ice breaking dan ldk untuk perkhemahan (1)

8
TAKLIMAT LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) AKTIVITI ICE-BREAKING 1. Mukaddimah Aktiviti : i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah” bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program. 2. Kenalkan diri Aktiviti : i. Aktiviti murid memperkenalkan diri, nama sekolah dan tahun berapa bersekolah. ii. Selepas itu, murid selepas mesti memperkenalkan diri, seperti yang pertama dan mengulangi nama orang sebelumnya, Nilai / rasional aktiviti : Menghargai diri sendiri, berani bercakap di hadapan khalayak. 3. Nilai diri Aktiviti : i. Murid mencatat segala sifat buruk di atas sekeping kertas. ii. Membaca dan berazam untuk memperbaiki.

Upload: norharyaty-sulaiman

Post on 26-Sep-2015

529 views

Category:

Documents


38 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

TAKLIMAT LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

AKTIVITI ICE-BREAKING

1. Mukaddimah Aktiviti :i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan Surah Al-Fatihah bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program. 2. Kenalkan diri Aktiviti : i. Aktiviti murid memperkenalkan diri, nama sekolah dan tahun berapa bersekolah.ii. Selepas itu, murid selepas mesti memperkenalkan diri, seperti yang pertama dan mengulangi nama orang sebelumnya, Nilai / rasional aktiviti : Menghargai diri sendiri, berani bercakap di hadapan khalayak.

3. Nilai diriAktiviti :i. Murid mencatat segala sifat buruk di atas sekeping kertas. ii. Membaca dan berazam untuk memperbaiki.iii. Membuang kertas seperti membuang semua sifat buruk ke dalam bakul sampah. Nilai / rasional aktiviti : Mengenali kelemahan diri dan cuba mencari jalan untuk memperbaikinya.

4. Nyanyian Lagu MotivasiAktiviti :i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi. ii. Contohnya lagu Warisan yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan. iii. Murid diberi sekeping kertas dan diminta mencatat apa yang perlu mereka lakukan untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.Nilai / rasional aktiviti :Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.

5. Salam Semut Aktiviti :i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati). ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam sesama jantina dan mengangguk bila bertemu lain jantinaNilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

LDK

1. Logo Kumpulan Aktiviti :i. Setiap kumpulan diminta mencipta logo kumpulan, nama kumpulan dan trade mark kumpula.ii. Peserta diberi masa selama 20 minit untuk menyiapkannya.iii. Setiap kumpulan diminta membentangkan logo dan trade mark masing-masing. Nilai rasional aktiviti : Kreativiti murid untu membuat logo dan semangat berpasukan.

2. Uji Bakat Aktiviti :i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing. ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi a. Ketuab. Penolongc. Setiausaha. iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya dengan diiringi muzik. iv. Sebagai aktiviti selingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari : a. Peserta yang paling comelb. Peserta yang paling bijak berbicarac. Peserta yang paling handsome dan sebagainya. Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.

3. Brainstorming Aktiviti :i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak kapur dll.iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir. iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat. v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll. vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll. vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan. viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin dll. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.

4. Kungfu Wacha (1,2,3,4)Aktiviti :Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!) Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

5. Kelopak Jantung Aktiviti :1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. 2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan kelopak3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan jantung4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyi kompang.Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

6. Aktiviti Ibu KataAktiviti :i. Pelajar perlu mengikut arahan fasilitator untuk melakukan sesuatu pergerakan jika fasilitator menyebut Ibu Kata. Contohnya, Ibu kata pegang hidung, (pelajar akan pegang hidung). ii. Jika arahan fasilitator tiada menyebut Ibu Kata maka arahan itu tidak perlu diikut. iii. Aktiviti ini diteruskan dengan mengarahkan pelajar menyentuh mana-mana anggota badan masing-masing sehinggalah terdapat pemenang. Nilai / rasional aktiviti : Kepekaan memahami dan menerima sesuatu arahan

7. BomAktiviti :i. Setiap kumpulan diminta menamakan kumpulan mereka dengan memilih sebuah nama negara d dunia.ii. Kumpulan akan menyebut contohnya : Jepun bom, Jepun Bom, Jepun Bom to China Bom dan seterusnya China akan bomkan ke Negara lain. Nilai /rasonal aktiviti : Kerjasama dalam membuat keputusan.

8. Goreng PisangAktiviti :1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar 2. Aktiviti dimulakan dengan nanyian lagu goreng pisang, goreng pisang, goreng pisang sekarang, pisang apa, pisang apa, pisang apa sekarang dan seterusnya disambung dengan perkataan lain yang sesuai menyambungkan perkataan goreng contohnya pisang tanduk. Nilai / rasional aktiviti : Kerjasama dan persefahaman dalam memimpin