; berdasarkan Bank Street College of Education, New

York.

Kurikulum berdasarkan peringkat perkembangan individu.

Kesan pembelajaran menerusi pergaulan

Dari segi pergaulan dengan orang lain, program ini percaya kanak-kanak

belajar dengan lebih berkesan melalui pergaulan dengan rakan sebaya dan

orang dewasa dalam persekitaran yang menyediakan pelbagai aktiviti.

Program ini berdasarkan falsafah—usaha sebenar untuk merangsang

perkembangan sosioemosi dan intelek.

Penekanan diberikan kepada kemahiran kognitif, penghargaan kendiri, identiti

(sifat seseorang dsb.), keberkesanan kendiri, kawalan impulsif (dorongan

dalaman), keyakinan diri, reka bentuk, produktiviti, autonomi (hak atau kuasa

diri), dan hubungan dengan orang lain.

Penilaian

Guru menilai perkembangan kanak-kanak secara berterusan dan menyediakan

aktiviti selari dengan penilaian tersebut

Pelbagai bahan pembelajaran disediakan untuk kanak-kanak

35

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 40: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pendekatan bertema

Model ini mencadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan

kaedah bertema.

Pembelajaran bertema dilaksanakan dengan menggabungkan aspek kurikulum.

Pemilihan tema bergantung pada kriteria berikut:

Perkara yang menarik bagi kanak-kanak

Berdasarkan sumber sedia ada

Terarah kepada aktiviti dan perbincangan

Berkait dengan kanak-kanak dan mudah difahami oleh mereka

Boleh membantu perkembangan pembelajaran konsep idea yang lebih

meluas

Sesuai dengan umur kanak-kanak

Berpotensi ke arah pembelajaran kendiri

Apabila tema telah dipilih, guru perlu menentukan konsep yang mahu

dibangunkan dengan tema tersebut. Kanak-kanak perlu berseronok sewaktu

melakukan aktiviti tersebut.

Hubungan antara guru dengan kanak-kanak adalah asas kepada pelaksanaan

program ini. Guru yang mesra, penyayang, dan menolong akan menggalakkan

kanak-kanak untuk bekerjasama.

Jadual harian

Jadual harian disusun dengan sebaiknya membolehkan penglibatan seimbang.

Walau bagaimanapun ia fleksibel.

Biasanya kanak-kanak bekerja sendiri atau dalam kumpulan kecil bersama

orang dewasa atau tanpa kawalan orang dewasa.

Dalam jadual harian, terdapat aktiviti membaca dan menulis di samping

aktiviti lain.

Kanak-kanak menulis buku sendiri dan membaca buku tulisan rakan mereka.

Hubungan dengan ibu bapa

Program ini sangat menekankan komunikasi dua hala dengan ibu bapa. Oleh itu,

program ini menyediakan ruang untuk ibu bapa dan sentiasa mengadakan lawatan

36

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 41: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ke rumah ibu bapa dan aktiviti lain yang boleh menguatkan hubungan guru

dengan ibu bapa.

7.2 Program Berorientasikan Kognitif: Program Prasekolah Perry High/Scope

Diasaskan oleh David Weikart dan Associates dari Institute of High/Scope di

Ypsilanti, Michigan. Ia adalah usaha untuk menterjemah teori perkembangan

Piaget ke dalam program pendidikan.

Pada awalnya dikenali sebagai Perry Preschool dibina pada tahun 1960-an bagi

membantu kanak-kanak kurang berkemampuan. Program ini menekankan

perkembangan kognitif kanak-kanak, bagaimana mereka menguruskan masa dan

mentafsir hubungan antara objek dengan peristiwa dalam persekitaran.

Persekitaran

Kanak-kanak boleh memilih pelbagai bahan yang diberikan kepada mereka.

Kelas diberikan kepada sudut-sudut. Setiap sudut dilengkapkan dengan

peralatan tertentu. Sudut-sudut dalam kelas terdiri daripada:

Sudut isi rumah

Sudut blok

Sudut seni

Sudut senyap dan wide corner

Sudut untuk membina objek

Sudut muzik dan gerakan

Sudut permainan pasir dan air

Sudut haiwan dan tumbuhan

Terdapat juga ruang untuk kanak-kanak menyimpan barang mereka supaya

mereka belajar mengenai kebersihan serta peraturan dan undang-undang.

Jadual harian

Sampel jadual harian bagi program separuh hari

8:30-8:50 am Masa merancang

8:50-9:45 am Masa bekerja

9:45-10:00 am Masa mengemas

37

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 42: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

10:00-10:30 am Masa imbas kembali, makan kudapan, dan aktiviti

berkumpulan kecil

10:30-10:50 am Permainan luar kelas

10:50-11:10 am Sesi dalam bulatan

11:10-11:20 am Pulang

Sampel jadual harian bagi program sehari penuh

7:30-8:30 am Apabila kanak-kanak sudah tiba, guru merancang bersama

mereka dan mengarahkan mereka bermula

8:30-9:00 am Sarapan dan menggosok gigi

9:00-9:20 am Masa merancang

9:20-10:30 am Masa bekerja dan mengemas

10:30-10:50 am Masa imbas kembali

10:50-11:20 am Permainan luar kelas

11:20-11:45 am Sesi dalam bulatan dan bersedia untuk makan tengah hari

11:45-12:30 pm Makan tengah hari

12:30-1:30 pm Masa tidur siang. Kanak-kanak tidur atau berbaring sambil

membaca dengan senyap

1:30-2:15 pm Aktiviti berkumpulan kecik dan makan kudapan

2:15-4:00 pm Sesetengah kanak-kanak pulang ke rumah manakala guru dan

penjaga merancang dengan kanak-kanak lain yang masih

berada di sekolah. Kemudian kanak-kanak tersebut pulang

apabila tiba masanya

Jadual harian dilaksanakan untuk memberikan kefahaman kepada kanak-kanak

tentang konsep masa.

Masa merancang

Kanak-kanak memulakan aktiviti dengan merancang apa yang ingin dibuat. Guru

membantu kanak-kanak merancang dan merekodkannya.

Masa bekerja—kurikulum

Terdapat lapan bahagian:

38

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 43: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1) Pembelajaran aktif – kanak-kanak melakukan aktiviti sendiri termasuklah

belajar melalui deria, manipulasi, bergabung untuk mengetahui tentang

hubungan, memilih aktiviti sendiri, dan belajar menggunakan alat dan

peralatan.

2) Menambah baik penggunaan bahasa – kanak-kanak digalakkan untuk

bercakap dengan orang lain mengenai pengalaman yang bermakna bagi

mereka, menggambarkan, dan meluahkan perasaan mereka. Guru menulis dan

mengadakan permainan bahasa.

3) Menggambarkan pengalaman dan idea dengan mengenal pasti objek

menggunakan deria, meniru pergerakan dan suara, main peranan, melukis, dan

mewarna.

4) Membuat pengelasan – bermula dengan praoperasian di mana kanak-kanak

mengenal pasti persamaan dan perbezaan objek-objek. Kanak-kanak

digalakkan untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu, mengasingkan dan

menggabungkan sesuatu, menggunakan sesuatu dalam pelbagai cara,

membincangkan ciri-ciri yang tidak terdapat pada sesuatu, dan membezakan

antara sedikit, separuh, dan semua.

5) Seriasi – boleh menyusun barang, dilakukan dengan membanding, menyusun

barang dengan betul dan menyatukan objek.

6) Konsep nombor – asas pemahaman matematik berdasarkan pengalaman

konkrit. Untuk menambah baik konsep ini, pengalaman diberikan supaya

kanak-kanak boleh membanding dan mengira.

7) Hubungan dengan ruang – digalakkan untuk menyatukan dan mengasingkan

sesuatu, menyusun semula dan membentuk semula objek. Bermain dengan

objek pelbagai bentuk, mengalami dengan tubuh sendiri, mengilustrasikan

tubuh, jarak dan kedudukan.

8) Memahami unit masa dan menyusun peristiwa mengikut susunan.

7.3 Bereiter-Engelmann atau Model Direct Instruction (Preschool Academic atau

DISTAR)

Model ini berdasarkan teori behaviorisme. Diasaskan oleh Carl Bereiter dan

Siegfried Engelmann pada 1960 dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak

miskin berjaya di sekolah rendah. Kanak-kanak tidak berkemampuan jauh

39

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 44: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ketinggalan berbanding rakan sebaya daripada kelas pertengahan. Mereka bukan

sahaja perlukan pengayaan malahan satu program yang boleh mempercepatkan

kadar pembelajaran mereka.

Model ini berbeza dengan model lain kerana ia direka untuk memenuhi matlamat

tertentu guru (bukan memenuhi perkembangan kanak-kanak secara

keseluruhannya).

Kurikulum

Model ini menggunakan pendekatan pengajaran langsung.

Guru merancang pengajaran. Kanak-kanak perlu membuat latih tubi dan

latihan tertentu.

Terdapat tiga subjek yang diberi penekanan: bahasa, matematik, dan

membaca. Matlamatnya adalah untuk menyediakan kemahiran berkaitan

dalam ketiga-tiga aspek tersebut.

Setiap subjek direka untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran

tertentu.

Contohnya, dalam aspek membaca, kanak-kanak diminta untuk melihat huruf

dan menyebutnya dari kanak ke kiri. Matlamatnya adalah untuk membolehkan

kanak-kanak menggabungkan huruf bagi membentuk kata.

Dalam aspek bahasa, penggunaan kata yang berkaitan ialah kata majmuk,

melengkapkan ayat, ayat positif dan ayat negatif, dan kata lawan (besar/kecil,

naik/turun).

