indeks kesejahteraan psikologi malaysia “remembering to ...individu itu berasa tenang dan...

2
UNIT KERJAYA & KAUNSELING {2} JANUARI 2019, BIL. 01 Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia menunjukkan kesejahteraan psikologi perkhidmatan awam berada pada tahap 6.9 berbanding skor keseluruhan adalah 10 (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2018). Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggeluarkan statistik seramai 4.2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental (KKM, 2015). Daripada angka tersebut dapat ditafsirkan bahawa tahap kesihatan mental rakyat Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan. Rakyat Malaysia seharusnya peka dengan situasi ini dan melakukan tindakan proaktif dalam membendung masalah kesihatan mental dari menjadi semakin serius. “REMEMBERING TO PAY ATTENTION TO THE PRESENT MOMENT WITH THE KINDNESS, BEGINNER’S MIND AND WISDOM”. MINDFULNESS TERAPI MINDA Mindfulness boleh ditafsirkan sebagai Remembering to pay attention to the present moment with the kindness, beginners mind and wisdom. Ini membawa maksud apabila kita berasa tertekan dengan situasi semasa atau keadaan sekeliling, kita perlu ambil masa untuk fokus pada masa sekarang (present moment), hindari dari berfikir perkara yang lepas (past) mahupun akan datang (future). Hargai kehadiran diri anda pada masa sekarang (now), lapangkan fikiran anda dan rasai setiap pergerakan, bunyi dan sentuhan dengan deria anda. Rasai dan fokus pada setiap pernafasan dalam diri kita. Biarkan pernafasan itu mengalir ke seluruh tubuh badan. Pernafasan adalah merupakan aspek yang penting dalam membantu seseorang itu berada dalam keadaan yang tenang. Pernafasan yang teratur dapat membantu dalam membawa oksigen ke seluruh badan individu. Oksigen yang mencukupi dalam darah dan badan manusia sangat membantu individu itu berasa tenang dan otot-otot badan berada dalam keadaan rehat (relax). Tekanan akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan manusia. Antaranya akan membuatkan kita berasa lesu, penat, tidak bermaya, rasa sakit pada otot-otot badan dan hilang fokus. Apabila kita berjaya untuk mengembalikan semula diri kita dalam keadaan rehat, kita akan mendapat semula tenaga dan kesegaran pada tubuh badan kita. TEKNIK MINDFULNESS BANTU KEMBALIKAN KESEGARAN MINDA Ambil masa anda untuk lakukan regangan badan. Regangan badan sangat membantu diri kita untuk kembali dalam keadaan yang tenang dan rehat semula. Ini adalah kerana, semasa badan kita dalam keadaan tertekan/stres, otot- otot badan akan merasa tegang. Dengan senaman ringkas yang kita lakukan, ia dapat membantu merehatkan semula otot-otot yang tegang. Kita perlu ingat bahawa, minda yang sihat adalah datangnya dari pemikiran yang positif. Raikan setiap kejayaan dalam diri anda (gratitude) dan lakukan sesuatu dengan perasaan yang baharu (beginners mind). Setiap individu itu perlukan penghargaan dalam dirinya untuk membolehkan mereka merasa lebih bersemangat.

Upload: others

Post on 12-Feb-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIT KERJAYA & KAUNSELING {2}

JANUARI 2019, BIL. 01

Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia menunjukkan kesejahteraan psikologi perkhidmatan awam berada pada tahap 6.9 berbanding skor keseluruhan adalah 10 (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2018). Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggeluarkan statistik seramai 4.2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental (KKM, 2015). Daripada angka tersebut dapat ditafsirkan bahawa tahap kesihatan mental rakyat Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan. Rakyat Malaysia seharusnya peka dengan situasi ini dan melakukan tindakan proaktif dalam membendung masalah kesihatan mental dari menjadi semakin serius.

“REMEMBERING TO PAY ATTENTION TO THE PRESENT MOMENT WITH THE KINDNESS, BEGINNER’S MIND AND WISDOM”.

MINDFULNESS TERAPI MINDA

Mindfulness boleh

ditafsirkan sebagai “Remembering to pay attention to the present moment with the kindness, beginner’s mind and wisdom”. Ini membawa maksud apabila kita berasa tertekan dengan situasi semasa atau keadaan sekeliling, kita perlu ambil masa untuk fokus pada masa sekarang (present moment), hindari dari berfikir perkara yang lepas (past) mahupun akan datang (future). Hargai kehadiran diri anda pada masa sekarang (now), lapangkan fikiran anda dan rasai setiap pergerakan, bunyi dan sentuhan dengan deria anda. Rasai dan fokus pada setiap pernafasan dalam diri kita. Biarkan pernafasan itu mengalir ke seluruh tubuh badan. Pernafasan adalah merupakan aspek yang penting dalam membantu seseorang itu berada dalam keadaan yang tenang. Pernafasan yang teratur dapat membantu dalam membawa oksigen ke seluruh badan individu. Oksigen yang mencukupi dalam darah dan badan manusia sangat membantu individu itu berasa tenang dan otot-otot badan berada dalam keadaan rehat (relax).

