assalamualaikum w.b...masa kini dan masa hadapan. 11 info pembangunan infrastruktur adalah penting...

20

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Segala puji bagi Allah SWT atas rahmat dan nikmatNya kerana masih diberi peluang untuk meneruskan penerbitan Buletin Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Edisi Pertama bagi tahun 2015.

    Bermulanya tahun 2015, ianya merupakan permulaan fasa baru bagi setiap warga LLM untuk meneruskan usaha dalam membangun dan memajukan industri lebuh raya bertol negara. Seiring dengan itu, beberapa inisiatif telah dilaksanakan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan tujuan merealisasikan visi dan misi LLM untuk menjadi sebuah institusi yang bertaraf dunia.

    Pada tahun 2015, LLM julung kalinya telah menganjurkan bengkel bertaraf antarabangsa iaitu Training Workshop on Maintenance Of Infrastructure dengan kerjasama International Science, Technology and Innovation Centre (ISTIC) for South-South Cooperation under the Auspices of UNESCO, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Master Builders Association Malaysia (MBAM). Selain itu, seramai 24 pegawai dan kakitangan LLM yang baru dilantik dalam tempoh 1 hingga 3 tahun telah menghadiri Kursus Pengenalan bertempat di Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai, Perak sebagai latihan peringkat asas.

    Maklumat ringkas mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) juga dimuatkan dalam edisi kali ini untuk dikongsikan kepada para pembaca tentang anjakan dasar pembangunan dan pendekatan terkini oleh Kerajaan. RMKe-11 ini merupakan rancangan terakhir untuk mencapai Wawasan 2020 dan berupaya menghadapi cabaran serta memanfaatkan peluang berikutan perubahan landskap global dan politik yang pantas.

    Sebagai penutup kata, diharap pengisian dan maklumat dalam edisi kali ini dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada warga LLM khususnya untuk memacu semangat dalam mencapai pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

    PENGARANG

    ASSALAMUALAIKUM W.B.TDAN SALAM SEJAHTERA SIDANG REDAKSI

    ISI KANDUNGAN

    PENAUNG:YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh

    PENASIHAT:Pn. Zuraida Binti Shaharudin

    KETUA EDITOR:Pn. Haslina Binti Hashim

    EDITOR:Pn. Saharun Nisah Binti Mohd KassimTn. Syed Fahmi Al-Junid Bin Syed ShahromCik Nithiyaa a/p MoorthyEn. Ngah Ali Bin AbdullahCik Nur Izzati Binti Sohaimi

    FOTOGRAFI:En. Mohamed Saiful Bin Mohamad Shapri

    PG3PERHIMPUNAN PAGI MEMBUKA LEMBARAN TAHUN BARU

    PG4 HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

    PG5SAYA BERHAK MENEGUR

    PG6-7TRAINING WORKSHOP ON MAINTENANCEOF INFRASTRUCTURE

    SESI RAMAH MESRA KE PEJABAT UTUSAN MALAYSIA BERHAD

    PG8BANTUAN RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR PAHANG

    PEMBUDAYAAN AMALAN EKSA

    PG9SUMBANGAN KOMPUTER TERPAKAI

    PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN

    PG 10PERSIDANGAN DAN PAMERAN PIECE 2015

    PG11-12RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS 2016-2020

    PG13-14KURSUS PENGENALAN KEPADA PEGAWAI/KAKITANGAN LANTIKAN BARU

    PG15-16PEKERJA HEBAT PRESTASI MENINGKAT

    PG17-20SUDUT LENSA

    IKATAN JANJI

    PERMATA HATI

    2

  • JANUARI

    PERHIMPUNANPAGI MEMBUKA

    LEMBARAN TAHUN BARUKAJANG, 27 Januari -Majlis Perhimpunan Pagi bulan Januari telah membuka lembaran tahun baru 2015. Selain dari amanat YBhg. Dato’ Ketua Pengarah, pengisian majlis perhimpunan kali ini diselitkan dengan Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan Ikrar Integriti Malaysia. Di samping itu, majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun serta penyerahan watikah kenaikan pangkat turut diadakan.

    3

  • FEBRUARI

    KAJANG, 24 Februari -Atas keprihatinan Pengurusan LLM, dana bantuan banjir telah diwujudkan dengan kerjasama Badan Kebajikan Sosial & Sukan (BKSS) bagi membantu keluarga warga LLM terlibat dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada penghujung tahun 2014. Majlis penyerahan dana tersebut telah diadakan secara ringkas oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah. Diharap dana tersebut dapat meringankan kerugian yang ditanggung.

