530
INFRASTRUKTUR PEMBANGUNAN TADBIR URUS DAN PENGAWAL
SELIAAN AR RAHNU
Asiah Alkharib Shah & Salmy Edawati Yaacob
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Industri Ar Rahnu yang sedang berkembang akan lebih progresif dengan kewujudan satu
mekanisme tadbir urus bersumberkan teori yang tepat dan melihat dan justifikasi semasa.
Tujuan kertas ini dihasilkan adalah bagi mengenal pasti mekanisme tadbir urus yang sesuai
bagi industri dan agensi pengawal selia Ar Rahnu. Kaedah analisis teks, temu bual dan
penilaian ke atas keupayaan dalam menyediakan infrastruktur untuk melaksanakan
pengawalseliaan industri Ar Rahnu digunakan untuk memperoleh keputusan. Implikasi
kajian mendapati bahawa ketiadaan infrastruktur yang dicadangkan memberi kesan
terhadap pelaksanaan tadbir urus Ar Rahnu yang berkesan. Justeru, mekanisme tadbir urus
yang dicadangkan meliputi beberapa infrastruktur yang perlu wujud bagi penyedia
perkhidmatan Ar Rahnu dan agensi pengawal selia itu sendiri iaitu perundangan, kepakaran
tenaga kerja, operasional, sistem jaminan kualiti dan prasarana.
Kata kunci : Ar Rahnu, Mekanime, Infrastuktur, teori agensi, stakeholder
PENDAHULUAN
Ar-Rahnu dikategorikan sebagai sebuah institusi yang mempunyai potensi pasaran yang
tinggi. Pasaran pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) menjadi penyumbang utama kepada
mikrokredit di Malaysia. Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan. Melalui
perkembangannya yang positif, Ar Rahnu mendapat permintaan yang tinggi ke atas
kemudahan tunai segera dan mikro kredit dengan anggaran pasaran bernilai RM3 bilion
(Che Abdul Nasir 2014).
Menurut beliau lagi, faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian positif dan
prospek Ar-Rahnu ini disebabkan oleh pertumbuhan pesat populasi penduduk, kenaikan
taraf ekonomi, peningkatan penggunaan barangan kemas bersandarkan nilai yang sentiasa
kukuh, tahap kesedaran (awareness) yang tinggi mengenai sistem pajak Islam yang dilihat
lebih menguntungkan, adil dan mesra pelanggan. Bagi pihak industri, Ar-Rahnu
merupakan satu perniagaan yang menjamin pulangan yang konsisten dan selamat kerana
bersandarkan cagaran emas.
SOROTAN LITERATUR DAN PERMASALAHAN KAJIAN
Kerancakan industri Ar Rahnu ini berkembang semenjak 24 tahun yang lalu (1992-2016)
telah mendesak beberapa kajian mencadangkan keperluan pengawalseliaan ke atas industri
ini (Selamah & Abdul Ghafar 2007; Abdul Ghafar & Shahida; Nur Hayati & Ruzian 2014).
Malah ia menjadi perhatian di peringkat kerajaan dan pernah diputuskan oleh Jemaah
Menteri pada tahun 2011 (Minit Mesyuarat Berhubung Penggubalan Akta Pemegang Pajak
Gadai Islam (Ar-Rahnu) 2011). Walau bagaimanapun, belum wujud satu mekanisme tadbir
urus dan pengawal seliaan yang selaras bagi membantu industri Ar Rahnu di Malaysia
sebagaimana yang berlaku pada institusi kewangan. Kajian Selamah & Abdul Ghafar
531
(2007) antaranya mendapati pengawalseliaan yang berkesan dari sudut pelesenan,
kecukupan modal dan ke atas aktiviti Ar Rahnu mampu meningkatkan keberkesanan
industri Ar Rahnu. Dalam artikel (Abdul Ghafar Ismail & Shahida Shahimi 2013) yang
lain, beliau mencadangkan agensi pengawal selia perlu bukan sahaja perlu memantau
institusi Ar Rahnu tetapi aktivitinya juga.
Selain itu, kajian Azila (2011) dan Nafisah Mohamed (2013) menekankan beberapa aspek
keselamatan yang perlu diambil oleh setiap institusi bagi memastikan keselamatan operasi
terjamin. Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap institusi Ar-Rahnu adalah
dengan melengkapkan infrastruktur keselamatan yang tinggi termasuk mensyaratkan
perlindungan insurans barang melalui takaful (Rosliza binti Hassan 2011) serta aspek
penyelenggaraan dan peti simpanan (Nur Atiqah binti Abu Bakar 2011) untuk menjamin
keselamatan marhun.
Terdapat juga kajian yang menjurus kepada cabaran kepada institusi Ar-Rahnu yang
mengambil kira persepsi pelanggan dan penyedia. Cabaran dari aspek persaingan,
pemalsuan emas dan teknologi, kepakaran tenaga kerja, modal pusingan, caj takaful dan
ketidakstabilan harga emas menjadi cabaran utama kepada industri Ar Rahnu (A.A.Shah
2016). Kajian Amin et al. (2007) telah mengenal pasti 5 faktor penerimaan pelanggan
terhadap Ar Rahnu dengan mengguna pakai modelnya sendiri yang dikenali sebagai
ARSAM. Dapatan tersebut meletakkan faktor pandangan syariah mendahului jenis marhun
dan khidmat pelanggan sebagai komponen yang memberi kelebihan kepada penyedia
perkhidmatan gadaian. Berdasarkan temu bual bersama Shamsiah (2016), keperluan tadbir
urus syariah penting bagi Ar Rahnu kerana ia merupakan satu skim patuh syariah dan
keperluan untuk mengawal industri Ar Rahnu daripada mengaut keuntungan berlebihan
adalah aspek yang perlu dijaga.
