manusia khalifah

25
Manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi PENDAHULUAN. Hakikatnya manusia ialah sebagai hamba Allah s.w.t. bukanlah satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran hamba Allah s.w.t. adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. sendiri di dalam al- Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada nabi dan rasul. Kehambaan diri manusia kepada Allah s.w.t. Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan. Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas atau konsep tauhid. Salah satu dari keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah s.w.t. yang sebenarnya ialah manusia telah dianugerahkan tugas/amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lain iaitu khalifahtullah dimuka bumi. Manusia sebagai hamba Allah s.w.t. dilantik menjadi khalifah Allah dan perlantikkan itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan tersebut. Antara kelayakan tersebut ialah bahawa diantara hamba-Nya maka manusialah yang lebih hampir dengan Alllah s.w.t. Sebagai hakikatnya, hamba-Nya dan kkhalifah-Nya maka manusia tidak berhak mencipta yang diizinkan. Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah s.w.t. , namun dari segi konsep dan perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri tersebut. a) Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat Terkandung dalam pengertian khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat "al-siyadah @ ketuanan". Sifat ini di akui oleh Allah s.w.t. seperti yang termaktub dalam perlembagaan suci al-Quran untuk menjadi "Tuan" keatas segala makhluk dan segala ciptaan di atas muka bumi. Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk melaksanakan tugas khalifah. Jika ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas khallifahtullah dimuka bumi maka manusia itu tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi manusia yang menentang, melawan menderhaka dan memberontak kepada Allah s.w.t. serta kepada kekuasaan, pemerintahan, kesultanan dan kehakiman Allah s.w.t. , alangkah kerdilnya manusia untuk melakukan perbuatan tersebut. Dari sini jelaslah bahawa bukannya setiap hamba Allah s.w.t. itu dengan sendirinya atau semestinya khalifah ialah menjadi khalifah. Walaupun manusia pada hakikatnya adalah hamba tetapi oleh kerana ia tidak melaksanakan konsep pengabdian kepada Allah s.w.t. dalam hidupnya maka dengan sendirinya ia bukan khalifah Allah s.w.t. Jadi manusia layak dan berhak menjadi khalifatullah ialah manusia yang menerima kehambaan dirinya dan melaksanakan konsep pengabdian. Tegasnya konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan ketuanan dan kekuasaan yang

Upload: abd-haris

Post on 09-Jul-2015

154 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manusia khalifah

Manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi

PENDAHULUAN.

Hakikatnya manusia ialah sebagai hamba Allah s.w.t. bukanlah satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran hamba Allah s.w.t. adalah satu gelaran yang

paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. sendiri di dalam al-Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada nabi dan rasul. Kehambaan diri manusia kepada Allah s.w.t. Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan.

Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas atau konsep tauhid. Salah

satu dari keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah s.w.t. yang sebenarnya ialah manusia telah dianugerahkan tugas/amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lain iaitu khalifahtullah dimuka bumi.

Manusia sebagai hamba Allah s.w.t. dilantik menjadi khalifah Allah dan perlantikkan itu

adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan tersebut. Antara kelayakan tersebut ialah bahawa diantara hamba-Nya maka manusialah yang lebih hampir dengan Alllah s.w.t. Sebagai hakikatnya, hamba-Nya dan kkhalifah-Nya maka manusia tidak berhak

mencipta yang diizinkan.

Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga

bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah s.w.t. , namun dari segi

konsep dan perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri

tersebut. a) Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat

Terkandung dalam pengertian khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat "al-siyadah @ ketuanan". Sifat ini di akui oleh Allah s.w.t. seperti yang termaktub dalam perlembagaan suci al-Quran untuk menjadi "Tuan" keatas segala makhluk dan segala ciptaan

di atas muka bumi. Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk melaksanakan

tugas khalifah. Jika ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas khallifahtullah dimuka bumi maka manusia itu tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi manusia yang menentang, melawan menderhaka dan memberontak kepada Allah s.w.t. serta

kepada kekuasaan, pemerintahan, kesultanan dan kehakiman Allah s.w.t. , alangkah kerdilnya manusia untuk melakukan perbuatan tersebut.

Dari sini jelaslah bahawa bukannya setiap hamba Allah s.w.t. itu dengan sendirinya atau semestinya khalifah ialah menjadi khalifah. Walaupun manusia pada hakikatnya adalah

hamba tetapi oleh kerana ia tidak melaksanakan konsep pengabdian kepada Allah s.w.t. dalam hidupnya maka dengan sendirinya ia bukan khalifah Allah s.w.t. Jadi manusia layak dan berhak menjadi khalifatullah ialah manusia yang menerima kehambaan dirinya dan

melaksanakan konsep pengabdian. Tegasnya konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.

Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan ketuanan dan kekuasaan yang

Page 2: Manusia khalifah

diberikan demi untuk menguasai alam benda dan alam semesta ini bagi faedah dan kepentingan tugasnya itu, manusia memerlukan ILMU.

Al-Quran dengan jelas sekali mengakui bahawa asalah satu asas terpenting untuk

melaksanankan tugas ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda bagi di pergunakn untuk melaksanakan tugas khalifah dan untuk melaksanakan konsep pengabdian dan penyerahan.

Kedua ialah ilmu yang menjadi asas terpenting kepada manusia dalam menjalankan tugas

sebagai seorang khalifah, yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali penghubung dengan Allah s.w.t. ialah:- a) Ilmu tentang alam syahadah dan alam ghaib

b) Ilmu tentang alam fizik dan ilmu tentang alam metafizik c) Ilmu tentang alam benda dan ilmu tentang pencipta alam benda(e)

Itulah yang dimaksudkan dalam surah al-Baqarah ayat 31; 'Dan Dialah(Allah s.w.t. ) telah mengajar(nabi) Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya'

Definisi khalifah

Dalam al-Quran menyebut tentang pemberian khalifah dari Allah s.w.t. kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti yang terkandung dalam ayat berikut: 'Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, bahawa Ia akan memberikan

khalifah(menggantikan penguasa-penguasa yang ada) kepada mereka di muka bumi sebagaimana Ia telah memberikan khalifah itu kepada orang-orang sebelum mereka'(QS

24:55) Di dalam Islam, khalifah digunakan sebagai kata kunci dan bukannya kata kedaulatan atau

yang lain kerana kedaulatan sesungguhnya adalah milik Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu, sesiapa pun yang memegang kekuasaan dan menggunakan kekuasaan itu sesuai dengan

norma-norma dan hukum-hukum Tuhan maka dengan sendirinya ia menjadi khalifah. Selain daripada itu, kekuasaan untuk mengatur bumi, memakmurkan, mengelola negara dan

menyejahterakan masyarakat dijanjikan kepada " seluruh masyarakat beriman" bukannya kepada seseorang atau suatu kelas tertentu.

Maksud khalifah menurut bahasa

Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu khalafa bererti ganti; iaitu seseorang yang menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama ada bersama-

sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya ketika ketiadaannya. Ianya termasuklah:-(c) 1. Menggantikan orang yang tiada.

2. Menggantikan orang yang telah mati. 3. Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya.

4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya. Maksud khalifah menurut istilah

Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t.

sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini

Page 3: Manusia khalifah

dengan menjalankan syariah Allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.

Dalam pada itu, gelaran khalifah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kaum mukmin

secara menyeluruh iaitu tidak terbatas pada keluarga tertentu, kelas tertentu, suku tertentu atau ras tertentu. Dalam Islam setiap orang mukmin menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi yang sesuai dengan kapasitas individualnya. Seorang khalifah di muka bumi adalah

semuanya sama dan tidak ada yang lebih rendah dari khalifah yang lain.

Pemilihan menjadi khalifah Nikmat terbesar yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada kita manusia adalah menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Hal ini tercantum dalam firman-Nya yang

bermaksud:- 'Adalah Dia yang telah menjadikan engkau khalifah-Nya, pewaris bumi ini, Ia telah meningkatkan darjat sebahagian di antaramu lebih tinggi dari sebahagian yang lain.

Sehingga Ia dapat mengujimu mengenai caramu memeperlakukan pemberian-Nya, sesungguhnya Tuhanmu cepat memberi siksaan namun Ia juga Sangat Pengampun dan Maha Penyayang'( surah Al-anam ayat 165)

Allah s.w.t. telah melepaskan manusia di muka bumi yang terbentang luas ini supaya manusia

itu mencari atau menerapkan sifat-sifat yang baik dan buruk menurut apa yang dianggap baik oleh manusia. Oleh sebab itulah manusia diberi kelebihan dari-Nya iaitu akal. Selain itu, otak yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia juga adalah kelengkapan yang utama sekali bagi

manusia agar dapat menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan bijaksana.

Di samping itu, akal manusia timbul yang berpangkal dari otaknya yang membuat satu pertimbangan dengan cara yang di redhai Allah s.w.t. Dengan akal yang diberikan Allah s.w.t. inilah yang menjadikan manusia sebagai pewaris Allah s.w.t. di muka bumi dan cuba

mengatasi tentangan kehidupan yang berubah-ubah dari masa ke semasa. Bagi seorang khalifah, dia perlulah memikirkan keputsan yang terbaik dan memilih tindakan yang diredhai

oleh Allah s.w.t. Jika penggunaan akal yang ada pada manusia di jalan yang benar, nescaya ianya akan membuatkan manusia itu berperilaku hampir sesuci dan semurni malaikat.

