isi kandungan

17
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT BIODATA i 1.0 PENGENALAN 1 2.0 RASIONAL 2 3.0 OBJEKTIF 2 4.0 REFLEKTIF PROGRAM 4.1 GOTONG-ROYONG 3-4 4.2 CERAMAH 5-6 5.0 REFLEKSI KENDIRI 7-8 6.0 PENUTUP 9 LAMPIRAN KERTAS CADANGAN SURAT-MENYURAT BORANG TEMPAHAN GAMBAR AKTIVITI BIODATA DIRI

Upload: syahmi-asyraf

Post on 18-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hh

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

KANDUNGANMUKA SURAT

BIODATA i1.0 PENGENALAN 12.0 RASIONAL 23.0 OBJEKTIF 24.0 REFLEKTIF PROGRAM4.1 GOTONG-ROYONG3-44.2 CERAMAH5-65.0 REFLEKSI KENDIRI7-86.0 PENUTUP 9LAMPIRAN KERTAS CADANGAN SURAT-MENYURAT BORANG TEMPAHAN GAMBAR AKTIVITI

BIODATA DIRI

NAMA : SHARYN ARASOKTARIKH LAHIR : 4 OKTOBER 1991TEMPAT LAHIR : HOSPITAL QUEEN ELIZABETH KOTA KINABALUNO. KAD PENGENALAN : 911004-12-5458NEGERI ASAL : SABAHALAMAT RUMAH: KAMPUNG LOMUNU, KIBABAIG, PENAMPANG, SABAHALAMAT SEMASA : NO 2481, JALAN TANAH MERAH, PEKAN TANAH MERAH, 06000 JITRA KEDAHKUMPULAN/KURSUS : PISMP MT/ PJ/BI/ BM 1NAMA MENTOR : ENCIK KHAIRULANWAR BIN AHMADEMAIL : [email protected]

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program ini merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh guru pelatih untuk diiktirafkan dengan Ijazah Perguruan Malaysia.

Segala pengisian program adalah selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan golongan guru yang seimbang dan harmonis serta dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada agama, bangsa dan negara berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan, raja dan negara.

Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role-model kepada masyarakat. Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari pelbagai aspek sama ada jasmani, emosi, rohani ataupun intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping mempamerkan ketrampilan diri yang berkualiti. Program Bina Insan Guru bagi guru pelatih PISMP Semester 2 2012 pada kali ini akan diadakan dengan tujuan dan matlamat untuk melahirkan insan guru melalui pengisian- pengisian yang telah direncana berdasarkan kepentingan dan rasional tertentu.

2.0 RASIONAL

Program yang akan diadakan ini adalah demi memenuhi keperluan guru pelatih dalam melengkapkan diri dengan kemahiran- kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru sebelum melangkah ke alam pendidikan yang sebenar. Dengan adanya program ini, diharapkan guru- guru pelatih dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.Di samping itu, guru- guru pelatih PISMP diharapkan dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita- cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu merealisasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidkan Negara.

