infrastruktur pembangunan tadbir urus dan...

14
530 INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN PENGAWAL SELIAAN AR RAHNU Asiah Alkharib Shah & Salmy Edawati Yaacob Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Industri Ar Rahnu yang sedang berkembang akan lebih progresif dengan kewujudan satu mekanisme tadbir urus bersumberkan teori yang tepat dan melihat dan justifikasi semasa. Tujuan kertas ini dihasilkan adalah bagi mengenal pasti mekanisme tadbir urus yang sesuai bagi industri dan agensi pengawal selia Ar Rahnu. Kaedah analisis teks, temu bual dan penilaian ke atas keupayaan dalam menyediakan infrastruktur untuk melaksanakan pengawalseliaan industri Ar Rahnu digunakan untuk memperoleh keputusan. Implikasi kajian mendapati bahawa ketiadaan infrastruktur yang dicadangkan memberi kesan terhadap pelaksanaan tadbir urus Ar Rahnu yang berkesan. Justeru, mekanisme tadbir urus yang dicadangkan meliputi beberapa infrastruktur yang perlu wujud bagi penyedia perkhidmatan Ar Rahnu dan agensi pengawal selia itu sendiri iaitu perundangan, kepakaran tenaga kerja, operasional, sistem jaminan kualiti dan prasarana. Kata kunci : Ar Rahnu, Mekanime, Infrastuktur, teori agensi, stakeholder PENDAHULUAN Ar-Rahnu dikategorikan sebagai sebuah institusi yang mempunyai potensi pasaran yang tinggi. Pasaran pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) menjadi penyumbang utama kepada mikrokredit di Malaysia. Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan. Melalui perkembangannya yang positif, Ar Rahnu mendapat permintaan yang tinggi ke atas kemudahan tunai segera dan mikro kredit dengan anggaran pasaran bernilai RM3 bilion (Che Abdul Nasir 2014). Menurut beliau lagi, faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian positif dan prospek Ar-Rahnu ini disebabkan oleh pertumbuhan pesat populasi penduduk, kenaikan taraf ekonomi, peningkatan penggunaan barangan kemas bersandarkan nilai yang sentiasa kukuh, tahap kesedaran (awareness) yang tinggi mengenai sistem pajak Islam yang dilihat lebih menguntungkan, adil dan mesra pelanggan. Bagi pihak industri, Ar-Rahnu merupakan satu perniagaan yang menjamin pulangan yang konsisten dan selamat kerana bersandarkan cagaran emas. SOROTAN LITERATUR DAN PERMASALAHAN KAJIAN Kerancakan industri Ar Rahnu ini berkembang semenjak 24 tahun yang lalu (1992-2016) telah mendesak beberapa kajian mencadangkan keperluan pengawalseliaan ke atas industri ini (Selamah & Abdul Ghafar 2007; Abdul Ghafar & Shahida; Nur Hayati & Ruzian 2014). Malah ia menjadi perhatian di peringkat kerajaan dan pernah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2011 (Minit Mesyuarat Berhubung Penggubalan Akta Pemegang Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) 2011). Walau bagaimanapun, belum wujud satu mekanisme tadbir urus dan pengawal seliaan yang selaras bagi membantu industri Ar Rahnu di Malaysia sebagaimana yang berlaku pada institusi kewangan. Kajian Selamah & Abdul Ghafar

Upload: truongliem

Post on 06-Feb-2018

272 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

530

INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN PENGAWAL

SELIAAN AR RAHNU

Asiah Alkharib Shah & Salmy Edawati Yaacob

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Industri Ar Rahnu yang sedang berkembang akan lebih progresif dengan kewujudan satu

mekanisme tadbir urus bersumberkan teori yang tepat dan melihat dan justifikasi semasa.

Tujuan kertas ini dihasilkan adalah bagi mengenal pasti mekanisme tadbir urus yang sesuai

bagi industri dan agensi pengawal selia Ar Rahnu. Kaedah analisis teks, temu bual dan

penilaian ke atas keupayaan dalam menyediakan infrastruktur untuk melaksanakan

pengawalseliaan industri Ar Rahnu digunakan untuk memperoleh keputusan. Implikasi

kajian mendapati bahawa ketiadaan infrastruktur yang dicadangkan memberi kesan

terhadap pelaksanaan tadbir urus Ar Rahnu yang berkesan. Justeru, mekanisme tadbir urus

yang dicadangkan meliputi beberapa infrastruktur yang perlu wujud bagi penyedia

perkhidmatan Ar Rahnu dan agensi pengawal selia itu sendiri iaitu perundangan, kepakaran

tenaga kerja, operasional, sistem jaminan kualiti dan prasarana.

Kata kunci : Ar Rahnu, Mekanime, Infrastuktur, teori agensi, stakeholder

PENDAHULUAN

Ar-Rahnu dikategorikan sebagai sebuah institusi yang mempunyai potensi pasaran yang

tinggi. Pasaran pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) menjadi penyumbang utama kepada

mikrokredit di Malaysia. Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan. Melalui

perkembangannya yang positif, Ar Rahnu mendapat permintaan yang tinggi ke atas

kemudahan tunai segera dan mikro kredit dengan anggaran pasaran bernilai RM3 bilion

(Che Abdul Nasir 2014).

Menurut beliau lagi, faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian positif dan

prospek Ar-Rahnu ini disebabkan oleh pertumbuhan pesat populasi penduduk, kenaikan

taraf ekonomi, peningkatan penggunaan barangan kemas bersandarkan nilai yang sentiasa

kukuh, tahap kesedaran (awareness) yang tinggi mengenai sistem pajak Islam yang dilihat

lebih menguntungkan, adil dan mesra pelanggan. Bagi pihak industri, Ar-Rahnu

merupakan satu perniagaan yang menjamin pulangan yang konsisten dan selamat kerana

bersandarkan cagaran emas.

