instruksioanal leadership

11
Berikut lampiran artikel bertajuk 'KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL' sempena Program Peningkatan Kualiti Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah Pengetua/Guru Besar Sekolah-Sekolah Pahang 2010 oleh Tn Hj Jalani bin Hj Ludin (Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang). Kepimpinan Instruksional : School Improvement Program (SIP) Oleh: Haji Jalani Bin Haji Ludin Ketua Sektor Pengurusan Akademik Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berazam untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ke arah menjulang nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia bagi menghadapi kepesatan kemajuan dunia dalam era globalisasi. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga jelas membuktikan kesungguhan KPM untuk melahirkan sekolah-sekolah berkualiti yang bertaraf dunia di negara kita dan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Kementerian Pelajaran Malaysia juga diamanahkan satu Bidang KeberhasilannUtama (NKRA) iaitu meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan dalam rangka untuk memastikan setiap kanak-kanak berjaya dengan menghasilkan keputusan pantas dan berimpak. Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) merupakan usaha yang komprehensif dan bermatlamat tinggi untuk memotivasi, membantu dan mencabar sekolah untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah masing- masing. Program ini terdiri daripada tiga bahagian yang akan membantu

Upload: zaimi-husni

Post on 24-Jun-2015

200 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Instruksioanal Leadership

Berikut lampiran artikel bertajuk 'KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL' sempena Program

Peningkatan Kualiti Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah Pengetua/Guru Besar Sekolah-

Sekolah Pahang 2010 oleh Tn Hj Jalani bin Hj Ludin (Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN

Pahang).

Kepimpinan Instruksional :

School Improvement Program (SIP)

Oleh:

Haji Jalani Bin Haji Ludin

Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berazam untuk memperkasakan sekolah

kebangsaan ke arah menjulang nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia bagi

menghadapi kepesatan kemajuan dunia dalam era globalisasi. Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) juga jelas membuktikan kesungguhan KPM untuk melahirkan sekolah-

sekolah berkualiti yang bertaraf dunia di negara kita dan merapatkan jurang antara bandar dan

luar bandar. Kementerian Pelajaran Malaysia juga diamanahkan satu Bidang

KeberhasilannUtama (NKRA)  iaitu meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan

berkemampuan dalam rangka untuk memastikan setiap kanak-kanak berjaya dengan

menghasilkan keputusan pantas dan berimpak.

Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)

Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) merupakan usaha yang komprehensif dan

bermatlamat tinggi untuk memotivasi, membantu dan mencabar sekolah untuk meningkatkan

prestasi murid di sekolah masing-masing. Program ini terdiri daripada tiga bahagian yang akan

membantu sekolah meningkatkan prestasi sedia ada, iaitu penyenaraian prestasi sekolah,

School Improvement Toolkit dan rangkaian servis untuk membantu sekolah yang berprestasi

rendah.

Program ini dilancarkan sebagai usaha KPM bagi memastikan matlamat Bidang Keberhasilan

Utama (NKRA) Pendidikan dicapai selaras dengan komitmen dalam Program Tarnsformasi

Page 2: Instruksioanal Leadership

Kerajaan (GTP). Program ini juga sebagai tindakan komplemen untuk memastikan inisiatif yang

dirancang di bawah sun NKRA Pendidikan iaitu Pra Sekolah, Literasi dan Numerasi, Sekolah

Berprestasi Tinggi serta Tawaran Baru untuk Pengetua/Guru Besar mampu melonjakkan

prestasi murid.

Sebagai contoh, Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah diumumkan merupakan inisiatif KPM

untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah ke tahap paling cemerlang. Manakala

program ini pula adalah untuk membantu sekolah-sekolah yang mundur atau berprestasi

rendah ke tahap yang lebih tinggi dan seterusnya merapatkan jurang pendidikan antara

sekolah.

Program ini sebagai aspirasi kepada semua sekolah khusus sekolah-sekolah yang memerlukan

bantuan untuk berjaya dan boleh meningkatkan kecemerlangan. Kegagalan akademik adalah

kumulatif, maka program ini akan menyediakan peluang terbaik dan saksama kepada semua

murid untuk berjaya  tidak kira latar belakang, bangsa dan agama seseorang.

Kepimpinan Instruksional

Setiap sekolah memiliki visi dan misi serta sasaran yang harus dicapai dalam

peperiksaan awam. Bagi mencapai sasaran dalam peperiksaan awam maka pemimpin sekolah

tidak dapat memisahkan dirinya daripada menjadi pemimpin instruksional di sekolahnya.

