covid-19 lembaran fakta...untuk masa yang anda tidak bekerja. -di masa hadapan, anda perlu membayar...

3
1. Bayaran Gaji 1. Jika anda masih bekerja sepenuh masa, anda harus tetap mendapat gaji yang biasa. 2. Namun, majikan anda boleh menyuruh anda untuk menghabiskan hari cuti anda jika anda tidak bekerja. - Apabila hari cuti sudah selesai digunakan, majikan anda boleh memindahkan anda ke Skema Pekerjaan Fleksibel (FWS) supaya anda dapat terus menerima gaji asas anda (lihat bawah). 3. Jika anda tidak dipindahkan ke skema ini (FWS), majikan anda boleh mengurangkan gaji anda. Anda boleh membincangkan gaji baharu dengan majikan anda. Anda dan majikan anda harus mencapai persetujuan yang sama. Rebat Levi Pekerja Asing (FWL): - Majikan anda akan mendapat $750 pada bulan Mei dan Jun, seterusnya mereka akan dapat $375 pada bulan Julai untuk pembayaran makanan dan perumahan anda. - Majikan anda akan memberi anda sisa-sisa wang daripada itu ataupun gaji anda, berdasarkan mana satu yang lebih kurang. - Pastikan bahawa majikan anda hanya mengambil wang daripada anda seperti yang telah tertulis dalam kontrak ataupun dalam surat “In-Principle Approval (IPA)” anda. Jadual Pekerjaan Fleksibel (FWS): - Jika anda patut mendapat bayaran gaji bulanan, anda akan tetap mendapatkan gaji asas anda di bawah FWS. - Namun, kerana anda bukanlah pekerja sepenuh masa, anda akan ‘hutang’ majikan anda untuk masa yang anda tidak bekerja. - Di masa hadapan, anda perlu membayar balik majikan anda dengan bekerja lebih daripada waktu pekerjaan biasa anda dan ini tidak dikira sebagai upah kerja lembur. Cara Mendapatkan Gaji? - Jika anda tinggal di asrama, anda akan mendapatkan gaji melalui saluran elektronik. - Jika anda tidak mempunyai akaun bank, majikan anda akan membuka akaun bank bagi pihak anda. 2. Pemindahan Perkerjaan - Dari 1 April hingga 31 Ogos 2020, anda boleh dipindahkan ke sektor lain dan ditugaskan pekerjaan lain. Anda mempunyai pilihan untuk menolak permintaan ini. - Majikan baru anda harus membuat aplikasi supaya pekerjaan awak dipindahkan kepadanya. - Jika majikan baru anda membuat aplikasi itu lebih daripada 40 hari sejak Permit Bekerja anda ditamatkan, majikan dahulu perlu memberi izin. - Jika majikan baru anda membuat aplikasi itu kurang daripada 40 hari sejak Permit Bekerja anda ditamatkan, majikan dahulu tidak perlu memberi izin. COVID-19 Lembaran Fakta tentang Undang-undang bagi Pekerja Migran

Upload: others

Post on 06-Feb-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1. Bayaran Gaji1. Jika anda masih bekerja sepenuh masa, anda harus tetap mendapat gaji yang

    biasa.

    2. Namun, majikan anda boleh menyuruh anda untuk menghabiskan hari cuti anda jika anda tidak

    bekerja. - Apabila hari cuti sudah selesai digunakan, majikan anda boleh memindahkan anda ke Skema

    Pekerjaan Fleksibel (FWS) supaya anda dapat terus menerima gaji asas anda (lihat bawah).

    3. Jika anda tidak dipindahkan ke skema ini (FWS), majikan anda boleh mengurangkan gaji anda. Anda

    boleh membincangkan gaji baharu dengan majikan anda. Anda dan majikan anda harus mencapai persetujuan yang sama.

    Rebat Levi Pekerja Asing (FWL): - Majikan anda akan mendapat $750 pada bulan Mei dan Jun, seterusnya mereka akan dapat $375

    pada bulan Julai untuk pembayaran makanan dan perumahan anda.

    - Majikan anda akan memberi anda sisa-sisa wang daripada itu ataupun gaji anda,

    berdasarkan mana satu yang lebih kurang.