    HULURKAN TANGANRINGANKAN BEBAN

    4

  • MAC

    TEMERLOH, 5 Mac – Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mengurangkan bilangan perokok di Malaysia, Majlis Perasmian Rehat dan Rawat (R&R) Sebagai Tempat Dilarang Merokok Peringkat Kebangsaan dan Pelancaran Generasi Bebas Rokok Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung di R&R Temerloh Barat, Lebuhraya Pantai Timur 1. Pewartaan zon larangan merokok di semua kawasan R&R lebuh raya seluruh negara adalah hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia bersama LLM. YB. Dato’ Seri Dr. Hilmi B. Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan telah melancarkan majlis tersebut yang bertemakan “Saya Berhak Menegur”.

    SAYA BERHAKMENEGUR

    5

  • MAC

    TRAINING WORKSHOP ON MAINTENANCE OF INFRASTRUCTURE

    PUCHONG, 30 Mac -LLM dengan kerjasama International Science, Technology and Innovation Centre (ISTIC) for South-South Cooperation under the Auspices of UNESCO, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Master Builders Association Malaysia (MBAM) telah menganjurkan Training Workshop on Maintenance Of Infrastructure.

    Seramai 44 peserta dari Malaysia dan luar negara telah memperolehi pendedahan berhubung teknologi terkini dan kaedah yang diaplikasikan dalam pelbagai aspek penyenggaraan infrastruktur. Di samping itu, lawatan teknikal telah diadakan bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan bangunan, jalan raya, jambatan, pengurusan saliran dan loji pembentungan.

    6

  • SESI RAMAH MESRA KE PEJABAT UTUSAN MALAYSIA BERHAD

    KUALA LUMPUR, 16 April –Media sentiasa memainkan peranan dalam membantu Kementerian Kerja Raya (KKR) menjayakan visi dan misi serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. YB Dato’ Sri Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya bersama Pegawai Pengurusan Tertinggi KKR dan agensi dibawahnya telah mengadakan lawatan dan sesi ramah mesra ke Ibu Pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin. Sesi ini dilihat sebagai satu tanda penghargaan dan terima kasih kepada Utusan Malaysia serta usaha dalam membina hubungan baik bagi memupuk jalinan mesra yang berterusan bersama media. Delegasi KKR telah disambut oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Melayu (M) Berhad, YBhg. Dato’ Abdul Aziz Ishak.

    APRIL7

  • APRIL

    KAJANG, 24 April –

    LLM melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif yang lebih relevan dengan agensi sektor awam di Malaysia. Selaras dengan Dasar EKSA LLM “Bekerja Secara Berpasukan, Sistematik dan Berinovasi bagi Mewujudkan Persekitaran yang Kondusif ke Arah Perkhidmatan Berkualiti”, sesi gotong royong pembersihan telah diadakan di Ibu Pejabat dan Pejabat Wilayah LLM. Program ini dapat membantu LLM melaksanakan pengurusan persekitaran yang berkualiti melalui Amalan EKSA dan membudayakannya secara berterusan.

    KUANTAN, 23 April –LLM dan Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) telah menyampaikan sumbangan banjir berjumlah RM 50,000.00 kepada Kerajaan Negeri Pahang semasa Program Jelajah Negeri Bersama YB Menteri Kerja Raya. Sumbangan daripada syarikat konsesi lebuh raya secara kolektif ini bertujuan meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Negeri Pahang. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob; Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Annies Bin Md Ariff; Ketua Pengarah LLM, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh dan Presiden PSKLM, YBhg. Datuk Ir. Zainudin A. Kadir.

    BANTUANRINGANKAN BEBANMANGSABANJIRPAHANG

    PEMBUDAYAAN AMALAN EKSA

    8

  • MEI

    SUMBANGAN KOMPUTER TERPAKAI

    PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN

    KAJANG, 22 Mei -Satu majlis penyerahan sumbangan 65 set komputer terpakai kepada SMK Yahya Petra I, Kuala Krai, Kelantan telah diadakan di Ibu Pejabat LLM. Penyerahan komputer tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md Salleh, Ketua

    Pengarah LLM kepada Tuan Haji Komarudin Bin Abdullah, Pengetua SMK Yahya Petra I, bagi pembangunan semula makmal komputer sekolah yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang berlaku di Kelantan pada Disember 2014.

    KAJANG, 29 Mei –Kesihatan amat penting bagi pekerja supaya dapat menyumbang kepada produktiviti serta peningkatan kualiti yang diharap oleh majikan. Selaras dengan itu, Pengurusan LLM dengan kerjasama KPJ Kajang Specialist Hospital telah menganjurkan satu program pemeriksaan kesihatan di Ibu Pejabat LLM. Program ini merangkumi pemeriksaan Body Mass Index (BMI), tekanan darah, pemeriksaan kandungan gula dalam darah dan kandungan kolestrol serta sesi konsultansi dan khidmat nasihat. Melalui program pemeriksaan kesihatan ini, LLM memberi peluang dan ruang kepada warga kerja untuk mendapatkan diagnosis sesuatu penyakit menerusi langkah pencegahan dan rawatan awal.

