bil: 51 / 2011

36
Berita UKUR 1 Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 50 JANUARI - JUN 2011 ISSN 0128-0414 T he International of Symposium and Exhibition on Geoinformation 2011 (ISG 2011) merupakan acara tahunan bagi para profesional, pengkaji serta pengamal untuk mempamerkan apa-apa bentuk penemuan dan pandangan terbaru, perkongsian idea, perkongsian ilmu pengetahuan, berkongsi pengalaman di samping menerangkan arahan dan penyelesaian terbaru berkaitan Sains Geospatial, teknologi dan aplikasinya. Pada 27-29 September 2011, 10th International Symposium & Exhibition on Geoinformation 2011 (ISG 2011) and ISPRS 2011 Conference telah diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. Ia adalah program bersama antara ISG dan ISPRS (International Society for Photogrammetry and Remote Sensing) Commission II/5 dan Commission II/7. Dengan bertemakan ‘Seamless Innovative Geospatial Solutions’, program ini adalah anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan ISG bersama- sama dengan beberapa agensi lain seperti ISPRS, JUPEM, LJT dan beberapa buah universiti tempatan. Beberapa aktiviti dijalankan sepanjang program ini seperti pembentangan kertas kerja teknikal dan pameran produk berkaitan geoinformasi yang menarik minat golongan seperti ahli akademik, juruukur, juruukur hidrografi, jurutera, penyelidik, perancang dan juga para pelajar universiti yang terlibat dalam bidang geoinformasi. Beberapa orang pegawai JUPEM juga terlibat dalam pembentangan kertas kerja semasa program tersebut berlangsung. JUPEM turut menyertai sesi pameran yang diadakan sepanjang dua hari program itu. Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 51 JULAI - DISEMBER 2011 ISSN 0128-0414 BERITA UKUR 10th International Symposium & Exhibition on Geoinformation 2011 (ISG 2011) and ISPRS 2011

Upload: hoangcong

Post on 12-Jan-2017

269 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 1

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bil : 50 JANUARI - JUN 2011 ISSN 0128-0414

The International of Symposium and Exhibition on Geoinformation 2011 (ISG 2011) merupakan

acara tahunan bagi para profesional, pengkaji serta pengamal untuk mempamerkan apa-apa bentuk penemuan dan pandangan terbaru, perkongsian idea, perkongsian ilmu pengetahuan, berkongsi pengalaman di samping menerangkan arahan dan penyelesaian terbaru berkaitan Sains Geospatial, teknologi dan aplikasinya.

Pada 27-29 September 2011, 10th International Symposium & Exhibition on Geoinformation 2011 (ISG 2011) and ISPRS 2011 Conference telah diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. Ia adalah program bersama antara ISG dan ISPRS (International Society for Photogrammetry and Remote Sensing) Commission II/5 dan Commission II/7. Dengan bertemakan ‘Seamless Innovative Geospatial Solutions’, program ini adalah anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan ISG bersama-sama dengan beberapa agensi lain seperti ISPRS, JUPEM, LJT dan beberapa buah universiti tempatan.

Beberapa aktiviti dijalankan sepanjang program ini seperti pembentangan kertas kerja teknikal dan pameran produk berkaitan geoinformasi yang menarik minat golongan seperti ahli akademik, juruukur, juruukur hidrografi, jurutera, penyelidik, perancang dan juga para pelajar universiti yang terlibat dalam bidang geoinformasi. Beberapa

orang pegawai JUPEM juga terlibat dalam pembentangan kertas kerja semasa program tersebut berlangsung. JUPEM turut menyertai sesi pameran yang diadakan sepanjang dua hari program itu.

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bil : 51 JULAI - DISEMBER 2011 ISSN 0128-0414

BERITA UKUR

10th International Symposium & Exhibition on Geoinformation 2011 (ISG 2011) and ISPRS 2011

Page 2: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 2

Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan penerbitan Berita Ukur lebih luas dan padat:-Sidang Pengarang

PenasihatYBhG. DATUK PRof. SR DR. ABDUL KADIR BIn TAIB

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

PengerusiSR AhMAD fAUzI BIn noRDIn, KMn, JSM

Timbalan Ketua Pengarah Ukur danPemetaan I

Ketua PenyuntingSR hAJI RAMLI BIn noR

PenyuntingSR noRAzMEL BIn ABD. KARIMRoSMARTInI BT. ABD. RAhMAn

Pengarang/JurugambarSURAnI BIn LEGIMEn

MohD zUMAIRI BIn AhMADMohD zAKARIA BIn GzAzALI

hASAnUL ARIffIn BIn MohD. noR

Ketua Rekabentuk/PercetakanhAJI MUhAMMAT PUzI BIn AhMAT, KSD

Makluman Semua pendapat dan buah fikiran dalam Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat rasmi Pentadbiran Jabatan. Sidang Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan sumbangan dari pembaca.

Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada:

PengerusiPenerbitan Berita UkurTingkat 13, Bangunan Wisma JUPEMJalan Semarak50578 Kuala LumpurTel : 03-26170800 faks : 603-26170990

RenunganDiriwayatkan dari Abu Hurairah ra :

Rasulullah SAW pernah bersabda, “perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad SAW bersabda, “bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh kerana itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan petang hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) kerana dengan cara itulah kamu akan mencapai (syurga)”.

Pelbagai cabaran yang semakin kompleks perlu dihadapi oleh Perkhidmatan Awam berikut perubahan sosial dan ekonomi dunia. Ini ditambah lagi dengan kehendak dan ekspektasi pelanggan yang semakin hari semakin meningkat. Persekitaran yang begitu kompetitif memerlukan perkhidmatan awam melakukan transformasi dalam sistem penyampaian yang sedia ada yang lebih inovatif yang bukan sahaja memenuhi kehendak tetapi boleh melangkaui ekpektasi pelanggan dan stakeholder.

Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menetapkan agenda transformasi negara berpaksikan budaya kreativiti dan inovasi. Penjawat awam juga perlu bersedia menyahut seruan Perdana Menteri untuk memberikan penekanan kepada aspek inovasi dan kreatif agar produktiviti di sektor awam dapat ditingkatkan secara berganda (Quantum leap).

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baharu atau dalam bentuk baharu melalui kemahiran imaginasi di mana ia melibatkan:

• Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik;

• Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian; dan

• Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi

Menjadikan kreativiti dan inovasi sebagai budaya di sesuatu jabatan merupakan cabaran yang perlu disahut oleh semua warga JUPEM. Usaha dan galakan untuk melahirkan innovator iaitu orang yang melakukan inovasi perlu diteruskan.

Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU adalah asas kepada jabatan untuk menginstitusikan budaya inovasi di JUPEM.

hari Inovasi yang disambut setiap tahun adalah platform terbaik bagi menonjolkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan warga JUPEM. Pengisian pada hari tersebut boleh dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang boleh mewacanakan pelbagai perkara yang berkaitan inovasi. Semoga warga JUPEM dapat membudayakan inovasi yang akhirnya dapat menyumbang

Berita UKUR 2

Page 3: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 3

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah berjaya menganjurkan Konvensyen KIK

kali ke-2 pada 1 – 2 november 2011 di hotel De Palma, Ampang, Selangor. Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetens diri. Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Antara objekif konvensyen ini diadakan ialah:

i. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga JUPEM yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kumpulan KIK membuat persembahan dan seterusnya secara langsung memberi kebaikan dan menaikkan imej jabatan;

ii. Membuka minda warga JUPEM bahawa kreativiti dan inovasi adalah teras kejayaan dalam pekerjaan dan menggalakkan warga JUPEM berfikir di luar kotak yang merupakan teras utama dalam pembangunan modal insan minda kelas pertama;

iii. Membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam, khususnya di JUPEM;

iv. Meyakinkan bahawa KIK dapat membantu Pengurusan JUPEM menyelesaikan masalah berkaitan dengan kerja dan seterusnya

membuat penambahbaikan secara berterusan; dan

v. Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam, bagi tujuan untuk memperkemaskan lagi keberkesanan program KIK.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir Bin Taib dan telah dihadiri hampir 150 orang peserta dari semua JUPEM negeri, Bahagian dan Seksyen di Ibu Pejabat JUPEM. Sebanyak 15 kumpulan dari JUPEM negeri dan Ibu Pejabat telah membentangkan idea inovatif dan kreatif masing-masing yang diadili oleh tiga juri jemputan iaitu:

i. Lt. Kol. Mohd Yusoff bin Awang – Markas Tentera Darat ii. Tn. hj. Baharin bin hj. Yahya – Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysiaiii. En. Abdul Majid bin Ibrahim – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Keputusan Johan telah memihak kepada Seksyen Topografi Sarawak melalui Kumpulan KUnCI, diikuti Seksyen Pemetaan Utiliti (Kumpulan PADU) dan JUPEM Pahang (Kumpulan KLIK). Konvensyen kali ini juga telah menjemput wakil dari Perusahaan Automobil nasional (Proton) iaitu Kumpulan Pick-Up untuk membuat persembahan. Kumpulan ini merupakan Johan di peringkat Syarikat, Kumpulan Emas peringkat Wilayah dan Kumpulan Emas bertaraf Tiga Bintang serta di antara 10 kumpulan terbaik di peringkat Kebangsaan. Kumpulan ini juga telah mencapai peringkat cemerlang di International QC Circle Convension di Yokohama, Jepun pada bulan September 2011.

