pds training camp port dickson, negeri sembilan · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan...

11
KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN HHHC9501 KEM REMAJA WAWASAN (KREW) TARIKH: 26-28 SEPTEMBER 2014 TEMPAT: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN ANJURAN: KELAB FIZIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH : SITI NOR ZAFIRAH BINTI AB AZIZ ( A 146561 )

Upload: tranque

Post on 15-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada ... menerima kepelbagaian yang wujud ... -ICE BREAKING

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

PENDEKATAN

HHHC9501

KEM REMAJA WAWASAN

(KREW)

TARIKH:

26-28 SEPTEMBER 2014

TEMPAT:

PDS TRAINING CAMP

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

ANJURAN:

KELAB FIZIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

SITI NOR ZAFIRAH BINTI AB AZIZ ( A 146561 )

Page 2: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada ... menerima kepelbagaian yang wujud ... -ICE BREAKING

1.0 PENGENALAN

Mahasiswa/i tahun 2 Kelab Fizik UKM telah ditugaskan untuk menganjurkan program untuk

mahasiswa/i tahun 1 yang baru mendaftar untuk sesi 2015/2016. Oleh itu, kami telah

berbincang dan bersetuju untuk mengadakan program yang dikenali sebagai Kem Remaja

Wawasan atau dikenali sebagai KREW di PDS Training Camp, Port Dickson, Negeri

sembilan pada 26-28 September 2015.

KREW Kelab Fizik merupakan program tradisi Kelab Fizik. Program ini adalah hasil

kerjasama Kelab Fizik UKM sesi 2014/2015 dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan

Teknologi (PMFST). Program ini merupakan suatu aktiviti gerak kerja luar yang melibatkan

pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada mahasiswa/i

baru tahun satu untuk dipraktik dan diaplikasikan dalam ilmu fizik disamping memberi

peluang kepada mahasiswa/i melibatkan diri dalam pengendalian suatu gerak kerja yang rapi

dan teratur. Program ini juga dapat memupuk minat dan pengalaman yang berguna

dikalangan mahasiswa/i.

Setiap AJK telah ditugaskan kepada jawatan masing-masing. Namun kami juga saling bantu-

membantu AJK yang lain untuk menjayakan program ini daripada awal persediaan sebelum

program sehingga sepanjang ianya berlangsung.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir secara

kritikal dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi secara individu atau

berpasukan dengan menggunakan pelbagai pendekatan seperti pendekatan saintifik

(penggunaan logik fikiran dan hipotesis) atau pendekatan professional (pengalaman dan

pembelajaran yang berterusan)

2.2 Melatih para pelajar dalam kemahiran komunikasi seperti menggunakan kemahiran

bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat berkesan,

mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat, menyampaikan idea

secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati

pandangan orang lain dan sebagainya.

2.3 Memupuk kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar seperti menghormati

pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain, menerima kepelbagaian yang wujud dalam

kumpulan, membantu rakan-rakan secara proaktif, memberi sumbangan kepada perancangan

kerja dan sebagainya.

Page 3: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada ... menerima kepelbagaian yang wujud ... -ICE BREAKING

2.4 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran pengurusan maklumat seperti menstrukturkan

aktiviti dan tugasan yang diberi, mengagihkan kuasa dan tanggungjawab kepada orang lain,

memastikan perlaksanaan tugasan yang konsisten dengan perancangan/target/objektif dan

sebagainya.

3.0 TENTATIF

JUMAAT

2.30PTG-

3.00PTG

PESERTA BERKUMPUL DAN PENDAFTARAN

3.00PTG-

5.00PTG

BUDAYA ILMU

5.00PTG-

8.00MLM

REHAT

MAKAN

SOLAT MAGHRIB

8.30MLM-

10.00MLM

“WHY PHYSICS ARE SOO SPECIAL”-TETAMU

ISTIMEWA

10.00MLM BERSURAI DAN KEMBALI KE KOLEJ MASING-MASING

SABTU

7.30PG-9.00PG BERTOLAK KE PDS TRAINING CAMP

9.00PG-10.00PG CHECK IN

10.00PG-

1.00PTG

LDK 1

-ICE BREAKING

-PERSEDIAAN MALAM EKSPRESI SENI

1.00PTG-

2.00PTG

MAKAN TENGAH HARI

3.00PTG-

6.00PTG

SLOT EXTREME GAME 1

-FLYING FOX

-SARANG MUSANG

6.00PTG-

7.00PTG

MAKAN MALAM

7.00PTG-

9.00MLM

SOLAT MAGHRIB

TAZKIRAH

SOLAT ISYAK

9.00MLM-

11.00MLM

MALAM EKSPRESI SENI

11.00MLM-

12.00MLM

SUPPER

AHAD

6.00PG-7.00PG SOLAT SUBUH

Page 4: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada ... menerima kepelbagaian yang wujud ... -ICE BREAKING

