bil. 4/2020...perancangan skt 2021 oleh setiap unit dan sub kluster. selain itu, program turut...

11
PROGRAM RETREAT DAN SEMINAR PERANCANGAN STRATEGIK (SPS) KLUSTER PENGAJIAN PEMBANGUNAN PENGURUSAN & INOVASI DI HOTEL GRAND RIVERVIEW, KOTA BHARU, KELANTAN PADA 6 - 8 OKTOBER 2020 Bil. 4/2020 Muka Surat 1 HORIZON@INNOVENTURE P ada 5 Oktober 2020 (Isnin), pukul 9.00 malam, seramai 30 orang warga kerja Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, INTAN Jalan Elmu telah menaiki bas ke Kota Bharu untuk menjayakan Program Retreat dan Seminar Perancangan Strategik (SPS) yang berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober 2020. Alhamdulillah, semuanya telah selamat tiba di Hotel Grand Riverview Kota Bharu, Kelantan. Program seterusnya telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Salmah binti Sathiman, Ketua Kluster Inovasi kepada seluruh warga kerja. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi pembentangan Pencapaian SKT 2020 dan Perancangan SKT 2021 oleh setiap unit dan sub kluster. Selain itu, program turut diceriakan dengan sesi ice-breaking oleh 2 orang pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan praktikal di IJE. Sesi ini berjaya memupuk kerjasama dan semangat berpasukan melalui sesi permainan minda dan aktiviti berkumpulan yang santai. Acara kemuncak adalah Majlis Makan Malam yang mana setiap warga kerja wajib mengikut tema Black & Pinkmelalui pakaian dan aksesori masing- masing. Terserlah kreativiti dan inovasi setiap warga kerja di dalam menggayakan penampilan pada malam itu. Pada 8 Oktober 2020 (Khamis), acara penutup telah disempurnakan oleh Ketua Kluster Inovasi pada sebelah pagi. Seluruh warga kerja meninggalkan Kota Bharu dengan seribu pengalaman dan kenangan yang terindah untuk memori bersama. Tahniah Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan & Inovasi!

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PROGRAM RETREAT DAN SEMINAR PERANCANGAN STRATEGIK (SPS) KLUSTER

    PENGAJIAN PEMBANGUNAN PENGURUSAN & INOVASI DI HOTEL GRAND

    RIVERVIEW, KOTA BHARU, KELANTAN PADA 6 - 8 OKTOBER 2020

    Bil. 4/2020

    Muka Surat 1 HORIZON@INNOVENTURE

    P ada 5 Oktober 2020 (Isnin), pukul 9.00 malam, seramai 30 orang warga kerja Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, INTAN Jalan Elmu telah menaiki bas

    ke Kota Bharu untuk menjayakan Program Retreat dan Seminar Perancangan Strategik (SPS) yang berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober 2020.

    Alhamdulillah, semuanya telah selamat tiba di Hotel Grand Riverview Kota Bharu, Kelantan. Program seterusnya telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Salmah binti Sathiman, Ketua Kluster Inovasi kepada seluruh warga kerja.

    Program kemudiannya diteruskan dengan sesi pembentangan Pencapaian SKT 2020 dan Perancangan SKT 2021 oleh setiap unit dan sub kluster. Selain itu, program turut diceriakan dengan sesi ice-breaking oleh 2 orang pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan praktikal di IJE. Sesi ini berjaya memupuk kerjasama dan semangat berpasukan melalui sesi permainan minda dan aktiviti berkumpulan yang santai.

    Acara kemuncak adalah Majlis Makan Malam yang mana setiap warga kerja wajib mengikut tema ‘Black & Pink’ melalui pakaian dan aksesori masing-masing. Terserlah kreativiti dan inovasi setiap warga kerja di dalam menggayakan penampilan pada malam itu.

    Pada 8 Oktober 2020 (Khamis), acara penutup telah disempurnakan oleh Ketua Kluster Inovasi pada sebelah pagi. Seluruh warga kerja meninggalkan Kota Bharu dengan seribu pengalaman dan kenangan yang terindah untuk memori bersama. Tahniah Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan & Inovasi!

  • Muka Surat 2 HORIZON@INNOVENTURE

    Warga Kluster Inovasi turut mengadakan sesi lawatan ke pusat pengeluaran serunding secara komersial di Kg. Laut untuk melihat bagaimana kaedah dan teknologi yang digunakan oleh para pengusaha. Cara pemasaran juga

    disesuaikan dengan keadaan semasa yang terkini melalui tempahan atas talian dan penghantaran terus kepada pengguna melalui kurier. Sekalung penghargaan untuk semua.

