implikasi bodek

9
3. IMPLIKASI BODEK Menurut Ahmad Faisol Haji Omar (2012) di dalam buku bertajuk “Pembodek Parasit dalam Organisasi” menyatakan bodek yang dilakukan oleh seseorang kadang-kadang berjaya dan ada ketikanya gagal. Walaupun jika si pembodek berjaya, namun ia telah menimbulkan mudarat kepada organisasi dan individu lain dalam organisasi tersebut. Mudarat bukan sahaja menimpa si pembodek, malahan bos yang berjaya dibodek, mangsa bodek, dan organisasi turut menerima kesan buruk. 1. IMPLIKASI KEPADA PEMBODEK Pada hakikatnya, manfaat yang sedikit diterima oleh si pembodek akan mengundang pelbagai kerugian kepadanya. Terdapat lima kesan buruk yang akan menimpa pembodek iaitu hasil perolehan tidak berkat, hilang sahabat, ramai yang membenci, kerja tidak berkualiti, dan “untung sekarung rugi seguni” 1.0 Hasil Perolehan Tidak Berkat Iman dan takwa merupakan syarat asas untuk mendapat keberkatan. Adakah seseorang pembodek itu beriman dan bertakwa semasa membodek? Tentu sekali tidak, kerana iman dan takwa adalah mustahil dipadankan dengan perkara yang dilarang. Sesungguhnya perbuatan membodek adalah dilarang dalam islam. Justeru, apabila seseorang itu membodek, maka sudah tentu pada ketika itu iman dan takwa tiada dalam dirinya dan apa sahaja yang diperolehnya dengan sebab bodek tentu sekali tidak akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T

Upload: nurul-farhan-ibrahim

Post on 07-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

implikasi sikap bodek

TRANSCRIPT

3. IMPLIKASI BODEKMenurut Ahmad Faisol Haji Omar (2012) di dalam buku bertajuk Pembodek Parasit dalam Organisasi menyatakan bodek yang dilakukan oleh seseorang kadang-kadang berjaya dan ada ketikanya gagal. Walaupun jika si pembodek berjaya, namun ia telah menimbulkan mudarat kepada organisasi dan individu lain dalam organisasi tersebut. Mudarat bukan sahaja menimpa si pembodek, malahan bos yang berjaya dibodek, mangsa bodek, dan organisasi turut menerima kesan buruk.1. IMPLIKASI KEPADA PEMBODEKPada hakikatnya, manfaat yang sedikit diterima oleh si pembodek akan mengundang pelbagai kerugian kepadanya. Terdapat lima kesan buruk yang akan menimpa pembodek iaitu hasil perolehan tidak berkat, hilang sahabat, ramai yang membenci, kerja tidak berkualiti, dan untung sekarung rugi seguni1.0 Hasil Perolehan Tidak BerkatIman dan takwa merupakan syarat asas untuk mendapat keberkatan. Adakah seseorang pembodek itu beriman dan bertakwa semasa membodek? Tentu sekali tidak, kerana iman dan takwa adalah mustahil dipadankan dengan perkara yang dilarang. Sesungguhnya perbuatan membodek adalah dilarang dalam islam. Justeru, apabila seseorang itu membodek, maka sudah tentu pada ketika itu iman dan takwa tiada dalam dirinya dan apa sahaja yang diperolehnya dengan sebab bodek tentu sekali tidak akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T1.1 Hilang SahabatSi pembodek akan menolak hak-hak persahabatan semata-mata ingin mendapatkan sesuatu yang dikejarnya. Antaranya ialah dia tidak suka sahabatnya yang senior atau sebaya mendapat pangkat atau jawatan yang terhad kerana ingin memintas sahabatnya untuk mendapatkan pangkat itu.Sahabat yang kehilangan hak angkara tindakan si pembodek secara semulajadinya akan berkecil hati, marah, geram, dan benci kepadanya. Lama-kelamaan rengganglah hubungan mereka dan dia akan kehilangan lebih ramai sahabat.

