interaksi 14 (literasi bahasa)

20
LITERASI BAHASA (WAJ 3104) PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN NORAINAH BINTI MOHD SALEH Disediakan dan akan disampaikan oleh: Arrahmah binti Anoowah Broneka Uding Kirew Haslinda binti Baadu Nadzirah binti Amir Hamzah

Upload: broneka-uding-kirew

Post on 05-Dec-2014

35 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

LITERASI BAHASA

TRANSCRIPT

Page 1: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

LITERASI BAHASA (WAJ 3104)

PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN NORAINAH BINTI MOHD SALEH

Disediakan dan akan disampaikan oleh:

Arrahmah binti Anoowah

Broneka Uding Kirew

Haslinda binti Baadu

Nadzirah binti Amir Hamzah

Page 2: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

INTERAKSI 14 :BENGKEL MEMBUAT RAKAMAN BUNYI-BUNYIAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PERAKAM DIGITAL

Rakaman bunyi alam.Rakaman bunyi mekanikal.Rakaman bunyi abjad

Page 3: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

PENGENALAN Rakaman bunyi ialah proses memindahkan bunyi

di persekitaran murid ke dalam pita rakaman.

Proses merakam dan mengeluarkan semula bunyi merupakan mekanik gelombang bunyi.

Teknik ini biasanya digunakan untuk suara nyanyian atau muzik.

Terdapat dua kelas utama rakaman bunyi, iaitu analog dan perakam digital.

Page 4: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

Menurut Rozinah Jamaluddin (2000), menyatakan bunyi dihasilkan melalui getaran sesuatu objek dalam air atau di udara dan membentuk gelombang analog.

Apabila getaran memantul gegendang telinga, bunyi diterima, dan apabila memantul kod vokal akan menghasilkan muzik.

Dalam konteks pelajaran literasi yang menekankan kemahiran mendengar, guru boleh merakamkan bunyi semula jadi yang dihasilkan oleh alam seperti hujan, petir, guruh, ombak, angin kencang, air terjun, arus sungai, dan sebagainya.

Sebaiknya, guru membawa rakaman bunyiyang sebenar di dalam kelas agar lebih mudah dan berkesan kepada murid-murid.

Page 5: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

RAKAMAN BUNYI ALAM Bunyi alam bermaksud bunyi-bunyi yang diperoleh di

persekitaran manusia secara semula jadi, iaitu ciptaan Tuhan.

Contohnya, bunyi kicauan burung, haiwan peliharaan, haiwan liar di zoo, guruh, air terjun, tanah runtuh, ombak dan sebagainya.

Bunyi-bunyi ini hendaklah dapat didengar dengan jelas. Segala bunyi-bunyian ini, boleh dijadikan bahan bantu belajar yang menarik di dalam kelas.

Melalui bunyi yang dirakam, guru boleh mempelbagaikan aktiviti pengajarannya dan menggabung jalin bunyi-bunyi itu dengan tajuk dan subjek lain.

Page 6: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

Guru juga boleh membawa murid ke luar kelas untuk menunjukkan cara merakam yang betul.

Kemudian, guru memperdengar semula bunyi yang dirakam itu. Murid akan berasa seronok dan gembira apabila dapat merasai pengalaman merakam bersama guru.

Page 7: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

RAKAMAN BUNYI MEKANIKAL Bunyi mekanikal pula ialah bunyi yang terhasil

daripada pelbagai benda ciptaan manusia.

Contohnya, bunyi kenderaan seperti kapal terbang, kereta api, kapal dan motorsikal.

Bunyi lain termasuklah alat muzik, alat pertukangan, pemotong rumput dan sebagainya.

Bunyi mekanikal ini dihasilkan oleh manusia melalui kecanggihan teknologi pembuatan.

Bunyi-bunyi ini boleh dirakam untuk diperdengarkan kepada murid-murid.

Page 8: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

Guru juga boleh menggalakkan murid-murid untuk merakam segala bunyi yang didengar agar murid-murid peka kepada keadaan sekeliling.

Di samping itu, murid-murid yang mempunyai telefon bimbint merakam pelbagai bunyi serta boleh mengkategorikan bunyi yang didengar itu sama ada bunyi alam atau bunyi mekanikal.

