implikasi teori behavioris dalam pengajaran & pembelajaran

7
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PAVLOV, WATSON DAN THORNDIKE DI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEORI IVAN PETROVICH PAVLOV Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Oleh itu, guru perlu kerap memberikan rangsangan untuk memperkukuhkan gerak balas terlazim. Guru juga boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid.

Upload: noorezayu-mohd-said

Post on 08-Feb-2015

16.762 views

Category:

Education


28 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PAVLOV, WATSON DAN THORNDIKE DI

DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEORI IVAN PETROVICH PAVLOV

Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada

rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima

pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar

bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau

dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan

melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,

semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi

pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas),

maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun

tiada pujian daripada guru. Oleh itu, guru perlu kerap memberikan rangsangan untuk

memperkukuhkan gerak balas terlazim. Guru juga boleh memotivasikan muridnya

dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang

dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru

boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang

untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi

murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set

induksi yang dapat menarik perhatian murid.

Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses

pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek

dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid dapat belajar dengan lebih

berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan

pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana

murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan.

Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas

ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.

Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak

diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui

Page 2: Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran

ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang

guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu,

konsep pemulihan semerta dapat membantu seseorang guru meningkatkan

keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-

murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek untuk

meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid.

TEORI JOHN BROADUS WATSON

Kajian J.B Watson banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov.

Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang

dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut

menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia

mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapat

bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melalui

pelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap seorang bayi berusia 9

bulan dengan seekor tikus putih.

Watson juga memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip

kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang

menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi

kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap

rangsangan tersebut. Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami

dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi

mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip kebaruan pula

menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan,

semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas

terhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji

dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka

mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lama

tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja. Oleh itu,

seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan

murid.

Page 3: Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran

Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yang

mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti

akan dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya

menyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajar

mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangan

sekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak menarik atau membosankan.

Sama seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik

bagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus memastikan

rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan

keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Guru juga

perlu menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid seperti

mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi

mendorong mereka berminat untuk belajar.

TEORI EDWARD LEE THORNDIKE

Beliau berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial

and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Proses

cuba-ralat ini juga dikenali sebagai proses juba jaya. Latihan yang dilakukan secara

berulang-ulang akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat

permulaan akan semakin berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangan

dan gerak balas akan semakin kukuh.  Gerak balas operan berlaku secara sendiri

dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Ini

bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana

sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran tidak diberikan, gerak

balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Oleh itu, guru perlu menyediakan

pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan

agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan

menggunakan ICT dan audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani

proses pembelajaran dengan berkesan.

Thorndike juga terkenal dengan tiga hukumnya iaitu Hukum Kesediaan,

Hukum Latihan dan juga Hukum Kesan. Thorndike amat menyarankan ketiga-tiga

Page 4: Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran

hukum tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau

percaya jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi

mudah dan berkesan.

Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum

seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid perlu mempunyai

persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Murid

perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan

psikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini sangat membantu dalam

mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan. Justeru

kesediaan murid sangat penting dalam memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran.

Jika murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya

mereka akan berasa seronok sepanjang pembelajaran berlaku dan seterusnya

objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Guru boleh menggunakan

motivasi yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan murid untuk belajar. Kesediaan

murid untuk belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia,

maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Motivasi yang diberikan adalah

sebagai satu rangsangan yang baik untuk meningkatkan semangat murid untuk

belajar.

Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike berpendapat bahawa perhubungan

antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan.

Ini bermakna, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas,

seseorang murid hendaklah diberi latihan dan pengulangan untuk meningkatkan

keberkesanan pembelajaran. Semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh

ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Sebagai contoh, jika

seseorang murid diberi latihan Matematik yang banyak, murid itu akan menjadi

semakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik tersebut

semakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan

ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, guru perlu

sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang menyeronokkan supaya

murid dapat mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran mereka.

Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara rangsangan

dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang

Page 5: Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran

menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan akan melemahkan

perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, sekiranya

seseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini akan

mendorong mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika

seseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan, gerak balas tersebut akan

semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang

diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan. Oleh itu, guru berperanan

mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dengan memberi ganjaran,

motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk semua murid supaya

mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan yang diberi

tidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan puas hati

seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu, guru

boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi

dalam pembelajaran mereka. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap

kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokongan

yang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk

mencapai kejayaan yang mereka ingini.

Kesimpulannya, ketiga-tiga tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan

persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya

perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas.

Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behavioris yang

menekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Disebabkan teori

ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang

menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran di

dalam kelas. Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang

menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan

gerak balas. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan

perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.