  • Muka Surat 3 HORIZON@INNOVENTURE

    INNOVENTURE Di Sana Sini

    WEBINAR KIK DAN HARTA INTELEK

    Tarikh : 5 Oktober 2020 (Isnin) Aplikasi : Zoom

    Objektif :

    Menerangkan konsep asas pelaksanaan Horizon Baharu KIK

    Menerangkan konsep asas dan pelaksanaan pengurusan harta intelek

    Penceramah :

    KIK – Tuan Syed Mohamad Al-Adros bin Tuan Muning, Timbalan Ketua Kluster, Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan & Inovasi

    Harta Intelek – Encik Mohd Ikhwan bin Shahdzul Bakri, Pengarah, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Perbadanan Harta Intelek (MyIPO)

    Bilangan peserta : 100 orang

    KURSUS PENGENALAN HARTA INTELEK DAN PENGKOMERSIALAN BIL. 2/2020

    Tarikh : 13 - 16 Oktober 2020 (Selasa - Jumaat) Aplikasi : Zoom

    Objektif :

    Mendedahkan peserta kursus kepada konsep dan kaedah perlindungan harta intelek dalam sesuatu produk dan perkhidmatan; dan

    Mendedahkan peserta kepada aspek pengembangan produk dan perkhidmatan hasil projek KIK melalui pengurusan pengkomersialan.

    Penceramah:

    Encik Mohd Rizmi Mohd Shapie (MOSTI),

    Puan Nur Syuhada Mohd Syafawi (Perbadanan Harta Intelek),

    YBrs. Prof Madya Dr. Zahira Mohd Ishan (Putra Science Park, UPM),

    Encik Amir Rohaizat dan Tn Hj ‘Azra’I Mohd Shuib (Technology Park Malaysia - TPM).

    Sesi Perkongsian Pengalaman: Rich Tree Sdn Bhd dan Prostrain Technologies Sdn Bhd & Sesi Q&A mengenai pengalaman menjadi incubate di TPM.

    Peserta:

    Pelbagai Jabatan dan Kementerian yang teribat dengan KIK dan Pengkomersialan seperti Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia, Angkatan Tentera Udara Malaysia, MARA, FELDA, INTAN, MAMPU, Jabatan Perdana Menteri (Unit Inovasi)

    Bilangan Peserta: 30 orang

    Wabak COVID-19 tidak menghalang usaha ke arah penambahan ilmu pengetahuan. Sepanjang tempoh PKP/PKPB dari Oktober sehingga Disember 2020, semua seminar bersemuka telah diadaptasi dengan norma baharu secara atas talian seperti aplikasi Zoom, Cisco Webex dan sebagainya. Berikut adalah antara kursus-kursus yang dijalankan sepanjang tempoh berikut :

  • Muka Surat 4 HORIZON@INNOVENTURE

    INNOVENTURE Di Sana Sini

    KURSUS PENGURUSAN BENCANA 2020

    Tarikh : 3 - 5 November 2020 (Selasa - Khamis) Aplikasi : Zoom

    Objektif:

    Mengenalpasti kaedah dan pendekatan yang betul berkenaan pengurusan bencana berdasarkan kepada Arahan MKN No. 18, 20 & 21

    Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya bencana dan cara-cara mengatasinya berdasarkan kepada kajian dan pengalaman agensi yang terlibat dalam operasi medan

    Merangka pelan pengurusan bencana yang sesuai untuk dilaksanakan

    Penceramah:

    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Penerangan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Peserta :

    Kakitangan INTAN dan kampus wilayah.

    Bilangan peserta : 30 orang

    BENGKEL KIK DAN DESIGN THINKING JPA

    Tarikh : 11 - 12 November 2020 (Rabu - Khamis) Aplikasi : Zoom

    Objektif :

    Menerangkan konsep Horizon baru KIK kepada para pegawai yang terlibat KIK di JPA dan INTAN.

    Menerangkan konsep radas Design Thinking dalam projek KIK.

    Mengaplikasikan elemen kreativiti dalam projek KIK.

    Penceramah:

    Encik Mohd Apandi Aini, Dr. Norasyikin Shaikh Ibrahim dan Tuan Syed Mohamad Al-Adros Tuan Muning

    Peserta:

    Pegawai Jabatan Perkhidmatam Awam (JPA) dan INTAN

  • Muka Surat 5 HORIZON@INNOVENTURE

    INNOVENTURE Di Sana Sini

    LAPORAN ANALISIS KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN SIRI 1

    Tarikh : 8 Oktober 2020

    Masa : 10.30 pagi- 12.30 tengah hari

    Aplikasi : Cisco Webex

    PENDAHULUAN

    Sub-kluster Komunikasi telah melaksanakan satu kursus secara dalam talian iaitu

    Kursus Berkomunikasi Berkesan Siri 1. Kursus Komunikasi Berkesan telah

    dibahagikan kepada dua siri yang menekankan kepada aspek-aspek komunikasi

    yang berbeza yang dilaksankan khas untuk warga INTAN.