    9

  • MEI

    PERSIDANGAN DAN PAMERAN PIECE 2015

    KUALA LUMPUR, 27 Mei –Persidangan dan Pameran PSKLM International Expressway Conference & Exhibition 2015 telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) bermula 25 Mei 2015 di MATRADE Exhibition & Convention Centre bagi memperkenalkan beberapa teknologi terkini yang bakal digunakan dalam industri lebuh raya.

    Persidangan dan Pameran PIECE telah mengumpulkan hampir 500 delegasi dari pelbagai Negara termasuk Jepun, Korea dan India yang membincangkan rangkaian operasi serta pengurusan jaringan lebuh raya di Malaysia. YBhg. Datuk Seri Zohari Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah merasmikan persidangan PIECE 2015 dengan tema The Future is Now. LLM juga telah menyertai pameran sempena persidangan tersebut bagi menerangkan fungsi LLM dan projek-projek pembinaan lebuh raya kepada para peserta dan delegasi.

    10

  • INFO

    RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS 2016-2020

    Rancangan Malaysia Kesebelas

    (RMKe-11), 2016-2020 merupakan

    rancangan pembangunan lima tahun

    terakhir ke arah merealisasikan

    matlamat Wawasan 2020. RMKe-11

    adalah langkah kritikal dalam perjalanan

    menjadi negara maju yang inklusif dan

    mampan.

    PERTUMBUHAN BERPAKSIKAN RAKYAT

    Inklusiviti sentiasa menjadi prinsip penting agenda pembangunan sosioekonomi negara dan matlamat utama Model Baru Ekonomi. Komitmen ini membolehkan hasil pembangunan dikongsi bersama dalam kalangan rakyat tanpa mengira gender, etnik, tahap sosioekonomi dan lokasi. Komitmen ini adalah berdasarkan keyakinan bahawa pembangunan inklusif bukan sahaja untuk meningkatkan kesejahteraan individu dan masyarakat, tetapi juga untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh bagi tempoh yang lebih panjang.

    Inklusiviti sentiasa menjadi prinsip penting agenda pembangunan sosioekonomi negara dan matlamat utama Model Baru Ekonomi. Komitmen ini membolehkan hasil pembangunan dikongsi bersama dalam kalangan rakyat tanpa mengira gender, etnik, tahap sosioekonomi dan lokasi. Komitmen ini adalah berdasarkan keyakinan bahawa pembangunan inklusif bukan sahaja untuk meningkatkan kesejahteraan individu dan masyarakat, tetapi juga untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh bagi tempoh yang lebih panjang.

    Pembangunan modal insan merupakan pemboleh penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menyokong peralihan semua sektor kepada aktiviti berintensif pengetahuan. Pasaran buruh yang cekap dan berkesan perlu untuk menarik pelaburan bagi membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi dan mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi.

    Pertumbuhan hijau adalah pertumbuhan yang menggunakan sumber secara cekap, bersih dan berdaya tahan. Kerajaan terus komited untuk meneruskan pembangunan yang lebih mampan dengan beralih daripada trajektori pembangunan konvensional “grow first, clean-up later” yang berkos tinggi kepada pertumbuhan hijau bermula pada peringkat perancangan dan seterusnya peringkat pelaksanaan dan penilaian. Komitmen yang padu terhadap pertumbuhan hijau akan memastikan alam sekitar dan sumber asli negara yang bernilai kekal dipelihara dan dilindungi untuk generasi masa kini dan masa hadapan.

    11

  • INFO

    Pembangunan infrastruktur adalah penting bagi memastikan rakyat mempunyai akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan seperti pengangkutan, komunikasi, elektrik dan air bersih. Integrasi pelbagai mod pengangkutan yang lebih baik akan memudahkan pergerakan orang dan barangan dengan lebih lancar. Di samping itu, infrastruktur yang cekap dapat mengurangkan kos mengendalikan perniagaan, dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Oleh itu, infrastruktur yang baik menjadi asas kepada penyertaan sosial serta perkembangan dan pertumbuhan ekonomi.

    Pertumbuhan ekonomi yang kukuh adalah penting bagi mencapai aspirasi negara maju. Ekonomi yang kukuh dan mempunyai sumber pertumbuhan yang pelbagai serta mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bernilai tinggi akan menjana pekerjaan bergaji tinggi selaras dengan ciri-ciri sebuah negara maju. Asas ekonomi perlu terus diperkukuh bagi membolehkan Malaysia berdaya tahan terhadap kejutan luar tanpa menjejaskan kemakmuran rakyat.