Menurut Smith (1989) definisi pemimpin instruksional adalah “instructional leader is an

administrator who emphasizes the process of instructions and facilitates the interaction of

teachers, student and the curriculum”. Dalam pengurusan instruksional, pemimpin sekolah

harus berperanan sebagai peneraju utama dalam proses kurikulum sekolahnya dan bukan

hanya menyerah kepada Penolong Kanan atau guru-guru lain untuk melaksanakan tugas

penting itu. Pemimpin sekolah adalah pemimpin utama dalam hal-hal berkaitan aktiviti

instruksional yang menjurus kepada peningkatan kualiti pembelajaran pelajar bagi menjamin

tahap pencapaian akademik yang cemerlang. Kepimpinan sekolah yang cemerlang selalunya

juga akan menghasilkan sekolah yang cemerlang.

Page 3: Instruksioanal Leadership

Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan definisi kepimpinan instruksional adalah

kepimpinan sekolah yang memiliki hala tuju yang jelas ke arah kecemerlangan dan berperanan

sebagai pemimpin kurikulum serta dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Model kepimpinan instruksional Hallinger dan Murphy (1985)

Menurut model kepimpinan instruksional yang dicadangkan oleh Hallinger dan Murphy

(1985) boleh dibahagi kepada tiga dimensi utama iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus

program pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran. Daripada tiga dimensi itu boleh

dikembangkan kepada 10 amalan kepimpinan instruksional seperti berikut:

a.      Mendefinisikan Misi Sekolah:

1.    Merangka matlamat sekolah

2.    Menyampai/menyebarkan matlamat sekolah

b.      Mengurus program pengajaran

3.    Penyeliaan dan penilaian pengajaran

4.    Menyelaras kurikulum

5.    Memantau kemajuan murid

c.       Mewujudkan iklim Pembelajaran Positif

6.    Mengawal waktu pengajaran  (Protecting instructional time)

7.    Membudayakan perkembangan professional/staf

8.    Mengekalkan ketampakan

9.    Menyediakan ganjaran kepada guru

10. Menyediakan insentif kepada murid

Model kepimpinan instruksional Hallinger & Murphy dapat dirumuskan seperti  di bawah:

Page 4: Instruksioanal Leadership

Heck dan Hallinger (1999) telah menyusun semula konseptual kepimpinan instruksional

ini daripada 11 fungsi pengetua kepada hanya 10 fungsi pengetua sebagai pemimpin

instruksional dengan menggugurkan fungsi ke sepuluh iaitu penguatkuasaan standard

akademik.

Isu-Isu Dalam Kepimpinan Instruksional Sekolah

1.0    Buku Rekod Mengajar (BRM)

Buku Rekod Mengajar (BRM) hendaklah dilengkapkan iaitu Maklumat Peribadi, Jadual Waktu

yang sedang berkuatkuasa, Silibus Matapelajaran, Rancangan PelajaranTahunan (RPT),

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Markah pencapaian pelajar di belakang BRM. BRM

mesti ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar sebagai bukti telah disemak dan diakui telah

mengikuti standard minimum yang dikehendaki.  Setiap minggu guru dikehendaki menghantar

BRM pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Pentadbir sekolah.

2.0    Rancangan Pelajaran Tahunan

Rancangan pelajaran tahunan adalah perancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran

dan huraian sukatan pelajaran yang terkini. Ia disusun mengikut jadual hari persekolahan

Page 5: Instruksioanal Leadership

berdasarkan takwim sekolah tahun semasa. Adalah menjadi tanggungjawab setiap guru di awal

tahun menyediakan rancangan pelajaran tahunan semasa yang lengkap sebelum memulakan

pengajaran seperti termaktub dalam pekeliling Surat Pekeliling Ikhtisas 3/87. Dengan adanya

perancangan tersebut, guru boleh mengunjurkan bagaimana ia akan menghabiskan silibus,

merancang latihan berdasar har persekolahan di sepanjang tahun.

Kebanyakkan perancangan tahunan guru hanya berdasarkan nombor minggu dan diguna

secara kitar semula pada setiap tahun. Ini menjadikan guru tidak merancang pengajaran

mereka pada tahun tersebut berdasarkan tarikh tahun semasa. Adalah dicadangkan rancangan

tahunan mesti berdasarkan takwim persekolahan tahun semasa seperti contoh yang

dilampirkan.

