ict dalam pembelajaran_ ict dalam pembelajaran.pdf
TRANSCRIPT
7/4/2015 ICT Dalam Pembelajaran: ICT Dalam Pembelajaran
http://cikguchungict.blogspot.com/2012/10/pengenalan.html 1/7
Informasi Untuk Guru dan Murid
ICT Dalam Pembelajaran
Friday, 26 October 2012
ICT Dalam PembelajaranPengenalan
Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyakimpak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. TindakanKementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantumengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikanpembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perluuntuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentukperalatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dankecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaranadalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolahrendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik diperingkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedahpengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatuproses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasiteknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usahayang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.
Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang mengikutiProgram Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikanrangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademikmereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihansekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus keranaianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid. Pelaksanaan program inimelibatkan muridmurid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamatpembelajaran jika dibandingkan dengan muridmurid lain yang sebaya dengan mereka. Olehyang demikian, selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, TeknologiMaklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu muridmurid ini dalam usahauntuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai olehMuridMurid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.
chung kong lan Follow 0
View my complete profile
Tentang Penulis
▼ 2012 (3)
▼ Oct (2)
ICT Dalam Pembelajaran
Penggunaan ICT DalamPembelajaran
► Nov (1)
Senarai Entri
Malaysia Berjaya
Ikut Blog Saya
Email address... Submit
Select Language
Powered by Translate
Perlukan Bantuan ?
Ikan Peliharaan
0 More Next Blog» Create Blog Sign In
7/4/2015 ICT Dalam Pembelajaran: ICT Dalam Pembelajaran
http://cikguchungict.blogspot.com/2012/10/pengenalan.html 2/7
Kepentingan Internet Kepada Guru
Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dankemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik darjah.Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran danperubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajiantinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologimultimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktivitipengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnyadalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaranyang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaranyang telah dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran kepada guru adalah seperti mana yang berikut:
o Mengubah Peringkat Membuat Keputusan : Kebiasaannya, penggunaan media dirancangsemasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan menentukankurikulum. Oleh itu terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkanperancangan yang sistematik. Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkatperancangan kurikulum, perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaranuntuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Cara ini akanlebih menjamin keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.
o Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran : Teknologi pengajaran boleh mempengaruhisistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem ataupendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelasterbuka atau sistem sekolah bebas. Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajarandirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalamperancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, pembinaan pengetahuanmelalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaranpenguasaan. Penggunaan teknologi pengajaran terutamanya teknologi maklumat, mungkinmengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti.Proses pengajaran dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan danmaklumat. Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkinpengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untukpembelajaran.Pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh KPM pada tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalamperancangan kurikulum dan strategi pengajaran. Ini membolehkan guru merancang pelajarandengan lebih berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan danmenangani masalah pembelajaran, sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama (YusufHashim, 1998).
o Mengubah Pengalaman Pembelajaran : Tanggapan masa kini terhadap pengalamanpembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu, pengalamanini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologipengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaranyang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu perkara.
Secara amnya, menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha ke arahmeningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semenjak permulaantercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan. Misalnya, pada tahun 1930an,penghasilan bahanbahan visual seperti filem, gambar, slaid dan realia giat diadakan bagimembantu guru dalam pengajaran di bilik darjah.
7/4/2015 ICT Dalam Pembelajaran: ICT Dalam Pembelajaran
http://cikguchungict.blogspot.com/2012/10/pengenalan.html 3/7
Implementasi PPBK Di Malaysia
Pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di Malaysia telah lama berlaku.Lebih dari itu, penggunaan komputer ini tidak hanya terhad di peringkat pendidikan tinggisahaja, malah turut mencakupi pendidikan pada peringkat prasekolah. Pengunaan Cakera PadatInteraktif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, penggunaan talian internet untuk tujuancapaian data dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain telah menjadikan sistem pendidikannegara semakin berkembang maju. Perubahan positif ini telah mendorong ramai penyelidikuntuk melihat keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat ini dalam sistempengajaran dan pembelajaran seperti mana yang akan dibincangkan kemudian.