    Sokongan, komitmen serta dedikasi setiap rakyat Malaysia adalah sangat penting bagi memastikan kejayaan RMKe-11 dan pencapaian aspirasi menjadi negara maju yang inklusif dan mampan menjelang tahun 2020. Saya percaya bahawa kegemilangan negara kita bergantung kepada semangat kental, perkongsian nilai dan impian serta bakat besar rakyat Malaysia. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengorak langkah dalam pusingan akhir perjalanan kita ke arah menjadi negara maju.

    YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul RazakPERDANA MENTERI MALAYSIA

    12

  • JUN

    KURSUS PENGENALAN KEPADAPEGAWAI/KAKITANGAN LANTIKAN BARU

    SUNGKAI, 4 Jun -Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam menetapkan bahawa semua kakitangan yang baru dilantik dalam tempoh 1 hingga 3 tahun perlu melalui Latihan Peringkat Asas. Selaras dengan dasar tersebut, LLM telah menganjurkan Kursus Pengenalan kepada Pegawai/Kakitangan Lantikan Baru bertempat di Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai, Perak bermula 31 Mei 2015 hingga 4 Jun 2015. Para peserta telah diberi pendedahan mengenai organisasi, peraturan-peraturan semasa Kerajaan dan aktiviti sosialisasi bagi pembangunan kendiri individu.

    13

  • JUN14

  • JUN

    PEKERJA HEBATPRESTASI MENINGKAT

    KUALA LUMPUR, 5 Jun -

    “Pekerja Hebat Prestasi Meningkat” menjadi tema Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2014 anjuran Kementerian Kerja Raya Malaysia. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dan turut menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada warga Kerja Raya. Seramai 27 orang

    pegawai dan kakitangan LLM telah menerima APC bagi tahun 2014. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan penerima anugerah berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada yang lain untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

    15

  • JUN16

  • SUDUT LENSA

    LLM PAKAR RUJUK DELEGASI KAZAKHSTANNATIONAL HIGHWAY AUTHORITY (KAZAUTOZHOL)

    8 JANUARI 2015

    PROGRAM CSR PASCA BANJIR PAHANG9-10 JANUARI 2015

    17

  • SUDUT LENSA

    LAWATAN TEKNIKAL DELEGASI MINISTRY OF ROAD TRANSPORT AND BRIDGES OF BANGLADESH

    12 MAC 2015

    MESYUARAT AGONG BADAN KEBAJIKAN SOSIAL & SUKAN, LLM KALI KE-29 20 MAC 2015

    18

  • SUDUT LENSA

    LAWATAN PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UITM, SHAH ALAM

    29 APRIL 2015

    LAWATAN DELEGASI THE MINISTRY OF FINANCE PLANNING AND ECONOMIC DEVELOPMENT OF UGANDA KE LLM

    26 MEI 2015

    19

  • MOHD FAIZAL BIN ADNAN& FARRAH HANNA BINTI MOHD NASIRNAMA ANAK: NUR NADHIRAH QISYA

    BINTI MOHD FAIZALTARIKH LAHIR: 26 MAC 2015

    MUHAMAD SYAFIQ BIN KAMARUDIN& SITI NURUL HANA BINTI KUSNIN

    25 Januari 2015

    MOHD FAIZ BIN ADZIZAN& NUR HIDAYAH BINTI AHMAD RODZI

    14 Mac 2015

    IZHAR AFFENDY BIN ABU & NUR FARHAH BINTI ROSLEE21 Mac 2015

    MOHD JAIRUS JAAFAR & NOR ANIZA IDRISNAMA ANAK: MUHAMMAD ALI AMSYAR

    BIN MOHD JAIRUSTARIKH LAHIR: 3 JANUARI 2015

    AMEERA BINTI MOHAMAD ROSLI& MOHAMMAD SHAFIQ BIN ABD RAHMAN

    NAMA ANAK: MUHAMMAD ARYAN NAWFALBIN MOHAMMAD SHAFIQTARIKH LAHIR: 7 MEI 2015

    SITI SAERA BINTI KADRI & MOHAMAD NAZMI BIN MARJUGI

    NAMA ANAK: AISH NUR RAISYABINTI MOHAMAD NAZMI

    TARIKH LAHIR: 31 JANUARI 2015

    MOHD NORIDZWAN BIN OMAR& NURMASLINA BINTI MD AYA

    NAMA ANAK: MUHAMMAD IZZ LUTHFI BIN MOHD NORIDZWAN

    TARIKH LAHIR: 7 MEI 2015

    IKATAN JANJI

    PERMATA HATI

    SHAFIQ ALHAFIZ BIN MOHAMAD& MARINA IDAYU BINTI MOHAMED NOOR

    NAMA ANAK: NUR ZAHRA SOFIABINTI SHAFIQ ALHAFIZ

    TARIKH LAHIR: 3 APRIL 2015