Berdasarkan keseluruhan literatur di atas, timbul persoalan apakah keperluan utama bagi
industri ini untuk merealisasikan tadbir urus dan pengawal seliaan yang lebih efisien ke
atas Ar Rahnu? Sehubungan itu, kertas ini dihasilkan untuk menyumbang keperluan
mekanisme tadbir urus Ar Rahnu yang menjadi satu keperluan kepada pihak berautoriti Ar
Rahnu. Justeru, kertas ini dirangka untuk mengenal pasti infrastruktur yang diperlukan
dalam mekanisme tadbir urus Ar Rahnu di Malaysia.
Dalam konteks kajian ini, tadbir urus menurut perspektif Syariah diintegrasikan bersama
konsep tadbir urus korporat kontemporari. Ini bertepatan dengan perkara 3.1 Islamic
Financial Services Board (IFSB) yang menyatakan satu mekanisme yang bersesuaian perlu
dirangka bagi memastikan pematuhan terhadap prinsip syariah dalam tadbir urus korporat
(IFSB 2009). Menurut Mushtak Parker (2011), asas bagi kerangka tadbir urus syariah yang
komprehensif mengukuhkan peranan Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Syariah dan
Pengurusan berkaitan isu-isu Syariah termasuklah mewujudkan beberapa badan penting
yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pematuhan suasana kerja berasaskan syariah.
Dalam konteks Malaysia, institusi kewangan Islam tertakluk kepada dua jenis kerangka
pengawalseliaan iaitu di peringkat kerajaan selaku pengawal selia dan di peringkat institusi.
Kerangka pengawal seliaan di peringkat
kerajaan berasaskan bentuk perundangan dan garis panduan yang dikenakan oleh pihak
kerajaan ke atas institusi. Manakala di peringkat institusi, peraturan-peraturan merujuk
kepada peraturan yang dikenakan oleh badan-badan penetapan standard tertentu (Rusni
Hassan, Nurdianawati Irwani Abdullah, Aznan Hassan, Uzaimah Ibrahim, Mohd Fuad Md
Sawari 2013).
532
Justeru, tadbir urus dalam konteks kajian ini adalah mengenal pasti mekanisme yang
diperlukan untuk memastikan perjalanan tadbir urus bagi industri Ar Rahnu dapat berjalan
secara efisien. Justifikasi pemilihan teori agensi dalam tadbir urus korporat adalah merujuk
kepada peranan lembaga pengarah dan pemegang saham yang merupakan pemilik syarikat
untuk menyediakan tadbir urus yang sesuai. Teori ini agak popular diuji oleh banyak
sarjana kerana ia menyediakan standard/piawaian tadbir urus, kod undang-undang dan
prinsip-prinsip yang dibangunkan oleh banyak institusi (CalPERS 1999). Teori ini dipilih
kerana meletakkan keutamaan terhadap pemegang saham manakala lembaga pengarah
dianggap salah satu pihak yang dapat mewujudkan mekanisme tadbir urus korporat yang
disertakan bersama kawalan juruaudit, undang-undang dan peraturan. (OECD 2001)
mendefinisikan makna prinsipal kepada pihak-pihak berkepentingan yang lebih luas
meliputi set hubungan antara lembaga pengarah, pemegang saham dan pihak
berkepentingan yang lain. Teori ini perlu dilengkapi dengan teori pihak berkepentingan
(Stakeholder theory) yang menjaga kepentingan semua pihak berkepentingan dan tidak
hanya tertumpu kepada pemegang saham. Melalui pemilihan teori ini, lembaga pengarah
akan menitikberatkan tanggungjawab sosial korporat meliputi pekerja, pengurusan dan
masyarakat awam yang akan dilindungi melalui penubuhan undang-undang dan peraturan
tertentu seperti kod amalan terbaik. Sebagai gambaran, integrasi teori diterjemahkan
kepada gambar rajah 1 berikut :
Amalan dan Pelaksanaan Industri Ar Rahnu di Malaysia Konsep pelaksanaan skim Ar Rahnu di Malaysia berasaskan tiga kombinasi prinsip syariah
iaitu ar-rahn, al wadiah yad ad-dhamanah dan qard al hasan (Ab. Mumin Ab. Ghani 1999).
Ar Rahn merujuk kepada transaksi mencagarkan barang sebagai sandaran kepada pinjaman
yang diterima. Skim gadaian ini bersifat neutral dan tidak mempunyai unsur-unsur seperti
riba, gharar, maisir atau penganiayaan kepada masyarakat. Al-wadiah yad ad-dhamanah
pula merujuk kepada perjanjian antara penggadai dan pemegang gadaian iaitu
tanggungjawab pemegang gadaian untuk menjaga barang dengan dikenakan sedikit upah
(ujrah) bagi perkhidmatan menyimpan barang tersebut. Manakala prinsip qard al-hasan
merujuk kepada pinjaman yang diberikan tanpa dikenakan sebarang faedah.