1.2 Ramai Yang MembenciMenjauhkan diri daripada pembodek beerti membencinya disebabkan keburukan perangainya. Islam mengajar umatnya supaya berdamping dan berkawan dengan orang yang berakhlak mulia dan melarang daripada mendampingi orang yang berperangai buruk.Dalam sesebuah organisasi, si pembodek dibenci oleh ramai orang. Kebencian orang kepadanya ditunjukkan dengan cara yang berbeza-beza. Bagi yang berani, maka kebencian ditunjukkan secara terbuka dan terang-terang seperti memarahi dan mengutuk si pembodek. Ada yang memulaukannya. Ada yang tidak memberi kerjasama kepadanya. Ada yang berurusan denagn sekadar keperluan semata-mata.1.3 Kerja Tidak BerkualitiKebiasaannya seseorang yang melangkah naik ke suatu jawatan yang lebih tinggi dengan cara membodek tidak akan dapat menghasilkan kerja yang berkualiti. Pelantikkannya itu memberikan kesan negatif kepada oraganisasi dan sedikit sebanyak kepercayaan orang ramai dan pelanggan terhadap organisasi akan terhakis.Antaranya faktor pembodek tidak dapat menghasilkan kerja yang berkualiti adalah kerana mendapat jawatan tidak berdasarkan kebolehan dan pengalaman sedangkan kedua-duanya adalah penting untuk menghasilkan kerja berkualiti dan melonjakkan produktiviti.1.4 Untung Sekarung Rugi SeguniPeribahasa ini amat sesuai dipadankan dengan seseorang yang suka membodek. Walupun dia mendapat sesuatu yang dihajatinya hasil daripada kejayaannya membodek tatapi pada masa yang sama dia kehilangan banyak perkara yang merugikan.Bil UntungRugi

1.Naik pangkat 1. Hilang sahabat.2. Tiada keberkatan.3. Ramai yang membenci.4. Kerja tidak berkualiti.5. Tidak dapat kerjasama.6. Tiada pengaruh.7. Sukar mendapat sokongan.8. Hidup tidak tenteram.9. Tidak dihormati.10. Orang bahawan. berurusan dengannya sekadar perlu.

2.Jadi orang kanan bos1. Ramai yang mengutuk.2. Orang tidak peduli.3. Majoriti.4. Pekerja berurusan dengannya seolah-olah terpaksa.5. Bersendirian apabila tiada bos.

Jadual menunjukkan nisbah untung rugi seseorang pembodek

2. IMPLIKASI KEPADA BOSBos yang mudah dibodek dan melayan kehendak pembodek merupakan bos yang tidak disenangi oleh majoriti pekerja. Bos ini juga selalu termakan dek pujian si pembodek.Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman (2008) memuji orang dihadapannya walalupun pujian itu adalah benar dan ikhlas, tetapi tanpa disangka boleh membawa perasaan lupa diri, dan menghilangkan ikhlas dalam kerja-kerja yang dilakukannya. Kerana itulah sebuah hadis sohih menyebut :-

Ertinya : Musa Al-Asyaary berkata : Rasulullah mendengar seornag lelaki memuji seorang lelaki lain dan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur : "Kamu telah memotong diri lelaki tersebut" ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bos yang keterlaluan melayan pembodek sebenarnya telah melakukan kesilapan besar. Kesilapan bos memenuhi dan melayan kehendak pembodek mengundang implikasi negatif antaranya, tidak mendapat sokongan semua pihak, serba salah, menzalimi pihak lain, pergi tidak dikenang dan lain-lain.

2.0 Tidak Mendapat Sokongan Semua Pihak Pada hakikatnya bos yang dikuasai pembodek sukar mendapat sokongan kesemua pihak. Dia hanya mendapat sokongan daripada pembodek dan penyokong-penyokongnya. Individu yang paling ketara tidak memberi sokongan kepada bos ialah individu yang teraniaya angkara kezaliman bos. Hal ini kerana bos telah terpedaya dan termakan hasutan dan fitnah yang direka-reka oleh si pembodek. Jika ramai yang teraniaya maka semakin ramai individu yang secara terang-terang tidak memberi sokongan kepada bos. Sehebat mana sekalipun bos, jika tidak mendapat sokongan warga organisasi pimpinannya maka dia akan hilang arah untuk memimpin.2.1 Serba SalahDalam keadaan serba salah ini, bos akan terdedah kepada melakukan kesilapan-kesilapan seperti tidak berani menegur si pembodek kerana bimbang dia akan mengungkit dan menyebut semula satu per satu sumbangannya kepada bos atau mendedahkan rahsia bos kepada orang lain. Membiarkan si pembodek bebas dalam organsasi seperti keluar masuk pejabat secara suka hati dan lain-lain.2.2 Menzalimi Pihak LainMenzalimi individu tertentu dengan mengambil haknya lalu diberikan kepada si pembodek merupakan suatu kesilapan besar yang dilakukan oleh bos. Perkara sebegini berlaku apabila bos tidak menggunakan akal untuk mempertimbangkan sesuatu kepututsan yang adil dan tepat. Sebaliknya, dia membiarkan nafsu menguasai dirinya ketika membuat keputusan. Akhirnya individu yang senior, berpengalaman dan berkelayakan teraniaya akibat dinafikan haknya.2.3 Pergi Tidak DikenangAdakah bos yang tidak disenangi oleh sebahagian besar pekerja akan disebut-sebut namanya selepas meninggalkan organisasi? Pada hakikatnya semua pekerja memperlekehkan bos yang tidak meninggakan jasa. Justeru itu dia tidak layak dikenang dan namanya lekang dari sebutan. Jika disebut juga, maka sifat-sifat yang buruk sahaja yang dibangkitkan seolah-olah memberi peringatan supaya janagn diteladani sikap bos itu.

