universiti b edisi julai : bil. 3 k m ebangsaan alaysia … jkees july 2009.pdf · ‘ice...

6
P ada 14-15 Ogos yang lalu, satu kem keyakinan diri telah dianjurkan oleh JKEES di Nur Lembah Pangsun. Tahniah dan syabas kepada 27 orang pelajar JKEES tahun 2 dan 3 yang telah memberikan ker- jasama bagi menjayakan program ini! Matlamat utama kem ini adalah untuk meningkatkan tahap keyak- inan diri para pelajar dalam mencapai kecemerlangan diri. Seramai 5 orang fasili- tator terdiri dari pensyarah, tutor dan staf JKEES telah bersama-sama menyusun pelbagai aktiviti bagi men- capai objektif perkhemahan ini. Hari pertama perk- hemahan dimulakan den- gan aktiviti ‘indoor’ seperti ‘ice breaking’, ‘kenali diri’, ceramah motivasi dan tek- nik belajar berkesan Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar dengan menggalakkkan pelajar berinteraksi, berko- munikasi dan bersosial di kalangan rakan pelajar dan fasilitator. Peserta juga menjadi lebih mesra dari- pada aktiviti-aktiviti ini walaupun daripada tahun pengajian yang berbeza. Pada hari ke dua, aktiviti rekreasi seperti ‘flying fox’, ‘wall climbing’ dan ‘pond rafting’ telah diadakan dan telah berjaya menceriakan kem ini dan menaikkan semangat dan kesung- guhan dikalangan pela- jar untuk bekerjasama di dalam kumpulan kecil yang dibentuk. Reaksi negatif sebelum menghadirkan diri ke kem telah berjaya dikikis dan perasaan positif tersebut dapat diterjemahkan dari Aktiviti Pelajar : Kem Keyakinan Diri & Motivasi Pelajar JKEES Edisi Julai : Bil. 3 Kandungan... Kem Keyakinan Diri & Motivasi Pelajar JKEES 1 Digi Deep Green Chal- lenge for Change 2 Lawatan Hanyang Tech- nical High School, Korea 3 Anugerah Inovasi: Em- pat Warga JKEES cemer- lang 4 Lawatan Pelajar ke IBM 5 Majlis Konvokesyen ke– 34: Adila Zaira, pene- rima Anugerah Naib Canselor 6 Sidang Editor Penasihat Prof Madya Dr. Hafizh Husain Ketua Editor Cik Seri Mastura Mustaza Editor Pn. Farizah Ansarudin Cik Aida Baharuddin Editor Bersekutu Prof. Dr. Azah Mohamed Pn. Hamimi Fadziati En. Mohd Faisal Ibrahim Cik Junaidah Damri BULETIN ULETIN ULETIN National University of Malaysia UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Edisi Julai : Bil. 3 30 Mac 2009 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina Sidang Editor, Jabatan Kejuruteraan ELektrik, ELektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : 603-8921 6322 ; Faks : 603-8921 6146 ; Email : [email protected] Laman Sesawang : www.eng.ukm.my/~jkees muka pelajar yang sen- tiasa tersenyum kegembi- raan walaupun penat. Matlamat utama kem ini tercapai setelah bera- khirnya perkhemahan ini. Terima kasih kepada se- mua yang terlibat! Artikel ini disumbangkan oleh Pn. Hamimi Fadziati Atas: Peserta Kem Keyakinan Diri & Motivasi Bawah: Antara aktiviti pelajar di perkhemahan ini

Upload: phamhanh

Post on 03-Mar-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI B Edisi Julai : Bil. 3 K M EBANGSAAN ALAYSIA … JKEES July 2009.pdf · ‘ice breaking’, ‘kenali diri’, ceramah motivasi dan tek-nik belajar berkesan Aktiviti ini

Buletin JKEES, Bil. 3 (Julai 2009) - 1

P ada 14-15 Ogos yang lalu, satu kem keyakinan diri telah

dianjurkan oleh JKEES di Nur Lembah Pangsun. Tahniah dan syabas kepada 27 orang pelajar JKEES tahun 2 dan 3 yang telah memberikan ker-jasama bagi menjayakan program ini! Matlamat utama kem ini adalah untuk meningkatkan tahap keyak-inan diri para pelajar dalam mencapai kecemerlangan diri. Seramai 5 orang fasili-tator terdiri dari pensyarah, tutor dan staf JKEES telah bersama-sama menyusun pelbagai aktiviti bagi men-capai objektif perkhemahan ini.