Selain itu, nikmat yang besar bagi manusia ini pernah di tanya oleh malaikat kepada Allah s.w.t. seperti yang terkandung dalam ayat berikut, yang bermaksud:- ' Ingatlah, " Firman

Allah s.w.t. kepada malaikat, " Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas muka bumi(Adam). Maka jawab mereka itu, " Adakah patut Engkau jadikan diatas muka bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji

Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman, " Sesungguh nya Aku mengetahui apa-apa yang tiada engakau ketahui". (surah al-Baqarah ayat 30)

Imam Abu Hanafiah berpendapat bahawa menguasai pemerintahan dengan kekuatan kemudian mengambil bai'at secara paksa, bukanlah cara yang sah menurut syariat bagi

menjadi khalifah. Sesungguhnya khalifah yang benar ialah yang berdasarkan kesepakatan dan permusyawaratan para ahli fikir yang memeng patut di ajak bermusyawarah.

Selain pendapat Imam abu Hanafiah, keadaan yang terbaik untuk memelih khalifah ialah dengan cara rakyat yang meletakkan kendali pemerintahan, setelah permusyawaratan mereka,

mereka akan memilih seseorang yang mereka anggap paling tepat untuk memimpin umat dan patut menggendalikannya.

Page 4: Manusia khalifah

Dalam pada itu, mereka tidak boleh terdiri dari orang-orang yang zalim, fasik, fajir*, lalai akan Allah s.w.t. , melanggar batasan-batasan-Nya tetapi mereka haruslah terdiri atas orang-

orang mukmin yang bertaqwa dan beramal soleh. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Shaad ayat 28, bermaksud: 'Adakah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh

seperti orang-orang yang berbuat bencana dimuka bumi? Bahkan adakah Kami jadikan orang-orang yang taqwa(baik) seperti orang-orang yang fasik(jahat)?

Selain itu, mereka juga tidak terdiri dari orang-orang bodoh atau dungu, tapi haruslah orang-orang yang berilmu, berakal, sihat, memiliki kecerdasan, kearifan, kemamapuan intelektual

dan fasik untuk memerintah roda khalifah dan mengikut tanggungjawabnya. Kisah pemilihan khalifah(Khalifah ar-Rasyidin)

Umar bin Khattab r. a. telah mencalonkan Abu Bakar as-Shiddiq r. a. untuk menduduki

jabatan khalifah menggantikan kedudukan Nabi s.a.w. Dan penduduk kota Madinah, yang pada hakikatnya merupakan wakil-wakil negeri secara keseluruhan telah menerimanya dengan baik, mereka itu telah membai'atnya dengan sukarela dan atas dasar pilihan mereka,

tanpa paksaan ataupun tekanan. Dan ketika Abu Bakar meninggal dunia, ia mewasiatkan khalifah bagi Umar r. a. dengan mengumpulkan pendudukan di masjid Nabi s.a.w. ,

kemudian berkata kepada mereka: "Apakah kalian menyetujui oranag yang ku tunjuk untuk menggantikan kedududkanku sepeninggalku? Sesungguhnya aku, demi Allah s.w.t. , telah bersungguh-sungguh berdaya upaya memikirkan tentang hal ini dan aku tidak mengangkat

seorang dari sanak saudaraku, tapi aku telah menunjuk Umar bin Khattab sebagai penggantiku. Maka dengarlah dan taatlah kepadanya. "

Orang ramai pun berkata: "sami'na wa atha'na'( Kami dengar dan kami taat)". Ketika Umar bin Khattab pada saat menlaksanakan haji di tahun hidupnya yang terakhir, beliau mendengar

bahawa seseorang telah berkata; " Sekirananya amirul mukmunin(yakni Umar) meninggal dunia, nescaya aku akan membai'atkan sifulan, sebab bai'at kepada Abu Bakar adalah suatu

peristiwa yang terjadi secara tiba-tiba, namun ia telah berlangsung dengan baik dan sempurna". Maka Umar pun berkata:" Aku akan berpidato kepada rakyat pada petang hari ini dan akan menggeluarkan peringatan kepada sekelompok orang yang ingin memaksakan

kehendak mereka atas rakyat".

Kerana itu, demi mengingatkan peristiwa ini dalam khutbahnya yang pertama sekembalinya ke kota Madinah, ia telah menceritakan dengan terperinci peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari Saqifah dan kondisi yang telah menyebabkan dirinya bangkit untuk memberikan

bai'atnya kepada Abu Bakar secara tiba-tiba. Kata Umar:" Sesungguhnya kami waktu itu tidak mempunyai pilihan lain yang lebih kuat dari melakukan bai'at kepada Abu Bakar.

Sekiranya kami meningalkan tempat itu melaksanakan bai'at, kami khuwatir bahawa meraka akan melangsungkan suatu bai'at lainnya dan setelah itu kami hanya dapat mengikuti mereka dalam sesuatu yang kami setujui atau kami menentang mereka, maka keonaran pun pasti akan

terjadi. Kerana itu barangsiapa membai'at seseorang tanpa musyawarah dengan kaum muslimin, hendaknya dia jangan diikuti dan jangan pula diikuti oarang yang telah dibai'atnya

sebab keduanya terancam akan di bunuh. Berdasarkan kaedah yang telah dijelaskan dalam pidatonya itu ia kemudian mengangkat

suatu panitia pemilihan sesaat sebelum ia wafat agar dapat memutuskam perkara kekhalifahan ini dan ia berkata:" Barangsiapa menyeru kepada kepimpinan bagi dirinya tanpa

bermusyawarah dengan kaum muslimin maka bunuhlah dia". Kemudian ia menggeluarkan

Page 5: Manusia khalifah

suatu keputusan yang mengecualikan puteranya sendiri dari hak untuk meraih khalifah agar jabatan itu tidak menjadi jabatan yang diwariskan. Dan ia telah menunjuk 6 orang dalam

panitia pemilihan itu yang menurut pandangan adalah orang-orang yang paling besar penggaruhnya dan di terima oleh rakyat.

Pada akhirnya telah diputuskan oleh panitia tersebut untuk meyerahkan urusan pemilihan khalifah ini kepada Abdurrahman bin Auf', maka ia pun berkeliling siapakah yang lebih dapat

di terima oleh orang ramai, sehinggalah ia bertanya kepada khafilah-khafilah yang sedang pulang dari haji dan akhirnya ia berkesimpulan setelah mengadakan referendum umum

bahawa kebanyakkan rakyat lebih condong kepada Saidina Usman bin Affan. Berdasarkan itu di pilih sebagai khalifah atas kaum muslimin dan di bai'at orang ramai dalam suatu pertamuan umum.

Asas Tanggungjawab Manusia Sebagai Khalifah Allah s.w.t. menentukan tanggungjawab khalifah ke atas manusia berdasarkan kelayakan dan asas-asas yang kukuh, sesuai dengan penciptaannya untuk menerima tugas tersebut. Ternyatalah bahawa manusia di beri banyak kelebihan oleh Allah s.w.t. jika di bandingkan secara umumnya dengan makhluk yang lain seperti alam benda, tumbuhan, haiwan, jin dan para malaikat. Antara kelebihannya ialah:- 1. Keseimbangan kejadian 2. Anugerah akal fikiran 3. Memiliki ilmu pengetahuan

Keseimbangan kejadian manusia

Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Oleh itu, manusia telah di berikan oleh Allah s.w.t. dengan berbagai-bagai kelebihan kerana untuk melaksanakan tugas sebagai

seorang khalifah. Firman-Nya dalam surah as-Sajdah 32:7, bermaksud : 'Yang membaguskan tiap-tiap sesuatu yang dijadikan-Nya, dan Dia(Allah) memulai kejadian manusia dari tanah”

Bentuk badan dan unsur-unsur fizikal manusia yang seimbang dan dikemaskan lagi dengan perasaan, akal, dan roh. Perimbangan antara rohani dan jasmani menjadikan manusia amat

berbeza daripada makhluk Allah s.w.t. yang lain. Kelebihan ini di berikan oleh Allah s.w.t. bukannya tanpa sebab tetapi sebenarnya dalam rangka menjadikan manusia sebagai khalifah

bumi. Keelokkan kejadian manusia yang menyerlah dengan bentuk fizikal, susunan anggota dan fungsinya serta di lengkapi dengan akal dan emosi yang perlu difahami dan di fungsikan sebaik mungkin oleh generasi manusia.

Anugerah akal fikiran

Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah as-Sajdah 32:9, bermaksud: 'Kemudian Dia sempurnakan kejadian(manusia) dan meniupkan ke dalam(tubuh)-nya roh(ciptaan)-Nya dan

Dia menjadikan untukmu pendengaran, penglihatan, dan hati(tetapi kebanyakan) kamu amat sedikit bersyukur’

Manusia menggunakan akalnya untuk membina tamadun dan mengorak langkah kemajuan untuk hidup yang lebih selesa dan bertambah maju. Cara hidup, pemakanan, tempat tinggal,

susunana masyarakat dan segala perkara yang berkaitan dengan manusia sentiasa berubah tidak seperti makhluk Allah s.w.t. yang lain.