Tadbir urus korporat menurut perspektif
syariah
Teori Agensi
Teori Stakeholder
Gambar rajah 1 : Integrasi teori tadbir urus korporat
tadbir urus ko
533
Di Malaysia, terdapat empat kategori institusi Ar Rahnu dari empat pengawal selia yang
berbeza iaitu kelompok institusi kewangan di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia
(BNM), koperasi di bawah seliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), syarikat
rangkaian negeri di bawah pantauan kerajaan negeri dan kategori syarikat yang dikawal
selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Setiap agensi telah
mewujudkan manual polisi sebagai rujukan dan panduan di peringkat agensi (Huda Binti
Md Yusuff et al. 2015). Walaupun dari aspek transaksi Ar Rahnu tidak banyak berbeza
namun pencapaian dan perkembangan institusi berbeza mengikut kategori. Ia disokong
dengan kajian Selamah & Abdul Ghafar (2007) yang mendapati faktor saiz industri Ar
Rahnu mampu meningkatkan kecekapan operasi. Justeru, perbezaan tadbir urus
mewujudkan konflik penyelarasan dan pemantauan antara kelompok.
METODOLOGI
Berdasarkan penelitian terhadap integrasi teori dan hasil temu bual separa struktur yang
dijalankan, kajian mendapati industri Ar Rahnu perlu dibangunkan melalui beberapa
infrastruktur penting. Infrastruktur dibina berdasarkan tiga sandaran penilaian iaitu
keperluan semasa, sorotan literatur dan teori yang disandarkan untuk membentuk
mekanisme tadbir urus Ar Rahnu yang berkesan. Justeru, infrastruktur perlu dibina
berdasarkan dua pemboleh ubah bersandar iaitu 1) institusi penyedia perkhidmatan ar rahnu
dan 2) agensi pengawal selia yang bertindak untuk menyelaras institusi Ar Rahnu. Oleh
yang demikian, kajian ini mencadangkan beberapa elemen keperluan yang penting dalam
pembinaan kerangka tadbir urus Ar Rahnu. Di peringkat agensi pengawal selia, lima
elemen utama yang perlu diwujudkan adalah; mewujudkan Akta Ar Rahnu di bawah satu
agensi pengawal selia, Majlis Pengawasan Syariah, seksyen Syariah, pasukan auditor dan
mewujudkan pusat latihan Ar-Rahnu. Manakala di peringkat penyedia perkhidmatan,
empat elemen utama adalah menyediakan tatacara pengendalian prosedur (SOP),
mewujudkan Jawatankuasa Penasihat Syariah, sekretariat syariah dan Jawatankuasa Audit
Dalaman (JAD). Kesemua elemen ini akan diberi kupasan lanjut dalam perkara 4.0.
HASIL PERBINCANGAN
Secara amalannya, satu mekanisme tadbir urus korporat Ar Rahnu perlu mengambil kira
beberapa aspek utama yang menjadi sandaran kepada kemapanan industri ini. Menurut
Khan (2008), setiap institusi mikro kredit perlu disesuaikan dengan realiti setempat dan
keperluan dan hal ini menjadikan ia berbeza di antara negara. Justeru, mekanisme yang
dicadangkan bukan sahaja melihat kepada keperluan semasa malah merupakan
kelompangan yang wujud pada masa ini.
534
Berikut merupakan perbincangan lanjut berhubung cadangan tersebut :
I. Infrastruktur Bagi Agensi Pengawal Selia
Mewujudkan Akta Ar Rahnu Melalui Penyeliaan Satu Agensi :
Melalui Akta ini, semua garis panduan, penetapan polisi dan penyelarasan ke atas semua
penyedia perkhidmatan Ar Rahnu dapat di selia berdasarkan undang-undang (Koh 2016).
Justeru, kewujudan akta Ar Rahnu menjadi pelengkap kepada sesuatu skim demi
memastikan operasi berjalan seiring undang-undang Islam (Mohd Sadad & Radiah Abd
Kadir 2012) bahkan menjadi rujukan utama kepada pertikaian pihak-pihak (Nur Hayati
Rasmin 2014). Selaras dengan itu, satu agensi pengawal selia perlu dilantik untuk
menyelaras pengawal seliaannya. Agensi pengawal selia ini berfungsi untuk mengawal
pelesenan, pemantauan dan penguatkuasaan ke atas semua industri Ar Rahnu sedia ada
selaras dengan perundangan. Menurut (Abdul Ghafar Ismail & Shahida Shahimi 2013),
asas perundangan yang efisien dapat menjamin kestabilan dan keberkesanan industri ini
khasnya dalam aspek monopoli di samping melindungi hak pengguna. Ketiadaan akta dan
agensi khusus bagi mengawal selia Ar Rahnu menjadi kelompangan dalam pembentukan
parameter untuk mengukur kemampuan Ar Rahnu sebagai skim mikro kredit alternatif
yang terbaik (Rosliza Abdul Latif 2016). Justeru, kajian melihat kewujudan akta dan agensi
pengawal selia induk boleh mengelakkan konflik matlamat di antara penyedia
perkhidmatan mahupun konflik bidang kuasa di antara agensi pengawal selia.