Hari pertama perk-hemahan dimulakan den-gan aktiviti ‘indoor’ seperti ‘ice breaking’, ‘kenali diri’, ceramah motivasi dan tek-nik belajar berkesan Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar dengan menggalakkkan pelajar berinteraksi, berko-munikasi dan bersosial di kalangan rakan pelajar dan fasilitator. Peserta juga menjadi lebih mesra dari-pada aktiviti-aktiviti ini walaupun daripada tahun pengajian yang berbeza. Pada hari ke dua, aktiviti rekreasi seperti ‘flying fox’, ‘wall climbing’ dan ‘pond rafting’ telah diadakan dan telah berjaya menceriakan

kem ini dan menaikkan semangat dan kesung-guhan dikalangan pela-jar untuk bekerjasama di dalam kumpulan kecil yang dibentuk. Reaksi negatif sebelum menghadirkan diri ke kem telah berjaya dikikis dan perasaan positif tersebut dapat diterjemahkan dari

Aktiviti Pelajar : Kem Keyakinan Diri & Motivasi Pelajar JKEES

Edisi Julai : Bil. 3

Kandungan... Kem Keyakinan Diri & Motivasi Pelajar JKEES

1

Digi Deep Green Chal-lenge for Change

2

Lawatan Hanyang Tech-nical High School, Korea

3

Anugerah Inovasi: Em-pat Warga JKEES cemer-lang

4

Lawatan Pelajar ke IBM 5

Majlis Konvokesyen ke– 34: Adila Zaira, pene-rima Anugerah Naib Canselor

6

Sidang Editor

Penasihat Prof Madya Dr. Hafizh Husain Ketua Editor Cik Seri Mastura Mustaza Editor Pn. Farizah Ansarudin Cik Aida Baharuddin Editor Bersekutu Prof. Dr. Azah Mohamed Pn. Hamimi Fadziati En. Mohd Faisal Ibrahim Cik Junaidah Damri

BBBULETINULETINULETIN National University of Malaysia

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Edisi Julai : Bil. 3 30 Mac 2009

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Sidang Editor, Jabatan Kejuruteraan ELektrik, ELektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : 603-8921 6322 ; Faks : 603-8921 6146 ; Email : [email protected]

Laman Sesawang : www.eng.ukm.my/~jkees

muka pelajar yang sen-tiasa tersenyum kegembi-raan walaupun penat. Matlamat utama kem ini tercapai setelah bera-khirnya perkhemahan ini. Terima kasih kepada se-mua yang terlibat!

Artikel ini disumbangkan oleh Pn. Hamimi Fadziati

Atas: Peserta Kem Keyakinan Diri & Motivasi Bawah: Antara aktiviti pelajar di perkhemahan ini

Page 2: UNIVERSITI B Edisi Julai : Bil. 3 K M EBANGSAAN ALAYSIA … JKEES July 2009.pdf · ‘ice breaking’, ‘kenali diri’, ceramah motivasi dan tek-nik belajar berkesan Aktiviti ini

Buletin JKEES, Bil. 3 (Julai 2009) - 2

Edisi Julai : Bil. 3

D iGi, salah satu Telecom servis terbesar di Malay-

sia telah menganjurkan “Deep Green Challenge for Change” bagi univer-siti-universiti di Malaysia pada Julai 2009. Cabaran pada peringkat pertama pertandingan ini termasuk penulisan kertas cadan-gan bagi dua penyataan masalah iaitu “bagaimana untuk mengurangkan kos tenaga untuk pangkalan radio stesen DiGi” (how to reduce DiGi’s existing Radio Base Station (RBS) ene r gy c os t ) dan “bagaimana untuk mem-perbaiki kekurangan perkhidmatan bagi se-setengah komuniti di Ma-laysia”. Kertas cadangan bagi tajuk pertama iaitu mengenai pengurangan kos tenaga adalah sangat mencabar dan cadangan ang terbaik berpeluang untuk membuktikan cadangan mereka dengan lebih lanjut dan seterus-nya berpeluang untuk memperoleh Harta-Intelek bersama (joint IP) bagi pengurangan peng-gunaan tenaga RBS.

