ministry of human resources - meca.com.my · perjanjian francais atau yang melibatkan pembelian hak...

32
1

Upload: lydat

Post on 20-Jul-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

2

3

Ministry of Human ResourcesMinistry of Human Resources

PERLUASAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER

MANUSIA BERHAD

PERLUASAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER

MANUSIA BERHAD

20012001

KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

LATAR BELAKANG

PERANAN PSMB

SISTEM LEVI/GERAN

RASIONAL PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PSMB, 2001

SUB-SEKTOR BARU YANG DILIPUTI DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

DEFINISI 19 SUB-SEKTOR BARU DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

PROGRAM LATIHAN YANG DIKENALPASTI BAGI 19SUB-SEKTOR BARU DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

GERAN PENYAMA/GERAN PEMADAN (MATCHING GRANT) DAN TEMPOH PENDAFTARAN “ISTIMEWA” BAGI MAJIKAN YANG BARU BERDAFTAR DARI 19 SUB-SEKTOR BARU

(a) Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant)(b) Tempoh Pendaftaran “Istimewa” Untuk 19 Sub-Sektor Baru

TEMPOH PENDAFTARAN “ISTIMEWA” BAGI MAJIKAN YANG TERTAKLUK DI BAWAH AKTA PSMB 2001, DARI 44 SUB-SEKTOR SEDIA ADA YANG TERTAKLUK DI BAWAH AKTA PSMB, 2001 TETAPI BELUM BERDAFTAR

PENDAFTARAN MAJIKAN

LAMPIRAN I – Majikan Yang Tertakluk Di Bawah Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 (Akta 612) dari 44 Sub-Sektor Baru Sedia Ada

LAMPIRAN II – Borang 1 – Borang Pendaftaran Majikan

LAMPIRAN III – Borang 1A – Penyata Maklumat Majikan

LAMPIRAN IV - Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Majikan

LAMPIRAN V - Senarai Semak Pendaftaran Majikan Di Bawah Akta PSMB, 2001 (Akta 612)

MUKA SURAT

1

1

2

2

2-4

5-9

10-13

14-15

1415

16

16

17-18

19-20

21

22-25

26

4

1

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

LATARBELAKANG

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk mentadbir dan menguruskan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran tenaga kerja di sektor swasta. Ia dilaksanakan melalui pemberian bantuan kewangan secara geran latihan hasil daripada kutipan levi Pembangunan Sumber Manusia (PSM) daripada majikan yang berdaftar dengan PSMB.

PERANAN PSMB

PSMB menguatkuasakan Akta PSMB, 2001 (Akta 612) yang berperanan untuk:

a. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan pekerja sedia ada di sektor swasta terutamanya majikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS);

b. Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi selaras dengan usaha mentransformasi ekonomi negara daripada berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi;

c. Menawarkan program latihan yang dapat meningkatkan produktiviti syarikat agar mampu untuk berdaya saing di pasaran tempatan dan global; dan

d. Memupuk budaya latihan dan latihan semula di kalangan majikan.

2

SISTEM LEVI/GERAN

KWPSM mengguna pakai konsep sistem levi/geran, di mana majikan yang berdaftar layak untuk menerima nilai bantuan kewangan yang bersamaan dengan levi PSM yang dibayar. Levi yang dibayar boleh dibelanjakan untuk tujuan penggalakan, pembangunan dan peningkatan kemahiran pekerja, perantis dan pelatih melalui kaedah geran latihan.

RASIONAL PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PSMB, 2001

Perluasan Akta adalah merupakan langkah bagi membantu pembangunan modal insan dan seterusnya meningkatkan lagi bilangan tenaga kerja negara yang berkemahiran tinggi sepertimana yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-10 iaitu bagi mencapai 50% tenaga kerja yang berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020. Bagi mencapai hasrat ini, PSMB telah mengambil langkah memperluaskan lagi skop liputan Akta PSMB 2001 kepada 19 sub-sektor bagi tujuan membangunkan dan mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja.

SUB-SEKTOR YANG DILIPUTI DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

Berkuatkuasa 1 Jun 2014, Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah memperluaskan skop liputan Akta PSMB, 2001 daripada 44 sub-sektor sedia ada kepada 19 lagi sub-sektor baru iaitu 2 sub-sektor daripada sektor PERLOMBONGAN dan PENGKUARIAN. Manakala 17 sub-sektor lagi adalah daripada sektor PERKHIDMATAN. Perincian mengenai 19 sub-sektor, syarat kelayakan, kadar bayaran levi dan definisi 19 sub-sektor yang terlibat adalah seperti yang dipaparkan dalam Jadual berikut.

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

3

PE

RLO

MB

ON

GA

N

DA

NP

EN

GK

UA

RIA

N

PE

RK

HID

MA

TAN

SKO

P L

IPU

TAN

AK

TA P

SMB

, 20

01

KE

ATA

S 19

SU

B-S

EK

TOR

BA

RU

, SYA

RA

T K

ELA

YAK

AN

, TA

RIK

H K

UA

TKU

ASA

DA

N

KA

DA

R B

AYA

RA

N L

EV

I

1. P

eng

ekst

raka

n P

etro

leum

d

an G

as

2. P

erlo

mb

ong

an M

iner

al d

an

P

eng

kuar

ian

Bat

u

1. P

erb

ekal

an W

ap, G

as d

an

P

end

ing

in U

dar

a

2. P

eraw

atan

dan

Pem

bek

alan

Air

3. P

enb

entu

ngan

4.

Per

khid

mat

an P

eng

urus

an S

isa

d

an P

emul

ihan

Sem

ula

Bah

an

5. P

ener

bit

an W

ayan

g G

amb

ar,

V

ideo

dan

Pro

gra

m T

elev

isye

n,

R

akam

an B

unyi

dan

P

ener

bit

an M

uzik

• 5

0 o

rang

pek

erja

war

gan

egar

a

M

alay

sia

dan

ke

atas

.

• 1

0 -

49

ora

ng p

eker

ja

w

arg

aneg

ara

Mal

aysi

a d

eng

an

m

od

al b

erb

ayar

seb

anya

k

R

M2.

