penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran.pdf

29
PENGGUNAAN IN I LRNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEK MEN. KEB. DAMANSARA JAYA NOR HAZIDAH BT AWANG PENYERAPAN DISERTASI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN IJAZAH SARJANA SAINS PERPUSTAKAAN DAN MAKLUMAT FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MALUMAT UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2005

Upload: lamliem

Post on 14-Jan-2017

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN IN I LRNET DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN DI SEK MEN. KEB.

DAMANSARA JAYA

NOR HAZIDAH BT AWANG

PENYERAPAN DISERTASI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN IJAZAH

SARJANA SAINS PERPUSTAKAAN DAN MAKLUMAT

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN

TEKNOLOGI MALUMAT

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2005

ABSTRAK

Penyelidikan ml dijalankan bagi mengetahui penggu_naan Internet dalam pengajaran dan

pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Damasara Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Kajian

ini merangkumi aspek yang menyentuh tentang faktor-faktor yang mengalakkan penggunaan

Internet, persepsi, implikasi clan rnasalah-masalah yang menghalang penggunaan Internet untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik juga melihat adakah terdapat perbezaan yang

signifikan antara penggunaan Internet dalam pengajaran clan pembelajaran dengan jantina

responden. Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan clan borang soal-selidik sebagai instrumen

kajian. Seramai 250 responden yang terdiri daripada 50 orang guru dan 200 orang pelajar telah

dipilih untuk menjadi subjek kajian. Pemulangan bora_ng soal-selidik adalah 100%. Data yang

telah dilcumpul dianalisa menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science)

versi 12.0.1. Hasil kajian menunjukkan faktor utama yang mendorong para pelajar dan para guru

menggunakan Internet adalah kerana minat. Majoriti guru beranggapan bahawa bahan rujukan di

Internet sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan manalcala pelajar berpendapat

Internet boleh perkayakan bahan pembelajaran. Majoriti guru bersetuju bahawa implikasi dari

penggunaan Internet, corak pendidikan tradisional mampu diubah manakala majoriti pelajar

lebih cenderung untuk melihat Internet sebagai medium yang mampu meningkatkan

pengetahuan. Masalah yang menghalang guru menggunakan Internet adalah kerana kurikuhim

yang terlalu padat. Bagi para pelajar pula, mereka tidak menggunakan Internet kerana sekolah

tidalc memperwThakan waktu urituk para pelajar menggunakan Internet, memandangkan Sekolah

Menengah Kebangsaan Damansara Jaya sendiri kekurangan kemudahan Internet. Hasil kajian

menunjuk_kan bahawa penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran dengan jantina

antara guru-guru dan para pelajar adalah tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Separuh

daripada para guru di sekolah tersebut tidak mengguna.kan Internet.

II

ABSTRACT

This research is carried out to study the usage of Internet in teaching and learning process in

Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor. The research focuses

on the aspects of factors, perception, implications and problems related to Internet usage in

teaching and learning, and to investigate whether there are any significant differences in the use

of Internet in teaching and learning process between genders. In this project, the survey method

was employed and the instrument used are the questionnaires which has been distributed to 250

respondents. The data was analyzed by using SPSS (Statistical Package for Social Science)

software version 12.0.1. The result of the survey shows that most of the respondents used the

Internet because of interest Majority of the teachers agreed that Internet sources may help them

to gain more knowledge, whereas the majority of students perceive Internet as being able to

enhance their learning materials. Majority of the teachers found that Internet has potential to

change a traditional classroom style into a more interactive teaching and learning style. The main

problem faced by the teachers is the prescribed curriculum which is currently tight within

schedule. Whereas for the students, they are not able to use the Internet because there was no

time slot to surf the Internet or there are not enough Internet connections provided at school. The

result indicates that there was no significant differences in using the Internet in teaching and

learning process between the two genders. The result also indicates that half of the teachers have

never used the Internet for teaching and learning process.

Ill

KA_NDUNGAN

PERKARA HALAIVIA_N

ABST1RAK

ABSTRACT

PENGHARGAAN iv

SENARAI JAMUL xi

SENARAI RAJAH xiv

BAB SATU: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Kenapa Internet? 2

1.3 Implementasi Internet di sekolah 5

1.4 Perkara-perkara yang harus diberi pertimbangan 8

1.5 Penyataan masalah 9

1.6 Objektif kajian 10

1.7 Soalan kajian 11

1.8 Definasi perkataan yang dig,unakan 11

1.9 Signifikasi kajian 13

1.10 Anggapan 16

1.11 Batasan kajian 16

1.12 Rumusan 17

vi

BAB DUA: ICEUIAN LITERASI

2.1 Pengenalan 18

2.2 Pengenalan kepada Internet 19

• Pendedahan terhadap Internet

2.3.1 Pendedahan terhadap Internet di negara-negara membangun 20

2.1.2 Pendedahan terhadap Internet di negara-negara yang sedang

membangun 22

2.3.3 Pendedahan terhadap Internet di negara-negara yang lcurang

membangun 24

2.4 Sumbangan Internet dalam pendidikan 25

2.5 Perkembangan pendidikan di Malaysia 28

• Aplikasi Internet yang sering digunakan 32

• Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Internet. 34

• Persepsi terhadap penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran 36