Page 6: Manusia khalifah

Wahyulah yang akan berfungsi untuk memandu akal manusia ke arah yang sepatutnya agar manusia tetap berada di jalan yang benar di sisi Allah s.w.t. Batasan kemampuan akal akan

diatasi oleh wahyu agar manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi dengan lebih berpedoman dan jayanya.

Memiliki ilmu pengetahuan

Firman Allh s.w.t. dalam surah al-Baqarah 2:31 bermaksud: 'Dan Dia(Allah) mengajar kepada adam nama-nama(benda-benda) seluruhnya, yang kemudian mengemukakan kepada

para malaikat lalu berfiman: "Sebutkanlah kepada-Ku nam benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar".

Ilmu yang di maksudkan bukan hanya dengan alam tabi'i dan fizikal malah ianya merangkumi tentang kerohanian dan ghaib. Dengan kejadian dan kelebihan diri yang

dianugerahkan Allah s.w.t. serta sumber yang dikawalnya, manusia sepatutnya menanggani pelbagai perkara dan menggunakan kaedah berdasarkan ilmu. Ilmu yang di tuntut bukanlah semata-mata merupakan "maklumat" dan "kefahaman" berkaitan sesuatu perkara, malah

ianya hendaklah digunapakai untuk mencerminkan kewajaran manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab terhadap dunia dan Allah s.w.t. yang menciptakannya. Panduan akal dan

wahyu merupakan proses penting menjamin kealsian dan benarnya ilmu yang dimiliki. Di dalam pemerintahan seseorang khalifah itu mestilah dapat memikul tanggungjawab

dengan aman dan tanpa keraguan dalam membuat kata putus yang perlu berlandaskan hukum Islam. Sebagai seorang khalifah juga mestilah mempunyai ukhuwah yang kuat supaya

masyarakat yang dipimpinnya akan hormat dan memandang tinggi kepadanya. Ini tercantum dalam surah Shaad ayat 20, yang bermaksud: ' Kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan kepadanya nikmat dan lidah yang fasih( kata putus)'

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujaraat ayat 10, yang bermaksud: ' Orang-orang mukmin

itu adalah bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang yang bersaudara dan takutlah kepada Allah s.w.t. , mudah-mudahan kamu mendapat rahmat’

Di dalam hidup bersaudara ini, kita dapat lihat semasa zaman Rasulullah s.a.w. iaitu semasa baginda berhijrah dari kota Makkah ke Madinah. Semasa berhijrah meraka menolong antara

satu sama lain walaupun mereka tidak kenal. Oleh itu, sebagai seorang khalifah haruslah menolong saudara mereka dengan hati yang ikhlas dan jangan biarkan mereka dalam kemurkaan dan kebinasaan. Kita juga haruslah tidak melepaskan hajat saudara kita dan

perlulah bantu hingga hajatnya tercapai dengan amanah dan jujur.

Khalifah dan Perubahan Sebagai khalifah, manusia tentunya melakukan perubahan demi perubahan bersama perkembangan tamadun dunia dari masa ke semasa. Sesungguhnya perubahan yang di

lakukan tidaklah tergelincir daripada landasan kesejahteraan serta perlulah memepunyai ciri-ciri aqidah, akhlak dan manhaj yang jauh berbeza daripada aliran perubahan yang lain di

dunia. Perubahan yang di lakukan bukannya setakat dari segi material atau fizikal sahaja tetapi ianya

merangkumi semua sudut kehidupan manusia iaitu dari segi sosial, ekonomi, politik, aqidah, tabiat dan tingkah laku masyarakat seluruhnya. Perubahan Islam itu mestilah dengan

persiapan faktor-faktor dan sendi-sendi yang membolehkan terbangunnya masyarakat madani

Page 7: Manusia khalifah

sebenar di atas asas-asas yang kukuh.

Perubahan perikemanusiaan iaitu cara yang benar tidak akan menuju kepada kebaikan dengan menggunakan jalan keburukan atau menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kejayaan.

Perubahan-perubahan ke arah kemajuan yang Rabbani tidak mungkin akan bercanggah dengan kepastian ilmiah atau bertentangan dengna kemajuan teknikal. Sesungguhnya perubahan tersebut adalah meruntuhkan jahiliah dari sudut pemikiran, peraturan dan prinsip.

Maka ianya secara menyeluruh meresap dalam rangka melaksanakan tugas dan peranan manusia sebagai khalifah di bumi.

Kesimpulan Kesimpulan yang boleh di buat dalam tajuk "Manusia Sebagai Khalifah allah s.w.t. di Muka

Bumi" ini adalah, manusia haruslah bersyukur kepada Allah kerana Dialah yang memberikan manusia banyak kelebihan yang tidak ada pada makhluknya yang lain. Seorang khalifah itu

juga harus sedar bahawa dia telah memikul tanggungjawab yang besar di sisi Allah s.w.t. , oleh sebab itu mereka perlu menguatkan dirinya yang senantiasa mendekati Allah serta meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa rendah diri dan membuat hubungan baik

dengan pengikut-pengikutnya serta bertimbang rasa dan bersikap adil dalam segala hal. Khalifah juga tidak bertolak ansur terhadap penyelewengan atau kejahatan yang berlaku dan dia seharusnya melakukan apa yang patut, iaitu yang di tuntut dalam Islam. Seorang khalifah

perlulah mempunyai sifat-sifat yang di pandang elok oleh masyarakat yang di pimpinnya.

Dalam pada itu, khalifah mestilah mempunyai keadaan fizikal yang sihat dan baik. Ini kerana kesihatan juga diambil kira sebab ia adalah penting untuk seseorang itu memerintah dengan cara yang betul dan tegas yang berlandaskan hukum Islam. Keselamatan masyarakat yang di

perintahnya juga menjadi faktor yang penting supaya kawasan atau tempat yang diperintahnya sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat bagi membentuk masyarakat

yang berdisplin serta mengagungkan Allah s.w.t. dalam semua hal. Selain daripada itu, seorang khalifah juga harus terdiri daripada orang yang bijak pandai

supaya kawasan yang di tadbirnya sentiasa dalam keadaan harmoni dan maju kehadapan. Ilmu pengetahuan adalah faktor yang penting bagi seorang khalifah, kerana ianya merupakan

satu bonus terhadapnya supaya dia dapat memutuskan sesuatu masalah dengan teliti dalam hal yang berkaitan.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin

Pensyarah Universiti Teknologi MARA Perlis

02600 Arau, Perlis MALAYSIA

HP: 013-4006206 PJ: 04-9882701

RU: 04-9882597

Page 8: Manusia khalifah

Manusia Sebagai Khalifah Allah -

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH S. W. T

Hakikat bahawa manusia sebagai hamba Allah bukanlah satu penghinaan kepada manusia.

Sebaliknya, gelaran sebagai hamba Allah adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia

seperti yang ditegaskan oleh Allah sendiri dalam Al-Quran kerana itulah gelaran yang diberikan

kepada setiap Nabi dan Rasul. Al-Quran juga menyatakan bahawa maksud ‘ISLAM’ itu ialah “tunduk

dan patuh kepada Allah. [1] Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud:

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya. ”

Tugas manusia sebagai khalifah kepada Allah Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan,

keagungan dan kekuatan. Perlu dihuraikan dengan lebih mendalam dengan menyentuh soal

pentadbiran sesama manusia yang memerlukan satu sistem tauhid. Penjelasan pe ndek mulai akan

membawa kepada ketiadaan ketaatan seseorang manusia yang lain.

Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah

yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas dan konsep tauhid. Salah satu dari

keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah ialah manusia yang sebenarnya hamba

kepada Allah itu telah dianugerahkan satu tugas / amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk

lainnya, iaitu tugas Khlifahtullah di muka bumi. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah 2 : 30

bermaksud :

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak

menjadikan di atas muka bumi itu seorang khalifah. “

Manusia sebagai hamba Allah boleh dilantik untuk memegang jawatan khalifah Allah. Dan

perlantikan itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan tersebut. Antara

kelayakan tersebut ialah bahawa diantara hambaNya, manusia adalah lebih hampir kepada Allah

yang melantiknya iaitu tentang sifat-sifatNya kerana biasanya yang dilantik itu ialah orang yang lebih

hampir kepada yang melantik demi untuk menjadi penggantinya.

Sebagai hakikat, hambaNya dan khalifahNya, maka manusia tidak berhak mencipta yang diizinkan.