Matlamat lain berkaitan warna dan nama, nombor sehingga 20, pengenalan

huruf, kebolehan menghasilkan kata beritma. Guru menyediakan pengukuhan

berterusan dari segi pujian dan makanan.

Muzik diajar secara langsung bagi tujuan mengukuhkan penggunaan bahasa.

Menurut Lay-Dopyera & Dopyera (1993), dalam matematik, kanak-kanak

bukan sahaja diajar mengira sehingga 20, malahan mereka juga diajar

menambah dan menolak di samping simbol +, -, dan =; serta diminta

menjawab soalan berkaitan.

Persekitaran

40

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 45: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pengajaran berdasarkan kelas kecil di mana guru mengajar secara langsung.

Kelas yang lebih luas adalah untuk aktiviti yang lebih bebas dan kumpulan

yang lebih besar.

Pelan lantai terdiri daripada tiga bilik kecil – bilik matematik, bilik membaca,

dan bilik bahasa. Semua bilik dilengkapi dengan lima kerusi yang menghadap

papan tulis.

Terdapat bahan seperti teka-teki, buku, dan bahan untuk menyurih, kertas dan

krayon; tetapi tiada bahan untuk kreativiti kerana perkembangan kreatif

bukanlah matlamat program ini.

Jadual

Tiga subjek tersebut (bahasa, matematik, dan membaca) diajar secara intensif,

dalam masa 20 minit. Setiap subjek terdiri daripada lima orang pelajar, atau tiga

hingga lapan orang, dan seorang guru. Kumpulan dibuat berdasarkan keupayaan.

Guru

Program ini mencadangkan yang guru sekolah rendah lebih layak dan sesuai

untuk mengajar program ini berbanding guru yang dilatih untuk awal kanak-

kanak.

Kajian keberkesanan program

Beberapa kajian telah dibuat bagi melihat keberkesanan program ini.

Keputusan menunjukkan peningkatan yang bermakna dalam ujian IQ dan

ujian prestasi kanak-kanak jika dibandingkan dengan kumpulan kanak-kanak

lain.

Tetapi peningkatan ini menurun dengan cepat berbanding kanak-kanak dalam

program lain.

Begitu juga dengan tahap ingin tahu dan reka bentuk kanak-kanak program

Bereiter-Engelmann. Ia dilihat lebih rendah daripada kanak-kanak program

lain.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh terlalu banyak aktiviti pengukuhan

yang mengurangkan minat intrinsik kanak-kanak dalam proses pembelajaran

mereka.

41

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 46: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Apabila motivasi luaran dihapuskan, motivasi untuk belajar juga hilang.

Kajian menunjukkan kadar remaja memberontak oleh mereka yang mengikuti

program pengajaran langsung di peringkat prasekolah lebih tinggi daripada

mereka yang mengikuti program yang menekankan pemilihan kendiri semasa

tadika.

Setiap hari, guru membacakan buku kepada kanak-kanak. Program ini

menyediakan banyak buku bergambar dan buku yang mudah dibaca kepada

kanak-kanak.

Kanak-kanak boleh memperkaya perbendaharaan kata mereka menerusi carta,

label, cerita, dan permainan.

Kanak-kanak melakukan tugasan sendiri. Mereka mungkin diberi plastisin

atau bahan lain untuk diteroka dan dimanipulasi. Ini bukanlah masa untuk

mengajar. Ia memberikan peluang kepada guru untuk memerhatikan kanak-

kanak dan memperkenalkan bahan untuk diterokai kanak-kanak.

Masa imbas kembali

Kanak-kanak melihat semula tugas mereka. Biasanya dilakukan dalam kumpulan

kecil.

Perbincangan Kelas

Bincangkan konsep, pendekatan, dan pelaksanaan Program Permata Negara. Bandingkannya

dengan model awal kanak-kanak lain. Bincangkan kekuatan dan kelemahannya.

42

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 47: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 8

MODEL PENDIDIKAN AWAL

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:

membincangkan pandangan Montessori dari segi:

i) Persekitaran pusat awal kanak-kanak

ii) Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dan bahan yang digunakan

membandingkan model Montessori dengan model Reggio Emilia

8.1 Model Montessori

Model ini boleh didapati dengan meluas di Amerika Syarikat. Program ini

berdasarkan bagaimana kanak-kanak membesar.

Matlamat Pendidikan Montessori

American Society of Montessori (1984) dalam Brewer (1998) menyatakan

bahawa matlamat program Montessori adalah untuk membangunkan aspek

berikut:

Penumpuan

Kemahiran memerhati

Kesedaran dalam susunan dan kronologi

Koordinasi

Kesedaran dalam kemahiran praktikal dan andaian

Konsep matematik

Kemahiran bahasa

Kemahiran menulis dan membaca

Kebiasaan dalam seni kreatif

Memahami alam semula jadi

Pengalaman dalam memahami sains sosial

Pengalaman dalam kemahiran berfikir secara

penyelesaian masalah

kritis menerusi teknik

43

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 48: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Persekitaran pusat prasekolah

Montessori menekankan agar pusat pendidikan kanak-kanak mempunyai

kawasan yang luas. Ini membolehkan kanak-kanak bergerak bebas. Taman

permainan dan taman kecil perlu ada. Persekitaran mestilah menarik dan

menyeronokkan. Tumbuhan, bunga, alat permainan yang menarik juga perlu

ada.

Perabot seperti meja dan kerusi perlulah dalam saiz kanak-kanak. Ia juga perlu

ringan supaya kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun boleh

mengangkatnya.

Meja perlu dalam bentuk segi tiga yang boleh digunakan dua atau tiga kanak-

kanak jika mereka duduk bersama. Perlu juga ada meja kecil jika kanak-kanak

perlu membuat tugasan bersendirian.

Peralatan perlu di atur dalam almari yang boleh dicapai oleh kanak-kanak.

Ruang yang menyediakan alatan yang membolehkan kanak-kanak mendapat

kemahiran tertentu juga perlu ada.

Di pusat Montessori, terdapat ruang membasuh tangan yang cukup rendah

untuk kegunaan kanak-kanak tiga tahun. Juga terdapat ruang meletakkan

sabun, berus kuku, tuala, dsb. Lebih baik juga, menurut Montessori, jika ada

almari kecil untuk setiap kanak-kanak menyimpan barang keperluan mereka

seperti sabun, berus gigi, dsb.

Dalam setiap bilik, almari yang rendah diperlukan bagi menyimpan bahan

pembelajaran. Pintunya harus mudah dibuka. Kanak-kanak perlu diberi

tanggungjawab untuk menjaga bahan-bahan dalam almari tersebut. Di atas

almari boleh diletakkan pasu bunga, akuarium kecil, dan alat mainan lain.

Kanak-kanak perlu diberi kebebasan untuk bermain dengan alat mainan itu.

Kelas perlu dilengkapi papan tulis yang digantung rendah agar kanak-kanak

boleh menggunakannya. Sediakan kotak untuk meletakkan kapur dan

pembersih papan tulis. Ia juga perlu dihias dengan cantik untuk menarik

perhatian kanak-kanak.

Falsafah Montessori bersandarkan kepada logik, sistematik, dan kecantikan.

Kanak-kanak

44

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 49: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Berdasarkan aktiviti individu. Kanak-kanak dari kumpulan umur yang berbeza

akan terlibat dalam aktiviti individu. Mereka bebas memilih projek yang

disukai.

Aktiviti ini biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak

mengikut peraturan sendiri dan bekerja sendiri atau berpasangan. Kanak-

kanak kecil belajar aktiviti tertentu dengan memerhatikan dan meniru kanak-

kanak yang lebih tua. Program Montessori ini direka untuk kanak-kanak 3-6

tahun.

Guru

Dalam program Montessori, penyeliaan orang dewasa adalah minimum. Guru

memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri semasa menunjukkan

cara-cara menggunakan alatan/bahan baru. Guru tidak memuji kanak-kanak

kerana matlamat aktiviti ini ialah membina ganjaran kendiri dan motivasi

intrinsik. Guru mempelajari kaedah dan kurikulum Montessori melalui kursus

intensif pada peringkat ijazah.

Bahan

Mempunyai ciri istimewa.

Material adalah didaktik, direka untuk subjek spesifik.

Dalam bentuk penyesuaian kendiri (self-correcting) di mana kanak-kanak

mendapat maklum balas sama ada mereka berjaya atau tidak selepas

menyelesaikan tugasan menggunakan bahan tersebut.

Bahan dibina daripada senang kepada sukar. Kanak-kanak diberikan cabaran

untuk menyelesaikan konsep yang sukar secara progresif.

Bahan dibangunkan dengan berhati-hati, biasanya menggunakan bahan semua

jadi seperti kayu yang dikilatkan.

Kurikulum

Terdapat beberapa set aktiviti, termasuk:

Aktiviti berkaitan kehidupan

Aktiviti berkaitan penggunaan deria

Aktiviti bersifat akademik

45

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 50: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Aktiviti kehidupan seharian

Aktiviti ini adalah praktikal:

Membutangkan baju

Mengikat tali kasut

Menggilap kasut

Menyikat rambut

Menyiram pokok

Membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengelap meja

Aktiviti ini bukan sahaja membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak,

malahan melatih kanak-kanak agar berdisiplin, berdikari, dan menghargai diri

dengan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti yang dilakukan.