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Page 4: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 4

The Institution of Surveyors, Malaysia (ISM) atau Pertubuhan Juruukur Malaysia telah melakar

sejarahnya tersendiri apabila telah dikurniakan dengan gelaran DiRaja yang memberikan institusi tersebut kepada nama yang baru iaitu The Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) atau Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia. Pengurniaan status DiRaja tersebut telah diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 28 Mac 2011.

Bersempena dengan itu, satu majlis makan malam telah diadakan di hotel Istana, Kuala Lumpur pada 14 September 2011 bersekali dengan sambutan 50 tahun pertubuhan tersebut. Antara kenamaan

yang hadir pada majlis tersebut ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Indera Setia Selangor; bekas Presiden ISM yang juga merangkap pengerusi jawatankuasa pengelola majlis, Sr Elvin fernandez dan isteri; Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib dan isteri; Presiden Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia, Sr Ahmad fauzi bin nordin dan isteri; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Tan Sri Bernard Dompok dan isteri dan juga kenamaan-kenamaan lain.

Pertubuhan yang mempunyai keahlian seramai 6,000 orang juruukur bertauliah ini merupakan pertubuhan profesional pertama di Malaysia yang diberikan gelaran DiRaja. Pertubuhan ini terbahagi kepada empat disiplin utama iaitu ukur bangunan (building surveying), geomatik dan ukur tanah (geomatic and land surveying), pengurusan hartanah, penilaian dan agensi ukur hartanah (property management, valuation and estate agency surveying) dan ukur bahan (quantity surveying).

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian dua anugerah, iaitu Anugerah ‘Malaysian Surveyor of The Year’ yang diberikan kepada YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan juga penganugerahan Felo Kehormat RISM kepada YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti. Selain itu, YBrs Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Ahmad fauzi bin nordin juga telah dilantik sebagai Presiden Pertama Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) bagi sesi 2011/2012. Sekalung tahniah diucapkan di atas anugerah dan pengiktirafan yang telah diberikan.

KPUP Terima Anugerah

sempena Sambutan 50 Tahun ISM‘Malaysian Surveyor of the Year’

Page 5: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 5

Bagi sesebuah organisasi, kumpulan pengurusan pertengahan memainkan peranan yang

amat penting kerana ia merupakan tulang belakang atau backbone dalam melancarkan urusan perkhidmatan organisasi tersebut. Dalam golongan pelaksana, kumpulan ini memainkan peranan untuk mengetuai kakitangan sokongan di bawahnya menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Untuk memastikan kumpulan ini sentiasa bersedia dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan, JUPEM telah menganjurkan Bengkel Kepimpinan Penolong Juruukur JUPEM Gred J38/J36 pada 23-25 September 2011. Program selama dua hari ini telah diadakan di Cherengin hills Resort, Janda Baik, Pahang melibatkan 157 orang peserta yang terdiri daripada Penolong-Penolong Juruukur Gred J38/J36 dari seluruh Malaysia dan telah dirasmikan oleh Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), Sr Dr. Teng Chee hua mewakili KPUP.

Antara objektif program ini diadakan ialah:

1. Membentuk pegawai yang mampu berkomunikasi dengan berkesan serta bertindak mengikut situasi;

2. Mampu melaksanakan tugas yang diberi di samping mengetuai kumpulan yang dipertanggungjawabkan; dan

3. Mampu memberi arahan yang sesuai serta mengawal emosi semasa memimpin kumpulan kerja berkenaan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bengkel ini berlangsung sama ada aktiviti indoor atau outdoor. Dengan bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman dari Global harmonic Resources, para peserta telah didedahkan dengan aktiviti yang menjana dan tanggungjawab masing-masing. Program ini juga dapat merapatkan jalinan ukhuwah antara para peserta.

Bengkel Kepimpinan Penolong Juruukur

Page 6: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 6

Berbuka Puasa

Sambutan Aidi l f i t r i

Kemeriahan Aidilfitri yang disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran oleh warga

JUPEM diteruskan lagi dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiti 2011 peringkat JUPEM. Program yang dianjurkan oleh JUPEM dengan kerjasama Lembaga Juruukur Tanah Semenanjung (LJT), Persatuan Juruukur Tanah (PEJUTA), PUSPAnITA JUPEM dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Wilayah Persekutuan telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta berhadapan Bangunan Ukur dan Bangunan CAMS, Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, konsep gerai masih lagi diteruskan di mana setiap Bahagian/Seksyen di Ibu Pejabat JUPEM telah diperuntukan dengan lot masing-masing bersama-sama dengan menu yang telah ditetapkan. Pelbagai juadah makanan tradisional seperti ketupat, lemang dan rendang mahupun makanan moden seperti char kuey teow, soto ayam dan nasi arab telah disediakan untuk dinikmati bersama.

Majlis sambutan hari Raya kali ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Beliau turut menyampaikan sumbangan ikhlas dari pihak JUPEM kepada anak-anak yatim yang dijemput khas pada majlis tersebut. YB Timbalan Menteri turut sudi meluangkan masa melawat gerai-gerai di samping beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan jabatan.

Keceriaan majlis ini diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan kugiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan nyanyian lagu-lagu hari raya. Selain itu, beberapa pertandingan telah diadakan seperti Gerai Paling Popular, Gerai Kreatif dan Gerai Paling Cantik.

Majlis berbuka puasa peringkat Jabatan telah diadakan di perkarangan lobi Wisma JUPEM,

Jalan Semarak Kuala Lumpur. YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri nRE, turut hadir bersama bagi meraikan majlis tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan sempena majlis tersebut ialah penyampaian sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim di JUPEM yang telah disampaikan oleh YB Menteri nRE. Majlis penyampaian tersebut dilakukan selepas berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah. Selain itu, majlis ini turut diselitkan dengan sesi ceramah agama.

10 Ogos 2011 (10 Ramadhan 1432 H)

13 September 2011 (15 Syawal 1432 H)

Page 7: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 7

Jawatan Kader adalah satu jawatan yang dipunyai oleh sesebuah kementerian/jabatan

yang diwujudkan di mana-mana organisasi berdasarkan keperluan tetapi pengisiannya adalah dilakukan dan dikawal oleh ketua perkhidmatan berkenaan.

JUPEM sendiri mempunyai pegawai-pegawai kader yang ditempatkan di beberapa agensi dan jabatan seperti di Pusat Infrastruktur Data Geospatial negara (MaCGDI), Institut Tanah dan Ukur negara (InSTUn), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (nRE), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan negara (MKn), Jabatan Kerja Raya (JKR), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Untuk mendapatkan maklumbalas mengenai cabaran-cabaran dan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh pegawai-pegawai kader ini, JUPEM telah menganjurkan satu sesi Majlis Dialog Pengurusan Tertinggi bersama Pegawai-Pegawai Kader pada 13 September 2011. Majlis ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Mutiara, Tingkat 15, Wisma JUPEM, Jalan Semarak.

objektif utama program ini diadakan ialah untuk menyediakan satu platform rasmi yang membolehkan pihak pengurusan tertinggi JUPEM berinteraksi dengan pegawai-pegawai Kader JUPEM bagi menyampaikan perkembangan terkini di jabatan selain mendengar permasalahan yang timbul di tempat kerja masing-masing.

Dialog KPUP BersamaPegawai Kader

Berita UKUR 7

Page 8: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 8

Kejohanan SUKAN NRE Ke-4

Kejohanan Sukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (nRE) kali ke-4 telah berlangsung

pada 15-17 Julai 2011 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Kejohanan kali ini telah menyaksikan JUPEM telah diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi sukan dwi tahunan ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sebanyak 13 kontinjen dari agensi-agensi di bawah Kementerian nRE telah menyertai kejohanan sukan ini dengan penglibatan hampir 3000 orang atlet dan pegawai. 22 acara sukan telah dipertandingkan termasuk acara menembak VIP yang diadakan di sekitar UPM dan beberapa buah venue yang lain.

Matlamat utama penganjuran acara sukan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan warga nRE selaras dengan hasrat Kerajaan yang mewujudkan Dasar Sukan negara. Selain daripada itu, ia juga akan mewujudkan hubungan yang baik dan erat antara satu sama lain dengan mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu melalui konsep 1 Malaysia. Kejohanan kali ini menyaksikan JUPEM

berjaya menduduki tempat ke empat secara keseluruhannya. JUPEM turut berjaya menjadi johan dalam tiga acara sukan yang dipertandingkan iaitu karom, snuker dan damak. Berikut adalah keputusan keseluruhan Kejohanan Sukan nRE 2011:Selain daripada itu, acara perbarisan terbaik

Kedudukan Jabatan/AgensiPertama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Kedua Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (fRIM)

Ketiga Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

Keempat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

telah dimenangi oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dan JPS sendiri telah dinobatkan sebagai pasukan terbaik. Bagi penganjuran seterusnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diberikan hak selaku tuan rumah untuk edisi kali ke-5 yang akan datang. Majlis penyerahan bendera kejohanan sukan nRE kepada JAS telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri nRE, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

Page 9: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 9

Gerhana bulan adalah merupakan satu fenomena cakerawala yang jarang-jarang

berlaku. Ini adalah kerana gerhana bulan yang berlaku adalah dari jenis gerhana penuh bulan (Total Lunar Eclipse). Ia adalah satu pengalaman yang menarik di mana gerhana penuh bulan yang berlaku pada tarikh itu adalah selama 5 jam 54 minit. Ia adalah satu tempoh yang cukup lama bagi seseorang untuk melihat proses gerhana yang berlaku memandangkan gerhana penuh bulan bermula dari sentuhan pertama bayang penumbra sehingga sentuhan terakhir bayang penumbra.