Ashinida, Afendi dan Mohd. Shabri (2004) adalah antara penyelidik yang ingin melihatkeberkesanan penggunaan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) dalampengajaran dan pembelajaran bahasa asing. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa kesemua40 respondan yang dikaji menyatakan bahawa program PPBK boleh membantu meningkatkankemahiran pelajar dalam Bahasa, menjimatkan masa dan tenaga semasa proses pengajaran danpembelajaran berjalan serta memudahkan pelaksanaan proses pengajaran guru. Sementara itu,90 peratus daripada respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa program PPBK dapatmeningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid. Statistik ini menunjukkanbahawa para guru mempunyai persepsi yang sangat positif dalam pengajaran dan pembelajaranBahasa Arab dengan berbantukan komputer. Statistik ini dapat dirumuskan seperti dalam jadualdi bawah:
Data yang ditunjukkan membuktikan bahawa persepsi guru terhadap pelaksanaan program iniamatlah baik dan galakan yang diberikan menunjukkan pelaksanaan program ini sedikitsebanyak dapat membantu pelajar yang mengalami kesukaran dalam memahami pendidikanBahasa.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini tidak hanya terhad kepada pendidikan Bahasasematamata. Program yang mempunyai potensi untuk meningkatkan keupayaan dankemahiran muridmurid yang mempunyai tahap dan pencapaian akademik yang rendah perludiperluaskan penggunaannya khususnya terhadap muridmurid yang menerima pendidikankhas. Rentetan daripada statistik yang ditunjukkan ini, pengkaji telah membuat keputusanuntuk melihat keberkesanan prorgam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputerdalam usaha untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar yang menghadapi masalahmenguasai aktiviti membaca. Hasil kajian yang akan dibentuk kelak adalah suatu yang perludikaji dengan lebih mendalam sama ada pelaksanaan program ini dapat meningkatkanpencapaian dan kemahiran membaca pelajar yang menghadapai masalah pembelajaran atausebaliknya.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Baharudin (2005) mendapati bahawa penggunaan teknologidalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaranyang berkesan. Penggunaan alat beteknologi seperti komputer dalam proses pembelajaran danpengajaran adalah alternatif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dankemahiran. Selain itu, ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan komputer.Hal ini kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapan maklumat kerana iamelibatkan media grafik bergambar, video dan sistem pemprosesan maklumat yang pantas danteratur. Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan ruang.
Walau bagaiamanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosendan Weil (1995), Winnans dan Brown (1992), Dupagne dan Krendl (1992) serta Hadley danSheingold (1993), walau begitu sekali canggihnya komputer, namun ia perlu dilengkapkandengan pelbagai perisian yang berguna seperti “hardware” dan “software” yang dapat membantuguru meningkatkan kecekapan mereka dalam memaksimumkan proses memanipulasikankeupayaan komputer. Dengan ini, keyakinan guru meningkat dan mudah bagi mereka untukmencurahkan pengalaman mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk bersediamenggunakan komputer.
Pendapat di atas disokong oleh seorang pengkaji yang bernama Pedretti (1999). Kajian yangdilakukan olehnya menunjukkan bahawa guru yang bijak mengaplikasikan komputer mampu
7/4/2015 ICT Dalam Pembelajaran: ICT Dalam Pembelajaran
http://cikguchungict.blogspot.com/2012/10/pengenalan.html 4/7
membuat pelbagai pembaharuan dalam menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuankepada sasarannya. Manakala Cox (1999) pula menyatakan bahawa guruguru yang seringmenggunakan komputer dalam melaksanakan tanggungjawabnya mempunyai keyakinan yangtinggi dalam mengunakan ICT dan lainlain alat seperti projektor, LCT CD dan sebagainya. Halini adalah kerana mereka percaya bahawa penggunaan alat berteknologi seperti itu dapatmeningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebihseronok.
Seperti mana yang telah dinyatakan, teknologi pengajaran adalah satu konsep pengajaran danpembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT sebagai salah satu medium utamadalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah. Penggunaan komputer, laptop, LCD projektor,cakera padat dan pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapatmenarik dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktivitipembelajaran. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran danpembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan gurukepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktivitipembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkankepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed ofThought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisionalyang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakansepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan merekameneroka maklumat mengikut kapasiti masingmasing.
Satu kajian (Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan bahawa ICTdapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional sertapenglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harusmengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untukmelihat keberkesanan penggunaan teknologi. Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepadakaedahkaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitukehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang pentingdalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagaisatu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran sertamemperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.
Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikanpenyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahanbahan multimedia disampingbahan pengajaran yang sedia ada. Bahanbahan multimedia interaktif dibangunkan dengandengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantumengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapatmenyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencaribahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portalportal pendidikan yangdisediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaikmungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada muridmurid dalamsesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satusatueksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kalimencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan muridmendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).
Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dan sebagainyaguru dan murid dapat bertukartukar idea sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar darisekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar negara akan lebih digalakkanmemandangkan faedah dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid disampingmendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan negara masingmasing. Melalui penggunaan ICTpelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesanperkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alatalat teknologi.Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia danyakin untuk memasuki alam pekerjaan.