SOROTAN LITERATUR DAN PERMASALAHAN KAJIAN

Kerancakan industri Ar Rahnu ini berkembang semenjak 24 tahun yang lalu (1992-2016)

telah mendesak beberapa kajian mencadangkan keperluan pengawalseliaan ke atas industri

ini (Selamah & Abdul Ghafar 2007; Abdul Ghafar & Shahida; Nur Hayati & Ruzian 2014).

Malah ia menjadi perhatian di peringkat kerajaan dan pernah diputuskan oleh Jemaah

Menteri pada tahun 2011 (Minit Mesyuarat Berhubung Penggubalan Akta Pemegang Pajak

Gadai Islam (Ar-Rahnu) 2011). Walau bagaimanapun, belum wujud satu mekanisme tadbir

urus dan pengawal seliaan yang selaras bagi membantu industri Ar Rahnu di Malaysia

sebagaimana yang berlaku pada institusi kewangan. Kajian Selamah & Abdul Ghafar

Page 2: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

531

(2007) antaranya mendapati pengawalseliaan yang berkesan dari sudut pelesenan,

kecukupan modal dan ke atas aktiviti Ar Rahnu mampu meningkatkan keberkesanan

industri Ar Rahnu. Dalam artikel (Abdul Ghafar Ismail & Shahida Shahimi 2013) yang

lain, beliau mencadangkan agensi pengawal selia perlu bukan sahaja perlu memantau

institusi Ar Rahnu tetapi aktivitinya juga.

Selain itu, kajian Azila (2011) dan Nafisah Mohamed (2013) menekankan beberapa aspek

keselamatan yang perlu diambil oleh setiap institusi bagi memastikan keselamatan operasi

terjamin. Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap institusi Ar-Rahnu adalah

dengan melengkapkan infrastruktur keselamatan yang tinggi termasuk mensyaratkan

perlindungan insurans barang melalui takaful (Rosliza binti Hassan 2011) serta aspek

penyelenggaraan dan peti simpanan (Nur Atiqah binti Abu Bakar 2011) untuk menjamin

keselamatan marhun.

Terdapat juga kajian yang menjurus kepada cabaran kepada institusi Ar-Rahnu yang

mengambil kira persepsi pelanggan dan penyedia. Cabaran dari aspek persaingan,

pemalsuan emas dan teknologi, kepakaran tenaga kerja, modal pusingan, caj takaful dan

ketidakstabilan harga emas menjadi cabaran utama kepada industri Ar Rahnu (A.A.Shah

2016). Kajian Amin et al. (2007) telah mengenal pasti 5 faktor penerimaan pelanggan

terhadap Ar Rahnu dengan mengguna pakai modelnya sendiri yang dikenali sebagai

ARSAM. Dapatan tersebut meletakkan faktor pandangan syariah mendahului jenis marhun

dan khidmat pelanggan sebagai komponen yang memberi kelebihan kepada penyedia

perkhidmatan gadaian. Berdasarkan temu bual bersama Shamsiah (2016), keperluan tadbir

urus syariah penting bagi Ar Rahnu kerana ia merupakan satu skim patuh syariah dan

keperluan untuk mengawal industri Ar Rahnu daripada mengaut keuntungan berlebihan

adalah aspek yang perlu dijaga.

Berdasarkan keseluruhan literatur di atas, timbul persoalan apakah keperluan utama bagi

industri ini untuk merealisasikan tadbir urus dan pengawal seliaan yang lebih efisien ke

atas Ar Rahnu? Sehubungan itu, kertas ini dihasilkan untuk menyumbang keperluan

mekanisme tadbir urus Ar Rahnu yang menjadi satu keperluan kepada pihak berautoriti Ar

Rahnu. Justeru, kertas ini dirangka untuk mengenal pasti infrastruktur yang diperlukan

dalam mekanisme tadbir urus Ar Rahnu di Malaysia.

Dalam konteks kajian ini, tadbir urus menurut perspektif Syariah diintegrasikan bersama

konsep tadbir urus korporat kontemporari. Ini bertepatan dengan perkara 3.1 Islamic

Financial Services Board (IFSB) yang menyatakan satu mekanisme yang bersesuaian perlu

dirangka bagi memastikan pematuhan terhadap prinsip syariah dalam tadbir urus korporat

(IFSB 2009). Menurut Mushtak Parker (2011), asas bagi kerangka tadbir urus syariah yang

komprehensif mengukuhkan peranan Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Syariah dan

Pengurusan berkaitan isu-isu Syariah termasuklah mewujudkan beberapa badan penting

yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pematuhan suasana kerja berasaskan syariah.

Dalam konteks Malaysia, institusi kewangan Islam tertakluk kepada dua jenis kerangka

pengawalseliaan iaitu di peringkat kerajaan selaku pengawal selia dan di peringkat institusi.

Kerangka pengawal seliaan di peringkat

kerajaan berasaskan bentuk perundangan dan garis panduan yang dikenakan oleh pihak

kerajaan ke atas institusi. Manakala di peringkat institusi, peraturan-peraturan merujuk

kepada peraturan yang dikenakan oleh badan-badan penetapan standard tertentu (Rusni

Hassan, Nurdianawati Irwani Abdullah, Aznan Hassan, Uzaimah Ibrahim, Mohd Fuad Md

Sawari 2013).