    1.1 Maklumat Kursus

    Penceramah bagi Kursus Komunikasi Berkesan Siri ini ialah dua pengawai

    daripada sub-kluster komunikasi iaitu Puan Suzana binti Ibrahim dan Puan

    Rohaizan binti Daud. Peserta yang ingin menghadiri kursus ini boleh mendaftar

    dengan mengimbas kod QR yang ada di poster hebahan atau menekan pautan

    yang dihebah bersama-sama poster. Kursus selama dua jam ini telah

    dilaksanakan di bilik I-tech, Bangunan i-MATEC, INTAN Bukit Kiara dan disertai

    oleh 42 orang yang terdiri daripada pengawai dan staf INTAN.

    1.2 Objektif Kursus

    Dengan menyertai kursus ini, peserta diharapkan untuk dapat:

    Mengenali tahap komunikasi diri,

    Menyenaraikan cara-cara mengatasi halangan berkomunikasi dan;

    Mengaplikasikan intipati komunikasi asertif

    2.0 INPUT KURSUS

    Kursus Komunikasi Berkesan Siri 1 ini mempunyai banyak input yang berfaedah dalam komunikasi

    seharian. Bagi Siri 1, penekanan dilakukan kepada lima perkara dalam komunikasi yang menjadikan

    input berguna kepada para peserta.

    2.1 Personaliti Komunikasi

    Kursus dimulakan dengan ujian personaliti yang dilakukan terhadap para peserta di mana satu lukisan

    yang penuh dengan haiwan tersembunyi yang merupakan simbol yang membawa makna kepada

    personaliti para peserta. Selain itu, memberi pendedahan mengenai pemikiran separuh sedar

    manusia.

    2.2 3V- Mehrabian Rule

    Seterusnya,peserta diberi pendedahan terhadap Mehrabian Rule yang berdasarkan kajian Dr. Albert

    Mehrabian, komunikasi manusia memberi impak dalam tiga cara iaitu 3V yang merupakan Verbal,

    Vocal dan Visual.

    2.3 Halangan Komunikasi

    Peserta dapat mengetahui faktor-faktor yang membawa kepada halangan komunikasi dalam kehidupan

    seharian sama ada semasa bekerja atau bersosial. Di samping itu, para peserta juga dapat mengetahui

    cara-cara mengatasi halangan berkomunikasi.

    2.4 Komunikasi Asertif

    Dalam sesebuah organisasi, terdapat tiga jenis komunikasi yang sering berlaku dan dengan input ini,

    peserta dapat mengenal pasti ciri-ciri komunikasi yang betul dalam berkomunikasi di tempat kerja.

    2.5 Audit Komunikasi Diri

    Peserta dapat mengenal pasti ciri-ciri komunikasi yang betul, cara mengatasi halangan berkomunikasi

    dan cara berkomunikasi dengan personaliti berbeza dengan betul dalam kehidupan seharian.

    3.0 Maklum Balas Peserta

    Para peserta memberi maklum balas yang positif dan walaupun kursus dilakukan secara dalam talian,

    interaksi antara penceramah dan peserta amat memberansangkan. Bagi mengelak masalah gangguan

    berlaku semasa kursus dijalankan, kesemua peserta disenyapkan, tetapi peserta masih aktif

    berinteraksi dan menanyakan soalan di ruangan chat yang tersedia di aplikasi Cisco Webex. Para

    penceramah juga tiada masalah dalam menjawab soalan yang ditujukan dan peserta berpuas hati

    dengan input yang diperolehi. Malah, ramai peserta yang meminta agar Kursus Komunikasi Berkesan

    Siri 2 dilaksanakan dengan segera.

    4.0 Kesimpulan

    Kursus yang dilaksanakan selama dua jam dengan 42 orang peserta ini menunjukkan maklum balas

    yang positif dan berjaya mencapai objektif seperti yang dirancang. Semua input yang diberikan sema-

    sa kursus ini diharapkan dapat memberi perubahan baik dalam cara komunikasi seharian. Kursus

    Komunikasi Berkesan Siri 2 akan dilaksanakan pada 11 November 2020 pada masa dan aplikasi yang

    sama sekiranya tiada perubahan.

