masa hadapan bahasa melayu

30

Click here to load reader

Upload: cikgu-nazarinanawawi

Post on 21-Jun-2015

9.378 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

1. Pendahuluan

Bahasa Melayu telah berkembang dari bahasa ibunda (venakular) ke lingua franca ke

bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di ruang sejarah

Negara ini. Bahasa Melayu menjadi alat terpenting proses pembinaan bangsa di dalam

rangka perpaduan dan integrasi kebangsaan. Semenjak tahun 1956 Bahasa Melayu

merupakan bahasa pengantar sekolah rendah dan sekolah menengah melayu. Pada

tahun 1970 pula dijadikan bahasa pengantar untuk semua sekolah kebangsaan dan pada

tahun 1983 disempurnakan di peringkat universiti (IPTA).

Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di

persada dunia dalam abad ke 21, Bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai

cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa. Cabaran-cabaran ini

memperlihatkan bahawa Bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu

dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa

antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad ke 7 Masihi sehinggalah abad

ke 19 Masihi, apabila Bahasa Melayu telah menjadi Lingua Franca di rantau ini.

Malahan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan perhubungan

antarabangsa. Kegemilangan Bahasa Melayu menjadi kenyataan pada masa itu apabila

Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat-pusat

pemerintahan seluruh rantau berkenaan.

[1]

Page 2: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

2. CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU

Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam konteks memperkembangkan Bahasa Melayu

terbahagi kepada lima perkara utama iaitu:

2.1 Bidang Pendidikan

Setelah 54 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, Bahasa Melayu telah

menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta

IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar .Sehubungan itu,pengiftirafan Institusi Pendidikan

Swasta(IPS) sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat

melalui Seksyen 16 Akta 1996.Oleh sebab IPS merupakan sebagian daripada sistem

pendidikan Kebangsaan maka IPS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa

penghantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis

kebangsaan atau memohon kecualian mengikut Seksyen 17 Akta uberkenaan.Dengan

perkataan lain IPS mempunyai kebebasan seluas- luasnya dalam menentukan

penggunaan bahasa penghantar.Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat

Bahasa Melayu sekaligus melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar

pendidikan kebangsaan.

Pada tahun 2003 pula, penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan

Sains di dalam semua peringkat.Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan

pembelajaran Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki

[2]

Page 3: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

kelemahan atau ,meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.Langkah ini bukan

sahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan, penguasaan Bahasa

Inggeris pelajar . Malah dikuatiri akan menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-

dua matapelajaran itu.Dengan masalah kurangnya guru yang berupaya mengajarkan

mata-mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris kerana mereka terlatih dalam

bahasa kebangsaan sewaktu mengikuti kursus pendidikan pada waktu yang sama murid

dan pelajar sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam Bahasa Inggeris.

Dalam hubungan dengan nasib dan masa depan Bahasa Melayu yang diberi fungsi

sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu pengurangan peranan-

peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan

melemahkan kekuatan bahasa itu kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung

pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya.Apabila fungsi suatu bahasa terhad pada

fungsi sosialnya semata-mata iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang

kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang

ilmu,pemikiran,teknologi,ekonomi,undang-undang dan sebagainya.

2.2 Bidang Teknologi Maklumat(ICT)

Pada masa kini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah

mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat.

Kita sedia maklum, bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa dominant bagi bahasa

teknologi maklumat. Oleh yang demikian , penekanan terhadap ict pada era globalisasi

[3]

Page 4: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan

tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa

Inggeris mengiringi kelahiran pertama internat dunia di Amerika Syarikat.Cabaran

kepada bahasa melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita boleh

memperkembangkannya menjadi bahasa sumber ilmu,bahasa sumber ekonomi, bahasa

sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untuk

membuka pintu gerbang ilmu,mencari mutiara maklumat dan menaiki mahligai

pendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa kemodenan , sekaligus

peningkatan taraf hidup.

