program 1 hari bersama kmj tahun 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ice breaking 4. ajk ceramah...

14
LAPORAN PROGRAM Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 ANJURAN: UNIT MATEMATIK KOLEJ MATRIKULASI JOHOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TEMPAT: SMK TUN MAMAT TANGKAK, JOHOR TARIKH: 21 Januari 2017

Upload: others

Post on 22-Oct-2019

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

LAPORAN PROGRAM

Program 1 hari bersama kmj

TAHUN 2016

ANJURAN:

UNIT MATEMATIK

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TEMPAT:

SMK TUN MAMAT

TANGKAK, JOHOR

TARIKH:

21 Januari 2017

Page 2: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

1.0 PENDAHULUAN

Pada 21 Januari 2017 yang lalu, Unit Matematik Kolej Matrikulasi Johor telah menganjurkan program

khidmat masyarakat bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, Tangkak, Johor. Tempoh

masa perlaksanaan adalah selama 5 jam. Dalam tempoh ini pelbagai pengisian aktiviti telah dijalankan

untuk mencapai objektif dan sasaran yang telah digariskan disamping memberikan sumbangan kepada

komuniti luar.

2.0 TUJUAN

Program 1 Hari Bersama KMJ merupakan satu program khidmat masyarakat untuk mempromosikan

program matrikulasi KPM kepada pelajar- pelajar sekolah. Selain itu, program ini bertujuan untuk

memupuk sikap belajar yang positif dan menarik minat pelajar terhadap subjek Matematik. Melalui

aktiviti ‘Explorace Maths’, ‘Smart Calculator’ dan ‘Smart Learning’, pelajar dapat memupuk sikap

kerjasama di antara mereka dan meningkatkan ilmu matematik untuk dipraktikkan dalam kehidupan

harian.

3.0 JAWATANKUASA INDUK

Jawatankuasa Induk Program 1 Hari Bersama KMJ 2016

Penyelaras : Lim Hwee Cheng

Pen. Penyelaras : Nurul ‘Aliyah Binti Hassan

Setiausaha 1 : Maizatol Husna Bt Mohamad Helni

Setiausaha 2 : Maizatul Akmar Bt Baharom

Bendahari 1 : Nur Hidayah Binti Ahmad

Bendahari 2 : Mahanom Bt Abd Ghafor

Page 3: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

4.0 JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA KERJA / JUSTIFIKASI TUGAS

Bil Jawatankuasa / Nama Tugas

1. Penyelaras Program

Lim Hwee Cheng

Penolong Penyelaras Program

Nurul ‘Aliyah Bt Hassan

Setiausaha

1. Maizatol Husna Bt Mohamad

Helni

2. Maizatul Akmar Bt Baharom

Bendahari

1. Nur Hidayah Bt Ahmad

2. Mahanom Bt Abd Ghafor

• Merangka dan merancang program

dengan selengkapnya

• Memantau segala gerakkerja bagi

setiap ahli jawatankuasa supaya

tugas yang diamanahkan dapat

dijalankan dengan penuh

tanggungjawab.

• Menguruskan setiap urusan surat-

menyurat KMJ ~ SMK TUN

MAMAT

• Menyimpan segala rekod minit /

surat sepanjang program

• Menjadi juruacara pada majlis hari

program

• Mengutip derma / bantuan

kewangan untuk program 1kmj

• Menyediakan hadiah / Cenderamata

untuk pihak sekolah

• Membuat anggaran perbelanjaan

Page 4: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

3.

AJK Promosi Program Matrikulasi

Abdul Razak bin Azit

Norsyazwani Binti Ismail

Nik Maznah Binti Nik Abdullah

• Menyediakan bahan persembahan

untuk mempromosi program

matrikulasi KPM dan menarik minat

pelajar-pelajar ke program matrikulasi.

• ICE BREAKING

4. AJK Ceramah Motivasi

Roslina binti Mustafa

Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir

• Mencari bahan / maklumat yang sesuai

untuk memupuk semangat dan motivasi

untuk belajar

5.

AJK Aktiviti Explorace Math

Sarah Afifah bt Muhammad Ghazali

Nurul Dasila bt Mat Daud

Nor Aishah bt Sulaiman

Boon Kok Siong

Nurisya Binti Mohd Zulkefli

Rahmah Binti Abdul Ghani

Nurul Jannah bt Shamsuri

• Merancang permainan / aktiviti

matematik yang berbentuk aplikasi

matematik dan HOT.

