international, food and tourism, innovation, invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak...

12
1 P ada 10 dan 11 Mei 2016 bertempat di Dewan Sri Budiman & Annex (Anjung Seri), UiTM Shah Alam telah diadakan Pertandingan International, Food and Tourism, Innovation & Creativity 2016 (iFaTIIC 2016). Ia merupakan anjuran julung kali Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTM Kampus Puncak Alam. Ia adalah pertandingan peringkat antarabangsa yang disertai oleh staf dan pelajar dari seluruh Universiti Teknologi MARA (UiTM) negeri dan juga daripada Institut Pengajian Tinggi Awam yang lain. Pertandingan ini memperlihatkan penyertaan yang berciri ciptaan, inovasi mahupun rekabentuk. Kategori yang dipertandingkan turut melibatkan tiga kumpulan sasaran yang berbeza iaitu: Faculty of Hotel and Tourism Management May - August 2016 International, Food and Tourism, Innovation, Invention & Creativity 2016 (IfaTIIC 2016) Exhibition & Competition Oleh: Fatimah Abd Ghani & Jazira Anuar D engan Tema tahun ini “Acculturating Innovation, Invention & Creativity in Food and Tourism”, iFaTIIC2016 telah diadakan untuk memupuk budaya inovasi, reka cipta dan kreativiti di kalangan pelajar, pensyarah dan penyelidik. Ia juga dapat memupuk semangat kerjasama antara bidang akademik dan industri serta membantu mengkomersialkan inovasi dan ciptaan terkini yng dihasilkan melalui saluran yang betul dan bersesuaian. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, selaku Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. D engan penglibatan pensyarah dan pelajar ke pertandingan tersebut juga dapat menjadi batu loncatan untuk mengharumkan nama institusi yang mereka wakili dari aspek inovasi, memperoleh pengalaman sebenar dalam pertandingan seumpama ini dan secara tidak langsung dapat menambahkan keyakinan diri individu. Selain daripada itu, ia juga turut menbantu sebagai pemangkin semangat dan menyuntik pensyarah dan pelajar dalam menjana idea serta lebih kreatif dalam penciptaan atau berinovasi berpasukan. P ertandingan ini berjaya mengumpulkan lebih 200 produk daripada pelbagai kategori seperti pelancongan, makanan dan hospitaliti. Ia diadili oleh lebih 30 orang juri profesional yang berpengalaman luas daripada industri. Rata-rata pengunjung dan peserta amat teruja dengan pameran produk yang dipertandingkan. S ebanyak 5 kumpulan pensyarah dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM (Terengganu) telah menyertai pertandingan ini dan kesemua penyertaan berjaya mencapai pingat kemenangan masing-masing walaupun ada juga yang baru pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini. Upacara penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Dekan Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UiTM Puncak Alam, Prof. Madya Dr. Haji Abdullah Hemdi serta Timbalan Dekan Akademik, Profesor Dr. Salehuddin Mohd Zahari selaku Pengerusi pertandingan ini dan juga Prof. Madya Dr Salleh Mohd Radzi, Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri. Kategori Pertama: INVENTOR Staff (Teachers, Lecturers, Industry and Public) Kategori Kedua : YOUNG INVENTOR Student (Institutions/ Matriculations/ Polytechnics/ Colleges) Kategori Ketiga : JUNIOR INVENTOR Schools Student (Local and International Secondary schools) Antara Pensyarah yang menyertai pertandingan di hadapan booth produk masing-masing Para Pensyarah dan Pelajar FPHP, UiTM Terengganu bersama Dekan.

Upload: others

Post on 11-Oct-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

1

Pada 10 dan 11 Mei 2016 bertempat di Dewan Sri Budiman & Annex (Anjung Seri), UiTM Shah Alam telah diadakan Pertandingan International, Food and Tourism, Innovation & Creativity 2016 (iFaTIIC 2016). Ia merupakan anjuran julung kali Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan,

UiTM Kampus Puncak Alam. Ia adalah pertandingan peringkat antarabangsa yang disertai oleh staf dan pelajar dari seluruh Universiti Teknologi MARA (UiTM) negeri dan juga daripada Institut Pengajian Tinggi Awam yang lain. Pertandingan ini memperlihatkan penyertaan yang berciri ciptaan, inovasi mahupun rekabentuk. Kategori yang dipertandingkan turut melibatkan tiga kumpulan sasaran yang berbeza iaitu:

Faculty of Hotel and Tourism Management

May - August 2016

International, Food and Tourism, Innovation, Invention & Creativity 2016 (IfaTIIC 2016) Exhibition & Competition

Oleh: Fatimah Abd Ghani & Jazira Anuar

Dengan Tema tahun ini “Acculturating Innovation, Invention & Creativity in Food and Tourism”, iFaTIIC2016 telah diadakan untuk memupuk budaya

inovasi, reka cipta dan kreativiti di kalangan pelajar, pensyarah dan penyelidik. Ia juga dapat memupuk semangat kerjasama antara bidang akademik dan industri serta membantu mengkomersialkan inovasi dan ciptaan terkini yng dihasilkan melalui saluran yang betul dan bersesuaian. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, selaku Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Dengan penglibatan pensyarah dan pelajar ke pertandingan tersebut juga dapat menjadi batu loncatan untuk mengharumkan nama institusi yang

mereka wakili dari aspek inovasi, memperoleh pengalaman sebenar dalam pertandingan seumpama ini dan secara tidak langsung dapat menambahkan keyakinan diri individu. Selain daripada itu, ia juga turut menbantu sebagai pemangkin semangat dan menyuntik pensyarah dan pelajar dalam menjana idea serta lebih kreatif dalam penciptaan atau berinovasi berpasukan.

Pertandingan ini berjaya mengumpulkan lebih 200 produk daripada pelbagai kategori seperti pelancongan, makanan dan hospitaliti. Ia diadili oleh

lebih 30 orang juri profesional yang berpengalaman luas daripada industri. Rata-rata pengunjung dan peserta amat teruja dengan pameran produk yang dipertandingkan.