Mewujudkan Badan Pengawasan Syariah :
Badan Pengawasan Syariah perlu ditentukan sebagai rujukan bagi agensi pengawal selia
dan industri terhadap sebarang keputusan yang melibatkan polisi dan pematuhan syariah
bagi institusi Ar Rahnu. Ini kerana ketidakpatuhan syariah merupakan risiko yang lebih
tinggi berbanding risiko lain yang dikenal pasti (Abdullah, Shahimi & Ghafar Ismail 2011).
Melalui badan tersebut, semua institusi Ar-Rahnu yang dilesenkan perlu terikat dengan
sebarang keputusan yang diputuskan termasuk merujuk sebarang isu berbangkit kepada
badan tersebut. Sehubungan itu, peranan dan fungsi ini perlu diwujudkan secara rasmi atau
disandarkan kepada Majlis Pengawasan Syariah (MPS), BNM mahupun Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK).
Mewujudkan Bahagian atau Seksyen Khusus
Satu bahagian atau seksyen khusus perlu diwujudkan untuk mengendalikan tanggungjawab
agensi pengawal selia memantau dan melaksanakan kaedah pengurusan selaku agensi yang
bertanggungjawab ke atas Ar Rahnu. Bob Tricker (1999) menjelaskan tadbir urus sangat
berkaitan dengan penyeliaan dan kawalan tindakan eksekutif serta menerima tugas untuk
mengawal selia sesebuah institusi mengikut portfolio. Ini bermakna tanggungjawab yang
diterima sebagai agensi pengawal selia hendaklah disesuaikan dengan mewujudkan
eksekutif bagi portfolio berkenaan. Dalam konteks mengawal selia Ar Rahnu, bahagian
bertanggungjawab perlulah diterajui oleh orang yang tepat dari aspek pengurusan dan
kepakaran termasuklah memahami amalan Ar Rahnu dalam konteks syarak.
535
Mewujudkan Pusat Latihan Ar Rahnu :
Pusat latihan Ar Rahnu merupakan prasarana penting yang boleh memainkan peranan
secara bersepadu meliputi latihan kepada pihak industri dalam usaha melahirkan lebih
ramai tenaga pakar dan menjalankan kajian penyelidikan serta sebagai sebuah pusat
pencerakinan emas (Ali Hassan 2016) dan (Salleh Bakar 2016). Ketiga-tiga peranan ini
selaras dengan beberapa pandangan dari pihak industri. Dapatan temu bual kajian ini
menunjukkan industri mengakui risiko penerimaan emas palsu boleh ditangani melalui
teknologi pengujian emas yang canggih dan tenaga kerja yang berkemahiran dan
berintegriti. Justeru, pusat ini akan menggerakkan kajian-kajian rintis yang masih kurang
dijalankan seperti kaedah pengawalan kualiti emas, berlian dan permata di samping
menggerakkan usaha untuk mengembangkan produk Ar Rahnu dalam prospek yang lebih
besar. Sebagai contoh pelbagai institusi seperti INCEIF, IBFIM, IIBI, ISRA dan lain-lain
telah ditubuhkan bagi membantu pembangunan modal insan dan tenaga kerja
berpengetahuan dan berkemahiran yang membantu sistem institusi kewangan Islam di
negara ini.
Mewujudkan Pasukan Auditor
Kewajaran Pasukan Auditor ini diwujudkan adalah untuk memastikan organisasi
dikendalikan mengikut prinsip yang digariskan oleh undang-undang yang digubal
termasuklah aspek syariah. Merujuk SGF 2010, bidang tugas syariah audit ini akan meliputi
tiga aspek meliputi penyata kewangan, operasi dan pematuhan Syariah. Antara aktiviti yang
dilihat seperti laporan kewangan, struktur organisasi, proses informasi melalui aplikasi
teknologi, polisi, prosedur operasi dan keperluan proses tadbir urus syariah termasuklah
pematuhan terhadap keputusan Majlis Pengawasan Syariah dan Jawatankuasa Syariah
dalaman industri (The central Bank of Malaysia 2009).
II. Infrastruktur di peringkat Penyedia Perkhidmatan Ar Rahnu
Menyediakan Tatacara Pengendalian Prosedur [Standard Operating Procedure (SOP)]
SOP penting bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif kerana ia merupakan
mekanisme yang berkesan dalam pelaksanaan proses operasi. SOP juga memastikan
sesuatu proses operasi berjalan secara konsisten dengan polisi perundangan yang
ditetapkan di peringkat pusat. Ia bukan sahaja satu mekanisme pengurusan yang perlu
wujud bagi setiap penyedia perkhidmatan malah perlu sentiasa ditambah baik dari masa ke
semasa (Parihah Hasan 2014). Menurut (Abdul Ghafar Ismail & Shahida Shahimi 2013),
dua aspek utama yang perlu dinyatakan dalam manual polisi adalah polisi pembiayaan
produk dan SOP. Antara elemen yang perlu ada dalam SOP adalah proses pemberian
pinjaman/gadaian, kaedah pengujian ketulenan emas, proses pelanjutan tempoh, kaedah
penebusan dan pemberian notis, kaedah pengendalian lelongan.