  • Muka Surat 6 HORIZON@INNOVENTURE

    INNOVENTURE Di Sana Sini

    LAPORAN ANALISIS KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN SIRI 2

    Tarikh : 11 November 2020

    Masa : 10.30 pagi- 12.30 tengah hari

    Aplikasi : Cisco Webex

    PENDAHULUAN

    Sub-kluster Komunikasi telah melaksanakan satu kursus secara dalam talian iaitu

    Kursus Berkomunikasi Berkesan Siri 2. Kursus Komunikasi Berkesan telah

    dibahagikan kepada dua siri yang menekankan kepada aspek-aspek komunikasi

    yang berbeza yang dilaksanakan khas untuk warga INTAN akan tetapi atas

    sambutan yang baik diberikan untuk siri 1, kursus dibuka kepada semua penjawat

    awam.

    1.1 Maklumat Kursus

    Penceramah bagi Kursus Komunikasi Berkesan Siri ini ialah dua pengawai

    daripada sub-kluster komunikasi iaitu Puan Suzana binti Ibrahim dan Puan

    Rohaizan binti Daud. Peserta yang ingin menghadiri kursus ini boleh mendaftar

    dengan mengimbas kod QR yang ada di poster hebahan atau menekan pautan

    yang dihebah bersama-sama poster. Kursus selama dua jam ini telah

    dilaksanakan di Bilik Mesyuarat A, INTAN Jalan Elmu dan disertai oleh 38 orang

    yang terdiri daripada penjawat awam seluruh Malaysia.

    1.2 Objektif Kursus

    Dengan menyertai kursus ini, peserta diharapkan untuk dapat:

    Mengendalikan komunikasi konflik dengan berkesan,

    Mendemostrasikan ciri komunikasi yang berkesan dan;

    Mengenalpasti komunikasi strategik untuk peribadi dan profesional

    2.0 INPUT KURSUS

    Kursus Komunikasi Berkesan Siri 2 ini mempunyai banyak input yang berfaedah yang menekankan

    kepada komunikasi seharian. Bagi Siri 2, penekanan dilakukan kepada empat perkara dalam komu-

    nikasi yang menjadikan input berguna kepada para peserta.

    2.1 Konflik Komunikasi/Komunikasi Konflik

    Kursus dimulakan dengan penerangan mengenai maksud konflik dan punca timbulnya konflik dalam

    komunikasi harian. Peserta juga dimaklumkan mengenai kesan positif dan negatif konflik yang berlaku

    dalam kehidupan serta kepelbagaian konflik itu sendiri.

    2.2 Gaya Pengurusan Konflik

    Seterusnya, peserta diberi pendedahan mengenai gaya-gay dalam pengendalian konflik. Peserta

    diminta untuk melakukan ujian untuk mengenali gaya diri dalam menguruskan konflik dalam konteks

    komunikasi. Para peserta diminta untuk menjawab soalan Thomas-Kilman yang disediakan

    menggunakan platform ‘google form’ dengan menekan pautan yang diberi diruangan ‘chat’. Selepas

    selesai, peserta diminta untuk mengira jumlah skor dan dengan jumlah skor yang diperoleh itu dapat

    mengenalpasti gaya pengurusan konflik para peserta. Terdapat lima gaya pengurusan konflik dalam

    konteks komunikasi iaitu bersaing, bekerjasama, bertolak ansur, mengelak dan memenuhi. Setiap gaya

    ini memerlukan keseimbangan yang tersendiri untuk memperoleh pengurusan konflik yang efisien

    dalam komunikasi. Para peserta juga didedahkan dengan tanda-tanda wujud konflik, cara-cara menge-

    lak konflik serta resolusi konflik dalam komunikasi harian.

    2.3 Komunikasi Strategik

    Peserta mendapat input mengenai empat cara strategik dalam mengatasi konflik komunikasi iaitu

    jelaskan isu yang timbul dan selesaikan dengan segera,tetapkan objektif yang jelas, bina kemahiran

    mendengar dan kenali serta hormati perbezaan peribadi. Peserta juga didedahkan dengan impak

    komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian.

    2.4 Profail Komunikasi

    Kursus kemudiannya diakhiri dengan input yang terakhir iaitu profail komunikasi berkesan yang

    dipengaruhi oleh tiga ciri iaitu sikap, pengetahuan dan kemahiran. Dengan mengetahui profail komu-

    nikasi yang betul, peserta boleh membuat penambahbaikan dalam komunikasi harian untuk mencapai

    komunikasi berkesan.