Sebanyak 5 kumpulan pensyarah dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM (Terengganu) telah menyertai pertandingan ini dan kesemua penyertaan

berjaya mencapai pingat kemenangan masing-masing walaupun ada juga yang baru pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini. Upacara penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Dekan Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UiTM Puncak Alam, Prof. Madya Dr. Haji Abdullah Hemdi serta Timbalan Dekan Akademik, Profesor Dr. Salehuddin Mohd Zahari selaku Pengerusi pertandingan ini dan juga Prof. Madya Dr Salleh Mohd Radzi, Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri.

Kategori Pertama: INVENTOR Staff (Teachers, Lecturers, Industry and Public)

Kategori Kedua : YOUNG INVENTOR Student (Institutions/ Matriculations/ Polytechnics/ Colleges)

Kategori Ketiga : JUNIOR INVENTOR Schools Student (Local and International Secondary schools)

Antara Pensyarah yang menyertai pertandingan di hadapan booth produk masing-masing

Para Pensyarah dan Pelajar FPHP, UiTM Terengganu bersama Dekan.

Page 2: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

Bersama Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrim Abdul Karim daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Booth produk Bemban Pearls.

Antara pensyarah daripada UiTM Melaka dan Puncak Alam yang turut serta dalam ifaTICC2016.

Peserta disesi menganyam ketupat dikelolai oleh Prof. Madya Dr. Haji Hamdin Haji Mohd Salleh.

Profesor Dr. Salehuddin Mohd Zahari menyampaikan hadiah kepada pensyarah yang berjaya meraih pingat emas bagi produk Hotel Patrons Braile Index

2

NO. Nama Peserta Produk Pencapaian

1. Norzaidah Ngali Fatimah Abd Ghani

Noorazlin RamliNorazlina Rahmat

Bemban Pearls EMAS

2. Jazira AnuarFaliza Mahamed AliNorazlina RahmatNorzaidah NgaliNoralisa Ismail

Hotel Patrons Braille Index EMAS

3. Siti Nurhanifah SulungSiti Aishah Abas

Noor Diyana Abu Bakar

Siti Nor Fadilah Sharif

Juicer Pulp & Banana Peel

Crackers

PERAK

4. Jazira AnuarFaliza Mahamed Ali

Shareenie SheraFatimah Abd Ghani

Munirah Hamid

Braille Carte Du Jour

PERAK

5. Siti Khuaimah Abu Bakar

Jazira AnuarZetty Madina

Tajulurrus MohamadLily Nurainul Ashikin

Nigella Sativa Dabai Paste

GANGSA

HotNewz Bulletin Editorial CHIEF EDITOR

Wan Nazriah Wan Nawawi

EDITORS

Azlina Samsudin

Haslina Che Ngah

Malissasahila Abdul Manap

LAYOUT & GRAPHIC

Azahar Adzmy

REvIEWER

Rahman Abdullah

PATRONS

Ybhg. Assoc. Prof. Dr. Abdol Samad Nawi

Assoc. Prof. Dr. Azemi Che Hamid

ADvISOR

Faliza Mahamed Ali Alll articles should be sent to:

[email protected]

(IfaTIIC 2016)

Page 3: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

Bagaimana menguruskan anak yang mengalami masalah kegemukan?

Oleh: Abd Razak Hj Abu Kassim, Dr. Hayati Adilin Mohd Abd Majid & Fatimah Abd Ghani

3

Anak yang comel, pipi gebu, badan yang berisi dan sangat selesa bila dipeluk, menunjukkan ciri-ciri anak-anak yang mempunyai berat badan yang berlebihan daripada usianya atau anak yang GEMUK. Apakah puncanya? Memahami punca kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara yang sesuai untuk mengatasi masalah kegemukan ini. Selain daripada faktor keturunan, kebanyakan masalah kegemukan yang berlaku di kalangan anak-anak ini disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan, berkalori tinggi dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

Setiap makanan yang diambil oleh anak-anak dikira di dalam bentuk kalori, di mana setiap kalori yang di ambil perlu dibakar agar ia tidak bertukar menjadi lemak tersimpan yang menjadi punca kepada masalah kegemukan. Bagaimana kalori ini dibakar?. Ianya hanya dapat dilakukan melalui aktiviti fizikal. Luangkan masa riadah bersama anak-anak lebih kerap dengan membenarkan mereka bersukan, berlari, melompat, berenang atau sebagainya dan meninggalkan aktiviti sedenteri seperti menonton televisyen, bermain permainan video, “online” bersama rakan-rakan sebaya, tidur yang berlebihan atau aktiviti lain yang tidak melibatkan banyak pergerakan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada pengambilan kalori secara tidak terurus atau berlebihan, seperti berikut:

Ibu bapa yang sibuk bekerja dengan menjadikan kedai •makan sebagai dapur pertama mereka. Kurang memasak di rumah atau menyediakan makanan sendiri di rumah dan lebih mendapatkan di luar. Ia seperti meletakkan tanggungjawab pemakanan kepada tukang masak di kedai-kedai makan.

Mudah untuk memperolehi makanan yang berkalori tinggi •dengan harga yang lebih murah seperti makanan segera dari restoran makanan segera yang boleh diperolehi hanya dengan pandu lalu.

Saiz hidangan makanan yang diberikan kepada anak-anak •sama ada di rumah atau di kedai adalah sama seperti orang dewasa dan tidak memenuhi nilai nutrisi yang sepatutnya.

Anak-anak mengambil makanan atau minuman yang •mempunyai kandungan gula yang tinggi semasa di rumah atau di sekolah.

Anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah dengan •bermain permainan video, menonton televisyen, aktiviti menggunakan komputer atau rehat sepanjang masa tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Aktiviti disekolah yang mengurangkan penglibatan penggunaan •aktiviti secara fizikal.

