di hadapan pulau

Download Di Hadapan Pulau

If you can't read please download the document

Upload: subramaniam-rengasamy

Post on 07-Jun-2015

4.012 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Novel Di Hadapan Pulau, Tingkatan 4

TRANSCRIPT

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

NOVEL DI HADAPAN PULAU

Nama Tingkatan

:_______________________________________________ :_______________________________________________

NOVEL DI HADAPAN PULAU

KENALI WATAK DALAM NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

NOVEL DI HADAPAN PULAU

AZIZ

AFIDAH

TUK MARZUKI

SYED FIKRI

BUDIN

ROSIAH

JOYAH

DORANI

MAK KETONG

KAPTEN HEBAT (MAHMUD)

TAKSIAH

MUSTAFFA

NOVEL DI HADAPAN PULAU

SINOPSISBab 1 Petang itu, Aziz duduk di tepi laut menikmati keindahan alam semula jadi. Dia terkenang akan ayahnya yang telah meninggal dunia dua bulan yang lalu dan ibunya yang telah meninggal dunia serta adiknya yang tidak pernah ditemui. Sekarang Aziz tinggal bersama-sama dengan mak ciknya, Joyah. Aziz terpaku melihat sebuah pulau kecil di tengah-tengah laut dan sangat ingin pergi ke pulau itu yang dikaitkan dengan pelbagai cerita. Tuk Marzuki telah berjanji untuk membawanya ke pulau itu tetapi sehingga kini janjinya tidak tertunai. Secara tibatiba Aziz akan terkenang akan ayahnya lalu menangis kesedihan sambil berlari di sepanjang pantai. Ketika hidup, ayahnya juga berjanji untuk membawanya ke pulau itu, tetapi sekarang ayahnya sudah tiada. Afidah membuat air kopi untuk datuknya, Tuk Marzuki. Tuk Marzuki sedih memikirkan nasib malang cucunya akibat perceraian ibu bapanya. Tuk Marzuki menyuruh Afidah mencari Aziz pada keesokan harinya supaya dapat membawanya ke pulau itu. Bab 2 Hari itu panas. Raihan memandang berek tentera Australia sambil menanti kedatangan rakannya, Zubir untuk turun ke laut. Ketika itu, kem askar semakin sesak dengan tentera. Raihan terus mengelamun mengenangkan salah seorang sahabatnya, Ridwan, yang telah pergi ke San Francisco dan Rahim yang telah ke Tokyo. Bagi Raihan, memadai dia menjadi nelayan, menyimpan sedikit wang untuk masa depan dan meminang Wan Rohani. Lamunan Raihan terganggu oleh kehadiran Zubir. Zubir menerangkan bahawa perang telah meletus tetapi belum sampai ke tempat mereka. Seterusnya mereka berbincang tentang peluang mencari pekerjaan kerana sebagai nelayan, mereka tidak dibenarkan turun ke laut atas sebab keselamatan diri. Syed Fikri, seorang lelaki Arab tua singgah di sebuah kedai untuk minum sambil memerhatikan Aziz, Lazim dan Razip bermain. Mereka mencium tangannya dan Syed Fikri bertanyakan budak-budak itu sama ada mereka bersekolah atau tidak, tentang sembahyang dan ibu bapa mereka. Syed Fikri sedih kerana Aziz sudah menjadi anak yatim piatu dalam usia semuda itu. Beliau menasihati mereka supaya bersembahyang. Pada ketika itu, Masimah dan Basir datang membawa berita bahawa peperangan telah meletus. Bab 3 Keadaan di kampung sunyi dan penduduk kampung hampir seminggu bergelap. Mereka dilarang memasang lampu pada waktu malam kerana dikhuatiri diserang musuh. Joyah dapat menyesuaikan diri setelah lima malam berlalu. Pada malam keenam, Budin, suaminya balik dalam keadaan mabuk. Barang-barang kemas isterinya sudah habis dipajak oleh Budin untuk tujuan memenuhi ketagihannya. Aziz kurang senang dengan sikap pak ciknya itu. Penduduk kampung mengalami pelbagai kesulitan termasuk untuk mendapatkan bekalan makanan. Aziz teringat akan pesanan gurunya yang meminta semua orang berjimat cermat dan menyimpan makanan, tidak memasang lampu pada waktu malam demi keselamatan dan segera masuk ke shelter jika mendengar siren amaran. Suasana peperangan semakin terasa. Kawalan dan sekatan jalan raya semakin ketat

