aplikasi ict dalam komuniti pekak pdf

41
APLIKASI ICT DALAM KOMUNITI ORANG PEKAK ABDUL RAHIM RAZALLI JABATAN PENDIDIKAN KHAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM

Upload: qasehliliy

Post on 23-Oct-2015

269 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

APLIKASI ICT DALAM KOMUNITI ORANG PEKAK

ABDUL RAHIM RAZALLI

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM

Page 2: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

•Kajian menunjukkan teknologi komputer mampu

memudahkan pelajar-pelajar khas terutamanya pelajar-pelajar

bermasalah tingkahlaku dan bermasalah pembelajaran

mempelajari kemahiran membaca,menulis dan mengira (

Fuchs & Allinder, 1993; Matrher & Bos, 1993).

•Kneedler (1990) menyatakan pengajaran berbantukan

komputer ( computer-assisted instruction ) menjadi penting

dalam pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas

disebabkan ianya melibatkan (a) latih tubi (drill and practice);

(b) Learning style modification.

PENGENALAN

Page 3: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

•Perisian bahan pembelajaran yang menggunakan konsep

multimedia merupakan suatu proses pengajaran dan

pembelajaran secara interaktif wujud gabungan pelbagai

media seperti video, animasi, grafik, suara dan teks.

•Penggunaan bahan bacaan seperti e-book akan

meningkatkan minat untuk murid berkeperluan khas untuk

membaca.

Page 4: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

•Mohd Jasmy et, al (2003) penggunaan multimedia

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

lebih berkesan dan menyeronokkan.

•Menurut Jonassen ( 1996 ) persembahan

multimedia adalah lebih attention-getting dan

attention-holding yakni rangsangan lebih daripada

satu deria.

Page 5: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

RANG UNDANG-UNDANG

BERKAITAN PELAKSANAAN ICT

UNTUK OKU

PL 94-142 : Education For All Handicapped Act ( 1975)

PL 99-457 : The Education of The Handicapped Amendment ( 1986) – menyediakan (IEP) atau RPI – pengubahsuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PL 94-145 : Penggunaan teknologi merangkumi apa sahaja keperluan kanak-kanak belajar dan perkembangan diri, pengubahsuan peralatan,meninkatkan kebolehan interaksi sosial, kanak-kanak mendapat asas pravokasional dan perkhidmatan terapi

Page 6: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

•Hak-hak kemanusiaan sejagat 1948 ( PBB ) meliputi hak setiap individu mendapat pendidikan .

•Pendidikan untuk semua ( 1990 ) Deklerasi dunia mengenai : Pendidikan Untuk Semua menekankan;

( Keperluan- keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system pendidikan.

Page 7: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

APLIKASI ICT DALAM KOMUNITI

ORANG PEKAK

1. Matlamat Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer

Proses P&P yang mudah dan mengoptimumkan masa guru dan pelajar

Memberi keselesaan untuk belajar dan meneroka ilmu

Memudahkan menimbu ilmu pengetahuan asas,konsep, prinsip dan fakta

Membolehkan pelajar berdikari dalam mencari maklumat

Mencetuskan satu perbincangan yang menarik di kalangan pelajar dan guru.

2. Ciri-ciri teknologi dan ciri-ciri Pelajara.

Page 8: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

TEKNOLOGI ICT UNTUK

GOLONGAN KURANG UPAYA

Perisian berdasarkan jenis masalah dan keperluan

- Scanner untuk menyalin nota bagi golongan yang bermasalah dalam menulis atau disleksia

- Perakam suara – untuk buta

- “word processing software – mengalami kecacatan ringan : contoh- „word prediction software membantu dalam ejaan dan perkataan yang sukar

Page 9: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Internet – perisian multimedia boleh menggalakkan pelajar berinteraksi secara email

Pelajar yang kurang tumpuan dalam pelajaran –penggunaan warna dalam perisian cthnya: window

ADHD ( attention deficit hyperactivity Disorder) –menggunakan teknologi „multimedia destop Publishing‟

Masalah BD ( Behaviour disorder) – gunakan word processing untuk memotivasi pembelajaran.

Autisme- mengeksploitasi komputer secara sendirian bagi menukar warna dan ilustrasi

TEKNOLOGI ICT UNTUK

GOLONGAN KURANG UPAYA

Page 10: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

“ASSISTIVE LEARNING DEVICES” –Meningkatkan bunyi dan kejelasan

Rabun- gunakan skrin besar, tekas kepada pertuturan, keyboard yang lebih besar-memenuhi prinsip BIG, BLACK, BRIGHT.