536
Jawatankuasa Syariah di peringkat penyedia perkhidmatan :
Di peringkat industri, satu jawatankuasa syariah perlu diwujudkan bagi mengawasi
pematuhan Syariah secara keseluruhan termasuklah mengenal pasti isu yang memerlukan
perhatian serta langkah pencegahan yang perlu diambil. Ini selaras dengan dua dokumen
tadbir urus syariah sedia ada iaitu Kerangka Tadbir Urus Syariah bagi Institusi Kewangan
dan Garis Panduan Tadbir Urus Syariah (GP 28) terbitan Bank Negara Malaysia dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan (MJFK kali ke-77 2007) turut memberi perhatian yang sama. Menurut (Zia
Ahmed 2011), perbezaan yang ketara dalam membezakan struktur tadbir urus syariah
dengan konvensional adalah dengan kewujudan lembaga penasihat syariah yang terdiri
daripada sarjana syariah dan unit pematuhan syariah. Dibentuk seiring dengan kompleksiti
dan kapasiti penyedia perkhidmatan Ar Rahnu, jawatankuasa ini boleh diwujudkan secara
guna sama mahupun melantik institusi perunding syariah luar yang diiktiraf seperti ISRA
dan IBFIM (Garis Panduan Tadbir Urus Syariah 2008). Cadangan ini selaras dengan
cadangan kertas kerja oleh Shofian Ahmad (2016).
Sekretariat Syariah:
Sekretariat Syariah bertanggungjawab terhadap urusan sekretariat untuk membantu
Jawatankuasa Syariah. Organ dalaman syariah ini bertindak untuk memantau kesemua
operasi di peringkat industri, menilai sebarang risiko syariah dalam pengurusan dan
menjalankan ujian tahap pematuhan syariah dalam industri. Sekiranya wujud amalan
ketidakpatuhan syariah dalam institusi, mekanisme pengawalan dan tindakan pembetulan
yang sewajarnya perlu diambil.
Mewujudkan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) :
Fungsi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) adalah untuk memenuhi keberkesanan sistem
kawalan dalaman ke arah sistem Pematuhan Syariah serta mengesyorkan penambahbaikan
yang perlu diambil oleh institusi sama ada menyentuh perkara bersifat teknikal, polisi dan
struktur organisasi. Justeru, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) boleh diwujudkan di
peringkat dalaman organisasi ataupun badan luar yang dilantik untuk membuat penilaian
ke atas keseluruhan organisasi. Kedua-dua unsur ini merupakan elemen penting yang akan
memberikan pengiktirafan dan yang lebih bagi sesebuah institusi Islam seperti Ar-Rahnu
sekiranya dipraktikkan.
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar semasa berucap di Doha, Qatar menyatakan proses
pengauditan ini penting untuk meyakinkan massa akan prinsip ketelusan, hak pihak-pihak
yang perlu dipelihara serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh sektor kewangan
Islam (Mohd Zamerey & Nurmaezah 2008). Menurut Shamsiah (2016), tanpa syariah audit,
pelaksanaan sebenar tidak dapat dinilai melalui laporan semata-mata. Hal ini selaras
dengan penemuan Zurina Shafii et.al (2013) yang mendapati implementasi keputusan
syariah di ke atas produk yang dikaji di peringkat pengurusan institusi kewangan rata-
ratanya hanya berlegar di peringkat teori.
ANALISA KAJIAN
Berdasarkan dapatan, infrastruktur bagi kedua-dua pihak boleh dikelompokkan kepada
lima (5) bentuk iaitu perundangan, tenaga kerja pakar, sistem jaminan kualiti, operasional
dan prasarana sebagaimana gambar rajah 2 di bawah :
537
Gambar rajah 2 : Kerangka Mekanisme Tadbir Urus Ar Rahnu
Petunjuk : Tadbir urus korporat menurut Syariah Teori Agensi
Teori Stakeholder
L1 : Lapisan Pertama (Pengawal selia) L2 : Lapisan Kedua (Penyedia Perkhidmatan Ar Rahnu)
Dapatan menunjukkan keperluan dua lapisan badan pengawasan syariah (L1 ; L2) di
peringkat agensi pengawal selia dan di peringkat dalaman institusi yang juga dikenali
sebagai struktur pemusatan yang memberi kuasa pengawal seliaan kepada pihak kerajaan
sebagai pengawal selia. Kajian (Rusni Hassan et.al 2013) mendapati kerangka
perundangan ini memberi kelebihan kepada sistem kewangan di Malaysia kerana dapat
menyelaras polisi dan mengurangkan percanggahan di antara industri. Hal ini memberi
jaminan untuk sebuah tadbir urus yang efisien dan progresif. Hal ini penting konteks agama
dan pengawasan syariah menjadi perkara yang signifikan dengan pemilihan pelanggan
Azila (2011) dan membezakan Ar Rahnu dengan pajak gadai konvensional (Ali Hassan
2016).