    - Pastikan bahawa majikan anda hanya mengambil wang daripada anda seperti

    yang telah tertulis dalam kontrak ataupun dalam surat “In-Principle Approval (IPA)” anda.

    Jadual Pekerjaan Fleksibel (FWS): - Jika anda patut mendapat bayaran gaji bulanan, anda akan tetap mendapatkan gaji

    asas anda di bawah FWS.

    - Namun, kerana anda bukanlah pekerja sepenuh masa, anda akan ‘hutang’ majikan anda

    untuk masa yang anda tidak bekerja. - Di masa hadapan, anda perlu membayar balik majikan anda dengan bekerja lebih daripada

    waktu pekerjaan biasa anda dan ini tidak dikira sebagai upah kerja lembur.

    Cara Mendapatkan Gaji? - Jika anda tinggal di asrama, anda akan mendapatkan gaji melalui saluran elektronik.

    - Jika anda tidak mempunyai akaun bank, majikan anda akan membuka akaun bank bagi pihak anda.

    2. Pemindahan Perkerjaan - Dari 1 April hingga 31 Ogos 2020, anda boleh dipindahkan ke sektor lain dan ditugaskan

    pekerjaan lain. Anda mempunyai pilihan untuk menolak permintaan ini.

    - Majikan baru anda harus membuat aplikasi supaya pekerjaan awak dipindahkan kepadanya.

    - Jika majikan baru anda membuat aplikasi itu lebih daripada 40 hari sejak Permit Bekerja anda ditamatkan, majikan dahulu perlu memberi izin.

    - Jika majikan baru anda membuat aplikasi itu kurang daripada 40 hari sejak Permit Bekerja anda ditamatkan, majikan dahulu tidak perlu memberi izin.

    COVID-19 Lembaran Fakta tentang Undang-undang bagi Pekerja Migran

  • - Mestikah saya membayar bil hospital? - Pemerintah Singapura akan menanggung bil hospital anda jika

    anda dijangkiti COVID-19.

    - Jika saya dimasukkan ke hospital atau dikuarantin, adakah saya akan tetap menerima gaji saya?

    - Anda hanya akan dibayarkan gaji jika anda menggunakan hari cuti sakit berbayar (Paid Sick Leave) ataupun hari cuti tahunan (Annual Leave).

    3. Mengenai Kuarantin atau Tempoh Rawatan di Hospital

    - Anda harus cuba untuk cari pekerjaan dan majikan baru - Anda boleh cari pekerjaan baru dan pindah pekerjaan.

    - Majikan baru anda harus membuat aplikasi supaya pekerjaan awak dipindahkan

    kepadanya.

    - Jika majikan baru anda membuat aplikasi itu lebih daripada 40 hari sejak Permit Bekerja

    anda ditamatkan, majikan dahulu perlu memberi izin.

    - Anda boleh melamar untuk pekerjaan baru di sebuah agensi pekerjaan. Anda tidak patut

    membayar kepada agensi itu lebih daripada jumlah satu bulan gaji anda untuk setiap tahun anda bekerja, terhad pada jumlah gaji dua bulan.

    Jika anda tidak dapat mencari pekerjaan baru dan anda masih mempunyai Permit Bekerja (Work Permit), majikan anda harus menguruskan bayaran untuk pengangkutan anda kembali ke rumah.

    - Jika anda mempunyai S Pass, dan kontrak menetapkan bahawa anda harus membayar untuk pengangkutan sendiri, majikan anda tidak perlu membayar.

    - Pembayaran bil agensi pekerjaan (Agency Fees): - Jika anda menggunakan agensi pekerjaan dari Singapura, anda boleh mendapat

    bayaran balik daripada agensi anda jika anda dipecat dalam tempoh masa 6 bulan sejak pekerjaan anda bermula.

    - Anda akan mendapatkan balik sekurang-kurangnya 50% bayaran anda.

    4. Apakah akan terjadi jika saya dipecat?

    5. WICA (Akta Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja)

    Anda BOLEH membawa tuntutan di bawah WICA jika:

    Anda TIDAK BOLEH membawa tuntutan di bawah WICA jika:

    Anda dijangkiti COVID-19 semasa bekerja. Contohnya: a. Di tapak pembinaan semasa

    anda bekerja;

    b. Pekerjaan anda dikenali sebagai

    sebuah perkhidmatan penting dalam tempoh masa ‘Circuit Breaker’ ini.