NOVEL DI HADAPAN PULAU

dijalankan. Bekalan beras samakin sukar untuk diperoleh dan harganya mula naik. Semenjak akhir-akhir ini, siren kecemasan sering dibunyikan semata-mata untuk melatih penduduk kampung agar cekap menyelamatkan diri. Tuk Marzuki dan Dorani ingin pergi ke Merlimau untuk mendapatkan beras dan gula manakala Raihan dan Zubir ingin mencari pekerjaan di kem askar. Aziz dan Afidah berbual-bual tentang peperangan dan Aziz berasa susah hati kerana mak ciknya Joyah telah kehilangan pekerjaan di kem askar. Bab 4 Kempen urat saraf terhadap musush telah bermula. Kanak-kanak sekolah dan nelayan mengutuk Hitler kerana menjadi punca peperangan itu. Para nelayan berasa hidup mereka bertambah perit. Kini, sudah jelas ada tanda-tanda wujud sikap saling tidak mempercayai dalam kalangan penduduk. Perigi pun dikunci pagarnya kerana khuatir dicuri airnya. Syed Fikri terkenang sepupunya, Syed Zuhri yang menipu orang ramai ketika berniaga minyak atar dan batu akik. Syed Zuhri juga telah berkahwin banyak tetapi tidak bertanggungjawab kepada keluarganya. Syed Fikri bertekad untuk terus beramal menurut agama Islam. Dia berasa hairan juga kerana banyak ibu bapa yang bersifat materialistik dan tidak mementingkan kerohanian kepada anak-anak. Pak cik Budin balik dalam keadaan mabuk lalu memukul isterinya, Joyah. Aziz berasa sedih melihat telatah pak ciknya itu dan teringat akan ayahnya yang penyayang dan menasihatinya supaya pandai berusaha untuk berdikari. Awal pagi itu, Aziz sampai di rumah Syed Fikri ketika itu Syed Fikri sedang bercucuk tanam. Bab 5 Pihak tentera sibuk berkemas pertahanan dengan melingkungi kem tentera dan kubu dengan kawad berduri dan benteng kampit pasir. Pemeriksaan dijalankan di hujung jambatan. Jalan raya di pekan menjadi lengang. Aziz dan Afidah menunggu kepulangan Tuk Marzuki dari Merlimau. Sepeninggalan Tuk Marzuki, Afidah ditumpangkan di rumah Mak Ketong. Azizi duduk di bangku yang berada di hadapan gerai yang ditutup. Aziz ternampak perahu kecil yang menunjukkan masih ada orang yang turun ke laut untuk mencari rezeki. Aziz berasa bahawa dia perlu bekerja kerana mak ciknya, Joyah gagal mendapat sebarang pekerjaan. Siren terus dibunyikan dan pada waktu itu, penduduk kampung bergegas berlari ke shelter untuk menyelamatkan diri. Di dalam shelter, keadaan penuh sesak. Raihan dan Zubir berasa bimbang kerana belum mendapat pekerjaan manakala Afidah pula berasa risau kerana datuknya, Tuk Marzuki belum balik dari Merlimau. Bab 6 Hujan turun dan berlaku banjir di dalam shelter. Penduduk kampung yang sudah hampir tiga jam berlindung di dalam shelter masih menanti bunyi siren yang membenarkan mereka keluar. Kini, kehidupan semakin susah walaupun peperangan belum meletus di tempat mereka. Syed Fikri berpendapat bahawa peperangan telah mejejaskan perniagaan batu akik dan minyak atarnya serta usaha berdakwahnya. Semua orang di shelter itu dikejutkan oleh bunyi letupan bom yang kuat. Afidah memberitahu Aziz bahawa datuknya sudah pulang dari Merlimau. Syed Fikri datang dan memberitahu Aziz tentang pengeboman di pekan semalam sehingga memaksa penduduk bandar berpindah. Dia turut menasihati kanak-kanak supaya sentiasa bersama-sama dengan keluarga dan berbincang dengan Dorani untuk membuka kelas agama di madarasah yang terbiar. Dorani datang memberitahu Afidah bahawa