7.00PG-8.00PG MINUM PAGI

8.00PG-10.00PG SLOT EKSTREME GAME 2

BERAKIT

10.00PG-

11.00PG

BERKEMAS

11.00PG-

12.00TGHHARI

MAKAN TENGAH HARI

12.00TGHHARI CHECK OUT

PULANG KE UKM

4.0 PERSEDIAAN PROGRAM

Kami telah dibahagikan tugas mengikut jawatan masing-masing. Namun, kerja-kerja kami

tidak terhad hanya pada jawatan yang diberikan tetapi kami juga saling membantu antara satu

sama lain. Dengan itu, kami dapat bersatu untuk menyumbang idea-idea dan bersama-sama

melontarkan pandangan dan jalan penyelesaian bagi memperbaikai serta menyelesaikan

masalah yang timbul.

Dalam proses persediaan program, kami telah mengadakan beberapa pertemuan untuk

bermesyuarat dimana semasa mesyuarat diadakan, pada ketika itu adalah masa untuk para

AJK memberitahu perkembangan kerja masing-masing. Selain daripada itu, AJK juga akan

mengutarakan sebarang masalah yang mereka hadapi dan pada ketika inilah kemahiran

pemikiran kritikal diperlukan untuk kami mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

Setiap AJK memainka peranan dengan melontarkan idea-idea mereka yang menggunakan

berbagai-bagai pendekatan bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Sebagai contoh, pada awalnya kami telah menetapkan umtuk mengadakan program di Pulau

Langkawi. Namun setelah membuat pencarian dan penilaian untuk tempat penginapan dan

sebagainya, kami menghadapi beberapa masalah. Oleh sebab itu, kami terpaksa membuat

keputusan untuk menukar tempat program. Untuk mencari tempat program yang baru, ia

memakan masa yang lama, oleh itu kami terpaksa bertungkus-lumus mengerah AJK yang

lain untuk membantu serta memberi cadangan bagi menyelesaikan masalah ini. Tidak hanya

bertemu ketika mesyuarat, kami juga telah berhubung melalui pesanan ringkas serta internet

agar kami dapat berhubung dengan lebih mudah dan cepat.

Page 5: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada ... menerima kepelbagaian yang wujud ... -ICE BREAKING

5.0 PENGISIAN PROGRAM

5.1 Budaya Ilmu

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk pengenalan antara mereka di samping untuk

memperkenalkan diri mereka kepada kami. Pada ketika itu, mereka diberi tugas untuk

melukis sesuatu yang berkaitan dengan alam yang menggambarkan diri mereka dan

setiap kumpulan dikehendaki melukis agar gabungan-gabungan simbol tersebut kelihatan

harmoni di dalam satu lukisan. Peserta diberi masa selama 45 minit untuk berfikir dan

melukis dimana kemahiran pemikiran kritikal diperlukan untuk berfikir, menggabungkan

serta memikirkan cara untuk mempersembahkan hasil kerja mereka dalam masa 45 minit.

Ini juga dapat melihat pendekatan yang mereka gunakan untuk mendapat hasil yang

terbaik iaitu dengan membuat pencarian di internet serta dengan meminta bantuan para

pensyarah yang hadir.

5.2 Flying Fox

Ramai di antara kami yang tidak pernah mencuba sukan ini. Untuk melakukan sukan ini,

kami dikehendaki memanjat ke tempat berkenaan dan sebelum melakukan flying fox,

kami dikehendaki melaungkan nama dan meminta kebenaran untuk turun. Menururt

instruktur kami, ini bertujuan untuk melihat tahap keberanian individu dimana mereka

dapati, kebanyakkan individu tidak ddapat melaungkan dengan tepat dan kuat kerana

terlalu takut. Perkara ini juga dikatakan terjadi kepada golongan yang lebih tinggi iaitu di

kalangan orang-orangg dewasa seperti golongan yang sudah bekerja dan sebagainya.