    3.0 Maklum Balas Peserta

    Para peserta memberi maklum balas yang positif dan walaupun kursus dilakukan secara dalam talian,

    interaksi antara penceramah dan peserta amat memberansangkan. Bagi mengelak masalah gangguan

    berlaku semasa kursus dijalankan, kesemua peserta disenyapkan, tetapi peserta masih aktif

    berinteraksi dan menanyakan soalan di ruangan chat yang tersedia di aplikasi Cisco Webex. Para

    penceramah juga tiada masalah dalam menjawab soalan yang ditujukan dan peserta berpuas hati

    dengan input yang diperolehi. Sesetengah peserta mengalami kesukaran dalam memahami ujian

    personaliti pengendalian konflik tetapi masalah ini dapat ditangani dengan segera apabila diterangkan

    semula oleh penceramah. Dengan target peserta yang berbeza daripada kursus siri 1, maklum balas

    peserta masih lagi baik dan memuaskan.

    4.0 Kesimpulan

    Kursus yang dilaksanakan selama dua jam dengan 38 orang peserta ini menunjukkan maklum balas

    yang positif dan berjaya mencapai objektif seperti yang dirancang. Kursus Komunikasi Berkesan Siri 2

    ini lebih menekankan konflik komunikasi dan semua input yang diberikan semasa kursus ini diharapkan

    dapat memberi perubahan baik dalam cara komunikasi seharian.

  • Muka Surat 7 HORIZON@INNOVENTURE

    INNOVENTURE Di Sana Sini

    SESI RAKAMAN VIDEO PEMBELAJARAN

    Etiket di Meja Makan

    8 & 15 Disember 2020

    Dewan Makan VIP, INTAN Jalan Elmu

    Sub Kluster Komunikasi telah mengadakan sesi rakaman video yang bertajuk

    Etiket Di Meja Makan. Rakaman video ini adalah sebagai salah satu inisiatif dalam

    menghasilkan kepelbagaian pola pembelajaran (blended learning), terutama sekali

    dalam situasi normal baharu yang akan lebih cenderung kepada pembelajaran

    secara dalam talian.

    Tujuan utama penghasilan video ini adalah untuk mendokumenkan pengetahuan

    tersirat (tacit knowledge) agar ia boleh dikembangkan kepada lebih ramai tenaga

    pengajar INTAN untuk disampaikan kepada peserta kursus, seterusnya

    diaplikasikan oleh seluruh Perkhidmatan Awam.

    Video ini dihasilkan dengan inisiatif pegawai-pegawai Sub Kluster Komunikasi

    sendiri tanpa melibatkan sebarang perolehan kewangan.

    Terima kasih diucapkan kepada Unit Pentadbiran Kluster Inovasi yang telah

    memberikan sokongan padu dan kerjasama yang terbaik sepanjang proses

    rakaman video ini berlangsung.

    Terima kasih juga diucapkan kepada pelajar latihan industri, serta beberapa rakan

    lain yang turut membantu di dalam pembikinan video pembelajaran ini.

    KURSUS PEMANTAPAN IDENTITI MIROS (MALAYSIA INSTITUTE OF ROAD

    SAFETY RESEARCH) : PROTOKOL & PENGURUSAN MAJLIS

    INTAN telah meneruskan SIRI Kursus Pemantapan Identiti MIROS dengan

    kaedah kursus di dalam talian.

    Siri kursus ini disambung daripada kursus di dalam kelas yang telah dijalankan

    sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Kursus SIRI 2

    bertajuk Etiket Sosial telah diadakan pada 23 Oktober 2020 melalui aplikasi Cisco

    Webex. Seramai 37 orang peserta telah menyertai kursus ini daripada pelbagai

    lapisan pegawai dan kakitangan termasuk pengurusan tertinggi MIROS.

    KURSUS PEMANTAPAN IDENTITI MIROS (MALAYSIA INSTITUTE OF ROAD

    SAFETY RESEARCH) : PROTOKOL & PENGURUSAN MAJLIS

    Selepas siri kursus pada bulan Oktober, INTAN telah meneruskan lagi Siri Kursus

    Pemantapan Identiti Miros melalui kaedah kursus di dalam talian.

    Kursus Siri 3 ini pula bertajuk Protokol, dan telah diadakan pada 27 November

    2020 melalui aplikasi Cisco Webex. Seramai 42 orang peserta telah menyertai

    kursus ini daripada pelbagai lapisan pegawai dan kakitangan termasuk

    pengurusan tertinggi MIROS

  • Muka Surat 8 HORIZON@INNOVENTURE

    Jasamu dikenang

    PROGRAM GOTONG-ROYONG INTAN JALAN ELMU ANJURAN MAJLIS PERWAKILAN PESERTA PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM INTAN PENGGAL 2 TAHUN 2020

    Tarikh : 24 Oktober 2020 (Sabtu) Masa : 8:30 pagi – 5:00 petang Tempat : Sekitar kawasan asrama INTAN Jalan Elmu Peserta : Sidang 4 (Lasykar) dan Sidang 5 (Rentaka)

    PENDAHULUAN

    Satu program Gotong Royong INTAN Jalan Elmu anjuran Majlis Perwakilan Peserta Program DPA INTAN Penggal 2 Tahun 2020 telah diadakan pada 24 Oktober 2020 (Sabtu). Program ini

    merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak MPP sebagai salah satu usaha untuk meninggalkan legasi batch Bitarawangsa di INTAN Jalan Elmu disamping memupuk semangat kerjasama berpasukan, memperkukuh keharmonian antara peserta dan pihak pentadbir INTAN Jalan Elmu serta membina sikap proaktif dan inovatif dalam kalangan peserta Program DPA INTAN Tahun 2020.