NOVEL DI HADAPAN PULAU

Tuk Marzuki sakit kerana dia terjatuh. Taksiah mengajak Joyah bekerja di kem askar. Akhirnya dia berjaya mendapatkan pekerjaan untuk Joyah melalui seorang askar yang bernama Rahmat. Bab 7 Penduduk sudah biasa dengan bunyi siren berombak dan melurus dan banyak menghabiskan masa berlindung di dalam shelter. Ada penduduk yang menjadi malas dengan kebiasaan ini dan malas balik ke rumah. Mak Ketong pula tidak mahu berlindung di dalam shelter kerana berpendapat bahawa di mana-mana pun manusia akan mati. Tuk Marzuki teringat bahawa beras yang dibawa dari Merlimau sudah habis. Dia mengajak Dorani mencari beras di kem askar. Tuk Marzuki terkenang semula akan kepulangannya ke Merlimau bukan sekadar mencari beras tetapi ingin menyerahkan Afidah kepada Mustaffa sekeluarga. Malangnya Mustaffa sudah berpindah dan meninggalkan adiknya, Rukiah dalam keadaan nyanyuk dan keseorangan. Lamunan Tuk Marzuki terhenti apabila Afidah mempelawanya minum air kopi. Afidah berlari sambil menangis. Aziz dan rakan-rakannya mengekori Afidah. Taksiah memberitahu Mak Ketong bahawa shelter berhampiran jambatan telah dibom. Ramai yang meninggal dunia dalam kejadian itu. Tuk Marzuki ditarik keluar dari shelter itu dalam keadaan parah. Tuk Marzuki berpesan supaya Afidah mencari pak cik Mustaffa dan mak cik Rukiah. Tidak lama kemudian, Tuk Marzuki telah meninggal dunia di hadapan Afidah. Afidah berada di hadapan kubur Tuk Marzuki pada awal pagi itu. Dia menangis di kubur itu. Aziz turut bersimpati dengan nasib malang Afidah dan dia turut menangis. Lazim turut datang ke kubur itu bersamasama dengan kakaknya, Wan Rohani. Afidah dipelawa untuk tinggal di rumah Wan Rohani, Mak Ketong atau mak cik Joyah. Bab 8 Kawasan yang berhampiran dengan kem tentera menjadi semakin bahaya. Penduduk yang berlindung di kawasan bukit berhampiran dengan kem askar berpindah setelah tempat itu dibom oleh tentera Jepun. Dalam kejadian itu, dua belas orang telah terbunuh dan sembilan orang tercedera. Tentera Jepun telah dipercayai semakin hampir. Selepas menolong Syed Fikri di kebun, Azizi menemani Afidah ke kubur datuknya. Afidah teringat tentang pengorbanan datuknya, Tuk Marzuki dan perjalanan hidupnya. Ayahnya meninggalkan rumahnya setelah bergaduh deangan ibunya. Dia tinggal bersama-sama dengan ibunya selama tiga tahun sebelum dipelihara oleh pak cik Mustaffa dan mak cik Rukiah selama dua tahun sebelum dibawa ke situ oleh arwah Tuk Marzuki. Aziz menganggap nasibnya dengan Afidah sama sahaja. Aziz dan Afidah terkejut apabila mendengar bunyi siren berombak dan berlari ke dalam shelter untuk berlindung. Di langit mereka melihat kapal terbang menggugurkan kertas yang mengandungi dakyah Jepun. Pihak Jepun meminta kerajasama dan sokongan penduduk tempatan untuk membebaskan Asia daripada penjajah Eropah. Tidak lama kemudian, kedengaran bom digugurkan dan penuduk di shelter berdoa. Bab 9 Askar Jepun telah menundukkan tentera Melayu dan Australia. Mereka telah mengambil-alih kem tentera. Semua penduduk diarah berkumpul di kem tentera. Bau bangkai amat bususk. Penduduk dikumpulkan mengikut kumpulan orang dewasa, kanak-kanak dan kaum wanita. Orang lelaki dibekalkan cangkul dan pongkes untuk membersihkan kawasan kem dan mengangkat mayat dan