Pada peringkat awal, 18 pasukan daripada 8 uni-versiti di Malaysia yang bertanding. Keputusan bagi peringkat pertama ini telah diumumkan pada 17 September 2009 di DiGi House, Shah Alam oleh wakil daripada Kemente-

rian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia. Pasukan Greenish-UKM yang terdiri daripada tujuh pelajar tahun tiga di-bawah penyeliaan Associ-ate Professor Dr. Now-shad Amin adalah pasu-kan pertama diumumkan sebagai finalis. Detik ke-gembiraan berterusan apabila pasukan UKM yang kedua iaitu UKM Greenminds yang terdiri daripada 7 lagi pelajar tahun tiga dibawah seliaan Dr. Hussain Shareef diumumkan se-bagai finalis ke-enam. Keenam-enam finalis layak ke pusingan kedua dan ketiga, dimana di perngkat ini kumpulan perlu mengemukakan

perlaksanaan yang prakti-kal bagi kertas cadangan yang telah diusulkan kepada DiGi Deep Green Challenge For Change dalam peringkat pertama. Berikut adalah 6 finalis bagi pertandingan ini:

Greenish, UKM Fresco, USM The Origin, UNITEN Feng, UNIMAS Regen, USM Greenminds, UKM

Finalis akan menghadiri peringkat persediaan bagi pusingan berikutnya iaitu Development Camp dan Study Trip pada 1 hingga 4 October 2009 di Sabah.

Pelajar JKEES di Pertandingan Perngkat Kebangsaan:

DiGi Deep Green Challenge for Change

K e s e m u a p e r s e r t a menghargai dan berterima kasin diatas sokongan dan naungan Dekan FKAB, Prof. Mohd Mar-zuki Mustafa, Timbalan Dekan, Prof. Azah Mo-hamed serta Ketua Ja-batan KEES Prof. Madya Dr. Hafizah Hussain. Ter-ima kasih juga diucapkan kepada Timbalan Naib Canselor Prof. Dr. Saran diatas sokongan beliau pada Majlis Pengumu-mam pada 17 September di Digi House.

Prof. Dr. Saran, Dr. Nowshad dan Dr. Hussein bergambar bersama pelajar yang terlibat.

Artikel ini disumbangkan oleh Prof. Dr. Azah

Page 3: UNIVERSITI B Edisi Julai : Bil. 3 K M EBANGSAAN ALAYSIA … JKEES July 2009.pdf · ‘ice breaking’, ‘kenali diri’, ceramah motivasi dan tek-nik belajar berkesan Aktiviti ini

Buletin JKEES, Bil. 3 (Julai 2009) - 3

Edisi Julai : Bil. 3

S eramai 15 orang delegasi iaitu guru-guru daripada

Hanyang Technical High School, Seoul Ko-rea telah mengadakan lawatan ke Fakulti pada 3 Ogos 2009. Delegasi yang diketuai oleh Mr. Kang Moon Seok, Pen-getua Hanyang Techni-cal High School juga disertai oleh Mr. Lee Tae Soo, wakil daripada The Korean Sunday Times.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah un-tuk melihat kepakaran yang ada dalam bidang teknologi robotik dan IT serta menanda aras bidang pengajian den-gan percambahan minda. Kesempatan ini juga diambil untuk men-injau bidang industry di Negara ini. Ia juga ber-tujuan untuk memahami kaedah pembangunan sumber manusia dalam

sektor kejuruteraan dan tren serta prospek teknologi industri.

Lawatan yang bermula jam 10 pagi bertempat di B. Mesy. Fakulti itu telah dipengerusikan oleh PM Dr. Hafizah Husain, Ketua JKEES dengan penerangan sedikit se-banyak mengenai Ja-batan. Pertemuan itu diteruskan dengan sesi soal jawab dan juga per-bincangan di antara kedua-dua pihak yang lebih menjurus kepada program-program pra-siswazah yang ditawar-kan di Jabatan.

Disamping itu delegasi ini juga ingin menerokai bidang prak-tis dan pengajaran yang boleh dikongsi bersama. Delegasi ini telah di-bawa untuk melawat makmal pengajaran dan

Artikel ini disumbangkan oleh Cik Junaidah Damri

Lawatan Hanyang Technical High School, Korea

Sesi bergambar kenang-kenangan bersama para pelawat

Penerangan oleh Ketua JKEES kepada para delegasi

makmal robotik jabatan. Mereka menyambut baik apa juga bentuk koloba-rasi antara UKM dan Hanyang Techinical High School yang dapat di-manafaatkan bersama. Delegasi seterusnya di bawa melawat ke mak-mal-makmal Jabatan iaitu Makmal Pemprosesan mikro & Mikrokomputer dan juga Makmal Robot bagi mininjau kemudahan

yang sedia ada serta ak-tiviti-aktiviti makmal ini. Lawatan tersebut di akhiri dengan sesi penyam-paian cenderamata dari-pada kedua-dua pihak dan juga sesi bergambar kenangan.