Berikut merupakan antara langkah-langkah yang sesuai untuk mengawal masalah kegemukan ini dari berterusan:

Mengenalpasti dan mengkaji semula tabiat makanan yang diambil •oleh anak-anak sama ada ia berpunca dari ibu bapa sendiri atau diperolehi sendiri oleh anak-anak ini.

Seluruh ahli keluarga mengambil bahagian untuk membantu •anak-anak ini menjalani proses menurunkan berat badan dengan bersama-sama menyertai aktiviti fizikal yang sihat.

Tidak membebankan anak-anak gemuk ini dengan rejim senaman •penurunan berat badan sama seperti orang dewasa.

Kawal pemakanan mereka dengan memastikan berat badan •anak-anak ini kekal sehingga mencapai usia yang sesuai dengan berat badan semasa ataupun indeks jisim tubuh (BMI).

Mengubah cara pemakanan atau pengambilan makanan oleh •anak-anak ini dengan berperingkat. Elakkan paksaan. Hendaklah sentiasa memberikan sokongan dengan menerangkan kepentingan pemakanan sihat menjadikan mereka anak-anak yang cergas dan cerdas.

Luangkan masa untuk menyediakan makanan sendiri dari •menikmati makanan di luar. Makanan yang disediakan akan lebih sihat dan terjamin serta menjimatkan wang perbelanjaan bulanan.

Kurangkan masa mereka untuk bermain permainan video, “online” •atau menonton televisyen dengan menetapkan kadar masa tertentu bagi setiap aktiviti berkenaan.

Jadikan aktiviti riadah yang aktif sebagai hobi keluarga. Keluarga •sihat, keluarga bahagia.

Dapatkan nasihat dari pakar kanak-kanak atau pakar pemakanan •bagi menjamin kesesuaian aktiviti dan pemakanan mengikut usia anak-anak.

Walaupun terdapat pelbagai cadangan dan saranan yang telah diutarakan, namun masalah kegemukan di kalangan anak-anak kita ini semakin meningkat dari hari ke hari. Namun begitu, langkah pencegahan dan penyelesaian harus bermula dari kita sendiri sebagai ibu bapa. Anak-anak ini tidak kenal apa jua jenis makanan sama ada sihat atau tidak jika kita sendiri yang tidak memperkenalkan kepada mereka. Ibu bapa merupakan contoh terbaik (role model) untuk diikuti. Ini adalah kerana anak-anak belajar melalui pemerhatian dan kebiasaannya orang yang paling dekat akan dijadikan sumber rujukan utama. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan belajar, memahami persekitaran termasuk perlakuan manusia iaitu ibu bapa adalah sumber yang paling relevan. Pemakanan yang sihat bermula dari diri kita sendiri. Jangan pernah berputus asa sekiranya ibu bapa mempunyai anak yang gemuk. Hubungi pakar yang berkaitan dan elakkan dari anak-anak ini mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menurunkan berat badan tanpa mendapat kebenaran dan pengesahan dari doktor. Sayangi anak anda, sayangi keluarga anda, sayangi diri anda!

Page 4: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

4

Catatan Kembara Turki: : Tarian SufiOleh: Noor Emilina Bt Mohd Nasir, FA

Kota Istanbul lama yang terdapat di Benua Eropah dan Istanbul baharu di Benua Asia terpisah oleh Selat Bosforus. Pada zaman Khalifah Uthmaniyah semasa pemerintahan Sultan Abdul Majid I (Tahun 1860) serta Sultan Abdul Hamid II (Tahun 1891) telah menyatakan idea untuk membina terowong bawah tanah bagi menghubungkan kedua-dua benua, walaubagaimanapun, ianya tidak dapat direalisasikan apabila baginda digulingkan oleh golongan Turki Muda pada tahun 1909. Bukti cetusan idea tersebut dapat dilihat melalui tinggalan yang dipamerkan di pintu masuk stesen keretapi tersebut.

Tarian sufi yang juga dikenali sebagai “The Whirling Dervish” adalah sejenis tarian kerohanian yang dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki. Tarian sufi ini dikaitkan dengan Maulana Jalaluddin Rumi, tokoh sufi yang terkenal dengan puisi ketuhanan dan perhambaan kepada Tuhan. Tarian sufi yang asli terdapat di Konya iaitu bandar asal di mana Maulana Jalaluddin Rumi menetap dan merupakan pusat kegiatan ahli sufi dan tareqatnya.

Tarian sufi yang pernah saya saksikan adalah di Karabas-i veli Culture Centre yang terletak di Bursa. Tarian ini bermula selepas waktu maghrib iaitu sekitar jam 9.00 malam. Kami amat bertuah kerana tiba di sana agak awal dan hanya terdapat beberapa orang pengunjung di perkarangan kawasan tersebut. Ianya dipersembahkan di dalam dewan kecil yang mempunyai 2 tingkat. Kaum wanita dapat melihat melalui tingkat atas di mana tarian tersebut dipersembahkan di tingkat bawah. Di luar dewan juga disediakan tabir putih supaya dapat dipertontonkan kepada pengunjung yang tidak dapat masuk ke dalam dewan. Ianya ditayangkan secara percuma. Rombongan kami telah membuat kutipan derma untuk disumbangkan kepada persatuan sufi tersebut namun mereka menolak semahunya dan meminta untuk kami sumbangkan ke tempat yang lebih memerlukan.

Merentasi 2 Benua Menerusi Marmaray

Oleh: Noor Emilina Bt Mohd Nasir, FA

Tarian ini sangat menarik dengan diiringi alunan irama berbentuk zikir dan selawat serta pakaian yang dipakai oleh mereka agak unik. Kami diberi penerangan oleh mereka bahawa pakaian tersebut mempunyai maksud tersendiri. Jubah yang dipakai kumpulan berwarna hitam simbolik kepada kegelapan ketika alam kubur, jubah yang dipakai kumpulan berwarna putih simbolik kepada kain kafan, manakala tarbus yang dipakai berwarna coklat simbolik kepada batu nisan atau tanah perkuburan yang mengingatkan mereka kepada kematian. Setiap pergerakan mereka sepanjang tarian juga mempunyai makna tersendiri. Ianya berlangsung lebih kurang 1 jam. Mereka berpusing mengikuti alunan irama tanpa henti yang mana agak sukar dilakukan oleh orang biasa tanpa penghayatan sepenuhnya.