NOVEL DI HADAPAN PULAU

dilontarkan terus ke dalam lubang yang masih digali dan dibesarkan. Orang lelaki dewasa dipaksa menaiki dua buah trak tentera. Sesiapa yang engkar munurut perintah dihentak dengan belakang senapang. Tiga orang yang cuba melarikan diri telah ditembak mati oleh askar Jepun. Wanita dan kanak-kanak menangis melihat kejadian itu. Fikiran Joyah dalam keadaan kusust. Dia telah kehilangan pekerjaan di kem askar. Kini, Jepun membenarkan penduduk memasang pelita pada waktu malam. Namun, kekejaman tentera Jepun memungkinkan sebarang kejadian ngeri. Joyah bertambah runsing memikirkan hal suaminya, Budin kerana suaminya masih belum pulang. Aziz yang pergi ke rumah Syed Fikri pun belum pulang. Dia tahu juga bahawa Rosiah, Taksiah, Wan Rohani , Zubir, Raihan dan Soejono masih dalam tahanan tentera Jepun. Aziz memecit badan Syed Fikri yang sakit setelah dikerah oleh askar Jepun untuk membersihkan kem. Syed Fikri teingat bahawa beberapa orang telah mati katak apabila ditembak askar Jepun. Beberapa orang dewasa termasuk Soejono yang dibawa dengan trak belum pulang lagi. Aziz pulang ke rumah meninggalkan Syed Fikri seorang diri. Hari telah siang. Aziz dan Afidah datang ke rumah Syed Fikri dan dia masih tidur. Afidah mahu menjual jam pusaka Tuk Marzuki kepada tentera Jepun, tetapi dilarang oleh Aziz. Syed Fikri yang bangun menyuruh Afidah dan Aziz pulang ke rumah kerana trak-trak tentera Jepun telah datang. Beberapa orang tentera Jepun kelihatan melompat turun dari trak dan pergi ke rumah-rumah berhampiran. Bab 10 Mak Ketong, Joyah dan Latiffah menyambut kepulangan Wan Rohani dan Rosiah yang ditahan selama empat hari oleh tentera Jepun. Taksiah masih terus ditahan oleh tentera Jepun. Ramai ingin tahu perkara yang terjadi kepada mereka sepanjang ditahan oleh tentera Jepun tetapi kedua-duanya enggan berkongsi pengalaman itu. Dorani pulang pada waktu malam setelah lima hari ditahan oleh askar Jepun. Di rumahnya, sudah tidak ada makanan. Dia teringat akan anaknya, Mohideen yang setiap bulan mengiriminya wang tetapi tidak pernah mempelawa Dorani tinggal dengannya. Dorani percaya bahawa Mohideen takut akan isterinya, Kunimah. Dorani teringat akan pengalaman semasa dia menjadi nelayan selama dua tahun dan kemudian menjadi kelasi kapal dan merantau ke seluruh dunia. Akhirnya, dia pulang ke kampung kerana menghidap penyakit lemah jantung. Kedatangan Aziz dan Afidah yang membawa bubur untuknya, membuatkan lamunan Dorani tersekat. Bab 11 Zaman pemerintahan Jepun penuh keperitan. Ada yang mati, membunuh diri, dan terbiar begitu sahaja. Bagaimanapun Jepun menasihati semua penduduk supaya bersabar dan tahan menghadapi ujian. Orang lelaki dipaksa bekerja untuk pihak Jepun. Mak Ketong tidak mampu lagi memberikan makanan kepada Aziz dan Afidah dan meyuruh mereka mencari makanan sendiri. Aziz dan Afidah keluar mencari makanan. Afidah menangis kelaparan. Aziz mengajaknya mencari makanan di kem askar tetapi tiba-tiba kedengaran bunyi siren. Mereka bersembunyi di gerai kosong. Kapal terbang tentera British semakin dekat. Siren berbunyi menandakan musuh sudah berlalu. Keengganan Afidah mencari makanan di kem askar menyebabkan Aziz menajaknya mencari makanan di sebuah kubu lama. Kawasan itu memang menakutkan, tetapi Aziz memberanikan diri kerana kononnya di situ bersembunyi makanan. Di sebalik busut dia terserempak dengan Rosiah dan seorang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan. Rosiah memberi Aziz makanan dan berpesan supaya dia merahsiakan peristiwa itu daripada pengetahuan orang