3.0 OBJEKTIFProgram ini diadakan dengan objektif :i. Membekalkan guru pelatih dengan cara pengendalian majlis rasmi secara berprotokol ii. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran dalam pengurusan majlis rasmiiii. Membolehkan guru pelatih bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbezaiv. mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.v. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.vi. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.vii. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.4.0 REFLEKTIF PROGRAM4.1 CERAMAH17 Februari 2013 merupakan tarikh yang dipilih oleh pelajar PISMP Ambilan Januari 2013 untuk melaksanakan program Bina Insan Guru iaitu ceramah. Kami melaksanakan ceramah ini di Dewan Ibnu Khaldun, IPG Kampus Darulaman.Sebelum kami melaksanakan program ini, kami telah mengadakan satu mesyuarat untuk melantik ahli jawatankuasa pelaksana BIG Fasa 3/ 2013. Melalui undian, kami sebulat suara memilih Kendy Anak David Singod sebagai Pengerusi, Zul Aiman bin Zul Hisham sebagai Naib Pengerusi, Edmand Depa Anak Randi sebagai Bendahari, dan Norashikin bt Zulkifli sebagai Setiausaha. Selepas melantik ahli jawatankuasa pelaksana, kami melantik ahli jawatankuasa kecil.Setiap AJK menjalankan peranan dan tanggungjawab masing- masing. Contohnya, AJK makanan menempah makanan, AJK Cenderahati membeli hadiah untuk penceramah. Setiausaha bertungkus lumus menyiapkan kertas cadangan untuk program ini.Pada 17 Februari 2013 iaitu bersamaan dengan hari Ahad, kami melaksanakan pogram Bina Insan Guru (BIG). Pada 2.00 petang, kami telah berkumpul di Dewan Ibnu Khaldun. Kami mendaftarkan diri kami di kaunter pendaftaran. Selepas mendaftarkan diri, kami mengambil tempat masing- masing di dalam dewan. Kami memulakan majlis dengan bacaan doa. Kemudian, penceramah jemputan memulakan ceramah. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Abdullah bin Mat dari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Darulaman. Tajuk ceramah pada kali ini ialah Kesantunan Berbahasa.Semasa Tuan Haji Abdullah menyampaikan ceramah, beliau akan selang- selikan ceramah dengan lawak jenaka supaya pelajar- pelajar tidak mudah bosan. Apabila ternampak ada pelajar yang tertidur semasa ceramah dijalankan, beliau akan menyuruh semua pelajar bangun dari tempat masing- masing dan melakukan senaman ringan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Pada pertengahan ceramah, beliau memanggil beberapa orang sukarela dari setiap kelas untuk tampil di depan untuk senaman mulut. Detik itu menimbulkan suasana riang kerana ada beberapa orang yang tidak dapat menyebut nama sendiri apabila lidah diletakkan di bawah gigi.Ceramah berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan Haji Abdullah bin Mat. Pengerusi iaitu Kendy Anak David menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan. Maka dengan penyampaian hadiah, maka denagn itu, ceramah tersbut selesai. Selepas ceramah selasai, kami diberi satu kertas untuk menulis refleksi kendiri. Selesai sahaja kami menulis refleksi kendiri, kami pun pulang ke destinasi masing- masing.Kesimpulannya, ceramah ini banyak memberi manfaat kepada para guru pelatih. Ini dapat membekalkan guru pelatih dengan cara pengendalian majlis rasmi secara berprotokol dan memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran dalam pengurusan majlis rasmi. Diharap program seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang.

4.2 GOTONG- ROYONGSetiap semester pelajar PISMP ambilan Januari 2012 akan menjalankan Program Bina Insan Guru (BIG). Pada semester ini, kami dikehendaki untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di luar IPG Kampus Darulaman.Sebelum kami melaksanakan program ini, kami telah mengadakan mesyuarat untuk melantik ahli jawatankuasa pelaksana. Melalui undian, kami sebulat suara memilih Mohd Hafif bin Ahmad Shukri sebagai Pengerusi, Hafiez Azizan bin Osman sebagai Naib Pengerusi, Mahaletchumi a/p Subramaniam sebagai Bendahari, dan Nur Hazierah binti Azmi sebagai Setiausaha. Selepas melantik ahli jawatankuasa pelaksana, kami melantik ahli jawatankuasa kecil. Setelah melantik ahli jawatankuasa, kami memilih tempat untuk melaksanakan program BIG. Akhirnya kami sebulat suara untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al- Hashim, Kuala Nerang, Kedah Darul AmanPada 5 Mac 2013, kami telah berkumpul di depan asrama IPG Kampus Darulaman seawal 7.30 pagi untuk menunggu ketibaan bas. Ramai yang membawa barang- barang seperti baju untuk didermakan. Tepat jam 8 pagi, akhirnya bus pun tiba. Kami memasukkan barang- barang ke dalam bus. Kami bertolak setelah semua orang dan barang- barang dimasukkan ke dalam bus. Kami mulakan perjalanan kami ke Kuala Nerang dengan bacaan doa. Kami tiba di destinasi pada pukul 9. 30 pagi. Kedatangan kami disambut dengan wakil pengerusi dan beberapa orang penghuni Pusat Jagaan Baitul. Penghuni yang lain tidak dapat menyambut kedatangan kami kerana mereka berada di sekolah pada waktu kami tiba di sana. Kemudian Naqiuddin selaku pengacara majlis membuka bicara, diikuti dengan wakl Pengerusi Pusat Jagaan Baitul dan diakhiri dengan ucapan pensyarah pengiring iaitu En Khairulanwar. Kemudiaan Boniface, ketua AJK Aktiviti mengagihkan tugas. Kami dibahagi kepada empat kumpulan besar. Kumpulan A akan mengecat pagar, Kumpulan B akan membersihkan kawasan luar pusat jagaan, Kumpulan C membersihkan kawasan dalam pusat jagaan dan Kumpulan D membina reban ayam.Sebelum kami memulakan tugas, kami bersarapan pagi terlebih dahulu. Menu sarapan pagi ialah mee goreng. Selesai sahaja sarapan pagi, kami pun mula menjalankan tugas. Saya termasuk dalam kumpulan membersihkan kawasan luar pusat jagaan. Terlebih dahulu, kumpulan kami mengagih- agihkan tugas antara satu samal lain. Ada yang menyapu daun- daun kering, ada yang menyusun batu bata yang bertempiaran, ada yang menyusun paip- paip yang tidak tersusun dan paling terakhir ialah menanam pokok limau kasturi. Masing- masing menjalankan tugas dengan bersungguh- sungguh.Kami menjalankan tugas kami sehingga waktu makan tengah hari. Kumpulan yang terawal menyiapkan tugas ialah kumpulan C dan kumpulan terakhit ialah kumpulan D iaitu membina reban ayam. Setelah semua kumpulan selesai dengan tugas masing- masing, kami baru makan tengah hari. Kami menunggu kedatangan penghuni- penghuni pusat jagaan yang lain tiba. Penghuni- penghuni pusat jagaan hanya tiba pada jam 3.30 petang. Kemudian kami mula dengan sukaneka. Pertama sekali, kami bahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan lelaki akan bertarung dengan kumpulan lelaki, begitu juga sebaliknya. Banyak permainan yang disajikan seperti tiup belon hingga pecah, mencari gula dalam tepung, passing belon yang berisi airda lain- lain lagi. Suasana sangat meriah dan penuh tawa. Kami dapat berkenalan dengan budak- budak semasa bermain.Aktiviti kami diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka dan diikuti oleh penyampaian hadiah kepada wakil pengerusi pusat jagaan. Kami bersalam- salaman antara satu sama lain sebelum menaiki bus untulk pulang ke rumah masing- masing. Program ini banyak memberi manfaat kepada para guru pelatih. Melalui program ini, para guru pelatih dapat menghargai apa yang mereka miliki, sentiasa bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan. Diharap program sebegini diadakan lebih banyak lagi pada masa akan datang.