    JAWATANKUASA PROGRAM

    Berikut merupakan ahli jawatankuasa bagi Program Gotong Royong INTAN Jalan Elmu :

    Penaung Projek Zulkifly bin Mohd Yunus

    Badan Penyelaras

    Ketua Sidang dan Penolong Ketua Sidang 4 dan 5

    Pengarah – Pengarah Projek

    Mohamad Shahrul bin Mohd Shafie (Projek 1) Namirah binti Marzuki (Projek 2) Zulfahmi bin Mohamad Rashid (Projek 3)

    Annur Jalilah binti Ramlan (Projek 4) Marzuki bin Mustaffa (Projek 5)

    Setiausaha Dayang Shuzaidah Abduludin

    Bendahari

    Muhammad Nuraizat bin Azman

    Logistik

    Nor Akhmal Haqim bin Sarip

    PROJEK

    Secara keseluruhannya, lima projek utama telah dijalankan pada 24 Oktober 2020 (Sabtu) dan perincian setiap projek adalah seperti jadual di bawah : Projek 1: Mengecat dinding di sekeliling kawasan perhimpunan Ringkasan perjalanan projek Aktiviti ini telah melibatkan penyertaan dari peserta Sidang 4 dan 5. Aktiviti bermula pada pukul 9:30 pagi dan peserta yang terlibat bertugas mengikut jadual yang telah disediakan bagi memastikan SOP Covid-19 dipatuhi sepenuhnya. Proses kerja dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: -membersih kotoran pada dinding. -mengecat lapisan pertama dengan cat kapur. -mengecat lapisan kedua dan ketiga dengan cat minyak). Proses mengecat selesai sepenuhnya pada pukul 12:30 tengahari dan aktiviti pembersihan peralatan dan kawasan tapak dilakukan selepas solat Zuhur. Impak/manfaat projek Selepas proses mengecat selesai, dinding dan tapak bendera kelihatan lebih baik daripada keadaan asal serta kawasan tapak perhimpunan akan lebih terpelihara daripada kotoran dan kesan perubahan cuaca. Masalah/Kekangan yang dihadapi Kawasan dinding mengalami kerosakan yang teruk kerana struktur konkrit yang telah rosak menyukarkan proses pembersihan dijalankan. Kewangan yang terhad menyebabkan pemilihan warna cat terkekang. Pencapaian Projek ini telah siap sepenuhnya. Projek 2: Penghasilan mural dinding Ringkasan perjalanan projek Proses menghasilkan mural telah dilaksanakan di dinding asrama Blok AB berhadapan dengan Dewan Makan. Pemilihan tempat adalah berdasarkan pertimbangan untuk menceriakan disamping menghidupkan dinding yang kosong dengan melakar lukisan mural. Proses menghasilkan mural melibatkan beberapa proses termasuk melakar lukisan mural, mewarna lakaran dan menulis kata-kata hikmah. Projek ini telah melibatkan penyertaan pesera dari Sidang 4 dan 5. Impak/manfaat projek Antara impak yang dapat dibawa daripada projek ini adalah: -Memanfaatkan dan menceriakan dinding yang kosong daripada terbiar. -Sebagai mercu tanda Bitarawangsa. -Membentuk semangat kerjasama dalam kalangan semua peserta. Masalah/Kekangan yang dihadapi Masalah/kekangan dapat dikenalpasti dari segi masa yang singkat untuk menyempurnakan keseluruhan proses serta pilihan warna cat yang terhad. Pencapaian Projek ini telah selesai sepenuhnya. Projek 3: Mengecat kerusi dan meja besi di hadapan pintu masuk ke lobi asrama Ringkasan perjalanan projek Projek ini bertujuan untuk menceriakan semula meja dan kerusi besi di hadapan pintu masuk ke lobi asrama dengan mengecat semula kerusi dan meja dengan pemilihan warna-warna baru. Projek ini dibahagikan kepada beberapa sesi iaitu sesi pagi, tengahari dan petang bagi memastikan semua peserta dapat terlibat dengan projek dan juga sebagai Langkah untuk mematuhi SOP Covid-19. Impak/manfaat projek Menghidupkan kembali seri warna kerusi dan meja besi yang telah pudar. Menceriakan kawasan hadapan Lobi asrama yang juga merupakan kawasan tumpuan peserta dan pelawat. Membina sikap bekerjasama dalam satu pasukan dalam menyempurnakan suatu tugasan. Masalah/Kekangan yang dihadapi Memakan masa yang panjang untuk memperkemas cat pada setiap kerusi dan meja besi. Pencapaian Projek ini telah selesai sepenuhnya.

