sijil tinggi muamalat 2 - ar-rahnu: en. zul hazri mahat (ar-rahnu yapeim)
TRANSCRIPT
KOPERASI YaPEIM BERHAD
ATURAN-ATURAN SKIM AR RAHNU
(PAJAK GADAI ISLAM)
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA
Aturan ini diwujudkan sebagai panduan /
suratcara bagi mengendalikan aktiviti gadaian
Islam (Skim Ar Rahnu).
1. TUJUAN
2. PENGENALAN SKIM AR RAHNU
2.1 Koperasi telah dilantik sebagai Agen Pelaksana Skim Ar-Rahnu
oleh YaPEIM pada 02 Oktober 2000 melalui Perjanjian Al-
Mudharabah yang telah ditandatangani diantara Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Koperasi
YaPEIM Berhad (KYB).
2.2 Objektif Skim Ar-Rahnu diperkenalkan:-
a) Menyediakan kemudahan mikro kredit secara mudah dan cepat
kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan
rendah untuk kegunaan sebagai modal perniagaan secara kecil-
kecilan dan lain-lain aktiviti yang produktif.
b) Sebagai alternatif kepada masyarakat untuk memenuhi keperluan
tunai secara cepat dan sementara melalui transaksi gadaian yang
berlandaskan hukum syarak.
2. PENGENALAN SKIM AR RAHNU
2.3 Perlaksanaan Skim Ar-Rahnu ini menggabungkan tiga konsep
syariah iaitu:-
a) Ar-Rahnu
Merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang yang
berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan
hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya,
sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
b) Al-Wadiah Yad Dhammanah
Merujuk kepada simpanan barang berharga dengan
jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
c) Al-Qard
Merujuk kepada pinjaman yang diberikan mengikut
peratusan tertentu daripada nilai marhun dan upah
simpan yang dikenakan tidak berasaskan jumlah
pinjaman yang dikeluarkan.
3. TAKRIF
3.1 Skim Mikro Kredit
Mikro Kredit merujuk kepada pinjaman yang berskala kecil
(mikropinjaman) kepada peminjam kurang berkemampuan
/kekurangan cagaran, pekerjaan yang stabil dan sejarah kredit
yang disahkan
3.2 Skim Ar Rahnu
Merujuk kepada skim pajak gadai yang menjalankan transaksi /
urusniaga gadaian berlandaskan konsep syariah (pelaksanaan
secara Islam).
3.3 Kaunter Operasi
Merujuk kepada kaunter / cawangan operasi Skim Ar-Rahnu di
mana-mana premis yang dikenal pasti oleh pengusaha Skim dari
semasa ke semasa.
3.4 Pengusaha Skim Ar Rahnu
Merujuk kepada pihak yang melaksanakan/mengendalikan
Program Mikro Kredit Skim Ar-Rahnu. Pengusaha iaitu Koperasi
YaPEIM Berhad. Adalah dilantik oleh Yayasan Pembangunan
Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) selaku Pemilik Skim.
3.5 Pengurusan Skim Ar Rahnu
Terdiri daripada Pegawai dan staf peringkat Ibu Pejabat yang
bertanggungjawab dalam operasi dan pemantauan Program
Mikro Kredit Skim Ar-Rahnu.
3.6 Petugas
Merujuk kepada petugas di cawangan Ar Rahnu yang terdiri daripada empat (4)
kategori iaitu:-
i) Pengurus Cawangan
Terdiri daripada petugas di peringkat staf/pegawai yang
dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir cawangan Ar-Rahnu YaPEIM dan
melaksanakan program-program komuniti YaPEIM.
ii) Eksekutif Operasi
Terdiri daripada petugas di peringkat staf/pegawai yang
dipertanggungjawab untuk menjadi penolong bagi mengurus tadbir di
cawangan Ar-Rahnu YaPEIM.
iii) Pembantu Eksekutif Operasi
Terdiri daripada petugas peringkat staf/pegawai yang dipertanggungjawab
mengendalikan operasi di cawangan Ar Rahnu YaPEIM.
iv) Pelatih Cawangan
Terdiri daripada pelatih yang di dalam proses latihan di cawangan Ar Rahnu
YaPEIM.
