isi kandungan rph2

22
1

Upload: rina-majin

Post on 26-Nov-2015

68 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh...

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Seni terdiri daripada pelbagai bentuk persembahan dalam menghasilkan karya. Salah satu cabang seni iaitu membentuk dan binaan merupakan satu bidang yang sangat penting dalam pembelajaran seni. Ini kerana pembelajaran seni dapat mempengaruhi perkembangan diri seorang kanak-kanak. Antara kemahiran yang banyak menggunakan gabungan kemahiran-kemahiran seni yang lain ialah diorama. Diorama dapat dibentuk dan dibina dengan menggabungkan pelbagai kemahiran melakar, mewarna, catan, cetakan dan sebagainya. Ini bergantung dengan kebolehan murid-murid tersebut untuk menghasilkan satu karya yang kreatif.

Diorama merupakan sejenis binaan yang berbentuk tiga dimensi dimana ia mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu bekas atau kotak yang ditebuk agar dapat dilihat dari hadapan atau sisi. Objek yang digunakan boleh disusun dengan menggantung, mendirikan atau melekatkan objek tersebut pada tapak dan dinding bekas atau kotak yang digunakan. Bahagian dinding kotak atau bekas pula dilukis dengan latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan kepada sesuatu tema. Pada bahagian tapak bekas atau kotak pula dihias dengan bahan yang dapat menimbulkan situasi yang hampir sama dengan tema yang digunakan.

Contoh diorama yang sering dibangunkan di sekolah ialah taman bunga. Taman bunga dapat dibangunkan dengan menghias bekas dengan pelbagai jenis bunga yang dilakar dan dilukis kemudian diletakkan di dalam satu bekas yang dihias dengan tanah atau pasir sebagai menggambarkan situasi sebenar di dalam taman. Di diorama juga biasanya digunakan di dalam kehidupan seharian contohnya seperti pameran di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau tujuan pendidikan, model rumah atau bangunan yang dibangunkan untuk tujuan pengiklanan dan pembinaan bangunan. Selain daripada itu, penggemar diorama sering menghasilkan karya-karya seperti model kereta, tentera, dan sebagainya.

Terdapat banyak jenis diorama, ini bergantung kepada tema, hasil kerja yang dihasilkan dan bahan yang digunakan. Pada kebiasaannya, diorama yang sering digunakan adalah jenis berskala 1/35. 1/48 atau 1/24. Ada juga diorama yang menggunakan saiz sebenar sesuatu objek. Diorama bagi sekolah rendah biasanya menggunakan model berskala kecil (miniature diorama)

KEPENTINGAN DIORAMA DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Diorama sangat penting dalam membantu perkembangan diri kanak-kanak. Standard pembelajaran dan sukatan matapelajaran Seni dibangunkan adalah berdasarkan kepada pembentukan keseimbangan perkembangan kanak-kanak. Seni mementingkan perkembangan kanak-kanak terutama dari segi kreativiti, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain daripada itu, tahap kemahiran intelek kanak-kanak dapat diasah dan dikembangkan melalui aktiviti-aktiviti membentuk dan membina di dalam kelas.

Selain daripada itu, diorama bukan sahaja dapat digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain tetapi dapat diintegrasikan ke dalam matapelajaran mata pelajaran lain seperti sejarah, sains, matematik, bahasa melayu dan sebagainya. Ini kerana melalui penggunaan diorama dalam pembelajaran, ia dapat menimbulkan suasana yang mnyeronokkan dan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka fakta dan pengetahuan yang mereka tahu dengan lebih mendalam.

Herbert Read, 1958 mengatakan jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasilkan atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. June King Mc Fee pula mengatakan kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada. Sementara Carl Rogers pula mengatakan bahawa kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan membantu perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan kepada aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas mengenai sesuatu model yang dibangunkan. Bidang ini juga mendedahkan murid kepada pelbagai penggunaan bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang ini banyak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai bahan. Pengalaman menggunakan alat dan bahan juga memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot psikomotor terutama tangan, mata dan kaki dan meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan mereka.

