khalifah umar al-khatab

31
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Upload: ct-norzaidah

Post on 16-Dec-2015

109 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Perluasan kuasa, politik dan pemerintahan Khalifah Umar ( Khulafa Ar-Rasyidin)

TRANSCRIPT

Slide 1

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

RIWAYAT HIDUP KHALIFAH UMAR AL-KHATAB

SIFAT PERIBADI BERANIPEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWABBERFIKIRAN TERBUKACARA PERLANTIKAN KHALIFAH UMAR :

Abu Bakar jatuh sakitBimbang terhadap pepecahan orang IslamAmbil langkah lantik khalifahBertanya pendapat para sahabatSayidina Abu Bakar meminta Uthman menulis wasiat.Menyuruh Uthman bin Affan membacakan di hadapan orang ramai.Sayidina Abu Bakar bertanya pendapat orang ramai.Orang ramai bersetuju.

PERLUASAN KUASA NEGARA ISLAMKEJATUHAN EMPAYAR PARSIParsi telah kembali bergolak.Muthana Bin Harithah meminta bantuan kepda Khalifah Umar untuk menghantar tenteraHantar tentera tambahan yang diketuai Saad Bin Abi WaqqasQadisiyah : Tentera Islam bertemu dengan tentera Parsi yang diketuai oleh Rustom.Tentera Parsi : 30 000 orangIslam : 8 000 orang

Kedua-dua belah pihak telah bertukar-tukar utusan.Saad menghantar Mughirah bin Shubah.Rustom menghina orang-orang Islam.Saad kejar sampai ke daerah Jalula dan tawan seorang puteri Yazdarjjad IIIUmar suruh Saad berhenti sementara daripada perluasan kuasa. Saad meneruskan kembali perluasan kuasa Membuka wilayah-wilayah baru di Iraq dan menawan ibu negeri Iraq iaitu al-Madain. Yazdajjid III berpindah ke Halwan.Kumpul tentera untuk serang tentera Islam yang diketuai oleh Fairuz.Umar lantik Numan bin Mukrim ketuai peperangan di Nahawind.Tentera Islam berjaya tetapi Numan terbunuh diganti pula dengan Huzaifah ibn Al-Yaman. Tentera Islam bergerak ke Ahwaz dan berjaya menawan beberapa wilayah seperti Asbihan dan al-Ray dengan cara pendamaian. 22 H - Mughirah Bin Shubah diarahkan memerangi Azarbaijan. Dengan itu, seluruh jajahan Parsi berjaya ditawan. PEMERINTAHAN ISLAM DI NEGERI PARSIPada mulanya pemerintahan Parsi bertindak kejam terhadap rakyatnya.Penduduk Parsi berasa senang hati dengan pemerintahan Islam. Ramai telah memeluk Islam dengan kerelaan hati. Perkahwinan Hussain bin Ali dengan puteri Yazdijard Shahri Banu

KEJATUHAN BYZANTINE- ROM Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang.

Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.

KEMENANGAN DI BAITUL MAQDIS Tentera Islam yang diketuai oleh Abu Ubaidah di bahagian utara dibantu oleh Khalid Bin Al-Walid.Selatan Amr ibn al-As & Shurahbil Bin Hasanah Tentera Rom bersungguh-sungguh menjadikan Baitul Maqdis sebagai pusat gerakan untuk merampas kembali daerah mereka yang di bawah kekuasaan Islam. Penduduk Baitul Maqdis terdiri daripada penganut agama Kristian. Tentera Islam kepung selama 4 bulan.Abu Ubaidah seru penduduk masuk IslamAkhirnya perjanjian damai ditandatagani. PEMBUKAAN NEGERI MESIRAmr al-As berjaya telah berjaya enawan Syria dan Palestin. Di Mesir, rakyat begitu benci kepada penjajahan Rom. Amr al-As minta kepada Khlaifah Umar buka Mesir.

PENGUASAAN ISLAM DI MESIRPOLITIK DAN PEMERINTAHANPEMBENTUKAN MAJLIS AL-SYURA

Khalifah Umar sebagai ketua negara dan dibantu secara rasmi oleh ahli Majlis Al-Syura.Majlis ini berfungsi sebagai kabinet negara.Terdiri kepada 2 bahagian iaitu Majlis Tertinggi dan Majlis Harian.Segala masalah penting yang berhubung dengan negara diselesaikan oleh majlis syura.Khalifah tiada hak istimewa dalam menentukan atau membuat keputusan tertentu tanpa mesyuarat majlis.Majlis syura berkewajipan meneliti semua masalah umat Islam dan negara yang diterangkan oleh al-Quran dan Al-Sunnah.

MEWUJUDKAN PEMBAHAGIAN WILAYAHWilayah-wilayah pentadbiran dibahagikan kepada beberapa wilayah (antara 6 hingga 8 wilayah) seperti Madinah, Makkah, jazirah Mesir, Iraq, Wilayah Selatan dan Wilayah Timur.Setiap wilayah ditadbir oleh seorang Gabenor atau wali atau seorang Ketua Setiausaha dan mereka dibantu oleh para pegawai tertentu mengikut jabatan masing-masing.Pegawai-pegawai awam yang lain ialah Ketua Setiausaha Tentera, pegawai pemungut cukai dan hakim wilayah.Di setiap wilayah terdapat pegawai-pegawai tertinggi angkatan tentera.