5.0 REFLEKSI KENDIRIBanyak faedah dan manfaat yang dapat diperoleh melalui ceramah dan gotong- royong.Melalui ceramah yang telah diikuti, para guru pelatih dapat dibekalkan dengan ilmu cara pengendalian majlis rasmi secara berprotokol. Mengendali majlis rasmi bukan perkara yang mudah apatah lagi kalau majlis itu perlu diadakan secara protokol. Dengan itu, para guru pelatih hendaklah mempunyai pengetahuan tentang ilmu pengendalian majlis.Bergotong- royong d Pusat Jagaan membawa banyak faedah kepada para guru pelatih. Faedah pertama yang diperolehi ialah aktiviti kemasyarakatan ini dapat menjadi wadah melatih dan membiasakan para guru pelatih dengan sifat sukarelawan serta menghayati kehidupan orang anak yatim.Selain itu, aktiviti kemasyarakatan ini dapat mempertingkat kemahiran berkomunikasi mahupun berinteraksi dengan rakan atau orang lain. Semasa aktiviti sukaneka dijalankan, para guru pelatih dapat berkomukasi dengan lebih mendalam dengan para penghuni Pusat Jagaan. Faedah yang ketiga ialah dapat menambaik prasarana dengan menceriakan Pusat Jagaan. Aktiviti gotong- royong di Pusat Jagaan dapat mengindahkan lagi pusat jagaan kerana setiap para pelatih menjalankan tugas masing- masing seperti yang telah dipertanggungjawabkan seperti mengecat pagar, membersihkan kawasan dalam dan luar pusat jagaan. Bukan sahaja menceriakan, malah menambah lagi prasarana kerana para guru pelatih membina satu reban ayam.Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan secara lansung kepada para guru pelatih mengenai kepentingan kerja berkumpulan. Kerja secara berkumpulan dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau dilakukan beramai-ramai, pastinya akan menjadi lebih mudah. Malah dapat menjimatkan masa dan tenaga.Yang paling penting sekali, aktiviti ini dapat memberi kegembiraan kepada para penghuni Pusat Jagaan. Kanak-kanak kecil yang tiada ibu atau bapa ini jelas terpancar wajah kegembiraan apabila kami semua berada di pusat jagaan sewaktu mereka pulang dari sekolah. Anak-anak yang tiada ibu bapa atau fakir miskin ini tidak akan rasa terpinggir kerana ramai yang datang ke pusat jagaan untuk melawat mereka.

6.0 PENUTUP

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan program Bina Insan Guru. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah- pensyarah yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar semasa Program Bina Insan dilaksanakan. Terutama sekali, saya ingin mengucapkan kepada penyelaras Bina Insan Guru, Encik Yusri bin Yusoff kerana tidak putus- putus memberi tunjuk ajar semasa program ini dilaksanakan. Kedua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana yang bertungkus- lumus menyiapkan kertas kerja dan memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Selain itu, tidak saya lupakan kepada ahli jawatankuasa kecil yang menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan sempurna.

LAMPIRAN

KERTAS CADANGAN

SURAT-MENYURAT

BORANG TEMPAHAN

GAMBAR AKTIVITI