Cerapan diadakan adalah sempena Program Cerapan Gerhana Bulan Anjuran Masjid Tuanku Mizan Sultan zainal Abidin, Putrajaya bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Penyelidikan, Unit falak. Bagi tujuan tersebut, Seksyen Geodesi telah turut serta dalam cerapan tersebut dan Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Pengarah Ukur Seksyen (Geodesi) turut diundang sebagai penceramah pada malam itu. Melalui aktiviti sedemikian, adalah menjadi harapan agar masyarakat lebih berminat untuk mendalami ilmu astronomi atau falak syarie.

Cerapan Gerhana Penuh Bulan(Total Lunar Eclipse)

10 Disember 2011 (14 Muharram 1433 H)

Page 10: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 10

Dalam usaha melahirkan warga JUPEM yang sihat dan cergas serta memberi galakkan agar sentiasa menjaga kesihatan,

satu majlis pelancaran ‘Jom Sihat’ JUPEM telah diadakan dan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 11 november 2011 bertempat di perkarangan letak kereta, bangunan CAMS.

Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Datuk KPUP menyeru agar semua warga JUPEM mengambil berat soal kesihatan dengan melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan berharap agar program jom sihat dijadikan aktiviti bulanan dengan lebih ramai lagi warga JUPEM menyertai demi kebaikan dan menyihatkan tubuh badan. Beliau turut memaklumkan Pusat Gimnasium, bertempat di Tingkat 16, Wisma JUPEM akan dibuka dan boleh digunakan pada pertengahan november 2011. Pusat gimnasium diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua warga JUPEM beriadah dan bersenam di waktu rehat dan selepas bekerja.

Selepas majlis perasmian, YBhg. Datuk KPUP bersama warga JUPEM melakukan sesi senamrobik. Turut hadir di majlis pelancaran ‘Jom Sihat’ dan sesi senamrobik ialah Timbalan KPUP1dan II serta Pengarah Bahagian dan Seksyen.

Pelancaran ‘Jom Sihat’ JUPEM

Page 11: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 11

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan seramai 40 orang kakitangan telah turut

sama memeriahkan majlis perhimpunan Sambutan Maal hijrah 1433h/2011M yang telah diadakan di Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 november 2011. Dewan Planeri dipenuhi lebih dari 3000 orang dan seramai 2000 orang penonton di Dewan A yang terdiri dari kontinjen Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi Swasta, serta orang awam.

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku nur zahirah telah berkenan berangkat dan merasmikan majlis.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Majlis Sambutan Maal hijrah Tahun 1433 hijri bertitah, kekuatan utama sambutan Maal hijrah ialah untuk memulihara persefahaman dan mengekalkan perpaduan. Jelas dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa manusia diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan kriteria dan watak yang berbeza-beza. Berbeza dari segi adat, budaya dan cara hidup, malahan kita hidup bersama masyarakat yang berbilang agama. oleh itu bagi memastikan kelangsungan nikmat kepelbagaian ini, maka setiap dari kita perlu untuk saling memahami dan menghormati perbezaan ini. Sebagai umat Islam, sepatutnya kita menjadi contoh terbaik dalam mengaplikasikan konsep sebenar persefahaman tanpa mengira kedudukan dan latar belakang.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW adalah detik cetusan ke arah menjana ummah gemilang. Intipati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah bukan sahaja difokus kepada perpindahan jasadiah, tetapi tujuannya yang lebih penting ialah mendidik umat Islam supaya menganjak minda serta melakukan perubahan untuk mencapai kejayaan. falsafah hijrah yang telah disemai oleh Rasulullah SAW perlu dihayati oleh generasi Islam masa kini. Sekiranya dengan berbekalkan falsafah hijrah, Rasulullah SAW berjaya membentuk sebuah masyarakat Islam yang unggul dan menjadi pemimpin kepada semua masyarakat termasuk yang bukan Islam ketika itu, maka mengapa tidak generasi Islam kini menjadikannya sebagai panduan untuk membentuk masyarakat yang unggul dan disegani dalam segenap lapangan.

JUPEM Sertai Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan

Page 12: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 12

28 JULAI 2011

Pelajar Institut Perguruan Antarabangsa diberi penerangan oleh Pegawai JUPEM.

15 OGOS 2011

Ketua Rombongan menerima cenderahati dari wakil JUPEM disaksikan oleh pelajar-pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Awam, UiTM, Jengka, Pahang.

4 OGOS 2011

Pelajar Tahun 1 Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah dari UTM, International Campus sedang mendengar taklimat oleh Pegawai di Seksyen Kartografi.

19 SEPTEMBER 2011

YBhg. KPUP beramah mesra dengan Deligasi dari negara Thailand semasa kunjungan hormat ke pejabat beliau.

Kunjungan Rasmi & Lawatan JUPEM

Page 13: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 13

16 OKTOBER 2011

Pelajar Kursus Survei hutan, UPM diberi penjelasan oleh pegawai di Seksyen Penawanan Data tentang bagaimana penyediaan peta topografi dilakukan.

6 OKTOBER 2011

Peserta kursus ‘Pengukuran dan Penyelenggaraan Sempadan negeri dan Antarabangsa’ diberi penerangan tentang foto udara dan peta dari Pegawai Perpustakaan.

13 OKTOBER 2011

Pegawai JUPEM, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya sedang memberi pendedahan kepada pelajar Diploma Ukur Tanah, Politeknik Ungku omar, Ipoh mengenai sistem e-Kadaster yang digunakan.

Kunjungan Rasmi & Lawatan JUPEM

Page 14: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 14

27 September 2011 - Mahasiswi UiTM, Shah Alam diberi penerangan oleh Pegawai JUPEM di tapak pameran sempena ‘10th International Symposium Exhibition on Geoinformation (ISG) 2011’ di Shah Alam Convention Centre

24 Julai 2011 - Pegawai kerja luar JUPEM Kedah sedang menerangkan teknologi terkini dalam kerja pengukuran kepada pengunjung di pameran hari Terbuka Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim, Kedah

Program-program Outreach

Page 15: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 15

24 Oktober 2011 - Pameran sempena Sambutan hari Inovasi dan hari Bertemu Pelanggan JUPEM Terengganu di Bangunan Persekutuan, Kampung Raja Besut, Terengganu yang dirasmikan oleh Sr hj. Abd. Rahman bin Mohd Don, Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu

14 November 2011 - YBhg. Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Ahmad fauzi bin nordin mengiringi YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (nRE) di booth JUPEM semasa Pameran hari Inovasi 2011 nRE bertempat di Wisma Sumber Asli, Putrajaya

18 Oktober 2011 - Pegawai JUPEM Terengganu sedang memberi penerangan kepada YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Douglas Uggah Embas di tapak pameran sempena pelancaran Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Program-program Outreach

Page 16: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 16

Meneladani Integriti & Produktiviti Kerja Muhammad Al-Fateh

Warga JUPEM telah dibawa kesatu peristiwa yang telah berlaku 600 tahun menceritakan

kehebatan seorang sultan yang telah berjaya menawan Kota Constantinople. Kisah yang telah berlalu ratusan tahun itu telah diceritakan kembali di Dewan Ukur pada 24 oktober 2011 dalam majlis ceramah bulanan anjuran Persatuan Kebajikan Pekerja Islam. Seramai 200 orang pegawai dan kakitangan JUPEM telah hadir mengikuti ceramah tersebut.

Penceramah telah menceritakan peristiwa yang berlaku pada 22 April 1452 bersamaan dengan 852 hijrah bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki telah berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad Al-fateh. Penduduk Constantinople pastinya amat terkejut dan seperti tidak percaya bagaimana kota yang begitu kebal telah berjaya ditawan oleh Muhammad Al-fateh dan tenteranya. Siapa dia Muhammad Al-fateh?

Muhammad Al-fateh adalah seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran tenteranya. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai tujuh bahasa ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Monggol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis nabi s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera (hadis riwayat Imam Ahmad).

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja”. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang

Sedutan ceramah oleh: Ustaz Muhammad Syaari bin Abdul Rahman

dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah. Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Constantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya serta mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Antara strategi Muhammad Al-fateh yang membawa kejayaan penaklukan kota Constantinople ialah:

• Membina peralatan termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh satu batu;

• Membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya;

• Azan dilaungkan dan dilakukan solat berjamaah oleh 150,000 tentera Islam sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople. Ini mengakibatkan tentera Byzantine gementar melihat tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara Takbir memecah kesunyian alam; dan

• Mengangkut 72 buah kapal perang di atas puncak gunung kemudian diluncurkan semula ke perairan Telok Golden horn. Kapal-kapal itu kemudian membedil dinding pertahanan belakang kota. Ini merupakan antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia dan diakui oleh para Sejarawan Barat sendiri.