Page 3: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

532

Justeru, tadbir urus dalam konteks kajian ini adalah mengenal pasti mekanisme yang

diperlukan untuk memastikan perjalanan tadbir urus bagi industri Ar Rahnu dapat berjalan

secara efisien. Justifikasi pemilihan teori agensi dalam tadbir urus korporat adalah merujuk

kepada peranan lembaga pengarah dan pemegang saham yang merupakan pemilik syarikat

untuk menyediakan tadbir urus yang sesuai. Teori ini agak popular diuji oleh banyak

sarjana kerana ia menyediakan standard/piawaian tadbir urus, kod undang-undang dan

prinsip-prinsip yang dibangunkan oleh banyak institusi (CalPERS 1999). Teori ini dipilih

kerana meletakkan keutamaan terhadap pemegang saham manakala lembaga pengarah

dianggap salah satu pihak yang dapat mewujudkan mekanisme tadbir urus korporat yang

disertakan bersama kawalan juruaudit, undang-undang dan peraturan. (OECD 2001)

mendefinisikan makna prinsipal kepada pihak-pihak berkepentingan yang lebih luas

meliputi set hubungan antara lembaga pengarah, pemegang saham dan pihak

berkepentingan yang lain. Teori ini perlu dilengkapi dengan teori pihak berkepentingan

(Stakeholder theory) yang menjaga kepentingan semua pihak berkepentingan dan tidak

hanya tertumpu kepada pemegang saham. Melalui pemilihan teori ini, lembaga pengarah

akan menitikberatkan tanggungjawab sosial korporat meliputi pekerja, pengurusan dan

masyarakat awam yang akan dilindungi melalui penubuhan undang-undang dan peraturan

tertentu seperti kod amalan terbaik. Sebagai gambaran, integrasi teori diterjemahkan

kepada gambar rajah 1 berikut :

Amalan dan Pelaksanaan Industri Ar Rahnu di Malaysia Konsep pelaksanaan skim Ar Rahnu di Malaysia berasaskan tiga kombinasi prinsip syariah

iaitu ar-rahn, al wadiah yad ad-dhamanah dan qard al hasan (Ab. Mumin Ab. Ghani 1999).

Ar Rahn merujuk kepada transaksi mencagarkan barang sebagai sandaran kepada pinjaman

yang diterima. Skim gadaian ini bersifat neutral dan tidak mempunyai unsur-unsur seperti

riba, gharar, maisir atau penganiayaan kepada masyarakat. Al-wadiah yad ad-dhamanah

pula merujuk kepada perjanjian antara penggadai dan pemegang gadaian iaitu

tanggungjawab pemegang gadaian untuk menjaga barang dengan dikenakan sedikit upah

(ujrah) bagi perkhidmatan menyimpan barang tersebut. Manakala prinsip qard al-hasan

merujuk kepada pinjaman yang diberikan tanpa dikenakan sebarang faedah.

Tadbir urus korporat menurut perspektif

syariah

Teori Agensi

Teori Stakeholder

Gambar rajah 1 : Integrasi teori tadbir urus korporat

tadbir urus ko

Page 4: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

533

Di Malaysia, terdapat empat kategori institusi Ar Rahnu dari empat pengawal selia yang

berbeza iaitu kelompok institusi kewangan di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia

(BNM), koperasi di bawah seliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), syarikat

rangkaian negeri di bawah pantauan kerajaan negeri dan kategori syarikat yang dikawal

selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Setiap agensi telah

mewujudkan manual polisi sebagai rujukan dan panduan di peringkat agensi (Huda Binti

Md Yusuff et al. 2015). Walaupun dari aspek transaksi Ar Rahnu tidak banyak berbeza

namun pencapaian dan perkembangan institusi berbeza mengikut kategori. Ia disokong

dengan kajian Selamah & Abdul Ghafar (2007) yang mendapati faktor saiz industri Ar

Rahnu mampu meningkatkan kecekapan operasi. Justeru, perbezaan tadbir urus

mewujudkan konflik penyelarasan dan pemantauan antara kelompok.

METODOLOGI

Berdasarkan penelitian terhadap integrasi teori dan hasil temu bual separa struktur yang

dijalankan, kajian mendapati industri Ar Rahnu perlu dibangunkan melalui beberapa

infrastruktur penting. Infrastruktur dibina berdasarkan tiga sandaran penilaian iaitu

keperluan semasa, sorotan literatur dan teori yang disandarkan untuk membentuk

mekanisme tadbir urus Ar Rahnu yang berkesan. Justeru, infrastruktur perlu dibina

berdasarkan dua pemboleh ubah bersandar iaitu 1) institusi penyedia perkhidmatan ar rahnu

dan 2) agensi pengawal selia yang bertindak untuk menyelaras institusi Ar Rahnu. Oleh

yang demikian, kajian ini mencadangkan beberapa elemen keperluan yang penting dalam

pembinaan kerangka tadbir urus Ar Rahnu. Di peringkat agensi pengawal selia, lima

elemen utama yang perlu diwujudkan adalah; mewujudkan Akta Ar Rahnu di bawah satu

agensi pengawal selia, Majlis Pengawasan Syariah, seksyen Syariah, pasukan auditor dan

mewujudkan pusat latihan Ar-Rahnu. Manakala di peringkat penyedia perkhidmatan,

empat elemen utama adalah menyediakan tatacara pengendalian prosedur (SOP),

mewujudkan Jawatankuasa Penasihat Syariah, sekretariat syariah dan Jawatankuasa Audit

Dalaman (JAD). Kesemua elemen ini akan diberi kupasan lanjut dalam perkara 4.0.