3.7 Penggadai
Seseorang yang menggadaikan atau menyimpan barangan emas
kepada pihak Pengusaha Skim Ar-Rahnu.
3.8 Barang Gadaian (Marhun)
Barangan emas iaitu emas yang mempunyai standard ketulenan yang
tidak kurang daripada 750 (18k) yang boleh digadaikan kepada
pihak Pengusaha Skim Ar-Rahnu dan boleh dijual beli.
3.9 Nilai Marhun
Harga barang yang telah dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan
kandungan emas berdasarkan harga emas YaPEIM.
3.10 Gadaian
Mekanisme dimana penggadai mencagarkan emas miliknya bagi
mendapatkan sejumlah pembiayaan / pinjaman (tidak melebihi 65%
daripada nilai marhun). Pinjaman tersebut perlu dibayar balik
dengan dikenakan upah simpan mengikut tempoh pinjaman
tersebut.
3.11 Tebusan
Mekanisme di mana penggadai menebus kembali barang emas
miliknya dengan membayar jumlah pinjaman dan upah simpan secara
keseluruhan.
3.12 Jualan
Proses di mana barang gadaian tersebut akan dijual kepada pihak
ketiga mengikut prosedur yang ditentukan disebabkan penggadai tidak
menebus barang emas miliknya melebihi tempoh Lanjutan Kedua yang
dibenarkan. Pengusaha berhak menolak jumlah pinjaman /
pembiayaan dan upah simpan mengikut tempoh serta caj
perkhidmatan jualan dari jumlah jualan manakala baki jualan akan
dikembalikan kepada penggadai tersebut.
3.13 Tempoh Lanjutan Pertama
Bermaksud tempoh 2 bulan selepas tempoh gadaian asal selama 6
bulan berakhir (6+2).
Tempoh lanjutan pertama selama 2 bulan diberikan secara automatik
setelah berakhir / tamat tempoh gadaian asal di mana penggadai tidak
membuat tebusan.
3.14 Tempoh Lanjutan Kedua
Bermaksud tempoh 2 bulan selepas tempoh lanjutan pertama
berakhir (6+2+2).
Tempoh lanjutan kedua selama 2 bulan diberikan secara automatik
setelah berakhir / tamat Lanjutan Pertama di mana penggadai tidak
membuat tebusan.
3.15 Manual Operasi
Dokumen lengkap yang dijadikan panduan dan rujukan bekerja.
4. SYARAT PENGGADAI
4.1 Warganegara.
4.2 Berumur tidak kurang dari 18 tahun.
4.3 Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah atau tidak
mabuk.
4.4 Tidak muflis.
RUKUN GADAIAN
5.1 Skim Mikro Kredit Ar Rahnu adalah kemudahan pembiayaan
untuk satu jangkamasa bayaran balik yang pendek tanpa
melibatkan unsur riba dan hanya memerlukan sandaran serta
bayaran upah menyimpan sandaran tersebut. Ianya perlu
memenuhi rukun berikut:
5.1.1 Akad : iaitu penawaran dan penerimaan.
5.1.2 Penggadai : iaitu orang yang bergadai
5.1.3 Pemegang gadaian : iaitu pemberi pinjaman (biaya)
5.1.4 Marhun : iaitu barang gadaian
5.1.5 Pinjaman (Pembiayaan) : iaitu sebab gadaian.
6. SYARAT-SYARAT LAIN
6.1 Telah menjadi anggota Koperasi YaPEIM Berhad.
2.2 Mempunyai modal syer terkumpul minimum sekurang-
kurangnya RM8.00 (Ringgit Malaysia Lapan Sahaja).
6.3 Menandatangani Surat Akuan Gadaian.
7. TANGGUNGJAWAB PENGUSAHA
7.1 Pengusaha adalah bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan barang gadaian sama ada kehilangan atau
kerosakan itu disebabkan oleh kebakaran, kecurian atau
lain-lain.
7.2 Pengusaha bertanggungjawab membayar pampasan kepada
penggadai yang dikira berdasarkan jumlah taksiran nilai
marhun pada masa gadaian dilaksanakan sekiranya berlaku
perkara-perkara di atas.
7.3 Kesemua barang gadaian yang ada dalam simpanan serta aset
di dalam premis / cawangan hendaklah dilindungi sepenuhnya
oleh takaful mengikut jumlah nilaiannya/ marhun.