    Anda dijangkiti COVID-19 di luar jam bekerja. Contoh: a. Dari asrama (dormitory cluster);

    b. Dari tempat awam seperti

    Mustafa Centre.

  • -Siapa yang boleh membawa tuntutan di bawah WICA? - Anda boleh membawa tuntutan tersebut jika anda mempunyai “kontrak

    perkhidmatan” (Contract of Service). - “Kontrak perkhidmatan” bermaksud anda harus mempunyai perjanjian dengan majikan

    anda; bahawa anda hanya akan dibayar gaji apabila bekerja.

    - Anda masih boleh membawa tuntutan di bawah WICA walaupun…

    - anda tidak bekerja dengan majikan tersebut lagi, atau. - Pas Kerja (Work Pass) anda sudah dibatalkan.

    -Apakah yang boleh saya perolehi dalam sebuah tuntutan di bawah WICA? - Gaji Hari Cuti Sakit (Medical Leave Wages): Gaji untuk tempoh anda tidak dapat bekerja

    kerana dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

    - Bagaiimana boleh saya membawa tuntutan untuk gaji hari cuti sakit? 1. Beritahu majikan anda bahawa anda dijangkiti COVID-19. Berikan majikan

    anda sijil cuti (Medical Certificate) asli yang diberi doktor.

    2. Ambil gambar sijil cuti (Medical Certificate) yang diberi doktor atau simpan

    sekeping foto kopi (photocopy).

    3. Rujuk ganti rugi daripada manjkan jika anda dijangkiti COVID-19.

    4. Jika anda menggunakan hari cuti hospital (Hospitalisation Leave) akibat

    COVID-19, anda boleh menuntut gaji penuh selama 60 hari. Setelah hari ke-61, anda boleh menuntut sebanyak 2/3 gaji anda.

    - Mestikah saya menghubungi MOM? 1. Biasanya tidak. Majikan anda akan memproses tutuntan anda.

    2. Anda perlu menghubungi MOM jika majikan anda:

    a. Tidak membayarkan gaji hari cuti sakit anda sebelum atau pada hari gaji berikutnya;

    b. Tidak melaporkan kepada MOM tentang kecederaan anda di tempat kerja;

    c. Tidak menyediakan anda dengan makanan atau perumahan atau;

    d. Cuba untuk menghantar anda pulang sebelum tuntutan anda ditetapkan.

    - Bagaimana anda boleh menghubungi MOM? - Hantarkan borang ke https://service2.mom.gov.sg/efeedback/

    Forms/eFeedbackWithReferrer.aspx?option=27

    - Bagaimana anda boleh memeriksa status tuntutan anda 1. Melalui SMS kepada nombor telefon 96175993, taipkan: CAnombor

    tuntutan anda; atau

    2. Melalui lelaman web https://www.mom.gov.sg/eservices/services/wsh-incident-

    reporting, atau

    3. Panggil nombor telefon MOM (64385122) atau majikan anda.

    PENAFIAN: Maklumat yang terdapat dalam lembaran fakta ini BUKAN nasihat guaman. Maklumat tersebut adalah maklumat am sahaja. Informasi dalam lembaran fakta ini adalah tepat setakat 15 Jun 2020.

    https://www.mom.gov.sg/eservices/services/wsh-incident-reportinghttps://www.mom.gov.sg/eservices/services/wsh-incident-reportinghttps://service2.mom.gov.sg/efeedback/Forms/eFeedbackWithReferrer.aspx?option=27https://service2.mom.gov.sg/efeedback/Forms/eFeedbackWithReferrer.aspx?option=27https://www.mom.gov.sg/eservices/services/wsh-incident-reportinghttps://www.mom.gov.sg/eservices/services/wsh-incident-reportinghttps://service2.mom.gov.sg/efeedback/Forms/eFeedbackWithReferrer.aspx?option=27https://service2.mom.gov.sg/efeedback/Forms/eFeedbackWithReferrer.aspx?option=27