2.3 Bidang Media Masa dan Eletronik

Kebelakangan ini, beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan

penggunaan bahasa Melayu di mana pengaruh media elektronik telah merosakkan

penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan, ayat, istilah, bahasa rojak dan

sebagainya. Golongan remaja merupakan penyumbang utama kepada kerosakan

penggunaan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat iaitu

penggunaan telefon bimbit.Untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada

rakan-rakan mereka . Mereka menggunakan bahasa ringkas. Menurut Prof. Dr Hashim

Hj.Musa kerosakan Bahasa Melayu ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut

peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan

sebagainya.

[4]

Page 5: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

Suatu masa dulu kita pernah berura-ura untuk mengenakan denda kepada premis

perniagaan yang membelakangkan bahasa kebangsaan di papan tanda premis peniagaan

mereka.Kita juga pernah melancarkan operasi kesalahan ejaan dan tatabahasa pada

papan tanda premis perniagaan,lebuhraya dan sebagainya dan mencadangkan ditukar

kesalahan tersebut.

2.4 Bidang Sosial

Di samping itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa

ibunda . Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam

diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan

terkubur. Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak

mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim

dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan

bahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang

oleh penuturnya.Selain itu, faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasa

inggeris yang berleluasa dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat atau

digugat.Di samping itu, wujud golongan Inggerisofili yang muncul dengan nostalgia

mereka yang amat tebal terhadap bahasa inggeri menggugat bahasa melayu sebagai

bahasa kebangsaan Malaysia dan sebagai bahasa penghantar pendidikan.Faktor lain

yang tidak kurang pentingnya ialah kini dalam kalangan golongan elit Malaysia

timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa melayu untuk menjadi

bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi.(Hashim Musa: 1996)

[5]

Page 6: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

2.5 Bidang Politik

Apa sudah terjadi kepada bahasa Melayu ?Semua pemimpin negara, pegawai-pegawai

tinggi kerajaan , ahli-ahli koporat bercakap bahasa Inggeris dalam siaran-siaran

televisyen , mesyuarat, hatta sesame mereka di mana-mana pun.Pada masa kepimpinan

mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir, Hussain Onn apa lagi Tun Abdul Razak dan

Tunku Abdul Rahman, bahasa Melayu begitu disanjung tinggi . Jarang sekali kita

mendengar para pemimpin itu bertutur bahasa Inggeris.Para cendikiawan Melayu (lebih

50 orang Profesor dan Doktor persuratan Melayu) mengadakan beberapa kali kongres

iaitu Kongres Bahasa dan pendidikan Melayu,Kongres Agenda Melayu. Kongres

Bahasa dan Persuratan Melayu ke IX memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu,

akan tetapi terdapat di antara kongres itu hanya dua hari setelah resolusi yang

dikirimkan kepada kerajaan ditolak mentah-mentah oleh kabinet.

3.PENDEKATAN MEMARTABATKAN DAN MEMANTAPKAN BAHASA

MELAYU PADA MASA HADAPAN.

Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa

Melayu ,DBP haruslah berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa

Melayu di luar Negara. Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM)

dapat dilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini. Majlis ini merupakan

[6]

Page 7: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

sebuah majlis yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi

aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersama

antarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/ Asia

Tenggara.

Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia iaitu di

Benua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik di

peringkat pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelarasan , penyelidikan,

penerbitan, kegiatan dan pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratan

Melayu sedunia sudah menunjukkan hasil yang positif. DBP menjadikan bahasa

Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun

2020 bukanlah satu yang mustahil . Kita memerlukan keazaman yang tinggi daripada

pemimpin pentadbiran negara.

Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan

tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain,kini menggalas satu lagi peranan

baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa ini.Justeru, guru perlu kratif dan

inovatif dalam mencari dan mengubahsuai pendekatan agar selari dengan keperluan

pelajar, dalam ,masa yang sama guru juga bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa

kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa

Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.Selari dengan keyakinan terhadap bahasa

Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap yang ketara dalam

kalangan pelajar terhadap bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan

[7]

Page 8: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati

oleh para pelajar. Dengan itu,bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran

dan keperluan semasa.Pendekatan pengajaran dan pembejaran bahasa melayu

kursusnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang

terbaik dan menggunakan bahasa Melayu yang standard.Keadaan ini memerlukan guru

menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Dalam konteks ini guru perlu mendalami

ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa.Dengan

pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam,para guru bahasa Melayu

akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan

yang memerlukan bantuan.Justeru,dalam mendepani isu dan cabaran ini pihak berwajib

dan guru bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk

mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu

ke peringkat yang lebih tinggi.

Berdasarkan pelbagai Akta dan Dasar Pendidikan Kebangsaan,jelaslah bahawa dalam

memartabatkan bahasa Melayu telah diletakkan ditahap yang tinggi sesuai dengan

kedudukannya sebagai bahasa rasmi.Tetapi martabat bahasa Melayu kelihatan terhakis

dengan wujudnya Akta Pendidikan 1996.Peruntukan dalam Akta berkenaan jelas

menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah dikesampingkan. Dalam hal ini, Abdullah

Ayob(1998)Pro.Canselor Universiti Teknologi Malaysia(UTM)menyatakan bahawa

para siswa tempatan perlu mempertahankan martabat bahasa kebangsaan kerana

[8]

Page 9: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

kedudukan bahasa kebangsaan sekarang ini berhadapan dengan beberapara banyak

tekanan berikutan banyak institusi pengajian tinggi swasta yang tidak menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.Abdullah menyatakan langkah ini perlu bagi

memastikan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa kebangsaan untuk selama-

lamanya.Oleh itu, tidak perlu wujud kurang keyakinan dalam menggembleng dan

menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS sperti yang dilakukan

sebelum ini.IPTS yang baru muncul tidak wajar diberikan kelonggaran semata-mata

untuk memberikan peluang dan kesempatan kepada bahasa asing mengambil

tempat.Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan selama ini telah banyak

membawa kemajuan kepada pembanggunan negara dan dapat menerapkan perpaduan

dikalangan rakyatnya. Oleh itu, wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada

kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem pendidikan negara. Di samping

itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda .

sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebail dalam diri

penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur.

Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak

mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim

dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan

bahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yang

Sesuai dengan cabaran dalam pendidikan yang semakin maju, maka keperluan dalam

penggunaan teknologi maklumat semakin tinggi. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu

perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai

[9]

Page 10: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini,

benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu dan teknologi

maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting, canggih, cekap dan

pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan

teknologi maklumat, sebaliknya patut bersepadu dengannya. Dengan cara ini, bahasa

Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjana maklumat pelbagai

bidang dalam dunia serba teknikal ini.Untuk menghadapi cabaran baru dalam era

teknologi maklumat dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi

bahasa sumber ilmu,bahasa sumber pemodenan,bahasa sumber maklumat,bahasa

sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi,lebih-lebih lagi bahasa sumber

kewangan.Untuk berbuat demikian,lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam

teknologi maklumat perlu dihasilkan.Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya

lebih banyak pengarang, penyelidik , guru , penerbit dan institusi penyelidikan.Selain

itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendak

generasi muda yang membesar di hadapan komputer internet, pangkalan data dan

portal.Tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan memodenkan bahasa

kebangsaan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka,Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja.Dengan

kata lain,semua pencinta dan penjuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara

aktif.

Cabaran Bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris merupakan satu

cabaran yang amat besar. Oleh yang demikian, sikap rakyat Malaysia mestilah yakin

[10]

Page 11: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan . Kita seharusnya berasa bangga

dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa

kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak

menggunakan bahasa Inggeris. Langkah ini akan menjejaskan bahasa Melayu tergugat

oleh bahasa Inggeris.