EBD ( Emotional Behaviour Disorder )- teknologi “Graphic Organizer” perisian yang boleh menghilangkan tekanan emosi.

SDD ( Significant Development Delay ) –komputer diletakkan separas dengan mata-gunakan keyboard besar untuk menaip

TEKNOLOGI ICT UNTUK GOLONGAN

KURANG UPAYA

Page 11: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Komputer, mesin faks, telefon, terminal menyokong TTY dan ABD

Speech Viewer III – perisian alat memperbaiki pertuturan dan menukarkan percakapan dan bunyi kepada grafik menarik

Visual Voice Tools – perisian kawalan suara Video-video dan CD-ROM mengunakan ASL Teknologi Hypermedia – Cthnya: Personal Communicator

program mudah yang mempunyai 2500 bahasa isyarat dan 4500 perkataan bahasa inggeris – menukarkan perkataan yang ditaip kepada bahasa isyarat bagi tujuan pembelajaran.

Sistem TTY, TDD dan TRS ( sistem ini membolehkan orang pekak berkongsi telefon dengan orang biasa )

Sistem SMS – Nokia , org pekak membangunkan pelayan SMS

Koklea Implan ( pacakan koklea )-

TEKNOLOGI ICT UNTUK

GOLONGAN PEKAK

Page 12: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

TEKNOLOGI KOKLEA IMPLAN

( PACAKAN KOKLEA )

Page 13: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

ESPrit 3G

Nucleus 22Nucleus 24

Sumber : The Nucleus Cochear Implant System (2001)

Implan koklea jenis ESPrit 3G

Sumber : Cila, Antoinette dan Lim (2004)

Implan koklea jenis Nucleus 24

Page 14: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Satu lubang akan dibuat pada tengkorak dengan menggerudi bahagian tersebut bagi menempatkan komponen implan dalaman.

Satu lubang lain akan ditebuk dan sampai kepada koklea untuk memasukkan elektrod.

Sumber : Speech and Hearing Centre, India (2003)

Receiver stimulator diukur pada lubang yang dibuat pada tengkorak

Sumber : Advanced Bionics (2004)

Elektrod yang akan dimasukkan ke dalam koklea

Page 15: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Pakar bedah meletakkan Receiver stimulator pada tengkorak.

Setelah selesai, bukaan kulit akan ditutup dan kepala pesakit akan dibalut.

Sumber : Shafinaz (2006)

Bukaan kulit dibelakang telingan ditutup semula

Sumber : Cila (2001)

Kedudukan Receiver stimulator pada tengkorak

Page 16: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

1. Behind The Ear (BTE)

* Sesuai untuk kanak-

kanak.

* Untuk yang bermasalah

pendengaran ringan ke

sederhana.

* Lebih tahan lama.

Page 17: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

2. In the Ear (ITE)

* Sesuai untuk orang

dewasa serta kanak-

kanak.

* Dipasang di bahagian

dalam telinga.

* Sesuai untuk yang

bermasalah

pendengaran ringan

hingga sederhana.

Page 18: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

3. In the Canal (ITC)

* sejenis alat yang kecil di

dalam lubang telinga tetapi

masih boleh dilihat.

* Biasa digunakan oleh orang

dewasa dan kanak-kanak

yang lasak.

* Dimasukkan betul-betul di

dalam lubang telinga iaitu

ke tahap saluran yang

mengalami kerosakan

Page 19: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

4. Completely in the Canal

(CIC)

* Dimasukkan terus ke

dalam lubang telinga.

* Hampir tidak kelihatan,

hanya ada tali untuk

memasukan dan

mengeluarkan alat ini.

1. Behind The Ear (BTE)

* Sesuai untuk kanak-

kanak.

* Untuk yang bermasalah

pendengaran ringan ke

sederhana.

* Lebih tahan lama.

Page 20: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

5. Pacakan koklea

* Bagi mereka yang mengalami

masalah pendengaran

sensorineural yang sangat

kritikal pada kedua-dua telinga.