HASIL PERBINCANGAN

Secara amalannya, satu mekanisme tadbir urus korporat Ar Rahnu perlu mengambil kira

beberapa aspek utama yang menjadi sandaran kepada kemapanan industri ini. Menurut

Khan (2008), setiap institusi mikro kredit perlu disesuaikan dengan realiti setempat dan

keperluan dan hal ini menjadikan ia berbeza di antara negara. Justeru, mekanisme yang

dicadangkan bukan sahaja melihat kepada keperluan semasa malah merupakan

kelompangan yang wujud pada masa ini.

Page 5: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

534

Berikut merupakan perbincangan lanjut berhubung cadangan tersebut :

I. Infrastruktur Bagi Agensi Pengawal Selia

Mewujudkan Akta Ar Rahnu Melalui Penyeliaan Satu Agensi :

Melalui Akta ini, semua garis panduan, penetapan polisi dan penyelarasan ke atas semua

penyedia perkhidmatan Ar Rahnu dapat di selia berdasarkan undang-undang (Koh 2016).

Justeru, kewujudan akta Ar Rahnu menjadi pelengkap kepada sesuatu skim demi

memastikan operasi berjalan seiring undang-undang Islam (Mohd Sadad & Radiah Abd

Kadir 2012) bahkan menjadi rujukan utama kepada pertikaian pihak-pihak (Nur Hayati

Rasmin 2014). Selaras dengan itu, satu agensi pengawal selia perlu dilantik untuk

menyelaras pengawal seliaannya. Agensi pengawal selia ini berfungsi untuk mengawal

pelesenan, pemantauan dan penguatkuasaan ke atas semua industri Ar Rahnu sedia ada

selaras dengan perundangan. Menurut (Abdul Ghafar Ismail & Shahida Shahimi 2013),

asas perundangan yang efisien dapat menjamin kestabilan dan keberkesanan industri ini

khasnya dalam aspek monopoli di samping melindungi hak pengguna. Ketiadaan akta dan

agensi khusus bagi mengawal selia Ar Rahnu menjadi kelompangan dalam pembentukan

parameter untuk mengukur kemampuan Ar Rahnu sebagai skim mikro kredit alternatif

yang terbaik (Rosliza Abdul Latif 2016). Justeru, kajian melihat kewujudan akta dan agensi

pengawal selia induk boleh mengelakkan konflik matlamat di antara penyedia

perkhidmatan mahupun konflik bidang kuasa di antara agensi pengawal selia.

Mewujudkan Badan Pengawasan Syariah :

Badan Pengawasan Syariah perlu ditentukan sebagai rujukan bagi agensi pengawal selia

dan industri terhadap sebarang keputusan yang melibatkan polisi dan pematuhan syariah

bagi institusi Ar Rahnu. Ini kerana ketidakpatuhan syariah merupakan risiko yang lebih

tinggi berbanding risiko lain yang dikenal pasti (Abdullah, Shahimi & Ghafar Ismail 2011).

Melalui badan tersebut, semua institusi Ar-Rahnu yang dilesenkan perlu terikat dengan

sebarang keputusan yang diputuskan termasuk merujuk sebarang isu berbangkit kepada

badan tersebut. Sehubungan itu, peranan dan fungsi ini perlu diwujudkan secara rasmi atau

disandarkan kepada Majlis Pengawasan Syariah (MPS), BNM mahupun Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK).

Mewujudkan Bahagian atau Seksyen Khusus

Satu bahagian atau seksyen khusus perlu diwujudkan untuk mengendalikan tanggungjawab

agensi pengawal selia memantau dan melaksanakan kaedah pengurusan selaku agensi yang

bertanggungjawab ke atas Ar Rahnu. Bob Tricker (1999) menjelaskan tadbir urus sangat

berkaitan dengan penyeliaan dan kawalan tindakan eksekutif serta menerima tugas untuk

mengawal selia sesebuah institusi mengikut portfolio. Ini bermakna tanggungjawab yang

diterima sebagai agensi pengawal selia hendaklah disesuaikan dengan mewujudkan

eksekutif bagi portfolio berkenaan. Dalam konteks mengawal selia Ar Rahnu, bahagian

bertanggungjawab perlulah diterajui oleh orang yang tepat dari aspek pengurusan dan

kepakaran termasuklah memahami amalan Ar Rahnu dalam konteks syarak.

Page 6: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

535

Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu :

Pusat latihan Ar Rahnu merupakan prasarana penting yang boleh memainkan peranan

secara bersepadu meliputi latihan kepada pihak industri dalam usaha melahirkan lebih

ramai tenaga pakar dan menjalankan kajian penyelidikan serta sebagai sebuah pusat

pencerakinan emas (Ali Hassan 2016) dan (Salleh Bakar 2016). Ketiga-tiga peranan ini

selaras dengan beberapa pandangan dari pihak industri. Dapatan temu bual kajian ini

menunjukkan industri mengakui risiko penerimaan emas palsu boleh ditangani melalui

teknologi pengujian emas yang canggih dan tenaga kerja yang berkemahiran dan

berintegriti. Justeru, pusat ini akan menggerakkan kajian-kajian rintis yang masih kurang

dijalankan seperti kaedah pengawalan kualiti emas, berlian dan permata di samping

menggerakkan usaha untuk mengembangkan produk Ar Rahnu dalam prospek yang lebih

besar. Sebagai contoh pelbagai institusi seperti INCEIF, IBFIM, IIBI, ISRA dan lain-lain

telah ditubuhkan bagi membantu pembangunan modal insan dan tenaga kerja

berpengetahuan dan berkemahiran yang membantu sistem institusi kewangan Islam di

negara ini.