5 ju

ta d

an k

e A

TAS

• 1

0 -

49

ora

ng p

eker

ja

w

arg

aneg

ara

Mal

aysi

a d

eng

an

m

od

al b

erb

ayar

KU

RA

NG

d

arip

ada

RM

2.5

juta

.

(

dib

eri p

iliha

n un

tuk

men

daf

tar)

• M

ajik

an y

ang

mem

pun

yai 1

0

o

rang

pek

erja

war

gan

egar

a

M

alay

sia

dan

ke

atas

.

1 Ju

n 20

14

1 Ju

n 20

14

1 Ju

n 20

14

1% 0.5

%

1%

KA

DA

RB

AYA

RA

N L

EV

ITA

RIK

HK

UA

TKU

ASA

SYA

RA

T K

ELA

YAK

AN

SUB

-SE

KTO

R/I

ND

UST

RI

SEK

TOR

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

4

SEK

TOR

SU

B-S

EK

TOR

/IN

DU

STR

I

S

YAR

AT

KE

LAYA

KA

N

TAR

IKH

K

AD

AR

K

UA

TKU

ASA

B

AYA

RA

N L

EV

I

PE

RK

HID

MA

TAN

6.

Per

khid

mat

an M

aklu

mat

7.

Pen

gus

ahaa

n P

elan

cong

an

8.

Per

khid

mat

an B

ang

unan

dan

L

and

skap

9.

Per

khid

mat

an P

eng

urus

an

A

cara

10. P

end

idik

an A

wal

Kan

ak-K

anak

11.

Per

khid

mat

an S

oko

ngan

K

esih

atan

12. F

ranc

ais

13. P

enju

alan

dan

Pem

bai

kan

K

end

eraa

n B

erm

oto

r

14. P

erkh

idm

atan

Pen

yiar

an

S

was

ta

15. S

eko

lah

Mem

and

u

16. P

erkh

idm

atan

Vet

erin

ar

17. P

erkh

idm

atan

Mak

anan

dan

M

inum

an.

• M

ajik

an y

ang

mem

pun

yai 1

0

o

rang

pek

erja

war

gan

egar

a

M

alay

sia

dan

ke

atas

.

• M

ajik

an y

ang

mem

pun

yai 3

0

o

rang

pek

erja

war

gan

egar

a

M

alay

sia

dan

ke

atas

.

1 Ju

n 20

14

1 Ju

n 20

14

1% 1%

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

5

DEFINISI 19 SUB-SEKTOR BARU DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

SUB-SEKTORPerlombongan dan

Pengkuarian

1. Pengekstrakan

Petroleum dan Gas

2. Perlombongan

Mineral dan

Pengkuarian Batu

3. Perbekalan Wap,

Gas dan Pendingin

Udara

DEFINISIIaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang

melibatkan proses pengekstrakan mineral yang terjadi

secara semulajadi sebagai pepejal, cecair atau gas,

termasuklah:

(A) Perlombongan batu arang keras dan lignit

(batu arang choklat perang), bijih besi, bijih

logam bukan besi atau mineral kimia dan baja;

(B) Perlombongan atau pengkuarian bahan pelelas,

asbestos, mil fosil bersilikon, grafit semulajadi,

steatite (talkum), batu permata, asphalt

semulajadi, asfaltit dan batu berasfalt, bitumen

pepejal semulajadi, kuartza dan mika;

(C) Pengekstrakan minyak petroleum mentah, syal

bitumen atau syal minyak dan pasir tar, gas asli,

kondensat, hidrokarbon cecair, metana, etana,

butana atau propana;

(D) Pengekstrakan dan penggumpulan tanah

gambut dan garam, termasuk pengekstrakan

garam melalui penyejatan air laut atau air masin

lain;

(E) Pengkuarian batu, pasir dan tanah liat; atau

(F) Perkhidmatan sokongan khusus perlombongan

atau pengkuarian yang disediakan berdasarkan

fi atau kontrak

Iaitu pengumpulan, pembekalan, pengagihan atau

penyediaan gas, wap dan pendingin udara termasuk

pengagihan bahan api berunsur gas melalui saluran

utama, pengumpulan dan pengagihan wap dan air

panas bagi maksud pemanasan, tenaga atau maksud

lain, pengagihan udara dingin atau air yang disejukkan

*Sumber daripada JADUAL PERTAMA ((Subseksyen 1(2) dan 15(1)), Akta PSMB, 2001

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

6

SUB-SEKTOR

4. Perawatan dan

Pembekalan Air

5. Pembentungan

6. Perkhidmatan

Pengurusan Sisa

dan Pemulihan

Semula Bahan

7. Penerbitan

Wayang Gambar,

Video dan Program

Televisyen, Rakaman

Bunyi dan

Penerbitan Muzik

*Sumber daripada JADUAL PERTAMA ((Subseksyen 1(2) dan 15(1)), Akta PSMB, 2001

DEFINISIbagi maksud pendinginan dan pembekalan ais bagi

maksud makanan dan bukan makanan atau bagi

maksud pendinginan

Iaitu proses perawatan air daripada pelbagai sumber

dan pembekalan atau pengagihan air melalui pelbagai

cara untuk keperluan domestik dan industri

Iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan penyediaan,

penyenggaraan atau pengendalian sistem

pembentungan atau kemudahan rawatan kumbahan,

termasuk penakungan dan rawatan air buangan dari

kawasan kediaman atau perindustrian yang dibawa

melalui apa-apa cara jua bagi maksud perlambakan,

perlupusan atau penukaran kepada bentuk bukan

toksik

Iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan pengumpulan,

rawatan atau perlupusan bahan sisa pepejal, cecair

atau bergas yang dibuang, ditolak, tidak dikehendaki

atau ditinggalkan, untuk diguna semula, dikitar semula,

diproses semula, dipulih semula atau ditulinkan

melalui suatu proses yang berasingan termasuk aktiviti

pemulihan dan lain-lain perkhidmatan pengurusan sisa

Iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-

apa perihalan yang melibatkan:

(A) Pembuatan atau penerbitan wayang gambar,

filem, video dan program televisyen atau iklan

komersial;

(B) Aktiviti pasca penerbitan filem, video dan

program televisyen atau iklan untuk radio,

televisyen atau filem;

(C) Aktiviti pengedaran atau aktiviti bagi

mendapatkan hak pengedaran filem, pita

video, DVD atau penerbitan yang seumpamanya

bagi maksud komersial;

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

7

SUB-SEKTOR

8. Perkhidmatan

Maklumat

9. Pengusahaan

Pelancongan

10. Perkhidmatan

Bangunan dan

Landskap

11. Perkhidmatan

Pengurusan Acara

12. Pendidikan Awal

Kanak-Kanak

DEFINISI(D) Aktiviti penayangan wayang gambar atau pita

video;

(E) Pengeluaran rakaman induk (bunyi),

perkhidmatan rakaman bunyi dan perkhidmatan

yang berkaitan; atau

(F) Aktiviti penerbitan muzik dan perkhidmatan

yang berkaitan;

Iaitu penyediaan dan pembekalan data, pengetahuan

atau maklumat kepada pelanggan bagi maksud

komersial termasuk penyediaan perkhidmatan

memproses data dan perkhidmatan pengehosan,

perkhidmatan portal web, perkhidmatan agensi berita

dan sindiket berita, dan perkhidmatan yang berkaitan

Iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan perniagaan,

pengendalian atau pengurusan pelancongan dalam

negeri atau ke luar negeri atau apa-apa perniagaan

agensi pengembaraan mengikut pengertian Akta

Industri Pelancongan 1992 (Akta 482)

Iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

pengurusan, penyenggaraan, penjagaan atau

pembersihan bangunan, lanskap, kelengkapan enjin,

jentera atau pembersihan perindustrian yang lain

Iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-

apa perihalan yang melibatkan pengurusan, promosi

atau penganjuran konvensyen, pameran perniagaan

atau perdagangan, atau acara awam atau persendirian

Iaitu penyediaan penjagaan atau pendidikan awal

kepada kanak-kanak berumur di bawah enam tahun

oleh taman bimbingan kanak-kanak dan taman didikan

kanak-kanak termasuk penyediaan pendidikan khas

untuk kanak-kanak kurang upaya pada peringkat ini,

tetapi tidak termasuk penjagaan atau pendidikan awal

kanak-kanak yang disediakan oleh taman bimbingan

kanak-kanak atau taman didikan kanak-kanak yang

*Sumber daripada JADUAL PERTAMA ((Subseksyen 1(2) dan 15(1)), Akta PSMB, 2001

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

8

SUB-SEKTOR

13. Perkhidmatan

Sokongan Kesihatan

14. Francais

15. Penjualan dan

Pembaikan

Kenderaan

Bermotor

*Sumber daripada JADUAL PERTAMA ((Subseksyen 1(2) dan 15(1)), Akta PSMB, 2001

DEFINISIdimiliki atau yang dikendalikan oleh mana-mana

jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri, atau oleh mana-mana badan

berkanun

Iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang

melibatkan perkhidmatan makmal perubatan atau

kesihatan, pusat dialisis, pusat fisioterapi atau terapi

pekerjaan, akupuntur atau ahli herba dan homeopati,

tetapi tidak termasuk:-

(A) Aktiviti hospital dan rumah bersalin;

(B) Aktiviti amalan perubatan am atau pergigian;

(C) Perkhidmatan jagaan kesihatan yang

disediakan oleh jururawat, bidan, ahli krioterapi,

tukang urut tradisional, pengamal Ayurveda

atau pengamal perubatan alternatif lain, atau

pengamal paramedikal;

(D) Perkhidmatan ambulan; dan

(E) Perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain

mengikut pengertian Akta Kemudahan Dan

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

(Akta 586)

Iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-

apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

perjanjian francais atau yang melibatkan pembelian

hak untuk menjual atau mengedar produk,

perkhidmatan, maklumat, teknik, atau harta intelek

tertentu oleh pemegang francais daripada pemberi

francais. “Francais” mempunyai erti yang diberikan

kepadanya dalam Akta Francais 1998 (Akta 590)

Iaitu perdagangan atau penjualan, samada secara

borong atau runcit, apa-apa jenis kenderaan bermotor

atau komponen kenderaan bermotor oleh pengilang,

pembekal, pemborong, peruncit atau agen dan

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

9

SUB-SEKTOR

16. Perkhidmatan

Penyiaran Swasta

17. Sekolah Memandu

18. Perkhidmatan

Veterinar

19. Perkhidmatan

Makanan dan

Minuman

*Sumber daripada JADUAL PERTAMA ((Subseksyen 1(2) dan 15(1)), Akta PSMB, 2001

DEFINISIpenyediaan perkhidmatan yang bersampingan

dengan penjualan kenderaan bermotor atau

komponen kenderaan bermotor itu atau penyediaan

perkhidmatan selepas jualan secara berkala, termasuk

penyenggaraan atau pembaikan, semasa atau selepas

sesuatu kenderaan bermotor atau komponen

kenderaan bermotor dijual

Iaitu apa-apa aktiviti bagi mencipta kandungan atau

mendapatkan hak bagi mengedar kandungan bagi

rancangan radio, televisyen atau rancangan kabel dan

penyiaran kandungan tersebut kepada umum

Iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan penyediaan

perkhidmatan oleh sesuatu sekolah memandu atau

institut memandu

Iaitu penyediaan perkhidmatan pengawalan dan

penjagaan kesihatan untuk haiwan ternakan atau

peliharaan oleh doktor veterinar atau pekerja

veterinar termasuk:-

(A) Pemeriksaan klinikopatologi dan diagnosis;

(B) Diagnosis, penyembuhan, peringanan, rawatan

atau pencegahan apa-apa penyakit, kecacatan,

luka atau kecederaan pada haiwan;

(C) Perkhidmatan ambulan haiwan; dan

(D) Perkhidmatan ujian spesimen haiwan

Perkataan ‘perkhidmatan veterinar’ hendaklah

termasuk kesemua aktiviti atau perkhidmatan yang

disediakan oleh klinik haiwan, pusat veterinar atau

hospital veterinar

Iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-

apa perihalan yang melibatkan perkhidmatan bekalan

makanan atau minuman untuk pelanggan atau untuk

suatu acara (tetapi tidak termasuk aktiviti pengilangan

makanan dan minuman)

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

10

PROGRAM LATIHAN YANG DIKENALPASTI BAGI 19 SUB-SEKTOR DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

Berdasarkan perbincangan dengan majikan dan Persatuan Majikan bagi 19 sub-sektor baru yang diliputi di bawah Akta PSMB, 2001 beberapa program latihan seperti berikut telah dikenalpasti.

