internet pada masa hadapan

2
Faqihah binti Abul Khair A151944 Assalamualaikum En. Rafizi, Pada pandangan saya kemunculan internet telah memberi kesan yang sangat besar kepada manusia dan perubahan dunia, tidak kira dari segi positif mahupun negatif. Berdasarkan video tersebut pelbagai kesan yang positif dapat kita lihat melalui perkembangan dunia internet. Antaranya adalah manusia dapat berhubung sesama manusia tanpa batasan. Mesej dan panggilan boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan waktu yang berbeza. Kemunculan laman media sosial seperti Myspace,Facebook dan sebagainya telah menggalakkan lagi manusia masa kini untuk menggunakan internet sebagai alat perhubungan. Namun begitu,hal ini juga sedikit sebanyak membawa kesan buruk kepada generasi masa kini yang masih mentah dalam mengguna internet seperti membuang masa dengan melayari perkara yang tidak berfaedah berbanding melayari internet untuk mencari bahan yang berilmu dan mendatangkan faedah untuk mereka. Bidang perniagaan juga dapat dijalankan tanpa batasan dengan menggunakan kemudahan internet. Bahkan ia juga boleh menjadi sebagai batu loncatan untuk meluaskan perniagaan individu mahupun berkumpulan sehingga ke luar negara. Hal ini juga memperlihatkan penggunaan internet yang sangat maju dalam dunia perniagaan dimasa hadapan dan mampu menjana ekonomi negara dengan baik. Selain itu, internet juga memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang teknologi pembuatan seperti kereta, peti sejuk, mesin basuh dan pelbagai teknologi lain. Internet juga boleh digunakan bagi memudahkan kehidupan seharian manusia dengan mengaplikasikan teknologi tersebut bersama internet. Namun begitu,kerajaaan harus

Upload: the-national-university-of-malaysia

Post on 14-Aug-2015

34 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Internet pada masa hadapan

Faqihah binti Abul Khair A151944

Assalamualaikum En. Rafizi,

Pada pandangan saya kemunculan internet telah memberi kesan yang sangat besar kepada

manusia dan perubahan dunia, tidak kira dari segi positif mahupun negatif. Berdasarkan video

tersebut pelbagai kesan yang positif dapat kita lihat melalui perkembangan dunia internet.

Antaranya adalah manusia dapat berhubung sesama manusia tanpa batasan. Mesej dan panggilan

boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan waktu yang berbeza. Kemunculan laman media sosial

seperti Myspace,Facebook dan sebagainya telah menggalakkan lagi manusia masa kini untuk

menggunakan internet sebagai alat perhubungan. Namun begitu,hal ini juga sedikit sebanyak

membawa kesan buruk kepada generasi masa kini yang masih mentah dalam mengguna internet

seperti membuang masa dengan melayari perkara yang tidak berfaedah berbanding melayari

internet untuk mencari bahan yang berilmu dan mendatangkan faedah untuk mereka. Bidang

perniagaan juga dapat dijalankan tanpa batasan dengan menggunakan kemudahan internet.

Bahkan ia juga boleh menjadi sebagai batu loncatan untuk meluaskan perniagaan individu

mahupun berkumpulan sehingga ke luar negara. Hal ini juga memperlihatkan penggunaan

internet yang sangat maju dalam dunia perniagaan dimasa hadapan dan mampu menjana

ekonomi negara dengan baik. Selain itu, internet juga memberikan sumbangan yang sangat besar

dalam bidang teknologi pembuatan seperti kereta, peti sejuk, mesin basuh dan pelbagai teknologi

lain. Internet juga boleh digunakan bagi memudahkan kehidupan seharian manusia dengan

mengaplikasikan teknologi tersebut bersama internet. Namun begitu,kerajaaan harus

menyediakan kemudahan akses internet yang baik bagi memperbaiki sistem jaringan yang sedia

ada dan sentiasa mengikuti perkembangan negara yang jauh lebih maju. Kesimpulannya,

teknologi internet akan terus berkembang maju dimasa hadapan tanpa mengira kesan baik dan

buruk kerana implikasi tersebut hanya dicipta berdasarkan tujuan individu atau sekumpulan

manusia itu sendiri. Jika individu atau sekumpulan individu tersebut mampu menggunakan

medium internet sebagai sesuatu yang baik maka positif lah impaknya kepada masyarakat. jika

sebaliknya, impak yang buruk boleh memberi kesan yang mendalam kepada generasi muda pada

masa kini mahupun pada masa hadapan.