langkah-langkah pengurusan sumber hutan
TRANSCRIPT
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Disediakan oleh:
Ng Woon Wei, Luk Zhi Cheng, Tng Kel Li, Wong Shi Han
Langkah-Langkah Pemeliharaan Penebangan terpilih
~ Jabatan Perhutanan akan memastikan pokok-pokok yang sesuai ditebang sebelum mengeluarkan lesen kepada pembalak~ Hanya pokok-pokok yang matang dan mempunyai diameter melebihi 45cm sahaja dibenarkan ditebang sebagai sumber balak
Rawatan silvikutur
~ Jabatan Perhutanan akan menjalankan kerja-kerja semaian, penanaman, pembajaan, penjagaan, dan rawatan bagi memastikan pokok-pokok bernilai dapat membesar dengan cepat~ Pokok-pokok yang tidak bernilai dan bersaing seperti pokok memanjat dimusnahkan dengan cara menebas, meracun atau digelang
Mewartakan hutan simpan dan taman negara
~ Kawasan hutan simpan dan taman negara diwujudkan bagi menyelamatkan hidupan liar daripada ancaman kepupusan
~ Terdapat 143 buah kawasan perlindungan hidupan liar di negara kita
~ Hutan simpan diwartakan sebagai habitat hidupan liar seperti harimau, badak, rusa, dan gajah
~ Di kawasan-kawasan ini, sebarang bentuk penerokaan dilarang sama sekali untuk mengelakkan kepupusan pelbagai spesies flora dan fauna
Langkah-Langkah Pemuliharaan
Penghutanan semula
~ Menanam semula poko-pokok yang bermutu tinggi dan cepat matang seperti akasia, yemane, dan batai di kawasan hutan yang telah ditebang
~ Banyak dilaksanakan di negeri Kedah, Perlis, Selangor, Perak, dan Sabah sebagai usaha memulihara kawasan hutan
~ Penanaman semula pokok bakau kurap dan bakau minyak dijalankan di kawasan Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak
Penubuhan ladang hutan
~ Jabatan Perhutanan Malaysia menjalankan projek ladang hutan untuk menjamin bekalan kayu yang mencukupi bagi kegunaan tempatan pada masa hadapan
~ Spesies pokok dengan baka yang baik seperti akasia, mangium, batai, dan senduduk ditanam secara ladang dan ditebang mengikut giliran selepas 30 tahun atau 50 tahun
~ Ladang hutan diwujudkan di Johor, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan
Penyelidikan hutan
~ Dijalankan oleh FRIM dan UPM
~ Untuk mencari kaedah pengurusan dan pemuliharaan hutan yang baik
~ FRIM bersama-sama pakar dari Jepun, Jerman, dan Britain menghasilkan Pelan Tindakan Hutan Tropika bertujuan melindungi hutan hujan tropika dan hidupan liar
Penghutanan Semula
Rawatan Silvikultur
Taman Negara
Hutan Simpan
Logo FRIM
Ladang Hutan
THE END