Page 5: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

5

Certified NLP Coach

Oleh: Nur Raihana Bt Mohd Sallem, FA

Satu program yang diberi nama “Certified NLP Coach” telah dirancang bagi menjayakan agenda “Renaisans Melayu”. Dengan tagline “Melayu yang hebat, bermaruah dan berkat”, agenda ini adalah perjuangan yang diketengahkan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai satu rencana transformasi minda Melayu. Akademi NLP Malaysia dan MTM Consultant telah diberi mandat bagi menjalankan program “Certified NLP Coach” ini. Peserta dari badan-badan kerajaan dan univesiti-universiti awam telah dilatih bagi memastikan lebih ramai “Certified NLP Coach” dapat dilahirkan dalam usaha mencapai objektif “Renaisans Melayu”. Antara yang pernah hadir termasuklah Pendaftar UiTM, Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Penolong Pengarah Kanan BTN Sabah, Timbalan-Timbalan Dekan (Akademik) UiTM dan Rektor UiTM (Terengganu).

Pada 7 hingga 12 Mei 2016, Program “Certified NLP Coach” siri 15 telah diadakan di Pasir Salak Eco Resort, Perak. Program selama 6 hari 6 malam ini telah memberi peluang kepada peserta yang majoritinya staf UiTM mempelajari pelbagai teknik dan ilmu coaching yang sebenar. Program ini sangat unik kerana ia memberi penekanan kepada kemahiran coaching dan juga kaedah-kaedah NLP (Neuro Lingustic Programming). NLP coaching menggabungkan 2 elemen penting iaitu coaching sebagai platform/hardware manakala NLP pula adalah perisian/software. Coaching adalah satu kaedah paling berkesan untuk melakukan perubahan melalui sesi fasilitasi oleh coach. Coaching bukanlah satu alat remedi atau penyelesaian masalah, sebaliknya ia mempunyai kekuatan tersendiri dengan keupayaan membuka minda klien dan membolehkan sesuatu tindakan diambil atas kesediaan sendiri. Lebih menarik coaching boleh dijalankan secara “one to one” atau pun secara berkumpulan.

Program ini juga telah diangkat sebagai “Bootcamp” coaching yang paling intensif dan menggunakan sistem benchmarking bagi memastikan setiap coach yang dilahirkan dari program ini mempunyai kompetensi yang tinggi untuk menjalankan sesi coaching secara professional. Jadual program yang bermula dari jam 8 pagi hingga 10 malam sangat padat dengan pengisian teori dan praktikal yang amat relevan. ‘Method’ yang pelbagai juga digunakan bagi memastikan peserta mudah faham dengan apa yang disampaikan. Selain itu, program ini dikendalikan oleh mereka yang professional dan sangat berpengalaman dalam bidang coaching. Hj. Md Taib Mat, seorang “Executive Coach/ Principle Trainer” telah mengetuai kumpulan coach dan bertindak sebagai tenaga pengajar bagi sesi coaching. Manakala Pn. Suzana Jaffar pula adalah Master Trainer yang mengajar sesi NLP. Seramai 8 orang coach telah diamanahkan bagi sesi benchmarking yang diadakan sebanyak 6 kali sepanjang program ini.

Pada tahun 2004, projek Marmaray ini mula dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan kerjasama kerajaan Turki memandangkan ianya dapat menghubungkan Benua Asia dan Eropah yang mana dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan Bosforus. Walaubagaimanapun, ianya beberapa kali tertangguh kerana projek menggali terowong ini telah membawa kepada penemuan artifak kerajaan Byzantin yang berusia ribuan tahun antaranya adalah kepingan emas, serpihan tembikar, serpihan tulang dan peralatan batu. Projek ini dinamakan sebagai Marmaray hasil daripada gabungan Laut Marmara dan juga “Ray” yang bermaksud kereta api dalam Bahasa Turki.

Pada tahun 2013, ianya dibuka secara rasmi untuk kegunaan umum. Saya berpeluang menaiki keretapi bawah tanah ini dari stesen Uskudar ke Sirkeri sepanjang 1.4km dalam hanya masa 4 minit!.Pengalaman yang sangat mengujakan memandangkan kami berada di bawah dasar laut. Panjang keseluruhan terowong kereta api ini adalah 13.6km bermula dari stesen Kazlicesme (Benua Eropah), Yenikapi, Sirkeci, Uskudar dan berakhir di stesen Ayrilik Cesmes (Benua Asia) dengan tambang sebanyak 4TL (Turkish Lira). Waktu operasi Marmaray ini bermula pada jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari. Ianya mampu membawa 75,000 orang per jam atau 1.5 juta orang setiap hari. Pembinaan terowong kereta api ini mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di jambatan yang menghubungkan Istanbul di Benua Asia dan Istanbul di Benua Barat kerana jambatan tersebut digunakan hampir 2 juta orang setiap hari. Melalui terowong ini, masa dan juga kos dapat dijimatkan.

Rujukan:

1. http://www.marmaray.gov.tr/

2. http://www.turkeytravelplanner.com/go/Istanbul/Transport/marmaray.html

3. https://www.theistanbulinsider.com/marmaray-tunnel-connects-istanbuls-european-asian-side-train/

4. https://www.islampos.com/kehebatan-abdulhamid-ii-sang-khalifah-terakhir/

Pelan projek terowong bawah tanah

Artifak tinggalan kerajaan Byzantin

Page 6: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

6

Banyak perkara yang dapat dipelajari dari program ini. Untuk seseorang itu berubah mahupun mengambil tindakan bagi mencapai matlamat yang diingini, kesedaran dan kesediaan diri amat penting. Oleh yang demikian, coaching adalah cara yang terbaik kerana ia adalah kaedah “empowerment” yang paling berkesan untuk melakukan perubahan. Melalui kaedah coaching, klien akan ditanya dengan soalan-soalan bagi mendapatkan permasalahan sebenar yang dihadapi oleh klien atau keinginan sebenar klien. Ini kerana kunci kepada minda adalah persoalan. Dengan pelbagai bentuk soalan, klien akan dapat memecah kebuntuan dan lebih jelas akan keinginan sendiri. Sebagai contoh; klien akan memulakan sesi coaching dengan masalah membeli rumah namun apabila di pertengahan sesi, setelah ditanya dengan soalan-soalan coaching, ada kemungkinan masalah yang sebenar adalah mencari kejiranan yang baik. Apabila permasalahan sebenar dapat dicari maka mudahlah isu ini diselesaikan.

