creation of human

26
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. (Surah At- Toriq: 5) PENCIPTAAN MANUSIA

Upload: ieman-nur-sufiah

Post on 02-Aug-2015

35 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Creation of human

(Setelah mengetahui yang

demikian), maka hendaklah manusia memikirkan:

dari apa ia diciptakan. (Surah At-Toriq: 5)

PENCIPTAAN MANUSIA

Page 2: Creation of human

APA ITU MANUSIA???

Dapat berfikir

Kamus Dewan Edisi Keempat:

Makhluk yang mempunyai akal budi

Bijaksana

Makhluk yang dapat berfikir

dengan sempurna

Page 3: Creation of human

APA ITU

MANUSIAOmar Mohammad Al-Toumy Al-Syaibany

Manusia adalah makhluk yang paling mulia, Manusia adalah makhluk yang berfikir,

Dan manusia adalah makhluk yang mempunyai 3 dimensi (badan, akal, dan roh),

Manusia dalam pertumbuhannya dipengaruhi faktor keturunan dan persekitaran.

???

Page 4: Creation of human

BAGAIMANA MANUSIA DICIPTA ?

Penghayatan dalil Al-Quran

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi

itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan

Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

(Surah Al-Anbiya’: 30)

Page 5: Creation of human

BAGAIMANA MANUSIA DICIPTA?

Penghayatan dalil Al-QuranDan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air;

maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan

sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain daripada yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Surah An-Nuur: 45)

Page 6: Creation of human

Penghayatan dalil Al-Quran

Dalam Surah Al-Mu’minun ayat 12 hingga 14, saintis telah mengatakan bahawa Tuhan (Allah) telah memberikan keterangan yang padat

mengenai penciptaan manusia ketika mereka sedang cuba meneliti sejauh mana kebenaran Al-Quran.

Surah Al-Mu’minun: 12 hingga 14 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis)

air benih pada penetapan yang kukuh.Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami

ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang

itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan

dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

BAGAIMANA MANUSIA DICIPTA?

Page 7: Creation of human

Surah Al-Mu’minun

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati,

yang berasal dari tanah

BAGAIMANA MANUSIA DICIPTA?

Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh (rahim – uterus);

Page 8: Creation of human

Surah Al-Mu’minun

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku (‘alaqah). Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi

seketul daging (mudghah); kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang

itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka

nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

BAGAIMANA MANUSIA DICIPTA?

Page 9: Creation of human

Surah Al-Mu’minun

• Ayat ini menjelaskan tentang bagaimana Allah menciptakan manusia

• Allah telah menunjukkan kebenaran ayatnya dalam Surah At-Tin yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” 

(Surah At-Tin: 4)

• Cuma, yang menjadi tanda tanya kepada para saintis • ialah embrio atau ‘alaqah.

• Hal ini kerana saintis hairan mengapa perkataan ‘alaqah digunakan untuk menjelaskan keadaan embrio.

• Mereka telah berbincang dan bersetuju untuk mengkaji • setiap makna bagi ‘alaqah.

• ‘Alaqah mempunyai 3 maksud iaitu: Darah beku, • Tergantung dan Lintah

• Apa kaitannya darah beku, tergantung, dan lintah dengan embrio ?

BAGAIMANA MANUSIA DICIPTA?

Page 10: Creation of human

‘Alaqah

Darah beku

Yang

tergantung

Lintah

BAGAIMANA MANUSIA DICIPTA?

Page 11: Creation of human

DARAH BEKU

• Semasa perkembangan embrio minggu ke-3, • organ jantung telah diketahui bersatu atau bercantum

dengan salir darah • Kejadian ini telah dipanggil sebagai “sistem

kardiovaskular primari” atau • “primary cardiovascular system”.