Sub-Sektor1. Pengekstrakan Petroleum

dan Gas

2. Perlombongan Mineral dan

Pengkuarian Batu

3. Perbekalan Wap, Gas dan

Pendingin Udara

4. Perawatan dan Pembekalan

Air

Program Latihan• Project Management for Oil and Gas

• Sales Engineering

• Project Management Leadership Skills for

Oil and Gas Sales Engineering

• General Knowledge in Oil and Gas

• Quality Management in Health, Safety,

Security Safeguards and Quality (HSSEQ)

• Quarry Manager’s Certificate (QMC):

(i) Drilling

(ii) Blasting Course for Shotfirer

(iii) Crushing & Screening

(iv) OSH for Quarry Managers

(v) Environmental Management

• Mining and Sampling Theory

• Understanding the Drill and Blast process

• Introduction to Geostatistics

• Metallurgy for Non-Metallurgist

• Knowledge in Liquefied Natural Gas

• Introduction of Environmental Controls

• Basic Electrical Technology

• Design Techniques, Tools and Principles

Involved in Production of Precision Technical

• Computer Aided Design CAD Software

- HVAC Tools Software

• Quantities and Cost Estimation

• Project Planning / Project Management

• Construction QC and Site Inspection

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

11

Sub-Sektor

5. Pembentungan

6. Perkhidmatan Pengurusan

Sisa Dan Pemulihan Semula

Bahan

7. Penerbitan Wayang Gambar,

Video dan Program

Televisyen, Rakaman Bunyi

dan Penerbitan Muzik

8. Perkhidmatan Maklumat

9. Pengusahaan Pelancongan

10. Perkhidmatan Bangunan

dan Landskap

Program Latihan• Single Phase Electrical Installation

• Marketing Plan Knowledge

• Kursus Ruang Terkurung (Confined Space)

• Plumbing and Piping (Building and

Sanitary Fitting)

• Waste Management

• Understanding of the Architectural &

Structural Construction Drawings

• Green Technology Awareness

• Developing Integrated Solid Waste

Management Plan

• Effective Scheduling

• Specialised Recycling Equipment Operations

• Activity Based Budgeting (ABC)

• Total Quality Maintenance (TQM) /

Total Productive Maintenance (TPM)

• Audio Theory And Practical

• Adobe Premiere Pro Cs6

• Content Regulations For TV Production

• Dasar dan Polisi LPF, Filem & Iklan

• Social Media Policy By Risk Management

• Advanced Copy-Editing/Advanced

Proofreading

• Journalism

• Graphics and Design

• Effective Interviewing Techniques for

Journalist

• News Editing / Sub-Editing

• Umrah Management

• Tour Leader Course / Tourist Guide

• The Travel Business Law - Best Practices.

• Ensuring the Safety and Security of Tourists

• IATA - Airline Ticketing Course

• Basic Cleaning Tasks (Sweeping, Vacuuming,

Wiping, Toilet Cleaning, Office Cleaning)

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

12

Sub-Sektor

11. Perkhidmatan Pengurusan

Acara

12. Pendidikan Awal

Kanak-Kanak

13. Perkhidmatan Sokongan

Kesihatan

14. Francais

Program Latihan• Intermediate Cleaning Tasks (Handling

Machineries, Floor Care, Carpet Care)

• Advance Cleaning Tasks (Hygienic Cleaning,

Clean Room, High Rise Cleaning)

• Managing a Cleaning Contract

• Building Finishing (Types of floors, carpets

and wall finishing)

• Green Hotel Training

• Effective Business Relationship Management

• Effective Budgeting and Financial Plan

• Effective Managerial and Leadership Skill

• The Power of Public Relation:

Key To Public Relation Success

• Sijil Persatuan Tadika Malaysia (PTM)

• Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak

• Program Latihan Guru Prasekolah Swasta

Anjuran KPM - Exposure To The Private

Pre-School Related To Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

• Effective Communication Skill

• Kursus Asuhan dan Didikan

Kanak-Kanak PERMATA (KAP)

• Nursing Management

• Health Care Ethics and Law

• Awareness Course on Radiological Safety

in Medical

• Maintenance of Professional Standards

(MOPS)

• Medical Record Administration

• Customer Relationship Management

• High-Impact Profit Planning Techniques

for Managers

• Planning & Coordination Training

• Consultative Selling Skills

• Financial / Policy / Vendor Management

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

13

Sub-Sektor15. Penjualan dan Pembaikan

Kenderaan Bermotor

16. Perkhidmatan Penyiaran

Swasta

17. Sekolah Memandu

18. Perkhidmatan Veterinar

19. Perkhidmatan Makanan dan

Minuman

Program Latihan• Effective Supervisory Development Part 1

(Communication & Delegation Skills) &

Part 2 (Leadership Style, Coaching and

Managing People, Resources and Process)

• Steering & Suspension Maintenance System

• Handling Complaints & Managing Difficult

Customer Situations

• Welding and Metal Working Technology

• Total Quality Maintenance (TQM)

• Intellectual Property & Technology

Management

• Acoustic & Live Sound Production [ALSP]

• Digital Audio Production [DAP]

• Radio Transmitter Maintenance

• Fast Track Digital Marketing

• Road Safety Training

• Kursus Pensijilan / Pembaharuan Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ)