Murid-murid berupaya memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah kerana mereka belajar dengan menggunakan seluruh deria mereka. Murid bukan sahaja dapat melihat dan membaca fakta tetapi dapat mempelajari sesuatu fakta dengan lebih berkesan kerana mereka menggunakan deria sentuh mereka. Mereka juga berpeluang untuk mengenali pelbagai bentuk organik yang mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk- keluk, berjurai, lembik dan berbagai lagi. bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu.

Aktiviti membentuk dan membina diorama memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan sosial mereka. Ini kerana semasa aktiviti ini berjalan mereka dapat berkomunikasi dan belajar untuk bersosial dengan rakan-rakan sebaya mereka. Mereka melalui aktiviti yang dijalankan di dalam kelas secara berkumpulan atau secara beramai-ramai dan ini membolehkan mereka belajar sikap hormat menghormati, bertolak ansur dan semangat bekerjasama di kalangan murid. Selain daripada itu, aktiviti diorama dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka.

Penganjuran aktiviti seni yang teratur dan terancang mampu melahirkan kanak-kanak yang berupaya menyelesaikan masalah, menilai dan membuat keputusan. Dengan aktiviti membentuk dan membina diorama, murid-murid diberi peluang untuk menjana idea mereka sendiri. Penghasilan diorama mengikut tema yang sesuai membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir mereka terutama dalam memikirkan bahan, media, teknik dan cara menghasilkan diorama dengan menarik.

Secara umumnya aktiviti membentuk dan membina diorama di dalam kelas dapat membantu perkembangan seimbang kanak-kanak dari segi kreativiti, sosial dan emosi, psikomotor (jasmani), intelek dan kemahiran-kemahiran seni. Bukan itu sahaja, aktiviti ini dapat memberikan mereka pengalaman baru dan dapat membantu mereka untuk lebih yakin dan bersemangat untuk belajar.

CONTOH HASIL KERJA DIORAMA

Mini kampung nelayan

Sumber : http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/05/apa-itu-diorama.html

Taman Mini

Sumber: http://www.peacepaperproject.org/greendoorstudio/diorama.htmlRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL

Subjek

: Dunia Seni VisualKelas

: Tahun 4Masa

: 120 minit (keseluruhan-dan boleh dipecahkan ke sesi yang lebih pendek

dalam beberapa sesi Pengajaran dan Pembelajaran).Modul

: 3Aktiviti: DioramaTema

: Alam Semulajadi dan Objek Buatan ManusiaTajuk

: Piknik Hidangan SihatEMK

: Kreativiti dan InovasiBBM

: Contoh Karya Media

: Kotak, Gunting, Pensel, Gam, Kain Perca, Doh berwarna-warni,

Plastisin berwarna-warni, pasir halus, bebola kapas, warna posterStandard Kandungan:

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan diorama.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan diorama. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan diorama. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

Standard Pembelajaran:

3.1 Persepsi EstetikMurid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni

visual yang ada pada diorama. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Jalinan - sentuh 3.1.2 Prinsisp Rekaan 3.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri 3.2Aplikasi Seni

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,

media, serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat gunting, berus warna 3.2.1.2 Bahan bola ping pong, kertas, span, warna poster, gam, glitter 3.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 3.3Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman

bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan diorama 3.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan

rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual. 3.4.1 Membuat penyampaian hasil kerja sendiri 3.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya 3.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.Pengetahuan Sedia Ada Murid:

a. Murid berpengalaman dalam teknik mewarna dan membina arca pelbagai melalui sesi pembelajaran lalu.

b. Topik Pemakanan Sihat mereka pelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Langkah-langkah:

1. Guru menulis frasa Hidangan Sihat di atas papan hitam. Guru minta murid beritahu apa yang mereka tahu atau faham tentang hidangan sihat.2. Setelah itu, guru bolehmununjukkan contoh diorama kepada murid-murid. Guru minta murid kenal pasti lokasi dalam diorama tersebut dan menamakan situasinya.3. Guru menyimpan contoh karya dan memberi tugasan kepada murid untuk membina diorama yang bertema Piknik Hidangan Sihat. Guru jelaskan kepada murid yang mereka hanya boleh memasukkan hidangan sihat dalam diorama mereka.4. Sesi perancangan harus mendahului pembinaan diorama. Guru mengetuai sesi perancangan dan membuat catatan di papan hitam.