Namun begitu, coach hanya perlu bertanyakan soalan-soalan yang penting sahaja selebihnya coach perlu banyak mendengar jawapan dan perkongsian dari klien. Seorang coach yang bagus perlu mempunyai pendengaran yang aktif. “The biggest communication problem is we do not listen to understand. We listen to reply”.

Photographic Tourism is an emergent form of Special Interest Tourism (SIT). The concept occurs when a tourist would visit a particular place of desire with his/her main aim is for photographing subjects. The subjects are deemed unique personally such as spectacular landscapes, beautiful portraits, outstanding architectures, mesmerizing culture, luscious food and amazing wildlife to other various macro subjects. This form of tourism is not only participated by professional photographers, but also engaged by photography enthusiast, hobbyist and even a commoner with a basic intention of taking photographs during tours. While photographic tourism is a new dimension to the existing tourism industry, with technological development breakthrough of digital cameras and camera functions, photography has become an integral part of our daily life that is slowly gaining its momentum (Gogoi, 2014). Whether you use a professional camera and lenses or merely your cell phones in combination with the use of computers, taking photographs during tour has become a must and a routine in capturing the image of your vacation memories (Lu, 2010). Below are the top 10 best places to photographs for 2015 (Marshall, 2015). So, grab your gears and let’s engage in PHOTOGRAPHIC TOURISM now!

Reference:

Gogoi, D. (2014). A Conceptual Framework of Photographic Tourism. International Journal of Research in Applied, Natural and Social Sciences, 2(8), 109-114. doi: www.impactjournals.us/download.php?...The%20Conceptual%20Frame

Lu, L. (2010). The Emerging Concept of Photo Tourism: Söderslätt as a case (Master’s Thesis, Lund University, 2010) (pp. 1-61). Lund, Sweden: IIIEE.

Marshall, T. (2015). The Best Places to Photograph: 2015. Popular Photography. http://www.popphoto.com/best-places-photograph?image=0. Retrieved on 26th July 2016.

PHOTOGRAPHIC TOURISM

Coach perlu fokus bagi memahami keadaan klien bukan asyik merancang untuk mengajukan soalan seterusnya. Selain itu, coach tidak dibenarkan sama sekali memberi cadangan atau berkongsi pengalaman sendiri. Ini kerana coaching perlu dijalankan dalam keadaan/peta kenyataan klien bukan coach. Ia seterusnya memberi peluang kepada klien menilai sendiri tindakan dan perubahan yang perlu diambil. Dengan cara ini, klien akan lebih bertanggungjawab dengan tindakan dan perubahan kerana ia atas kesedaran dan kesediaan sendiri. Coaching juga tidak boleh dilakukan dalam keadaan negative. Contohnya, masalah “tidak pandai matematik” perlu ditukar kepada “ingin bijak dalam matematik”. Lebih membantu apabila coaching ini digabungkan dengan kaedah NLP di mana melalui NLP terutamanya sistem kederiaan (vAKOG – visual, audio dan kinestetik), coach dapat memahami apa yang berlaku dalam minda klien melalui tindakan, gerak mata, dan jawapan-jawapan yang diberi.

Akhirnya, diharapkan program ini dapat melahirkan lebih ramai coach yang bertauliah dan professional bagi menjadi agen pengubah yang efektif. Seterusnya akan dapat merealisasikan agenda transformasi minda Melayu yang diketengahkan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh.

1. Santa Fe, New Mexico

2. Southern Charm of Charleston, South Carolina

3. Sydney Harbour Bridge, Australia

6. Tucson, Arizona

5. Savannah, Georgia

7. victoria, British Columbia, Canada

8. San Antonia, Texas

4. Denver, Colorado

10. Munish, Germany

9. vancouver, British Columbia, Canada

By: Sulaiha Mohd Isa, Zatul Iffah Mohd Fuza & Ramha Rozaili Ramli

Page 7: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

7

To date, the problem of sexual harassment in workplaces is recognized as a serious issue and can be considered as an occupational threat and abuse of human rights. Ministry of Human Resources Malaysia has launched the Code of Practice on the Prevention and Eradication of Sexual Harassment in the Workplace in August, 1999. The launch of this code of practice was the first official attempt by the government to define and address sexual harassment in the workplace. According to the code, sexual harassment can be defined as unwanted conduct of a sexual nature having the effect of verbal, non-verbal, visual, psychological or physical harassment. Five forms of sexual harassment and examples of such behaviour outlined in this Code of Practice are as follows:

verbal harassment (e.g. offensive or suggestive 1. remarks).

Non-verbal/gestural harassment (e.g. leering or 2. ogling with suggestive overtones).

visual harassment (e.g. showing pornographic 3. materials) based letters, sexual exposure.

Psychological harassment (e.g. repeated insistent 4. and unwanted social invitations).

Physical harassment (e.g. inappropriate 5. touching).

Sexual harassment is a major concern facing all the hospitality industry and the increasing number of sexual harassment lawsuits being filed [1]. Close relationships between employees and customers also as between employees working in close physical proximity seems to be the trait of harassment in hospitality. This situation happens due to certain characteristics of the hospitality industry itself such as

work surroundings, the unusual working hours and the interaction of persons in the delivery service. From the industries, also encompass with physical satisfaction of its customers and perhaps its employees, it offers opportunities for sexual conduct that are not always welcome [6]. Most of the service workplace basically populated by women, especially at the lower levels with little formal education and tend to be young. This young woman usually is less confident when dealing with people in authority, and feels less important than any other group of employees in the workplace.