• Compliance Law and Regulation

• Vehicle Maintenance Skills

• Defensive and Safe Driving Training

• Leadership Training Empowerment Courses

for Hospital

• Basic Hospital Managers Programme

• Health & Safety Programmes - OSHA

certified trainings

• ISO 9001- Quality Management System

Audit Programmes/Training

• Professional Development Training-Employee

and Labour Relations

• Restaurant Operation Management

• Quality Control in F&B Industry

• Culinary Management

• Laws and Regulations in F&B Industry

• Effective Inventory Management

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

14

GERAN PENYAMA/GERAN PEMADAN (MATCHING GRANT) DAN TEMPOH PENDAFTARAN “ISTIMEWA” BAGI MAJIKAN YANG BARU

BERDAFTAR DARI 19 SUB-SEKTOR BARU

(a) Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant)

Sebagai langkah untuk menggalakkan majikan di bawah 19 sub-sektor baru untuk berdaftar dengan PSMB secepat mungkin selepas tarikh kuatkuasa perluasan skop liputan Akta PSMB, 2001 iaitu pada 1 Jun 2014, PSMB telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta sebagai Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant).

PSMB telah menetapkan bahawa mekanisma bagi pemberian Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) adalah berdasarkan perkara berikut;

(i) Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) ini adalah berdasarkan pendaftaran 400 majikan terawal dengan PSMB oleh majikan dari 19 sub-sektor baru yang berdaftar pada 1 Jun 2014 dan seterusnya;

(ii) Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) ini adalah terpakai untuk beberapa program latihan tapi terhad kepada jumlah maksima sebanyak RM5,000 dan hanya untuk yuran latihan sahaja;

(iii) Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) ini tidak boleh digunakan untuk membuat tuntutan bagi latihan yang telah dijalankan sebelum pendaftaran dengan PSMB;

(iv) PSMB akan menuntut semula Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) yang telah diberikan kepada majikan yang dibatalkan pendaftaran disebabkan aktiviti syarikat tidak tertakluk di bawah Akta PSMB, 2001;

(v) Majikan boleh menikmati Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) bagi tuntutan yang dilakukan sebelum 30 Jun 2015;

(vi) Lebihan Geran Penyama/Geran Pemadan (Matching Grant) yang tidak digunakan oleh 400 majikan terawal selepas 30 Jun 2015 akan diberikan kepada pendaftaran awal yang seterusnya; dan

(vii) Majikan tidak mempunyai sebarang tunggakan levi dan faedah.

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

15

Ini membolehkan majikan yang baru mendaftar mempunyai dana yang mencukupi untuk menjalankan latihan kepada pekerja mereka dalam masa yang singkat dan juga untuk mengwujudkan momentum latihan dan latihan semula pekerja sebaik sahaja mendaftar dengan PSMB.

(b) Tempoh Pendaftaran “Istimewa” Untuk 19 Sub-Sektor Baru

Y.B. Menteri Sumber Manusia, selaras dengan Seksyen 19 Akta PSMB, 2001 telah bersetuju untuk memberikan tempoh pendaftaran “istimewa” selama enam (6) bulan, berkuatkuasa 1 Jun 2014 sehingga 30 November 2014 kepada majikan yang baru mendaftar dari 19 sub-sektor ini.

Majikan yang baginya Akta ini terpakai hendaklah mendaftar dengan PSMB dalam masa dan mengikut cara sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Subseksyen 13(1) Akta PSMB, 2001 dan adalah menjadi kewajipan majikan untuk membayar PSM levi ke atas setiap pekerjanya pada kadar 1% daripada jumlah upah bulanan pekerja. Majikan perlu membuat bayaran levi bermula dari tarikh liabiliti di bawah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Pendaftaran Majikan dan Pembayaran Levi):

“Seseorang majikan yang bertanggungan untuk membayar levi berkenaan dengan setiap pekerjanya hendaklah membayar levi itu bagi upah bulan yang pertama dan kemudiannya yang bermula dari tarikh majikan itu menjadi bertanggungan.”

Tarikh kuatkuasa perluasan skop liputan Akta PSMB, 2001 kepada 19 lagi sub-sektor ini adalah pada 1 Jun 2014. Oleh itu, seseorang majikan yang akta itu terpakai pada tarikh permulaan kuatkuasa perlu mengemukakan Borang Pendaftaran (Borang 1) tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari dari tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, dengan pelaksanaan tempoh pendaftaran istimewa ini, majikan diberi kelonggaran untuk berdaftar pada bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan ini, bermula dari 1 Jun 2014 sehingga 30 November 2014 tanpa dikenakan sebarang tunggakan levi atau faedah. Hanya pendaftaran yang dibuat pada 1 Disember 2014 dan selepas sahaja akan dikenakan tunggakan levi dan faedah bermula dari 1 Jun 2014.

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

16

TEMPOH PENDAFTARAN “ISTIMEWA” BAGI MAJIKAN YANG TERTAKLUK DI BAWAH AKTA PSMB, 2001 DARI 44 SUB-SEKTOR SEDIA ADA TETAPI

BELUM BERDAFTAR

PSMB juga telah bersetuju untuk memberikan satu tempoh pendaftaran “istimewa” bermula dari 1 Jun 2014 sehingga 30 November 2014 kepada majikan yang tertakluk di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001, tetapi masih belum berdaftar dengan PSMB. Dalam tempoh ini, majikan yang layak berdaftar dikehendaki membayar Levi PSM bermula hanya dari tarikh pendaftaran majikan dengan PSMB sahaja.

Sekiranya majikan dari 44 sub-sektor sedia ada berdaftar dalam tempoh pendaftaran “istimewa” ini iaitu dari 1 Jun 2014 sehingga 30 November 2014, majikan akan diberi PENGECUALIAN daripada bayaran TUNGGAKAN LEVI dan FAEDAH sehingga 30 November 2014. Senarai terperinci 44 sub-sektor yang sedia ada adalah seperti di LAMPIRAN I.