2.9 Implikasi penggunaan Internet terhadap pengajaran thin pembelajaran 39

2.10 Masalah-tnasalah yang menghalang penggunaan Internet 41

2.11 Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional 45

2.12 Rumusan 47

BAB TIGA: METODOLOGI

3.1 Pengenalan 49

Penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran 50

3.2.1 Faktor yang mendorong guru dan pelajar menggunakan Internet 50

3.2.2 Persepsi para guru dan pelajar terhadap penggunaan Internet 51

3.2.3 Implikasi penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran 52

vi'

3.2.4 Masalah yang menghalang penggunaan Internet

3.3 Rekabentuk kaj i an 53

3.4 Populasi dan sampel 55

3.5 Profil sampel 56

3.6 Maklumat demografi sarnpel 57

3.6.1 Malclumat demografi guru 57

3.6.2 Maklumat demograft pelajar 60

3.7 Instnarnen kajian 61

3.8 Prosedur pengumpulan data 64

3.9 Anal i si s data 65

3.10 Kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen 66

3.11 Ringka.san 67

BAB EMPAT: ANALISA KAAAN

4.1 Pengenalan 68

4.2 Faktor-faktor yang mendorong penoounaan Internet dalam pengajaran dan

pembelajaran. 69

4.2.1 Faktor-faktor yang mendorong para guru menggunalcan Internet 69

4.2.1.1 Perbandingan antara falctor-falctor dengan pmggunaan Internet

oleh para guru. 72

4.2.2 Faktor-faktor yang mendorong para pelajar menggunakan Internet. 78

4.2.2.1 F'erbandingan antara faktor-faktor dengan penggunaan Internet

oleh para pelajar 79

4.3 Persepsi terhadap penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran. 85

4.4 Implikasi penggunaan Internet terhadap pengajaran oleh para guru. 88

viii

4.5 Masalah-masalah yang dihadapi 90

4.6 Pendedahan terhadap Internet 94

4.7 Perbezaan antara penggunaan Internet dengan jantina. 97

4.8 Ringkasan 100

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan 101

5.7 Rumusan dan perbincangan 102

5.2.1 Pendedahan terhadap Internet 102

5.3 Apakah faktor-falctor yang mendorong para guru dan para pelajar menggunakan

Internet untuk pengajaran dan pembelajaran?. 104

5.4 Apakah persepsi para guru dan para pelajar terhadap pengguriaan Internet dalam

pengajaran dar pembelajaran? 107

5.5 Apakah implikasi penggunaan Internet dalarn pengajaran dan pembelajaran ke

atas para guru dan para pelajar?. 109

5.6 Apakah masalah-mas.alah yang dihadapi oleh para guru dan para pelajar dalam

menggunakan Internet untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 111

5.7 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan Internet dalam

pengajaran dan pembelajaran dengan jantina di kalangan para guru dan para

pelajar?. 114

5.8 Kesimpulan 114

5.9 Saranan 116

5.10 Saranan urrtuk kajian akan datang. 118

5.11 Ringkasan 119

ix

Lampiran A- Senarai Laman Web 121

Lampiran B- Borang soal-selidik untuk para guru 122

Lampiran C- Borang untuk para pelajar 124

Lampiran D- Borang untuk para guru sebagai panduan penyelidik 126

Lampiran E- Borang soal-selidik untuk para pelajar sebagai panduan penyelidik 129

Lampiran F- Surat kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia urituk membuat

penyelidikan di sekolah. 132

BIBL1OGRA FI 133

SENARAI JADUAL

JADUAL HALAMAN

7.1 Perbezaan antara pendidikan tradisional dengan pendidikan berasaskan

Internet 46

3.1 Pemulangan borang kaji-selidik 56

Maklumat demogafi guru 57

3.3 Maklumat demografi pelajar 60

3.4 1nstrumen kajian

4.1a Faktor-faktor yang mendorong para guru menggunakan Internet 69

4.1b Tabulasi-silang bag faktor sukar dapatkan buku teks dengan pengguna.an Internet

dalam pengajaran. 72

4.1c Tabulasi-silang Internet tersedia di sekolah dengan penggunaan Internet

dalam pengajaran. 73

4.1d Tabulasi-silang minat menggunakan Internet dengan penoounaan Internet

dalam pengajaran. 73

4.1e Tabulasi-si1ang bahan dalam Internet lebih menarik dengan penggunaan Internet