5. Guru galakkan murid turut membina senarai. Selain itu, lakaran ringkas juga boleh digunakan untuk merancang diorama..6. Murid masuk ke dalam kumpulan dan mula membina diorama mereka. Peancangan mereka diperincikan di bawah bimbingan guru.

7. Guru harus memantau dan membimbing seluruh kelas untuk membina diorama. Guru harus memberi pujian sekiranya perlu dan memberi komen membina jika perlu penambah baikan.

8. Murid dibenarkan untuk memerhati dan bertanya rakan mereka tentang proses pembinaan diorama. Namun, guru harus pastikan mereka tidak berbual-bual tentang perkara lain.

9. Sesi perkongsian diadakan selepas selesai membina diorama. Dalam sesi ini, setiap kumpulan harus mengenalkan dan menjelaskan diorama mereka. Tumpuan diberikan kepada proses pembuatan derta media yang digunakan..

10. Selesai pembentangan, guru membimbing kumpulan lain untuk memberi komen membina kepada kumpulan yang siap membentang. Sesi ini harus terkawal, dengan setiap kumpulan lain hanya memilih seorang wakil dan diberi masa 1 minit untuk memberi komen.11. Guru membuat kesimpulan dengan meminta murid berfikir tentang pengalaman mereka sepanjang penghasilan diorama. Diorama boleh dipamerkan di sudut belakang kelas sehingga sesi berikutnya.CARA-CARA MEMBUAT DIORAMA

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Langkah 7

RUJUKANAfifah Azmi, 2012, Definisi diorama [atas talian].

Diperolehi daripada: http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-diorama.html

Borger, R. & Seaborne, A.E.M. (1982). The psychology of learning (2nd ed.). Middlesex: Penguin

Carlisle, R. P. (2004). Scientific American Inventions and Discoveries: All the Milestones in IngenuityFrom the Discovery of Fire to the Invention of the Microwave Oven [Penemuan dan Ciptaan Saintifik Amerika: peristiwa penting dalam inovasi unggul-dari penemuan api hingga ketuhar gelombang mikro. New Jersey: John Wiley & Sons Inc

Dettmer, P. (2006). New Blooms in Established fields: Four Domains of Learning and Doing [Bloom versi baru dalam bidang mantap: empat domain pembelajaran dan perlakuan. Roeper Review, 28(2), pp.70-78

Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Leonard MS Yong. (1994). Kreativiti: Ke Arah Pembentukan Masyarakat Kreatif. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

Mig Jemeniez, 2012, Apa itu Diorama[atas talian]

Diperolehi daripada: http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/05/apa-itu-diorama.html

Payne, S. (1999). How to build dioramas [Bagaimana membina diorama]. Waukesha, WI: Kalmbach Publications

Memilih Tema dan membuat Perancangan

Tema pilihan yang telah dibuat ialah Piknik Hidangan Sihat. Maka murid hanya perlu membuat perancangan untuk diorama mereka sahaja.

Guru membimbing murid dalam proses perancangan. Guru harus menanyakan soalan-soalan yang boleh mendorong murid untuk berfikir tentang kandungan diorama mereka. Sebuah senarai contih boleh dibina di hadapan dan murid juga harus membina senarai mereka sendiri.

Guru harus beri penekanan terhadap persediaan latar dan subjek-subjek diorama. Selain itu, media yang boleh digunakan juga harus disebutkan dan disenaraikan.