Bahan Deria

Aktiviti ini dijalankan bagi membantu kanak-kanak membentuk, menyusun,

meluaskan, dan mengkaji persepsi deria dari segi penglihatan, pendengaran,

sentuhan, menghidu, dan merasa. Untuk membangunkan kemahiran tersebut,

Montessori mencipta pelbagai alatan seperti:

Pink Tower: terdiri daripada 10 biji kiub yang diperbuat daripada pelbagai

kayu bentuk, tekstur, dan warna. Semua kiub berwarna merah jambu. Saiz

kiub bermula dan 1cm dan setiap biji bertambah 1cm. Kiub terbesar

bersaiz 10cm. Kiub-kiub itu disusun mendatar daripada paling besar

kepada paling kecil. Menara ini sangat menarik bagi kanak-kanak bawah

lima tahun kerana mereka boleh meruntuhkan dan membinanya semula.

Brown Stairs: terdiri daripada 10 blok yang diperbuat daripada kayu.

Kesemuanya berwarna coklat dan berbeza dari segi ketebalan. Kanak-

kanak boleh menyusun blok-blok ini daripada yang paling nipis kepada

yang paling tebal. Blok paling tebal bersaiz 10cm dan blok lain semakin

berkurang 1cm setiap satu.

Red Rods: terdiri daripada 10 batang, semuanya berwarna merah dan

bersaiz sama, kecuali panjangnya berbeza daripada 10cm kepada 1cm.

Kanak-kanak boleh menyusun batang ini daripada yang paling panjang

kepada yang paling pendek.

46

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 51: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Cylinder Block: terdiri daripada blok dengan lubang dan silinder kecil

yang muat dimasukkan ke dalam lubang. Kanak-kanak perlu menarik

silinder keluar daripada blok dan memasukkannya ke dalam lubang yang

sesuai.

Smelling Jar: menggunakan dua botol berwarna sama tetapi dengan bau

berbeza. Guru akan meletakkan dua bahan yang berbau sama dengan

botol. Kanak-kanak kemudiannya diminta untuk menghidu dua bahan ini

dan memadankannya dengan bau dalam botol.

Baric Tablets: kepingan kayu berbentuk segi tiga dengan berat yang

berbeza. Terdapat tiga set semuanya—ringan, sederhana ringan, dan berat.

Kanak-kanak perlu memadankan kepingan itu mengikut berat.

Colour Tablets: pada mulanya, Montessori memilih tiga keping kayu

berwarna sangat terang dan berpasangan iaitu merah, biru, dan kuning.

Kesemua enam keping kayu diletakkan di hadapan kana-kanak. Kanak-

kanak akan ditunjukkan sekeping kayu dan mereka diminta mencari

pasangannya yang berwarna sama. Kemudian, kanak-kanak perlu

menyusun semua warna berpasang-pasangan.

Bilangan kepingan kayu boleh ditambah menjadi lapan warna atau 16

keping. Apabila kanak-kanak berjaya menguasai semua warna terang,

mereka akan diminta mengenal pasti warna yang lebih cerah. Kemudian,

kayu berwarna sama akan ditambah tetapi kanak-kanak perlu menyusun

kepingan tersebut mengikut ton warna.

Sound Boxes: pelbagai barangan diletakkan dalam dua kotak bersaiz dan

berwarna sama. Contohnya, sebuah kotak diisi pasir dan sebuah lagi diisi

batu kerikil. Kanak-kanak perlu menggoncang kotak dan memadankan

kotak-kotak dengan bunyi sama.

Temperature Jugs: aktiviti ini untuk membezakan suhu. Jag diperbuat

daripada besi. Air pada suhu berbeza dituang ke dalam jag. Kanak-kanak

perlu memadankan jag dengan suhu yang sama.

Montessori juga mengajar kanak-kanak merasa menggunakan lidah untuk

bagi mengetahui rasa pahit, masam, manis, masin, dsb. Setelah kanak-

kanak merasa makanan, mereka diminta membersihkan mulut dengan air

47

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 52: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

bersih. Beliau beranggapan permainan ini bukan sahaja mengajar kanak-

kanak rasa dan bau yang berbeza, malah mengajar mereka cara

membersihkan mulut setelah merasa pelbagai makanan.

Pelbagai jenis kain: Montessori menggunakan pelbagai jenis kain untuk

dikenal pasti kanak-kanak. Terdapat tujuh jenis kain: baldu, sutera, wool,

linen halus, linen kasar, kapas ringan, dan kapas berat.

Bahan akademik dan konsep

Geometric Insets Kayu dan Bingkai: terdapat banyak bentuk geometri

digunakan dalam pengajaran bentuk. Dalam set ini, kanak-kanak diminta

untuk memadankan bentuk yang sama. Mereka perlu memadankan dua

bentuk kayu yang sama dengan menyesuaikannya dalam bingkai yang

mempunyai bentuk berbeza. Dua keping kayu ini diskrukan agar tidak

bercampur aduk. Montessori turut membuat kabinet bagi menyimpan

alatan geometri ini.

Shape Tablets: kanak-kanak diberikan bingkai atau bekas yang dipenuhi

kayu berbagai-bagai bentuk. Mereka perlu mengeluarkan semua bentuk

dan mencampurkannya. Kanak-kanak perlu memilih bentuk yang sama

dan memadankannya dengan bingkai atau bekas. Montessori menganggap

permainan ini sangat berkesan untuk melatih kanak-kanak mengenal

bentuk geometri kanak-kanak juga diminta menyentuh bentuk dengan jari.

Kertas pasir: kanak-kanak dilatih menggunakan jari untuk merasa abjad

yang dipotong daripada kertas pasir.

Abjad: kelas Montessori dilengkapi dengan abjad. Kanak-kanak diminta

menyusun abjad membentuk perkataan.

Bahan dan latihan: dibuat untuk membantu kanak-kanak menyukai dan

menikmati muzik serta belajar mengawal pergerakan tangan dan kaki

mereka untuk bersedia menari. Montessori turut memperkenalkan ritma,

harmoni, dan melodi. Kanak-kanak diajar cara menggunakan alat muzik

dan mengenal muzik menggunakan latihan deria. Walaupun lukisan tidak

diperkenalkan, kanak-kanak diajar tentang garisan dan warna sebelum

lukisan diperkenalkan (Brewer 1998).

48

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 53: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Aktiviti lain yang boleh meningkatkan pemahaman kanak-kanak dari segi

budaya ialah peta, serta gambar haiwan dan tumbuhan untuk dikenal pasti

dan dikelaskan olleh kanak-kanak.

Jadual harian

Berikut merupakan contoh rancangan harian yang terdapat dalam program

Montessori, bermula 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Masa Aktiviti

9:00 – 10:00

1) Periksa kebersihan kanak-kanak

2) Latihan kehidupan harian: membantu rakan

3) Memakai dan membuka apron

4) Memeriksa keadaan bilik supaya bersih dan kemas

5) Bahasa: Perbualan−kanak-kanak menceritakan apa yang

berlaku kepada mereka pada hari sebelumnya kepada

seluruh kelas

6) Kelas agama

10:00 – 11:00 1) Latihan intelek

2) Rehat

3) Latihan deria

11:00 – 11:30 Gimnastik: pergerakan lazim yang dilakukan dengan lembut,

posisi tubuh normal, berjalan, beratur, menyapa, pergerakan

untuk menarik perhatian, meletakkan objek dengan cermat.

11:30 – 12:00 Makan tengah hari: bacaan doa ringkas

12:00 – 1:00 Aktiviti bebas

1:00 – 2:00

1) Aktiviti terbimbing, jika boleh, di kawasan terbuka. Pada

waktu ini kanak-kanak yang lebih tua pula yang akan

melakukan aktiviti harian, membersihkan bilik, menyapu

habuk, dan menyusun atur

2) Pemeriksaan kebersihan umum: perbualan

2:00 – 3:00 Seni pertukangan: membina model tanah liat, corak, dsb

3:00 – 4:00

1) Gimnastik berkumpulan sambil menyanyi, jika boleh, di

kawasan terbuka

2) Aktiviti yang membentuk karakter penyayang: lawatan,

cintakan pokok dan haiwan

49

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 54: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

8.2 Pendekatan Reggio Emilia

Pendekatan ini diasaskan di Reggio Emilia, terletak di Itali Utara, di bawah

bimbingan Loris Malaguzzi berdasarkan teori Piaget dan Vygotsky.

Persekitaran

Menarik dan menyeronokkan.

Menambah baik hubungan sesama manusia dan menggalakkan pembelajaran.

Ruang digunakan bagi menggalakkan komunikasi. Penyusunan ruang

menggalakkan kanak-kanak untuk bekerja dalam kumpulan kecil, kumpulan

besar, dengan hanya seorang guru, atau bekerja sendiri.

Peralatan, bahan, dan aktiviti disusun untuk mempromosikan penerokaan,

penemuan, dan penyelesaian masalah, serta memberi peluang kepada kanak-

kanak untuk membuat pilihan sendiri.

Atelier

Model ini menyediakan bengkel atau studio khas di mana kanak-kanak dan

guru boleh menggunakan pelbagai bahan untuk mengalami perkara baru.

Atelier digunakan untuk mendokumenkan hasil kerja kanak-kanak,

mentranskripsikan perbualan kanak-kanak, mengambil gambar aktiviti mereka

dan mendokumenkan proses pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai

projek.

Dokumen ini bermakna buat kanak-kanak kerana mereka boleh menilai hasil

kerja mereka dan rakan-rakan.

Menerusi projek ini, guru dan ibu bapa boleh menilai dan menghakimi proses

pembelajaran kanak-kanak.

Kurikulum

Kurikulum Reggio Emilia adalah berasaskan projek. Dalam projek ini, kanak-

kanak biasanya bekerja dalam kumpulan kecil untuk mendalami sesuatu

konsep atau topik.

