industrial and human resources conferencejulai 2013 industrial and human resources conference y.a...

4
JULAI 2013 INDUSTRIAL AND HUMAN RESOURCES CONFERENCE Y.A Dato' Jalaldin bin Hj Hussein telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Managing Social Media at the Workplace” semasa “Industrial and Human Resources Conference” anjuran Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pada 4 dan 5 Julai 2013 bertempat di Putri Pan Pacific, Johor Bahru, Johor. Y.A Tuan Sapini bin Mat Saman dan Y.A Tuan Roslan bin Mat Nor juga telah turut serta sebagai peserta persidangan tersebut. LAWATAN KERJA KE TRIBUNAL RAYUAN KASTAM (TRK) Y.A Puan Susila Sithamparam, Yang DiPertua Mahkamah Perusahaan dan 3 Pengerusi Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur iaitu Y.A Tuan Eddie Yeo Soon Chye, Y.A Tuan Gulam Muhiaddeen bin Abdul Aziz dan Y.A Puan Tay Lee telah mengadakan lawatan kerja ke Tribunal Rayuan Kastam (TRK), Putrajaya pada 11 Julai 2013 untuk melihat perlaksanaan dan keberkesanan Sistem e-Pemfailan di TRK. LAWATAN DELEGASI KEHAKIMAN NEPAL KE MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur telah menerima kunjungan dari Delegasi Kehakiman Nepal seramai 7 orang pada 18 Julai 2013. Taklimat telah disampaikan oleh Pengerusi Mahkamah 4, Y.A Tuan P. Iruthayaraj kepada semua ahli delegasi bertempat di Bilik Mesyuarat Pentadbiran, Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INDUSTRIAL AND HUMAN RESOURCES CONFERENCEJULAI 2013 INDUSTRIAL AND HUMAN RESOURCES CONFERENCE Y.A Dato' Jalaldin bin Hj Hussein telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ Managing

JULAI 2013

INDUSTRIAL AND HUMAN RESOURCES CONFERENCE

Y.A Dato' Jalaldin bin Hj Hussein telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ Managing Social Media at the Workplace” semasa “Industrial and Human Resources Conference” anjuran Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pada 4 dan 5 Julai 2013 bertempat di Putri Pan Pacific, Johor Bahru, Johor. Y.A Tuan Sapini bin Mat Saman dan Y.A Tuan Roslan bin Mat Nor juga telah turut serta sebagai peserta persidangan tersebut.

LAWATAN KERJA KE TRIBUNAL RAYUAN KASTAM (TRK)

Y.A Puan Susila Sithamparam, Yang DiPertua Mahkamah Perusahaan dan 3 Pengerusi Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur iaitu Y.A Tuan Eddie Yeo Soon Chye, Y.A Tuan Gulam Muhiaddeen bin Abdul Aziz dan Y.A Puan Tay Lee telah mengadakan lawatan kerja ke Tribunal Rayuan Kastam (TRK), Putrajaya pada 11 Julai 2013 untuk melihat perlaksanaan dan keberkesanan Sistem e-Pemfailan di TRK.

LAWATAN DELEGASI KEHAKIMAN NEPAL KE MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR

Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur telah menerima kunjungan dari Delegasi Kehakiman Nepal seramai 7 orang pada 18 Julai 2013. Taklimat telah disampaikan oleh Pengerusi Mahkamah 4, Y.A Tuan P. Iruthayaraj kepada semua ahli delegasi bertempat di Bilik Mesyuarat Pentadbiran, Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur

Page 2: INDUSTRIAL AND HUMAN RESOURCES CONFERENCEJULAI 2013 INDUSTRIAL AND HUMAN RESOURCES CONFERENCE Y.A Dato' Jalaldin bin Hj Hussein telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ Managing

OGOS 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 pada 20 Ogos 2013 bertempat di Dewan Serbaguna, Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur.

CONFERENCE ON LABOUR JUSTICE

Dua orang Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia iaitu, Y.A Tuan Rajendran Nayagam dan Y.A Tuan Fredrick Indran X.A Nicholas telah menghadiri “Conference on Labour Justice” yang telah dianjurkan oleh Central Labour Court of Thailand bertempat di Way Hotel, Pattaya, Thailand pada 28 hingga 30 Ogos 2013. Pada persidangan tersebut juga, Y.A Tuan Rajendran Nayagam telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ The Introduction of Alternative Resolution Mechanism and Computerization of the Industrial Court in Expediting The Process of Industrial Adjudication in Malaysia” dan Y.A Tuan Fredrick Indran X.A Nicholas telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “

Page 3: INDUSTRIAL AND HUMAN RESOURCES CONFERENCEJULAI 2013 INDUSTRIAL AND HUMAN RESOURCES CONFERENCE Y.A Dato' Jalaldin bin Hj Hussein telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ Managing

SEPTEMBER 2013

LEXIS NEXIS RULE OF LAW CONFERENCE

Yang DiPertua Mahkamah Perusahaan, Y.A Puan Susila Sithamparam telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ A Comparative Approach in Judicial Decision Making” semasa “Lexis Nexis Rule of Law Conference” pada 2 dan 3 September 2013 bertempat di Hotel Excelsior, Hong Kong.

PERSIDANGAN PENGERUSI-PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA 2013

Persidangan Pengerusi-Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia telah diadakan pada 8 hingga 11 September 2013 bertempat di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Y.B Datuk Richard Riot Jaem. Turut hadir semasa majlis perasmian ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Y.B Dato' Hj Ismail bin Hj, Abdul Muttalib dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Operasi) Kementerian Sumber Manusia, Y.Bhg. Dato' Hj. Mohd Shariff bin Hj Hussein.

PELANCARAN BUKU DAFTAR ISTILAH MAHKAMAH PERUSAHAAN BAHASA IBAN DAN DAFTAR ISTILAH MAHKAMAH PERUSAHAAN BAHASA KADAZAN

Majlis pelancaran Buku Daftar Istilah Mahkamah Perusahaan Bahasa Iban dan Buku Daftar Istilah Mahkamah Perusahaan Bahasa Kadazan telah dilancarkan oleh Y.B Menteri Sumber Manusia, Dato' Seri Richard Riot Jaem pada 9 September 2013 bertempat di Silk Ballroom, The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Page 4: INDUSTRIAL AND HUMAN RESOURCES CONFERENCEJULAI 2013 INDUSTRIAL AND HUMAN RESOURCES CONFERENCE Y.A Dato' Jalaldin bin Hj Hussein telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ Managing

PROGRAM “ TRADE UNION TRAINING ON LEADERSHIP AND RACONTEUR (TUTELAR)”

Y.A Dato' Jalaldin bin Hj. Hussain, Pengerusi Mahkamah 25 telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Collective Bargaining” semasa Program “Trade Union Training on Leadership and Raconteur (TUTELAR)” anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada 13 September 2013 bertempat di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak. Pada program tersebut , Mahkamah Perusahaan Malaysia Cawangan Sarawak juga turut terlibat dengan mengadakan pameran di booth pameran yang disediakan oleh pihak penganjur.

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN SISTEM eMP

Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur telah menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Sistem eMP pada 17 hingga 19 September 2013 bertempat di Hotel Equatorial, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur. 40 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi Mahkamah, Penolong Pendaftar dan kakitangan telah menghadiri bengkel ini.