Mewujudkan Pasukan Auditor

Kewajaran Pasukan Auditor ini diwujudkan adalah untuk memastikan organisasi

dikendalikan mengikut prinsip yang digariskan oleh undang-undang yang digubal

termasuklah aspek syariah. Merujuk SGF 2010, bidang tugas syariah audit ini akan meliputi

tiga aspek meliputi penyata kewangan, operasi dan pematuhan Syariah. Antara aktiviti yang

dilihat seperti laporan kewangan, struktur organisasi, proses informasi melalui aplikasi

teknologi, polisi, prosedur operasi dan keperluan proses tadbir urus syariah termasuklah

pematuhan terhadap keputusan Majlis Pengawasan Syariah dan Jawatankuasa Syariah

dalaman industri (The central Bank of Malaysia 2009).

II. Infrastruktur di peringkat Penyedia Perkhidmatan Ar Rahnu

Menyediakan Tatacara Pengendalian Prosedur [Standard Operating Procedure (SOP)]

SOP penting bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif kerana ia merupakan

mekanisme yang berkesan dalam pelaksanaan proses operasi. SOP juga memastikan

sesuatu proses operasi berjalan secara konsisten dengan polisi perundangan yang

ditetapkan di peringkat pusat. Ia bukan sahaja satu mekanisme pengurusan yang perlu

wujud bagi setiap penyedia perkhidmatan malah perlu sentiasa ditambah baik dari masa ke

semasa (Parihah Hasan 2014). Menurut (Abdul Ghafar Ismail & Shahida Shahimi 2013),

dua aspek utama yang perlu dinyatakan dalam manual polisi adalah polisi pembiayaan

produk dan SOP. Antara elemen yang perlu ada dalam SOP adalah proses pemberian

pinjaman/gadaian, kaedah pengujian ketulenan emas, proses pelanjutan tempoh, kaedah

penebusan dan pemberian notis, kaedah pengendalian lelongan.

Page 7: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

536

Jawatankuasa Syariah di peringkat penyedia perkhidmatan :

Di peringkat industri, satu jawatankuasa syariah perlu diwujudkan bagi mengawasi

pematuhan Syariah secara keseluruhan termasuklah mengenal pasti isu yang memerlukan

perhatian serta langkah pencegahan yang perlu diambil. Ini selaras dengan dua dokumen

tadbir urus syariah sedia ada iaitu Kerangka Tadbir Urus Syariah bagi Institusi Kewangan

dan Garis Panduan Tadbir Urus Syariah (GP 28) terbitan Bank Negara Malaysia dan

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Kebangsaan (MJFK kali ke-77 2007) turut memberi perhatian yang sama. Menurut (Zia

Ahmed 2011), perbezaan yang ketara dalam membezakan struktur tadbir urus syariah

dengan konvensional adalah dengan kewujudan lembaga penasihat syariah yang terdiri

daripada sarjana syariah dan unit pematuhan syariah. Dibentuk seiring dengan kompleksiti

dan kapasiti penyedia perkhidmatan Ar Rahnu, jawatankuasa ini boleh diwujudkan secara

guna sama mahupun melantik institusi perunding syariah luar yang diiktiraf seperti ISRA

dan IBFIM (Garis Panduan Tadbir Urus Syariah 2008). Cadangan ini selaras dengan

cadangan kertas kerja oleh Shofian Ahmad (2016).

Sekretariat Syariah:

Sekretariat Syariah bertanggungjawab terhadap urusan sekretariat untuk membantu

Jawatankuasa Syariah. Organ dalaman syariah ini bertindak untuk memantau kesemua

operasi di peringkat industri, menilai sebarang risiko syariah dalam pengurusan dan

menjalankan ujian tahap pematuhan syariah dalam industri. Sekiranya wujud amalan

ketidakpatuhan syariah dalam institusi, mekanisme pengawalan dan tindakan pembetulan

yang sewajarnya perlu diambil.

Mewujudkan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) :

Fungsi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) adalah untuk memenuhi keberkesanan sistem

kawalan dalaman ke arah sistem Pematuhan Syariah serta mengesyorkan penambahbaikan

yang perlu diambil oleh institusi sama ada menyentuh perkara bersifat teknikal, polisi dan

struktur organisasi. Justeru, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) boleh diwujudkan di

peringkat dalaman organisasi ataupun badan luar yang dilantik untuk membuat penilaian

ke atas keseluruhan organisasi. Kedua-dua unsur ini merupakan elemen penting yang akan

memberikan pengiktirafan dan yang lebih bagi sesebuah institusi Islam seperti Ar-Rahnu

sekiranya dipraktikkan.

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar semasa berucap di Doha, Qatar menyatakan proses

pengauditan ini penting untuk meyakinkan massa akan prinsip ketelusan, hak pihak-pihak

yang perlu dipelihara serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh sektor kewangan

Islam (Mohd Zamerey & Nurmaezah 2008). Menurut Shamsiah (2016), tanpa syariah audit,

pelaksanaan sebenar tidak dapat dinilai melalui laporan semata-mata. Hal ini selaras

dengan penemuan Zurina Shafii et.al (2013) yang mendapati implementasi keputusan

syariah di ke atas produk yang dikaji di peringkat pengurusan institusi kewangan rata-

ratanya hanya berlegar di peringkat teori.