dalam pengajaran. 74

4.1f Tabulasi-silang tahu menggunakan Internet deng,an penggunaan Internet

dalam pengajaran. 75

4.1g Tabulasi-silang menggunakan Internet lebih menjimatkan masa dengan

penggunaan Internet dalam pengajaran, 75

4.1h Tabulasi-silang memberi tugasan kepada pelajar dengan penggunaan Internet

dalam pengajaran. 76

xi

4.1i Tabulasi-silang terdapat Internet di rumah dengan penggunaan Internet

dalam pengajaran. 77

4.2a Falctor-faktor yang mendorong para pelajar menggtmakan Internet. 78

4.2b Tabulasi-silang sukar dapatkan buku teks dengan penggtmaan Internet dalam

pernbelajaran. 79

4.2c Tabulasi-silang kemudahan Internet di sekolah dengan penggunaan Internet

dalam pembelajaran. 80

4.2d Tabulasi-silang rninat guna Internet dengan penggunaan Internet dalam

pembelajaran. 80

4.2e Tabulasi-silang bahan di Internet lebih menarik dengan penggunaan Internet

dalam pembelajaran. 8 I

4.2f Tabulasi-silang tahu menggunakan Internet dengan penggunaan Internet

dalam pembetajaran. 82

4.2g Tabulasi-silang menggunakan Internet menjimatkan masa dengan penggunaan

Internet dalam pembelajaran. 82

4.2h Tabulasi-silang guna Internet untuk tugasan dengan penggunaan Internet

dalam pembelajaran. 83

Tabulasi-silang Internet di rumah dengan pengg,unaan Internet

daIam pembelajaran. 84

4.3a Persepsi para guru terhadap peng,gunaan Internet daIam pengajaran. 85

4.3b Persepsi para pelajar terhadap penggunaan Internet dalam pembelajaran. 87

4.4a Implikasi penggunaan Internet terhadap pengajaran oleh para guru. 88

4.4b Implikasi penggunaan Internet terhadap pernbelajaran oleh para pelajar. 89

4.5a Masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru. 90

4.5b Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar. 91

xii

4.5c Tabulasi-silang perbandingan antara tugasan yang diberi dengan Internet

di rumah.

4.6a Pendedahan terhadap Internet di kalangan guru. 94

4.6b Pendedahan terhadap Internet di kalangan pelajar. 95

4.7a Tabulasi-silang antara penggunaan Internet dalam pengajaran para guru

dengan jantina 97

4.7b Tabulasi-silang antara penggunaan Internet dalam pembeIajaran para pelajar

dengan jantina. 98

SENARAI RAJAH

3.1 Kelayakan akademik responden ig

3.2 1\4atapelajaran yang diajar 59

3.3 Pendapatan ibubapa atau penjaga 61

4.1 Faktor-faktor yang mendorong para guru menggunakan Internet untuk

pengajaran 71

4.2 Persepsi para guru terhadap penggunaan Internet dalam pengajaran 86

4.3 Matapelajaran yang menarik minat pelajar menggunakan Internet 96

xiv

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Pendahutuan

Bertahun-tahun dahulu, para pendidik telah mengadaptasikan teori objektif dalam pengajaran.

Dalam persekitaran pendidikan tradisional, semua pelajar hanya menunggu dan mendengar apa

yang disarnpaikan oleh guru di dalam kelas. Namun, kehadiran Internet telah berupaya mengubah

persekitaran pembelajaran yang sedia ada kepada persekitaran pembelajaran yang lebih menarik

dan mewujudkan tindakbalas dua hala antara para pelajar clan guru.

Di Malaysia, bagi mewujudkan sebuah negara yang berasaskan teknologi maklumat dan selari

dengan matlamat kerajaan untuk mencapai hasrat Wawasan 2020, para guru di negara ini

haruslah peka terhadap penocrunaan Internet, terutama untuk pengajaran dan pembelajaran.

Memandangkan penggunaan komputer dan Internet adalah satu kemestian dalam pendidikan

pada mas.a akan datang, guru haruslah bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut. Berdasarkan

kepentingan inilah, penyelidik mernikirkan adalah wajar satu kajian terhadap penggunaan

Internet untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah dibuat bagi melihat sejauh manakah

tindakan kerajaan atau pihak yang terlibat dalarn merealisasikan impian dan menyahut cabaran

Walau bagaimanapun, kajian ini hanya terhad kepada Sekolah Menengah Kebangsaan

Damansara Jaya manakala responden terdiri daripada para guru dan para pelajar Tingkatan

Empat.

1.2 Ken a pa Internet?

Penyelidik mernilih untuk mengkaji tentang penocrtmaan Internet dalam pengajaran dan

pembelajaran kerana, menurut Chen (n.d) Internet boleh menyumbang kepada persekitaran yang

memusatkan kepada pelajar dan menggalakkan pelajar untuk belajar sendiri. Pelajar tidak perlu

bergantung terlalu kerap kepada guru dan boleh membuat penilaian sendiri tentang apa yang

mereka perlukan clan apa yang tidalc. Oleh itu, penggunaan Internet bukan hanya berupaya

mengubah sistem pendidikan tradisional, malah mampu mengubah persekitaran pembelajaran

seseorang pelajar.

Menurut Weiss (2001) pula, penggunaan komputer dan Internet mampu mengubah banyak aspek

penting dalam bidang pendidikan. Guru merupakan golongan yang memainkan peranan penting

dalam membantu pelajar mengendalikan komputer dan melayari Internet. Oleh itu, mencari

kaedah pembelajaran berkesan sering menjadi isu penting dalam bidang pendidikan.

Penyelidik mengkelaskan tiga sebab rasionalnya Internet patut digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah, iaitu:

• Internet menjadikan pengajaran lebih baik.