Sebagai penutup ceramah, Ustaz Muhammad Syaari memberi motivasi kepada peserta yang hadir dan keseluruhan kakitangan JUPEM agar dapat meneladani integriti dan produktiviti kerja Muhammad Al-fateh demi kecemerlangan kerjaya dan menjulang nama JUPEM.

Page 17: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 17

Geospatial Data ConflationOleh: SR AHMAD SANUSI BIN CHE COBKetua Penolong Pengarah UkurSeksyen Penawanan Data, JUPEM

Kertas Kerja ini telah dibentangkan semasa Persidangan Pengarah-pengarah Ukur pada 8-9 Disember 2011 di Hotel Impiana, Ipoh

Abstrak

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan penyumbang utama kepada

Pangkalan Data Geospatial negara. Dengan bermisikan penyediaan data geospatial yang terkini kepada pengguna di negara ini, saban tahun ratusan lembar peta skala sederhana mahupun skala besar dihasilkan oleh Bahagian Pemetaan JUPEM. namun begitu, seperti yang diketahui ramai, banyak lembar-lembar yang melebihi tempoh maksimum kemaskini tidak dilakukan pemetaan ulangan. Banyak faktor-faktor yang dikenalpasti menjadi penyebab kepada gagalnya misi ini. Di antaranya ialah masalah cuaca, kekurangan kakitangan, proses kerja yang berulang-alik dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terdapat juga isu teknikal seperti masalah kejituan planimetri pada data geospatial sedia ada yang jarang diungkit dan diketengahkan. Kertas ini bertujuan merungkai masalah kejituan planimetri yang wujud dalam data geospatial sedia ada serta mencari jalan mengatasinya dengan penggunaan kaedah geospatial data conflation.

Kata kunci: data geospatial, conflation, raster, vektor

Latar belakang Masalah

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) adalah sebuah jabatan yang tertua di Malaysia. Salah satu fungsi JUPEM adalah untuk memberikan perkhidmatan dalam penyediaan data geospatial bagi seluruh Malaysia. Seksyen Penawanan Data (SPD) adalah sebahagian daripadanya. Di antara proses utama yang dijalankan di SPD adalah penggambaran udara, penyegitigaan udara, pemprosesan titik kawal bumi dan pendigitan stereo. Produk yang perlu dihasilkan pula ialah dataset penyudahan padang untuk keperluan ketiga-tiga seksyen Topografi iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Proses penghasilan produk ini adalah satu kerja yang panjang dan rumit. Kelewatan boleh berlaku di mana-mana seksyen yang akhirnya menjejaskan penyampaian produk-produk ini kepada pengguna. Di SPD, kelewatan terjadi disebabkan beberapa perkara seperti masalah cuaca bagi lembar yang dirancang penerbangannya dan masalah fail queue di Unit Penyegitigaan Udara dan Unit Pendigitan Stereo. Kekurangan kakitangan yang pakar dalam bidang pendigitan stereo juga menjadi penyebab kepada masalah fail queue ini. namun begitu, adalah dijangka sebahagian masalah ini dapat diatasi dengan proses desentralisasi yang sedang giat diusahakan pada masa ini oleh Bahagian Pemetaan khasnya dan JUPEM amnya.

Walaupun begitu, terdapat juga isu-isu kekangan teknikal lain seperti masalah kejituan planimetrik data geospatial sedia ada dan masalah penjanaan garisan kontor secara automatik di Unit Stereo yang menjejaskan kelancaran pendigitan butiran topografi. Isu-isu ini juga dilihat telah memberi kesan besar kepada kelewatan penyampaian produk kepada seksyen-seksyen terlibat. Isu kejituan planimetri data geospatial sedia ada dipilih sebagai fokus bagi kertas ini.

Masalah Kejituan Planimetri Data Geospatial

Masalah kejituan data geospatial sebenarnya bukan masalah baru. Di era seksyen CAMS belum ditubuhkan, plot-plot penyudahan padang dihasilkan menggunakan alat stereoplotter analog (Rajah 1) dengan kaedah nampakan stereo. Kejituan plot-plot penyudahan padang adalah berdasarkan kejituan mekanikal alat stereoplotter tersebut dan juga skala penerbangan yang digunakan.

Rajah 1 : Stereo analog Wild A-7

SUDUT ILMU

Page 18: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 18

Apabila Seksyen CAMS diwujudkan, plot-plot penyudahan padang tadi telah digunakan semula sebagai sumber untuk proses pendigitan terus ke dalam pangkalan data menggunakan stereoplotter analog ber-encoder. hasil-hasil inilah yang kekal sehingga hari ini selama mana lembar tersebut tidak dibuat ulangan piawai. Jika ulangan piawai dilakukan, semua butiran yang ada dalam gambar udara akan didigit dengan kejituan yang baru.

namun begitu, proses pendigitan semula semua butiran ini dilihat tidak mengambil kira bebanan dan keperluan seksyen-seksyen yang lain selepas proses kerja di SPD selesai. Dengan kaedah ini, Seksyen Topografi dan Seksyen Pangkalan Data (SPgD) yang merupakan pelanggan luaran SPD bukan sahaja perlu memasukkan semula maklumat asal peta ke dalam data geospatial yang baru, malah mereka juga perlu menambah butiran-butiran baru melalui proses kerja luar. Walaupun kaedah ini dilihat tidak menimbulkan banyak masalah di SPD, ianya telah menyebabkan pembaziran kos dan masa berlaku di padang dan juga di SPgD.

Tapi kenapa ianya berlaku? Pihak SPD sebenarnya seboleh mungkin ingin menggunakan data geospatial lama sebagai langkah pertama bagi setiap lembar piawai. namun begitu, apa yang berlaku ialah terdapat kekangan kepada data geospatial sedia ada dari segi anjakan planimetri yang tidak konsisten bagi keseluruhan lembar bagi satu-satu lembar yang dikaji. Pemerhatian ini berdasarkan gabungan overlay data tersebut dengan ortoimej IfSAR yang diperolehi oleh JUPEM pada awal tahun ini.

Kajian ini juga menggunakan model ketiga iaitu data asal yang didigit menggunakan sistem fotogrametri digital sedia ada bagi bandar Johor Bahru untuk pengesahan. Dataset geospatial fotogrametri ini adalah di antara data-data awal yang didigit melalui projek pengembangan keupayaan Seksyen CAMS pada tahun 2000. Kajian mendapati dataset ini dan ortoimej IfSAR mempunyai korelasi spatial yang tinggi dan amat konsisten di antara satu sama lain. Bertitik tolak daripada kajian ini, pihak SPD telah mencapai satu keputusan di mana data geospatial sedia ada adalah kurang jitu dan perlu dibetulkan terlebih dahulu sebelum proses pengemaskinian terpilih atau partial updating dapat dilakukan bagi lembar tersebut.

Persoalannya bagaimana data geospatial lama ini boleh dibetulkan dan tingkatkan kejituannya? Jawapannya ada pada teknologi baru dalam

digital fotogrametri moden dan remote sensing (platform bawaan udara). Dengan teknik pengesahan kualiti yang komprehensif, ortofoto atau ortoimej yang dihasilkan melalui teknologi moden ini boleh seterusnya digunakan sebagai rujukan planimetri yang berkejituan tinggi. Pada masa ini proses semakan dilakukan selepas dataset penyudahan padang siap didigit sedangkan sepatutnya ianya dilakukan awal-awal lagi. Jika ortofoto atau ortoimej sudah melalui proses pengesahan kualiti, maka data geospatial lama boleh dibuat proses warping kepada ortofoto atau ortoimej ini dengan teknik conflation.

Teknik Geospatial Data Conflation

Perkembangan industri data geospatial telah menyaksikan pelbagai maklumat geospatial tersedia kepada pengguna. Kebolehan menggabungkan pelbagai dataset ini sudah tentu dapat menerbitkan sebuah produk yang penuh dengan informasi dan komprehensif. Malangnya, maklumat-maklumat ini selalunya tidak boleh dipadankan sejajar di antara satu sama lain kerana ianya dikutip dengan kepelbagaian resolusi, teknik, unjuran, kejituan dan ketepatan. Masalah penggabungan pelbagai data geospatial ini begitu mencabar sehinggakan pada masa ini tiada satu perisian pun yang dapat melakukannya secara automatik.