ANALISA KAJIAN

Berdasarkan dapatan, infrastruktur bagi kedua-dua pihak boleh dikelompokkan kepada

lima (5) bentuk iaitu perundangan, tenaga kerja pakar, sistem jaminan kualiti, operasional

dan prasarana sebagaimana gambar rajah 2 di bawah :

Page 8: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

537

Gambar rajah 2 : Kerangka Mekanisme Tadbir Urus Ar Rahnu

Petunjuk : Tadbir urus korporat menurut Syariah Teori Agensi

Teori Stakeholder

L1 : Lapisan Pertama (Pengawal selia) L2 : Lapisan Kedua (Penyedia Perkhidmatan Ar Rahnu)

Dapatan menunjukkan keperluan dua lapisan badan pengawasan syariah (L1 ; L2) di

peringkat agensi pengawal selia dan di peringkat dalaman institusi yang juga dikenali

sebagai struktur pemusatan yang memberi kuasa pengawal seliaan kepada pihak kerajaan

sebagai pengawal selia. Kajian (Rusni Hassan et.al 2013) mendapati kerangka

perundangan ini memberi kelebihan kepada sistem kewangan di Malaysia kerana dapat

menyelaras polisi dan mengurangkan percanggahan di antara industri. Hal ini memberi

jaminan untuk sebuah tadbir urus yang efisien dan progresif. Hal ini penting konteks agama

dan pengawasan syariah menjadi perkara yang signifikan dengan pemilihan pelanggan

Azila (2011) dan membezakan Ar Rahnu dengan pajak gadai konvensional (Ali Hassan

2016).

Dalam konteks operasional, kajian mencadangkan keperluan satu seksyen khusus di

peringkat agensi pengawal selia sebagai pelaksana dan pemantau kepada polisi di peringkat

kerajaan termasuklah menjadi sekretariat kepada badan pengawasan Syariah. Manakala di

peringkat industri, satu sekretariat syariah menjadi justifikasi penting kepada sekretariat

jawatankuasa penasihat syariah yang wujud. Persamaan yang wujud antara kedua-dua entiti

ini adalah penglibatan mereka yang mempunyai latar belakang syariah dan mampu

mengendalikan aspek pemantauan, pelaporan dan sekretariat kepada Badan Penasihat

Syariah di peringkat agensi.

Page 9: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

538

Seterusnya, aspek pengauditan perlu disesuaikan peranan berdasarkan portfolio agensi

pengawal selia dan institusi Ar Rahnu itu sendiri. Namun, kedua-dua entiti perlu mengaudit

keseluruhan sistem termasuk aspek syariah. Walau pun fungsinya dilihat hampir sama

namun kekerapan pengauditan JAD di peringkat institusi membantu sistem jaminan kualiti

berjalan dengan lebih cekap.

Berdasarkan tiga keperluan syariah bagi penyedia perkhidmatan di atas, tiga organ tadbir

urus syariah yang dilibatkan adalah badan penasihat syariah, sekretariat Syariah dan audit

syariah. Ketiga-tiga organ syariah ini menjadi keutamaan berbanding fungsi organ syariah

yang lain selari dengan pandangan Shamsiah (2016). Kedua-dua lapisan yang wujud di

antara kedua-dua pihak merupakan elemen pengawasan yang saling menyokong kepada

kestabilan dan jaminan tadbir urus syariah terhadap industri Ar Rahnu.

Dalam aspek perundangan, kewujudan Akta dan SOP menjadi dua unsur yang akan

menjamin polisi dan panduan industri Ar Rahnu. Justeru, SOP hendaklah tidak berlawanan

dengan peruntukan yang dinyatakan dalam Akta Ar Rahnu. Manakala dari aspek prasarana,

pusat latihan dilihat sebagai sistem sokongan yang perlu diwujudkan oleh agensi pengawal

selia bagi membantu industri dan masyarakat terhadap Ar Rahnu.

Kombinasi antara kedua-dua pihak akan menghasilkan satu kombinasi yang saling

menyokong antara satu sama lain untuk mengukuhkan tadbir urus bagi skim Ar Rahnu.

Kesemua infrastruktur ini tidak mungkin terbentuk tanpa peranan lembaga pengarah agensi

dan pihak pengawal selia di peringkat kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan

kepentingan pemegang saham dan kesemua pemegang taruh terpelihara. Penentuan

infrastruktur juga turut disokong dengan justifikasi keperluan semasa dan teori yang

terpakai serta sorotan literatur yang dapat dirumuskan sebagaimana jadual berikut :

Jadual 1 : Analisa Penilaian Terhadap Infrastruktur Tadbir Urus Bagi Ar Rahnu

Page 10: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

539

Infrastruktur Kedudukan semasa /cadangan Penilaian ke atas teori Sokongan Literatur

INFRASTRUKTUR DI PERINGKAT AGENSI PENGAWAL SELIA

Akta Ar

Rahnu dan

agensi

pengawal

selia

Perlu mewujudkan satu agensi

pengawal selia untuk keseluruhan

institusi Ar Rahnu.

Sehingga kini industri merujuk

kepada manual polisi dalaman

agensi sebagai panduan.

Memenuhi tuntutan

dalam teori agensi yang

bertujuan untuk

mengelakkan konflik

kepentingan

Pada 12 Februari 2014

kebinet telah

menetapkan Akta pajak

gadai Islam diletakkan

di bawah kawalan

Kementerian

Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan

Kerajaan Tempatan

(KPKT) (Minit

Mesyuarat Berhubung

Penggubalan Akta

Pemegang Pajak Gadai

Islam (Ar-Rahnu) 2011)

Badan

Pengawasan

Syariah

Dalam kalangan agensi pengawal

selia Ar Rahnu sedia ada, hanya

BNM mempunyai Badan

Pengawasan Syariah

Elemen utama bagi tadbir

urus syariah

Kewujudan badan ini

boleh memberi

keyakinan pengguna dan

pemegang taruh ke atas

produk (Ghayad 2008)

Pusat Latihan

Ar Rahnu

Tiada pusat latihan khusus bagi Ar

Rahnu manakala pusat

penyelidikan hanya wujud di

YaPEIM

Manfaat kewujudannya

penting untuk menjaga

kepentingan pekerja

dalam teori stakeholder

Ali Hasan (2016)

mencadangkan

keperluan institusi

latihan ini.