Sebaliknya manusia hanyalah menerima, menyampaikan dan melaksanakan apa yang telah

termaktub dan tertulis. Tugas khalifah yang dipertanggungjawabkan kebahu manusia merupakan

suatu penghormatan dan amanah yang amat berat untuk dipikul oleh seluruh generasi manusia

sepertimana Firman Allah dalam Surah al-Ahzab 33: 72 bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah bentangkan tanggungjawab amanah tersebut kepada langit dan bumi

serta gunung-ganang (untuk memikulnya), tetapi mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak

dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya), dan

(pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat (kebanyakan)

manusia suka melakukan kezaliman dan (dia juga) jahil. “

Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan kepada manusia, dan tidak diberikan

Page 9: Manusia khalifah

kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Dari sini dapat diyakini bahawa bukan setiap

hamba itu layak dan berhak menjadi khalifatullah. Seterusnya bukan setiap manusia yang pada

hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah walaupun dari segi hakikatnya manusia itu

hamba dan khalifah Allah. Namun dari segi konsep dan perlaksanaannya adalah tidak. Oleh kerana

itu, manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang telah melaksanakan

konsep kehambaan diri kepada Allah, dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah

dalam keempat-empat ciri itu iaitu :[2]

*Syariat

*Akhlak

*Akidah

*Ibadah

Maksud khalifah menurut bahasa

Khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat : Al -Siyadah @ ketuanan “Sifat

ini diakui oleh Allah dalam Al-Quran. Sebagai khalifah, manusia diberikan mandat oleh Allah seperti

yang termaktub dalam perlembagaan suci Al-Quran untuk menjadi”Tuan”ke atas segala makhluk dan

segala ciptaan di atas muka bumi ini. Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan asasi

dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk

melaksanakan tugas sebagai khalifah tersebut.

Khalifah berasal dari kata “ khalafa” bererti ganti ; iaitu seseorang menggantikan seseorang yang lain

sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya semasa

ketiadaannya. Tugas khalifah merangkumi :

-Menggantikan orang yang telah mati.

-Menggantikan orang yang telah tiada

-Mengambil alih tempat bagi orang yang tidak mampu menjalankan sesuatu tugas

-Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya. -[3]

Maksud khalifah menurut istilah

Menurut istilah, khalifah ialah manusia turun-temurun yang telah dipilih oleh Allah SWT. sebagai

penggantiNya untuk mentadbir, mengurus, dan memulihara serta memakmurkan alam ini sebagai

amanah Allah SWT. dengan menggunakan nikmat Allah ini dengan sebaik-baiknya.

Kesimpulannya, khalifah merupakan suatu tugas yang telah diamanahkan oleh Allah kepada seti ap

manusia sebagai wakil-Nya untuk memulihara dan memakmurkan alam ini berdasarkan syariah-Nya.

Kriteria utama sebagai khalifatullah

Jika ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas khalifatullah di muka

bumi maka manusia itu tadi tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi manusia yang menentang dan

melawan, menderhaka, dan memberontak kepada Allah, kepada kekuasaan Allah, kepada

Page 10: Manusia khalifah

pemerintahan Allah, kepada kesultanan dan kehakiman Allah, alangkah betapa kerdilnya manusia

untuk melakukan perbuatan tersebut. Pernyataan ini diperkuatkan lagi dengan Firman Allah dalam

Surah al-An’am 1: 49 bermaksud :

“Tidakkah mereka melihat berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, pada

hal Kami telah teguhkan kedudukan mereka di bumi yang tidak Kami berikan kepada Kamu. Kami

turunkan hujan yang lebat ke atas mereka dan Kami jadikan sungai yang mengalir di bawah mereka,

kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah

mereka umat yang lain”.

Dari sini jelaslah apa yang telah ditegaskan dahulu bahawa bukannya setiap hamba Allah itu dengan

sendirinya atau semestinya menjadi khalifah. Walaupun manusia itu pada hakikatnya hamba tetapi

oleh kerana ia tidak melaksanakan konsep pengabdian kepada Al lah dalam hidupnya maka dengan

sendiri ia bukan khalifah Allah. Jadi manusia yang layak menjadi khalifah Allah ialah manusia yang

menerima dan mengakui kehambaan dirinya dan melaksanakan konsep pengabdian iaitu konsep

pengabdian diri kepada Allah. [4]

1) Memiliki ilmu pengetahuan

Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan ketuanan dan kekuasaan yang diberikan

demi untuk menguasai alam benda dan alam semesta ini bagi faedah dan kepentingan tugasnya itu,

maka manusia memerlukan “ILMU”.

Al-Quran dengan jelas sekali mengakui bahawa salah satu dari asas terpenting untuk melaksanakan

tugas khalifah ialah ILMU. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda demi untuk

menguasai alam ini bagi dipergunakan untuk melaksanakan tugas khalifah dan untuk melaksanakan

konsep pengabdian dan penyerahan. [5]

Pengubahan kepada kedudukan ilmu tersebut bererti telah mengubah kedudukannya yang tabii dan

semulajadi, yang dengan sendirinya akan mengakibatkan kepincangan, kerosakan, dan kefasadan

kerana ilmu yang selayaknya menjadi”Nur” atau cahaya sudah bertukar corak kepada ilmu yang

menjadi “Api” yang membahang yang memusnahkan manusia dan tamadunnya.

Memiliki ilmu pengetahuan menjadi asas penting kepada manusia dalam menjalankan tugas sebagai

khalifah yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali penghubung dengan Allah yang telah

meletakkan tugas/ amanah khalifah.

Ilmu yang dimaksudkan bukan hanya berkaitan dengan alam tabii dan fizikal malah ia merangkumi :

(i) Ilmu tentang alam syahadah

(ii) Ilmu tentang alam ghaib

(iii) Ilmu tentang alam fizik

Page 11: Manusia khalifah

(iv) Ilmu tentang alam metafizik (ghaib)

(v) Ilmu tentang alam benda

(vi) Ilmu tentang Pencipta alam benda.

Itulah seperti yang dimaksudkan oleh Firman Allah SWT. dalam surah al -Baqarah 2 : 31 bermaksud :

Dan Dia (Allah) telah mengajarkan kepada Nabi Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, yang

kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman : “Sebutkanlah kepada-Ku nama

benda-benda itu jika kamu orang yang benar. ”

Selain dari firman di atas, Allah juga telah berfirman di dalam surah al-Rahman 1:4 yang bermaksud :

“ (Tuhan) yang Amat Pemurah serta melimpah-melimpah rahmatNya. Dialah yang telah

mengajarkan Al-Quran. Dialah yang mencipta manusia, Dialah yang membolehkan manusia memberi

dan menerima penyataan. ”

2) Pengabdian kepada Allah SWT. dan Pembangunan Bumi

Islam telah menentukan tujuan kewujudan alam ini dan mewujudkan perseimbangan hubungan

antara manusia dengan Pencipta-Nya dan antara Pencipta dengan alam. Kita dapati banyak ayat Al -

Quran yang memaparkan hubungan ini seperti Firman Allah SWT. dalam surah al -Zariyat 56 : 57

bermaksud :

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku. Aku tidak

menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak juga Aku meminta mereka memberi Aku makan. “

Al-Ustaz ‘Ilal al-Fasi menerangkan maksud hubungan ini, katanya :

“Sesungguhnya Tuhan menjadikan ibadat sebagai hikmat kepada kejadian manusia tetapi ibadat itu

bukan bermakna memisahkan manusia dari bekerja atau menyisih diri dari hal-hal keduniaan, yang

tidak sesuai dengan risalah Tuhan yang menghendaki manusia memakmurkan muka bumi dan

menyebarkan hokum-hukum Tuhan serta peraturannya selaras dengan kehendak syariat, bahkan

manusia itu sendiri bertanggungjawab mempelajari hokum Allah, sebelum mempelajari sesuatu

yang lain. ”[6]

Demikian juga manusia hendaklah memahami bahawa Allah tidak meredhai hamba-Nya yang

bersikap menjauhi kemewahan keduniaan dengan mengurung diri mereka di dalam rumah-rumah

ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat dan bermunajat di mana-mana sahaja ; di

kebun, di tempat-tempat perniagaan, dalam masyarakat atau di mana sahaja kerana semua munajat

itu dapat di dengar oleh Allah dan dengan cara itu juga manusia boleh mendekatkan diri dengan

Allah SWT. [7]

Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali.

Page 12: Manusia khalifah

Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri

semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat semasa manusia itu masih berada di alam roh lagi. Hal

ini diceritakan oleh Al-Quran sebagaimana Firman Allah SWT. dalam surah al-A’raf, ayat 172

bermaksud :

“Bukankah Aku Tuhan kamu ? “ Maka jawab roh, “Ya, kami menjadi saksi, supaya Engkau tidak

menyatakan pada hari Qiamat : Sesungguhnya kami lupa terhadap hal ini. ”

Pengakuan dan pengiktirafan itulah menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia muka bumi

ini untuk diperintah dan membangunkannya. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai

kemudahan termasuklah bumi dan laut serta isi perutnya sebagai punca rezeki agar manusia

sentiasa bersyukur dan mengingati Allah. Pernyataan ini diperkuatkan lagi dalam ayat-ayat Al-Quran

berikut yang bermaksud :

Firman Allah SWT. dalam surah Hud ayat 61 bermaksud :

“Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi serta memakmurkan kamu di. dalamnya. ”

Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah 30 : 32 bermaksud :

“ (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku akan menjadikan

seorang khalifah di atas muka bumi. Maka jawab mereka : Adakah patut Engkau menjadikan di atas

muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih

memuji Engkau dan mensucikan Engkau ? Allah berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa

yang tiada kamu ketahui. Allah mengajarnya semua nama barang kemudian dibawa barang-barang

itu kepada malaikat, lalu Allah berfirman : Khabarkanlah kepada-Ku nama-nama barang ini, jika

kamu yang benar. Jawab mereka : Maha Suci Engkau tidaklah kami tahu sesuatu itu kecuali apa-apa

yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ”

Allah SWT menciptakan alam seperti langit, bumi, tumbuhan, binatang, dan sebagainya untuk

kepentingan dan kemudahan manusia dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah. Allah SWT. telah

berfirman dalam surah al-Nahl ayat 10 bermaksud:

“Dialah (Tuhan) yang menurunkan air dari langit, di antaranya untuk minuman kamu dan di

antaranya untuk tumbuh-tumbuhan ; di sana kamu mengembala ternakan. ”

Semua kemudahan tersebut hanya diberikan kepada manusia berbanding makhluk Allah SWT. yang

lain dengan objektif yang khusus iaitu melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi. [8] Firman-Nya

dalam surah al-Isra’ 17 : 70 bermaksud :

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami telah berikan kenderaan di

daratan dan lautan serta rezeki yang baik-baik kepada mereka, dan telah Kami lebihkan dengan

sesungguhnya dari kebanyakan (makhluk lain) yang telah Kami jadikan.