Isu ini mula diketengahkan oleh Saalfeld dan Lynch (1985) apabila timbulnya keperluan menyatukan data census dan data topografi untuk penerbitan produk yang lebih komprehensif. Maka timbullah perkataan “conflation” yang berasal daripada perkataan Latin iaitu “con flare” yang bermaksud ”blow together”. Proses conflation ke atas sesuatu peta bermaksud menggabungkan dua sumber peta digital untuk menghasilkan peta ketiga yang lebih baik daripada kedua-dua sumber peta digital yang asal. Teknik ini telah dikembangkan oleh Chen dan Knoblock (2005). Mereka membahagikan teknik ini kepada tiga kategori utama iaitu:

Vector to vector conflation

Jika terdapat dua set data vektor geospatial yang mempunyai perbezaan kejituan, proses conflation boleh dilakukan dengan menjadikan data vekto geospatial berkejituan tinggi sebagai rujukan manakala yang satu lagi sebagai dataset yang perlu dibetulkan (warped dataset). Contohnya seperti dua sumber jalinan jalan raya di dalam Rajah 2a dan Rajah 2b (Chen dan Knoblock, 2005).

SUDUT ILMU

Page 19: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 19

Vector to raster conflation

Jika terdapat dua set data geospatial; vektor dan raster, dan data raster didapati mempunyai kejituan yang tinggi, maka data vektor bolehlah dibuat warping kepada data raster tadi. Dengan cara ini, data vektor akan dibetulkan dan ditingkatkan kejituan berdasarkan data raster (Chen dan Knoblock, 2005).

Rajah 3a : Sebelum proses conflation Rajah 3b : Selepas proses conflation

Rajah 2a : Sebelum proses conflation Rajah 2b : Selepas proses conflation

Raster to raster conflation

Jika terdapat dua set data geospatial di mana kedua-duanya raster, dan jika salah satu set data raster boleh dibuat rujukan kerana mempunyai kejituan yang tinggi, maka data raster yang kurang jitu bolehlah dibuat warping kepada data raster rujukan tadi. Dengan cara ini, data raster kedua tadi dapat ditingkatkan kejituannya (Chen dan Knoblock, 2005).

SUDUT ILMU

Page 20: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 20

Partial Updating Dengan Menggunakan Teknik Conflation

Menyedari kepentingan teknik conflation dalam membetulkan kejituan planimetri data lama, satu kajian ke atas data geospatial sebenar telah dijalankan dengan perisian ArcGIS 9.3. Lembar AP42 telah dipilih untuk kajian ini kerana pada masa yang sama terdapat ortoimej IfSAR bagi kawasan tersebut. Data vektor pula diperolehi daripada SPgD dalam bentuk Shape files.

Langkah pertama ialah memasukkan kedua-dua jenis data ini ke dalam workspace ArcGIS. Jika masalah penukaran format RSo-Kertau dan RSo-GDM2000 masih berlaku, overlay akan jelas menunjukkan keadaan sedemikian dan data vektor tadi perlu diunjurkan semula ke RSo-GDM2000.

Jika semuanya berjalan lancar, langkah kedua ialah menukarkan kepada mod Editor-Spatial Adjustment. hubungan di antara dua sumber data ini perlu diwujudkan terlebih dahulu melalui penggunaan links. Apabila links mencukupi, kaedah transformasi atau pelarasan pula perlu ditetapkan seperti Rajah 5. Kemudian, barulah Set Adjust Data dijalankan. hasil-hasil proses ini ditunjukkan di dalam Rajah 6 dan Rajah 7.

Rajah 4a : Sebelum proses conflation Rajah 4b: Selepas proses conflation

Rajah 5 : Kaedah pelarasan

SUDUT ILMU

Page 21: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 21

Kesimpulan

Teknik conflation amat bersesuaian untuk diamalkan kerana mempunyai kebaikan yang ketara iaitu dapat mengurangkan kos dan masa pendigitan di Seksyen Penawanan Data. Di samping itu, Seksyen Topografi dan Seksyen Pangkalan Data tidak perlu lagi memasukkan maklumat asal peta ke dalam dataset fotogrametri daripada SPD. Begitu juga dengan SPgD. Seksyen ini juga boleh menumpukan masa di padang untuk menawan data baru dan mem-populate dataset tersebut mengikut skema MS 1759. Pada masa ini, tugas ini adalah sangat sukar untuk dipraktikkan. Dengan adanya teknik ini juga, data geospatial daripada agensi luar dapat diintegrasikan dengan tepat dan cepat ke dalam pangkalan data topografi kebangsaan dan seterusnya mempercepatkan penghasilan dan meningkatkan kualiti peta topografi JUPEM.

Rujukan:

1. Saalfeld, A.and Maureen P.L, (1985), Conflation: Automated Map Compilation-A Video Game Approach, Proceedings of the Digital Representations of Spatial Knowledge, Auto-Carto VII Washington, D.C. online: http://mapcontext.com/autocarto/proceedings/auto-carto-7/

2. Chen, C.C and Knoblock C.A, Geospatial Data Conflation, Geosemble Technologies and University of Southern California.

Rajah 7 (a) menunjukkan data overlay sebelum conflation.

Rajah 7 (b) menunjukkan overlay selepas proses conflation.

Rajah 6 (a) menunjukkan data overlay antara ortoimej IfSAR dan data geospatial sedia ada

Rajah 6 (b) menunjukkan links yang digunakan untuk proses conflation.

SUDUT ILMU

Page 22: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 22

Pengenalan

Light Detection And Ranging atau singkatannya LiDAR adalah merupakan satu teknologi optik remote sensing yang dapat mengukur jarak atau sebarang sasaran dengan menggunakan cahaya LASER (Light Ampfication by Stimulated Emmission of Ranging). Pada awalnya, teknologi ini dikhususkan untuk tentera dan pada masa kini ianya banyak digunakan dalam bidang geomatik, arkeologi, geologi, perhutanan dan sebagainya. LiDAR menggunakan ultraviolet, tampak atau sinaran infrared untuk merakam imej sesuatu objek dalam resolusi yang tinggi seperti batu, hujan, bahan bukan metalik, kawasan bahan kimia, aerosol dan sebagainya. Di negara – negara maju, kebiasaannya LiDAR digunakan untuk mengesan jumlah wap air dan perubahan cuaca dalam bidang meteorologi.

Prinsip Pengoperasian LiDAR

LiDAR menggunakan prinsip pembalikan cahaya bagi mendapatkan imej sesuatu objek di mana cahaya LASER dipancarkan daripada pesawat udara menggunakan sejumlah frekuensi cahaya pada lapisan permukaan lalu lapisan permukaan akan memantulkan kembali frekuensi cahaya yang dipancarkan dan pesawat udara akan menyerap serta mengesan frekuensi cahaya tersebut tetapi dalam kadar rendah yang berlainan daripada jumlah frekuensi cahaya yang asal lalu membentuk imej objek. Terdapat beberapa serakan cahaya yang digunakan dalam LiDAR bagi membezakan aplikasinya seperti serakan Rayleigh, serakan Mie, serakan Raman dan serakan fluroescense. Bagi mengukur jarak pula, LiDAR menggunakan perbezaan tempoh masa di antara masa frekuensi cahaya dipancarkan dari pesawat udara dan masa frekuensi cahaya diterima kembali ke pesawat udara.

Rekabentuk Pengesanan Sistem LiDAR

Secara umumnya, rekabentuk pengesanan sistem LiDAR dapat dikelaskan kepada dua bahagian yang utama iaitu Incoherent atau pengesan tenaga secara langsung dan Coherent atau pengesan tenaga secara tidak langsung. InCoherent menggunakan prinsip pengukuran amplitude manakala Coherent menggunakan pengesan optik heterodyne yang mana ianya lebih sensitif daripada InCoherent. Dengan menggunakan Coherent, ianya membolehkan sistem LiDAR berfungsi dengan kuasa yang rendah tetapi memerlukan banyak peralatan yang kompleks berbanding InCoherent. Didalam kedua – dua sistem pengesanan LIDAR terdapat dua jenis model denyutan yang dinamakan Micropulse LIDAR system dan High Energy System. Sistem Micropulse LiDAR dibina adalah untuk keselamatan di mana kekuatan sinaran LASER dikawal oleh komputer dan sinarannya adalah lemah, ianya banyak digunakan dalam bidang geomatik, perhutanan, geologi dan lain -lain manakala Sistem High Energy dibina adalah untuk kajian atmosfera seperti ketebalan awan, wap air dan sebagainya dan kekuatan sinaran LASERnya adalah sangat kuat. Selain daripada keempat – empat komponen di atas terdapat juga beberapa komponen – komponen lain di dalam sistem LiDAR antaranya adalah seperti berikut:-

a. Sumber cahaya LASER (prisma).

b. Pengimbas dan optikal.

c. Pengesan foto (Photodetector) dan Penerima Elektronik.

d. Alat Penerima GPS dan IMU (Inertial Measurement Unit).

e. CCD (Charge Couple Device).

f. Komputer.

Light Detection and Ranging (LiDAR)Oleh: Khairul Khusairi bin Khalil Penolong Juruukur Seksyen Geodesi, JUPEM

SUDUT ILMU

Page 23: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 23

Bidang Pertanian

Dalam bidang ini, aplikasi LiDAR dikhususkan dalam pemetaan topologi kawasan pertanian. LiDAR digunakan bagi membantu petani menentukan kawasan pertanian yang memerlukan pembajaan dan penjagaan tanah yang rapi serta jenis tanaman yang sesuai bagi kawasan pertanian tersebut sekaligus memberikan hasil tanaman yang baik kepada para petani berkenaan.