Projek ini boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat atau panjang. Biasanya

ia mengambil masa satu bulan untuk selesai. Oleh kerana program Reggio

50

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 55: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Emilia tidak memperuntukkan tempoh tetap persekolahan, kanak-kanak boleh

melaksanakan tugas dengan tenang (tidak terburu-buru).

Tajuk atau tema projek

Model ini menekankan minat dan kecenderungan kanak-kanak. Oleh sebab

itu, tajuk projek yang akan dilaksanakan boleh diambil daripada soalan-soalan

mereka pada guru, atau dalam kata lainnya, berdasarkan idea mereka sendiri.

Ia boleh jadi juga idea guru.

Biasanya, tajuk projek berdasarkan pengalaman harian kanak-kanak.

Projek boleh dijalankan dalam pelbagai topik.

Contoh

Forman (1993) dalam Eva Essa (1996), mengetengahkan projek di mana kanak-

kanak mengkaji persekitaran mereka sewaktu musim bunga yang berkaitan

dengan bunga popi. Kanak-kanak bermula dengan aktiviti melukis, mula

memikirkan bagaimana rupa bunga popi. Guru dan kanak-kanak berkomunikasi:

ada soal jawab, membandingkan dengan kerja orang lain, dan membincangkan

perkara yang mereka temui di ladang bunga popi. Kemudian, mereka melawat

ladang popi selama beberapa hari dan memerhati. Membanding, dan mengulas

semua soalan yang pernah ditanya sebelum ini. Apabila mereka pulang ke

sekolah, mereka boleh melukis popi dengan lebih tepat dan sempurna.

Guru

Menurut Malaguzzi (1993), pendidikan seharusnya melibatkan tiga elemen:

kanak-kanak, guru, dan keluarga.

Guru-guru di Reggio Emilia bekerja sebagai rakan kanak-kanak. Mereka akan

duduk bersama dengan kumpulan kanak-kanak tiga tahun, bayi hingga tiga

tahun, dan juga kanak-kanak 3-6 tahun.

Peranan guru ialah sebagai sumber bagi kanak-kanak dan rakan dalam

pendidikan kanak-kanak. Guru boleh dibantu oleh koordinator pedagogi dan

guru seni.

Program lain dalam Reggio Emilia termasuklah mesyuarat pekerja mingguan

dan program pembangunan pekerja.

51

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 56: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kedua-dua program boleh meningkatkan kemahiran komunikasi dan

profesionalisme guru.

Perbincangan Kumpulan

Bandingkan model Montessori dengan Reggio Emilia.

52

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 57: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 9

MODEL PENDIDIKAN AWAL

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan Sure Start

membincangkan perbezaan antara Sure Start dengan Head Start

9.1 Model Sure Start

Falsafah

Sure Start ialah program yang menyediakan pendidikan prasekolah berkualiti.

Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah aspek pendidikan, kesihatan,

sosial, dan penglibatan ibu bapa.

Hubungan yang rapat dan kerjasama antara keluarga, sekolah, dan komuniti

ialah faktor yang ditekankan dalam program ini.

Sure Start diasaskan daripada amalan bersesuaian perkembangan berdasarkan

teori oleh Piaget, Erikson, Vygotsky, dan Gardner.

Program ini bertujuan untuk membantu perkembangan keseluruhan kanak-

kanak dan membantu keluarga. Menerusi program ini, kanak-kanak akan

membina bakat dan kemahiran sosial mereka untuk menjadi lebih produktif.

Latar belakang

Sure Start ialah satu usaha kerajaan British untuk mengatasi masalah kanak-

kanak miskin dan penyisihan sosial.

Sure Start dibentuk melalui program setempat di kawasan-kawasan miskin

dalam negara.

Matlamatnya adalah untuk mendapatkan hasil terbaik buat kanak-kanak, ibu

bapa, dan masyarakat dengan membuka pusat jagaan kanak-kanak untuk

semua kanak-kanak, meningkatkan kesihatan, pendidikan, perkembangan

emosi mereka, serta membantu peranan ibu bapa dan meningkat aspirasi kerja.

53

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 58: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kerajaan British telah menaikkan peruntukan kepada lebih daripada £1.5

bilion bagi tahun 2005-2006 dan tambahan sebanyak £669 juta bagi tahun

2007-2008. Ini melibatkan 100,000 buah pusat jagaan kanak-kanak yang

sebahagiannya ditempatkan di sekolah.

Dilancarkan pada tahun 1998, kanak-kanak, remaja, dan keluarga ialah fokus

utama Sure Start. Ia diuruskan oleh Kerajaan Setempat, Primary Care Trusts,

agensi mencari kerja Jobcentre Plus, masyarakat setempat, dan organisasi

sukarela serta sektor swasta.

Terdapat 520 program setempat: program yang dilaksanakan di Scotland,

Wales dan North Ireland. Program ini terfokus kepada keluarga dengan anak-

anak berusia bawah empat tahun dan melibatkan hampir 800 orang kanak-

kanak dalam sesebuah kawasan.

Kemudahan yang disediakan termasuklah pusat perlindungan (drop in centres)

untuk ibu bapa berbincang dengan pekerja Sure Start, pusat jagaan, dan klinik

kesihatan bergerak.

Setiap program ditadbir dengan kerjasama badan kerajaan (termasuk ahli

profesional bidang kesihatan dan pendidikan), ahli profesional penjagaan

kanak-kanak, masyarakat dan kumpulan sukarelawan serta ibu bapa untuk

menyediakan perkhidmatan buat keluarga. Konsep perkongsian ini adalah

faktor unik yang membuatkan program Sure Start berjaya.

Program menawarkan pengalaman belajar dan bermain berkualiti tinggi.

Perkembangan bahasa kanak-kanak ialah sumber kejayaan Sure Start.

Menerusi Sure Start, kerajaan boleh menyasarkan penurunan kos pakar

pertuturan dan bahasa untuk kanak-kanak empat tahun sehingga 5% pada

tahun 2004.

9.2 Model Head Start

Sure Start adalah berdasarkan program Head Start yang dilaksanakan di Amerika

Syarikat. Head Start dilancarkan pada 1965 dengan tujuan untuk membantu

masyarakat memenuhi keperluan kanak-kanak tidak berkemampuan.

Kajian menunjukkan pencapaian peperiksaan kanak-kanak yang menyertai

program Head Start adalah lebih baik daripada mereka yang tidak mengikutinya.

Program ini juga mengurangkan kadar jenayah.

54

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 59: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

9.3 Apakah Perbezaan antara Head Start dengan Sure Start?

Model Head Start Model Sure Start

Sure Start cuba menggabungkan

beberapa ciri Head Start yang dianggap

berkualiti:

Program satu hari

Sistem yang melibatkan pendidikan,

kesihatan, perkhidmatan sosial, dan

penglibatan ibu bapa

Pemeriksaan perubatan, pergigian,

dan penilaian berterusan

Makan tengah hari, minum petang

yang berkhasiat

Penglibatan aktif keluarga

Semua program adalah berdasarkan

prinsip bersesuaian perkembangan

Sure Start berdasarkan DoDEA

(Department of Defence and

Education Activity)*

Head Start menggunakan pendapatan

sebagai kriteria kelayakan

mendaftarkan kanak-kanak. Sure Start

juga mengambil kira pendapatan

sebagai faktor penting, namun faktor

lain turun dipertimbangkan.

Head Start memperuntukkan minimum

10% tempat untuk kanak-kanak

berkeperluan khas. Sure Start tidak

meletakkan kanak-kanak berkeperluan

khas sebagai kriteria untuk mendaftar.

Penglibatan ibu bapa adalah penting

dalam program ini

Kurikulum Sure Start menggunakan

DoDEA sebagai asas. Guru dan

pembantu program diberi latihan

dalam melaksanakan program bagi

memastikan konsistensi

Sure Start memperuntukkan nisbah

dua orang dewasa untuk setiap 18-20

kanak-kanak

Prinsip panduan dalam komitmen DoDEA terhadap semua kanak-kanak ialah:

Kanak-kanak belajar dan membina pengetahuan sebagai hasil pengalaman

yang bermakna dan berguna.

Perkembangan optimum kanak-kanak berlaku dalam suasana di mana terdapat

galakan dan bantuan untuk bekerja sama dengan orang lain, berbincang,

55

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 60: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

menganalisis, dan perkembangan peribadi melalui pelaksanaan apa yang

dipelajari.

Kanak-kanak mencapai tahap perkembangan dan pembelajaran yang berbeza

pada masa yang berbeza.

Pembelajaran pada alam awak kanak-kanak membentuk pemeringkatan.

Pembelajaran itu aktiviti individu dan sosial yang berlaku dalam konteks

sosial/budaya.

Bermain ialah bahagian penting dalam program berkualiti untuk kanak-kanak.

Kemahiran dan konsep dibina dan ditingkatkan menerusi aktiviti yang

dimulakan kanak-kanak dan guru.

Program untuk kanak-kanak perlu menyediakan peluang untuk aktiviti

individu dan pengelompokan yang fleksibel.

Kanak-kanak perlu terlibat bersama guru dalam merancang, melaksanakan,

dan menilai pengalaman pembelajaran mereka.

Maruah kanak-kanak serta keadaan dan kelainan peribadi mereka mestilah

dihormati dan diakui.

Keluarga kanak-kanak adalah rakan penting dalam proses pendidikan.

Kanak-kanak seharusnya dilayan dalam suasana yang selamat, memupuk, dan

terpelihara.