Antara langkah lain yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu dan

memperluaskan penggunaannya ialah dengan memperkenalkannya pada peringkat

antarabangsa. Ia selaras dengan usaha dilakukan negara Eropah dan Asia dengan

menggunakan bahasa rasmi tuan rumah pada persidangan yang dianjurkan tanpa

menjejaskan kelancaran majlis berkenaan. Sidang dianjurkan itu tetap berjalan seperti

biasa tanpa sebarang masalah kerana wakil negara asing boleh menggunakan alat

bantuan penterjemahan bagi mendengar mesej disampaikan negara tuan rumah. Malah

terdapat juga ucapan dasar pemimpin negara tertentu pada Perhimpunan Agung

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang disampaikan menggunakan bahasa

kebangsaan mereka, dan ia berlangsung dengan lancar tanpa mendapatkan bantahan

atau menjejaskan perjalanan forum antarabangsa itu. Menyedari hakikat itu, cadangan

yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa

acara peringkat antarabangsa dianjurkan di Malaysia mungkin dikendalikan

menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bukan sesuatu yang janggal, malah ia selari

dengan amalan negara lain sama ada di rantau ini mahupun rantau lain. Malah Presiden

Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, menyampaikan ucapan dasar pada Sidang

[11]

Page 12: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

Kemuncak ASEAN di Jakarta baru-baru ini dalam bahasa Indonesia tanpa sebarang

masalah walaupun dihadiri pemimpin pelbagai negara.

Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu yang digunakan di negara ini adalah antara

bahasa yang difahami oleh sebahagian besar penduduk di Asia Tenggara atau ASEAN

termasuk Malaysia , Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa negara serantau

ini.Seperti negara lain,pelaksanaannya dijangka tidak mendatangkan masalah besar

dengan syarat kemudahan dan keperluan logistik disediakan. Ini termasuk menyediakan

penterjemah yang berkemahiran tinggi dalam bahasa asing yang sering digunakan pada

peringkat antarabangsa meliputi bahasa Inggeris, Perancis,Arab,China, India dan

Sepanyol.Walaupun Malaysia adalah sebuah negara majmuk bahasa Melayu adalah

bahasa kebangsaan yang dipelajari sejak dari sekolah rendah lagi dan sudah semestinya

ia mampu menjadi bahasa pengantara rasmi pada majlis kerajaan dan swasta.Kita

berharap cadangan yang dikemukan Muhyiddin Yassin akan mula dilaksanakan olek

Kementerian dan jabatan kerajaan serta agensi di bawahnya dengan segera agar

menjadi contoh kepada sektor swasta ketika menganjurkan seminar,persidangan dan

mesyuarat sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.Selaras dengan itu,

adalah wajar menteri dan pegawai tinggi kerajaan mengutamakan penggunaan bahasa

kebangsaan pada siding media dan majlis rasmi yang dihadiri mereka bagi menyokong

usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.

Cabaran Bahasa Melayu apabila berdepan dengan teknologi maklumat ™, internet,

ruang siber dan globalisasi dan liberalisasi ialah pendulum di seluruh dunia telah

[12]

Page 13: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

berayun-ayun ke arah mempelajari dan memperkembangkan bahasa Inggeris, bahasa

dunia. Jawapannya ialah terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan

kekretivitian kita menggunakan bahasa Melayu.,yang sudah mempunyai kekuatan dan

status bahasa ke empat besarnya di dunia.

Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat asasi yang membolehkannya

dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat ini bukan penganugerahan daripada kuasa

Tuhan,tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi ,politik

dan lain-lain daripada manusia yang menggunakannya. Keajaibannya juga terbukti

pada peranannya sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum

selepas kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah menjadi

bahasa perdagangan dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang

bukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semua

rakyat bertekad untuk memperkembangannya dalam menghadapi arus globalisasi dan

liberalisasi.

Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan dalam

memartabatkan dan memantapkan bahasa Melayu diperingkat yang lebih

tinggi .Antaranya:

1.Pertama Jemaah Menteri para pemimpin harus berkomunikasi dengan lebih

kerap dan teratur dalam bahasa kebangsaan termasuk semasa mengadakan

mesyuarat-mesyuarat rasmi di mana para anggota berkaitan amat biasa

menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara spontan.