Segala kemudahan yang diberikan hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bersyukur di

Page 13: Manusia khalifah

atas segala kurniaan-Nya. Seperti dalam Firman Allah SWT. dalam surah al-Nahl ayat 14 yang

bermaksud :

“Dialah (Tuhan) yang memberi kemudahan laut supaya kamu makan daging (ikan) yang lembut dan

supaya kamu keluarkan dari dalamnya perhiasan yang kamu pakai dan engkau lihat kapal layar di

laut dan supaya kamu mencari kurniaan Allah (rezeki), mudah-mudahan kamu bersyukur. ”

3) Anugerah Akal Fikiran

Imam Syairazi mentakrifkan akal merupakan satu sifat di mana dengannya kita dapat membezakan

yang baik dan yang buruk. Manakala Ahli Sunnah Wal-Jamaah pula memberi pendapat bahawa akal

merupakan satu cahaya rohani yang dengannya jiwa dapat mencapai ilmu-ilmu yang bersifat dharuri

dan nazari. [9]

Manusia menggunakan akal fikiran untuk mengetahui perkara-perkara yang lebih jauh lagi. Manusia

mampu melakukan pemikiran untuk memikirkan perkara yang akan datang dengan mengkaji sejarah

masa silam, dengan itu manusia boleh mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. [10]

Manusia seharusnya menggunakan akal fikiran untuk memperhambakan diri kepada penciptanya

iaitu Allah.

Manusia perlu menggunakan akal fikiran untuk mengimarahkan bumi ini sesuai dengan tujuan ia

dijadikan oleh Allah SWT. sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Zariyat ayat 56 yang bermaksud :

“Dan tidak sekali-sekali Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. ”

Manusia yang tidak menggunakan akal fikirannya untuk memahami kebesaran Allah sesungguhnya

telah meletakkan dirinya lebih rendah daripada taraf binatang kerana manusia memiliki kemampuan

akal yang tinggi sedangkan binatang memang tidak berakal atau memiliki akal bertaraf rendah.

Pengurusan Sebagai Khalifah Dalam Islam

Sebagai seorang khalifah, Islam tidak menggalakkan umatnya menyisihkan diri dari urusan-urusan

keduniaan atau bersikap memadai dengan apa yang ada, lebih-lebih lagi Islam melarang manusia

bersikap memutuskan hubungan dengan keduniaan sehingga ia menjadi terasing dari manusia lain

dan masyarakatnya. Bahkan Islam lebih-lebih lagi melarang manusia bersikap sebaliknya, iaitu

mengambil semua harta keduniaan dengan menggunakan kuasa, bakat dan kebolehan yang ada

pada mereka untuk membolot, memonopoli dan mengaut segala kemewahan dan keseronokan

dunia untuk kepentingannya sendiri hingga hilang perasaan kasih sayang, belas kasihan, dan sikap

tolong-menolong. Islam menganggap golongan ini sebagai golongan yang zalim, bongkak, cuai, dan

lalai. Seperti Firman Allah dalam surah Hud 15:16 bermaksud :

“Barangsiapa mencari hidup keduniaan dan perhiasannya, Kami sempurnakannya pekerjaannya di

Page 14: Manusia khalifah

dunia mereka tidak mendapat apa-apa di akhirat melainkan neraka. Dan hapuslah segala yang

mereka perbuat di dunia, dan binasalah apa-apa yang mereka amalkan. ”

Dari aspek kebendaan dan pekerjaan umpamanya, manusia mempunyai tugas untuk menyusun dan

melaksanakannya sejajar dengan peranan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi ini. Meskipun

begitu, sesuatu usaha itu tidak akan bernilai sekiranya usaha itu mengarah kepada sesuatu yang

menghilangkan keistimewaan manusia atau memutuskan perhubungan manusia dengan

masyarakatnya.

KESIMPULAN

Hanya dengan Islam maka manusia berhak menjadi khalifah di dunia. Tanpa Islam, manusia telah

menentang dan memberontak terhadap kekuasaan, pemerintahan, kesultanan dan kehakiman Allah.

Hanya dengan Islam yang berpandukan kepada dua jenis Ilmu tadi manusia akan mencapai

kesejahteraan yang menjadi saripati tamadun umat manusia.

Tanpa ilmu manusia tidak akan mencapai hakikat tamadun kerana antara Islam dengan erti

kesejahteraan tidak dapat dipisahkan. Hakikat akan lebih jelas dirasakan manakala Allah

menegaskan kepada umat manusia bahawa Islam itu adalah fitratullah atau sunnatullah pada alam

ciptaan-Nya.

Islam itulah juga fitrah manusia dan fitrah alam semesta. Penafian dan keingkaran manusia kepada

Islam sebagai asas falsafah tamadunnya adalah bertentangan dengan sifat fitrah kemanusiaannya

yang pasti akan mengakibatkan kerosakan dan penderitaan manusia sendiri.

RUJUKAN

Ilal al-Fasi. (tanpa tahun). Maqasid as-Syari’ah wa Makarimu-ha. Kuala Lumpur. Akademi Pengajian

Islam, Universiti Malaya.

Afif Abd. Fatah Tabarah (Dr. ) (1992). Nadi Ajaran Islam. Kuala Lumpur. Bahagian Hal Ehwal Islam,

Jabatan Perdana Menteri.

Mahmud Syahout. (tanpa tahun). Tawjihat al-Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Salam.

Musa Muhammad (1987). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Salam.

Haji Muhamad bin Endut. (2000). Pendidikan Islam PMR. Selangor. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Insan dan Manhaj Ketuhanan. (IMK 102). (tanpa tahun). Arau. Pusat Pendidikan Islam, UiTM

Cawangan Perlis.

Page 15: Manusia khalifah

FUNGSI MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Februari 28, 2010

Oleh : Zaldy Munir

ALLAH SWT menciptakan alam semesta dan menentukan fungsi- fungsi dari setiap elemen

alam ini. Mata hari punya fungsi, bumi punya fungsi, udara punya fungsi, begitulah seterusnya; bintang-bintang, awan, api, air, tumbuh-tumbuhan dan seterusnya hingga

makhluk yang paling kecil masing-masing memiliki fungsi dalam kehidupan. Pertanyaan kita adalah apa sebenarnya fungsi manusia dalam pentas kehidupan ini? Apakah sama fungsinya dengan hewan dan tumbuh-tumbuhan? atau mempunyai fungsi yang lebih istimewa ?

Bagi seorang atheis, manusia tak lebih dari fenomena alam seperti makhluk yang lain. Oleh karena itu, manusia menurut mereka hadir di muka bumi secara alamiah dan akan hilang secara alamiah. Apa yang dialami manusia, seperti peperangan dan bencana alam yang

menyebabkan banyak orang mati, adalah tak lebih sebagai peristiwa alam yang tidak perlu diambil pelajaran atau dihubungkan dengan kejahatan dan dosa, karena dibalik kehidupan ini

tidak ada apa-apa, tidak ada Tuhan yang mengatur, tidak ada sorga atau neraka, seluruh kehidupan adalah peristiwa alam. Bagi orang atheis fungsi manusia tak berbeda dengan fungsi hewan atau tumbuh-tumbuhan, yaitu sebagai bagian dari alam.

Bagi orang yang menganut faham sekuler, manusia adalah pemilik alam yang boleh

mengunakannya sesuai dengan keperluan. Manusia berhak mengatur tata kehidupan di dunia ini sesuai dengan apa yang dipandang perlu, dipandang baik dan masuk akal karena manusia

memiliki akal yang bisa mengatur diri sendiri dan memutuskan apa yang dipandang perlu. Mungkin dunia dan manusia diciptakan oleh Tuhan, tetapi kehidupan dunia adalah urusan manusia, yang tidak perlu dicampuri oleh agama. Agama adalah urusan individu setiap orang

yang tidak perlu dicampuri oleh orang lain apa lagi oleh negara.