NOVEL DI HADAPAN PULAU

ramai. Afidah berasa gembira melihat Aziz membawa makanan dan mengajaknya untuk mengambil makanan lebih banyak tetapi Aziz enggan. Aziz tidak menyangka apa yang dilihatnya, apatah lagi Rosiah adalah seorang yang alim dan bersopan satun. Afidah ingin tahu apa yang disaksikan oleh Aziz tetapi Aziz merahsiakan perkara itu. Afidah memberikan makanan kepada Mak Ketong dan Mak Ketong melarangnya ke kubu lama itu lagi, sebaliknya dia sendiri akan ke situ untuk mengambil makanan. Seterusnya Afidah ke kubur datuknya dan merintih mengenai nasibnya. Aziz turut mengikutnya. Walaupun zaman perang, masih ramai orang membeli todi. Aziz dan Afidah ke kedai todi untuk mengambil upah daripada orang di situ untuk membeli todi. Akhirnya seorang lelaki kurus mengupah untuk membeli todi dan mereka gembira kerana mendapat rezeki. Bab 12 Aziz dan Afidah pergi ke sebelah barat pantai yang sunyi kerana khabarnya di situ tertanam banyak makanan. Mereka tidak menemukan makanan, sebaliknya di kawasan busut bertemu dengan Kapten Hebat (Mahmud) yang sedang mengerang kesakitan. Lutut Kapten Hebat terkena tokak (penyakit kulit) dan berdarah. Kapten Hebat menunjuk ke suatu tempat dan apabila Afidah pergi, Afidah menemui Mokmeng, monyet peliharaan Mak Ketong yang telah dimakan sebelah tangan dan kakinya. Malam itu, Aziz, Afidah dan Mak Ketong bersandar di dinding berhadapan dengan rumah kotak Mokmeng. Keadaan hidup semakin menekan. Penyakit malaria, beri-beri, tokak dan kudis semakin berleluasa dan nyawa manusia murah sekali. Orang didapati mati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Aziz mengajak Afidah bercucuk tanam tetapi Afidah enggan kerana ada orang yang akan mencurinya. Mak Ketong mengajak mereka berpindah sahaja. Aziz teringat akan kawan-kawan dan orang-orang kampung yang sudah tidak ditemuinya lagi. Mak Ketong mengajak Aziz dan Afidah ke pulau itu sahaja kerana dia mempercayai bahawa di situ ada makanan. Aziz menganggap inilah masa yang sesuai untuk ke pulau itu. Semboyan bahaya berbunyi lagi. Manusia di sekeliling menjadi kecoh. Jip dan kereta kebal bergerak. Derungan kapal terbang semakin dekat lalu diikuti bunyi tembakan meriam. Mak Ketong, Aziz dan Afidah duduk sahaja. Mereka seolah-olah menunggu bahaya lagi.

NOVEL DI HADAPAN PULAU

TEMA DALAM NOVEL Novel ini mengemukakan tema kesan peperangan dan kesengsaraan hidup semasa peperangan. HURAIAN TEMA Peperangan menyebabkan hidup rakyat menderita. Waktu malam mereka terpaksa bergelap. Penduduk sentiasa dalam ketakutan dan cemas. Mereka terpaksa menyelamatkan diri dalam shelter. Penduduk juga menghadapi kekurangan makanan. Aziz dan Afidah terpaksa menahan lapar. Mereka terpaksa mencari makanan di kubu lama. Peperangan juga mengakibatkan penduduk kehilangan mata pencarian. Nelayan tidak dapat ke laut untuk mencari rezeki. Raihan dan Zubir tidak dapat ke laut. Desakan hidup akibat peperangan juga menyebabkan manusia hilang pertimbangan clan sanggup menggadaikan maruah. Rosiah sanggup menggadai maruahnya kepada tentera Jepun. Perang juga menyebabkan harga barang naik kerana kekurangan bekalan di samping merebaknya pelbagai penyakit seperti penyakit tokak yang dialami oleh Kapten Hebat.

PERSOALAN DALAM NOVEL 1. 2. 3. Pergolakan keluarga Afidah terpaksa tinggaJ bersama-sama Tuk Marzuki setelah ibu bapanya bercerai. Budin, seorang pemabuk clan kaki judi sering memukul iserinya Joyah. Kezaliman tentera Jepun Kaum lelaki dipaksa menjadi buruh clan anak-anak terpisah daripada ibu bapa. Semangat kerjasama / tolong menolong Penduduk kampung membina shelter berdekatan rumah Mak Ketong. Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam.