3.0  Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

Setiap pengajaran, guru mesti menyediakan Rancangan Pelajaran Harian yang mengandungi

objektif atau hasil pembelajaran, aktiviti dan penilaian kendiri. Objektif boleh dinyatakan dalam

bentuk perlakuan boleh diukur dan merangkumi pengetahuan serta kemahiran yang diperlu

dikuasai. Manakala aktiviti adalah cara bagaimana henadak mencapai objektif bersesuaian

dengan keupayaan murid dan masa yamg diperuntukkan. Di akhir pengajaran, guru mesti

menilai pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran untuk mengenalpasti kelemahan dan

kekuatan murid serta merancang dan melakukan penambahbaikan. Penilaian pihak Nazir

Sekolah , RPH adalah terlalu ringkas, tidak konstruktuf, tiada penilaian dan tiada refleksi di akhir

pengajaran. Bagi meningkatkan keberkesanan P&P, guru disarankan menyediakan RPH

dengan teliti, menjalankan aktiviti sebagaimana yang dirancang dan menulis reflkesi (SPI 3/99)

selepas P&P. Reflkesi yang konsisten akan membantu guru sejauhmana objektif tercapai dan

seterusnya membuat tindakan susulan bagi membaiki P&P akan datang

4.0  Pengajaran dan Pembelajaran

Guru perlu merancang kaedah pengajaran yang lebih kreatif, menarik dan berkesan. Untuk

mencapai matlamat ini, guru boleh mengamalkan kaedah pengajaran berpusatkan murid. Murid

perlu diberi peluang berinteraksi dan melibatkan diri aktiviti pengajaran seperti permainan

bahasa. Aktiviti seperti ini akan merangsang dan mengekalkan minat murid dan mengukuh

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

5.0    Modul-Modul  Pengajaran (mempelbagaikan kaedah)

Page 6: Instruksioanal Leadership

Pengajaran adalah proses memindahkan ilmu dan memperkembangkan potensi individu murid.

Pengajaran dan pembelajaran seharusnya mampu meningkatkan potensi murid mencapai

kecemerlangan. Pihak PPK telah mengedarkan modul pengajaran untuk panduan guru bagi

memudahkan pencapaian objektif pengajaran. Berikut adalah modul pengajaran yang pernah

disebarkan kepada guru:

1. Pembelajaran Masteri 2. Pembelajaran Akses Kendiri 3. Penilaian Kendalian Sekolah 4.

Belajar cara belajar 5. Kajian Masa Depan 6. Konstruktivisme 7. Kontekstual 8. Inkuiri

Penemuan 9. Menghayati Kurikulum Sains 10. Kemahiran Berfikir 11. Pelbagai Kecerdasan 12.

Pengajaran dan Pembelajaran.

Modul-modul ini seperti sudah dilupakan dalam pengajaran di sekolah. Pengajaran dan

pembelajaran menjadi hambar dan tidak menarik. Mata pelajaran Sains dan Matematik yang

diajar dalam Bahasa Inggeris juga menjadi semakin hambar dan tidak menarik perhatian

pelajar.

6.0  Standard Kecukupan Latihan

Kecukupan latihan telah diakui adalah amat penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta PKKP. Kecukupan latihan adalah bergantung dengan keupayaan pelajar,

masa yang ada dan aras kesukaran topik. Bilangan latihan akan menentukan tahap kefahaman

dan penguasaan murid terhadap sesuatu konsep yang dipelajari. Namun masih tiada

dasar/standard kecukupan latihan dikuatkuasakan sebagai panduan kepada guru-guru.

Keadaan ini menjadikan guru memberi latihan dengan tanpa sebarang panduan dan sukar

untuk menentukan adakah pelajar telah mendapat latihan yang mencukupi. Kecukupan latihan

mesti dibincangkan dalam mesyuarat pertama panitia sekolah dan dimaklumkan kepada semua

guru.

7.0  Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid

Latihan murid diberi berdasarkan keupayaan dan kebolehan. Boleh diberi dalam pelbagai jenis

berkaitan topik yang dipelajari. Hasil kerja murid mesti lengkap, kemas dan bersih. Menepati

masa yang diberikan, mengikut format dan prosedur latihan seta tugasan.