Dalam konteks operasional, kajian mencadangkan keperluan satu seksyen khusus di
peringkat agensi pengawal selia sebagai pelaksana dan pemantau kepada polisi di peringkat
kerajaan termasuklah menjadi sekretariat kepada badan pengawasan Syariah. Manakala di
peringkat industri, satu sekretariat syariah menjadi justifikasi penting kepada sekretariat
jawatankuasa penasihat syariah yang wujud. Persamaan yang wujud antara kedua-dua entiti
ini adalah penglibatan mereka yang mempunyai latar belakang syariah dan mampu
mengendalikan aspek pemantauan, pelaporan dan sekretariat kepada Badan Penasihat
Syariah di peringkat agensi.
538
Seterusnya, aspek pengauditan perlu disesuaikan peranan berdasarkan portfolio agensi
pengawal selia dan institusi Ar Rahnu itu sendiri. Namun, kedua-dua entiti perlu mengaudit
keseluruhan sistem termasuk aspek syariah. Walau pun fungsinya dilihat hampir sama
namun kekerapan pengauditan JAD di peringkat institusi membantu sistem jaminan kualiti
berjalan dengan lebih cekap.
Berdasarkan tiga keperluan syariah bagi penyedia perkhidmatan di atas, tiga organ tadbir
urus syariah yang dilibatkan adalah badan penasihat syariah, sekretariat Syariah dan audit
syariah. Ketiga-tiga organ syariah ini menjadi keutamaan berbanding fungsi organ syariah
yang lain selari dengan pandangan Shamsiah (2016). Kedua-dua lapisan yang wujud di
antara kedua-dua pihak merupakan elemen pengawasan yang saling menyokong kepada
kestabilan dan jaminan tadbir urus syariah terhadap industri Ar Rahnu.
Dalam aspek perundangan, kewujudan Akta dan SOP menjadi dua unsur yang akan
menjamin polisi dan panduan industri Ar Rahnu. Justeru, SOP hendaklah tidak berlawanan
dengan peruntukan yang dinyatakan dalam Akta Ar Rahnu. Manakala dari aspek prasarana,
pusat latihan dilihat sebagai sistem sokongan yang perlu diwujudkan oleh agensi pengawal
selia bagi membantu industri dan masyarakat terhadap Ar Rahnu.
Kombinasi antara kedua-dua pihak akan menghasilkan satu kombinasi yang saling
menyokong antara satu sama lain untuk mengukuhkan tadbir urus bagi skim Ar Rahnu.
Kesemua infrastruktur ini tidak mungkin terbentuk tanpa peranan lembaga pengarah agensi
dan pihak pengawal selia di peringkat kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan
kepentingan pemegang saham dan kesemua pemegang taruh terpelihara. Penentuan
infrastruktur juga turut disokong dengan justifikasi keperluan semasa dan teori yang
terpakai serta sorotan literatur yang dapat dirumuskan sebagaimana jadual berikut :
Jadual 1 : Analisa Penilaian Terhadap Infrastruktur Tadbir Urus Bagi Ar Rahnu
539
Infrastruktur Kedudukan semasa /cadangan Penilaian ke atas teori Sokongan Literatur
INFRASTRUKTUR DI PERINGKAT AGENSI PENGAWAL SELIA
Akta Ar
Rahnu dan
agensi
pengawal
selia
Perlu mewujudkan satu agensi
pengawal selia untuk keseluruhan
institusi Ar Rahnu.
Sehingga kini industri merujuk
kepada manual polisi dalaman
agensi sebagai panduan.
Memenuhi tuntutan
dalam teori agensi yang
bertujuan untuk
mengelakkan konflik
kepentingan
Pada 12 Februari 2014
kebinet telah
menetapkan Akta pajak
gadai Islam diletakkan
di bawah kawalan
Kementerian
Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan
Kerajaan Tempatan
(KPKT) (Minit
Mesyuarat Berhubung
Penggubalan Akta
Pemegang Pajak Gadai
Islam (Ar-Rahnu) 2011)
Badan
Pengawasan
Syariah
Dalam kalangan agensi pengawal
selia Ar Rahnu sedia ada, hanya
BNM mempunyai Badan
Pengawasan Syariah
Elemen utama bagi tadbir
urus syariah
Kewujudan badan ini
boleh memberi
keyakinan pengguna dan
pemegang taruh ke atas
produk (Ghayad 2008)
Pusat Latihan
Ar Rahnu
Tiada pusat latihan khusus bagi Ar
Rahnu manakala pusat
penyelidikan hanya wujud di
YaPEIM
Manfaat kewujudannya
penting untuk menjaga
kepentingan pekerja
dalam teori stakeholder
Ali Hasan (2016)
mencadangkan
keperluan institusi
latihan ini.