3. IMPLIKASI KEPADA MANGSA BODEKMangsa bodek ialah individu yang teraniaya akibat permainan licik daripada si pembodek dan bos yang kena bodek. Kebolehan, pengalaman, senioriti, ketrampilan, dan prestasi cemerlang seseorang pekerja langusng tidak diambil kira sekiranya dia menjadi mangsa bodek. Antara implikasi yang menimpa mangsa bodek ialah hak dinafikan, kecewa dan tidak bersemangat, tidak menghormati bos, tidak dihormati dan dipeduli, dan hubungan dengan pembodek menjadi renggang. Akibat kecewa menjadi mangsa bodek, individu ini tidak lagi bersemangat untuk terus bekerja. Walupun dia tiak berhenti kerja, tetapi semangat kerjanya semakin menurun. Prestasi kerjanya merosot. Jiwanya dilamun perasaan benci, marah, geram, dan sakit hati kepada bos dan si pembodek. Walaupun niat bekerja bukan untuk mengejar kemewahan, pangkat, dan pingat tetapi sebagai manusia biasa yang serba kekurangan, pasti terdetik kehampaan di hati apabila usaha tidak dihargai oleh bos yang mengemudi orgnisasi.

4. IMPLIKASI KEPADA ORGANISASIKewujudan pembodek yang menjalar dalam organisasi turut menginggalkan implikasi negatif terhadap organisasi. Antara implikasi negatif yang bakal diterima oleh organisasi ialah produktiviti menurun dan perpecahan dalam organisasi.4.0 Produktiviti MenurunKurang produktiviti menyebabkan kerugian kepada organisasi. Jika organisasi itu berbentuk perniagaan maka kekurangan produktiviti memberi petunjuk bahawa organisasi sedang berhadapan dengan masalah besar. Jika tidak diambil langkah-langkah segera menanganinya maka berkemungkinan operasi organisasi tersebut terpaksa tidutup kerana mengalami kerugian berterusan.4.1 Perpecahan Dalam OrganisasiPerpecahan akan berlaku di dalam organisasi setelah mereka tiada kesatuan dan mereka berpecah belah menguruskan perjalanan organisasi. Maka amat sukar bagi mereka untuk mengaut keuntungan besar, bahkan tidak mustahil mereka akan gulung tikar. RUJUKAN (buku pembodek parasit organisasi tu, lupa plk nk amik detail) Rahman, D. Z. (1 Jun, 2008). Puji, Ampu dan Bodek, Pandangan Islam . Retrieved 1 April, 2015, from www.zaharuddin.net: http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=718

ISI KANDUNGAN3. IMPLIKASI BODEK1. IMPLIKASI KEPADA PEMBODEK1.0 Hasil Perolehan Tidak Berkat1.1 Hilang Sahabat1.2 Ramai Yang Membenci 1.3 Kerja Tidak Berkualiti1.4 Utung Sekarung, Rugi Seguni2. IMPLIKASI KEPADA BOS2.0 Tidak Mendapat Sokongan Semua Pihak2.1 Serba Salah2.2 Menzalimi Pihak Lain2.3 Pergi Tidak Dikenang3. IMPLIKASI KEPADA MANGSA BODEK4. IMPLIKASI KEPADA ORGANISASI4.0 Produktiviti Menurun4.1 Perpecahan Dalam Organisasi