Agama Islam mengajarkan bahwa manusia memiliki dua predikat, yaitu sebagai hamba Allah (`abdullah) dan sebagai wakil Allah (khalifatullah) di muka bumi. Sebagai hamba Allah,

manusia adalah kecil dan tak memiliki kekuasaan. Oleh karena itu, tugasnya hanya menyembah kepada-Nya dan berpasrah diri kepada-Nya. Tetapi sebagai khalifatullah, manusia diberi fungsi sangat besar, karena Allah Maha Besar maka manusia sebagai wakil-

Nya di muka bumi memiliki tanggung jawab dan otoritas yang sangat besar.

Sebagai khalifah, manusia diberi tangung jawab pengelolaan alam semesta untuk kesejahteraan umat manusia, karena alam semesta memang diciptakan Tuhan untuk manusia.

Sebagai wakil Tuhan manusia juga diberi otoritas ketuhanan; menyebarkan rahmat Tuhan, menegakkan kebenaran, membasmi kebatilan, menegakkan keadilan, dan bahkan diberi

otoritas untuk menghukum mati manusia. Sebagai hamba manusia adalah kecil, tetapi sebagai khalifah Allah, manusia memiliki fungsi yang sangat besar dalam menegakkan sendi-sendi kehidupan di muka bumi. Oleh karena itu, manusia dilengkapi Tuhan dengan kelengkapan

psikologis yang sangat sempurna, akal, hati, syahwat dan hawa nafsu, yang kesemuanya sangat memadai bagi manusia untuk menjadi makhluk yang sangat terhormat dan mulia, disamping juga sangat potensil untuk terjerumus hingga pada posisi lebih rendah dibanding

binatang.

Fungsi Khalifah

Page 16: Manusia khalifah

Pada dasarnya, akhlak yang diajarkan Alquran terhadap lingkungan bersumber dari fungi manusia sebagai khalifah. Kekhalifahan menuntut adanya interaksi antara manusia

dengan sesamanya dan manusia terhadap alam. Kekhalifahan mengandung arti pengayoman, pemeliharaan, serta pembimbingan, agar setiap makhluk mencapai tujuan penciptaannya.

Dalam pandangan akhlak Islam, seseorang tidak dibenarkan mengambil buah sebelum matang, atau memetik bunga sebelum mekar, karena hal ini berarti tidak memberi kesempatan kepada makhluk untuk mencapai tujuan penciptaannya.

Ini berarti manusia dituntut untuk mampu menghormati proses-proses yang sedang berjalan,

dan terhadap semua proses yang sedang terjadi. Yang demikian mengantarkan manusia bertanggung jawab, sehingga ia tidak melakukan perusakan, bahkan dengan kata lain,

“Setiap perusakan terhadap lingkungan harus dinilai sebagai perusakan pada diri manusia sendiri.” Binatang, tumbuhan, dan benda-benda tak bernyawa semuanya diciptakan oleh Allah Swt. dan menjadi milik-Nya, serta semua memiliki ketergantungan kepada-Nya.

Keyakinan ini mengantarkan sang Muslim untuk menyadari bahwa semuanya adalah “umat” Tuhan yang harus diperlakukan secara wajar dan baik.

Karena itu dalam Alquran ditegaskan bahwa :

“Dan tidaklah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang

dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti manusia...” (QS. Al-An’am [6] : 38)

Bahwa semuanya adalah milik Allah, mengantarkan manusia kepada kesadaran bahwa

apapun yang berada di dalam genggaman tangannya, tidak lain kecuali amanat yang harus dipertanggungjawabkan. “Setiap jengkal tanah yang terhampar di bumi, setiap angin yang berhembus di udara, dan setiap tetes hujan yang tercurah dari langit akan

dimintakan pertanggungjawabannya, manusia menyangkut pemeliharaan dan pemanfaatannya”, demikian kandungan penjelasan Nabi Saw. tentang firman-Nya dalam

Alquran

“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kemikmatan (yang kamu peroleh).” (At-Takatsur, [102]: 8)

Dengan demikian manusia bukan saja dituntut agar tidak alpa dan angkuh terhadap

sumber daya yang dimilikinya, melainkan juga dituntut untuk memperhatikan apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Pemilik (Tuhan) menyangkut apa yang berada di sekitar manusia.

“Kami tidak menciptakan langit dan bumi serta yang berada di antara keduanya, kecuali

dengan (tujuan) yang hak dan pada waktu yang ditentukan” (QS Al-Ahqaf [46]: 3).

Pernyataan Allah ini mengundang seluruh manusia untuk tidak hanya memikirkan kepentingan diri sendiri, kelompok, atau bangsa, dan jenisnya saja, melainkan juga harus

berpikir dan bersikap demi kemaslahatan semua pihak. Ia tidak boleh bersikap sebagai penakluk alam atau berlaku sewenang-wenang terhadapnya. Memang, istilah penaklukan alam tidak dikenal dalam ajaran Islam. Istilah itu muncul dari pandangan mitos Yunani yang

beranggapan bahwa benda-benda alam merupakan dewa-dewa yang memusuhi manusia sehingga harus ditaklukkan.

Page 17: Manusia khalifah

Yang menundukkan alam menurut Alquran adalah Allah. Manusia tidak sedikit pun mempunyai kemampuan kecuali berkat kemampuan yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

“Mahasuci Allah yang menjadikan (binatang) ini mudah bagi kami, sedangkan kami sendiri

tidak mempunyai kemampuan untuk itu.” (QS. Az-Zukhruf [43]: 13)

Jika demikian, manusia tidak mencari kemenangan, tetapi keselarasan dengan alam. Keduanya tunduk kepada Allah, sehingga mereka harus dapat bersahabat. Aquran

menekankan agar umat Islam meneladani Nabi Muhammad Saw. yang membawa rahmat untuk seluruh alam (segala sesuatu). Untuk menyebarkan rahmat itu, Nabi Muhammad Saw.

bahkan memberi nama semua yang menjadi milik pribadinya, sekalipun benda-benda itu tak bernyawa. “Nama” memberikan kesan adanya kepribadian, sedangkan kesan itu mengantarkan kepada kesadaran untuk bersahabat dengan pemilik nama.

Ini berarti bahwa manusia dapat memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya. Namun pada saat

yang sama, manusia tidak boleh tunduk dan merendahkan diri kepada segala sesuatu yang telah direndahkan Allah untuknya, berapa pun harga benda-benda itu. Ia tidak boleh

diperbudak oleh benda-benda itu. Ia tidak boleh diperbudak oleh benda-benda sehingga mengorbankan kepentingannya sendiri. Manusia dalam hal ini dituntut untuk selalu mengingat-ingat, bahwa ia boleh meraih apapun asalkan yang diraihnya serta cara meraihnya

tidak mengorbankan kepentingannya di akhirat kelak.

Memanfaatkan Segala Potensi

Manusia merupakan khalifah di bumi ini, diciptakan oleh Allah dengan berbagai kelebihan dan kesempurnaan yang menyertainya. Kita diberi akal pikiran dan juga hawa nafsu sebagai

pelengkapnya. Manusia telah diberikan berbagai fasilitas di muka bumi sebagai alat pemenuhan kebutuhan manusia. Semua yang kita perlukan telah terhampar di alam semesta, manusia hanya perlu mengelolanya saja.

Dalam kelangsungan hidup manusia terjadi berbagai perkembangan di dunia, semakin kompleksnya kebutuhan manusia, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, dengan terciptanya berbagai mesin-mesin dan berbagai alat komunikasi yang membantu

meringankan kehidupan dan pekerjaan manusia. Didorong dengan nafsu keserakahannya, manusia hanya berusaha untuk memenuhi kebutuhannya, negara hanya berpikir untuk

memajukan perekonomian dan pembangunan besar-besaran diberbagai sektor, tanpa memikirkan dampak lingkungan yang diakibatkan dari apa yang dilakukan manusia. Termasuk penduduk Indonesia perilakunya juga seperti itu, bisa dikatakan kepeduliannya

sangat kecil terhadap lingkungan, ini tidak lepas dari tingkat kesadaran masyarakat dan juga desakan ekonomi yang juga menuntut masyarakat berusaha untuk memenuhi kebutuhannya

tanpa menghiraukan dampak lingkungan yang diakibatkan.

Kegiatan manusia di dunia ini banyak menimbulkan masalah bagi lingkungan, erosi tanah, polusi udara, banjir, tanah longsor, tanah yang hilang kesuburannya, hilangnya spesies-spesies dalam ekosistem, kekeringan, hilangnya biota-biota laut dan yang paling

memprihatinkan adalah pemanasan suhu global, yaitu peristiwa pemanasan bumi yang disebabkan oleh peningkatan ERK (Efek Rumah Kaca) yang disebabkan oleh gas rumah kaca

(GRK), seperti CO2, CH4, Sulfur dan lain-lain yang menyerap sinar panas atau menyebabkan terperangkapnya panas matahari (sinar infra merah). ERK (greenhouse effect) bukan berarti

Page 18: Manusia khalifah

disebabkan oleh bangunan-bangunan yang berdinding kaca, tapi hanya merupakan istilah yang berasal dari para petani di daerah iklim sedang yang menanam tanaman di rumah kaca.

Global Warming sangat perlu diperhatikan oleh seluruh penduduk dunia, dan termasuk

didalamnya penduduk Indonesia, dengan bersinergi menurunkan dan memperlambat peningkatan greenhouse effect. Langkah-langkah nyata harus dilakukan oleh masyarakat,

karena sangat besarnya dampak yang diakibatkan oleh pemanasan global bagi kelangsungan hidup manusia dan makhluk lain yang hidup di bumi.