* Ada 2 bahagian iaitu :

a) Internal yang terdiri dari

elektrod, penerima, magnet

perangkai yang ditanam

dibelakang telinga.

b) Eksternal yang terdiri dari

pemprosesan pertuturan, set

kepala dan aksesori

Page 21: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Beltone ORIA 017

Phonak Digital

BTE Digital Hearing Aids

1.BTE

2. ITE

Full Shell Digital Hearing Aids

Beltone MIRA M45

Page 22: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

3. ITC

Canal Digital Hearing Aid HalfShell Digital Hearing Aid

4. CIC

Beltone MIRA M15 Zarlink Semiconductor

Page 23: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Teori Pembelajaran Adaptasi merupakan asas kepada preferred

sensory modality yang mengandaikan setiap pelajar mempunyai gaya

pembelajaran yang tersendiri. Pelajar mempunyai preference kepada

penggunaan modaliti deria mereka. Teori cukup sinonim dengan murid

berkeperluan khas yang pelbagai kategori dan kebolehan menggunakan

deria, kerana sesetengah pelajar akan berkesan menggunakan deria

penglihatan ( bermasalah pendengaran ), manakala sesetengah pelajar

berkesan menggunakan pendengaran ( bermasalah penglihatan ) dan

sesetengah pelajar cenderung menggunakan gabungan beberapa modality

deria.

TEORI PEMBELAJARAN ADAPTASI

Page 24: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Murid Berkeperluan Khas ( Bermasalah Pendengaran )

Dalam meningkatkan penggunaan media, material dan teknologi kepada kanak-

kanak bermasalah pendengaran dan pekak pada peringkat awal kanak-kanak

hinggalah ke peringkat sekolah rendah terutama yang berkaitan penggunaan

teknologi yang dapat membantu dalam pendidikan:

•menggunakan teknologi pendengaran,

•paparan visual dan sistem komputer, perkembangan dan peningkatan dalam

Bahasa Inggeris

•perkembangan dalam kemahiran menggunakan Kod Tangan (ASL),

perkembangan bertutur,

• perkembangan kemahiran (ujian bakat dan bacaaan bibir), strategi

berkomunikasi,

•orientasi dan latihan dalam menggunakan bantuan pendengaran,

•alat pendengaran dan ‘Cochlear Implants’.

Page 25: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Teknologi komputer juga digunakan dalam membuat

penaksiran kurikulum pada masa akan datang yang

dikenali sebagai SIBKOM ( Soalan Interaktif

Berperisian Komputer ) iaitu salah satu bentuk

penaksiran yang terkandung dalam Penaksiran

Calon Khas ( PACK ).

Page 26: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Aplikasi SIBKOM Penaksiran Calon Khas

Bermasalah Pendengaran

Page 27: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Di peringkat Prasekolah murid bermasalah pendengaran akan adalah

asas dalam pengenalpastian tahap pendengaran sama ada pekak teruk,

sederhana atau ringan tahap. Kandungan yang bersesuaian ialah secara

manual, oral, komunikasi dalam Bahasa KTBM ( Kod Tangan Bahasa

Melayu ) atau Inggeris ASL ( American Sign Language) atau yang

bersesuaian dengan oral, komunikasi seluruh, ‘Bilingual atau bicultural

(ASL)’, pertuturan kiu, kemahiran sendiri dan program aliran utama.

APLIKASI PERINGKAT PRA SEKOLAH

Page 28: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

gunung

APLIKASI KOD TANGAN BAHASA MELAYU (

KTBM) DALAM PENGAJARAN

Page 29: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

sungai

Page 30: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

bumi

Page 31: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Laut ini cantik.

Page 32: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Awan ini warna putih.

Page 33: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KOMPUTER ( MURID

BERMASALAH PENDENGARAN)

Terdapat dua asas pendekatan yang digunakan dalam pengajaran murid

bermasalah pendengaran iaitu:

a. Pendekatan verbal-auditori

b. Pendekatan lisan.

Page 34: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Kemahiran auditori ialah program latihan yang termasuk dalam aktiviti

perkembangan mengikut beberapa bahagian iaitu pengesanan, lokasi, jagaan

yang betul, rangkaian serta ingatan, diskriminasi dalam suprasegmental dan

pertuturan segmental, pengenalan kepada pertuturan dan persekitaran bunyi,

pemahaman, kemahiran gerak badan, suara dan menggunakan maklumat yang

lebih banyak. Sintesis dan analitik merupakan aktiviti yang menjadi fokus kerana

asas bahasa merupakan aktiviti semulajadi dalam hidup. Latihan auditori perlu

dilaksanakan dengan latihan bahasa, persembahan pertuturan dan bacaan bibir.