[13]

Page 14: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

2.Setiap Kementerian dan Agensi kerajaan digalakkan menggunakan bahasa

kebangsaan semeluas mungkin bagi mewujudkan suasana kekitaan dalam

menjayakan gagasan 1 Malaysia.

3.Wajar mengadakan garis panduan atau peraturan tertentu bagi menyokong

usaha memartabatkan bahasa Melayu kursusnya oleh pihak swasta yang masih

jauh ke belakang dalam usaha-usaha penggunaan bahasa kebangsaan.Malah

Jemaah Menteri menyarankan supaya para pemimpin berani menggunakan

bahasa kebangsaan dan tidak bahasa Inggeris dalam forum-forum dan

konvensyen.

4.Kabinet mengambil perhatian bahawa walaupun terdapat beberapa kerat

sahaja warga asing di sesuatu forum atau persidangan yang diadakan dalam

negeri pengucap langsung memilih berucap dalam bahasa Inggeris

mengetepikan sahaja bahasa Melayu.

5.Diperhitungkan bagaimana bahasa kebangsaan kita boleh dihjadikan sebagai

saluran perpaduan dan komunikasi agar Gagasan 1 Malaysia lebih mudah

dijayakan bersama oleh semua kaum dalam masyarakat Malaysia.

6.Dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan

Komunikasi dan Kebudayaan diarah supaya mengusul semua isu yang

[14]

Page 15: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

dibangkitkan di mesyuarat itu dan seterusnya bagaimana cita-cita membina

Negara Bangsa ini dapat dijayakan sepenuhnya.

4. KESIMPULAN/PENUTUP

Masa depan dan survival Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bergantung kepada sikap

bangga dan komitmen kita untuk memperjuangkannya.Penggunaan Bahasa Melayu

dalam konteks pengajian tinggi adalah penting selaras dengan hasrat kita untuk

menjadi dan mengekalkannya sebagai bahasa ilmu tinggi yang setanding dengan

bahasa-bahasa antarabangsa yang lain. Usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu ini akan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi merentasi

pelbagai bidang dalam IPT. Ia penting agar penggunaan Bahasa Melayu Tinggi tidak

hanya dimonopoli oleh mereka yang berada dalam bidang Bahasa Melayu dan

kesusasteraan Melayu sahaja,tetapi meliputi bidang- bidang lain termasuk sains tulen.

Ini pastinya akan memberikan perubahan dan impak yang besar terhadap kedudukan

Bahasa Melayu itu sendiri sebagai ilmu yang berwibawa.

Akademik Pengajian Melayu dan resolusi Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Dunia

pada 2009 di Johor Bahru, anjuran Akademi Pengajian Melayu , Fakulti Bahasa

UPSI,DBP dan Yayasan Warisan Johor, yang mencadangkan satu secretariat atau

jawatankuasa kebangsaan bersama mengantarabangsa BM di dunia. APM kini

memfokuskan pengantarabangsaan BM di China dan Thailand. Adalah difahamkan

bahawa terdapat 160 Pusat Pengajian Melayu dan Indonesia di dunia. APM tidak

mampu untuk merealisasikan usaha ini secara sendirian . USM sudah ada hubungan

[15]

Page 16: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

yang mantap dengan universiti-universiti di German, dan secara bersama dapat

diperluaskan keseluruhan Eropah, Rusia, dan lain-lain wilayah. SPESBAM juga perlu

bekerjasama dengan IPTA/IPTS di Indonesia dan Brunei untuk memperluaskan

peranan BM sebagai bahasa antarabangsa.

