interview report

3
NAMA SYARIKAT : J REZA SNOOKER CENTRE J REZA SNOOKER CENTRE COMPANY LOGO J REZA SNOOKER CENTRE merupakan sebuah syarikat milik seorang bumiputra yang bernama Rezal bin Ezanee. Beliau berumur 28 tahun dan telah mendirikan rumah tangga. Syarikat ini telah beroperasi sejak 4 tahun iaitu pada tahun 2007. Syarikat ini terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, berhadapan dengan Stesen Bas Langgar. Lokasi Syarikat Syarikat ini beroperasi bertujuan untuk membuka peluang kepada anak-anak muda tempatan untuk mengasah bakat dalam bermain snooker di samping melahirkan ramai bakat-bakat baru untuk mewakili negeri ataupun negara dalam sukan snooker. Syarikat ini beroperasi dari pukul 3 petang hingga 12 malam. Pengurus syarikat ini ialah Rezal sendiri dan di bantu oleh dua orang pekerja yang berpengalaman.

Upload: muhamad-zulhilmi

Post on 26-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

interview report about snooker centre

TRANSCRIPT

Page 1: Interview Report

NAMA SYARIKAT : J REZA SNOOKER CENTRE

J REZA SNOOKER CENTRE COMPANY LOGO

J REZA SNOOKER CENTRE merupakan sebuah syarikat milik seorang bumiputra yang bernama Rezal bin

Ezanee. Beliau berumur 28 tahun dan telah mendirikan rumah tangga. Syarikat ini telah beroperasi

sejak 4 tahun iaitu pada tahun 2007.

Syarikat ini terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, berhadapan dengan Stesen Bas Langgar.

Lokasi Syarikat

Syarikat ini beroperasi bertujuan untuk membuka peluang kepada anak-anak muda tempatan untuk

mengasah bakat dalam bermain snooker di samping melahirkan ramai bakat-bakat baru untuk mewakili

negeri ataupun negara dalam sukan snooker.

Syarikat ini beroperasi dari pukul 3 petang hingga 12 malam. Pengurus syarikat ini ialah Rezal sendiri dan

di bantu oleh dua orang pekerja yang berpengalaman.

Page 2: Interview Report

PERSAINGAN

Persaingan dari pusat-pusat snooker yang lain juga tidak terkecuali. Di sekitar Kota Bharu, terdapat lebih

dari 20 pusat snooker yang beroperasi dan mereka juga mempunyai pelanggan-pelanggan tetap mereka

sendiri. J REZA SNOOKER CENTRE juga mempunyai ramai pelanggan tetap yang selalu datang berlatih

bermian snooker di sini. Jadi J REZA SNOOKER CENTRE menjanjikan perkhidmatan yang terbaik dan

harga yang lebih murah daripada pusat-pusat snooker yang lain.

Setiap Januari, J REZA SNOOKER CENTRE akan mengadakan promosi penurunan harga untuk 1 jam

permainan. Harga biasa ialah RM11.80 tetapi pada bulan promosi, harga akau turun kepada RM7.70

untuk sejam permainan. Dan jika pemain bermain melebihi sejam, mereka akan mendapat baucer

bernilai RM1. Begitu juga untuk 2 jam, mereka akan dapat baucer bernilai RM2 yang boleh digunakan

untuk membayar pada keesokan hari mereka bermain.

MATLAMAT

Matlamat syarikat ini ialah untuk member peluang kepada anak-anak muda tempatan supaya

menunjukkan bakat mereka dalam bidang snooker seterusnya melahirkan bakat-bakat baru dalam

sukan ini.

OBJEKTIF

Objektif syarikat ini ialah untuk memajukan lagi perniagaan snooker seterusnya meningkatkan lagi

kewangan bumiputra di samping akan membuka cawangan-cawangan baru di seluruh negara.

TARGET SASARAN

Target sasaran ialah kepada belia-belia lelaki mahupun perempuan yang berumur dalam lingkungan 18

hingga 30.

BENDA BARU DALAM SYARIKAT INI

Syarikat ini sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan sentiasa menjaga kebersihan syarikat

supaya para pelanggan dapat bermain snooker dengan baik dan selesa. Pihak pengurusan dan pekerja

juga saling bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik.

INFOMASI

Pihak syarikat mempunyai lesen perniagaan yang sah dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang

ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam. Pihak syarikat juga sentiasa

memastikan tiada unsure-unsur negative seperti perjudian dan maksiat berlaku dalam syarikat ini.

HURAIAN

Pihak J REZA SNOOKER CENTRE sentiasa mengalu-alukan remaja tidak kira lelaki ataupun perempuan

untuk datang bermain snooker di syarikat ini supaya lebih banyak bakat-bakat baru muncul dalam sukan

snooker yang di anggap sukan remeh oleh sesetengah masayarakat kita.

Page 3: Interview Report