Semua latihan murid mesti diperiksa kerana ia adalah maklum balas kefahaman murid tentang

sesuatu topik. Maklumat ini adalah amat penting kepada guru yang mengajar. Apabila

Page 7: Instruksioanal Leadership

memeriksa latihan, guru akan menunjukkan di mana kesilapan murid dan memberikan ulasan

yang membina. Memberi penghargaan yang sesuai  terutama hasil kerja yang baik. Latihan

mesti diperiksa dalam satu tempoh yang munasabah. Guru harus memastikan murid melakukan

pembetulan.

Pemeriksaan buku latihan murid perlulah dilakukan dengan konsisten dan bersifat konstruktif

iaitu menunjukkan kesilapan serta memberi ulasan dan penghargaan kepada hasil kerja yang

baik. Selain itu guru juga perlu memberi penekanan kepada aspek pembetulan agar murid tidak

melakukan kesilapan berulang

8.0  Pencerapan Pengajaran

Adalah menjadi tugas pengetua dan pentadbir lain untuk menyelia dan memantau perjalanan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seperti yang disebut Eye, Netzer dan kircy (1971)

menjelaskan penyeliaan sebagai satu fasa dalam proses sekolah yang menekankan

pencapaian matlamat pengajaran. Pencerapan pengajaran mesti dirancang dan diselia oleh

pengetua/guru besar di sepanjang tahun. Satu jadual pencerapan oleh pengetua/guru besar,

pentadbir, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan rakan sekerja hendaklah disediakan di awal tahun.

Setiap Sekolah Adalah Unik

Pendekatan satu penyelesaian untuk semua (one size fits all) tidak lagi berkesan diamalkan

kerana setiap sekolah adalah unik dan mempunyai masalah tersendiri. Keperluan setiap

sekolah berbeza antara satu sama lain. Maka program yang diwujudkan untuk membantu

pemimpin  sekolah untuk mengenalpasti dan memahami masalah yang dihadapi, dan yang

paling penting pihak sekolah mengetahui penyelesaian terbaik untuk menangani masalah-

masalah tersebut.

Sebagai contoh, sebuah sekolah menghadapi masalah dalam penurunan skor GPS dalam mata

pelajaran Matematik selama dua tahun berturut-turut. Penyelesaian yang boleh diambil oleh

Guru Besar kepada masalah ini, samada menggerakkan lebih ramai guru Matematik atau

memberi latihan kepada guru-guru Matetamtik sedia ada, atau kedua-dua tindakan serentak

bergantung kepada keperluan sekolah.

Pemimpin sekolah harus menjawab persoalan berikut:

1.       Apakah yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan prestasi sekolah?

Page 8: Instruksioanal Leadership

2.       Apakah bantuan yang diperlukan dan bagaimana untuk penambahbaikan?

Sekiranya panduan penyelesaian disediakan, pemimpin sekolah boleh merancang pelan

tindakan yang praktikal untuk sekolah masing-masing dan menetapkan sasaran yang realistik

dengan memberi fokus kepada bidang yang memerlukan penambahbaikan. Berbalik kepada

contoh di atas, Guru Besar perlu mendapatkan sokongan dan bantuan seperti menambah

bilangan guru bagi memastikan sasaran pencapaian meningkatkan di akhir tahun. Kejayaan

sekolah mencapai sasaran ini, bukan sahaja bergantung kepada kesungguhan pemimpin

sekolah, tetapi juga sokongan dan iltizam pihak guru, murid dan komuniti setempat.

Band Prestasi Sekolah

Band prestasi sekolah bertujuan untuk memberi gambaran kedudukan sebenar sekolah bagi

membantu menyediakan sasaran pencapaian yang perlu dicapai. Band Prestasi Sekolah ini

akan membantu KPM mengenalpasti kategori sekolah yang perlu diberi bantuan sewajarnya

untuk meningkatkan prestasi sedia ada. Band Prestasi Sekolah dihasilkan dengan

mengumpulkan sekolah kepada tujuh kategori pencapaian berdasarkan kepada keputusan

peperiksaan awam dan skor penarafan kendiri sekolah. Penyenaraian prestasi sekolah

diperkenalkan dalam Tawaran Baru kepada Pengetua/Guru Besar sebagai asas untuk

pemberian ganjaran kepada pemimpin sekolah yang melepasi sasaran yang ditetapkan. Mulai

2010 Band Prestasi Sekolah di Malaysia akan diumumkan kepada pihak sekolah setiap tahun.

Taburan sekolah rendah Pahang mengikut Band 2010.

Band  7   -  6

Band  6   -  9

Band  5   -  12

Band  4   -  70

Band   3  -  242

Band   2  -  175

Band   1  -  12