Penilaian bersesuaian perkembangan pembelajaran kanak-kanak penting

dalam merancang dan melaksanakan kurikulum yang sesuai dan merayakan

pembelajaran kanak-kanak.

Amalan program untuk kanak-kanak mestilah menggambarkan kajian dan

penemuan yang kukuh tentang kanak-kanak dan pembelajaran.

(Sumber: http://www.dodea.edu/curriculum/eChildhood.cfm)

Keberkesanan program Sure Start

Ibu bapa yang mendaftar dalam program ini mengakui mereka berasa seronok

dan lebih terdorong untuk bekerja.

Penyelidik mendapati program ini berjaya mengumpulkan banyak komuniti,

termasuklah yang tidak pernah bergaul sebelum ini. Hampir 70 ibu bapa

daripada pelbagai komuniti menghadiri perjumpaan ini. Ibu bapa berasa

gembira dengan perjumpaan ini.

56

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 61: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Contoh program Head Start – Play link

Projek yang dilaksanakan untuk meningkatkan perkembangan bahasa,

tumpuan, kemahiran sosial dan aktiviti lain. Ia juga memperkukuhkan

kekeluargaan dan menjauhkan penceraian. Projek ini adalah gabungan dengan

program kesihatan yang dilaksanakan di North Sussex dan Brighton.

Projek ini melibatkan lawatan mingguan (pelawat terlatih termasuk ibu bapa

yang telah dilatih dan berpengalaman) ke rumah-rumah. Mereka berbincang

dengan keluarga dan memperkenalkan banyak alat mainan, buku, lukisan,

masakan mudah, permainan, dsb. Juga terdapat perbincangan di dewan

komuniti dan tempat lain untuk ibu bapa dan kanak-kanak di mana mereka

boleh berjumpa dan berkongsi aktiviti, termasuklah membantu penjagaan

kanak-kanak.

Kajian menunjukkan bahawa 16 kanak-kanak yang terlibat dalam play link

menunjukkan tumpuan yang lebih baik dalam table play dan tidak menghadapi

masalah pertuturan dan bahasa yang banyak selepas menyertai pusat jagaan

kanak-kanak. Mereka juga menunjukkan kebolehan tinggi, kemahiran, dan

keyakinan untuk berbual dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa.

Siapa boleh menyertai?

Sure Start ialah program yang dibiayai kerajaan. Pada mulanya ia adalah untuk

kanak-kanak berusia empat tahun. Kanak-kanak yang layak menyertai program ini

berasal daripada keluarga yang membuatkan mereka “berisiko”:

Berasaskan kedudukan kewangan

Anak kepada ibu/bapa tunggal

Ibu bapa tanpa ijazah

Ibu bapa bukan lepasan sekolah tinggi

Ibu bapa masih remaja ketika anak pertama dilahirkan

Ibu atau bapa bertutur bahasa selain bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama

Kanak-kanak tidak cukup berat

Ibu bapa bekerja di luar rantau untuk tiga bulan atau lebih

Keluarga dengan empat atau lebih anak; jarak usia yang rapat antara setiap

anak

Kanak-kanak dengan adik beradik yang berkeperluan khas

57

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 62: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kurikulum

1. Perkembangan Spiritual, Sosioemosi, dan Personaliti

2. Perkembangan Bahasa, Komunikasi, dan Literasi Awal

3. Perkembangan Matematik dan Pemikiran Logik

4. Perkembangan Pengetahuan dan Pemahaman Persekitaran

5. Perkembangan Fizikal

6. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Strategi

Pembelajaran perlu dirancang dengan baik dan distrukturkan untuk menekankan

keseronokan, bermain, kesesuaian, dan dorongan terhadap semua kanak-kanak.

Perbincangan Kumpulan

Bandingkan kelebihan dan kekurangan kedua-dua program ini.

58

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 63: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 10

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:

membincangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

menjelaskan matlamat Pendidikan Prasekolah di Malaysia

membincangkan Enam Tunjang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

10.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, dan berketerampilan, serta berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. (Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan 2010)

Matlamat pendidikan di Malaysia (The Philosophy of Teacher Education in

Malaysia, Kementerian Pelajaran, 1982)

Individu

Memupuk perkembangan individu yang seimbang dengan menyediakan

peningkatan potensi fizikal, intelek, emosi, moral, dan estetik apabila rakyat

Malaysia mengakui Rukun Negara.

Masyarakat

Membantu individu untuk mencapai wawasan dan fahaman yang mendalam ke

atas warisan budaya dan ekologi, institusi sosial, nilai dan amalan, desakan dan

cabaran masyarakat Malaysia. Bagi membolehkan individu untuk berfungsi dan

memenuhi komitmen dan tanggungjawabnya sebagai rakyat.

Ekonomi

59

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 64: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Membangunkan sumber manusia negara dengan membantu individu menjadi

perancang, pengeluar, dan pengguna yang mahir, cekap, rasional, dan

bertanggungjawab bagi meningkatkan kesejahteraan diri dan seterusnya

menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Politik

Membangunkan individu yang memahami dan menerima idea dan ideal

demokrasi di bawah perlembagaan, setia kepada raja, patriotik terhadap negara,

sedar mengenai hak dan tanggungjawabnya sebagai rakyat dalam demokrasi serta

komited dalam mengamalkan hak dan tanggungjawab ini.

Kemodenan

Membentuk sikap positif dalam individu terhadap pertanyaan saintifik dan proses

serta pergerakan teknikal, berdikari, keinginan dan keupayaan, serta pendidikan

sepanjang hayat supaya dapat memulakan dan menyesuaikan diri dengan

perubahan seiring dengan nilai budaya dan etika, dan aspirasi negara.

Persefahaman dan keamanan sejagat

Mempromosikan persefahaman dan keamanan sejagat dalam individu

menerusi pengajian mengenai negara lain dari perspektif geografi, sosiologi,

ekonomi, dan politik, serta hubungannya dengan Malaysia.

Membersihkan individu daripada isu yang dihadapi manusia sejagat dan

membentuknya agar memahami dan menghargai usaha ke arah keamanan dan

kerjasama sejagat.

10.1.1 Bagaimana untuk membangunkan Falsafah Pendidikan Prasekolah

Kebangsaan

Falsafah pendidikan kebangsaan sebagai payung. Padankannya dengan matlamat dan

objektif kurikulum standard kebangsaan.

10.1.2 Matlamat Pendidikan Prasekolah di Malaysia

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk mengeksploitasi potensi kanak-kanak berusia

empat hingga lapan tahun secara holistik dan bersepadu, yang meliputi aspek fizikal,

emosi, rohani, intelek dan sosial menerusi persekitaran yang selamat,

menyeronokkan, kreatif, dan bermakna. Ia juga menambah baik kemahiran,

meningkatkan keyakinan, dan membentuk personaliti positif supaya kanak-kanak

60

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 65: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

berjaya dalam persekitaran sedia ada dan berupaya untuk menghadapi sebarang

cabaran yang bakal dihadapi di sekolah rendah suatu hari nanti.

10.2 Objektif Pendidikan Prasekolah

Objektif pendidikan prasekolah boleh dicapai menerusi pelaksanaan Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan yang menyediakan peluang untuk kanak-kanak

berusaha empat hingga enam tahun mencapai objektif dalam aspek fizikal, emosi,

sosial, intelek, dan rohani seperti berikut:

Membina kesihatan fizikal

Mempunyai tubuh yang sihat

Mengekalkan amalan sihat yang baik

Mengambil langkah melindungi keselamatan diri

Memperoleh kemahiran motor kasar dan halus

Memiliki kematangan emosi

Memiliki konsep diri yang positif

Boleh menyatakan pandangan dan perasaan

Boleh bergaul dengan orang lain dan membina hubungan positif dengan rakan

sebaya dan orang dewasa

Memiliki nilai mulia

Mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan, bagi kanak-kanak Muslim

Boleh berkomunikasi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa ibunda

dalam kehidupan seharian

Meneroka alam sekeliling menggunakan kemahiran sains asas

kemahiran matematik dalam aktiviti seharian dan menyelesaikan massalah

Menggunakan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam

pembelajaran dan kehidupan seharian

Meluaskan kebolehan kreatif dan estetik

Menghargai keindahan alam sekitar dan warisan budaya

Mempunyai ciri-ciri peribadi positif dan konsep kendiri sebagai rakyat patriotik

Boleh menggunakan bahasa Malaysia dengan baik dan meluaskan penggunaannya

ketika berkomunikasi

61

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 66: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Boleh menggunakan bahasa Cina atau Tamil dengan baik ketika berkomunikasi

dalam bahasa tersebut

Boleh menggunakan bahasa Inggeris dalam pergaulan seharian, selaras dengan

status bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

Memiliki kemahiran kognitif, berfikir, dan menyelesaikan masalah

Mempunyai emosi dan kemahiran sosial yang matang

Memiliki kesihatan dan kemahiran fizikal serta mengamalkan cara hidup sihat dan

selamat

Mempunyai kebolehan kreatif dan estetik untuk menghargai keindahan alam dan

warisan budaya

10.3 Tunjang Kurikulum Prasekolah

Perkembangan kanak-kanak boleh dicapai menerusi integrasi sebelas tunjang

pembelajaran. Tunjang ini termasuklah komunikasi, rohani, sikap dan nilai, sains dan

teknologi, kemanusiaan, keyakinan diri, perkembangan fizikal dan estetika. (Sila

rujuk Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2010)

Aktiviti Kumpulan

1. Apakah masalah yang anda hadapi dalam melaksanakan kurikulum?

2. Pada fikiran anda, adakah anda boleh mencapai matlamat pendidikan prasekolah?

62

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 67: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 11

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-

KANAK DI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS

MERDEKA

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:

menghuraikan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia sebelum

merdeka

menghuraikan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia selepas

merdeka

11.1 Sejarah Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Luar Negara

Pendidikan prasekolah bermula di Eropah pada awal abad ke-19 dan di Amerika

Syarikat bermula pada abad ke-20.