Rajah B: Robotik LiDAR digunakan bagi Rajah C : Pemetaan topologi pemetaan topologi kawasan pertanian kawasan pertanian

Bidang Pembinaan

Dalam bidang ini, aplikasi LiDAR bersama dengan produk fotogrametri seperti orthofoto, mosaic dan lain – lain digunakan dalam mendapatkan DEM (Digital Elevation Model) yang berketepatan tinggi serta kandungan kimia lapisan permukaan sesuatu kawasan bagi perancangan pembinaan seperti lebuhraya, saliran paip gas, pemetaan transmisi telefon dan elektrik serta lain – lain lagi.

Bidang Alam Sekitar

Dalam bidang ini, aplikasi LiDAR dikhususkan dalam pemetaan risiko banjir. LiDAR digunakan untuk menghasilkan DEM (Digital Elevation Model) berketepatan tinggi dimana ia digunakan dalam meramal kawasan banjir dan merancang strategi perpindahan penduduk – penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut. Dengan menggunakan LiDAR, para saintis dapat menentukan kawasan mana yang tinggi dan rendah serta meramal jumlah air dan aliran air bagi sesuatu kawasan banjir.

Aplikasi - Aplikasi LiDAR Dalam Skop Topografi

Rajah A: Pemetaan Risiko Banjir

SUDUT ILMU

Page 24: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 24

Rajah D: Jenis – jenis pembinaan yang menggunakan aplikasi LiDAR

Aplikasi - Aplikasi LiDAR Dalam Skop Hidrografi

Bidang Navigasi Kapal

Di dalam bidang ini, aplikasi LiDAR dikhususkan dalam menentukan arah tuju kapal – kapal di laut serta mengenal pasti paras kedalaman air laut ketika memasuki pelabuhan dengan mengemaskini carta pelayaran elektronik secara pantas. Kapten – kapten kapal akan memperolehi maklumat terkini tentang carta pelayaran elektronik mereka sekaligus mengelakkan kemalangan ketika memasuki limbungan yang sempit dan cetek.

Rajah E: Penentuan arah kapal dan kedalaman air laut menggunakan LiDAR

SUDUT ILMU

Page 25: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 25

Bidang Kadaster Laut

Dalam bidang ini, aplikasi LiDAR dikhususkan dalam menentukan garisan pantai di laut dalam untuk tujuan kadaster serta pemetaan di sepanjang pesisiran pantai. Dengan menggunakan LiDAR, DEM (Digital Elevation Model) bagi paras kedalaman air laut dapat diperolehi sekaligus penandaan sempadan serta zon dapat ditentukan merujuk kepada paras kedalaman air laut yang tertinggi (Thalweg). Disamping itu juga, pemetaan pesisiran pantai dapat dijalankan bagi mengesan perubahan bentuk fizikal pantai akibat daripada hakisan ombak, batu karang, bangkai kapal dan lain – lain demi keselamatan nelayan – nelayan pesisir pantai.

Rajah f: Kajian kareteristik air laut menggunakan LiDAR

Bidang Kajian Air Laut

Di dalam bidang ini, aplikasi LiDAR dikhususkan dalam kajian tentang air laut. Dengan menggunakan LIDAR, para saintis dapat mengkaji tentang kareteristik air laut seperti aras pasang-surut, meramal Tsunami, dinamik air laut serta mengesan perubahan kimia yang terkandung di dalamnya akibat pencemaran dan tumpahan minyak.

Rajah G : Pembahagian zon kadaster laut menggunakan maklumat LiDAR

Rajah h : Pemetaan pesisiran pantai bagi mengesan perubahan bentuk fizikal pantai

menggunakan LiDAR

SUDUT ILMU

Page 26: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 26

Bil Spesifikasi Hidrografi LiDAR Topografi LiDAR

1. Laser BeamMenggunakan dua Laser Beam. Menggunakan satu Laser Beam.

2. Laser

Menggunakan infrared, infrablue menembusi serta memantul dan infragreen yang dapat menembusi serta memantul kembali lapisan permukaan atas dan bawah laut serta permukaan atas bumi.

Menggunakan infrared yang dapatpermukaan atas bumi.

3. frekuensi 30,000 hz 400 hz

4. TenagaMemerlukan tenaga elektrik yang tinggi.

Memerlukan tenaga elektrik yang rendah.

5. Peralatan Kompleks dan Unik Versatile dan mudah dipasang

6. Ketepatan Pugak

+/- 0.15 meter

+/- 0.15 meter bagi permukaan keras dan terbuka. +/- 0.25 meter bagi permukaan lembut dan rata.

+/- 0.30 hingga 0.50 meter bagi permukaan berbukit – bukau

7. Ketepatan Mendatar

+/- 3.0 hingga 15 meter

+/- 0.50 hingga 0.75 meter tetapi bagi permukaan berbukit – bukau ketepatan mendatar bergantung kepada ketinggian pesawat udara dan kelebaran Laser Beam yang digunakan.

Perbezaan Hidrografi LiDAR Dan Topografi LiDAR

Secara umumnya aplikasi LiDAR dapat dikelaskan kepada dua bahagian iaitu hidrografi LiDAR dan topografi LiDAR. Walaupun kedua – duanya menggunakan LiDAR sebagai tulang belakang dalam menjalankan kerja tetapi terdapat beberapa perbezaan yang ketara diantara kedua – duanya. Perbezaan diantara kedua – dua bahagian tersebut disertakan seperti didalam jadual di bawah.

Sumber daripada AmberCore 2008

Kesimpulan

Melihat kepada aplikasi LiDAR yang dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa LiDAR merupakan satu teknologi terkini yang sedang berkembang dari semasa ke semasa seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Kemampuan LiDAR dalam menghasilkan ketinggian DEM (Digital Elevation Model) di daratan mahupun di lautan dalam ketepatan yang tinggi serta membolehkan analisis remote sensing terhadap sesuatu kawasan dijalankan menjadikan satu pilihan utama dalam bidang sains geomatik dalam kerja pengukuran yang melibatkan kos serta masa secara mudah, cepat dan tepat berbanding kaedah konvensional.

SUDUT ILMU

Page 27: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 27

JUPEM Johor Perbaharui Pensijilan 5S29-30 November 2011

Satu lawatan dan pengauditan oleh pihak MPC telah diadakan memperbaharui Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S). Ini merupakan kemuncak beberapa aktiviti memperkasakan program 5S sepanjang tahun ini.

Di akhir majlis Tuan Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, Encik Junaimee bin Dahlan merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai-pegawai dari MPC, Petaling Jaya, Selangor di atas penggulungan pengauditan dan memaklumkan JUPEM Johor berjaya melepasi tahap bagi melayakkan membaharui sijil 5S. Sekalung tahniah juga diberi kepada semua warga JUPEM Johor di atas kejayaan ini.

JUPEM Pahang Anjur Kursus Keselamatan3 November 2011

Kursus Keselamatan sebagai program latihan untuk kakitangan JUPEM Pahang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Meranti. Seramai 70 orang kakitangan telah mengikuti kursus tersebut. Tujuan kursus ini bagi memberi penerangan dan kesedaran mengenai keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam menangani kecemasan dan jenayah. Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh ASP Muniandy pegawai daripada Ibu Pejabat Polis negeri Pahang dan Encik Abdul Manaf bin Mohd Ali daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang.

Sambutan Hari Inovasi 2011 JUPEM Pahang16 November 2011

JUPEM Pahang telah mengadakan hari Inovasi 2011 bertempat di Dataran Datuk hamid Ali, JUPEM Pahang dan telah dirasmikan oleh Pengarah JUPEM Pahang, Sr Abdul Aziz bin hj. Jantan, bertema ‘Ke Arah Membudayakan Inovasi’. Pelbagai program menarik diadakan antaranya pertandingan mencipta logo dan slogan hari Inovasi. Satu ceramah inovasi bertajuk ‘Ke Arah Membudayakan Inovasi’ telah disampaikan oleh En. nazahar bin Abdul hamid dari one Touch Training & Consultancy, Kuantan. Program diserikan dengan persembahan pasukan KIK JUPEM Pahang yang telah memenangi tempat ketiga di peringkat Ibu Pejabat JUPEM. Acara kemuncak hari Inovasi 2011 adalah penyampaian sijil dan hadiah bagi pertandingan mencipta logo dan slogan hari Inovasi dan rekacipta. Di samping itu juga, penyampaian sijil dan hadiah kepada 14 orang pesara tahun 2011 JUPEM Pahang turut diadakan bagi meraikan dan mengenang jasa mereka.

BERITA JUPEM NEGERI/SEKSYENRangkuman

Page 28: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 28

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Penandaan dan Pengukuran Sempadan Kelantan dan Terengganu28 November 2011

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ini telah diadakan di Bilik Gerakan negeri, Kota Darulnaim dihadiri oleh YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia haji nik Abdul Aziz bin haji nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan YBhg. Dato’ haji Mazlan bin ngah mewakili Menteri Besar Terengganu. Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan, Sr Dr. zainal Bin A Majeed dan Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan, Sr hj Mat nawai Bin hussain turut sama hadir pada majlis tersebut.