Penggunaan Internet mampu menjadikan pengajaran lebih baik dan menarik. Ini

kerana, banyak maklumat boleh dicapai melalui enjin carian di Internet dan bahan

pengajaran lebih pelbagai. Menunit Wallace (2000) salah satu visi asas pendidikan

adalah untuk mengubah corak pendidikan lama kepada pengajaran berasaskan

pertanyaan (inquiry-based). Dalam kaedah pengajaran berasaskan Internet,

pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar. Oleh itu, peluang untuk berlakunya

komtmikasi dua hala antara gum dan pelajar lebih tinggi kerana pelajar biasanya akan

merujuk kepada guru mereka jika terdapat sebarang masalah berhubung pembelajaran.

2

Is.

• Internet merupakan sumber rujukan yang lebih balk.

Berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional, sumber rujukan dari Internet lebih

meluas dan senang dicapai tanpa perlu melibatkan kos yang tinggi. Ini secara tidal(

langsung menjadi alternatif kepada para guru dan para pelajar mencari bahan

tambahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Ia juga menawarkan pelbagai bentuk

persembahan maklumat seperti hypertext dan multimedia seperti audio-visual dan

grafik di mana kelebihan ini tidak terdapat dari buku teks. Kehadiran Internet telah

memberikan satu dimensi baru dalam dunia penerokaan maklumat. Maklumat yang

biasanya sukar diperolehi sebelum ini, kini dapat dicapai dengan mudah. Selain itu,

maklumat yang diperolehi di Internet lebih terkini berbanding buku teks. Im kerana,

buku teks memerlukan masa yang agak lama untuk proses percetakan dan diperlukan

dalam kuantiti yang banyak Sedangkan, malclumat yang diperolehi melalui Internet

boleh diterbitkan sebaik sahaja ia disiapkan dan boleh dicapai oleh ramai pengguna

dalam masa yang sama melalui enjin carian yang banyak terdapat di Internet seperti

cari.com, altavista, metaerawler dan sebagainya untuk mencari maklumat dengan

lebih efisyen.

Menurut Jonassen dan Duffy (1991) Internet memberikan pelajar cara untuk

mendapatkan pengetahuan atau mencari sendiri bahan rujukan. Oleh itu, pelajar tidak

hanya mendapat pengetahuan dari satu sumber sahaja, iaitu melalui guru. Dalam

persekitaran pendidikan baru ini, pelajar boleh mendapat pernahaman yang lebih balk

dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan sekelas serta guru mereka, apabila

maklumat yang dicari adalah alas usaha mereka sendiri.

3

•••• Penggunaan Internet menggalakkan literasi komputer.

Pe!ajar boleh menggunakan Internet sebagai elemen literasi !computer. Pelajar yang

menunjukka.n minat yang tinggi terhadap penggmaan Internet akar' berusaha untuk

mempelajari cara menggunakan komputer terlebih dahulu.

)

Menurut William (1995) pula, terdapat enam faktor utama mengapa guru-guru hams

memperkenalkan Internet kepada pelajar iaitu:

• Internet mempersembahkan contoh-contoh dengan mengintegasikan pelbagai jenis

pengetahuan.

• Internet memudahkan pembelajaran secara kolaboratil

• Internet memberi peluang untuk dibimbing secara elelctronik.

• Internet meningkatkan daya komunikasi.

• Internet boleh menampung pelbagai keperluan pelajar dengan cara yang berasingan.

• Internet merupakan alat perantaraan yang tidak dipengaruhi oleh banga, budaya

dan jantina.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ISTE (2000) walaupun kajian mengenai Internet masih

di peringkat awal, terdapat bukti yang menyatakan bahawa Internet menyediakan pelbagai nilai

yang berharga untuk pendidikan. Antaranya:

• Internet menyediakan malclumat terkini dalant pelbagai bentuk topik yang berkaitan

di mana ia tidak boleh diperolehi dad sumber lain. Kandungan buku teks,

perpustakaan dan pengetahuan guru-guru boleh dipertingkatkan dengan adanya

pendekatan baru mi.

• Rangkaian komputer bertindak sebagai pembantu komunikasi, menyimpan dan

rnencapai kembaIi maklumat.

4

Berdasarkan fakta-fakta di alas, jelas menunjukkan penggunaan Internet dalam pengajaran dart

pembelajaran adalah wajar dan patut diberikan perhatian memandangkan banyak manfaat dapat

diraih darinya. Malah, la menjadi pendorong kepada penyelidik untuk mengkaji sejauh .manakah

sekolah-sekolah menengah di negara kita mengambil inisiatif ke at-as kewujudan teknologi baru

seperti Internet sebagai salah satu medium yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan mutu

pendidikan di negara kita. Pada peringkat awal ini, penyelidik hanya membuat kajian di Sekolah

Menengah Kebangsaan Darnansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Kajian diharap dapat sedikit

sebanyak membantu para penyelidik yang menjalankan tajuk kajian yang serupa untuk

digabungkan dan dibuat kesimpulan menyeluruh mengenainya.

Implimentasi Internet di sekolah.