Selepas tempoh pendaftaran “istimewa” ini, tindakan undang-undang yang tegas di bawah Seksyen 13(2) Akta Pembangunan Sumber Manusia, 2001, akan diambil ke atas majikan yang di dapati masih gagal atau enggan untuk berdaftar dengan PSMB.

PENDAFTARAN MAJIKAN

Majikan yang tertakluk di bawah Akta adalah dikehendaki melengkapkan Borang Pendaftaran (Borang 1) dan Borang Penyata Maklumat Majikan (Borang 1A) seperti di LAMPIRAN II dan LAMPIRAN III atau ianya juga boleh dimuat turun dari laman sesawang di www.hrdf.com.my dan dikemukakan bersama borang syarikat seperti BORANG 9, 24, 49 dan PROFIL SYARIKAT/LAPORAN TAHUNAN/LAPORAN AUDIT KEWANGAN DAN PENYATA KWSP YANG TERKINI ke alamat seperti di muka belakang buku ini. Kegagalan mematuhi prosedur ini akan mengakibatkan majikan dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 13 (2) Akta PSMB, 2001.

Sebagai panduan kepada majikan untuk melengkapkan Borang 1, sila rujuk LAMPIRAN IV. Manakala senarai semak pula adalah seperti di LAMPIRAN V. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.hrdf.com.my atau hubungi PUSAT PANGGILAN PSMB di talian 1800 88 4800.

PERLUASAN SKOP LIPUTAN AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001

17

MAJIKAN YANG TERTAKLUK DI BAWAH JADUAL PERTAMA,AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001 (AKTA 612)

DARI 44 SUB-SEKTOR SEDIA ADA

SEKTOR

PE

RK

ILA

NG

AN

*pekerja merujuk kepada warganegara Malaysia yang diambil kerja dengan mendapat upah di

bawah sesuatu kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan

*upah merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap

AKTIVITI / SUB-SEKTOR

Pembuatan atau

pemprosesan sesuatu

barang dengan

menggunakan buruh atau

mesin atau kedua-duanya,

termasuk mengubah

bahagian atau komponen

kepada barang lain yang

mempunyai sifat atau ciri

yang berbeza, melalui

pengubahan, pengadunan,

penghiasan, pengemasan

atau selainnya mengawet

atau menyesuaikan apa-

apa barang atau bahan

supaya ia dapat digunakan,

dijual, diangkut, dihantar,

dilupuskan, temasuk

pembinaan kapal atau

pemasangan bahagian-

bahagian kapal

KELAYAKANMAJIKAN

≥50 pekerja

warganegara

Malaysia10-49 pekerja warganegara

Malaysia & modal berbayar≥RM 2.5 juta

10-49 pekerja warganegara

Malaysia & modal berbayar

<RM2.5 juta

(DIBERI PILIHAN SAMADA UNTUK

BERDAFTARATAU TIDAK)

TARIKHKUATKUASA

1/1/1993

1/1/1995

Tarikh

pendaftaran

KADARBAYARAN

LEVI

1%

daripada

upah

pekerja

0.5%

daripada

upah

pekerja

LAMPIRAN I

18

MAJIKAN YANG TERTAKLUK DI BAWAH JADUAL PERTAMA,AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001 (AKTA 612)

DARI 44 SUB-SEKTOR SEDIA ADA

SEKTOR

PE

RK

HID

MA

TAN

AKTIVITI / SUB-SEKTOR

Perhotelan, Pengangkutan

Udara, Pengendalian

Pelancongan (Dalaman),

Telekomunikasi,

Penghantaran Angkutan,

Perkapalan, Pos/Kiriman

Cepat, Pengiklanan,

Komputer

Tenaga, Latihan,

Pendidikan Tinggi Swasta

Jualan Langsung,

Pelabuhan, Sokongan

dan Penyenggaraan

Kejuruteraan, Penyelidikan

dan Pembangunan,

Penggudangan,

Keselamatan, Hospital

Swasta

Pasar Raya Besar, Pasar

Raya & Gedung Serbaneka

Pengangkutan

Darat Perdagangan,

Pengangkutan Kereta Api

KELAYAKANMAJIKAN

≥10 pekerja

warganegara

Malaysia

≥10 pekerja

warganegara

Malaysia

≥10 pekerja

warganegara

Malaysia

≥50 pekerja

warganegara

Malaysia

≥10 pekerja

warganegara

Malaysia

TARIKHKUATKUASA

1/1/1995

17/2/2000

1/1/2005

1/1/2005

1/12/2007

KADARBAYARAN

LEVI

1%

daripada

upah

pekerja

*pekerja merujuk kepada warganegara Malaysia yang diambil kerja dengan mendapat upah di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan

*upah merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap

LAMPIRAN I

19

SAMPLE

JADUAL

BORANG (Peraturan 3)

AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001

PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENDAFTARAN MAJIKAN DAN PEMBAYARAN LEVI) 2001

BORANG 1 (Peraturan 4)

PENDAFTARAN MAJIKAN

1. Nama Majikan Bagi Kegunaan Rasmi

2. Alamat Surat-Menyurat No. Kod Majikan

Alamat Bandar No. Kelompok Poskod No. Peti Surat

Karung Mel

3. (a) No. Telefon

Jenis Transaksi

(b) No. Faks 0 1 (c) Alamat E-Mel .........................................................................................................................................

4. (a) No. Pendaftaran Perniagaan atau Syarikat Sila kepilkan salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan atau Pemerbadanan.

(b) Tahun perniagaan atau syarikat didaftarkan.

(c) Jenis pemunyaan (Tandakan (� ) dalam petak yang sesuai).

i) Tuan Punya Tunggal iv) Syarikat Awam Berhad ii) Perkongsian v) Lain-lain................................................................. Sila nyatakan iii) Syarikat Sendirian Berhad

(d) Nama dan alamat penuh tempat letaknya perusahaan.

(e) Tarikh perusahaan dimulakan.

Kod Industri

(f) Jenis Industri ..............................................................................................................................................................

5. No. KWSP Majikan ......................................................................................................................................................... 6. No. SOCSO Majikan .....................................................................................................................................................