Pasukan
Auditor
Pasukan auditor merupakan
bertindak sebagai penguat kuasa
Sebahagian elemen dalam
tadbir urus syariah dan
memenuhi tuntutan dalam
teori agensi yang
bertujuan untuk
mengelakkan konflik
kepentingan antara
prinsipal dan agen
(Rusni Hassan,
Mahamad Arifin,
Ahmad Azam Othman,
Mohammad Deen Mohd
Napiah 2014)
INFRASTRUKTUR INDUSTRI PENYEDIA PERKHIDMATAN AR RAHNU
Tatacara
Pengendalian
Prosedur
(SOP)
Semua penyedia perkhidmatan
mempunyai manual operasi di
peringkat dalaman
Memenuhi sebahagian
matlamat teori agensi
yang menyediakan
standard/piawaian
(Parihah Hasan 2014)
Jawatankuasa
Syariah di
peringkat
dalaman
Tidak berlaku secara menyeluruh
di semua penyedia perkhidmatan
Sebahagian elemen dalam
tadbir urus Syariah
Keperluan badan ini
dinyatakan dalam
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan bagi Hal
Ehwal Ugama Islam
Malaysia kali ke-78
(MJFK 2007)
Sekretariat
Syariah
Tidak berlaku secara menyeluruh
di semua penyedia perkhidmatan
Sebahagian elemen dalam
tadbir urus syariah
(GP 28 2015)
540
Jawatankuasa
Audit
Dalaman
(JAD)
Rata-rata industri mempunyai
JAD di peringkat institusi.
Namun peranan audit syariah
masih belum diwujudkan selain
institusi kewangan yang
berpegang kepada SGF 2010. Dua
agensi luar yang dikenal pasti
menjalankan audit syariah adalah
SIRIM dan ANGKASA. SIRIM
merupakan agensi audit luaran
yang menawarkan perkhidmatan
Sistem Pengurusan Kualiti yang
patuh Syariah melalui MS 1900
(SIRIM 2016). Manakala
Bahagian Pengurusan Syariah dan
Pembangunan ANGKASA
menawarkan Sijil Pematuhan
Syariah di peringkat koperasi
yang menawarkan kemudahan
kredit ( Ali Hasan 2016).
Sebahagian elemen dalam
tadbir urus syariah dan
memenuhi tuntutan dalam
teori agensi yang
bertujuan untuk
mengelakkan konflik
kepentingan antara
prinsipal dan agen
(Shamsiah 2016) dan
(Zurina Shafii 2015)
KESIMPULAN
Sebagai konklusi, kertas ini membincangkan keperluan infrastruktur yang menyumbang
kepada mekanisme tadbir urus dan pengawal seliaan bagi industri Ar Rahnu di Malaysia,
kajian mengambil kira tadbir urus hubungan tadbir urus dan pengawal seliaan perlu
melibatkan antara pihak industri dan agensi pengawal selia. Berlandaskan integrasi teori
bagi tadbir urus korporat iaitu teori agensi, teori stakeholder dan tadbir urus Syariah,
mekanisme tadbir urus Ar Rahnu dicadangkan. Mekanisme ini dicadangkan sebagai
panduan kepada pihak kerajaan dan industri bagi memperkukuh sistem tadbir urus dan
pengawal seliaan terhadap Ar Rahnu. Lima aspek infrastruktur yang dinyatakan adalah
perundangan sebagai polisi dan panduan, tenaga kepakaran sebagai badan penasihat dan
rujukan, operasional sebagai pihak pelaksana, sistem jaminan kualiti melalui audit dan
prasarana sebagai sistem sokongan.
RUJUKAN
http://www.sirim-qas.com.my/attachments/article/41/downloadbrochure.pdf
Ab. Mumin Ab. Ghani. 1999. Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia
hlm.Cet. Perta. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Abdul Ghafar Ismail & Shahida Shahimi. 2013. Regulation. Ar-Rahnu : Islamic
Pawnbroking, hlm.121–136. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
doi:10.1017/CBO9781107415324.004
Abdullah, M., Shahimi, S. & Ghafar Ismail, A. 2011. Operational risk in Islamic banks:
examination of issues. Qualitative Research in Financial Markets, 3(2), 131–151.
doi:10.1108/17554171111155366
541
Amin, H., Chong, R., Dahlan, H. & Supinah, R. 2007. An Ar-Rahnu shop acceptance model
(ARSAM). Labuan e-Journal of Muamalat and Society, 1, 82–94. Retrieved from
http://wwwkal.ums.edu.my/ljms/2007/LJMS_vol1_2007_82-94%5B8%5D.pdf
Azila, A. R. 2011. Economic and Religious Significance of The Islamic and Conventional
Pawnbroking in Malaysia : Behavioral and Perception Analysis. Tesis PhD. Durham
University.
Bob Tricker. 1999. Perspective on Corporate Governance and Management. MAICSA &
Star Publications.
CalPERS. 1999. CalPERS Global Governance Principles. the CalPERS Investment
Commitee,. https://www.calpers.ca.gov/docs/forms-publications/global-principles-
corporate-governance.pdf [24 June 2016].
Che Abdul Nasir bin Che Mustaffa. 2014. Konsep Francais Ar-Rahnu. Kuala Lumpur:
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Ghayad, R. 2008. Corporate governance and the global performance of Islamic banks.
Humanomics, 24((3)), 207–216. Retrieved from doi:10.1108/08288660810899368
Huda Binti Md Yusuff, N., Binti Abdul Razak, A., Bin Muhammad, F., Sarjana Ekonomi,
P., Pengurusan dan Ekonomi, F., Pendidikan Sultan Idris, U., Jabatan Ekonomi, P. et al.
2015. Kepatuhan proses gadaian dalam sistem pajak gadai Islam di Malaysia. Labuan e-
Journal of Muamalat and Society, 9, 57–74.