Program pendidikan yang melibatkan penggunaan Internet memerlukan para guru dan para

pelajar memptmyai capaian Internet yang mencukupi dan arahan-arahan untuk menggunakannya.

la juga memerlukan perubahan dari segi kandungan kurikulum, latihan arahan (instructional

practices) dan penilaian tmtuk mengarnbil faedah daripada komunikasi dan penyimpanan

maklumat serta kekuatan capaian Internet.

Menunit Joia (1997) tidak seperti organisasi lain, penggunaan Internet di sekolah mesh betul-

betul difahami bagi memastikan ia diaplikasikan sebaik mungkin. Halangan yang mungkin wujud

mesh i diatasi terlebih dahulu. Proses implimentasi mestilah mengambil kira langkah-langkah

seperti:

• Kepekaan: Pada peringkat ini, pihalc pengnrusan sekolah dan guru mesti menghadiri

kursus untuk belajar dan mernahami potensi Internet dalam proses pedagogikal dan

membiasakan din dengan teknologi itu sendiri.

5

Tim

h.,

•••• Latihan: Selepas peringkat Kepekaan, selcumpulan guru hendaklah dilatih di mana

mereka menjadi golongan yang akan menjadi tempat rujukan. Kemudian, pelajar juga

perlu diberi latihan yang wajar, diikuti oleh ibubapa. Melalui pengalaman, adalah

penting untuk melibatkan ibubapa pelajar dengan teknologi barn, untuk mengubah

paradigma mereka dalam pendidikan.

•••• Implementasi teknikal: Selepas latihan clan sebelum memasang Internet, Internet

mestilah diimplimenlcan di makmal informatics, perpustakaan ataupun kelas. Walau

bagaimanapun, ia bergantung keparla peraturan komputer di sekolah dan apa yang

termampu untuk dilakukan oleh sekolah.

•••• Kemudahan: Pada peringkat ini, Internet telah bersedia untuk digunakan di sekolah.

Menurut Joia (1997) lagi, keujudan Internet tidal( alcan memberi manfaat sekiranya sekolah

tidalc menggunakannya sebaik mungkin dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran

untuk mengasah kemahiran para guru dan para pelajar. Berikut merupakan aplikasi Internet

yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran:

•••• Mencari bahan: Guru-guru dan pelajar-pelajar boleh mencari bahan dengan

membuat carian pada enjin carian seperti (http://www.altavista.digital.com

http://www.lycos.com) dan sebagainya.

Selain itu, penyelidik ada menyediakan senarai laman web yang boleh digtmakan

untuk tujuan pengajaran dan pembelajarati (Lampiran A)

•••• Projek pendidikan: Terdapat banyak projek yang disediakan di Internet, sama ada

mono-disciplinary, inter-disciplinary dan cross-disciplinary. Sekolah boleh bertukartukar

maklumat atau membina projek dengan sekolah-sekolah lain diseluruh dunia. Contolmya

seperti yang dilakukan oleh sekolah di Brazil dan Portugal di mana mereka saling bertukar

maklumat tentang proses kolonisasi rakyat Brazil di Portugal.

6

• Cabaran pendidikan: Cabaran dalam pendidikan merupakan formula yang unik bagi

menggalakkan penggunaan Internet di kalangan pelajar. Dalam projek ini,

keba_nyakkan aplikasi Internet yang digunakan adalah e-mail, web, senarai diskusi

(List-Serv, Majordomo dan sebaigainya.), newsgroups (Usenet), sidang video, realitimaya

dan sebagainya. Projek ini boleh berdasarkan pendekatan inter-disciplinary dan cross-

disciplinary yang membenarkan kerjasama ant ara pelajar dan guru walaupun mata

pelajaran adalah berbeza.

• Sidang video: Terdapat banyak perkara yang memerlukan penggunaan Internet di

sekolah. Di Brazil, sidang video kebanyakkannya mampu disediakan di setiap

sekolah. Kini, sesetengah sekolah di Brazil menggunakan sidang video untuk

berkomunikasi dengan mereka yang berada di Amerika dan China bag,i menjayakan

projek "Images of Home - Navigating Global Cultures," yang di taja oleh New York

University. Dalarn projek ini, pelajar mengambil gambar rumah mereka dan saling

bertukar maklumat melalui Internet, mengadakan sidang video dan berkongsi

pengalaman mereka

7

1.4 Perkara-perkara yang harus diberi pertimbangan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh ISTE (2000) terdapat tiga perkara yang harus diberi

perhatian untuk menggunakan Internet dalam pendidikart, iaitu:

•••• Capaian dan maklumat yang tidak sesuai

Internet merupakan sistem terbuka yang menyediakan capaian kepada pengguna

dan maklumat ke seluruh dunia. Kebanyakkan bahan capaian yang dicapai mungkin

boleh menjadi sesuatu yang tidak begitu sesuai untuk para pelajar. Berikut

merupakan pendekatan yang perlu diambil untuk mengawasi fenomena ini:

i. Hanya membenarkan pelajar menggunakan Internet dengan pengawasan

guru atau orang dewasa.

Mengadakan sekatan (firewall) ke atas laman web yang tidak sepattnnya

dikunjtmgi oleh pelajar.