Antara ahli falsafah Eropah yang terkenal ialah Johann Heinrich Pestalozzi,

Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah yang pertama

mendirikan tadika di Jerman pada tahun 1837, menamakannya “kindergarten”

yang bermaksud “Garden of Children” atau taman kanak-kanak.

Prasekolah yang pertama di United Kingdom dibuka oleh Robert Owen pada

tahun 1816 di sebuah daerah Scotland dan dinamakan “The Infant School”.

Di Amerika syarikat, prasekolah pertama ditubuhkan pada 1850 oleh Carl

Schurz dan seterusnya pada tahun 1860, Elizabeth Peabody menubuhkan sebuah

tadika di Boston.

Prasekolah di Amerika Syarikat dan Eropah dahulunya fokus kepada kanak-

kanak berkemampuan sahaja, manakala pendidikan prasekolah untuk kanak-

kanak tidak berkemampuan diabaikan

Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas Perang Dunia Kedua. Pada

tahun 1990an, prasekolah ditubuhkan di Filipina, Singapura, Indonesia, dan

Thailand. Di Malaysia, pendidikan prasekolah bermula sejak 1940an.

63

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 68: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

11.2 Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia

11.2.1 Zaman Sebelum Merdeka

Pada 1940an. Prasekolah ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan banyak

dipengaruhi oleh British. Yuran yang dikenakan sangat mahal dan dihadiri kanak-

kanak berkemampuan. Ia terletak di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Johor

Bahru, Ipoh, dsb. Guru-guru ialah bekas guru sekolah rendah yang tiada latihan

khusus untuk pendidikan prasekolah.

Di Malaysia, pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika diperkenalkan pada

tahun 1950 dan pada mulanya ditubuhkan untuk kanak-kanak dari keluarga kelas

pertengahan dan tinggi. Hanya pada tahun 1960 beberapa agensi seperti FELDA

dan KEMAS menubuhkan tadika, kebanyakannya di kawasan pedalaman

(Sulaiman et al 1990).

11.2.2 Zaman Selepas Merdeka

Pada tahun 1969, Asian Foundation menyumbangkan dana kepada Kesatuan

Sekerja Malaysia untuk menubuhkan prasekolah berdasarkan program Head Start

di Amerika Syarikat. Tadika-tadika ditubuhkan dia Kg Miniandy, Kg Manggis,

dan Kg Sentosa di Selangor. Kumpulan sasaran ialah kanak-kanak kurang

berkemampuan dari keluarga Melayu, Cina, dan India.

Pada tahun 1970, KEMAS membuka 10 prasekolah di kawasan pedalaman yang

dikenali sebagai Tabika (Taman Bimbingan KEMAS) untuk membantu rakyat

miskin di kawasan tersebut. FELDA, RISDA (1980), dan Community Relations

Council (1976) kemudiannya mengambil langkah serupa. Pada tahun 1972, Pusat

Pembangunan Kurikulum menghasilkan buku Panduan Pendidikan Prasekolah

dan menubuhkan 10 prasekolah eksperimen di Malaysia.

Pada tahun 1972, Specialist Teachers Training Institute (STTI) atau Maktab

Perguruan Ilmu Khas telah melatih 137 guru sekolah rendah dan KEMAS dalam

pendidikan prasekolah untuk mengajar di tadika.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) bersesuaian

dengan falsafah pembangunan luar bandar. Program ini menyediakan

perkhidmatan untuk kanak-kanak daripada masyarakat luar bandar, pinggir

bandar, dan bandar yang berpendapatan rendah.

64

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 69: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pada tahun 1981, Sabah Foundation menubuhkan Institut Perguruan Prasekolah di

Pusat Perkembangan Kanak-kanak dengan bantuan nasihat daripada Universiti

Malaya.

Satu kajian menyeluruh mengenai kedudukan pendidikan prasekolah telah

dijalankan pada tahun 1981 dan berakhir pada 1984. Ia adalah untuk memberi

maklumat kepada kerajaan tentang situasi pendidikan prasekolah dan membantu

kerajaan menggubal garis panduan pendidikan prasekolah yang asas; melibatkan

pengawasan, kawalan, koordinasi, perguruan, reka bentuk kurikulum, dan

penambahbaikan kualiti pendidikan prasekolah.

Hasil kajian menunjukkan pendidikan prasekolah telah berkembang sepanjang

tahun 1981 hingga 1984. Kanak-kanak dalam kumpulan umur empat hingga enam

tahun yang mendapatkan pendidikan prasekolah telah meningkat daripada

171,000 pada tahun 1980 kepada 279,000 pada tahun 1984. Pada masa yang sama,

terdapat 5,657 buah pusat prasekolah berbanding 2,974 buah pada tahun 1980.

4,487 buah atau 79% daripada jumlah ini terletak di kawasan luar bandar yang

terdiri daripada 149,850 kanak-kanak atau 54% daripada jumlah kanak-kanak

yang mendapatkan pendidikan prasekolah pada tahun 1984 (Rancangan Malaysia

Kelima 1986-1990).

Pada tahun 1989, terdapat 6,959 buah pusat pendidikan prasekolah di Malaysia.

4,728 daripadanya di bawah pelbagai agensi kerajaan, 631 di bawah badan

berkanun seperti FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), 1,392 di

bawah sektor swasta, dan 208 buah di bawah organisasi sosial. Jumlah kanak-

kanak berdaftar pada tahun 1989 ialah 33,520, meningkat daripada 196,992 pada

tahun 1981 dan 300,850 pada 1986 (Statistik Pendidikan Malaysia, 1980-1985,

1986 dan 1989 (tidak diterbitkan).

Berdasarkan anggaran pada tahun 1990, lebih kurang 490,700 orang kanak-kanak

berusia lima tahun telah mendapat pendidikan prasekolah. Daripada jumlah ini,

dianggarkan 269,450 (53%) kanak-kanak tidak memperoleh kemudahan tersebut

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Keadaan ini mendorong kerajaan

menubuhkan prasekolah “Annex” atau tambahan bagi menyediakan kemudahan

pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak miskin di bandar dan luar bandar yang

tidak mampu membayar yuran program yang mahal pada ketika itu.

65

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 70: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Menyedari kepentingan pendidikan prasekolah dalam membina asas yang kukuh

dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil, pelbagai usaha telah dibuat bagi

menambah baik kemudahan dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah.

Oleh sebab sektor swasta lebih aktif menubuhkan pusat pendidikan prasekolah di

kawasan bandar , agensi sektor awam menyediakan peluang pendidikan

prasekolah untuk kanak-kanak di luar bandar dan untuk kanak-kanak miskin

bandar. Usaha oleh sektor awam dan swasta serta NGO ini telah meningkatkan

jumlah pusat prasekolah daripada 6,960 pada tahun 1990 kepada 10,350 pada

tahun 1995. Seiring dengan itu, jumlah kanak-kanak dalam kategori 5-6 tahun

yang didaftarkan di pusat-pusat tersebut turut meningkat daripada 328,800 pada

tahun 1990 kepada 420,600 pada tahun 1995, dengan peningkatan sebanyak

27.9%. sektor awam adalah penyedia terbanyak dengan lebih kurang 8,446 atau

81.6%, dan selebihnya disediakan oleh sektor swasta dan NGO. Daripada jumlah

pusat pendidikan yang ditubuhkan kerajaan, 80% adalah di luar bandar yang

menampung 204,100 kanak-kanak luar bandar (Rancangan Malaysia Ketujuh,

1996-2000).

Pada tahun 2000, seramai 399,980 kanak-kanak berdaftar dengan pusat

pendidikan prasekolah, iaitu 63.7% daripada bilangan kanak-kanak berusia 5-6

tahun. Garis Panduan Kurikulum Prasekolah telah dibangunkan bagi

menyeragamkan kurikulum, kemudahan, dan perguruan di prasekolah sektor

swasta dan awam bagi memenuhi kualiti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan

1996. Bagi meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah, latihan berterusan

diadakan untuk penyelia dan guru pakar (Rancangan Malaysia Kelapan 2001-

2005).

Pada 18 Disember 1991, kabinet telah membincangkan program prasekolah di

Malaysia. Pada 27 Januari 1992, Kementerian Pendidikan terlah berbincang untuk

mengembangkan program prasekolah. Hasilnya, Akta Pendidikan1965 telah

mengusulkan agar pendidikan prasekolah di Malaysia dimasukkan ke dalam

sistem pendidikan formal Malaysia yang membawa kepada mesyuarat kabinet

pendidikan prasekolah pada 6 Jun 2001.

Aktiviti

Bincangkan sejarah perkembangan dan status tadika di Malaysia sehingga kini.

66

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 71: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 12

ISU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEMASA

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan isu-isu:

i) Perubahan Keluarga

ii) Kehidupan sihat dan cergas

iii) Kemiskinan

iv) Perumahan

v) Penyakit kanak-kanak

12.1 Perubahan Keluarga

Keluarga memainkan peranan penting dalam pendidikan kanak-kanak. Masalah

struktur keluarga telah banyak berubah di mana struktur asas bapa, ibu, dan anak

bukan lagi perkara biasa dalam abad ke-21. Peranan dalam keluarga juga telah

berubah apabila ibu atau nenek menjadi ketua keluarga. Jika mereka mempunyai

peranan lain di pejabat dan dalam masa sama menguruskan hal ehwal anak-anak,

anak-anak mereka mungkin akan terabai. Tanggungjawab ketua keluarga semakin

meningkat apabila ahli keluarga bertambah dan banyak masalah yang perlu ditangani.