NOVEL DI HADAPAN PULAU

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Kesesakan / tekanan hidup akibat perang Kapten Hebat terpaksa memakan Mokmeng akibat kekurangan makanan semasa perang. Tanaman Syed Fikri dicuri. Rosiah menjual maruah diri untuk mendapatkan makanan. Pegangan agama sebagai pedoman hidup Syed Fikri menyuruh Aziz clan rakan-rakannya bersembahyang clan mengaj i Qur' an. Penduduk kampung mengaji Qur'an semasa di dalam shelter. Kasih sayang sesama insan Tuk Marzuki menyayangi Afidah clan menjaganya setelah ibu bapa Afidah bercerai. Afidah menyayangi Tuk Marzuki clan meratapi kematiannya. Aziz menyayangi ayahnya clan selalu merinduinya. Sikap prihatin terhadap insan yang malang Aziz selalu memujuk clan menemani Afidah yang kesedihan setelah Tuk Marzuki meninggal dunia. Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia. Sikap mementingkan diri dalam kalangan masyarakat Syed Zuhri menipu orang kampung semasa membeli tanah untuk mendapatkan keuntungan.

Ketabahan menghadapi cabaran hidup Penduduk kampung tabah menghadapi kesengsaraan hidup semasa perang. Masalah kebuluran semasa perang Penduduk sukar mendapat makanan, harga makanan pula mahal. Masalah penyakit semasa perang Penyakit beri-beri, tokak, malaria, kudis melanda penduduk. Pengangguran berleluasa pada zaman perang Zubir, Raihan tidak dapat ke laut kerana takut serangan bom. Peniaga tidak dapat bemiaga. Joyah dan Taksiah hilang pekerjaan di kem tentera. Pendidikan terjejas akibat perang Kanak-kanak tidak bersekolah kerana sekolah ditutup. Keberanian menghadapi cabaran Aziz dan Afidah

PENGAJARAN DALAM NOVEL

NOVEL DI HADAPAN PULAU

1. 2.

Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan Penduduk kampung bekerjasama mendirikan shelter berhampiran rumah Mak Ketong. Kita hendaklah saling membantu antara satu sama lain Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam. Aziz membantu Afidah mencari makanan. Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama Syed Fikri menyuruh Aziz dan rakan-rakannya mengaji dan bersembahyang. Penduduk kampung membaca Qur'an semasa di dalam shelter. Kita hendaklah menyayangi sesama insan Tuk Marzuki menyayangi Afidah dan menjaganya setelah ibu bapa Afidah bercerai. Afidah menyayangi Tuk Marzuki dan meratapi kematiannya. Aziz menyayangi bapanya dan selalu merinduinya. Kita mestilah bertanggungjawab Tuk Marzuki menjaga cucunya Afidah setelah ibu bapaAfidah bercerai. Makcik Joyah menjaga Budin setetah ayahnya meninggal dunia. Kita mestilah prihatin terhadap orang yang bernasib malang Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia. Aziz selalu memujuk Afidah yang kesedihan setelah Tuk Marzuki meninggal dunia. Kita hendaklah berdikari Aziz dan Afidah bekerja mengambil upah membeli todi untuk endapatlcan wang membeli makanan. Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam kerana tidak mahu menyusahkan Makcik Joyah. Kita janganlah menggadai maruah diri Rosiah tidak sepatutnya menjual maruah diri untuk mendapatkan makanan. Kita mestilah tabah menghadapi cabaran hidup Aziz, Afidah,penduduk kampung tabah menghadapi kesusahan dan kesengsaraan hidup semasa pemerintahan Jepun. Kita mestilah rajin berusaha Syed Fikri bercucuk tanam kerana tidak lagi boleh bemiaga akibat peperangan. Aziz menolong Syed Fikri bercucuk tanam.

NOVEL DI HADAPAN PULAU

11. 12.

Kita janganlah mementingkan diri sahaja Syed Zuhri menipu orang kampung semasa membeli tanah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Kita janganlah tnengabaikan keluarga Budin yang sering mabuk dan kaki judi tidak patut memukul isterinya, Joyah. Syed Zuhri mestilah bertanggungjawab terhadap isteri-isterinya, bukannya berkahwin dan bercerai sesuka hati.