Bertitik tolak daripada dapatan Kajian Penggunaan Bahasa di IPTA itu. Kementerian

telah mengambil daya usaha menyediakan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa

Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT yang akan disaksikan pelancarannya tidak lama

lagi. Untuk makluman semua, pelan tindakan ini mempunyai EMPAT STRATEGI

iaitu Mengukuhkan Bahasa Melayu dalam Pembelajaran dan Pengajaran,Mengukuhkan

Bahasa Melayu dalam Penyelidikan dan penerbitan, Meningkatkan Pengiktirafan

Akademia Bahasa Melayu dalam pelbagai Disiplin ilmu dan Meningkatkan

Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Berasaskan empat strategi yang dikenal pasti itu, KPT telah menyenaraikan 25 inisiatif

strategik bagi IPT menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan. Ia termasuklah

meningkatkan usaha menambah bilangan artikel berindeks dalam Bahasa Melayu dan

menambah bilangan penerbitan buku akademik dalam Bahasa Melayu. Selain itu, satu

lagi pendekatan penting yang boleh diambil oleh IPT ialah dengan memperkukuhkan

‘jurnal tempatan’ berbahasa Melayu berkualiti sehingga dapat diindekskan dalam

Scopus dan ISI. Jika misalnya kita boleh menetapkan 100 buah jurnal tempatan dalam

pelbagai bidang ilmu diindekskan melalui Scopus dan 50 buah pula dalam ISI

[16]

Page 17: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

menjelang tahun 2015, kita sebenarnya telah membuktikan bahawa kita serius untuk

memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dan diiktiraf global.

Selain memperkukuhkan Bahasa Melayu dalam konteks Pembelajaran dan Pengajaran

serta Penyelidikan,Pelan Tindakan ini juga mengambil kira soal pengiktirafan,

pembangunan dan kemajuan karier ahli-ahli akademik. Antara lain Pelan Tindakan ini

mewajibkan penerbitan buku atau bahan-bahan akademik dalam Bahasa Melayu

sebagai kriteria perjawatan atau kenaikan pangkat, mewujudkan anugerah kepada ahli

akademik di peringkat universiti yang cemerlang dalam penerbitan akademik Bahasa

Melayu dan menambah kategori anugerah baharu iaitu Anugerah Penterjemah Karya

Ilmu dalam Bahasa Melayu dan Anugerah Akademia Bahasa Melayu dalam Anugerah

Akademik Negara (AAN) pada masa akan datang.

Beberapa langkah dan strategi yang akan kita laksanakan ke arah memartabatkan

Bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi ialah :

-Pertama, mewajibkan semua kursus wajib universiti dikendalikan Tamadunan dalam

Bahasa Melayu seperti Kursus Kenegaraan Malaysia,Tamadun Islam dan Tamadun

Asia Tenggara, Hubungan Etnik dan lain-lain;

- Kedua, meletakkan sasaran 30% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu

bagi gugusan sains pada 2020. Dalam tempoh yang sama juga, kementerian juga

meletakkan sasaran 70% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi

gugusan sains social dan kemanusiaan;

Ketiga, mewajibkan pelajar-pelajar antarabangsa mengambil Kursus Bahasa Melayu

Komunikasi;

[17]

Page 18: MASA  HADAPAN BAHASA MELAYU

[MASA HADAPAN BAHASA MELAYU] SKP2101

Keempat,menterjemah penulisan akademik yang dihasilkan dalam Bahasa Inggeris atau

bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu melalui Unit Terjemahan yang ditubuhkan pada

setiap IPT dan

Kelima,mengenai pasti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) ,Universiti

Kebangsaan Malaysia sebagai focul point – yang bakal mewujudkan hubungan dengan

intitusi luar negara seperti jabatan-jabatan pengajian Melayu dalam usaha menentukan

strategi bagi memantapkan pengajian Bahasa Melayu.

Martabat dan status bahasa Melayu perlu dipertahankan yang akan mempertahankannya

atau tidak adalah kehendak kita sendiri dalam usaha kita membina, tidak perlu ada

usaha meruntuh supaya segala usaha kita tidak akan menjadi sia-sia.Bahasa Melayu

perlu terus dipertahankan agar tidak pupus.Bahasa Melayu perlu terus dikembangkan

supaya tidak hilang di dunia ini serta dapat mencerminkan bangsa kita.

[18]