Para pelawat diberikan sedikit sebanyak penerangan men-genai robot

Page 4: UNIVERSITI B Edisi Julai : Bil. 3 K M EBANGSAAN ALAYSIA … JKEES July 2009.pdf · ‘ice breaking’, ‘kenali diri’, ceramah motivasi dan tek-nik belajar berkesan Aktiviti ini

Buletin JKEES, Bil. 3 (Julai 2009) - 4

P ada 7 Ogos 2009, Jawatankuasa Induk Anugerah

Bestari Ke-4 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan satu majlis pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan UKM yang terpilih menerima Anugerah Khas Kualiti bagi tahun penilaian 2008. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Mazlan Ahmad, Pengerusi Lem-baga Pengarah UKM dan Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM. Majlis Anugerah Sarjana Bestari kali ini menyenaraikan 14 kate-gori anugerah iaitu, Anu-gerah Kualiti Naib Canselor, Anugerah Ke-cemerlangan dalam Meningkatkan Citra UKM, Anugerah Pengu-rusan Maklumat Berkom-puter, Anugerah Penerbi-tan, Anugerah Pengajar Cemerlang, Anugerah Kreativiti, Inovasi dan Reka Cipta, Anugerah Pengurusan Makmal, Anugerah Penyelidikan Muda/ Individu/Kumpulan, Anugerah Persatuan/ Urusetia/ Pro-jek/ Mahasiswa Cemer-lang, Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Budaya Kualiti, Anugerah Kakitangan Mithali, Anu-gerah Perkhidmatan Kaunter, dan Anugerah Pekerja Inovatif. Seramai 85 orang dipilih untuk menerima pelbagai anu-gerah ini.

Warga JKEES ternyata cemerlang ker-ana telah bejaya meng-gondol 3 anugerah iaitu Anugerah Penyelidikan Muda melalui Dr Mohd Syuhaimi Ab-Rahman dan Anugerah Penguru-san Makmal Kategori Berkumpulan melalui penyertaan oleh kakitan-gan makmal tahun 2 iaitu En. Farouk Razali dan En. Mohd Nor Azman Jamaluddin. Puan Siti Zaida Yasir juga berjaya mengharimkan nama

JKEES dengan me-menangi anugerah Anu-gerah Pengurusan Mak-mal Kategori Individu. Tahniah dan Sy-abas diucapkan !!! Se-moga kejayaan ini mem-ber semangat kepada ahli jabatan yang lain untuk mencapai kece-merlangan yang sama dan seterusnya mengha-rumkan nama jabatan.

Anugerah Sarjana Bestari Ke-4: Empat Warga JKEES Cemerlang

Page 4

Dr Mohd Syuhaimi Ab-Rahman

Puan Siti Zaida Yasir

Edisi Julai : Bil. 3

En. Farouk Razali

En. Mohd Nor Azman Jamaluddin.

Dr. Syuhaimi menerima Anugerah Penyelidik Muda UKM

Page 5: UNIVERSITI B Edisi Julai : Bil. 3 K M EBANGSAAN ALAYSIA … JKEES July 2009.pdf · ‘ice breaking’, ‘kenali diri’, ceramah motivasi dan tek-nik belajar berkesan Aktiviti ini

Buletin JKEES, Bil. 3 (Julai 2009) - 5

“ Jauh perjalanan, luas pengala-man”. Sinonimnya frasa terse-but dengan aktiviti rutin lawa-

tan teknikal yang dijalankan oleh pihak Jabatan Kejuruteraan Elek-trik, Elektronik dan Sistem (JKEES) tidak dapat disangkal lagi. Tanggal 14 Oktober 2009, para pelajar JKEES sekali lagi menda-pat peluang untuk mengadakan lawatan ke salah sebuah syarikat multinasional tersohor dunia iaitu IBM di Plaza IBM, Damansara Utama, Selangor.