Mendidik para pelajar dan ibubapa mereka tentang laman web yang sesuai

digunakan, e-mail dan aplikasi Internet yang lain. Dalam pada itu, para

pelajar dan ibubapa mesti menandatangani Acceptable Use Policy.

•••• Mempelajari Internet memakan masa

Banyak kajian mendapati para guru dan para pelajar memerlukan masa yang agak

lama untuk mempelajari penggunaa.n Internet secara berkesan. Para guru juga tidak

dapat mengenalpasti berapa lamakah masa yang para pelajar perlukan untuk ma_hir

dalam penggunaan Internet (ISTE, 2000).

•••• Pemisahan digital (digital divide)

Terdapat perbezaan yang signfikan antara pelbagai daerah atau kawasan dalam

menyediakan kernudahan capaian Internet kepada para pelajar. Terdapat juga

8

perbezaan yang signifikan bagi capaian Internet di rumah antara mereka yang

berpendapatan tinggi dengan mereka yang berpendapatan rendah. Di sesetengah

daerah di Amerika Syarikat, sebanyak 80% pelajar mempunyai capaian Internet di

rumah manakala 20% daripada mereka tidak mempunyai capaian Internet di rumah.

Dalam sesetengah kes, para guru perlu menggunakan masa tarnbahan di rumah bagi

mencari bahan melalui Internet sebagai usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan

para pelajar.

1.5 Penyataan masalah

Penyelidik berpendapat adalah wajar satu kajian dibuat untuk mengetahui sejauh mana

penggunaan Internet dapat pernbantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah

di Malaysia. Memandangkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Internet telah

berkembang dan diaplikasikan di luar negara, terutama di Amerika Syarikat, penyelidik ingin

mengetahui sejauh manakah negara lcita mengaplikasikan kemudahan Internet ini dalam sistem

pendidikan di Malaysia, dengan mengambil kira faktor-faktor yang menyebabkan mereka

menggunakan Internet, persepsi mereka terhadap Internet, implikasi Internet terhadap pengajaran

dan pembelajaran serta masalah-masalah berkaitan yang mungkin wujud dan menghalang

penggunaan Internet oleh para pelajar dan guru-guru. Fokus utama penyelidik adalah pengg,unaan

Internet dalam pengajaran dan pembelajaran bag,i peringkat sekolah menengah.

Dalam kajian ini, penyelidik memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya, iaitu

sebuah sekolah menengah kerajaan. Ini kerana, selain Sekolah Bestari, penyelidik berminat untuk

mengetahui bagaimana tahap penggunaan Internet di sekolah-sekolah kerajaan yang lain.

9

Walaupun kajian yang dijalankan ini tidak dapat memberikan kesimpulan keseluruhan berkenaan

penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran untuk seluruh sekolah-sekolah

menengah di Malaysia, ia sekurang-kurangnya boleh dijadikan sebagai satu tapak atau landasan

untuk penyelidik-penyelidik lain membuat kajian yang berkaitan pada masa akan datang.

Hasil kajian seperti faktor-faktor yang mendorong para guru dan para pelajar menggunakan

Internet boleh dijadikan panduan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha

menggalakkan penggimaan komputer clan Internet oleh para guru dan para pelajar.

16 Objektif kajian

Kajian yang dijalankan adalah untuk mencapai objektif seperti berikut:

1) Mengenalpasti apakah faktor-falctor yang mendorong penggunaan Internet dalam

pengajaran dan pembelajaran.

2) Meninjau persepsi para guru dan para pelajar terhadap penggunaan Internet da.lam

pengajaran dan pembelajaran.

3) Melihat implikasi penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Mengenalpasti masalah yang mungkin wujud dan menghalang penggunaan Internet

dalam pengajaran dan pembelajaran.

5) Melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan Internet dalam

pengajaran dan pembelajaran dengan jantina di kalangan para guru dan para pelajar.

10

1.7 Soalan kajian

Dalam usaha untuk mencapai objektif di alas, kajian ini telah direkabentuk untuk menjawab

persoalan-persoalan kajian seperti:

1) Apakah faktor-faktor yang mendorong para guru dan para pelajar menggunakan

Internet untuk pengajaran dan pembelajaran?.

2) Apakah persepsi para guru dan para pelajar terhadap penggunaan Internet di dalam

pengajaran dan pembelajaran?.

3) Apakah implikasi penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran ke atas

para guru dan para pelajar?.

4) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru dan para pelajar dalam

menggunakan Internet untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran?.

5) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan Internet dalam

pengajaran dan pembeIajaran dengan jantina di kalangan para guru dan para pelajar.

1.8 Definasi perkataan yang digunakan.

• Penggunaan

Merupakan satu fungsi pembanguna_n pengajaran atau pendidikan yang mempunyai

tujuan dan matlamat ke arah perhubungan dan interaksi dengan sumber-sumber atau

komponen-komponen (Nor Ashikin, 1999). Menurut Kamus Dewan (2002) penggunaan

bermaksud perihal perbuatan atau keg,iatan menggunakan sesuatu. Da1am konteks

kajian ini, penggunaan yang dimaksudkan adalah perhubungan antara para guru dan

para pelajar dengan Internet dari segi faktor, sikap, masalah dan tanggapan terhadap

Internet, sama ada dari aspek aplikasi Internet itu sendiri seperti WWW (World Wide

Web) mahupun penggunaan Internet untuk tujuan pendidikan atas-talian.

