institusi khalifah sejarah (harun al rasyid) tingkatan 6 penggal 2

11
Bab 5: Institusi Khalifah 5.2Sumbangan Khalifah/Tokoh Khalifah Harun al-Rasyid

Upload: thanushah-soniyasee-96

Post on 07-Aug-2015

256 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2

Bab 5: Institusi Khalifah

5.2Sumbangan Khalifah/Tokoh

Khalifah Harun al-Rasyid

Page 2: Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2

1. Khalifah Harun al-Rasyid lahir di Rayy(Iran) pada tahun 763/149H dan meninggal dunia pada tahun 809 di Thus,Khurasan.2. Ayahnya bernama Muhammad Al-Mahdikhalifah yang ketiga dan kakaknya,Musa Al-Hadi adalah khalifah yang keempat.3. Harun Ar-rasyid menjadi khalifah ketika beliau hampir mencapai usia 21 tahun.4. Khalifah Harun merupakan khalifah yang paling warak dan terkenal.5. Baginda merupakan seorang yang mempunyai sifat-sifat seperti gagah,berani,bijak berpolitik dan cinta akan ilmu pengetahuan.

Latar Belakang Khalifah Harun al-Rasyid

Page 3: Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2

6. Baginda dilantik sebagai putera mahkota pada tahun 782/166H dan telah menjadi

khalifah Abbasiyah kelima pada tahun 786-809/170-193H.

7. Beliau telah memerintah selama 23 tahun satu setengah bulan,bermula dari tahun

170H hingga 192H bersamaan 786M – 809M.

8. Pemerintahan baginda dianggap sebagai zaman keemasan Islam kerana Baghdad

pada ketika itu menjadi pusat perdagangan dan pusat ilmu serta peradaban Islam

yang terulung.

Latar Belakang Khalifah Harun al-Rasyid

Page 4: Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2

Pendidikan

1. Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. 2. Beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan.3. Seseorang khalifah sememangnya seorang yang bijak dan berpengetahuan.4. Seseorang khalifah harus tahu untuk membangunkan dan memajukan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.5. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun.

Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid

Page 5: Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2

Pentadbiran

1. Keberanian seseorang khalifah juga amat penting untuk mentadbir sesebuah negara

agar menjadi sebuah negara yang aman.

2. Khalifah Harun ar-Rasyid begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara.

3. Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam

negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan.

4. Akhirnya,beliau telah berjaya dalam peperaangan tersebut kerana usaha yang

dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan menyusun semula pasukan

tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur.

5. Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga

memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid

Page 6: Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2

Kemajuan Intelektual

1. Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah

satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda.

2. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh

intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual.

3. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana

beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana

akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid.

4. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang

untuk menuntut ilmu daripadanya.

5. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam

menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya.

Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid

Page 7: Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2

1.Khalifah Harun al-Rasyid telah melakukan satu pembaharuan iaitu,menggalakkan ilmu pengetahuan dibukukan untuk kegunaan generasi pada masa akan datang dan pada masa itu.

2.Pada zaman pemerintahan beliau,munculnya ulama yang membukukan ilmu pengetahuan berkenaan dengan sejarah(tarikh),kesusasteraan,lughah,hadis,fiqah,tafsir dan lain-lain.

3.Antara ulama yang terkenal ialah Imam Malik(menyusun buku al-Muwatta),Ibn Ishaq(menyusun buku al-Sirah),dan Abu Hanifah(menyusun buku Fiqah).

Kegiatan Terjemahan

1.Beliau menggalakkan pakar bahasa menterjemahkan buku-buku asing seperti dari China,India,Yunani dan Parsi.

2.Penumpuan diberi kepada menterjemahkan buku-buku berkenaan ilmu perubatan,falsafah,kesenian dan menterjemahkan buku-buku agama dalam bahasa Arab kepada bahasa asing untuk menyebarkan ilmu tersebut di luar tanah Arab.

Kegiatan Pembukuan

Page 8: Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2

Ekonomi

1. Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun al-

Rasyid.

2. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo muncul

sebagai kota yang terkenal.

3. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi

dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagang-

pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad.

4. Ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan mereka untuk

diniagakan di Kota Baghdad.

5. Bukan sahaja pedagang-pedagang asing yang datang berniaga,penduduk di Kota

Bahgdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan sesama mereka.

Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid

Page 9: Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2

Hubungan Diplomatik

1. Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya

kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki.

2. Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui

pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium.

3. Hubungan yang baik dengan Kristian-Peranchis adalah kerana mereka sama-sama

mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah. Kedua-dua buah

kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh pemimpin mereka

iaitu Khalifah Harun al-Rasyid sendiri dan Charlemange.

4. Kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan

Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri.

5. Keluarga al-Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka.Mereka

memegang banyak jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor

daerah.Disebabkan itu,hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan

keluarga al-Barmaki.

Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid

Page 10: Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2

Baitul Hikmah

1. Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan

Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah.

2. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk

menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan.

3. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh

beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah.

4. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai

tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik

dan balai penterjemahan.

5. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi

kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah.Kerana tanggungjawab beliau sebagai

seorang khalifah,beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan.

Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid

Page 11: Institusi Khalifah Sejarah (Harun Al Rasyid) Tingkatan 6 Penggal 2