inovasi star fish sebelum

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI NAMA INOVASI : Star Fish

Upload: shamala-maniam

Post on 12-Sep-2015

22 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLISINOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

NAMA INOVASI: Star Fish

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI :PengenalanInovasi Star Fish merupakan hasil inovasi daripada idea ekonomi token yang diubahsuai supaya ia lebih menarik dan berkesan. Ia bukan hanya diaplikasikan kepada setiap individu tetapi turut memberi kesan kepada kumpulan yang diwakili oleh individu yang memperoleh bintang sebagai peneguhan positif atau individu yang ditarik balik bintangnya sebagai peneguhan negatif.Ekonomi token adalah program modifikasi tingkahlaku yang dirancang untuk meningkatkan tinglahlaku yang diingini dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini melalui penggunaan token (tanda-tanda). Individu akan menerima token setelah menunjukkan tingkahlaku yang diingini manakala token akan ditarik balik sekiranya individu menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini. Token yang dikumpulkan kemudian ditukar dengan peneguh (back up reinforcer) seperti hadiah atau penghargaan.

Punca Penciptaan Inovasi Star Fish.Idea untuk mencipta Star Fish wujud hasil daripada pemerhatian saya sebelum pengajaran dimulakan, semasa proses pengajaran dan juga selepas proses pengajaran, waktu rehat dan waktu pulang murid-murid dari sekolah. Saya dapat melihat bahawa murid-murid Prasekolah Dahlia lebih berminat kepada bintang. Mereka lebih bermotivasi dan gemar apabila guru memberikan mereka bintang pada lembaran kerja.Selain itu, saya juga melihat murid-murid mengumpul objek-objek yang berbentuk bintang dalam beg mereka. Dengan ini, saya bercadang untuk menghasilkan inovasi dengan menggunakan bintang dan ekonomi token menjadi pilihan saya.Matlamat InovasiInovasi Star Fish dapat : Memberi peneguhan positif terhadap tingkahlaku yang diingini Memberi peneguhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Memastikan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Memastikan kelas dalam kawalan guru. Memupuk semangat kumpulan. Memupuk nilai-nilai moral seperti bertanggungjawab, amanah, berusaha, toleransi dan tolong-menolong.Langkah-langkah Pelaksanaan Inovasi Star Fish

1. Mengenali tingkah laku yang diingini. Melaksanakan tugasan yang diberi dengan betul, cepat dan kemas. Memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan mencabar yang ditanya oleh guru. Tidak membuat bising sewaktu makan. Makan dengan kemas. Mengambil dan membaca buku tanpa diberitahu oleh guru. Menunjukkan sesuatu tingkah laku yang positif tanpa diberitahu oleh guru. Lain-lain tingakah laku positf yang ditunjukkan oleh murid-murid.

2. Memilih jenis token yang akan digunakan. Token yang digunakan ialah, pelekat yang berbentuk bintang.

3. Memilih peneguh atau hadiah yang boleh ditukar dengan token. Hadiah yang digunakan adalah alat-alat tulis seperti pensel, pensel warna, kotak pensel, pemadam, pembaris dan sebagainya.

4. Mengira nilai token untuk sesuatu perilaku. Peneguhan positif

PerilakuJumlah token yang diberi

Melaksanakan tugasan yang diberi dengan betul, cepat dan kemas1

Memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan mencabar yang ditanya oleh guru.2

Tidak membuat bising sewaktu makan.1

Makan dengan kemas.1

Mengambil dan membaca buku tanpa diberitahu oleh guru.2

Menunjukkan sesuatu tingkah laku yang positif tanpa diberitahu oleh guru.3

Peneguhan negatifPerilakuJumlah token yang ditarik balik

Membuat bising1

Tidak patuh kepada arahan guru1

Tidak berbudi bahasa sewaktu berinteraksi dengan rakan sekelas dan guru.2

Tidak menyempurnakan tugasan yang diberi2

Tidak berjalan dalam barisan1

Tidak menjaga kebajikan rakan sekelas5

Membuang sampah di merata tempat1

*Semua peneguhan positif dan negatif dibawah budi bicara guru.

5. Membuat bank token. Setiap murid diberi gambar ikan bagi mewakili diri mereka. Mereka dikehendaki untuk mewarnakannya. Bintang dilekat pada bahagian badan ikan. Semua gambar ini dipamerkan di dalam kelas supaya murid-murid lebih bermotivasi untuk mendapatkan bintang yang banyak dan menunjukkan tingkah laku yang diingini.

6. Menentukan waktu pertukaran token. Token boleh ditukar menjadi hadiah sebulan sekali. Individu yang jumlah bintsng yang tertinggi akan mendapat hadiah.

7. Implementasi program Memberi penjelasan tentang Star Fish. Berikan token berserta pujian. Ketika mengimplementasikan token ekonomi menerusi Star Fish, pujian harus selalu diberikan untuk perilaku positif yang diinginkan. Pada masa murid-murid menunjukkan perilaku yang diinginkan, token dan pujian harus diberikan dengan cepat dan tidak boleh ditunda. Kurangi token dan kekalkan pujian. Untuk perilaku baru yang positif token hendaklah diberikan. Token dikurangkan apabila perilaku tersebut sudah mula dimiliki oleh murid-murid, namun pujian tetap diberikan sebagai peneguhan apabila murid-murid menunjukkan perilaku yang benar. Token tetap diberikan untuk perilaku-perilaku baru yang harus dikuasai oleh murid-murid. Hal ini dilakukan supaya murid-murid tidak bergantung pada token sehingga anak dapat belajar pada kehidupan sosial sebenar. Buat penyesuaian yang diperlukan. Hal ini perlu dilakukan supaya murid-murid terus terlibat dalam ekonomi token. Apabila perilaku terlalu mudah atau terlalu sulit maka murid-murid akan tidak bermotivasi untuk terlibat aktif dalam program ekonomi token.

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI :Guru akan menggunakan dua jenis instrumen penilaian untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan inovasi yang telah disediakan. Iaitu penilaian melalui pemerhatian.KESIMPULANKesimpulannya, diharapkan pengamalan inovasi ini dapat membantu guru dalam memberi peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan juga tingkah laku yang tidak diingini. Selain itu, guru juga berjaya mendisiplinkan murid apabila mereka tertarik dengan peneguhan yang diberi. Mereka juga lebih yakin dan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan semua tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid menjadi amalan walaupun tidak ada peneguhan. Ia amat penting untuk guru dalam mencapai objektif penciptaan inovasi ini.