    PROJEK

    Projek 4: Menggubah hias lobi asrama Ringkasan perjalanan projek Gerak kerja projek merubah hias lobi asrama bermula pada pukul 3:30 petang selepas semua keperluan hiasan diperolehi. Projek ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian termasuk: Menghias kawasan ‘reading gorner’ dengan memotong rumpur hiasan, menyusun pokok hiasan dan menyediakan rak buku. Bagi bahagian ‘game corner’ wallpaper setinggi 3 meter telah dipasang dan akan dilengkapi dengan papan permainan dart dan beberapa set ‘board games’. Perabot kerusi dan meja kayu sedia ada telah dicat semula menggunakan cat shelek kayu. Impak/manfaat projek Antara impak daripada projek ini termasuklah; Meningkatkan budaya membaca dalam kalangan peserta dengan menggalakkan aktiviti pembacaan santai. Mewujudkan sebuah ruangan untuk para peserta melakukan aktiviti yang menyeronokan disamping dapat menghilangkan stress selain dari aktiviti riadah. Memperindah ruang Lobi asrama yang menjadi laluan utama orang ramai. Masalah/Kekangan yang dihadapi Kesukaran untuk mendapatkan harga barangan hiasan pada harga yang berpatutan. Kesukaran mendapatkan barangan tertentu kerana kekangan masa dan sumber untuk mendapat-kan keperluan projek. Pencapaian Aktiviti mengilatkan kerusi meja telah siap sepenuhnya. Aktiviti menghias ‘Reading Corner’ telah siap dan bersedia untuk menerima sumbangan bahan bacaan. Kawasan ‘Game Corner’ telah siap dipasang dengan wallpaper, namun masih tidak dilengkapi dengan papan dart dan board games. Alatan permainan tersebut telah ditempah melalui Shopee dan akan diletakkan ruangan tersebut setelah pesanan tiba. Projek 5: Penghasilan banner di sepanjang koridor asrama Ringkasan perjalanan projek Aktiviti ini telah melibatkan penyertaan dari peserta Sidang 4 dan 5. Aktiviti bermula pada pukul 9:30 pagi dengan melibatkan 2 orang pereka grafik dan 3 orang Content Creator. Proses kerja dibahagikan kepada 2 fasa iaitu: Fasa pertama melibatkan penghasilan rekabentuk banner yang sesuai. Dua cadangan akan dicadangkan kepada pihak INTAN Jalan Elmu bagi proses pemilihan rekabentuk. Fasa kedua melibatkan kerja-kerja pencetakan banner dan pemasangan yang dijangka akan dipasang semasa minggu pertama Minggu Sintesis. Impak/manfaat projek Projek ini akan memberi impak dari segi menghidupkan laluan di sepanjang koridor asrama selain sebagai legasi tinggalan Bitarawangsa. Masalah/Kekangan yang dihadapi Masa diperlukan bagi menghasilkan rekabentuk yang sesuai. Pencapaian Kerja penghasilan rekabentuk banner telah mencapai tahap 95% dan kerja-kerja pemurnian kandungan dan rekabentuk sedang dalam proses.

  • HORIZON@INNOVENTURE Muka Surat 9

    Sudut kreativiti & inovasi

    Nukilan daripada Encik Nor Azhar bin Roslan a.k.a Tom Jerry yang penuh dengan madah yang boleh dikongsikan untuk renungan kita bersama. Syabas!

  • Muka Surat 10 HORIZON@INNOVENTURE

    ULASAN BUKU

    Judul : Penyeliaan Berkesan

    Penulis : Chek Mat

    Penerbit : Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

    Halaman : 208 muka surat

    Pengulas : Puan Nur Hidayatul Pathi Abdullah, Perunding Latihan,

    Sub Kluster Pembangunan Pengurusan, Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan & Inovasi