11

•••• Pen gajaran

Merupakan satu bentuk komunilcasi yang bertujuan untuk memberitahu, mempengaruhi

dan meng_hibur. Tugas pengajar untuk memberitahu atau menyampaikan satu himpunan

maklumat atau fakta kepada murid (Musa, 2001). Manakala, menurut Kamus Dewan

(2002) pengajaran adalah perihal mengajar, iaitu segala sesuatu yang berkaitaxi dengan

mengajar seperti cara atau sistem mengajar dan aspek-aspek yang dipentingkan.

•••• Pembelajaran

Ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat

serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Ia adalah proses yang membuat perubahan

kepada rninda, tidak hanya menerima secara terus apa yang dipelajari. Menurut Kamus

Dewan (2002) pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar.

•••• Teknologi

Merupakan peralatan seperti mesin yang sedia ada dalam komputer dan berkaitan

dengan rangkaian digital. Ia menghuraikan proses yang berkaitan dengan operasi yang

melibatkan teknologi digital dalam pendidikan atas talian (Keilser dan Sproull, 1987).

Teknologi adalah aktiyiti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk

tujuan praktis dalam industri (Kamus Dewan, 2002).

•••• Internet

Merupakan rangkaian komputer yang menghubungkan komputer lain melalui

peng.hubung berkelajuan tinggi dan membenarlcan penukaran data di mana-mana

tempat di alas muka bumi ini (Bell dan Howell, 2001). Manakala menurut ISTE (2000)

Internet rnerupakan rangkaian global bagi rangkaian yang menyambungkan berjuta-juta

12

komputer dan pengguna komputer. Ia berkaitan dengan sumber baru untuk golongan

pendidik Contoh aplikasi Internet adalah WWW, FTP (File Transfer Protocol) dan

Telnet.

•••• Implikasi

Menurut Kamus Dewan (2002) implikasi bermaksud pengertian, maksud atau apa-apa

yang diertikan, sesuatu yang disindirkan atau dibayangkan tetapi tidak dinyatakan.

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan istilah implikasi untuk merujulc kepada

kesan, iaitu kesan penggunaan Internet terhadap pengajaran dan pembelajaran oleh para

guru dan para pelajar.

•••• Persepsi

Menurut Kamus Dewan (2002) persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam

hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan iaitu

sesuatu kekuatan imaginasi, kepekaan dan persepsinya terhadap a1am dan kehidupan

memberikan gaya dan pengucapan yang khusus kepada karya-karyanya. Dalam kajian

in persepsi merujuk kepada pandangan atau tanggapan, pendapat, tafsiran dan sikap

para pelajar dan para guru terhadap penggunaan Internet dalatn pengajaran dan

pembelajaran.

1.9 Signifikasi kajian

1C4ian ini dijalankan bagi meninjau sejauh mana Internet digunakan dalam membantu proses

pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira faktor-faktor yang menyebabkan mereka

menggunakan Internet, persepsi mereka terhadap Internet, implikasi Internet terhadap pengajaran

dan pembelajaran serta masalah-masalah berkaitan yang mungkin wujud dan menghalang

13

penggunaan Internet oleh para pelajar dan guru-guru, terutama di sekolah menengah kerajaan.

Walaupun kajian yang dijalankan hanya melibatkan sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya,

kajian ini diharap dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia melihat gambaran sebenar

penggunaan Internet oleh para guru dan para pelajar di sekolah menengah tersebut Di samping

itu, kementerian diharap dapat mengkaji dengan lebih mendalarn keberkesanan usaha yang

dijalan_kan tmtuk memperkenalkan Internet di sekola_h-sekolah serta melatih para guru dan para

pelajar menggunakan perlchidmatan Internet dengan lebih berkesan.

Jika kajian yang dijalankan menunjuldcan makhunbalas yang positif terhadap penggunaan

Internet dalarn pengajaran dan pembelajaran oleh para pelajar dan para guru, kementerian

mungkin boleh menimbang untuk memasukkan mata pelajaran mengenai komputer dan Internet

ke dalam sukatan pelajaran peringkat menengah ba0 menggalakkan para pelajar dan guru-guru

menggunakan Internet pada peringkat awal lagi sekalig,us dapat meningkatkan keberkesanan

kempen celik IT di kalangan rakyat di negara kita.

Sekolah menengah dipilih kerana sekolah menengah merupakan tempat yang paling sesuai untuk

melihat sejauh mana pengenalan kepada Internet diperkenalkan kepada sekolah-sekolah dan

perkembangan penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan para pelajar

dan guru-guru. Ini juga selaras dengan perlaksanaan Sekolah Bestari yang terpilih di selunth

Malaysia, di mana semua sekolah yang terlibat adalah sekolah menengah.