Masalah kewangan juga boleh menjurus kepada pengabaian pendidikan anak-anak.

Langkah perlu diambil bagi menangani isu-isu keluarga.

Keluarga dan awal kanak-kanak – keluarga perlu mendalami masalah mereka dan

membantu ahli keluarga memenuhi keperluan masing-masing yang secara tidak

langsung memenuhi keperluan anak-anak, contohnya dari segi menjaga kesihatan

mereka. Apabila keluarga mementingkan ahlinya untuk menjadi celik huruf, kanak-

kanak akan belajar mendengar, bertutur, menulis, dan membaca.

12.2 Kehidupan Sihat dan Cergas

Matlamat pendidikan awal kanak-kanak ialah menyediakan kesejahteraan awal dan

keselamatan kepada kanak-kanak. Jika keluarga rasa terancam dan hidup dalam

67

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 72: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

keadaan tidak selesa, ia akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Langkah

menangani masalah keselamatan dan kesejahteraan perlu dikenal pasti. Bincangkan

masalah anak luar nikah, kanak-kanak terbuang, dan penghidap AIDS.

12.3 Kemiskinan

Kemiskinan ialah isu yang dihadapi keluarga. Keluarga boleh memohon bantuan

daripada kerajaan atau NGO yang menyediakan khidmat bantuan rakyat miskin.

Kanak-kanak daripada keluarga miskin akan menghadapi masalah kesihatan, ponteng,

dan kegagalan dalam belajar.

12.4 Perumahan

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa keadaan perumahan yang tidak

memuaskan akan menyebabkan kegagalan kanak-kanak di sekolah kerana IQ rendah.

Jenis perumahan seperti rumah pangsa satu bilik yang padat akan memberi kesan

buruk kepada kanak-kanak. Contohnya, mereka mungkin mudah terkena penyakit

disebabkan racun lipas dan mereka juga lebih terdedah kepada bahaya renjatan

elektrik yang tidak dipasang dengan baik.

12.5 Penyakit Kanak-kanak

Masalah kesihatan yang dihadapi kanak-kanak terdiri daripada penyakit kronik yang

disebabkan oleh alergi. Demam campak, lelah, dan rubela berpunca daripada udara

yang tidak sihat. Habuk dan bulu haiwan, serta udara tercemar adalah antara punca

kanak-kanak menghidap lelah.

Kerja Kumpulan

Kenal pasti masalah yang dihadapi kanak-kanak dan cara menanganinya.

68

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 73: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 13

AKTA PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan Akta Pendidikan Prasekolah

membincangkan Hak Kanak-kanak

menjelaskan kenyataan kedudukan NAEYC ke atas DAP

13.1 Akta Pendidikan Prasekolah

Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahawa sistem pendidikan kebangsaan terdiri

daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah,

pendidikan lanjutan menengah, dan pendidikan tinggi.

Akta tersebut mentakrifkan “Pendidikan Prasekolah” sebagai program pendidikan

untuk kanak-kanak 4-6 tahun

Tadika tidak boleh ditubuhkan, diuruskan, dan dijaga jika tidak berdaftar di bawah

akta ini.

Kementerian berkuasa untuk menubuhkan dan menyenggara tadika. Program dan

aktiviti tadika perlu berdasarkan garis panduan kurikulum yang dikeluarkan

Kementerian.

Dari segi bahasa pengantar, Akta Pendidikan 1996 membenarkan penggunaan

bahasa selain bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, mengikut subseksyen

17(1), jika tadika menggunakan bahasa selain bahasa kebangsaan, bahasa

kebangsaan perlu diajar sebagai subjek wajib.

Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah banyak menambah baik pendidikan

prasekolah. Pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalam Sistem Pendidikan

Negara. Akta ini menekankan pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak 4-6

tahun. Perubahan polisi ini menunjukkan Kementerian Pendidikan Malaysia

sentiasa menumpukan usaha untuk mengekalkan dan meningkatkan kualiti

pendidikan prasekolah (Haji Rafei, 2006) dalam Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan (2006).

69

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 74: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kementerian Pendidikan Malaysia (2006) menyatakan bahawa peluang

pendidikan prasekolah diberikan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar

belakang sosial, agama, tempat tinggal, kesihatan mental dan fizikal, serta

perkembangan intelek.

13.2 Pengisytiharan Hak Kanak-kanak

1. Semua hak dikenakan kepada semua kanak-kanak, tidak kira bangsa, warna,

jantina, bahasa, agama, politik, dan pandangan, atau di mana dan oleh siapa

mereka dilahirkan.

2. Kanak-kanak mempunyai hak khas untuk membesar dan berkembang secara

fizikal dan rohani dalam suasana yang sihat dan normal, bebas dan bermaruah.

3. Kanak-kanak berhak mempunyai nama dan menjadi rakyat sesuatu negara.

4. Kanak-kanak berhak ke atas penjagaan dan perlindungan khas serta makanan,

perumahan, dan perkhidmatan perubatan yang baik.

5. Kanak-kanak berhak mendapat penjagaan khas jika mempunyai kecacatan.

Kanak-kanak berhak disayangi dan difahami terutamanya oleh ibu bapa dan

keluarga, dan kerajaan jika keluarga tidak membantu.

6. Kanak-kanak berhak menghadiri sekolah secara percuma, untuk belajar, dan untuk

peluang yang sama rata untuk berkembang serta belajar menjadi orang yang

bertanggungjawab dan berguna.

7. Ibu bapa kanak-kanak mempunyai tanggungjawab khas ke atas pendidikan dan

bimbingan anak-anak. Kanak-kanak sentiasa berhak untuk menjadi yang pertama

mendapat bantuan.

8. Kanak-kanak berhak dilindungi daripada sebarang kekejaman atau eksploitasi,

contohnya kanak-kanak tidak boleh disuruh melakukan kerja-kerja yang boleh

menghalang perkembangan fizikal dan mental.

9. Kanak-kanak tidak boleh bekerja sebelum mencapai usia minimum dan lebih-

lebih lagi jika kerja itu boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, dan

perkembangan moral dan fizikalnya.

10. Kanak-kanak perlu diajar tentang hubungan baik, persefahaman, tolak ansur, dan

persahabatan dengan semua orang.

13.3 Hak Asasi Kanak-kanak

70

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 75: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kanak-kanak mudah terpengaruh, perlukan perhatian dan perlindungan khas daripada

keluarga dan undang-undang. Ia melibatkan keperluan perlindungan sebelum dan

selepas lahir dan sebagai penghormatan kepada komuniti kanak-kanak. Hak asasi

kanak-kanak ini adalah berdasarkan konvensyen hak kanak-kanak yang disesuaikan

oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November

1989 yang terdiri daripada perkara 1 hingga 54. Perkara yang berkaitan dengan hak

pendidikan didapati dalam perkara 6, 18, 27, 28, dan 29.

i) Perkara 6

1. Negara-negara Pihak mengakui setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup.

2. Negara-negara Pihak memastikan kelangsungan hidup dan perkembangan kanak-

kanak yang maksimum.

ii) Perkara 27

1. Negara-negara Pihak mengakui hak kanak-kanak untuk mendapat gaya hidup

yang mencukupi keperluan perkembangan fizikal, mental, rohani, moral, dan

sosial kanak-kanak .

2. Ibu/bapa atau pihak yang bertanggungjawab ke atas kanak-kanak mempunyai

tanggungjawab utama untuk memberikan kehidupan yang bersesuaian untuk

perkembangan kanak-kanak semampunya dan dari segi kewangan.

3. Negara-negara Pihak, selaras dengan keadaan negara dan kemampuan, perlu

mengambil langkah yang sesuai bagi membantu ibu bapa dan pihak yang

bertanggungjawab melaksanakan hak kanak-kanak ini dan menyediakan

peruntukan material dan program sokongan jika diperlukan, terutamanya

melibatkan nutrisi, pakaian, dan tempat tinggal.

4. Negara-negara pihak perlu mengambil langkah yang sesuai bagi menjamin

penerimaan kembali nafkah kanak-kanak daripada ibu bapa atau pihak lain yang

mempunyai tanggungjawab kewangan ke atas kanak-kanak, sama ada di dalam

Negara Pihak atau di luar negara. Khususnya jika pihak yang mempunyai

tanggungjawab kewangan ke atas kanak-kanak tinggal di negara yang berbeza

daripada kanak-kanak itu, Negara-negara Pihak perlu mempercepatkan

penerimaan melalui perjanjian antarabangsa, atau hasil perjanjian seumpama itu,

serta pembuatan persiapan lain.

71

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 76: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

iii) Perkara 28

1. Negara-negara Pihak mengakui hak kanak-kanak mendapat pendidikan, maka

untuk mencapai hak ini secara progresif dan dengan peluang sama rata, mereka

perlu secara khususnya:

(a) Mewajibkan pendidikan rendah dan secara percuma untuk semua

(b) Menggalakkan perkembangan pelbagai bentuk pendidikan menengah,

termasuklah pendidikan vokasional dan umum, menyediakan serta

menjadikannya mudah didapati semua kanak-kanak, dan mengambil

langkah sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan

menawarkan bantuan kewangan kepada yang memerlukan

(c) Menjadikan pendidikan tinggi mudah didapati semua orang atas dasar

keupayaan dengan cara yang sewajarnya

(d) Menyediakan maklumat dan garis panduan pendidikan dan vokasional

yang mudah didapati oleh semua kanak-kanak

(e) Mengambil langkah untuk menggalakkan kehadiran penuh di sekolah dan

pengurangan kadar keciciran.