Tekanan akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan manusia. Antaranya akan membuatkan kita berasa lesu, penat, tidak bermaya, rasa sakit pada otot-otot badan dan hilang fokus. Apabila kita berjaya untuk mengembalikan semula diri kita dalam keadaan rehat, kita akan mendapat semula tenaga dan kesegaran pada tubuh badan kita.

TEKNIK MINDFULNESS BANTU KEMBALIKAN

KESEGARAN MINDA

Ambil masa anda untuk lakukan regangan badan. Regangan badan sangat membantu diri kita untuk kembali dalam keadaan yang tenang dan rehat semula. Ini adalah kerana, semasa badan kita dalam keadaan tertekan/stres, otot-otot badan akan merasa tegang. Dengan senaman ringkas yang kita lakukan, ia dapat membantu merehatkan semula otot-otot yang tegang. Kita perlu ingat bahawa, minda yang sihat adalah datangnya dari pemikiran yang positif. Raikan setiap kejayaan dalam diri anda (gratitude) dan lakukan sesuatu dengan perasaan yang baharu (beginner’s mind). Setiap individu itu perlukan penghargaan dalam dirinya untuk membolehkan mereka merasa lebih bersemangat.

UNIT KERJAYA & KAUNSELING {2}

JANUARI 2019, BIL. 01

Lakukan sesuatu dengan perasaan baharu dapat menghindarkan diri kita dari terikat dengan rutin harian. Manusia akan cepat merasa bosan dengan kehidupan apabila tidak ada pembaharuan atau kelainan dalam kehidupan seharian mereka. Ciptakan kelainan dan pembaharuan dalam diri atau kehidupan anda untuk anda merasai keindahan hidup di atas muka bumi ini. Ini secara tidak langsung akan menjadikan diri kita lebih mensyukuri nikmat yang telah kita perolehi. Cuba kita bayangkan jika setiap pagi kita akan masuk ke pejabat dengan menghidupkan komputer dan melakukan kerja dihadapan komputer sehingga waktu kita akan pulang ke rumah. Jika perkara ini dilakukan untuk 5 tahun berikutnya tanpa ada sebarang kelainan pasti kita akan merasa bosan dan ini akan membuatkan kita hilang minat dengan kerja yang kita lakukan. Namun, sekiranya kita mampu untuk mewujudkan satu suasana baharu di tempat kerja seperti sebelum masuk ke pejabat kita memberi senyuman kepada rakan di jabatan lain, sudah pasti ada pembaharuan dalam rutin seharian kita. Kejayaan ini kita perlu raikan dengan kegembiraan. Jadikan setiap kejayaan yang kecil kita lakukan sebagai kejayaan yang besar dalam hidup kita. Ini akan membantu kita merasa lebih gembira dengan diri dan kehidupan yang kita miliki.

“KESEJAHTERAAN EMOSI MAMPU UNTUK DIMILIKI

JIKA KITA BERJAYA MERANGKUMKAN

KESEJAHTERAAN EMOSI, KEPUASAN HIDUP,

KEFUNGSIAN PSIKOLOGI DAN KESEJAHTERAAN

SOSIAL”

Secara kesimpulannya, diri kita adalah merupakan pencetus kepada siapa yang kita ingin jadi. Kebahagian itu boleh dicipta sekiranya kita tahu bagaimana untuk menguruskan emosi dan pemikiran kita. Kita dapat mencapai kesejahteraan psikologi sekiranya kita berjaya merangkumkan kesejahteraan emosi, kepuasan hidup, kefungsian psikologi dan kesejahteraan sosial.

RUJUKAN: 1. Kar, Phang Cheng. Now: Who Wants To Learn MINDFULGym?. 2016. 2. Jabatan Perkhidmatan Awam. Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia. Putrajaya, 2018.

NASRULLAH BIN ZAINAL ABIDIN

Pegawai Psikologi

Universiti Teknologi MARA

Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau

Tel: 06 – 698 2036

e-mel: [email protected]

Laman web: https://rembau.uitm.edu.my

PENULIS;