Islamic Financial Services Board (IFSB). 2009. Islamic Financial Services Board. Guiding
Principles on Shari’ah Governance Systems for Institutions Offering Islamic Financial
Services. Kuala Lumpur.
Jamil Khir. 2015. 30 bilion nilai marhun gadaian Ar Rahnu manfaatkan ummah. Teks
Ucapan Perasmian,.
Khan, A. A. 2008. Islamic Microfinance: Theory, policy and practice. Islamic Releif
Worldwide,. www.islamic-releif.com [1 January 2016].
Minit Mesyuarat Berhubung Penggubalan Akta Pemegang Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu).
2011. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kuala Lumpur.
Mohd Sadad bin Mahmud & Radiah Abd Kadir. 2012. Perkembangan Takaful di Malaysia :
Satu Kajian Undang-Undang Kewangan Islam. Kanun Jurnal Undang-Undang Malaysia,
24 (2), 252–259.
Mohd Zamerey Abdul Razak & Nurmaezah Omar. 2008. Audit Syariah dalam institusi
kewangan Islam di Malaysia. Jurnal Muamalat, Bil. 1, 135–150.
Mushtak Parker. 2011. Islamic Finance Gets A Boost From SGF.
http://arabnews.com/economy/islamicfinance/article231804.ece/service=print [1 July
2014].
542
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali
ke-78. 2007. Penentuan Hukum Syarak Di Dalam Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam
(Al-Rahn) Di Malaysia (Cadangan Kadar Upah Simpan Barang Gadaian).
Nafisah Mohamed, A. G. I. & S. M. 2013. Operators. Ar-Rahnu : Islamic Pawnbroking,
hlm.163–183. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. doi:10.1007/s13398-014-0173-
7.2
Nur Atiqah binti Abu Bakar. 2011. Hak dan Tanggungjawab Penggadai dan Pemegang
Gadaian Terhadap Barang Gadaian Menurut Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Hayati Rasmin dan Ruzian Markom. 2014. Ar-Rahnu governance laws in Malaysia:
An analysis on banks and no banks financial institutions. Proceeding International
Conference of Global Islamic Studies (ICGIS 14), hlm.116–127. United Kindom:
Department of Syariah, Faculti of Islamic Studies The National University of Malaysia
Salford University British Muslim Heritage Centre.
OECD. 2001. Revised OECD Principles of Corporate Governance, April 2004. Retrieved
from http://www.oecd.org/dataoecd/32/18/31557724.pdf
Parihah Hasan. 2014. Aspek Pemantapan Standard Operating Procedures (SOP) Ar-Rahnu
YaPEIM. Inovasi Dalam Industri Emas dan Ar-Rahnu, hlm.174–187. Kuala Lumpur:
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Rosliza Abdul Latif. 2016. Kemampuan Skim Al-Rahn Sebagai Alternatif Kepada Pajak
Gadai Konvensional dan Ceti Haram. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosliza binti Hassan. 2011. Al-Rahn : Konsep al-Rahndan Pelaksanaannya di Bank Rakyat.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rusni Hassan, Mahamad Arifin, Ahmad Azam Othman, Mohammad Deen Mohd Napiah,
M. N. O. dan A. Y. 2014. An empirical study of the effectiveness of the Shari’ah
Governance Framework (SGF 2010) (No. No.68/2014). Kuala Lumpur.
Rusni Hassan, Nurdianawati Irwani Abdullah, Aznan Hassan, Uzaimah Ibrahim, Mohd
Fuad Md Sawari, A. A. A. dan A. T. 2013. A comparative analysis of Shari’ah Governance
in Islamic Banking Institutions Across Jurisdiction (No. No. 50/2013). Kuala Lumpur.
Selamah binti Maamor & Abdul Ghafar Ismail. 2007. The Ar-Rahnu Efficiency and Its
Determinants. Journal of Islamic Economics, Banking and Finance, Volume-6, 105–126.
Shah, A. A. 2016. Cabaran Penyedia Perkhidmatan Ar Rahnu di Malaysia. Dlm. Pusat
Pekembangan Pengajian Islam (ISDEV) (pnyt.). 11th ISDEV International Graduate
Workhop (INGRAW2016), hlm.1–11. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
The central Bank of Malaysia Shariah Governance Framework for Islamic Financial
Institutions (2009). doi:10.1007/s13398-014-0173-7.2
Zia Ahmed. 2011. Corporate Governance in Islamic Banks. www.bukisa.com,.
http://www.bukisa.com/articles/494695_corporate-governance-in-islamic-banks [8 May
2011].
543
Zurina Shafii, S. N. M. Z. 2015. Halal assurance mechanisms in halal industry : an appraisal
on its effectiveness towards continuous halal assurance and the way forward. Proceedings
of Conference on Malaysian Islamic Economics and Finance (CMIEF 2015), hlm.12–22.
Zurina Shafii, Ahmad Zainal Abidin, Supiah Salleh, K. J. and N. K. 2013. Post
implementation of Shariah Governance Framework: The impact of Shariah Audit Function
Towards the role of Shariah committee. Middle-East Journal of Scientific Research 13, Vol
13, 7–11.