20

SAMPLE

7. Modal berbayar sekarang � RM .............................................. RM

8. (a) Jumlah bilangan pekerja (+) pada tarikh di Butiran 12

(b) Tarikh mencapai bilangan pekerja (+) sebagaimana yang Tarikh liabiliti bagi pembayaran levi di bawah Akta. ditentukan bawah Jadual Pertama kepada Akta

9. (a) Jumlah bilangan pekerja (+) pada bulan terdahulu.

(b) Jumlah amaun upah yang dibayar kepada pekerja

(+) pada bulan terdahulu. RM � 10. Maklumat pemunya/pekongsi perniagaan/pengarah urusan.

(Sila gunakan kertas tambahan jika ruang yang disediakan tidak mencukupi).

(a) Nama

(b) No. Kad Pengenalan/No. Passport (c) Alamat

� 11. Saya bersetuju / tidak bersetuju * mendaftar di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001.

Saya dengan ini mengaku bahawa maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan lengkap.

12. Tarikh ........................................................ ..................................................................................................... Tandatangan majikan/wakil majikan* Tarikh Pendaftaran

................................................................... Nama .......................................................................................... Cop rasmi majikan Huruf Besar

Jawatan ......................................................................................

Nota : Diproses oleh : 1) (� ) Sekiranya modal berbayar syarikat tuan ialah RM2,750,000 sila catatkan RM2.750 juta sahaja. 2) (+) “Pekerja” merujuk kepada seorang warganegara Malaysia. 3) (*) Potong mana yang tidak berkenaan.

___________________________________

� PERINGATAN : Butiran 11 hanya untuk majikan yang mempunyai 10 hingga 49 pekerja dan modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta di dalam Sektor Perkilangan sahaja.

Diluluskan oleh : ______________________________________

21

SAMPLE

Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 [Peraturan-Peraturan Pembangunan Sumber Manusia Berhad

[(Pendaftaran Majikan dan Pembayaran Levi) 2001]

BORANG 1A [Subperaturan 4A(1)]

PENYATA MAKLUMAT MAJIKAN

1. (a) Nama Perniagaan : ______________________________________________

(b) No. Telefon : ________________ (c) No. Faksimile : _____________

2. Nombor Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Lain-lain / MyCoID : ______________

3. Alamat Berdaftar / Perusahaan / Perniagaan Syarikat : _________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

4. Jenis Perusahaan / Perniagaan / Aktiviti : ___________________________________

5. Jumlah Pekerja:

(a) Warganegara Malaysia : __________________________________

(b) Bukan Warganegera Malaysia : __________________________________

(c) Jumlah Keseluruhan Pekerja : __________________________________

6. Modal berbayar syarikat. Sila tandakan (X) di dalam kotak yang sesuai:

(a) Kurang daripada RM2.5 juta (b) RM2.5 juta dan ke atas Saya dengan ini mengaku bahawa setakat yang saya tahu segala maklumat yang diberikan di atas adalah benar dan lengkap.

Tarikh : ______________________________ Tandatangan : ______________________________

Nama : ______________________________

Jawatan : ______________________________ ________________ (Pengerusi atau Pengarah Eksekutif Cop Syarikat atau Pengurus Besar atau Pengurus Sumber Manusia) SILA AMBIL PERHATIAN : Pihak tuan dikehendaki mengemukakan Borang ini Borang 9, 24, 49 Peraturan-peraturan Syarikat 1966 [P.U. 173/66] dan Penyata Tahunan yang terkini Syarikat bersama dengan Borang ini.”

22

1

PANDUAN PENGISIAN BORANG PENDAFTARAN MAJIKAN (BORANG 1) DI BAWAH AKTA PSMB, 2001

PERHATIAN :

(i) Sila lengkapkan BORANG 1 (ii) Sila gunakan HURUF BESAR (iii) Tuliskan dengan TERANG dan JELAS (iv) Isikan hanya satu huruf atau angka untuk satu petak dan kosongkan

satu petak di antara satu perkataan dengan satu perkataan yang lain. Jika ruangan tidak mencukupi, sila gunakan ejaan ringkas.

Dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah seperti berikut:- (i) Borang 9 : Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (SSM) (ii) Borang 24 : Penyata Modal Syarikat (iii) Borang 49 : Penyata Pemegang-Pemegang Saham Syarikat (iv) Borang B : Sijil Pendaftaran Institut Pendidikan Tinggi Swasta

1996 (bagi Pendaftaran IPTS sahaja) (v) Penyata KWSP (vi) Profil Syarikat / Penyata Tahunan / Penyata Kewangan 1. NAMA MAJIKAN (bermaksud Nama Perusahaan seperti ABC Food

Manufacturing (M) Sdn Bhd). Tuliskan nama perusahaan yang lengkap. Jika nama terlalu panjang, gunakan ejaan ringkas seperti berikut : COMPANY - CO LIMITED - LTD SENDIRIAN - SDN SYARIKAT - SYKT BERHAD - BHD

Contoh : A B C F O O D M A N U F A C T U R I N G ( M ) S D N B H D

2. ALAMAT SURAT-MENYURAT : Tuliskan No. PETI SURAT (Pejabat Pos) atau KARUNG MEL jika ada, dan

POSKOD. Jika alamat terlalu panjang, gunakan ejaan ringkas seperti :

JALAN - JLN BATU - BT LORONG - LRG BUKIT - BKT KAMPUNG - KPG TAMAN - TMN

ALAMAT 2 9 J L N D E L I M A 3 / 6

B T 4 ½ S K U D A I BANDAR J O H O R B A H R U POSKOD 8 0 3 0 0 No. Peti Surat/ 1 0 9 3 8 Karung Mel

23

2

3. (a) NOMBOR TELEFON: Tuliskan nombor telefon seperti berikut:

Contoh : Jika nombor telefon adalah 03-2096 4800, hanya tuliskan :

0 3 2 0 9 6 4 8 0 0

(b) NOMBOR FAKSIMILI: Tuliskan nombor Faksimili seperti berikut:

Contoh : Jika nombor Faksimili adalah 03-2096 4999, hanya tuliskan:

0 3 2 0 9 6 4 9 9 9

(c) ALAMAT EMEL (Tuliskan alamat emel syarikat dengan jelas) E-mel : ___________________________________________

4. (a) NOMBOR PENDAFTARAN PERNIAGAAN, SYARIKAT ATAU

PEMERBADANAN:

Contoh : Misalnya 123456X tuliskan seperti berikut : 1 2 3 4 5 6 X

Sila kepilkan salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan atau

Pemerbadanan.