Seramai kira-kira 16 orang pelajar Tahun 4 program Kejurut-eraan Komunikasi dan Komputer telah menyertai rombongan ini yang diiringi oleh 2 orang pen-syarah JKEES, Pn. Siti Salasiah Mokri dan En. Mohd Faisal Ibrahim serta pegawai sains JKEES, Cik Aida Baharuddin.

Lawatan ke syarikat ger-gasi yang diberi jolokan “Big Blue” ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai suasana dan budaya kerja di se-buah syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam industri pengkomputeran. Di samping itu, ia juga bagi menanam minat para pelajar untuk menyelami selok-

belok kerjaya jurutera dalam dunia yang kompetitif dan mencabar.

Rombongan JKEES telah disambut oleh beberapa kakitangan eksekutif IBM antaranya pengurus besar bahagian HR dan pengurus bahagian penyelidikan IBM Malay-sia. Dalam lawatan ini, para pelajar telah diberi taklimat tentang be-berapa perkara berkaitan IBM teru-tamanya servis IT yang dijalankan oleh IBM seperti aplikasi pelayan, servis integrasi komunikasi, servis data dan simpanan serta pelbagai

lagi. Para pelajar juga didedahkan kepada konsep baru perniagaan IBM iaitu “Smarter Planet”yang merangkumi teknik penyelesaian masalah berdasarkan 3I – instru-mented, interconnected dan intelli-gent.

Di akhir sesi lawatan, para pelajar telah dibawa melawat seki-tar pusat operasi IBM di dalam bangunan yang sama. Para pelajar telah berpeluang melihat teknologi perisian dan perkakasan yang di-bangunkan oleh IBM serta melihat suasana tempat kerja yang kondu-sif di pejabat IBM.

Secara keseluruhannya, sasaran lawatan ini telah dapat dicapai dengan jayanya. Lawatan ini menjadi satu lagi titik tolak un-tuk memberi pendedahan awal dan mendekatkan lagi para pelajar dengan dunia pekerjaan yang akan mereka hadapi kelak. Maka, benarlah kata-kata “Jauh per-jalanan, luas pengalaman, tambah pengetahuan”.

Aktiviti Pelajar: Lawatan Pelajar JKEES ke IBM

Page 5 Edisi Julai : Bil. 3

Pelajar mengambil gambar kenangan bersama pensyarah pengiring

Dr. Syuhaimi menerima Anugerah Penyelidik Muda UKM

Artikel ini disumbangkan oleh En. Faisal Ibrahim

Page 6: UNIVERSITI B Edisi Julai : Bil. 3 K M EBANGSAAN ALAYSIA … JKEES July 2009.pdf · ‘ice breaking’, ‘kenali diri’, ceramah motivasi dan tek-nik belajar berkesan Aktiviti ini

Buletin JKEES, Bil. 3 (Julai 2009) - 6

Edisi Julai : Bil. 3

P ada Majlis Kon-vokesyen UKM ke-34 yang lalu, yang

telah berlangsung pada 15-19 Ogos 2009 di De-wan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), seorang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elketronik dan Sistem telah terpilih untuk mene-rima Anugerah Khas iaitu Anugerah Naib Canselor. Adilah Zaira Abu Bakar yang memperolehi Ijazah Sarjanamuda Kejurut-eraan Dengan Kepujian (Cemerlang) dalam bidang Kejuruteraan dan Elektronik dari menerima hadiah wang tunai RM2500 dan buku terbi-tan Penerbitan UKM. Antara kirteria-kriteria yang diambil kira bagi penganugerahan ini adalah mencapai se-kurang-kurangnya PNGK 3.67, sumbangan dengan

cemerlang terhadap pem-bangunan dan kebajikan warga kampus, mengha-rumkan nama university dan lain-lain lagi. Adilah seme-mangnya memenuhi krite-ria-kriteria ini. Beliau bu-kan sahaja mendapat PNGK yang cemerlang malah banyak menyertai pertandinga-pertandingan di peringkat kebangsaan seperti Robocon, CANSAT dan EPSCOM. Beliau juga sangat aktif dengan persatuan IEEE (pelajar) UKM. Beliau adalah penerima Pingat Emas Institut Jurutera Malaysia (IEM) – Best Engineering Student bagi sesi 2008/2009. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Adilah. Tenaga pengajar di JKEES san-gat berbangga dengan pencapaian beliau.

Konvokesyen UKM ke-34 :

Adilah Zaira Menerima Anugerah Naib Canselor

Wajah ceria kedua ibu bapa Adilah diatas pencapaian anak mereka