• Pada akhir minggu ke-3, sistem peredaran darah yang terbentuk selepas jantung bercantum dengan salur

darah mulai wujud • Jantung juga mula berdegup pada hari ke 21

Page 12: Creation of human

BAGAIMANA MANUSIA DICIPTA?‘Alaqah

Darah beku

Yang

tergantung

Lintah

Page 13: Creation of human

YANG TERGANTUNG

• Saintis telah cuba untuk menjadikan tali pusat sebagai contoh untuk membuktikan bahawa pernyataan “yang tergantung” adalah benar.

• Tetapi, andaian saintis adalah salah.• Hal ini kerana tali pusat terbentuk apabila jasad bayi sudah boleh

dilihat dengan sempurna. Tetapi, ketika dalam perkembangan embrio, tali pusat belum terbentuk lagi.

• Pengkajian telah dilakukan dan saintis menemui bahawa tali pusat dibentuk daripada ‘connecting stalk’.

• ‘Connecting stalk’ dibentuk semasa proses perkembangan embrio.• Saintis telah membuat pernyataan dan mereka mengatakan: ‘Yang

tergantung’ digunakan untuk menerangkan pergantungan embrio yang sedang berkembang dalam “extra embryonic coelom”.

Page 14: Creation of human

‘Alaqah

Darah beku

Yang

tergantung

Lintah

BAGAIMANA MANUSIA DICIPTA?

Page 15: Creation of human

LINTAH

• Pengkajian tentang hubungan embrio dengan lintah merupakan antara yang paling sukar

• Saintis telah menggunakan beberapa cara untuk membandingkan antara embrio dengan lintah melalui 3 cara iaitu struktur, X-ray,

dan organ iaitu pengukuhan terhadap semua kajian.• Perbezaan antara struktur embrio dengan lintah:

Page 16: Creation of human

LINTAH

• Perbezaan antara X-ray embrio dengan lintah:

Page 17: Creation of human

LINTAH

• Perbezaan antara kepala embrio dengan bahagian belakang lintah:

Page 18: Creation of human

‘Alaqah

Darah beku

Yang

tergantung

Lintah

BAGAIMANA MANUSIA DICIPTA?

Page 19: Creation of human

SURAH AL- MU'MINUN

• Profesor Keith L. Moore merupakan seorang ahli embriologi yang aktif dalam bidang pangkajian embrio atau embriologi.

• Beliau merupakan seorang ahli embriologi yang sangat • dikenali di seluruh pelusuk dunia.

• Pembuktian tentang kebenaran Al-Quran mengenai ilmu

embriologi telah dijalankan oleh beliau.• Beliau juga telah menyatakan bahawa:

Atas alasan pengkajian, penerangan-penerangan mengenai ilmu embriologi dalam Al-Quran tidak boleh didasarkan kepada

pengetahuan saintifik pada abad ke-7. Kesimpulan yang hanya boleh diterima adalah penerangan-penerangan ini (di dalam Al-Quran)

telah diturunkan kepada Muhammad (Nabi-pesuruh Allah) oleh Tuhan (Allah).

Page 20: Creation of human

Surah As-Sajadah: 7-9

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan

penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

• Manusia berasal daripada tanah kerana manusia mendapat tenaga daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan

• Haiwan (karnivor & omnivor) mendapat tenaga daripada tumbuhan• Tumbuhan tidak dapat hidup tanpa tanah kerana zat-zat yang Allah

kurniakan kepada tanah mampu menghidupkan tumbuh-tumbuhan.

PENGUKUHAN CARA MANUSIA DICIPTA?

Page 21: Creation of human

Surah Al-Hijr: 26, 28-29Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah

liat yang kering, yang berasal dari tanah kental

yang berubah warna dan baunya.

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari

tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. "Kemudian apabila Aku sempurnakan

kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

• Allah telah menjelaskan bahawa manusia telah • dicipta daripada tanah

• Hal ini telah dibuktikan oleh para saintis melalui penyelidikan DNA• Mereka telah menemui bahawa DNA merupakan sebatian

organik yang terdiri daripada karbon• Karbon pula merupakan unsur yang hadir dalam tanah

PENGUKUHAN CARA MANUSIA DICIPTA?