Page 9: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

RAKAMAN BUNYI ABJAD Bunyi abjad adalah bunyi yang mewakili kesemua

27 bunyi fonem daripada 26 abjad.

Bunyi huruf vokal seperti: Huruf a: aaa Huruf i: iii

o Bunyi huruf konsonan seperti: Huruf b: beh Huruf k: keh

Page 10: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

AKTIVITI RAKAMAN BUNYI ALAM

Tajuk aktiviti: Perang Bunyi !

Page 11: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

Bahan : Rakaman video bunyi alam Pembesar suara Komputer riba Lirik Lagu Permainan ‘Bom, Bom, Bom!’

Cara pelaksanaan :1. Guru menunjukkan rakaman video bunyi alam kepada

murid.2. Murid dikehendaki mengenal pasti dan membunyikan

semula bunyi tersebut.3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan

yang dinamakan kumpulan ‘Hujan’, ‘Ombak’, ‘ Air Terjun’, dan ‘Hutan’,

4. Kemudian, guru mengadakan permainan ‘Bom, Bom, Bom !’.

5. Murid bermain permainan tersebut dengan bimbingan guru.

Page 12: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

RAKAMAN VIDEO BUNYI ALAM

Page 13: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

LIRIK LAGU PERMAINAN ‘BOM, BOM, BOM!’

(Nama Kumpulan) bom !(Nama Kumpulan) bom !(Nama Kumpulan) bom (Nama Kumpulan Lain) !

Contoh :

Ombak bom !Ombak bom !Ombak bom Hutan !

Nota : Kumpulan yang dibom hendaklah membunyikan bunyi kumpulan mereka secara serentak

kemudia barulah menyanyikan semula lagu permainan ‘Bom, Bom, Bom !’.

Page 14: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

AKTIVITI RAKAMAN BUNYI MEKANIKALTAJUK AKTIVITI:

Page 15: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

Bahan : Rakaman video bunyi mekanikalPembesar suaraKomputer ribaLirik lagu ‘Apa Berbunyi?’Kad bergambar

Cara pelaksanaan :1. Guru menunjukkan rakaman video bunyi mekanikal kepada

murid.2. Kemudian, guru membimbing murid menyanyikan lirik lagu

“Apa Berbunyi?’.3. Guru memilih tiga orang murid untuk memegang kad

bergambar dan berdiri di hadapan kelas sambil membelakangi murid yang lain.

4. Murid lain akan menyanyikan lagu ‘Apa Berbunyi?’ kemudian murid yang memegang kad bergambar bagi benda yang disebut sakan berpusing menghadap murid lain sambil membunyikan benda tersebut.

5. Aktiviti diteruskan lagi dengan bunyi mekanikal yang lain.

Page 16: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

RAKAMAN VIDEO BUNYI MEKANIKAL

Page 17: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

LIRIK LAGU ‘APA BUNYI?’

Telefon…Telefon berbunyi…

(Murid yang memegang kad bergambar telefon berpusing ke hadapan dan membunyikan bunyi telefon)

Jam…Jam berbunyi…

(Murid yang memegang kad bergambar jam berpusing ke hadapan dan membunyikan bunyi jam)

Helikopter…Helikopter berbunyi…

(Murid yang memegang kad bergambar helikopter berpusing ke hadapan dan membunyikan bunyi helikopter))

Page 18: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

AKTIVITI RAKAMAN BUNYI ABJADTAJUK AKTIVITI: LAGU BERHURUF

Page 19: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

Bahan : Rakaman video “Lagu Berhuruf”Pembesar suaraKomputer riba

Cara pelaksanaan:1. Guru memainkan rakaman video “Lagu Berhuruf” kepada

murid.2. Guru menyanyikan terlebih dahulu lagu tersebut sambil

diperhatikan oleh murid.3. Kemudian, guru dan murid menyanyikan lagu tersebut

bersama-sama.4. Guru membahagikan kepada beberapa kumpulan dan

mengadakan pertandingan nyanyian “Lagu Berhuruf” dengan gaya yang menatik dan kreatif.

5. Guru memberikan hadiah dan pujian kepada kumpulan yang berjaya menunjukkan kreativiti yang paling baik.

Page 20: interaksi 14 (LITERASI BAHASA)

RAKAMAN VIDEO LAGU BERHURUF