(i-tune) persahabatan perlu punya amanah

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 06-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 (I-TUNE) Persahabatan Perlu Punya Amanah

    1/3

    1

    PERSAHABATAN PERLU PUNYA AMANAH

    Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini (http://kamarulazami.blogspot.com)

    Ramai yang membuat andaian bahawa persahabatan adalah bertunjangkan faktor kebersamaan

    dalam perbuatan, kesepakatan pemikiran serta pemahaman yang mantap dalam sesuatu tindakan.

    Apabila ada bentuk fikir ke arah kalau kau boleh follow aku maka dialah kawan kita. Jika pandangan

    dan pemikirannya sama macam kita, maka itulah teman yang kita alu-alukan. Mudah sahaja buat

    kita hari ini menilai sesuatu persahabatan. Jauh nun di dalam sanubari kita sebagai manusia, kita

    telah disesatkan bahawa sesebuah persahabatan yang sebenar perlu punya amanah. Rasa

    tanggungjawab, prihatin serta mengambil berat soal kehidupan mereka.

    Amanah adalah berkait rapat dengan kepercayaan. Apabila persahabatan perlu punya amanah, ini

    bermakna persahabatan perlukan kepercayaan. Apa makna sahabat jika kita tidak percaya kepada

    kawan kita itu bukan? Apabila tidak amanah, maka akan hilanglah kepercayaan, apabila tiada

    amanah itu maka tiadalah iman. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadis

    daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;

    Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang

    pada janji. (Riwayat Ahmad & Ibnu Hibban).

    Lawan kepada sifat amanah adalah khianat. Ia termasuk di dalam ciri-ciri kemunafikan. Daripada Abu

    Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;

    Tiga petanda orang munafik, apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkirinya,

    apabila diberi amanah dia mengkhianatinya. (Riwayat Bukhari & Muslim).

    Oleh yang demikian, harus kita fikirkan bersama, adakah kita ini dikalangan manusia yang membina

    persahabatan atas dasar ketakwaan atau sekadar berusaha untuk memenangi hati manusia?

    Bagaimana persahabatan kita boleh terbina apabila kita sanggup membiarkan sahabat kita

    menunggu kita dalam satu-satu sesi pertemuan atau temujanji? Bagaimana kita boleh katakan

    bahawa persahabatan kita adalah atas dasar iman dan taqwa apabila setiap tingkah sahabat kita itu

  • 8/3/2019 (I-TUNE) Persahabatan Perlu Punya Amanah

    2/3

    2

    tidak kita tegur kesalahannya? Bagaimana kita istilahkan persahabatan apabila amanah sebagai

    seorang sahabat itu tidak kita laksanakan? Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;

    Tiada iman bagi mereka yang tiada amanah dalam hatinya, tiada solat bagi mereka yang tidak suci,

    tiada agama bagi mereka yang tidak bersolat.

    Sebagaimana pentingnya solat untuk agama Islam, pentingnya bersuci dalam mendirikan solat

    begitu jugalah pentingnya amanah dalam pembinaan iman. Maka usahakanlah mencari dan menjadi

    sahabat yang amanah. Antara garis panduan yang dapat kita usahakan adalah sebagaimana hadis

    daripada Abdullah bin Masud r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;

    Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi. (Riwayat Bukhari & Muslim).

    Hasil dari sifat kasih sayang itu menyebabkan seseorang itu akan terdorong untuk melakukan

    kebaikan yang sama terhadap sahabatnya. Abu Sulaiman Darami rahimullah berkata, Jangan sekali-

    kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai dua sifat ini; pertama, dia dapat diajak

    untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua, dia dapat menambah

    kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu. Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang

    bersifat selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya.

    Maka, seharusnya kita juga perlu menjadi sahabat yang amanah kepada teman-teman yang lain.

    Antara tips untuk menunaikan amanah dengan baik adalah sebagaimana hadis daripada Anas

    bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;

    Sesiapa yang solat kerana Allah s.w.t. selama 40 hari secara berjemaah dan mendapatkan takbir

    pertama, akan ditulis baginya 2 pelepasan, iaitu pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada

    nifak. (RIwayat At-Tirmizi).

    Maka, tuntutan solat berjemaah ini akan mampu membebaskan diri kita dari sifat kemunafikan

    kerana khianat atau tidak amanah itu adalah salah satu sifat kemunafikan. Kaab juga ada berkata,

    Sesiapa yang memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t. (berzikir), maka dia akan terlepas daripada

    sifat nifak.

    Hadis yang lain juga ada disebutkan;

  • 8/3/2019 (I-TUNE) Persahabatan Perlu Punya Amanah

    3/3

    3

    Dan Allah membantu seorang hamba selagi mana hamba itu membantu saudaranya. (Riwayat

    Muslim).

    Maka seorang sahabat yang sejati akan menjaga sahabatnya selagi ada upaya dan diperlakukan

    sebaiknya demi persahabatan atas dasar ketakwaan kepada Allah s.w.t. Oleh yang demikian, jika

    sekiranya kita sudah atau tertinggal amanah yang diberikan, maka perbanyakkanlah beristighfar

    serta jangan lupa untuk menjadi sahabat yang sentiasa memperingatkan orang lain tentang amanah

    mereka. Jom, kita TUNE diri kita.