Page 22: Creation of human

PENGUKUHAN CARA MANUSIA DICIPTA?

Surah Az-Dzariyat: 49Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.

• Ayat ini menjelaskan bahawa setiap yang diciptakan oleh Allah sama ada di bumi, di langit mahupun di alam semesta

• adalah secara berpasangan.• Hal ini dibuktikan dengan sekeliling kita apabila kita mendapati manusia

terdiri daripada lelaki dan perempuan, tidak ketinggalan juga tumbuh-tumbuhan yang mempunyai bahagian jantan dan bentina yang

membolehkan proses pengeluaran bunga dijalankan.• Begitu juga dengan haiwan yang diciptakan jantan dan betina

• Jika kita meneliti ruangan tajuk ke-2 dalam mata pelajaran Kimia Tingkatan 4, kita akan mendapati bahawa terdapat ruangan

pembelajaran tentang proton yang bercas positif yang berpasangan dengan elektron yang bercas negatif.

• Tanpa cas positif dan negatif, tenaga elektrik semestinya • tidak dapat dihasilkan

Page 23: Creation of human

Surah Al-Hujurat: 13

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu

berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di

antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam

PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)

• Allah telah menjelaskan bahawa manusia ini berasal daripada • seorang bapa iaitu Nabi Adam ‘Alaihisalam.

• Ayat ini juga menceritakan bahawa Allah telah menjadikan manusia • dengan berbagai-bagai bangsa, keturunan, puak dan bahasa.

• Perkara ini dapat kita lihat dengan keadaan di negara kita (Malaysia) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa seperti melayu, Cina dan India.

• Janganlah kita berbangga dengan keturunan atau pangkat yang kita miliki, kerana apa yang dikehendaki oleh Allah nanti ialah amalan di dunia sahaja.

GENERASI MANUSIA YANG TIADA HENTI

Page 24: Creation of human

• Charles Darwin seorang ahli natural dan ahli evolusi telah

mengatakan bahawa penciptaan manusia bermula daripada

seekor cimpanzi berukuran 3 kaki panjang.

• Beliau telah menyatakan bahawa manusia mempunyai evolusinya tersendiri bermula daripada Heldelberg Man, Nebraska Man, Piltdown Man, Peking Man,

Neanderthal Man, New Guinea Man, Cro-Magnon Man dan Modern Man.

• Teori ini ternyata salah dan tidak boleh diguna pakai kerana Allah tidak menciptakan manusia daripada keadaan yang hina seperti seekor monyet.

• Teori ini juga bertentangan dengan firman Allah dalam Surah At-Tin ayat keempat. Janganlah kita mempercayai teori ini kerana kepercayaan kita

kepada teori ini akan menyebabkan kita menjadi pendusta kepada ayat-ayat Allah.

TEORI YANG DSALAH

Page 25: Creation of human

PENUTUP

Secara kesimpulannya, penciptaan manusia adalah penciptaan yang paling agung dan kreatif berbanding dengan penciptaan yang lain. Janganlah kita menjadi manusia yang sombong di atas muka bumi ini kerana ingatlah bahawa kita ini diciptakan daripada setitis air yang hina di mana tempat keluarnya air yang hina itu bercampur

dengan tempat membuang air kecil. Tetapi, bersyukurlah kita kerana Allah telah mengangkat darjat manusia lebih daripada

segala-galanya sehinggakan Dia menyuruh malaikat dan iblis untuk bersujud kepada Adam. Ingatlah dalil ini (Surah Al-Mu’min: 57)

supaya kita dapat menyedari kebesaran Allah yang tiada bandingnya

Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada

menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya) akan tetapi kebanyakan manusia (yang

mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.

Page 26: Creation of human

TERIMA KASIH !!!

SEKIAN…

TERIMA KASIH !!!