Pasukan

Auditor

Pasukan auditor merupakan

bertindak sebagai penguat kuasa

Sebahagian elemen dalam

tadbir urus syariah dan

memenuhi tuntutan dalam

teori agensi yang

bertujuan untuk

mengelakkan konflik

kepentingan antara

prinsipal dan agen

(Rusni Hassan,

Mahamad Arifin,

Ahmad Azam Othman,

Mohammad Deen Mohd

Napiah 2014)

INFRASTRUKTUR INDUSTRI PENYEDIA PERKHIDMATAN AR RAHNU

Tatacara

Pengendalian

Prosedur

(SOP)

Semua penyedia perkhidmatan

mempunyai manual operasi di

peringkat dalaman

Memenuhi sebahagian

matlamat teori agensi

yang menyediakan

standard/piawaian

(Parihah Hasan 2014)

Jawatankuasa

Syariah di

peringkat

dalaman

Tidak berlaku secara menyeluruh

di semua penyedia perkhidmatan

Sebahagian elemen dalam

tadbir urus Syariah

Keperluan badan ini

dinyatakan dalam

Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa

Kebangsaan bagi Hal

Ehwal Ugama Islam

Malaysia kali ke-78

(MJFK 2007)

Sekretariat

Syariah

Tidak berlaku secara menyeluruh

di semua penyedia perkhidmatan

Sebahagian elemen dalam

tadbir urus syariah

(GP 28 2015)

Page 11: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

540

Jawatankuasa

Audit

Dalaman

(JAD)

Rata-rata industri mempunyai

JAD di peringkat institusi.

Namun peranan audit syariah

masih belum diwujudkan selain

institusi kewangan yang

berpegang kepada SGF 2010. Dua

agensi luar yang dikenal pasti

menjalankan audit syariah adalah

SIRIM dan ANGKASA. SIRIM

merupakan agensi audit luaran

yang menawarkan perkhidmatan

Sistem Pengurusan Kualiti yang

patuh Syariah melalui MS 1900

(SIRIM 2016). Manakala

Bahagian Pengurusan Syariah dan

Pembangunan ANGKASA

menawarkan Sijil Pematuhan

Syariah di peringkat koperasi

yang menawarkan kemudahan

kredit ( Ali Hasan 2016).

Sebahagian elemen dalam

tadbir urus syariah dan

memenuhi tuntutan dalam

teori agensi yang

bertujuan untuk

mengelakkan konflik

kepentingan antara

prinsipal dan agen

(Shamsiah 2016) dan

(Zurina Shafii 2015)

KESIMPULAN

Sebagai konklusi, kertas ini membincangkan keperluan infrastruktur yang menyumbang

kepada mekanisme tadbir urus dan pengawal seliaan bagi industri Ar Rahnu di Malaysia,

kajian mengambil kira tadbir urus hubungan tadbir urus dan pengawal seliaan perlu

melibatkan antara pihak industri dan agensi pengawal selia. Berlandaskan integrasi teori

bagi tadbir urus korporat iaitu teori agensi, teori stakeholder dan tadbir urus Syariah,

mekanisme tadbir urus Ar Rahnu dicadangkan. Mekanisme ini dicadangkan sebagai

panduan kepada pihak kerajaan dan industri bagi memperkukuh sistem tadbir urus dan

pengawal seliaan terhadap Ar Rahnu. Lima aspek infrastruktur yang dinyatakan adalah

perundangan sebagai polisi dan panduan, tenaga kepakaran sebagai badan penasihat dan

rujukan, operasional sebagai pihak pelaksana, sistem jaminan kualiti melalui audit dan

prasarana sebagai sistem sokongan.

RUJUKAN

http://www.sirim-qas.com.my/attachments/article/41/downloadbrochure.pdf

Ab. Mumin Ab. Ghani. 1999. Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia

hlm.Cet. Perta. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abdul Ghafar Ismail & Shahida Shahimi. 2013. Regulation. Ar-Rahnu : Islamic

Pawnbroking, hlm.121–136. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

doi:10.1017/CBO9781107415324.004

Abdullah, M., Shahimi, S. & Ghafar Ismail, A. 2011. Operational risk in Islamic banks:

examination of issues. Qualitative Research in Financial Markets, 3(2), 131–151.

doi:10.1108/17554171111155366

Page 12: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

541

Amin, H., Chong, R., Dahlan, H. & Supinah, R. 2007. An Ar-Rahnu shop acceptance model

(ARSAM). Labuan e-Journal of Muamalat and Society, 1, 82–94. Retrieved from

http://wwwkal.ums.edu.my/ljms/2007/LJMS_vol1_2007_82-94%5B8%5D.pdf

Azila, A. R. 2011. Economic and Religious Significance of The Islamic and Conventional

Pawnbroking in Malaysia : Behavioral and Perception Analysis. Tesis PhD. Durham

University.

Bob Tricker. 1999. Perspective on Corporate Governance and Management. MAICSA &

Star Publications.

CalPERS. 1999. CalPERS Global Governance Principles. the CalPERS Investment

Commitee,. https://www.calpers.ca.gov/docs/forms-publications/global-principles-

corporate-governance.pdf [24 June 2016].

Che Abdul Nasir bin Che Mustaffa. 2014. Konsep Francais Ar-Rahnu. Kuala Lumpur:

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Ghayad, R. 2008. Corporate governance and the global performance of Islamic banks.