7/4/2015 ICT Dalam Pembelajaran: ICT Dalam Pembelajaran
http://cikguchungict.blogspot.com/2012/10/pengenalan.html 5/7
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsianmaklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untukmenjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untukmembolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima danberkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio videodan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan sertausaha yang bersungguhsungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak.Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaranyang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusipenggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikutkaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di samping itu, teknologi maklumat danInternet juga menyediakan kebolehan interaktiviti. Berikut merupakan antara kaedahpengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
Dalam melihat perkembangan positif yang berlaku dalam sistem pendidikan kebangsaan, kitajuga perlu melihat sama ada tenaga pendidik kini telah bersedia mengaplikasikan sepenuhnyapenggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Contohnya kajian yang dijalankan oleh Rosseni (2002) ke atas 40 orang guru. Kajian beliaumendapati bahawa masih terdapat lagi di kalangan tenaga pendidik yang masih tidak tahumenggunakan cakera padat interaktif (salah satu bahan banatu mengajar dalam pembelajaranberasaskan komputer) dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Daripadakajian beliau, sebanyak 42 peratus guru tersebut yang mempunyai tahap pengetahuan terhadappenggunaan cakera padat yang rendah. Sementara itu, sebanyak 48 peratus daripadanya hanyatahu meneroka dan menilai cakera padat untuk penggunaan pendidikan. Daripada hasil kajianyang dijalankan oleh Rosseni ini menunjukkan bahawa tahap dan pengaplikasian cakera padatpendidikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih berada pada tahap yang rendah.Kebanyakan daripada pendidik ini hanya menggunakan buku teks sebagai asas utama dalamaktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Sathiamoorthy (2000) terhadap kemampuan mengurusinegrasi komputer di kalangan guruguru Sekolah Bestari, didapati bahawa sebanyak 9.8%daripada 205 guru yang dikaji tidak mempunyai kemampuan dalam merancang integrasikomputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menunjukkan bahawakemampuan dan kesediaan guru dalam menggunakan teknologi semasa seperti komputer,
7/4/2015 ICT Dalam Pembelajaran: ICT Dalam Pembelajaran
http://cikguchungict.blogspot.com/2012/10/pengenalan.html 6/7
cakera padat dan seumpamanya berada pada tahap yang tinggi.
Dalam pada itu, kajian yang dilakukan oleh Wan Noraini (2002) juga melihat kemahiran guruterhadap penggunaan komputer, sebanyak 42% daripada 40 orang guru yang dikaji tidakmempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap penguasaan dan penggunaan teknologi CD/DVDdalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kadar ini tinggi, namun ramairespondan yang tahu mengaplikasikan teknologi CD/DVD dalam menjalankan aktivitipengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulan
Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkansepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijakdalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun ada pendapat yang mengatakanbahawa penggunaan komputer pada peringkat pendidikan awal adalah kurang perlu ekorandaripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun pandangan seperti ini perludiperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat secarakeseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini pada masa akan datang.
Adalah menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadipelapis yang benarbenar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Olehyang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanakkanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran danpembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanakkanak ini untuk terusmenuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang merekadariapda menuntut ilmu.
Bibliografi
Amnon Shabo, Mark Guzdial dan John Stasko. 1997. An Apprenticeshipased MultimediaCuorseware for Computer Graphics Studies Provided on The World Wide Web. Journal ofScience. 29: 2/3. 103116
Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran danPembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Penyelidikan Pendidikan GuruKebangsaan 2005, Kota Kinabalu, 13 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999
7/4/2015 ICT Dalam Pembelajaran: ICT Dalam Pembelajaran
http://cikguchungict.blogspot.com/2012/10/pengenalan.html 7/7
Newer Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Posted by chung kong lan at 23:25
P. A. Brett dan M. Nash (1998). Multimedia Language Learning Courseware: a design Solution tithe production of a series of CDROMs. Journal of Computer and Education. 32. 1933
Rosseni Din. (2002). Kemahiran Komputer Guru Sains Dan Matematik, Universiti KebangsaanMalaysia, Selangor
Sathiamoorthy Kannan. (2002). Kajian kemampuan Mengurus Integrasi Komputer Di KalanganGuruGuru Sekolah Bestari, Jurnal Pendidikan Dan Kepimpinan pendidikan, Jilid 12, Bil.02,Disember 2002
Wan Noraini binti Wan Daud (2005). Kemahiran Komputer Guruguru Sains dan Matematik.Universiti Kebangsaan Malaysia
www.ftem.ukm.my/programming/bengkelC/18zamlinal
www.usm.my/km/2406
http//www.usm.my/km/2406/KMART
http//eprints.utm.my/
Recommend this on Google
Enter your comment...
Comment as: Google Account
Publish Preview
No comments:
Post a Comment
Watermark template. Powered by Blogger.