Memorandum Persefahaman ini adalah persetujuan ukuran sempadan negeri berdasarkan pada Pelan Akui no.1209 yang telah ditanda dan diukur oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan dari stesen Trigonometer Bukit Yong ke Tiang Pillar Kg. Pacakan sejauh 18.4 km.

Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan turut memberi taklimat dan penerangan ringkas tentang proses kerja penandaan dan pengukuran sempadan darat. Apabila ditanya oleh YAB Menteri Besar Kelantan, beliau telah menjelaskan konsep dan tatacara penentuan penandaan sempadan laut (Maritim) berdasarkan kaedah penentuan sempadan sama jarak dan penentuan Garis Pangkal Lurus.

Perhimpunan Bulanan dan Majlis Persaraan Kakitangan JUPEM Kelantan9 Jun 2011

Majlis Perhimpunan Bulanan dan Meraikan Pesara telah diadakan di Auditorium MARA Kota Bharu. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah ceramah tentang panduan menjaga kesihatan dan pemakanan yang betul disampaikan oleh Puan nor Ikmaliah bt Mansoor dari hospital Daerah Tanah Merah.

Dalam ucapan perasmian, Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan, Sr Dr. zainal Bin A Majeed menasihati pegawai dan kakitangan yang akan bersara agar menjaga kesihatan dan mengisikan masa terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah untuk diri, keluarga dan negara. Seterusnya beliau telah menyampaikan cenderahati kepada pegawai yang diraikan yang telah disumbangkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Kelantan.

Page 29: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 29

Pemeriksaan Tahap Pendengaran (Audiometric Hearing Test)15 Julai 2011

Aspek kesihatan terutamanya di tempat kerja perlulah dititikberatkan dan diberi penekanan sepanjang masa oleh setiap pekerja. Bagi kakitangan yang berkerja di Seksyen Percetakan Peta (SCP), mereka terdedah kepada persekitaran bunyi bising yang kuat dan sekiranya tidak diberi penjagaan dan perlindungan yang rapi, masalah pendengaran pasti berlaku. Pihak pengurusan seksyen telah mengambil langkah proaktif dalam menguruskan risiko keselamatan dan kesihatan pekerja.

Bertempat di ruang legar SCP, seramai 76 orang kakitangan telah menjalankan Pemeriksaan Tahap Pendengaran. Pemeriksaan ini dikendalikan oleh Environmental Science Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama BP healthcare dan Pancorporate Technical Consultants Sdn. Bhd.

Pemeriksaan ini dijalankan setahun sekali untuk tujuan pemantauan secara berkala tahap pendengaran kakitangan. Bagi mengurangkan masalah tahap pendengaran ini, semua kakitangan yang terdedah kepada bunyi bising, dinasihatkan untuk memakai Personal Protective Pquipment (PPE) seperti earplug atau earmuff sepanjang masa bekerja.

Setiap kakitangan awam pastinya terdedah kepada bahaya dan kecemasan semasa bertugas terutamanya di tempat kerja yang berisiko. Pengetahuan dalam menghadapi situsai yang tidak di jangka perlu juga diambil kira. Menyedari hakikat ini, seramai 30 kakitangan Seksyen Percetakan Peta (SCP) telah menjalani Kursus Pelan Tindakan Keselamatan atau Emergency Response Plan bertempat di Bilik Kuliah Tingkat 14, Wisma JUPEM anjuran pihak pengurusan SCP.

Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 berkenaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, objektif kursus ini adalah untuk memberikan pemahaman dan pembelajaran kepada kakitangan SCP dalam menghadapi kecemasan serta persiapan yang akan dilakukan.

Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu teori dan amali. Beberapa senario yang hampir sama dengan situasi kecemasan yang berkemungkinan boleh berlaku di SCP telah ditunjukan. Dalam situasi itu, peserta turut diajar cara-cara menghadapi kecemasan dan tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan. Kursus ini dikendalikan dengan kerjasama Makmur Corporate Training & Consultancy.

Emergency Response Plan (ERP)27-28 Julai 2011

Page 30: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 30

Kempen Derma Darah JUPEM Kedah21 Julai 2011

Satu kempen derma darah telah diadakan bertempat di Gim, JUPEM Kedah dengan kerjasama hospital Kulim. Kempen sehari yang diadakan bermula jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 3.00 petang mendapat sambutan yang sangat baik daripada warga JUPEM Kedah dan kakitangan awam. Kempen ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang telah dirangka oleh pihak pengurusan bertujuan membantu Pusat Darah hospital Kulim mengisi tabung darah. Selain itu ianya sebagai salah satu alternatif ke arah kebajikan yang dapat dilakukan oleh pihak jabatan ini kepada masyarakat umum.

Lawatan TNB Pulau Pinang12 Julai 2011

Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (Amalan 5S) JUPEM Kedah secara berterusan telah mendapat pengiktirafan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara. Pemilihan Jabatan ini sebagai mentor dan penanda aras kepada jabatan lain yang ingin melaksanakan Amalan 5S amatlah membanggakan warga JUPEM Kedah.

Jabatan Pembangunan Aset TnB Pulau Pinang telah mengadakan lawatan untuk melihat lebih dekat pelaksanaan amalan 5S untuk dipelajari dan dikongsi bersama.

Jasamu dikenang24 Julai 2011

Satu Majlis Persaraan telah diadakan bertempat di Dataran JUPEM Kedah di mana 9 orang kakitangan JUPEM Kedah yang diraikan iaitu;

i. Tuan haji norizan bin Darus (Penolong Juruukur, J36),

ii. Puan Mariam binti omar (Pembantu Tadbir, n22),iii. Encik Abu Bakar bin hamzah (Juruteknik, J22),

iv. Encik Ismail bin othman (Pembantu Tadbir, n22(KUP)),

v. Encik Ridzo Pahlawi bin zainol (Juruteknik, J22(KUP),

vi. Puan Rokhiah binti Ismail (Pembantu Tadbir Rendah, n11),

vii. Encik Baskaran a/l K.S.Maniam (Pekerja Awam, R4),

viii. Encik Ahmad bin Ramadali (Pekerja Awam, R4(KUP); dan

ix. Encik Abd. Rahim bin hussain (Pekerja Awam, R1)

Dalam majlis ini Tuan Pengarah Ukur dan Pemetaan Kedah, Sr haji Mohammad bin Yunus sempat merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa dan sumbangan yang tidak ternilai sepanjang perkhidmatan serta mendoakan mereka akan terus berjaya dan terus menyemai bakti kepada masyarakat.

Page 31: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 31

Majlis Penganugerahan Sijil Amalan 5S11 November 2011

Bertempat di Auditorium Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, seluruh warga JUPEM Sarawak berasa bangga kerana telah dianugerahkan Pensijilan Persekitaran Berkualiti Amalan 5S oleh MAMPU selama 2 tahun dari 26 ogos 2011 hingga 26 ogos 2013. Sijil telah disampaikan oleh Pengarah MAMPU Sarawak dalam majlis tersebut.

Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa24 September 2011

Bertempat di Padang Merdeka, Kuching Sarawak seramai 40 orang pegawai dan kakitangan JUPEM Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Ukur, Encik Rahim bin Mohamad Saleh telah menyertai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa bersempena sambutan ulang tahun ke-90 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua negeri Sarawak tahun 2011.

Pameran Sempena Hari Sungai-Sungai Sedunia11 - 12 November 2011

Bertempat di Water front, Kuching, JUPEM Sarawak telah menyertai Pameran Sempena hari Sungai-Sungai Sedunia yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Pelbagai jenis peta yang merupakan sebahagian produk jabatan untuk jualan serta peralatan ukur yang dipamerkan telah menarik minat pengunjung untuk membeli disamping mengenali JUPEM dengan lebih dekat lagi.

Latihan Memadam Api Menggunakan Fire Extinguisher7 Oktober 2011

Penggunaan alat pemadam api dengan cara yang betul dan tepat dapat menyelamatkan kita daripada bahaya. Dengan teknik yang betul, peralatan ini dapat digunakan dengan mudah dan berkesan. oleh itu, satu latihan memadam api telah diadakan bertempat di Parkir Stor Seksyen Percetakan Peta (SCP). Seramai 76 orang kakitangan SCP telah terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh syarikat Kejuruteraan firedrill.

Latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan SCP mengenai teknik penggunaan alat pemadam api yang betul dalam usaha memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran. Sebelum latihan amali dilakukan, satu sesi penerangan kaedah penggunaan peralatan memadam api telah diberikan.

Page 32: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 32

JUPEM Kedah Perolehi Pengiktirafan MPC19-20 Oktober 2011

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Peringkat Kebangsaan Tahun 2011 bertempat di Sunway Convention Centre, Subang Jaya, Selangor.

Sebanyak 48 agensi kerajaan dan swasta telah menyertai konvensyen yang berlangsung selama dua hari dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir.

Warga JUPEM Kedah merasa amat berbangga kerana berjaya memperolehi penarafan tiga bintang pada konvensyen tersebut seterusnya layak menerima anugerah EMAS. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk terus melaksanakan Amalan 5S secara berterusan.