Humanomics, 24((3)), 207–216. Retrieved from doi:10.1108/08288660810899368

Huda Binti Md Yusuff, N., Binti Abdul Razak, A., Bin Muhammad, F., Sarjana Ekonomi,

P., Pengurusan dan Ekonomi, F., Pendidikan Sultan Idris, U., Jabatan Ekonomi, P. et al.

2015. Kepatuhan proses gadaian dalam sistem pajak gadai Islam di Malaysia. Labuan e-

Journal of Muamalat and Society, 9, 57–74.

Islamic Financial Services Board (IFSB). 2009. Islamic Financial Services Board. Guiding

Principles on Shari’ah Governance Systems for Institutions Offering Islamic Financial

Services. Kuala Lumpur.

Jamil Khir. 2015. 30 bilion nilai marhun gadaian Ar Rahnu manfaatkan ummah. Teks

Ucapan Perasmian,.

Khan, A. A. 2008. Islamic Microfinance: Theory, policy and practice. Islamic Releif

Worldwide,. www.islamic-releif.com [1 January 2016].

Minit Mesyuarat Berhubung Penggubalan Akta Pemegang Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu).

2011. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kuala Lumpur.

Mohd Sadad bin Mahmud & Radiah Abd Kadir. 2012. Perkembangan Takaful di Malaysia :

Satu Kajian Undang-Undang Kewangan Islam. Kanun Jurnal Undang-Undang Malaysia,

24 (2), 252–259.

Mohd Zamerey Abdul Razak & Nurmaezah Omar. 2008. Audit Syariah dalam institusi

kewangan Islam di Malaysia. Jurnal Muamalat, Bil. 1, 135–150.

Mushtak Parker. 2011. Islamic Finance Gets A Boost From SGF.

http://arabnews.com/economy/islamicfinance/article231804.ece/service=print [1 July

2014].

Page 13: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

542

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali

ke-78. 2007. Penentuan Hukum Syarak Di Dalam Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam

(Al-Rahn) Di Malaysia (Cadangan Kadar Upah Simpan Barang Gadaian).

Nafisah Mohamed, A. G. I. & S. M. 2013. Operators. Ar-Rahnu : Islamic Pawnbroking,

hlm.163–183. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. doi:10.1007/s13398-014-0173-

7.2

Nur Atiqah binti Abu Bakar. 2011. Hak dan Tanggungjawab Penggadai dan Pemegang

Gadaian Terhadap Barang Gadaian Menurut Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Hayati Rasmin dan Ruzian Markom. 2014. Ar-Rahnu governance laws in Malaysia:

An analysis on banks and no banks financial institutions. Proceeding International

Conference of Global Islamic Studies (ICGIS 14), hlm.116–127. United Kindom:

Department of Syariah, Faculti of Islamic Studies The National University of Malaysia

Salford University British Muslim Heritage Centre.

OECD. 2001. Revised OECD Principles of Corporate Governance, April 2004. Retrieved

from http://www.oecd.org/dataoecd/32/18/31557724.pdf

Parihah Hasan. 2014. Aspek Pemantapan Standard Operating Procedures (SOP) Ar-Rahnu

YaPEIM. Inovasi Dalam Industri Emas dan Ar-Rahnu, hlm.174–187. Kuala Lumpur:

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Rosliza Abdul Latif. 2016. Kemampuan Skim Al-Rahn Sebagai Alternatif Kepada Pajak

Gadai Konvensional dan Ceti Haram. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosliza binti Hassan. 2011. Al-Rahn : Konsep al-Rahndan Pelaksanaannya di Bank Rakyat.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rusni Hassan, Mahamad Arifin, Ahmad Azam Othman, Mohammad Deen Mohd Napiah,

M. N. O. dan A. Y. 2014. An empirical study of the effectiveness of the Shari’ah

Governance Framework (SGF 2010) (No. No.68/2014). Kuala Lumpur.

Rusni Hassan, Nurdianawati Irwani Abdullah, Aznan Hassan, Uzaimah Ibrahim, Mohd

Fuad Md Sawari, A. A. A. dan A. T. 2013. A comparative analysis of Shari’ah Governance

in Islamic Banking Institutions Across Jurisdiction (No. No. 50/2013). Kuala Lumpur.

Selamah binti Maamor & Abdul Ghafar Ismail. 2007. The Ar-Rahnu Efficiency and Its

Determinants. Journal of Islamic Economics, Banking and Finance, Volume-6, 105–126.

Shah, A. A. 2016. Cabaran Penyedia Perkhidmatan Ar Rahnu di Malaysia. Dlm. Pusat

Pekembangan Pengajian Islam (ISDEV) (pnyt.). 11th ISDEV International Graduate

Workhop (INGRAW2016), hlm.1–11. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

The central Bank of Malaysia Shariah Governance Framework for Islamic Financial

Institutions (2009). doi:10.1007/s13398-014-0173-7.2

Zia Ahmed. 2011. Corporate Governance in Islamic Banks. www.bukisa.com,.

http://www.bukisa.com/articles/494695_corporate-governance-in-islamic-banks [8 May

2011].

Page 14: INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/49-Salmy.pdf · 535 Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu : Pusat latihan Ar Rahnu merupakan

543

Zurina Shafii, S. N. M. Z. 2015. Halal assurance mechanisms in halal industry : an appraisal

on its effectiveness towards continuous halal assurance and the way forward. Proceedings

of Conference on Malaysian Islamic Economics and Finance (CMIEF 2015), hlm.12–22.

Zurina Shafii, Ahmad Zainal Abidin, Supiah Salleh, K. J. and N. K. 2013. Post

implementation of Shariah Governance Framework: The impact of Shariah Audit Function

Towards the role of Shariah committee. Middle-East Journal of Scientific Research 13, Vol

13, 7–11.