Murid menyediakan bahan seperti yang dirancang.

Pemilihan Kerangka

Setelah perancangan dilakukan, perkara paling utama ialah memilih kerangka yang sesuai untuk diorama Piknik Hidangan Sihat.

Kerangka haruslah mempunyai ruangan latar lantai yang mencukupi agar murid boleh memuatkan subjek diorama mereka.

Cara yang paling mudah ialah menggunakan kotak yang dipotong salah satu permukaannya atau kotak terbuka seperti kotak kasut. Ukuran kerangka harus diambil untuk menentukan keluasan latar belakang dan latar lantai.

Selain daripada kotak kasut, kotak-kotak yang lebih besar juga boleh digunakan. Ini bergantung kepada bahan yang dapat disediakan.

Membina Latar Belakang

Langkah seterusnya adalah membina latar belakang. Dalam sesi perancangan, murid diminta untuk menentukan lokasi senario Piknik Hidangan Sihat.

Latar belakang boleh disediakan dengan mengecat dan mewarna. Guru harus bimbing murid untuk membayangkan lakaran yang sesuai untuk latar belakang.

Selain itu, murid harus diingatkan tentang skala lakaran, memandangkan objek di dalam latar adalah jauh dari titik pemandangan. Sebagai contoh, sebuah pokok rendang dilukis dalam skala kecil kerana berada jauh.

Murid juga boleh menambah rumput, matahari dan bunga mengikut kreativiti dan cetusan idea masing-masing.

Subjek-subjek tadi boleh ditambah dengan membuat lakaran pada kertas, warna dan gunting dan lekatkan pada latar atau boleh menggunakan bahan lain yang dirasakan sesuai.

Membina Latar Lantai

Seterusnya, latar lantai perlu dibina.

Latar lantai untuk diorama ini dibina dengan perca kain dan gam. Perca kain dilekatkan sepenuhnya di lantai untuk mereplika tikar atau alas piknik.

Pastikan kain digam dengan kejap ke atas latar lantai.

Kain yang digunakan perlulah jenis kain yang mudah melekat dan mudah dibentuk.

Membuat Perincian

Setelah membuat latar, perincian kepada latar harus dibuat.

Perincian dilakukan dengan tujuan untuk memastikan diorama benar-benar menyerupai situasi yang ingin direplika.

Untuk diorama Piknik Hidangan Sihat, sedikit pasir boleh dilekatkan pada lakaran latar yang menunjukkan tanah. Bebola kapas pula boleh dilekat untuk membentuk awan.

Perincian membolehkan diorama lebih menarik dengan memberi tekstur yang lebih.

Selain daripada itu, penggunaan warna dapat menghasilkan latar yang menarik dengan memberikan sedikit cecahan warna kepada latar untuk membentuk baying matahari dan baying pokok.

Pembinaan Subjek

Subjek boleh dibina setelah latar disiapkan.

Bahan dan teknik yang dipilih mestilah bersesuaian dengan subjek yang ingin dibina.

Memandangkan subjek diorama ini ialah hidangan piknik dan akan terletak di atas lantai, maka doh dan plastisin boleh digunakan. Doh dan plastisin adalah cukup berat untuk memastikan kestabilan.

Bentuk subjek dengan menggunakan mini permainan kecil atau boleh dibuat dengan menggunakan bahan ukiran sedia ada atau lukis dan lukis dan lekat pada kotak-kotak mini mengikut kreativiti.

Melengkapkan Diorama

Setelah latar ditampal ke dalam kotak, subjek-subjek yang disiapkan boleh disusun di dalam kerangka diorama.

Subjek harus disusun rapi.

Kemasan akhir boleh dilakukan dengan mengecat dengan warna air jika perlu.

Setelah kemasan akhir dilakukan, keringkan dan buat kemasan akhir jika perlu dengan memeriksa subjek yang disusun samada boleh tertanggal atau tidak.

Hasil kemudian dipamerkan dan dibuat apresiasi.

17