LATAR TEMPAT 1. Latar tempat keseluruhan bagi novel Di Hadapan Pulau ialah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi pantai dan berhadapan dengan sebuah pulau kecil yang dianggap mempunyai pelbagai misteri. Perkampungan ini mempunyai kemudahan asas yang cukup sederhana iaitu terdapat deretan kedai, kedai kopi di tepi jalan, bengkel, stor dan sekolah. 2. Dalam novel Di Hadapan Pulau, kem tentera juga merupakan salah satu latar tempat. Kem ini menjadi teinpat tinggal tentera Australia dan terletak di seberang tebing. Kem ini juga menjadi tempat penduduk kampung dikerah bekerja oleh tentera Jepun di samping menjadi tempat tentera Jepun menahan penduduk kampung. 3. Dalam novel Di Hadapan Pu!au, shelter merupakan satu lagi latar tempat. Sheller ini juga merupakan tempat penduduk kampung melindungkan diri semasa serangan udara tentera Jepun. Di sini juga tempat Tuk Marzuki terkorban akibat ledakan bom. 4. Dalam novel Di Hadapan Pulau kawasan perkuburan Tuk Marzuki merupakan tempat Afidah menangis dan meratapi nasibnya yang kehilangan tempat bergantung 5. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Merlimau merupakan tempal asal Tuk Marzuki. Dia Eelah pulang ke sini untuk mendapatkan bekalan makanan dan rnencari adiknya Rokiah dan Mustafa. 6. Dalam novel Di Hadapan Pulau, perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu, Jawa, Arab dan Malbari. Mereka bekerja sebagai nelayan, peniaga dan buruh. 7. Dalam nove! Di Hadapan Pulau, latar tempat terdiri daripada rumah kediaman penduduk kampung yang sederhana seperti rumah Tuk Marzuki, Syed Fikri, Makcik Joyah dan rumah Mak Ketong. 8. Dalam novel Di Hadapan Pulau, latar tempatnya ialah di tepi pantai, tempat Aziz dan Afidah duduk bercakap-cakap mengenangkan nasib dan masa depan mereka. Di sini juga Aziz sering melihat pulau misteri impianinya. LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah : 1. Masyarakat Melayu beragama Islam iaitu penduduk kampung, pekerja gerai makanan, nelayan, dan penarik beca.

NOVEL DI HADAPAN PULAU

2. Masyarakat Jawa dari Indonesia iaitu Soejono. 3. Masyarakat pendatang keturunan Arab iaitu Syed Fikri dan Syed 4. Masyarakat keturunan India (Malabari) iaitu Dorani. 5. Masyarakat penjajah (askar British) 6. Masyarakat Jepun (askar Jepun) 7. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri seperti Syed Zuhri. 8. Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga seperti Joyah dan Budin. Zuhri.

9. Masyarakat yang bekerjasama dan tolong menolong seperti Dorani, Zubir dan Raihan menolong membina shelter untuk Mak Ketong. 10. Masyarakat yang mengalami keruntuhan akhlak seperti Rosiah. NILAI KEMASYARAKATAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7 Nilai bekerjasama Penduduk bekerjasama membina 'shelter' Nilai tolong-menolong Aziz dan rakan-rakan menolong Syed Fikri bercucuk tanam Nilai bertanggungjawab dalam kekeluargaan Tok Marzuki memelihara Afidah selepas perceraian ayah dan ibunya Aziz dipeilhara oleh Joyah setelah kematian ayahnya, Nilai masyarakat yang mementingkan nilai keagamaan Syed Fikri mengajar agama/A!-Quran kepada kanak-kanak dan penduduk di kampung. Nilai berdikari Tok Marzuki pu!ang ke Merllmau untuk mencari beras bagi keperluan makanan semasa perang. Aziz dan Afldah mengambll upah membeli todi. Nilai semangat kejiranan Rosiah dan Wan Rohani dilawati oleh jiran-jiran untuk bertanya khabar setelah mereka dibebaskan oleh tentera JepunNilai hormat-menghormati Syed Fikri yang berpendidikan agama amat dihormati oleh penduduk kampung dan kanak-kanak. Aziz menghormati Tok Marzuki dan Syed Fikri; selalu mencium tangan apabila bersalam dengan Syed Fikri

NOVEL DI HADAPAN PULAU

8.

Penyayang Tuk Marzuki amat menyayangi cucunya Afidah, Syed Fikri menyayangi kanak-kanak, mengajar /Azlz bercucuk tanam dan selalu mengajak kanakkanak minum dan mengajar mereka nilai-nilai agama.