(b) Tahun perniagaan atau syarikat didaftarkan (sila rujuk Borang 9)

Contoh : Misalnya 2011 tuliskan seperti berikut : 2 0 1 1

(c) Jenis perniagaan (sila tanda dalam petak yang sesuai)

Contoh : Syarikat Sendirian Berhad

(i) Ketuanpunyaan Tunggal (ii) Perkongsian (iii) Syarikat Sendirian Berhad (iv) Syarikat Awam Berhad (v) Lain-lain ……………………………………… (sila nyatakan)

(d) Jika nama dan alamat kilang/perusahaan adalah sama seperti butiran

(1) dan (2) sila tulis “SAMA SEPERTI DI ATAS”. Tetapi jika alamat tidak sama seperti di butiran (2), sila tulis alamat sahaja dalam petak yang disediakan. Walau bagaimanapun, jika nama dan alamat tidak sama seperti butiran (1) dan (2), sila tulis dengan lengkap dalam petak yang disediakan.

24

3

(e) Nyatakan tarikh perusahaan dimulakan. (iaitu tarikh syarikat

memulakan operasi)

Contoh : 23 Februari 2011 2 3 0 2 1 1

(f) Jenis Industri. Sila nyatakan jenis industri/produk yang dikeluarkan.

(mengikut maklumat di “Principal Activity” yang dinyatakan dalam Penyata Tahunan (Annual Return), Profil Syarikat (Company Profile) atau Penyata Kewangan (Audited Financial Statement).

5. Nyatakan nombor pendaftaran :-

No. KWSP : _______________________________ 6. No. PERKESO : ____________________________ 7. Tuliskan jumlah modal berbayar sekarang. Jika modal berbayar

RM2,750,000.00 sila catatkan RM2.750 juta sahaja. 8. (a) Majikan hendaklah menyatakan jumlah pekerja semasa warganegara

Malaysia iaitu mengikut sebagaimana tarikh borang ditandatangani pada butiran 12. Sebagai contoh, jika pada tarikh tandatangan borang pada 01.01.2014, majikan mempunyai 60 pekerja, catatkan 60 di ruangan berkenaan.

6 0

(b) Sila nyatakan tarikh majikan mencapai bilangan pekerja sebagaimana

yang ditentukan di bawah Jadual Pertama kepada Akta. Sebagai contoh, jika majikan hanya mempunyai bilangan pekerja seramai 50 orang dan lebih pada bulan Januari 2014, catatkan 01.01.14 pada ruangan disediakan.

0 1 0 1 1 4

(i) Tarikh mencapai 50 orang pekerja warganegara

Malaysia di sektor perkilangan atau perlombongan dan pengkuarian;

atau

(ii) Tarikh mencapai 10 – 49 orang pekerja

warganegara Malaysia dan modal berbayar 2.5 juta dan ke atas di sektor perkilangan atau perlombongan dan pengkuarian;

atau

(iii) Tarikh mencapai 10 orang pekerja warganegara

Malaysia di sektor perkhidmatan selain daripada sektor perkhidmatan makanan dan minuman.

(iv) Tarikh mencapai 30 orang pekerja warganegara

Malaysia di sektor perkhidmatan makanan dan minuman

atau

atau

24

25

4

(v) Tarikh mencapat 50 orang pekerja warganegara

Malaysia di sektor perkhidmatan pasar raya besar, pasar raya dan gedung serbaneka.

9. (a) Sila nyatakan jumlah bilangan pekerja pada bulan terdahulu misalnya

pada tarikh di butiran 12 ialah 01.0.2014, maka jumlah pekerja di butiran 9 (a) ialah bagi bulan Disember 2013. Jika pada bulan Disember 2013, majikan mempunyai 48 orang pekerja, catatkan 48 dalam ruangan disediakan.

4 8

(b) Jumlah amaun upah yang dibayar kepada pekerja pada bulan

terdahulu juga sama seperti contoh di 9 (a) iaitu Disember 2013. Jika upah dibayar RM35,657.27 catatkan amaun berkenaan di ruangan disediakan.

RM 3 5 6 5 7 . 2 7

10. Nyatakan maklumat pemunya/pekongsi perniagaan/pengarah urusan. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang pengarah syarikat, sila lampirkan salinan Borang 49 (daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

11. Butiran 11 (Borang 1 – untuk Sektor Perkilangan atau Perlombongan dan

Pengkuarian) hanya untuk majikan yang mempunyai bilangan pekerja di antara 10 – 49 dan modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta. Majikan terlibat DIBERI PILIHAN untuk berdaftar atau sebaliknya.

(Sekiranya majikan di bawah kategori ini memilih untuk mendaftar, tarikh liabiliti adalah pada tarikh pendaftaran syarikat dengan PSMB dan pembayaran levi yang perlu dibuat adalah pada kadar 0.5% daripada upah bulanan pekerja).

12. Sila tuliskan tarikh menandatangani Borang 1, cop rasmi majikan dan

juga jawatan bagi penandatangan.

Peringatan : Borang ini hendaklah ditandatangani sekurang-kurangnya oleh Eksekutif Kanan Syarikat.

SILA POSKAN BORANG & DOKUMEN BERKAITAN KE:

KETUA EKSEKUTIF

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD WISMA HRDF, JALAN BERINGIN

DAMANSARA HEIGHTS 50490, KUALA LUMPUR

(U/P: Unit Pendaftaran Majikan)

26

27

28

Cetakan Kedua, 2014