(ilya)refleksi pj 2015

2
Refleksi. ILYA SHUHADA BINTI ZAID (931108035674) Tugasan semester ini memfokuskan kepada pengurusan permainan tradisional di mana kami dikehendaki memilih satu permainan tradisional mengikut kumpulan serta melaksanakannya secara formal. Jutaan penghargaan ditujukan buat pensyarah pembimbing Encik Rosli Sham bin Ramli yang acap kali memberi teguran serta kritikan yang membina dalam memastikan kami dapat melakukan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Kumpulan saya dianggotai dengan empat orang ahli termasuk saya sendiri di mana dapat saya katakan bahawa saya cukup bertuah berada dalam kumpulan ini. Walaupun hubungan antara ahli tidak berapa baik, namun dapat saya simpulkan bahawa masing-masing cukup profesional dalam pengendalian tugasan kali ini. Kami memilih permainan tradisional congkak untuk diinovasikan serta diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat kini. Kami menggunakan cawan kertas yag dipotong kepada separuh untuk dijadikan sebagai papan congkak dan dibawahnya dialas dengan kotak yang sudah dipotong. Kam juga telah mengubahsuai sedikit cara permainan mengikut kesesuaian dari segi masa dan pelaksanaan. Buah congkak yang asalnya terdapat tujuh ditukar kepada hanya tiga biji buah sahaja dan buah itu digantikan dengan menggunakan batu sahaja. Sepanjang penyediaan permainan ini, kami telah membahagikan tugas secara rata dan semua ahli mempuyai peranannya masing-masing. Komitmen serta usaha yang ditunjukan oleh ahli kumpulan ini membuatkan proses penghasilan ini menjadi lebih seronok. Namun, di dalam keseronokan penyediaan ini, terdapat juga beberapa masalah yang timbul dan masalah yang paling utama tentu sekali dari segi kekangan masa. Masa yang diberikan tidaklah suntuk namun mungkin sudah menjadi tabiat buruk saya sendiri untuk melegahkan kerja. Mujur ditegur ahli kumpulan sendiri untuk menyiapkannya seberapa pantas yang boleh dan hasilnya kumpulan kami antara kumpulan terawal yang membentangkan permainan dalam kelas. Masalah juga timbul dari segi versi yang terlampau banyak. Ada yang menggunakan 10 buah ada yang menggunakan 7, dan ada juga yang hanya menggunakan 5. Bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan ketika pelaksanaan kelak, kami telah sepakat membuat papan peraturan dan juga mengedarkan cara bermain kepada semua orang. Pemilihan permainan congkak ini sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan saya sendiri ketika masih kanak-kanak dahulu. Di rumah saya, ada sepapan congkak di mana kami telah menyembur warnanya kepada warna

Upload: kamal-leo

Post on 28-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

zzz

TRANSCRIPT

Refleksi.ILYA SHUHADA BINTI ZAID (931108035674)Tugasan semester ini memfokuskan kepada pengurusan permainan tradisional di mana kami dikehendaki memilih satu permainan tradisional mengikut kumpulan serta melaksanakannya secara formal. Jutaan penghargaan ditujukan buat pensyarah pembimbing Encik Rosli Sham bin Ramli yang acap kali memberi teguran serta kritikan yang membina dalam memastikan kami dapat melakukan tugasan ini dengan sebaik mungkin.Kumpulan saya dianggotai dengan empat orang ahli termasuk saya sendiri di mana dapat saya katakan bahawa saya cukup bertuah berada dalam kumpulan ini. Walaupun hubungan antara ahli tidak berapa baik, namun dapat saya simpulkan bahawa masing-masing cukup profesional dalam pengendalian tugasan kali ini. Kami memilih permainan tradisional congkak untuk diinovasikan serta diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat kini. Kami menggunakan cawan kertas yag dipotong kepada separuh untuk dijadikan sebagai papan congkak dan dibawahnya dialas dengan kotak yang sudah dipotong. Kam juga telah mengubahsuai sedikit cara permainan mengikut kesesuaian dari segi masa dan pelaksanaan. Buah congkak yang asalnya terdapat tujuh ditukar kepada hanya tiga biji buah sahaja dan buah itu digantikan dengan menggunakan batu sahaja.Sepanjang penyediaan permainan ini, kami telah membahagikan tugas secara rata dan semua ahli mempuyai peranannya masing-masing. Komitmen serta usaha yang ditunjukan oleh ahli kumpulan ini membuatkan proses penghasilan ini menjadi lebih seronok. Namun, di dalam keseronokan penyediaan ini, terdapat juga beberapa masalah yang timbul dan masalah yang paling utama tentu sekali dari segi kekangan masa. Masa yang diberikan tidaklah suntuk namun mungkin sudah menjadi tabiat buruk saya sendiri untuk melegahkan kerja. Mujur ditegur ahli kumpulan sendiri untuk menyiapkannya seberapa pantas yang boleh dan hasilnya kumpulan kami antara kumpulan terawal yang membentangkan permainan dalam kelas.Masalah juga timbul dari segi versi yang terlampau banyak. Ada yang menggunakan 10 buah ada yang menggunakan 7, dan ada juga yang hanya menggunakan 5. Bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan ketika pelaksanaan kelak, kami telah sepakat membuat papan peraturan dan juga mengedarkan cara bermain kepada semua orang.Pemilihan permainan congkak ini sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan saya sendiri ketika masih kanak-kanak dahulu. Di rumah saya, ada sepapan congkak di mana kami telah menyembur warnanya kepada warna turqoise. Sampai sekarang saya masih memikirkan kenapa kami menukar warna papan congkak tersebut. Saya mempunyai adik-beradik seramai 5 orang di mana semuanya terdiri daripada perempuan. Pernah satu ketika kami adik-beradik berbut untuk bermain congkak hinggakan ada yang menangis. Jika diimbau kembali, memang cukup seronok permainan ketika dulu. Kanak-kanak zaman sekarang tidak merasai semua pengalaman manis itu. Kebanyakan mereka lebih tertumpu kepada gajet dan sekarang juga sudah ada aplikasi permainan congkak di dalam telefon bimbit. Namun, perasaan bermain secara maya dan secara nyata amat berbeza. Pengalaman memungut sendiri buah saga, bermain bersama rakan lain merupakan antara komunikasi sosial kanak-kanak ketika dahulu.Saya berazam sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani ataupun apa jua matapelajaran, saya akan mengekalkan permainan tradisional supaya ianya tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman. Sesungguhnya, semua ilmu dan pengalaman yang dikutip sepanjang melaksanakan tugasan ini diharap dapat membantu saya dalam menjadi seorang guru yang baik kelak.