Terima Cek Insuran Kemalangan22 September 2011

Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, bertempat di Dewan Sri Mahligai, Seksyen 9, Shah Alam, telah diadakan satu majlis penyerahan cek insuran kemalangan kepada seorang bekas kakitangan JUPEM Selangor yang mengalami kemalangan jalanraya sehingga mengakibatkan kecacatan kekal. Beliau kini telah bersara di atas nasihat Lembaga Perubatan. Majlis turut meraikan dua orang Timbalan Pengarah Ukur yang bersara pilihan tahun 2011 dan penyampaian sijil penghargaan kepada zon pemenang 5S.

Majlis Qurban, JUPEM Selangor9 November 2011

firman Allah SWT dalam Surah Al Kautsar 1-2, “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Satu Majlis Ibadah Qurban telah dianjurkan oleh Biro Agama, Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Selangor bertempat di Kuarters JUPEM Selangor di Pandamaran, Kelang. Tuan Pengarah Ukur, Pegawai Kanan JUPEM, pasukan mobilisasi JUPEM negeri Perak, AJK Masjid Pandamaran, pegawai PTG Selangor, pelatih UiTM, pesara JUPEM dan ahli keluarga masing-masing antara yang hadir.

Page 33: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 33

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim23 Ogos 2011

Selaras dengan dasar penghayatan nilai-nilai murni dalam pentadbiran kerajaan, JUPEM Selangor telah mengorak langkah yang proaktif untuk mendekatkan jabatan dengan orang awam. Untuk merealisasikan hasrat murni ini, satu lawatan ke Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim Kampung Sekendi, Sabak Bernam telah diadakan. Semasa lawatan, wakil rombongan turut menyampaikan wang sumbangan RM3,859.50 daripada warga JUPEM Selangor .

STAPS Kinabalu disenggara11-18 November 2011

Seksyen Topografi Sabah dengan kerjasama Seksyen Geodesi, Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur telah melaksanakan pembaikan telaga Stesen Tolok Air Pasang Surut (STAPS) Kota Kinabalu yang telah mengalami kerosakan akibat hakisan ombak dan arus air laut.

Telaga Stesen Tolok Air Pasang Surut (STAPS) Kota Kinabalu telah mula beroperasi pada Mac 1976 dan sehingga kini telah berusia 35 tahun. Struktur binaan telaga adalah jenis dua lapisan (double tide well) iaitu telaga dalam dan telaga luar.

Seksyen Topografi Sabah Terima Motobot25 Disember 2011

Seksyen Topografi Sabah telah menerima dua buah motobot bagi kegunaan Cawangan Kerjaluar di bawah projek Penentuan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa (Darat dan Maritim) Malaysia dengan negara-negara jiran 2011.

Kedua-dua motobot ini dilengkapi dengan Sistem Penentududukan Sejagat Marin dengan Sonar (Marine GPS Navigation with Sonar) dan Radio Perhubungan Marin hf SSB (hf SSB Marine Radio) dan telah diberi nama Kapalai dan Lankayan. Pembelian motobot ini adalah bagi menggantikan motobot lama yang sering mengalami kerosakan.

Hari Keluarga JUPEM Sarawak19 November 2011

‘Truly Asia’ merupakan tema bagi malam mesra sempena Sambutan hari Keluarga JUPEM Sarawak 2011 yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak di one hotel Santubong, Kuching. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Ukur Topografi Sarawak, Sr Sohaime bin hj. Rasidi. Bagi memeriahkan lagi suasana Malam Mesra tersebut, telah diadakan cabutan bertuah dan pertandingan karaoke. Pada malam mesra itu juga telah diadakan pemilihan untuk

dianugerahkan pakaian paling menarik yang bertemakan ‘Truly Asia’ bagi kategori lelaki, wanita dan keluarga. Suasana meriah dan gembira dapat dirasakan oleh semua warga JUPEM Sarawak terutama melalui acara sukanika yang telah dijalankan sebelumnya.

Page 34: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 34

JUPEM Terengganu Anjur Program AKRAB30 November 2011

JUPEM Terengganu telah menganjurkan sesi taklimat Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bertempat di Dewan Serbaguna Batu Sempadan Cendering. AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam Pekeliling perkhidmatan bilangan 18 tahun 2005.Taklimat telah disampaikan oleh Encik zaki bin halim, kaunselor AKRAB di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan tajuk ‘Pengurusan Stress dan Pengenalan AKRAB’ kepada seramai 100 orang pegawai dan kakitangan yang hadir. Serentak dengan itu juga, satu jawatankuasa AKRAB telah ditubuhkan bagi memulakan pelaksanaan programnya di JUPEM Terengganu.

Hari Inovasi dan Bertemu Pelanggan JUPEM Terengganu disambut Meriah

25 Oktober 2011

Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu telah mengadakan sambutan hari Inovasi 2011 dan hari Bertemu Pelanggan bertempat di Dewan Gunasama, Wisma Persekutuan, Besut. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah JUPEM Terengganu Sr hj Abd Rahman bin Mohd Don.

Dalam majlis tersebut, seramai 19 orang warga JUPEM telah diberikan pengiktirafan dan penghargaan di atas prestasi kerja cemerlang yang ditunjukkan sepanjang tahun 2010. Seramai 9 orang pegawai dan kakitangan yang bersara turut diraikan. Satu ceramah yang bertajuk ‘ Inovasi Menurut Pandangan Islam telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Zulkifli bin Awang dari Universiti Darul Iman sebagai santapan minda.

Pelbagai aktiviti lain seperti pameran yang menunjukkan produk jabatan, kaunter aduan pelanggan, ceramah kerjaya telah menarik minat lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, pelajar sekolah dan masyarakat setempat.

Menjunjung kasih DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin ‘Daulat Tuanku’12 Disember 2011

Sempena berakhirnya tempoh perkhidmatan DYMM Tuanku Mizan zainal Abidin Ibni Al-marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, yang juga Sultan Terengganu sebagai Yang di Pertuan Agong ke 13, satu upacara menyambut keberangkatan pulang telah diadakan penuh adat istiadat diraja di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM). Kakitangan JUPEM Terengganu tidak ketinggalan turut serta memeriahkan dan meraikan kepulangan Tuanku dan Permaisuri Tuanku nur zahirah yang kembali memayungi negeri Terengganu Darul Iman.

Page 35: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 35

Majlis Serah Terima GSMS8-9 Disember 2011

Satu majlis serah terima projek T3/2009 perolehan projek Geospatial Mobile system (GSMS) bertempat di perkarangan letak kereta, hotel Impiana Ipoh sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah berbesar hati merasmikan majlis tersebut dan menandatangani Sijil Pentaulihan Projek. Majlis diakhiri dengan upacara menepung tawar oleh Datuk KPUP.

Lawatan ke Cawangan GeoInt Bahagian Staff Perisikan Pertahanan

20 September 2011

BGSP telah mengadakan sesi lawatan ke Cawangan GeoInt BSPP bertujuan memperkasakan pembangunan infrastruktur Defence Geographic Information System (DGIS). Rombongan ini telah disertai oleh seramai 13 pegawai dan staf diketuai oleh Pengarah BGSP, YBhg. Brig. Jeneral Dato’ zaharin bin Din.

BGSP Terima LawatanSapura & Tim Network Centric Operation 24 Ogos 2011

BGSP telah menerima kunjungan Ketua Tim nCo, Kol. Mohd Rashid bin Abd Razak dan Senior General Manager Syarikat Sapura, Kol. (B) Mohd Akram bin Mohd Akbar bertujuan berbincang dan berkongsi maklumat antara kedua-dua pihak.

Seminar Program Ugeo For Defence9-11 November 2011

Seminar Program Ugeo For Defence telah diadakan di Bayu Beach Resort, Port Dickson, negeri Sembilan. Tujuan seminar ini diadakan untuk menerangkan dan memberi pendedahan mengenai Bantuan Khidmat Geospatial Pertahanan kepada ATM. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah BGSP, YBhg. Brig. Jen. Dato’ zahari bin Din.

Page 36: Bil: 51 / 2011

Berita UKUR 36

Temasya sukan tahunan antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia (MnRE)

dan Ministry of Environment, Water and Resources Singapore (MEWR) telah diadakan di Woodleigh Park, Singapura. Tahun ini merupakan giliran MEWR menjadi tuan rumah temasya selama sehari ini.

Sukan persahabatan ini merupakan acara tahunan antara kedua-dua kementerian dan dianjurkan bersempena dengan mesyuarat Malaysia-Singapore Joint Committee Environment (MSJCE) yang ke 25. Sebanyak 14 acara sukan telah dipertandingkan sepanjang temasya ini berlangsung seperti tenpin bowling, ping pong, karom, tenis, snuker dan sepak takraw. Kontinjen nRE yang menyertai temasya ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian nRE. Pemilihan peserta kontinjen nRE ini adalah berdasarkan keputusan Sukan Dwi-Tahunan nRE ke-4 yang telah diadakan pada Julai 2011. JUPEM turut menghantar pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam beberapa acara sukan yang dipertandingkan. Program seperti ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara para peserta khususnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Persahabatan MNRE-MEWRSukan

1 Oktober 2011