• Menyediakan segala bahan keperluan

6. AJK Smart Calculator

Ng Geok Yan

Jalilah Bt Rubai

Syahida Bt Samsudin

• Merancang bentuk aktiviti

• Menentukan fungsi-fungsi kalkulator

yang boleh digunakan untuk

membantu dalam PdP

7. AJK Smart Learning

Mohd Yasin bin Akob

Mohd Ainan Bin Mohamad Anual

Hafizatunnisa’ Binti Hj. Sadikan

Azizan Bt Said

• Merancang bentuk aktiviti

• Mencari aplikasi percuma seperti

Graph Sketching App / Math GV

untuk disarankan kepada para pelajar

Page 5: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

8.

AJK Kawalan Disiplin Peserta

Haslinda binti Baharin

Noraijasykin Bt Mahsin

Halimatul Saadiah Binti Hashim

• Mengawal disiplin dan keselamatan

para peserta pada hari program

9. AJK Jamuan

Rozana bt Abd Manap

Harnita Bt Haris

Nur Zuliana Bt Mustafa

• Menguruskan tempahan makanan (

Minum pagi / Makan Tengah hari )

untuk pensyarah dan peserta

mengikut peruntukan

10. AJK Dokumentasi & Laporan

Azizan Bin Wakis

Norul Hidayah bt Abdullah

Norul Azliza Bt Ab Rashid

• Membuat rakaman dalam bentuk

gambar / video untuk tujuan laporan

aktiviti

• Menyediakan laporan dalam tempoh

3 minggu selepas aktiviti

4.0 PERSIAPAN AWAL PROGRAM

Persiapan untuk program ini telah dibahagikan mengikut jawatankuasa yang telah disenaraikan

seperti di atas. Beberapa kali perjumpaan dan perbincangan telah dijalankan bagi memastikan

program yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Page 6: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

5.0 ATUR CARA PROGRAM

Tarikh : 21 Januari 2017 ( 7:30 pg – 1:00 tghari)

Tempat : Dewan Tun Mamat SMK Tun Mamat

Tentatif

7: 30 am : Pendaftaran peserta dan berkumpul di tempat program

8:00 am : Taklimat ringkas perjalanan program

8:30 am : Ice Breaking / Promosi Kmj

9:30 am : Ceramah Motivasi

10 00 am : Minum pagi

10:30 am :` Aktiviti-aktiviti Matematik

12.00 : Penyampaian hadiah explorace

12:30 pm : Berkumpul di Dewan Tun Mamat

Penyampaian Cenderamata

Bersurai

6.0 PERJALANAN AKTIVITI

Program bermula dengan pendaftaran peserta program yang pada jam 7.30 pagi yang diuruskan oleh

AJK pendaftaran bertempat di pintu masuk Dewan Tun Mamat. Sewaktu pedaftaran, peserta akan terus

dibahagikan mengikut tiga kumpulan aktiviti sama ada ‘Explorace Maths’, ‘Smart Calculator’ dan

‘Smart Learning’.

Page 7: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

Sebaik sahaja pendaftaran selesai, taklimat ringkas program diberikan pada jam 8.00 pagi di dalam

Dewan Tun Mamat. Taklimat program diberikan oleh En. Abdul Razak Bin Azit.

Aktiviti program ini dimulakan dengan aktiviti’ ice breaking’ yang dikendalikan oleh kaunselor

dari Kolej Matrikulasi Johor. Aktiviti ini memakan masa selama 20 minit. Selepas itu, ceramah ringkas

Page 8: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

bagi mempromosikan program matrikulasi diberikan kepada peserta. Ini adalah sebagai langkah untuk

menarik minat peserta program untuk melanjutkan pelajaran di matrikulasi selepas tamat persekolahan.

Program diteruskan dengan ceramah motivasi selama 30 minit yang dikendalikan oleh wakil

pensyarah matematik iaitu Pn. Roslina Bt Mustafa. Pengisian ceramah adalah untuk menambah minat

peserta dalam subjek matematik dengan mendedahkan kepentingan matematik dalam kehidupan

seharian.

Pada jam 10.00 pagi, kesemua peserta dan pensyarah yang terlibat berehat selama 30 minit bagi

minum pagi. Makanan pagi peserta disediakan oleh pihak penganjur di kantin sekolah. Selepas minum

pagi, peserta dikehendaki bergerak mengikut tiga kumpulan yang telah ditetapkan sewaktu pendaftaran.