Kita ketahui Indonesia merupakan negara maritim. Pemanasan global yang saat ini terjadi

akan memicu naiknya suhu atmosfer bumi, dan akan menaikkan permukaaan air laut, yang juga didukung oleh pencairan es di kutub bumi. Hal ini dapat memicu tenggelamnya negara kita, didahului dengan tenggelamnya ribuan pulau-pulau kecil yang dimiliki Indonesia. Kalau

pemanasan global tidak cepat ditanggulangi dan membiarkan kegiatan-kegiatan manusia yang tidak ramah dengan lingkungan, mungkin beberapa abad lagi negara kita akan

tenggelam dan berakhirlah peradaban manusia di dunia.

Seiring pertumbuhan penduduk yang cenderung tidak dapat dikendalikan dan selalu menunjukkan peningkatan. Hal ini juga terjadi di Indonesia, akan memicu naiknya kebutuhan-kebutuhan manusia seperti pangan, tempat tinggal, listrik, BBM dan banyak

kebutuhan lainnya. Kesemuanya itu akan meningkatkan kebutuhan manusia akan lahan-lahan yang digunakan untuk produksi pertanian, perkebunan, pertambangan, tempat tinggal, jalan-

jalan dan fasilitas umum. Hal ini tidak bisa dipungkiri, dan akhirnya terjadilah penebangan pohon-pohon dan hutan untuk memenuhi kebutuhan untuk bahan baku industri tanpa menghiraukan dampak lingkungan yang akan diderita.

Ini berarti manusia dituntut untuk mampu menghormati proses-proses yang sedang berjalan,

dan terhadap semua proses yang sedang terjadi. Yang demikian mengantarkan manusia bertanggung jawab, sehingga ia tidak melakukan perusakan, bahkan dengan kata lain,

“Setiap perusakan terhadap lingkungan harus dinilai sebagai perusakan pada diri manusia sendiri.” Binatang, tumbuhan, dan benda-benda tak bernyawa semuanya diciptakan oleh Allah Swt. dan menjadi milik-Nya, serta semua memiliki ketergantungan kepada-Nya.

Keyakinan ini mengantarkan sang Muslim untuk menyadari bahwa semuanya adalah “umat” Tuhan yang harus diperlakukan secara wajar dan baik.

Sebagai khalifah, manusia diberi tangung jawab pengelolaan alam semesta untuk

kesejahteraan ummat manusia, karena alam semesta memang diciptakan Allah untuk manusia. Sebagai hamba manusia adalah kecil, tetapi sebagai khalifah Allah, manusia memiliki fungsi yang sangat besar dalam menegakkan sendi-sendi kehidupan di muka bumi.

Oleh karena itu, manusia dilengkapi Tuhan dengan kelengkapan psikologis yang sangat sempurna, akal, hati, syahwat dan hawa nafsu, yang kesemuanya sangat memadai bagi

manusia untuk menjadi makhluk yang sangat terhormat dan mulia, disamping juga sangat potensil untuk terjerumus hingga pada posisi lebih rendah dibanding binatang. ***

About these ads

Page 19: Manusia khalifah

( MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH )

8.1. PERANAN MANUSIA.

Manusia dijadikan oleh Allah bukan secara sia-sia dan main-main bahkan, mempunyai peranan dan

matlamat yang tertentu. Firman Allah SWT:

Maksudnya :

“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja

(sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak

akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)

Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi

ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah

kepadaNya.

8.1 KONSEP MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH.

8.1.1 Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba.

Allah SWT dengan kehendak kebijaksanaanNya telah mencipta makhluk-makhluk yang di tempatkan

di alam penciptaanNya. Manusia di antara makhluk Allah dan menjadi hamba Allah SWT. Sebagai

hamba Allah tanggungjawab manusia adalah amat luas di dalam kehidupannya, meliputi semua

keadaan dan tugas yang ditentukan kepadanya.

Tanggungjawab manusia secara umum digambarkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis berikut.

Dari Ibnu Umar RA katanya; “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa

yang digembalainya.Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya

tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya

tentang pengembalaannya.Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya

tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan

ditanya tentang pengembalaannya.”

(Muttafaq ‘alaih)

Allah mencipta manusia ada tujuan-tujuannya yang tertentu. Manusia dicipta untuk dikembalikan

semula kepada Allah dan setiap manusia akan disoal di atas setiap usaha dan amal yang dilakukan

selama ia hidup di dunia. Apabila pengakuan terhadap kenyataan dan hakikat wujudnya hari

pembalasan telah dibuat maka tugas yang diwajibkan ke atas dirinya perlu dilaksanakan.

8.1.2 Manusia Sebagai Khalifah Allah.

Page 20: Manusia khalifah

Antara anugerah utama Allah kepada manusia ialah pemilihan manusia untuk menjadi khalifah atau

wakilNya di bumi. Dengan ini manusia berkewajipan menegakkan kebenaran, kebaikan, mewujudkan

kedamaian, menghapuskan kemungkaran serta penyelewengan dan penyimpangan dari jalan Allah.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi

seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang

melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis

dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”

(Al-Baqarah:30)

Di kalangan makhluk ciptaan Allah, manusia telah dipilih oleh Allah melaksanakan tanggungjawab

tersebut. Ini sudah tentu kerana manusia merupakan makhluk yang paling istimewa.

8.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAHNYA.

Tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah kepada Allah secara khususnya meliputi

perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Tanggungjawab tersebut bolehlah dirumuskan

seperti berikut:

1. Mengabdikan diri kepada Allah menerusi beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh dalam

bentuk yang sempurna.

2. Sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan amanah Allah, memelihara serta mengawal agama

Allah serta ajaran Allah SWT.

3. Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini, manusia hendaklah menyedari dan

memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan menyebarkan dan memperluaskan ajaran Islam

ke arah menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini, dengan

berperanan menegakkan amar makruf serta mencegah kemungkaran.

Firman Allah Ta’ala :

Page 21: Manusia khalifah

Maksudnya :

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan

(mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada

segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang

berjaya. (Ali Imran: 104)

Apabila tugas menyeru kepada Islam dilakukan secara meluas dan menyeluruh dan dapat memberi

kesedaran dan keinsafan nescaya akan dapat mewujudkan manusia yang faham akan

tanggungjawab dan menjadi manusia yang bertanggungjawab.

4. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah manusia menjaga agama

dengan melaksanakan dua perkara:

i) Menegakkan Islam. Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah

SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan hukumnya di samping

mempertahankan agamanya dari ancaman musuh.

ii) Melaksanakan Islam. Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dalam

semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.

5. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk ke dalam neraka.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang

bahan bakarnya manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat

yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang

diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan.” (At-

Tahrim : 6)

Begitulah di antara tanggungjawab besar yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang hidup di

atas muka bumi Allah. Seterusnya ia mestilah kembali kepada Islam, menghayati Islam, kembali

kepada beriman dan beramal soleh.

Page 22: Manusia khalifah

Antara hamba dan khalifah Allah

Isu ini telah saya bangkitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 27 November lalu ketika

membicarakan seruan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang

keperluan memperkasakan sekolah kebangsaan di Malaysia. Hal yang sama juga telah saya sentuh di

dalam program khas Al-Kulliyyah secara langsung di TV3 juga pada 27 November 2002 ketika

membicarakan tajuk Islam Serba Indah.

Saya melihat bahawa sejak lima belas abad kedatangan Islam ke rantau ini, tekanan dan kefahaman

kita tentang Islam adalah tertumpu sebahagian besarnya kepada amalan ritual, ibadat khusus dan

fardu ain sahaja. Penumpuan kepada soal ini sememangnya merupakan asas yang penting dan

utama bagi setiap individu Islam agar asas utama Islam ini menjadi amalan umat keseluruhannya.

Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila asas amalan Islam ini tidak dilanjutkan lagi ke hadapan,

iaitu ke satu sasaran yang menjangkaui aspek ibadat khusus dan amalan ritual. Sepatutnya dengan

perubahan zaman dan keadaan dan kemajuan manusia yang telah begitu jauh terkehadapan, segala

ajaran Islam juga seharusnya telah dapat meliputi segala aspek kehidupan umat Islam.

Kita sering memperkatakan tentang kejadian manusia sebagai makhluk Allah subhanahu wa taala

dan fungsi manusia, atau tujuan manusia diciptakan Allah. Mengikut ajaran Islam, manusia dijadikan

Allah adalah untuk menjalankan peranannya sebagai hamba Allah, dan dalam masa yang sama

menjadi khalifah-Nya untuk mentadbir dan membangunkan dunia ini mengikut perintah dan ajaran

Allah dan Rasul-Nya.

Allah berfirman:

Dialah (Allah) yang menjadikan kamu sebagai para khalifah di bumi, dan mengangkat beberapa

darjat sesetengah kamu di atas sesetengah (yang lain) agar Dia dapat menguji kamu di atas apa yang

kamu lakukan (Al-An'am, ayat 165).

Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa makhluk Allah yang bernama manusia ini telah

diamanahkan oleh Allah agar menjadi khalifah untuk mengatur kehidupan di muka bumi sesuai

dengan ajaran-Nya. Maka di antara umat manusia itu pula, Allah akan mengangkat darjat mereka

sesuai dengan apa yang mereka lakukan dalam menunaikan tanggungjawab tersebut.

Maka tugas khalifah ialah untuk memakmurkan alam, mengambil manfaat daripada kejadian langit

dan bumi, lautan dan daratan, di atas muka bumi dan di dalam perutnya, mentadbir umat manusia

supaya dapat berfungsi sebagai umat yang berakhlak dan berkemajuan, bertamadun dan berilmu.

Tugas ini merupakan tanggungjawab manusia ketika diberikan amanah untuk mentadbirkan alam ini

dengan sebaik-baiknya.

Segala panduan dan dasar pentadbiran ini telah diterangkan oleh Allah dalam kitab suci al-Quran,

dan diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sejarah hidupnya dengan perbuatan dan perkataan

baginda, serta tingkah laku dan kepimpinan baginda sendiri sepanjang hayat baginda. Di dalam al -

Quran terdapat penjelasan umum tentang segala sesuatu yang terdapat di atas muka bumi dan alam

Page 23: Manusia khalifah

sarwajagat ini. Terdapat segala dasar ilmu dunia akhirat yang membuka ruang yang begitu luas tanpa

sempadan untuk manusia mengkajinya.

Al-Quran mengajar manusia supaya menjadi umat yang bertamadun, berilmu pengetahuan, menjadi

hamba Allah yang dapat berfikir, berperanan sebagai makhluk yang dapat mengambil faedah

daripada segala kejadian-Nya, sehingga ruang lingkup rahsia kejadian Allah dan kurniaan-Nya

menjelma menjadi bidang ilmu yang seharusnya dikuasai manusia, dan bidang ilmu inilah yang

kemudiannya menjelma dalam era maju manusia menjadi ilmu teknologi, pengurusan, ekonomi,

kemanusiaan, perusahaan, pembuatan dan sains.

Inilah sebahagian daripada peranan yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini dan

seharusnya ditunaikan atas sifatnya sebagai khalifah Allah. Umat yang diamanahkan menjadi

khalifah ini seharusnya dapat menjadi pemimpin manusia lain dalam merealisasikan ajaran Allah dan

melaksanakannya dalam semua aspek kehidupan mereka sendiri serta memandu manusia yang lain

dalam mencipta kebaikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Dalam konteks inilah juga penegasan Allah tentang kebangkitan umat sebagai umat terbaik untuk

menyeru kepada makruf dan mencegah mungkar merupakan satu panduan yang perlu

dimanifestasikan di dalam kehidupan mereka ketika menjalankan amanah yang

dipertanggungjawabkan itu.

Memandangkan realiti umat Islam pada hari ini, nampaknya harapan agar umat Islam menjadi

khalifah Allah bagi menjalankan peranannya sebagai pemegang amanah mentadbirkan alam ini

menurut ajaran Islam tidak terlaksana, malahan agak jauh terlepas daripada tangan mereka. Umat

Islam kini bukan menjadi pemimpin alam, tetapi menjadi umat yang dipimpin dan diheret ke sana ke

mari mengikut kuasa pengembala alam yang terdiri daripada manusia dan umat lain yang selama ini

telah memanfaatkan segala kejadian Allah dan memainkan peranan mereka untuk menguasai segala

ilmu yang membawa kepada kuasa kepimpinannya.

Umat Islam dalam sejarahnya yang panjang hanya dapat mengecap tamadun dan ketinggian

peradabannya dalam masa yang agak singkat, iaitu ketika tamadun dan ilmu pengetahuan Islam itu

telah memartabatkan umat menjadi pemimpin dunia di Timur dan di Barat dengan tersebarnya

tamadun Islam dan ilmu pengetahuannya yang tinggi, sehingga umat Islam pada ketika itu menjadi

penyumbang yang besar terhadap tamadun alam ini.

Setelah itu umat Islam mundur ke belakang, dan menjadi umat yang dipimpin oleh penjajahan

mental dan fizikal Barat, menjadi umat yang ditindas dan diperlakukan sebagai manusia serba lemah

dan mundur.

Maka tidak hairanlah setelah sekian lama kita menerima Islam, termasuk di daerah kita dan alam

nusantara ini, kita telah menjadi umat yang keliru dan sempit kefahamannya tentang Islam itu

sendiri. Selama berabad-abad lamanya kita nampaknya menumpukan perhatian dan kerja kita

memahami ritual dan ibadat dalam skopnya yang terbatas. Kita lebih banyak bertindak untuk

memahami peranan kita sebagai hamba Allah dengan menumpukan kefahaman dan amalan kita

dalam melakukan ibadat khusus bagi membina hubungan kita dengan Allah.

Page 24: Manusia khalifah

Pengisian

Sedangkan kita semua memahami tugas kita sebagai hamba dan khalifah Allah. Maka sebahagian

besar tugas kita sebagai khalifah untuk mentadbir dan menguasai alam ini dalam aspek yang lebih

luas dan bermakna tidak kita periksa dan laksanakan.

Segala saluran pendidikan, formal atau tidak formal nampaknya diisikan dengan ilmu pengetahuan

yang amat sempit, dan terlalu lemah untuk mendidik manusia menjadi khalifah di alam ini. Selama

berabad-abad penumpuan kita di dalam pendidikan yang dikatakan ̀ `pendidikan Islam'' atau

``pendidikan agama'' itu hanya tertumpu kepada beberapa bidang pengisian yang terhad dan

sempit. Yang lebih mendukacitakan pula ialah dalam masa yang sama segala pengisian ilmu

pengetahuan ciptaan akal fikiran manusia yang merupakan ilmu peralatan untuk memakmurkan

alam ini dikira sebagai ilmu dunia yang terkeluar daripada pembicaraan Islam.

Ketika Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ditubuhkan dulu, banyak negara Islam yang

menyatakan pandangannya bahawa UIAM bukanlah merupakan sebuah universiti Islam kerana

universiti itu memperkenalkan kursus-kursus profesional seperti ekonomi, undang-undang,

kemudiannya seni bina, kejuruteraan dan sebagainya. Kekeliruan ini berlaku kerana skop kefahaman

umat Islam tentang universiti Islam ialah sebuah universiti yang menumpukan disiplin ilmunya

kepada pengajaran syariah, usuluddin, bahasa Arab dan sebagainya dalam kefahaman tradisional

yang menjadi anutan umat Islam selama ini. Maka mana-mana universiti yang menjurus kepada

bidang ilmu akli dianggap bukanlah merupakan pusat pengajian yang berbentuk Islam, walaupun

falsafah pengajiannya adalah menurut falsafah dan konsep ilmu seperti yang dikehendaki I slam itu

sendiri misalnya seperti falsafah penubuhan UIAM.

Kita sepatutnya menyedari bahawa makhluk rohani tidak dapat menjadi khalifah Allah untuk

mentadbirkan alam ini. Makhluk seperti manusia yang merangkumi peranan kerohanian, kebendaan,

fizikal dan akal inilah yang seharusnya menjadi khalifah Allah. Kerana itulah, pada pandangan saya,

ketika para malaikat membantah kehendak Allah agar dilantik manusia untuk menjadi khalifah di

atas muka bumi ini atas alasan bahawa merekalah yang selayaknya menjadi khalifah, atas dasar

bahawa merekalah yang sentiasa mensucikan Allah, maka Allah memberitahu mereka bahawa Allah

lebih mengetahui tentang perkara ini lebih daripada apa yang mereka ketahui.

Hal ini mempunyai hubungan dengan kefahaman dan tanggapan umat Islam pada hari ini tentang

skop pendidikan dan agenda mereka untuk menjadi pentadbir alam ini. Kefahaman ini amat

mengongkong akal fikiran.

Hal yang sama sebenarnya dapat kita fahami pada masa ini ketika kefahaman kita tentang sekolah

agama, pusat pengajian agama dan sebagainya telah disempitkan bidang pengajiannya. Ramai yang

merasakan bahawa ̀ `agama'' itu telah terkongkong dalam sempadan yang amat sempit.

Tetapi bila menyebut hal ini, saya tidaklah mempersoalkan tentang bidang pengajian agama yang

menjadi asas setiap individu dalam urusan ibadat format dan fardu ain. Malah asas itu perlulah

diperkasakan dan diperkuatkan dalam setiap individu Islam di semua peringkat dan institusi.

Page 25: Manusia khalifah

Yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimanakah perjalanan kita dalam jalan yang sempit dan

terhad itu dapat kita panjangkan dan perluaskan lagi agar mencakupi matlamat yang lebih besar

dalam kehidupan kita, iaitu kita di samping menjadi hamba Allah yang baik, taat dan patuh kepada

Allah dalam amal ibadat, akan juga dapat menjalankan peranan kita sebagai khalifah-Nya yang dapat

menguasai alam ini dalam semua ilmu, kecekapan dan kemampuan semasa.

Kalau matlamat ini dapat difahami dan akhirnya dicapai oleh umat Islam, pada masa itu barulah

dapat kita laung-laungkan dengan sekeras-keras suara bahawa kita adalah umat yang berperanan

sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Posted by mfrstudio at 8:39 AM