into nasi

5
4.0 Intonasi Intonasi merupakan teknik vokal yang berkait-rapat dengan ketepatan nada (pitch). Intonasi inilah yang akan mewujudkan kejernihan dan kenyaringan suara. Dalam erti kata lain timbul kelunakan suara untuk pendengaran. Syarat-syarat utama untuk penguasaan intonasi ialah pendengaran yang baik, kawalan pernafasan dan rasa muzikal. Intonasi dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengawalan organ vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara. Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut: a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u). b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat. c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang. Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong terbuka. Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah: a) Glissando vokal dengan sebutan ‘O’ dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.

Upload: kc-lim

Post on 17-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nil

TRANSCRIPT

Page 1: Into Nasi

4.0 Intonasi

Intonasi merupakan teknik vokal yang berkait-rapat dengan ketepatan nada (pitch).

Intonasi inilah yang akan mewujudkan kejernihan dan kenyaringan suara. Dalam erti

kata lain timbul kelunakan suara untuk pendengaran. Syarat-syarat utama untuk

penguasaan intonasi ialah pendengaran yang baik, kawalan pernafasan dan rasa

muzikal.

Intonasi dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengawalan organ

vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara.

Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:

a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).

b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.

c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur

dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.

Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong

terbuka.

Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:

a) Glissando vokal dengan sebutan ‘O’ dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.

b) Menguap dengan bunyi ‘ ah’.

c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.

d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut:

“Hee hee hee ! Apa khabar ?”

Seseorang penyanyi berupaya menyanyi dengan ton yang jelas, bergema sepanjang

renj vokal sekiranya ia memahami konsep penghasilan ton. Ton di dalam nyanyian

Page 2: Into Nasi

meliputi tenaga, intensiti, kuat-lembut bunyi ton dan panjang-pendek ton tersebut. Ton

nyanyian berbeza daripada ton bercakap melalui panjang-pendek ton dan kualiti vokal

intensitinya. Apabila vokal seperti ‘ah’ disokong dengan pernafasan dan dibentuk

dengan mulut dan intensitinya (kekuatan) ditingkatkan. Ini memberikan ton yang

bergema dan intonasi yang baik.

Luciano Pavarotti adalah seorang penyanyi tenor yang terkenal di seluruh dunia. Beliau

berkhidmat untuk Opera La Scala di Italy.

Ton nyanyian bermula dengan tenaga atau kuasa pengeluaran pernafasan. Udara

melalui kord vokal dan keluar melalui mulut. Kualiti ton nyanyian dimanipulasikan melalui

bunyi vokal (a,e,i,o,u). Apabila vokal terang, ton mungkin kedengaran sumbang atau

syap dan sekiranya vokal itu gelap ia akan kedengaran flet. Pertukaran kualiti vokal

menentukan pic dan intonasi.

Formasi vokal (a,e,i,o,u) adalah asas di dalam teknik vokal. Bentuk vokal disokong oleh

pernafasan, menentukan posisi dan arah sesuatu ton. Mulakan dengan nyanyian vokal

asas. Bermula dengan menyebutnya dahulu perlahan-lahan kemudian beransur-ansur

memanjangkan bunyi vokal tersebut. Setiap vokal mempunyai bentuk yang berlainan.

Setiap kali ia disebut dan dibunyikan, anda perlu memerhatikan pembentukan mulut

mengikut bunyi vowel. Ini perlu dibuat dalam renj yang selesa dan tahap dinamik yang

sederhana. Latihan menyebut dan menyanyikan vokal perlu dimulakan dengan vokal

terbuka seperti “ah” dan “oo”.

Page 3: Into Nasi

Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut;

(a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas (a,e,i,o,u).

(b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.

(c) Mulakan dengan nilai not yang pendek dan kemudian beransur-ansur dilanjutkan

hingga ke nilai not yang panjang.

Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong terbuka.

Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:

(a) Glissando vokal dengan sebutan ‘o’.

(b) Menguap dengan bunyi ‘ah’.

(c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi, dan siulan.

(d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti berikut:

Hee hee hee! Apa khabar?

(e) Ah -Hm

Empat perkara di dalam menghasilkan ton yang baik;

1. Jangan memaksa atau menolak ton keluar.

2. Jangan menjerit.

3. Pastikan tekak terbuka dan rileks dan bernafas dengan betul.

4. Dengar ton yang dinyanyikan dan pastikan ia mempunyai getaran yang sama

rata.

Page 4: Into Nasi

Warna dan Ekspresif Ton;

Biasa – (Ah dan Oh)

Gelap – (Awe dan Oo)

Terang – (Ee dan Ay)