Peserta yang terlibat dalam aktiviti ‘Smart Calculator’ akan berada di Dewan Tun Mamat, manakala

yang terlibat dengan ‘Explorace Maths’ dikehendaki menuju ke dewan transformasi dan bilik seminar

bagi peserta yang terlibat dengan ‘Smart Learning’.

Page 9: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

‘Smart Calculator’ adalah aktiviti yang dijalankan untuk mendedahkan peserta kepada penggunaan

kalkulator sebagai aplikasi teknologi dalam menjawab soalan matematik. Aktiviti ini sangat membantu

peserta untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan kalkulator yang betul terutamanya peserta yang

dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM.

Page 10: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

Bagi aktiviti Smart Learning, pelajar didedahkan dengan cara memuat turun aplikasi-aplikasi di dalam

Play Store (untuk pengguna peranti Android) atau App Store (Untuk pengguna iOS) yang berkaitan

dengan pembelajaran matematik. Aplikasi seperti DESMOS, Matrix Calculator dan sebagainya dikongsi

bersama para peserta. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membuka minda para pelajar dan

menghapuskan tanggapan bahawa gajet hanya untuk hiburan semata-mata. Majoriti pelajar tidak pernah

mengetahui kewujudan aplikasi-aplikasi sewaktu kami perkenalkannya kepada mereka. Dengan aktiviti

ini kami berharap agar pelajar akan dapat mencari gaya pembelajaran alternatif yang menarik dan

melatih minda supaya aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Bagi aktiviti ‘Explorace Maths’, hanya seramai 50 orang peserta yang dihadkan yang mana peserta akan

dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil. Aktiviti ini berbentuk fizikal kerana pelajar perlu bergerak dari

satu stesen ke stesen yang lain. Peserta dikehendaki menyelesaikan klu yang diberikan dan soalan

Page 11: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

matematik di setiap stesen. Secara keseluruhan, peserta perlu melalui lima stesen bagi melengkapkan

larian mereka.

Page 12: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

Selepas ketiga-tiga aktiviti selesai dijalankan, kesemua peserta berkumpul di dewan Tun Mamat bagi

acara penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang

diberikan dalam melaksanakan program ini.

Page 13: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

7.0 ANALISIS SOAL SELIDIK

Dari maklum balas peserta program yang menjawab soal selidik yang telah diedarkan, didapati

kebanyakan pelajar bersetuju dengan pemilihan tempat program yang kondusif dan kemudahan yang

disediakan adalah mencukupi. Bagi penilaian urusetia program dari segi pendaftaran dan perjalanan

program, pelajar amat berpuashati dengan kelancaran program.

Secara puratanya pelajar bersetuju bahawa isi kandungan program bertepatan dengan objektif

program dan penyampaian penceramah tentang program matrikulasi adalah jelas tetapi dari segi tempoh

masa program perlu dipanjangkan. Peserta program bersetuju bahawa program ini banyak memberi

manfaat yang berguna untuk menjawab soalan Matematik dan menambah minat pelajar terhadap subjek

Matematik.

Secara keseluruhan pelajar menilaikan pengendalian program adalah cemerlang. Mereka juga

mencadangkan agar lebih banyak program seperti ini diadakan dengan tempoh masa yang lebih lama.

Page 14: Program 1 hari bersama kmj TAHUN 2016 - kmj.matrik.edu.my€¦• ICE BREAKING 4. AJK Ceramah Motivasi Roslina binti Mustafa Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir •Mencari bahan / maklumat

8.0 PENUTUP

Diharapkan Program 1 Hari Bersama KMJ 2017 yang dijalankan ini akan dapat memberikan manfaat

yang besar dalam memberikan sumbangan kepada komuniti luar dan meningkatkan minat pelajar

terhadap subjek matematik dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan serta secara tidak langsung

mempromosikan program matrikulasi kepada pelajar sekolah.

Penganjur juga berharap agar para pensyarah dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada untuk

transformasi diri ke arah yang lebih positif. Pensyarah juga diharapkan agar dapat mengaplikasi segala

pengalaman yang ditimba semasa program ini kelak. Selain itu, semoga program ini dapat memupuk

semangat kerjasama di kalangan pensyarah bagi melahirkan para pelajar yang berjiwa kental dalam

menghadapi cabaran yang mendatang. Semoga pensyarah dapat bekerja dan mengajar dengan lebih

efektif, berfikiran kreatif dan inovatif.

Disediakan oleh,

.................................................

(NORUL HIDAYAH BT ABDULLAH)

Bahagian Dokumentasi

Program 1 Hari Bersama KMJ,

Unit Matematik,

Kolej Matrikulasi Johor