Selain itu, hasil kajian boleh memberikan maklumat yang berguna kepada penyelidik dan

golongan pendidik. Maklumat yang diperolehi dapat membantu golongan ini:

• Mengenal pasti mata pelajaran yang paling kerap menggunakan Internet dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

14

• Memahami persepsi para guru dan pelajar terhadap penggunaan Internet dalam

pendidikan, sebagai alatan untuk pengajaran dan pembelajaran.

• Melihat adakah terdapat percanggahan pendapat antara persepsi guru dan pelajar. Jika

perkara tersebut berlaku, ini bermakna kemungkinan terdapat silap faham dari segi

tanggapan terhadap pengunaan Internet. Oleh itu, golongan pendidik patut mengambil

inisiatif dan berusaha untuk membetulkan keadaan mi.

• Membina strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik di mana penggunaan

Internet diimplimentasikan sebagai peralatan penting dalam pendidikan.

• Para penyelidik lain juga diharap dapat menjalankan kajian lanjutan untuk mengetahui

bagairnana penggunaan Internet boleh memberi faedah kepada para guru dan para

pelajar sena langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasai masalah yang

timbul dan menghalang penggunaan Internet secara meluas di sekolah-sekolah.

Sekolah Menengah Damansara Jaya, Petaling Jaya dipilih kerana:

• Sekolah ini mempunyai jumlah populasi yang ramai dan dilcategorikan sebagai

sekolah gred A, di mana terdapat seramai 507 orang pelajar Tingkatan Empat. Oleh

itu, pemilihan sampel yang dilakukan secara rawak dapat memberi gambaran yang

lebih meluas, berbanding dengan sekolah yang mempunyai populasi yang sedilcit.

• Sekolah ini merupalcan antara sekolah yang cemerlang di daerah Petaling. Oleh itu,

penyelidik ingin melihat adalcah pencapaian cemerlang para pelajar di sekolah ini

berkait rapat dengan penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran di

sekolah mereka.

15

1.10 Anggapan

Dalam kajian yang dijalankan, penyelidik beranggapan bahawa.

• Gum-guru dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan pernah dan tahu meneounakan

Internet.

• Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya, Petaling Jaya terletak di kawasan

bandar, oleh itu guru-guru dan pelajar-pelajar lebih terdedah kepada komputer dan

teknologi maklumat berbanding dengan sekolah-sekolah di luar bandar.

• Maklumbalas yang diberikan dalam borang kaji-selidik adalah telus dan

berdasarlcan panda_n.gan peribadi responden.

1.11 Batasan kajian

• Dalam kajian ini, penyelidik hanya memilih kaedah secara tinjauan dan instrutnen yang

digunakan adalah berbentuk soal-selidik Walaupun beOtu, soal-selidik bukanlah

merupakan satu-satunya instrumen yang sesuai digtmakan. Instrumen lain seperti

temubual juga boleh digunakan. Ini kerana, rnenurut Rohana (2003) temubual digunakan

bag,i inemperolehi maldumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan

sebagainya yang diperlulcan bagi mencapai sesuatu objektif penyelidikan.

• Secara amnya, penggunaan Internet memberi erti kata yang luas. Contohnya untuk

hiburan, mengisi masa lapang, bersembang atas talian dan sebag,ainya. Walau

bagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan kepada penggunaan Internet untuk

pengajaran dan pembelajasan oleh para guru dan para pelajar sahaja, tanpa mengambil

kira penggunaan Internet untuk lain-lain tujuan.

16

• Penyelidik tjdak akan memfolcuskan secara terperinci penggunaan Internet terhadap

kaedah pengajaran seperti pertanyaan, projek, perbincangan, demonstrasi,

penyelesaian masalah, syarahan, sumbangsaran dan simulasi. Sebalilcnya penyelidik

hanya mengenalpasti faktor-faktor, persepsi, implikasi serta masalah-masalah yang

dihadapi oleh para guru da_n para pelajar terhadap penggunaan Internet dalam

pengajaran dan pembelajaran.

1.12 Rumusan

Penyelidik memilih untuk mengkaji pengganaan Internet dalam pengajaran dan pembelaran

berdasarkan tiga sebab utam_a iaitu, Internet berupaya menjadikan pengajaran lebih menarik,

Internet menipalcan sumber rujukan yang lebih balk dan Internet boleh menggalakkan literasi

komputer. Sementara itu, William (1995) mencadangkan terdapat enam faktor utama mengapa

Internet patut diperkenalkan kepada pelajar iaitu, Internet mempersembahkan contoh-contoh

dengan mengintegasikan pelbagai jenis pengetahuan, Internet memudahkan pembelajaran secara

kolaboratif, Internet mernberi peluang untuk dibimbing secara elektronik, Internet meningkatkan

daya komunikasi, Internet boleh menampung pelbagai keperluan pelajar dengan cara yang

berasingan dan Internet merupakan alat perantaraan yang tidak dipenga_ruhi oleh bangsa,

budaya dan jantina. Bab ini menghuraikan tentang pernyataan masalah, objektif kajian, soalan

kajian, definasi perkataan yang digunakan, signfikasi kajian, anggapan penyelidik terhadap sampel

dan populasi serta batasan-batasan kajian yang terdapat dalam penyelidikan.

17