The limitations between the pleasant interaction and allegations of harassment are difficult to be determined and these become the common issue faced by the employees in the hospitality service and broadly recognized as particularly difficult to solve problems [3]. The hospitality industry attracts and supports sexual behavior [8] and around one in four employees are possible to be harassed [4]. Multiple irregular stressors are experienced by victims who are sexually harassed which will influence their wellbeing in the future and ultimately lower the job performance in an organization [2]. victims of sexual harassment may as be ashamed [5] and suffer from various psychological, emotional as well as physical disturbance which eventually force them to leave their job. Hence, this incident indicates a major problem for both the victims and the industry they are hassled.

The finding from a study of sexual harassment conducted in Terengganu which involves employees from various hotels and resort reveals that 53% of employees experienced sexual harassment and the majority of them were female. Most of the respondents agreed that victims who are physically attractive are more likely to involve in sexual harassment.

Although the incident of sexual harassment in Malaysia was reported lower than other countries, the need of concern from top management of these hospitality industries like education and training program for the employees is essential. Proper guidelines and policy on sexual harassment must be set and followed in companies.

References:

Agrusa, J., Tanner, J. & Coats, W. (2000). Perceptions of restaurant employees in Asia Pacificon sexual harassment. Asia Pacific Journal of Tourism Research, 5(2), 29-44.

Burton, J. and J. Hoobler, 2006. Subordinate self-esteem and abusive supervision. Journal of Managerial Issues, 18(3): 340-55.

Guerrier, Y., & Adib, A. (2000). `No, we don’t provide that service’: the harassment of hotel employees by customers. Work, Employment and Society, 14(4), 689-705.

Hoel, H., & Einarsen, S. (2003). violence at Work in Catering, Hotels, and Tourism. Geneva: International Labour Office.

Lin, Y.H., 2006. The incidence of sexual harassment of students while undergoing practicum training: Experience in the Taiwanese hospitality industry-individuals reactions and relationships to perpetrators. Tourism Manage, 27: 51-68.

Pritchard, A. and N. Morgan, 2006. Hotel Babylon? Exploring hotels as liminal sites of transition and transgression. Tourism Manage, 27: 762-772.

Warhurst, C. and D. Nickson, 2009. ‘Who’s got the look?’ Emotional, aesthetic and sexualized labour in interactive services. Gend, Work Organ, 16: 385-404.

SEXUAL HARASSMENT IN HOSPITALITY AS SERvICE INDUSTRY

By: Siti Rapidah Omar Ali, FPP

Page 8: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

8

When I joined the academic world in year 2006, my teaching spirit and passion with regards to student’s development are so immense and keeps on growing day by day. Thus, upon being appointed as the new Advisor for Dhoteliers ‘Ijazah Sarjana Muda’ ISM (till 2017), has indeed motivated me to come out with several activities and long-term future plan just for the betterment of the student club.

The very first thing that I did was to setup a committee. They will be my backbone in ensuring that the club will keep on going. On 16 March 2016, located at Ping Pong Hall, the very first Annual Grand Meeting (AGM) Dhoteliers ‘Ijazah Sarjana Muda’ (ISM) was held. Organized by final year students (Bsc Hotel Management and Foodservice Management), the event was considered successful as it was attended by nearly 2/3 of bachelor students or more than 250 students out of 300+ bachelor students available in the campus. The event starts at 8.30pm with ‘doa’ recitement, followed by my brief speech. I was very nervous, as this is my first experience delivering speech in a non-formal environment. :p It’s different when you are in class or when I’m the facilitator for any career module. The session went well with the appointment of sixteen (16) committees ranging from students semester 1 to 4. We also have few lecturers in the house, Dr. Hairi, Mdm Sarah, Mdm Malina, Ms Zetty (to name just a few) coming to support the student’s event.

In addition, we also had Induction Day for part 1 students. This is the first activity conducted by Dhoteliers ISM, more on to brief students with UiTM and faculty rules and regulations. The dress code to classes as well as dos and don’ts were all explained during the session. The Induction Day ends well with some simple and exciting games that required students to get in team. Basically all the students enjoyed the session, as they tend to meet new friends, getting to know their seniors and build rapport. In conjunction with that also, Dhoteliers ISM opened up a booth selling food items such as doughnuts, curry puffs, bread puff, fruit juices and fruit cuts during the fasting month. We managed to get sponsorship from organization that supply us the basic needs to setup a booth-such as tent, tables, stove and kitchen utensils. The gross sales for the entire two weeks are RM1,800. It is considered a lot as the club fund starts from zero. Additionally, the club also launched their social media account where you guys can follow us at Dhoteliers ISM instagram.

The committee inspired the development of the club although they are from different programs and semesters. We are still catching up and we will try to go further, to have many academic and social activities running. This club is only a supplementary diet and of course degrees students need to focus primarily on their study. It’s not a burden for the students, but it will be among their best memory in Dungun and during study. To all faculty members, thank you for keep on supporting us!

D'HOTELIERS ISM-AGM 2016

By: Jazira Anuar

Page 9: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

9

What is metabolism?

Metabolism is the amount of energy or calories burned by the body to maintain the basic functions of the body, or in other words the process of burning calories. The process of metabolism occurs at any time, even sleeping. How fast your body burns calories depend on several things. Some people get a speedy metabolism. Men tend to burn more calories than women, even while resting. Individuals who have a higher metabolism rates are those have a lot of muscle tissue than those who have more fat. When we are young, muscle mass stores up energy, preventing weight gain. However, with age, we lost that muscle, which gives way to more body fat. For most people, metabolism slows steadily after age 40 making weight loss particularly challenging. Many of us are not aware that the metabolic rate of the body can be reduced by adopting the wrong diet. The sudden reduction in calories can cause the body’s metabolism becomes weaker and harder to run with the best fat burning process. Although we cannot control age, gender, or genetics, here are some easy guidelines to increase the metabolic rate of the body.