PELANTIKAN PEGAWAI SECARA BERSURAT

Dibuat secara bersurat dengan melampirkan senarai tugas dan bidang kuasa mereka.Antara pegawai terkenal dalam pentadbiran beliau ialah Muawiyah b. abu Sufian, Amru b. al-As, Mughirah b. Syukbah dan Zaid b. Sumaiyah.Setiap pegawai yang dilantik dan berkhidmat untuk negara akan diberi gaji tetap.Terdapat sebilangan pegawai yang tidak mahu menerima gaji kerana sifat takwa mereka.Setiap pegawai juga tidak dibenarkan menunggang atau menaiki kuda Turki iaitu kuda yang cantik, memakai pakaian halus, tidak memakai tepung yang diayak dan tidak menggunakan penjaga rumah pintu kediaman.

Ketika dilantik harta mereka turut direkodkan dan jika terdapat sebarang tambahan harta dan diragui pemilikannya maka mereka akan disiasat.Semua pegawai dikehendaki datang ke Makkah pada musim haji untuk mendengar taklimat daripada Khalifah Umar serta mengkaji semula keputusan yang telah dibuat dan mendengar aduan daripada orang ramai.

PENUBUHAN JABATAN BARU

Penubuhan jabatan baru yang mana setiap wilayah mempunyai jabatan penting seperti Jabatan Setiausaha Tentera, Jabatan Percukaian, Jabatan Polis, Jabatan Perbendaharan Negara dan Jabatan Kadi.Jabatan penyiasatan jenayah ditubuhkan bagi mengawal anggota pentadbiran awam dan tentera yang melakukan penyelewengan.

Sehubungan dengan itu beberapa jawatan penting telah diwujudkan bagi mengetuai jabatan-jabatan tersebut.Setiap jabatan diketuai oleh Setiausaha atau khatib dan dibayar gaji bulanan.Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain bagi mengelakkan penyelewengan dan kadi-kadi tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan.

PENYUSUNAN SISTEM KETENTERAAN

Khalifah Umar telah menyusun semula sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.Beliau menubuhkan Diwan al-Jundi (Jabatan Ketenteraan) pada 20 hijrah untuk menjalankan urusan ketenteraan. Tentera tetap telah dibayar gaji dan diberikan pakaian seragam dan gaji tentera dibayar setelah dengan pelbagai skim gaji berdasarkan status yang digariskan oleh Jabatan Tentera tersebut

Markas tentera pula telah dibina disempadan yang menghadap kawasan musuh seperti di Madinah, Kufah. Fustat dan Basrah.Tujuannya ialah untuk mempertahankan wilayah-wilayah yang ditakluki serta meneruskan penyebaran agama Islam dikalangan penduduk tempatan

PEMBAHARUAN PEMBANGUNAN EKONOMI

Beliau menubuhkan Baitulmal (Institusi Perbendaharaan Negara) bagi tujuan mengumpul dan menguruskan harta dan khazanah kerajaan.Sebarang bentuk hasil negara samada melalui cukai seperti Kharaj(cukai tanah),Jizyah(cukai perlindungan),Ghanimah (harta rampasan perang),Usyur (cukai perniagaan) atau harta peninggalan orang mati yang tiada waris akan dimasukkan ke dalam Baitul Mal.

Untuk meningkatkan ekonomi, beliau telah membina terusan dan tali air bagi menambahkan lagi hasil pertanian seperti pembinaan Empangan Abu Musa di basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 km di mesir.Rakyat juga digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian disamping mengusahakan tanah-tanah terbiar.PEMBAHARUAN DALAM UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN TANAH

Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis :i)Tanah Dhimmah tanah bertuan ditadbir pemilik asal.ii) Tanah Sawafi tanah tidak bertuan dan ditadbir oleh pemegang-pemegang amanahyangdilantik daripada ahli al-Ayyam (golongan peneroka)

Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan perpecahan.Tentera atau umat Islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan melalui pembelian.

PENGGUNAAN KALENDAR HIJRAH

Khalifah Umar adalah orang bertanggungjawab menentukan tahun Hijrah dalam Kalendar Islam.Takwim atau kelendar ini dimulakan pada tahun 17Hijrah bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran negara terutamanya dalam bidang Pendidikan yang banyak membabitkan penggunaan Tarikh.

KEWAFATAN SAIDINA UMAR Sayidina Umar meninggal dunia pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Majusi, Parsi yang bernama Abu Lukluk atau Fairuz. Abu Lukluk menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.

Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Khalifah Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya..

KESIMPULAN Kebolehan Khalifah Umar dalam bidang pentadbiran memang diakui umum.Pencapaiannya boleh dikatakan telah sampai ke tahap maksimum.Berdasarkan kejayaan dan sumbangannya yang besar inilah maka beliau telah diberi gelaran Amir al- Mukminin atau panglima agung Mukmin pada tahun ke-19 Hijrah.

SOALANKhalifah Umar Al-Khatab ialah khalifah kedua daripada khulafa Ar-Rasyidin. Analisiskan pembaharuan yang telah dilaksanakan untuk pembangunan umat dan agama Islam.Keberanian Umar Al-Khatab seharusnya dicontohi oleh pemimpin-pemimpin kita. Bagaimanakah pemimpin-pemimpin Islam kita hari ini dapat memelihara dan mendaulatkan semula negara-negara Islam yang ditindas berpandukan kepada kepimpinan Sayidina Umar.