Semua aktiviti memerlukan sesuatu yang interaktif, bermakna, bersifat intrinsik,

adaptasi dan mengikut perkembangan serta strategi yang diperlukan oleh

golongan ini. Prosedur penaksiran dan program individu perlu dimasukkan

dalam kurikulum. Semua latihan aktiviti auditori adalah merupakan latihan

kepada predikat yang perlu oleh golongan yang bermasalah pendengaran

PENDEKATAN VERBAL-AUDIOTORI

Page 35: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Pendekatan lisan mementingkan latihan pendengaran dan bacaan gerak bibir.

Dengan menggunakan alat bantuan pendengaran seseorang itu tidak semestinya

dapat mendengar secara normal tetapi hanya boleh mendengar bunyi ang mudah

sahaja. Alat bantuan pendengaran yang biasa seperti Audio Loop System (

Magnetic Induction Loop System ) dan Frequency Modulation ( FM ) System.

PENDEKATAN LISAN

Page 36: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Aplikasi Program Sebutlah Sayang Dalam Pengajaran Pertuturan

Murid Bermasalah Pendengaran

Program Sebutlah Sayang merupakan satu modul yang memberi penekanan

kepada penggunaan suara disamping bantuan daripada sensori-sensori yang lain

sebagai pelengkap dalam pertuturan kanak-kanak bermasalah pendengaran

khususnya dan kanak-kanak yang menghadapi masalah bahasa/pertuturan amnya.

Program SLS ini memfokuskan kepada sebutan bunyi huruf ( vokal,diftong, vokal

rangkap dan konsonan serta gabungan kepada bunyi huruf konsonan dan vokal-

sukukata ) sama seperti membaca al-Quran yang menggunakan sistem Qiraati atau

kaedah ‘Iqra’ iaitu kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi huruf dan tidak

lambang huruf.

Page 37: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Program SLS tidak menafikan kanak-kanak daripada menggunakan modaliti-

modaliti audiotori ( sekiranya mereka masih menggunakan saki baki pendengaran

), visual,taktil serta kinestetik yang boleh melengkap serta memantapkan lagi

sebutan mereka. Disamping itu bacaan bibir, ejaan jari serta kiu-kiu juga

dibenarkan. Program SLS menekankan penggunaan kaedah ‘Multi-Sensory

Syllable Unit’ yang menggabungkan mekanisma pertuturan digunakan serentak

dengan sensori-sensori yang masih berfungsi sebagai pemangkin dalam sebutan

( Daviz,J.M.& Hardick,E.J.1981)

Page 38: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Melalui Program SLS kanak-kanak dinilai dari segi sebutan menggunakan

borang prestasi dan ujian artikulasi.Ujian awal artikulasi digunakan sebagai

indikator mengukur mempunyai pendengaran atau bahasa/pertuturan untuk

mendapatkan tahap perkembangan bahasa. Progran SLS mengikur tiga prosedur

utama iaitu a) fasa persediaan; latihan pendengaran, latihan pernafasan dan

latihan vokalisasi b) fasa pelaksanaan; alat bantu dengar, audimeter, speech

trainer dan alat bantu mengajar c) fasa penilaian; borang artikulasi, borang

trankripsi sebutan dan tindakan susulan.

Page 39: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

FASA PELAKSANAAN PROGRAM SLS

AUDIOMETER/ SPEECH TRAINER

SPEECH TRAINER

Page 40: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

Implikasi Program Sebutlah Sayang Dalam Latihan Pertuturan Murid

Bermasalah Pendengaran

Perbandingan praujian dan pasca ujian kumpulan eksperimen fonem /t/

Kumpulan eksperimen

Pertambahan

Praujian Pasca ujian

Markah 60 122 62

Peratus (%) 40% 81% 41%

Min (n =10) 6.0 12.2 6.2

Perbandingan diantara praujian dan pasca ujian kumpulan eksperimen (jadual 3) menunjukkan terdapat

peningkatan pencapaian dalam kumpulan tersebut. Analisis praujian dan pasca ujian kumpulan

eksperimen fonem /t/ menghasilkan tingkatan markah daripada 60 kepada 122 peningkatan sebanyak 62

markah. Analisis mengikut peratus menampakkan pertambahan daripada 40% kepada 81% penambahan

sebanyak 41%. Pengiraan skor min kejayaan menunjukkan kenaikan daripada 6.0 kepada 12.2 menaik

sebanyak 6.2. Ini merupakan peningkatan yang ketara dan ini menunjukkan bahawa pada

keseluruhannya terdapat peningkatan yang signifikan diantara keputusan praujian dan pasca ujian

kumpulan eksperimen.

Page 41: Aplikasi Ict Dalam Komuniti Pekak PDF

TERIMA KASIH