Check your metabolism. Metabolic rate should be figure out based on our age, height, weight and activity level. This data will help 1. determine how many calories our body can consume before we start putting on weight. Then we will learn how to adjust that number so we can boost your metabolism and start losing.

Avoid crash diets which diet is taken less than per 1000 kcal per day. Crash diet to lose weight but a reduction of muscle mass will lower 2. our metabolism. As a result, an increase in weight, it easy to happen again if we take calories. The best way to diet effectively is to cut 100 calories from what we normally would eat.

Eat small, frequent meals throughout the day. Eat 5 -7 meals per day and eat a simple snack often. Bodily functions will suffer if you do 3. not eat and will probably take over at a later time. Snacks can be drawn from among those containing high fiber and protein, such as fruits or high fibrous biscuits. 6.00 a.m. - 8.00 a.m. : Breakfast 10.00 a.m. : Snack 12.00 p.m. - 20.00 p.m. : Lunch 3.00 p.m - 5.00 p.m. : Snack 5.00 p.m. - 7.00 p.m. : Dinner

Muscle cells burn more calories than fat cells. Make activity burns calories like a workout is the best way to increase metabolism. 4. Higher calorie burning will take effect by doing more of this movement. Additionally, exercises using weights because a pound of muscle will burn 35 to 50 calories when one pound of fat burns only 5-10 calories. Using lower weights and perform high replay number is also shown to build muscle and burn fat.

vitamin C and Calcium. Calcium can accelerate the metabolism of calcium and vitamin C helps the body in the absorption of these 5.

How To Boost Your Metabolism?

By: Siti Rapidah Omar Ali, FPP

minerals.

Drinking enough water. Research shows 6. someone drinking 8 glasses of water a day can burn more calories than people who drink 4 glasses per day.

References:

http://www.webmd.com/diet/ss/slideshow-boost-your-metabolism

http://www.doctoroz.com/article/7-day-miracle-plan-boost-your-metabolism

Page 10: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

10

Ramai orang beranggapan bahawa mereka sudah cukup sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit dalam tubuh badan mereka. Malah, ada juga yang masih beranggapan mereka tidak akan berhadapan dengan masalah kesihatan. Setiap orang mempunyai risiko sama untuk berhadapan dengan kebanyakan penyakit kronik yang menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ianya diberikan secara percuma. Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Berikut merupakan masalah kesihatan yang banyak dihadapi oleh masyarakat di dunia pada masa kini.:

1. Kanser

Kanser tetap menjadi salah satu masalah kesihatan dari abad ke 21 lagi. Masalah kesihatan ini telah meningkat sejak era moden dan kemajuan, serta peningkatan bahan kimia dan radiasi. Meskipun tidak ada penyebab pasti berlakunya penyakit kanser ini, pelbagai risiko penyebab terhadap jenis kanser tertentu. Tembakau dan rokok, obesiti, alkohol, terlalu banyak sinar matahari dan radiasi merupakan salah satu faktor risiko utama. Walaubagaimanapun faktor genetik turut memainkan peranan penting dalam wujudnya masalah penyakit ini.

PENYERANG DALAM DIAM: PENYAKIT BERBAHAYA PADA MASA KINI

Oleh : Nur Shafini Mohd Said, FPP

Pelbagai jenis kaedah rawatan seperti kemoterapi, terapi radiasi dan pembedahan digunakan dalam mengubati masalah kanser ini. Kaedah perubatan serta rawatan yang lengkap masih lagi sukar untuk menyembuhkan kebanyakan neoplasma. Oleh itu, pengesanan awal perlu dilakukan supaya mudah untuk mengubati penyakit ini.

Pemeriksaan rutin untuk kanser, perubahan gaya hidup seperti senaman dan aktiviti sukan yang teratur, diet sihat, berhenti merokok adalah langkah-langkah pencegahan yang dapat dilakukan.

2. Penyakit Jantung

Pelbagai kajian telah banyak dilakukan untuk mengenali ciri-ciri awal seseorang terkena penyakit jantung. Ini kerana penyakit jantung biasanya dialami oleh semua peringkat umur. Dengan pelbagai kajian tentang gejala yang biasa timbul pada penderita penyakit jantung ini tentu saja membuat banyak orang lebih berwaspada dalam meneliti setiap perubahan pada tubuh mereka yang mungkin menjadi tanda-tanda awal bagi penyakit ini.

Seperti yang telah disebutkan oleh WHO, penyakit jantung merupakan penyakit pembunuh nombor satu dunia dan merupakan pembunuh senyap. Data yang diperoleh pada tahun 2008 saja, seramai 7,25 juta orang meninggal dunia akibat penyakit jantung.

Gejala Awal Penyakit Jantung

Ciri awal penderita penyakit jantung berbeza-beza kerana bergantung kepada jenis penyakit jantung yang dialami oleh seseorang. Berikut merupakan beberapa ciri penyakit jantung secara amnya:

Sakit pada bahagian kepala •

Sakit dada •

Sakit pada bahagian tubuh •

Merasa mudah letih •

Sesak nafas •

Merasa mual •

Rasa cemas •

3. Strok (Angin Ahmar)

Page 11: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

11

Strok adalah suatu gangguan fungsi otak yang terjadi secara mendadak, disebabkan semata-mata oleh gangguan pembuluh darah di otak, dan dapat mengakibatkan kematian. Umumnya strok disebabkan dengan timbulnya gangguan saraf (defisit neurologis) fokal atau global, yang berlaku lebih dari 24 jam.

Gejala-gejala utamanya adalah:

Kelemahan atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan.

Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba.

Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas.

Pening, kehilangan imbangan, kekeliruan.

5. Sakit kepala yang teruk yang mengejut.

6. Rasa mual atau muntah.

Kaedah mencegah penyakit berbahaya pada masa kini adalah:

Jalani pemeriksaan kesihatan berkala.