    Call Number : 658.302 CHE

    Buku ini hasil daripada penelitian ilmiah pengarang berkenaan Penyeliaan Berkesan daripada perspektif penjawat awam. Sekiranya diteliti akan judul buku ini, tema penting yang ingin dikemukakan oleh pengarang ialah kepentingan penyeliaan berkesan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Dalam bab pertama buku yang mengandungi 3 bab ini, penulis telah menerangkan cabaran utama seperti perubahan globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat telah memberikan impak besar bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan pengurusan tertinggi dan pertengahan tetapi juga terhadap kerjaya para penyelia. Tugas dan peranan penyelia telah berkembang daripada hanya menjadi ketua di peringkat organisasi yang berperanan mengawasi dan mendisiplinkan pekerja-pekerja bawahan kepada jurulatih, penasihat, mentor dan fasilitator. Penulis juga menyenaraikan 5 (lima) tugas dan peranan penyelia iaitu pengantara pihak pengurusan dengan pekerja bawahan, key person dalam penyelesaian konflik pekerja, orang tengah di antara pihak pengurusan dan pekerja, ketua unit dan pakar perlakuan dalam organisasi.

    Dalam bab kedua, penulis berpandangan bahawa konsep ‘pengurusan penyeliaan’ perlu dilihat dari perspektif baru yang lenih global. Organisasi kini memandang penting peranan penyelia untuk menguruskan pelbagai tugas berbanding hanya memfokuskan pada pengkhususan tugas. Bab ini juga menerangkan hierarki organisasi penyeliaan yang terdiri daripada 4 lapisan iaitu pekerja operasi yang berada di lapisan paling bawah, diikuti penyelia, pengurus pertengahan dan pengurus tertinggi yang berada di lapisan paling tinggi. Berdasarkan hierarki tersebut, penulis menjelaskan penyelia boleh dianggap sebagai pengurus yang tidak mengurus pengurusan-pengurusan atasan. Justeru itu, penyelia juga terlibat dalam proses pengurusan urusan yang memfokuskan 4 (empat) bidang iaitu merancang, menyelaras, memimpin dan mengawal.

    Buku ini seterusnya menghuraikan Peringkat-Peringkat Penyeliaan dalam bab ketiga yang juga merupakan bab terakhir. Menurut penulis pengorganisasian diasaskan kepada penyusunan kumpulan tenaga kerja, penyediaan sumber-sumber dan tugasan kerja jabatan yang membolehkan semua aktiviti dilaksanakan sebagaimana yang dirancangkan. Pakar-pakar pengurusan telah melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan pembangunan organisasi yang telah menjadi garis panduan kepada para penyelia untuk melaksanakan operasi. Terdapat 4 bidang yang perlu diberi perhatian iaitu pengkhususan kerja, keragaman arahan, kepatuhan terhadap autoriti dan skop kawalan serta seliaan.

    Secara keseluruhannya, initipati buku ini amat relevan dan sesuai dijadikan panduan seseorang individu yang berada di dalam sesuatu organisasi terutamanya penjawat awam kerana banyak memberikan contoh-contoh yang berlaku dalam perkhidmatan awam. Gaya bahasa dalam penulisan yang disampaikan oleh penulis ini berupaya membuatkan pembaca memahami konsep penyeliaan berkesan dengan mudah.

  • HORIZON@INNOVENTURE Muka Surat 11

    Berita Perjawatan KLUSTER PENGAJIAN PEMBANGUNAN PENGURUSAN &

    INOVASI (oktober– disember 2020)

    BERTUKAR MASUK

    Selamat Datang

    Cik Rohaniza binti Ishak Pegawai Tadbir Kluster

    Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan & Inovasi, INTAN Jalan Elmu mulai 5 Oktober 2020 dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan

    Puan Azliza binti Mohamed Aziz Pembantu Awam

    Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan & Inovasi, INTAN Jalan Elmu mulai 14 Disember 2020 dari Unit Domestik, INTAN Bukit Kiara

    BERTUKAR KELUAR

    Terima kasih dan Semoga Sukses Selalu

    Encik Mohd Ramesh bin Krishna Mantan Timbalan Kluster

    Sub Kluster Pembangunan Pengurusan Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan & Inovasi, INTAN Jalan Elmu

    bertukar keluar ke Kementerian Kesihatan Malaysia mulai 19 November 2020

    Diterbitkan oleh: Unit Perpustakaan, Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi

    Kampus INTAN Jalan Elmu

    KLUSTER PENGAJIAN PEMBANGUNAN PENGURUSAN DAN INOVASI KAMPUS INTAN JALAN ELMU

    JALAN ILMU OFF JALAN UNIVERSITI 59100 KUALA LUMPUR

    Tel : 03-7966 1555 Fax : 03-7955 4757 www.intanbk.intan.my

    BUKU-BUKU PILIHAN@PUSAT SUMBER INTAN JALAN ELMU

    CALL NUMBER :

    658.4063 HBR

    CALL NUMBER :

    658.872 ROS

    CALL NUMBER :

    158 DUH

    CALL NUMBER :

    004.068 SAL