MUTU EMAS KANDUNGAN EMAS
24.0 karat 99.9%
22.8 karat 95.0%
22.0 karat 91.6%
21.0 karat 87.5%
20.0 karat 83.5%
18.0 karat 75.0%
18.0 karat 70.0%
•KRITERIA BARANG GADAIAN
8.1 Barang gadaian yang boleh diterima adalah barangan emas yang
mempunyai mutu dan kandungan emas yang disenaraikan seperti
Jadual 1 di bawah:
9. HAD DAN MARGIN PINJAMAN / PEMBIAYAAN SERTA
HAD KUASA MELULUSKAN
9.1 Jumlah maksimum pinjaman untuk satu transaksi tidak melebihi
RM25,000.00.
9.2 Jumlah pinjaman terkumpul bagi seorang penggadai tidak melebihi
RM75,000.00.
9.3 Jumlah maksimum pinjaman adalah sehingga 70% daripada nilai
marhun barang gadaian berkenaan bagi gadaian kali ke-2 dan
seterusnya.
9.4 Had kuasa meluluskan pinjaman sehingga maksimum RM25,000.00
bagi setiap transaksi dan tidak melebihi RM75,000.00 jumlah
terkumpul pada satu-satu masa diberikan kepada individu seperti
berikut:-
a) Pengurus Cawangan
b) Eksekutif Operasi
c) Pembantu Eksekutif Operasi
10.HARGA EMAS
10.1 Perubahan dan senarai harga emas YaPEIM adalah berdasarkan
kepada harga emas semasa yang berkuatkuasa.
11. UPAH SIMPAN
11.1 Upah Simpan adalah dikira berdasarkan nilai marhun dan
tempoh bilangan bulan gadaian sehingga barang gadaian
ditebus atau dijual.
Nilai Marhun (RM) Nilai Kadar Bagi Setiap RM100.00
RM0.01 – RM800.00 0.50 sebulan
RM800.01 dan ke atas 0.75 sebulan
*Kadar Khas 0.10 sebulan
11.2 Kadar upah simpan adalah seperti Jadual 2 di bawah:-
• Kadar khas adalah bagi golongan termiskin sepertimana yang terdapat di dalam pangkalan data Kemiskinan Negara.
US = Upah simpanNM = Nilai MarhunK = KadarT = Tempoh (bulan)
11.3 Pengiraan upah simpan adalah dibuat pada tarikh gadaianditebus menggunakan formula berikut:
US = (NM X KADAR / 100) X 1 X 12 /365 X (HARI GADAIAN)
12. TEMPOH GADAIAN
12.1 Tempoh gadaian yang diberikan ialah selama 6 bulan.
12.2 Jika penggadai gagal menebus dalam tempoh tersebut, pihak
pengusaha Skim Ar-Rahnu boleh memberi tempoh kelonggaran
penebusan sehingga 2 bulan (Tempoh Lanjutan Pertama),
tanpa permohonan daripada penggadai.
12.3 Jika penggadai masih juga tidak menebus dalam tempoh
kelonggaran, tempoh gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh 2
bulan lagi (Tempoh Lanjutan Kedua).
12.4 Sekiranya tiada permohonan untuk melanjutkan tempoh /
tiada pembayaran upah simpan oleh penggadai, pengusaha
Skim Ar Rahnu boleh meneruskan tindakan jualan selepas
tempoh maksima 10 bulan gadaian.
13. SUMBER DANA / MODAL OPERASI
13.1 Dana / modal operasi disediakan oleh pelabur yang dikenalpasti
oleh YaPEIM dan Koperasi YaPEIM Berhad.
14. TAHUN KEWANGAN DAN AKAUN KHAS
14.1 Tahun Kewangan Skim Ar-Rahnu adalah mengikut tahun
kewangan Koperasi YaPEIM Berhad.
14.2 Akaun Khas diwujudkan bagi tujuan pengurusan kewangan Skim
Ar-Rahnu.
15. PENUTUP
15.1 Semua keputusan Koperasi YaPEIM Berhad
adalah muktamad.
15.2 Pindaan mana-mana aturan boleh dibuat oleh
Lembaga Koperasi YaPEIM Berhad dari semasa
ke semasa.