Amalkan pemakanan seimbang.

Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.

Jangan merokok.

Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan sistem tubuh badan.

Kekalkan berat badan seimbang.

Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Sumber:

http://www.myhealth.gov.my1.

http://www.freedomtolive.com.my2.

Bai N, Khazaei M, van Eeden SF, Laher I. 3. The pharmacology of particulate matter air pollution-induced cardiovascular dysfunction. Pharmacol Ther 2006. (4) Bracey AW, Radovancevic R, Riggs SA; et al. (1999). “Lowering the hemoglobin threshold (ambang)for transfusion in coronary artery bypass procedures(prosedur pintas arteri koronari): effect on patient outcome (nasib pesakit)”. Transfusion 39 (10): 1070–7.

“FOOD TRUCK” JABAL RAHMAH

Oleh : Radzuan Noor Armia

Kini semakin ramai peniaga yang menggunakan“FOOD TRUCK” di sekitar Jabal Rahmah yang terletak di tepi Padang Arafah dan di pinggir timur Mekah. Apa sebenarnya “Food Truck” ? “Food Truck” merupakan sebuah van yang menjual pelbagai jenis makanan , minuman dan aiskrim.

Di Jabbal Rahmah terdapat pelbagai menu makanan segera seperti, Sawerma, , Lamb Kebab ,burger, aiskrim , jagung manis, jus buah-buahan, minuman panas dan lain –lain lagi yang menjadi tumpuan para Jemaah umrah, Keinginan mencuba satu kelainan dan resepi yang berbeza dari tanah air kita menjadikan Food Truck begitu istimewa.Tumpuan utama kepada penjual aiskrim memang tidak boleh dinafikan lagi kerana terlalu sedapnya makan aiskrim di sana

Terdapat banyak lagi pilihan makanan yang boleh kita nikmati dari Food Truck sekiranya kita dalam perjalanan menuju ke Masjidil Haram. Berjalan kaki dari masjid menyebabkan kita pulang dengan membawa makanan yang panas dan menyelerakan. Food Truck di sekitar masjid menjual pelbagai jenis sandwich seperti Thadmiya Sandwich, kibda sandwich dan chicken sandwich .Aroma bau yang menyelerakan membuat hati tertambat dan perut segera terasa lapar.

“FOOD TRUCK” mempunyai pelbagai kelebihan. Dengan peralatan yang lengkap di dalamnya, pemilik “Food Truck” hanya perlu menyediakan makanan dan memasak makanan di dalam ruang yang telah disediakan dengan begitu selesa sekali.Terhidang makanan panas dengan aroma yang menyelerakan para pengunjungnya,

“ Kebaikan “FOOD TRUCK” adalah kerana pemilik “FOOD TRUCK”tidak perlu membayar sewa untuk menyediakan tempat makan bagi para pengunjungnya. Sungguh menjimatkan.

Page 12: International, Food and Tourism, Innovation, Invention ...€¦kegemukan di kalangan anak-anak amatlah penting sebagai persiapan kepada langkah-langkah awal pencegahan dan cara-cara

12

ADA SINAR BUAT MEREKA: Projek Sinar Kasih Rama-dhan

Oleh: Noraida Abd Karim

Tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Mei meninggalkan kita. Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. ‘Eh, da nak puasa la lusa’, detik hati sendiri. Macam mana agaknya persiapan orang susah agaknya’. Bermula dari situ, inisiatif ini diambil mengumpul dana secara berkala membantu sepuluh keluarga asnaf fakir berhampiran Dungun dan Paka yang kurang berkemampuan. Pembelian barangan dapur adalah satu cara mudah meringankan keluarga untuk persiapan sahur dan berbuka mereka di bulan ramdhan ini.

Projek ini merupakan projek instan (segera) di mana tidak mengamalkan ‘open campaign’; kempen dibuat selama seminggu sahaja dari tarikh 3 Jun -10 Jun 2016. Kami mengambil niat di pagi jumaat dan berakhir dengan penghantaran juga pada hari Jumaat. Alhamdulilah, berkat sahabat, saudara mara dan rakan rakan yang banyak menyumbang, maka dana kami telah berjaya mengatasi dana yang diperlukan sehingga setiap keluarga mendapat sedikit saguhati tunai selain barangan dapur yang diberi.

Projek ini mendapat kerjasama NGO Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) sebuah badan sosial yang memperjuangkan hak kebajikan sejagat, lebih mesra digelar rakan sekongkol kami dalam beberapa siri CSR yang telah dijalankan sebelum ini. Seterusnya memohon keizinan big boss fakulti untuk gunakan medium Kelab pensyarah Hotel (Kepah) untuk saluran yang lebih formal. Perlaksanaan projek yang diambil bermula dari mengumpul dana, membungkus dan menghantar sendiri barangan di setiap keluarga yang telah diselidik dalam kategori asnaf fakir.

Hari yang ditunggu tunggu tiba, tepat jam 7.30 pagi Jumaat 10 haribulan, kami penganjur bersedia dengan lapang hati mengangkat barangan yang telah dibungkus menuju ke destinasi keluarga pertama di

Paka. Begitu besar rahmat Allah yang melapangkan rezeki umatnya, jauh di sudut hati kami rasa keinsafan dan amat bersyukur dengan keadaan hidup kami yang sedia cukup berbanding keluarga yang kami kunjungi. Tidak terasa letih sehingga tiba di rumah ke sepuluh rumah yang terakhir. Setiap rumah mempunya kisah mereka yang tersendiri. Perasaan kami amat insaf dan sememangnya berharap semoga bantuan kecil ini dapat memberikan sinar gembira buat keluarga yang menerima dalam persediaan berbuka di bulan Ramdhan.

Kami memberi bukan nya kami kaya, tetapi kami merasa bagaimana saatnya dikala kami tidak punya apa apa. Moga hikmah yang kami dapat daripada projek ini dapat melapang dan menyucikan hati kami untuk terus bersyukur dengan apa yang kami ada. Terima kasih JJ team dan HaRUM.