2. Negara-negara Pihak perlu mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan

disiplin sekolah ditadbir secara selari dengan maruah kanak-kanak dan selaras

dengan Konvensyen semasa.

3. Negara-negara Pihak menggalakkan kerjasama antarabangsa berkaitan

pendidikan, khususnya bagi menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta

huruf di seluruh dunia serta penyediaan akses kepada pengetahuan saintifik dan

teknikal dan kaedah pengajaran moden. Dalam hal ini, keperluan negara-negara

pembangun perlu diberi perhatian khusus.

iv) Perkara 29

1. Negara-negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak perlu menuju ke

arah:

(a) Perkembangan personaliti, bakat, keupayaan mental dan fizikal kanak-

kanak hingga tahap potensi tertinggi;

(b) Perkembangan penghormatan ke atas hak dan kebebasan asasi manusia,

dan ke atas prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu;

72

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 77: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

(c) Perkembangan penghormatan terhadap ibu bapa kanak-kanak, nilai,

bahasa, dan identiti budayanya, terhadap nilai kenegaraan yang diduduki

kanak-kanak tersebut, negara asalnya, dan terhadap tamadun yang berbeza

dengannya;

(d) Penyediaan kanak-kanak terhadap kehidupan bertanggungjawab dalam

masyarakat bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, tolak ansur,

kesamaan gender, dan persahabatan dengan orang, etnik, warganegara,

agama berlainan dan dengan orang asli;

(e) Perkembangan penghormatan terhadap alam semula jadi.

2. Tidak ada sebahagian daripada perkara semasa atau perkara 28 yang boleh

ditafsirkan untuk mengganggu kebebasan individu dan badan-badan untuk

menubuhkan dan meneruskan institut pendidikan, selagi ia patuh kepada prinsip-

prinsip yang ditetapkan dalam perenggan pertama perkara ini, dan kepada

keperluan-keperluan bahawa pendidikan yang disediakan oleh institusi itu perlu

mematuhi standard minimum yang ditetapkan oleh Negara.

Perbincangan Kumpulan

Apakah pendapat anda mengenai akta di atas? Jelaskan pandangan anda.

73

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 78: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 14

MENUBUHKAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat:

mengetahui langkah yang perlu diambil untuk menubuhkan pusat jagaan kanak-

kanak

menjelaskan faktor yang mempengaruhi rancangan pusat jagaan kanak-kanak

merancang penubuhan pusat jagaan kanak-kanak

14.1 Pengenalan

Modul ini mendalami langkah-langkah yang perlu diambil bagi merancang dan

menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak. Ia meliputi objektif penubuhan, pembinaan

dan infrastruktur kawasan, lokasi, ruang, dan persekitaran. Tambahan lagi, aspek

seperti kewangan pusat, pengurusan organisasi, peraturan dan undang-undang dalam

penubuhan pusat jagaan kanak-kanak akan turut dibincangkan.

Kualiti prasekolah bergantung pada bagaimana pengurusan dirancang secara

keseluruhannya. Di Malaysia, pendidikan prasekolah ialah program yang dijalankan

di luar pendidikan formal mengikut undang-undang. Meskipun begitu, ia berkembang

pesat dengan 10,350 prasekolah ditubuhkan dengan 447,420 kanak-kanak menjelang

1995.

Dalam merancang penubuhan prasekolah, beberapa perkara perlu diberi perhatian.

14.2 Merancang Penubuhan Pusat Jagaan Kanak-kanak

14.1.1 Menetapkan matlamat dan objektif

Matlamat penubuhan pusat jagaan kanak-kanak ialah menyediakan peluang

pendidikan sama rata untuk semua kanak-kanak bawah 4 tahun. Ia

74

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 79: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

memperlihatkan harapan dan jangkaan yang perlu diperoleh kanak-kanak

prasekolah.

Matlamat pendidikan prasekolah ialah meneroka potensi kanak-kanak berusia 4-6

tahun dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek, dan sosial menerusi persekitaran

pembelajaran selamat yang kreatif, bermakna, dan menyeronokkan. Ini boleh

meningkatkan kemahiran, menaikkan keyakinan, dan membentuk konsep diri

yang positif supaya mereka boleh berjaya dalam persekitaran sedia ada dan

bersedia untuk menghadapi cabaran dan memikul tanggungjawab di sekolah

rendah nanti.

Prasekolah ialah tempat di mana kanak-kanak belajar membiasakan diri dengan

rakan sebaya dan orang dewasa. Mereka boleh bergaul dengan rakan, menambah

baik kemahiran, dan meningkatkan kebolehan komunikasi. Ia menggalakkan

penggunaan potensi kanak-kanak yang optimum dalam persekitaran prasekolah.

14.1.2 Kajian kebolehlaksanaan

Dalam merancang penubuhan prasekolah, kajian kebolehlaksanaan perlu dilakukan

bagi mempertimbangkan perkara berikut:

Kesesuaian tapak dan lokasi

Kumpulan/klien sasaran

Sumber kewangan

Kemudahan dan infrastruktur

Kurikulum/Rancangan

Sumber manusia

Undang-undang dan peraturan

Perabot dan kelengkapan

Spesifikasi faktor/aspek di atas telah ditetapkan dalam Akta 267 (Perancangan)

Wilayah Persekutuan 1982. Kajian kebolehlaksanaan perlu mengambil kira perkara

berikut:

a) Infrastruktur kawasan, lokasi, ruang, persekitaran bangunan dll.

Menurut Akta 267 (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 Seksyen 19,

bangunan yang digunakan untuk prasekolah tidak boleh digunakan secara serentak

75

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 80: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

sebagai tempat tinggal, rumah kedai, atau klinik. Setiap bangunan prasekolah

mestilah dalam bentuk, struktur, dan keselamatan yang sesuai. Pihak berkuasa

tempatan telah menetapkan kategori bangunan untuk dijadikan prasekolah.

Bangunan yang sesuai untuk prasekolah ialah:

Rumah banglo bersaiz lebih 7,000 kaki persegi dengan 30% kawasan

peredaran

Rumah berkembar lot tepi, atau jika lot tengah maka perlu gabungkan dua

lot untuk satu prasekolah

Rumah teres lot tepi dengan jumlah kawasan melebihi 3,000 kaki persegi

Rumah sesebuah tradisional atau rumah kampung

Rumah pangsa atau pangsapuri dengan kawasan khas untuk prasekolah

Bangunan dalam kawasan masjid, surau, atau sekolah agama

Bangunan dalam gereja atau kuil/tokong

Dewan Komuniti atau Dewan Serba guna

Bangunan yang dibina khas untuk prasekolah

Menurut Jabatan Bomba, jika bangunan dua tingkat, tangga keselamatan mestilah

disediakan untuk laluan kecemasan daripada tingkat atas. Faktor paling penting

dalam rancangan untuk menubuhkan prasekolah ialah keselamatan dan keselesaan

kanak-kanak.

b) Kewangan

Dana diperlukan untuk memperoleh sumber bagi menubuhkan dan menjalankan

prasekolah. Empat kategori sumber diperlukan untuk membina prasekolah. Bahan

yang diperlukan untuk pembinaan, kelengkapan dan kemudahan seperti alat

mainan, dapur, pejabat, pengangkutan, dan hiasan. Begitu juga ruang yang

melibatkan bangunan, taman permainan, dan hiasan. Ia juga termasuk insurans

dan sumber manusia yang memiliki pengetahuan, kemahiran, dan keupayaan

untuk menghasilkan dan menawarkan perkhidmatan. Pengurusan prasekolah

memerlukan peruntukan belanjawan yang baik seperti berikut:

i) Peruntukan Belanjawan dan Makanan

Merancang peruntukan makanan/minuman

76

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Page 81: ISI KANDUNG AN - UMCCed Student Portalstudent.umcced.edu.my/download/NOTES/UBSC1102 Falsafah Pendid… · Penilaian Berterusan 50% ... Penting bag i semua orang yang terliba t dalam

FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Merancang menu bulanan

1. Anggaran perbelanjaan

Barangan basah

Barangan kering

2. Tuntutan perbelanjaan bulanan

3. Buku tunai – Pendapatan dan perbelanjaan

4. Fail/Rekod kewangan

Surat tuntutan perbelanjaan

Baucar bayaran (dengan resit)

ii) Peruntukan Per kapita

1. Perancangan Perbelanjaan

2. Daftar saham bekalan pejabat

Aset tetap

Consumable

iii) Belanjawan Tahunan dan Peruntukan Kewangan untuk Makanan

Pelan ini perlu disediakan setiap tahun sebelum semesta sekolah bermula.

Anggaran belanjawan membenarkan pihak pengurusan prasekolah

mengetahui jumlah kewangan yang diperlukan untuk semester tersebut. Ia

boleh digunakan sebagai garis panduan kepada pengurus prasekolah agar

dana secukupnya dapat disediakan untuk guru dan staf lain membeli stok-

stok dan bekalan yang diperlukan pada bulan-bulan tertentu.

iv) Penyata Kewangan Bulanan

Penyata kewangan bulanan perlu disediakan dalam buku tunai khusus

yang boleh digunakan untuk pengauditan.

Kerja Kumpulan

Kenal pasti garis panduan dan peraturan bagi menubuhkan Taman Asuhan Kanak-kanak

(TASKA).

77

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)