Pada pandangan saya, di sini saya dapat lihat ketika kita dalam meadaan tidak stabil iaitu

fikiran kita bercelaru akibat ketakutan, kita tidak dpt berfikiran dengan baik. Oleh itu,

sayan ingin mengaitkan dengan kehidupan seharian kita, jika kita berada dalam keadaan

tidak stabil seperti sedih, takut, dan sebagainya, kita agak sukar untuk menyelesaikan

masalah.

5.3 Sarang Musang

Misi sukan ini adalah untuk mencabut tag nama pemain yang lain yang tertampal pada

lengan mereka. Oleh itu setiap pemain dikehendaki untuk menjaga tag nama masing-

masing dan pasa masa yang sama, mereka dikehendaki untuk mencabut tag nama pemain

yang lain. Kemahiran kritikal di dalam sukan ini yang dapat saya lihat adalah ketika

corak permainan ditukar daripada masa ke masa jika jumlah pemain semakin

berkurangan. Oleh itu, dalam jangka masa yang singkat, mereka perlu memikirkan

strategi yang baru untuk mengalahkan pemain lain, dan untuk mereka sendiri memenangi

pertandingan tersebut. Setiap pemain dikehendaki menggunakan pemikiran luar kotak

dengan menggunakan pendekatan yang tertentu untuk meraih kemenangan.

Page 6: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada ... menerima kepelbagaian yang wujud ... -ICE BREAKING

5.4 Berakit

Aktiviti ini dimulakan dengan membuat rakit sendiri oleh setiap kumpulan. Oleh itu,

ketua kami telah membuat perancangan dengan pembahagian tugas masing-masing agar

setiap ahli mempunyai tugas masing-masing di samping ianya bertujuan agar kami dapat

menyiapkan rakit tersebut dalam masa yang singkat. Seterusnya, kami telah bertanding

dengan dua kumpulan yang lain untuk berakit ke laut untuk mengambil bendera dan

berpatah balik. Dengan strategi dan kerjasama yang diberikan, kumpulan kami telah

mendapat tempat pertama. Ini kerana kami memikirkan strategi untuk rakit bergerak lebih

laju, dan lurus. Dan untuk berakit bersama 15 orang di atas satu rakit, kami memerlukan

pergerakan yang harmoni untuk perjalanan kami lebih pantas.

6.0 LAMPIRAN

Page 7: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada ... menerima kepelbagaian yang wujud ... -ICE BREAKING
Page 8: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada ... menerima kepelbagaian yang wujud ... -ICE BREAKING
Page 9: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada ... menerima kepelbagaian yang wujud ... -ICE BREAKING
Page 10: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada ... menerima kepelbagaian yang wujud ... -ICE BREAKING
Page 11: PDS TRAINING CAMP PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN · pelajar fizik dengan tujuan memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada ... menerima kepelbagaian yang wujud ... -ICE BREAKING

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, terdapat banyak nilai-nilai yang telah dipupuk kedalam diri setiap AJK

KREW ini. Perkara ini dapat dinilai daripada permulaannya iaitu pada hari pertama mesyuarat

KREW diadakan sehinggalah hari berakhirnya program di PDS Training Camp. Salah satunya

adalah sikap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan.

Saya dapat praktikkan dalam hidup saya, sekiranya saya mengalami sebarang masalah,

seharusnya saya berfikir secara kritikal iaitu berfikir di luar kotak dan memikirkan idea-idea

yang luar biasa untuk mencapai hasil yang lain daripada yang lain ataupun yang terbaik daripada

orang lain. Terutama sekali jika kita mengalami masalah-masalah yang sama berulang kali.

Selain daripada itu, kita juga seharusnya menggunakan segala pendekatan yang ada iaitu

menggunakan segala medium untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Sepanjang penglibatan saya untuk program ini, ia berjaya memupuk kemahiran pemikiran

kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan ini dalam diri saya. Tidak terhad kepada masalah-

masalah yang terjadi kepada diri saya sendiri, malah saya juga dapat belajar dan perbaiki diri

saya berdasarkan masalah-masalah yang terjadi kepada AJK serta peserta. Di samping itu, segala

pengalaman saya serta pemerhatian saya, saya ambil sebagai pengajaran untuk diri saya agar

saya dapat mengelak permasalahan yang sama atau saya dapat memperbaikinya ke arah lebih

baik daripada yang sebelumnya.